Kelab Greenboc |
- [EDISI KANTOI] Parang Ditemui Dengan Payung Mirip Payung BN?
- Walaupun Diugut & Diancam Pelbagai Cara, Himpunan TURUN Berlansung Juga
- [VIDEO & GAMBAR] Laporan Sekitar Himpunan TURUN 31.12.13 -updated
- [KERJA GILA & MENGHINA] Suruh Rakyat Berjimat, DBKL Peruntuk RM15 Juta Sambut 2014
[EDISI KANTOI] Parang Ditemui Dengan Payung Mirip Payung BN? Posted: 01 Jan 2014 12:40 AM PST Polis temui parang, pisau dalam longkang Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam. Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam. Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur. Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan. Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012. "Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan," katanya. Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu. Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam. Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. - Bernama ULASAN GB Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan. Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam. Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram. Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram. Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya. Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung! Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja! Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN? Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula. |
Walaupun Diugut & Diancam Pelbagai Cara, Himpunan TURUN Berlansung Juga Posted: 31 Dec 2013 09:15 PM PST Sambutan 2014 di Dataran Merdeka tanpa bunga api Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 lewat malam tadi di Dataran Merdeka berlangsung tanpa sebarang percikan bunga api, malah konsert ambang Tahun Baru turut ditamatkan sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) mula memasuki kawasan berkenaan. Menurut polis, lebih 5,000 peserta demonstrasi Turun mula memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka tepat jam 11 malam, selepas mereka berjaya melepasi tiga halangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk satu halangan menggunakan kereta peronda polis. Ia menyebabkan dua polis cedera di tangan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dakwa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad. Sejurus peserta demonstrasi memasuki kawasan padang yang menjadi lokasi konsert ambang tahun baru, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dilihat cuba menenangkan keadaan apabila menggesa peserta demonstrasi mengawal emosi dan tindakan mereka. "Saya berharap takkan timbul masalah berkaitan ketenteraman dan menjejaskan pengunjung kita pada malam ini. "Berilah peluang kepada semua pihak menyambut tahun baru 2014. Peliharalah keamanan dan keselamatan semua pihak," kata Ahmad Phesal, dan disambut dengan sorakan "Boo..." dan juga "penipu" berulang kali daripada peserta demonstrasi. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan, mahupun keganasan direkodkan sepanjang demonstrasi aman tersebut berlangsung. Demonstrasi berkenaan dilaporkan bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka. Sepanjang perjalanan mereka, peserta demonstrasi yang membantah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan beberapa barangan seperti bahan api, gula, kadar tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melaungkan slogan "Turun", "Reformasi" dan banyak lagi. Majoriti peserta yang menyertai himpunan berkenaan dilihat memakai kemeja-T hitam tertera logo dengan perkataan "Turun". Turut kelihatan menyertai demonstrasi anak muda berkenaan termasuklah beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan pro pembangkang. Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan. Malah, Najib juga dilihat cuba meredakan keadaan dengan mengumumkan 11 langkah penjimatan kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang antaranya melibatkan potongan 10% bagi elaun keraian perdana menteri, timbalan perdana menteri, dan juga anggota kabinet. Sejurus sambutan ambang tahun baru itu ditamatkan lebih awal, peserta demonstrasi Turun kemudiannya dilihat memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka sambil menyanyi. Menjelang jam 1 pagi, kumpulan berkenaan dilihat beransur-ansur meninggalkan kawasan Dataran Merdeka. "Kita pasti akan mengambil tindakan kepada kumpulan yang terlibat dan atas kerosakan serta kekacauan mereka lakukan termasuk kita akan meminta anggota polis yang cedera itu membuat dakwaan," kata Zainuddin. Sementara itu, beliau menganggarkan jumlah peserta Turun pada malam ini seramai 5,000 orang dan bilangan yang datang ke dataran bagi tujuan sambutan tahun baru ialah seramai 15,000 orang. Tetapi ia berbeza dengan apa yang dikatakan oleh media alternatif apabila melaporkan jumlah kehadiran peserta Turun lebih daripada 10,000 orang. Beliau turut menyatakan siasatan awal mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan oleh gerakan seperti perarakan ke Dataran Merdeka dimana ia melanggar Seksyen 15 Akta Perhimpunan Awam 205. "Pihak polis juga tidak menerima notis kebenaran berhimpun dan mereka telah merempuh kesemua halangan serta masuk ke kawasan konsert dimana akan didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam bertugas," katanya. Oleh demikian, beliau berkata satu pasukan siasatan khas ditubuhkan oleh pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan dan mencari dalang yang terlibat untuk didakwa. Tambahnya pihak berkuasa juga telah menjumpai senjata iaitu empat parang dan 13 pisau yang ditinggalkan di tepi longkang kompleks Daya Bumi. Zainuddin turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat perhimpunan berlangsung selain mendakwa turut mengenal pasti beberapa ahli politik pembangkang yang dilihat turut menyertai bantahan tersebut. Beliau juga menegaskan pihak berkuasa kali ini lebih "berlembut" dengan peserta protes kerana mengguna pakai konsep perhimpunan aman yang hanya memantau namun tidak akan bertindak agresif. -TMI
klik untuk baca |
[VIDEO & GAMBAR] Laporan Sekitar Himpunan TURUN 31.12.13 -updated Posted: 31 Dec 2013 06:12 PM PST Ribuan peserta TURUN tiba di Dataran Merdeka Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka. Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek. Mereka merancang berarak ke Dataran DBKL dan seterusnya ke Dataran Merdeka, tempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan konsert tahun baru. Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram. Polis juga mendakwa terdapat senjata berbahaya dan bom akan dibawa dalam perhimpunan itu tetapi penganjur menafikannya. Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka. LAPORAN LANGSUNG 12:00 Dataran Merdeka – Pengarah Strategi PKR memberi ucapan di tepi pentas, atas jalan di Dataran Merdeka. Katanya, mereka harus turun ke jalan raya kerana perdana menteri hanya kenal suara demonstrasi seperti itu. "Kita akan terus lawan kenaikan harga barang. Kalau tak turun, kita turunkan Najib," kata beliau. Tepat jam 12 waktu di telefon, percikan bunga api dilepaskan ke udara tetapi jam di bangunan Sultan Abdul Samad menunjukkan pukul 12.05 malam. 11.50pm, Dataran Merdeka – Suasana di padang senyap sebentar. Peserta himpunan dan polis kelihatan melihat jam masing-masing untuk menunggu detik jam 12 tengah malam. Sebahagian penonton konsert tidak puas hati berkata "baliklah" dan sebahagian lagi melaungkan 1Malaysia kepada peserta himpunan. 11.30pm, Dataran Merdeka – Konsert di Dataran Merdeka ditamatkan. Pegawai DBKL dilihat berbaris di depan pentas yang lampunya sudah ditutup. Pentas kemudian dipenuhi dengan wartawan yang mahu mengambil gambar peserta himpunan dengan lebih jelas. 11pm, Dataran Merdeka – Selepas 15 minit berdiri berdepan dengan pegawai polis dan DBKL di depan Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, peserta himpunan cuba memecahkan hadangan sekali lagi. Diketuai dua individu dengan bendera Malaysia, mereka dilihat melepas kepungan polis ke Dataran Merdeka. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk menghalangnya. 10.55pm, Persimpangan Jalan Raja-Jalan Raja Laut - Pemuda PAS membuat satu bulatan dan mula berucap mengenai kempen anti kenaikan tarif elektrik mereka. Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan beberapa pimpinan peringkat negeri dan kebangsaan memberi ucapan mengenai apa yang didakwanya kezaliman kerajaan BN. Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula menggesa para hadirin agar tidak terpedaya dengan keputusan PM menurunkan beberapa kos kerajaan. "Kenapa Najib terpaksa menaikkan harga barang walau tahu beza Rakyat? Sebab keborosan dia, sebab ketirisan, sebab PKFZ, sebab beli kondo anak dia. "Hari ini dia kata nak melakukan perkara betul tak mahu populis, Jadi selama ini dia tak lakukan perkara betul," kata beliau sebelum menambah bahawa BN bermaksud "Bankrap Negara". 10.45pm, Dataran Merdeka – Peserta himpunan TURUN cuba melepasi barisan kedua polis. Pegawai DBKL membantu menolak kembali peserta menyebabkan orang ramai terhimpit. OCPD Dang Wangi kemudian tampil menenangkan keadaan. "Bertenang, sabar. Bunga api di sebelah kamu, bukan sebelah sini, kita tunggu sama-sama," katanya berseloroh. "Jangan ganggu polis. Kami hanya menjalankan tugas menjada kedua-dua belah (peserta himpunan dan hadirin konsert). Saya minta kerjasama," katanya. 103.0pm, Dataran Merdeka – Kira-kira 7,000 orang berkumpul di hadangan berdekatan persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Raja. 10:15pm Menara DBKL - Lebih 3,000 peserta diketuai SMM dan pemimpin mahasiswa tiba di Menara DBKL yang diawasi puluhan pegawai keselamatan. Mereka kemudiannya terus ke persimpangan jalan Tun Perak untuk bergabung dengan peserta di dataran merdeka. Mereka melepasi benteng polis di hadapan dataran merdeka tanpa halangan. Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Tun Perak - Pengerusi TURUN Azan Safar berarak ke Dataran Merdeka dari arah Jalan Raja Laut. Beliau yang berjalan, dengan kawalan beberapa orang peserta himpunan berbaju-T 'TURUN', memegang mikrofon sambil melaungkan 'Turun harga barang'. 10.05pm, Dataran Merdeka - Sekumpulan peserta yang berkumpul di tengah-tengah jalan menyanyi "Turunkan harga barang, berhenti tekan rakyat" sambil bertepuk tangan. Mereka kini mula duduk di tengah-tengah jalan persimpangan Jalan Tun Perak dan Raja Laut. Jumlah peserta sekurang-kurangnya mencecah 2,000 orang. 10.00pm, Dataran Merdeka – Polis membuat barisan hadangan kedua. Peserta dibenarkan melepasi hadangan pertama tetapi ditahan di hadangan kedua. Hanya yang meraikan sambutan tahun batu dibenarkan melaluinya. "Di dalam ini siapa yang mahu menyambut tahun baru, jika kamu mahu protes di sebelah sana," kata OCPD Dang Wangi. 10pm, Jalan Raja Laut – Lebih 3,000 peserta kini berarak ke arah menara DBKL di Jalan Raja Laut dengan pelbagai laungan menuntut penurunan kos sara hidup. Jalan ditutup berikutan ramainya peserta yang memenuhi keseluruhan jalan. Peserta himpunan terdiri daripada pelbagai bangsa. 9.52pm SOGO - Peserta mula bergerak ke arah jalan Raja Laut. Kompleks beli belah SOGO telah pun ditutup dan kehadiran demonstran melebihi 1,000 orang. Peserta yang kebanyakannya terdiri dari anak muda dan mahasiswa mula beratur untuk bersedia berarak. Keadaan yang bingit menyebabkan ucapan dari pimpinan demo tidak lagi didengari. Suasana kini bercampur baur dengan sorakan slogan, ucapan, perbualan dan hon kenderaan yang lalu lalang di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi. Beberapa kenderaan nampak resah dengan keadaan tersebut dan polis trafik sudah pun meninggalkan persimpangan lampu isyarat di hadapan kompleks. Peserta turut menyanyi lagu negaraku sebelum mula berarak. 9.40pm, Dataran Merdeka - Peserta himpunan sekarang memperolokkan dakwaan kerajaan bahawa mereka mahu "menggulingkan" kerajaan. Dua orang kelihatan berbaring di jalan dan beberapa yang lain menjerit: "Tepi sikit! Kami nak guling ke Dataran Merdeka". Aksi itu cuma diperhatikan orang anggota polis di kawasan itu. 9.30pm SOGO - Lebih 1,000 sudah berkumpul di hadapan kompleks membeli belah SOGO sekarang dengan nyanyian penaik semangat dan sorakan "Turunkan harga barang" dan Hidup Rakyat" masih kedengaran. Peserta turut mula turun ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dan meminta agar kereta membunyikan hon sebagai tanda sokongan. Sebilangan kecil peserta juga mula berarak ke arah Dataran Merdeka. Mereka dipercayai sedang menunggu pimpinan dari NGO Turun untuk berarak ke arah Dataran Merdeka dan Menara DBKL. Beberapa peserta turut mengambil kesempatan mengisi perut di gerai yong tau fu dan makanan ringan oleh peniaga di tepi jalan. Keadaan agak tenang tetapi bingit dan sesak. Masih tiada polis berhampiran. Dataran Merdeka - Peserta dari Masjid Jamek yang bergerak ke Dataran Merdeka dari Dataran DBKL dibenarkan melepasi lapisan pertama hadangan yang dikawal DBKL. Bagaimana pun, mereka dihalang oleh satu lagi lapisan yang dikawal polis di depan Panggung Bandaraya. Pasar Seni - Penyelaras Suaram Syukri Razab kelihatan sedang meninjau di Dataran Merdeka sama ada terdapat tangkapan dibuat oleh pihak polis. Beliau memberitahu, barisan peguam disediakan jika terdapat sebarang masalah. 9.15pm Masjid Jamek - Kumpulan dari Masjid Jamek mula bergerak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan 'Reformasi', "Hidup Rakyat" dan "Bangkit Rakyat". Sewaktu melintasi Dataran Merdeka, polis dan petugas DBKL kelihatan sudah bersedia di sebalik hadangan masuk ke Dataran Merdeka. SOGO - Sorakan dan nyanyian pembakar semangat bergema di hadapan kompleks be li-belah Sogo yang kini dipenuhi hampir 1,000 peserta. Pengerusi Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong mengajak semua peserta demonstrasi bersama dan menjaga disiplin ketika berarak ke Dataran Merdeka sebentar lagi. Beberapa pemimpin SAMM dan SMM turut memberi ucapan. 9.00pm Dataran Merdeka - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh tiba. Kira-kira 50 anggota polis berkawal di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak, yang mesti dilalui peserta perhimpunan sebelum ke Dataran Merdeka. Konsert ambang merdeka dihentikan sebentar bagi menghormati waktu Isyak. Pasar Seni - ratusan orang ramai sudah berkumpul di hadapan pintu masuk kompleks itu yang ditampal dengan notis: Dilarang duduk dan berkumpul! SOGO - pemimpin mahasiswa Fazli Zainul dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) menjadi orang pertama berucap di hadapan kira-kira 400 peserta yang berkumpul. Beliau mengajak orang ramai yang berhimpun bersabar untuk langkah seterusnya. "Sama-sama kita ikut berarak membantah kenaikan harga ini. Kita akan bergerak ke Dataran Merdeka sebentar lagi. Selepas beliau beberapa wakil mahasiswa dari Utara, Kelantan turut berucap memberi mesej yang sama kepa da hadirin. Polis masih tidak kelihatan dan pentadbir kompleks SOGO tidak memberi bantahan kepada mereka yang telah pun berkumpul. Hanya satu Lori DBKL kelihatan di hadapan kompleks ini. Masjid Jamek - Kelibat orang ramai yang memenuhi pinggir Jalan Tun Perak menyebabkan sedikit kesesakan lalu lintas. Kenderaan bergerak perlahan untuk mengelak dari merempuh peserta himpunan yang berdiri di bahu jalan. 8.45pm, Masjid Jamek – Di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sekumpulan peserta himpunan memegang sepanduk bertulisan "Tahniah kepada BN. BN = Barang Naik". Sepanduk sama juga tertulis yang ia datang daripada PKR Johor Baharu. Seorang lagi peserta himpunan pula kelihatan menjual akhbar Suara Keadilan milik PKR. 8:30pm, SOGO – Keadaan masih aman dengan pelbagai aktiviti berlaku tanpa sebarang gangguan di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Seorang kerani pentadbiran Chang For Bun, 27 berkata beliau turun kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barangan yang telah bermula Semarang. "Jika barang naik harga, semua makanan akan naik juga, kalau sayur naik, daging naik bagaimana? Takkan nak makan daving manusia? Seorang pelajar Leong Yung Hong, 19 datang membantah kerana kehidupan beliau sebagai pelajar kolej semakin susah. "Saya nak bagi mesej kepada kerajaan agar jangan lakukan ini (kenaikan). Kita semua sudah dalam situasi yang susah, jangan tambah lagi kesusahan itu," kata beliau. Kelihatan juga peniaga menjual minuman, kemeja-t malah membuat persembahan di kaki lima hadapan kompleks beli belah itu. Kira-kira 300 pengunjung dan peserta demonstrasi pelbagai agama dan bangsa sedang bersantai di sini. 8:20pm, Dataran Merdeka – Konsert ambang tahun baru sudah bermula. Peserta, kebanyakan golongan muda dan anggota keluarga kira-kira 500 orang berkumpul. Kehadiran polis sebelum itu kelihatan bertambah ramai dengan sekurang-kurangnya dua trak dan sembilan bas. Justeru, ia bermaksud kira-kira 400 orang anggota sudah berada. Sekurang-kurangnya lima ambulans kelihatan di kawasan itu. 8.05pm, Sogo – Sekumpulan pelajar yang datang daripada Kelantan memberitahu, mereka datang dari jauh untuk berhimpun kerana merasakan peningkatan kos sara hidup berlaku secara tidak adil. "Kami di sini untuk mempertahankan hak rakyat," kata seorang daripada mereka, Aziz Afiq Abdul. Masih tidak ramai orang hadir di sekitar pusat membeli belah itu sementara peserta perhimpunan perlahan-lahan memenuhinya. 7.50pm, Dataran DBKL – Cuaca di Dataran DBKL berangin dan berawan. Sesekali guruh berdentum menandakan hujan hendak turun. Hanya beberaapa pegawai DBKL dilihat di sekitar kawasan itu. Ini berbeza dengan di Sogo apabila kira-kira 200 orang sudah berkumpul di kawasan itu. Mereka malah solat Maghrib secara berjemaah di situ. 7.45pm, Central Market – Tiada tanda-tanda kehadiran peserta perhimpunan. Tetapi beberapa pegawai polis bersama kereta peronda kelihatan sudah berada di kawasan itu. Hanya kelihatan pelancong yang masih leka membeli belah tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku. 7.35pm, Dataran Merdeka – Orang ramai yang menantikan sambutan tahun baru mula berkumpul di jalan bertentangan bangunan Sultan Abdul Samad. Kkonsert dijangka bermula pada jam 8 malam. -mk
|
[KERJA GILA & MENGHINA] Suruh Rakyat Berjimat, DBKL Peruntuk RM15 Juta Sambut 2014 Posted: 31 Dec 2013 04:42 AM PST RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina KUALA LUMPUR: "Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan," tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook. Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014. Wardina menambah: "Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014". Berikut ialah komen beliau. Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah 'Celebrate'lah... suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree) A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014... Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru! Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan. Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014. Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan