DUNIACACAMARBA |
- Surat Perjanjian Perceraian Didakwa Milik Nurul Izzah Tersebar di FB
- Guo Shijun, DCM Salut Anda!
- [Video] Jawatankuasa Kampung Didakwa Arah Wanita Dirogol Bergilir-gilir
- Tawaran RM433 Juta untuk Kahwini Awek Cun Ini
- Ada Lagi yang Terpedaya dengan Sindiket Gores dan Menang, Kali Ini di Melaka
Surat Perjanjian Perceraian Didakwa Milik Nurul Izzah Tersebar di FB Posted: 23 Jan 2014 10:47 PM PST
[Mstar] PETALING JAYA: Sebahagian isi kandungan perjanjian penyelesaian perceraian dipercayai di antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tersebar luas di laman media sosial, Facebook pada Jumaat. Isi kandungan perjanjian itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat peguam. Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai. Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah. Dalam pada itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu perjanjian mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa dari tarikh perjanjian penyelesaian itu ditandatangani. Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan. Pada Khamis, Nurul Izzah disahkan memfail penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Pemeriksaan rekod mahkamah oleh The Star Online mendapati kes perceraian antara Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan suaminya itu wujud. Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir , 35, pada akhir Disember tahun lalu. Dalam kenyataan media bersama pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim meminta supaya mereka diberikan ruang peribadi untuk menyelesaikan isu itu. "Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. "Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis. - 24/1/14 P/s: Sudah-sudahlah menjaja dan membongkar kesulitan dan kesedihan yang sedang dihadapi oleh Nurul dan suaminya. Cukup-cukuplah mempersenda perihal rumah tangga mereka. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Lagipun krisis yang dihadapi oleh Nurul tidak menyebabkan harga barang dan perkhidmatan naik. Kegagalan Anwar Ibrahim memasuki Jepun juga tidak menyebabkan elektrik dan tol naik. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka berdua. Cuma yang peliknya bagaimana dokumen ini boleh tersebar sedang jika benar milik Nurul, sudah tentu dokumen ini berada di pihak yang sangat-sangat dipercayai oleh Nurul dan suaminya??? | ||
Posted: 23 Jan 2014 07:29 PM PST
Bawa Ayah Lumpuh Masuk Universiti [HM] Beijing: Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian. Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban ditanggungnya. Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah. Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari sktruktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya. Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. - 23/1/14/ Agensi P/s: SALUT!!! | ||
[Video] Jawatankuasa Kampung Didakwa Arah Wanita Dirogol Bergilir-gilir Posted: 23 Jan 2014 07:11 PM PST [HM] Kolkata: Polis India semalam menahan 13 orang yang disyaki merogol seorang wanita berusia 20 tahun secara bergilir-gilir atas arahan jawatankuasa kampung. Kejadian Selasa lalu itu berlaku di perkampungan terpencil di negeri Bengal apabila wanita dari suku kaum Santhal yang belum berkahwin itu dituduh menjalin hubungan dengan seorang lelaki Islam kampung bersebelahan. Jawatankuasa dibentuk untuk menangani kes itu mengenakan denda 25,000 rupee (RM1,330) terhadap keluarga mangsa, tetapi mereka gagal membayarnya, kata pegawai polis daerah, Superintendan C Sudhakar kepada media. "Mangsa dihukum dirogol secara bergilir-gilir kerana menjalin hubungan dengan g pemuda dari masyarakat lain selepas gagal membayar denda itu. "Semua 13 suspek, termasuk ketua jawatankuasa kampung yang dilaporkan ke pihak berkuasa sudah ditahan," katanya. Kejadian di perkampungan Subalpur, kira-kira 240 kilometer ke barat Kolkata itu berlaku selepas pasangan terbabit ditemui berdua-duaan. "Ketua jawatankuasa kampung mengadakan mesyuarat tergempar selepas wanita itu dan kekasihnya ditemui sedang memadu kasih. "Kedua-duanya kemudian diikat pada pokok berasingan sebelum masing-masing didenda RM1,330 kerana berpacaran," katanya. Kekasih wanita itu dibebaskan selepas bersetuju membayar denda itu dalam tempoh seminggu, manakala mangsa dibawa ke sebuah khemah sebelum dirogol secara bergilir-gilir. Jawatankuasa kampung yang terdiri daripada beberapa warga tua mempunyai pengaruh yang kuat di pedalaman India, terutama di utara negara itu. Mereka sering mengeluarkan arahan atau menjatuhkan hukuman sesuka hati terhadap sesiapa saja yang disyaki melanggar kepercayaan atau amalan tradisi masyarakat. - 24/1/14/ AFP
| ||
Tawaran RM433 Juta untuk Kahwini Awek Cun Ini Posted: 23 Jan 2014 06:57 PM PST
Tawar RM433j untuk Kahwini Anak Lesbian [HM] Hong Kong: Seorang jutawan tempatan menggandakan jumlah tawaran wang kepada mana-mana lelaki yang berjaya menambat hati anak perempuannya yang lesbian untuk berkahwin. Tawarannya sebanyak HK$500 juta (RM215 juta) yang dibuat tahun lalu sudah menarik minat 20,000 calon dua tahun lalu. Cecil Chao, 77, mengikut laporan The Edge Malaysia, menggandakan tawaran itu kepada RM433.1 juta kepada lelaki yang berjaya menawan hati anaknya, Gigi. "Saya tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi kehidupan anak saya. Saya cuma mahu dia berkahwin dengan baik dan mendapat anak yang bakal mewarisi perniagaan saya," kata Chao Tetapi tindakan Chao membuat tawaran untuk mencari jodoh buat anaknya menyebabkan Gigi dan "pasangannya" Sean Eav kecewa. "Saya tidak yakin tawaran itu akan menemukan saya dengan lelaki idaman saya," kata Gigi kepada sebuah media tempatan. "Saya lebih gembira dan berbaik dengan lelaki yang sanggup menderma kepada badan kebajikan saya dan yang penting, mereka tidak kisah saya sudah mempunyai 'isteri'. "Terakhir sekali, terima kasih ayah, saya sayang ayah juga," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam. Gigi dilaporkan hampir mengahwini Eav - pasangannya selama sembilan tahun - dalam satu majlis di Perancis pada awal 2012, kerana perkahwinan sesama jantina tidak diiktiraf di Hong Kong. Tawaran Chao yang mendapat perhatian seluruh dunia sebelum ini gagal mengubah pendirian Gigi mengenai cara hidupnya. Gigi memberitahu media, tindakan ayahnya itu melambangkan betapa besar kasih sayang ayahnya terhadapnya. Pengarah filem dari Britain, Sacha Baron dilaporkan sedang menyiapkan sebuah filem berdasarkan kisah Chao dan Gigi. - 24/1/14/AFP | ||
Ada Lagi yang Terpedaya dengan Sindiket Gores dan Menang, Kali Ini di Melaka Posted: 23 Jan 2014 06:16 PM PST Janji kereta dapat tilam [HM] Melaka: Terpedaya dengan hadiah lumayan termasuk Toyota Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000, seorang pesara kerugian RM12,800 selepas diperdaya sindiket gores dan menang di negeri ini. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 66, berkata, dia kerugian RM12,800 selepas memberikan wang berkenaan kepada sindiket itu secara berperingkat dari Disember lalu hingga pertengahan bulan ini. Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi 25 Disember lalu itu, dia yang baru saja keluar daripada kereta di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Jalan Panglima Awang, didatangi dua lelaki berusia 20-an. "Sebaik menutup pintu kereta mereka mengoyakkan kertas mendakwa saya menang cabutan bertuah dan berpeluang memenangi Totoya Camry, Honda City dan pakej umrah bernilai RM60,000 atau wang tunai RM28,000. GAMBAR ejen gores dan menang yang dirakam mangsa. "Namun, untuk mengetahui hadiah lumayan yang bakal dimenangi, mereka meminta saya membuat bayaran pendahuluan RM12,800," katanya ketika ditemui di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) di Wisma Persekutuan, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam. - Yusmawati Mhd Yusof/24/1/14 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan