Khamis, 2 Januari 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gambar] Khairy, Nurul Izzah Antara yang Teruja Hari Pertama Persekolahan Anak

Posted: 02 Jan 2014 05:53 AM PST


[AA] KUALA LUMPUR: Hari ini 2 Januari merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, semestinya yang paling teruja adalah ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang baru memasuki Tahun Satu.

Kegembiraan ini terserlah bila ada di antara mereka memuatnaik gambar anak masing-masing di media sosial.

Ini termasuk ahli-ahli politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkongsi gambar hari persekolahan pertama anaknya di laman Twitternya.


Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut berkongsi gambar hari pertama persekolahan anaknya di laman Instagram beliau.


Di Instagram, selebriti- selebriti tempatan seperti Datuk Sheila Majid memuatnaik gambar anak bongsunya yang baru memasuki tahun satu.


Begitu juga dengan pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah yang juga berkongsi gambar anak-anaknya yang sudah bersiap sedia mahu ke sekolah.



Di laman sosial turut trending topik mengenai hari pertama sesi persekolahan bagi tahun 2014 serta gambar-gambar menarik dari ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah. -Azyyati Ahmad -2/1/14


Paparan skrin lain di sini.



[PANAS] Harussani: Darah Peserta TURUN "Halal"

Posted: 02 Jan 2014 05:36 AM PST


Harussani: Peserta Demo 'Bughah', Halal Darah


[MK] Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan "dihalalkan darah golonganbughah (pemberontak)".

"Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

"Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran," katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

"Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka," beliau dipetik sebagai berkata. - 2/1/14

Respons:


Mahasiswa Islam Desak Mufti Perak Minta Maaf atas Kenyataan Darah Peserta Turun 'Halal'

[TMI] Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) memohon maaf kepada rakyat kerana melabelkan para peserta perhimpunan ambang Tahun Baru yang lalu sebagai 'bughah' atau pemberontak.

"Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata," kata Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian dalam kenyataannya.

Harussani sebelum ini berkata peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka "dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori pemberontak.

"Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Mufti itu juga membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS, dalam perhimpunan "haram" malam kelmarin, yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi tidak memahami al-Quran.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawa adalah haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

Bukhairy bagaimanapun berkata tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang, bukannya mengguling kerajaan.

"Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam," katanya.

Beliau bertanya, dalam keadaan negara yang menanggung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku,

"Adakah mufti tidak nampak perkara ini. Adakah itu tidak zalim?"

Bukhairy juga mempersoalkan pendirian mufti itu berkenaan peruntukan untuk konsert di Dataran Merdeka sebanyak RM15 juta.

"Adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?" soalnya.

Bagi beliau, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.

"Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti," tambahnya. – 2 Januari, 2014.


Ulama PAS Kecam Harussani 'Sangat Jahil' Selepas 'Fatwa' Darah Halal ke atas Peserta Himpunan

[TMI] Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel peserta perhimpunan anti-kenaikan harga baru-baru ini sebagai pemberontak yang halal darah mereka terus dikecam, termasuk oleh Dewan Ulama PAS.

"Sangat jahil seorang mufti yang mengkategorikan mereka ini sebagai pemberontak. Lebih malang dan merbahaya apabila darah demonstrator ini pula diisytiharkan sebagai halal darah.

"Ia merupakan kenyataan yang sangat berbahaya yang boleh membawa kepada huru-hara kepada negara dan tergugatnya keharmonian antara rakyat," kata ketua penerangan Dewan Ulama PAS, Khairudin Aman Razali.

Khairudin berkata kenyataan Harussani itu amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum "bughah" dalam Islam.

Harussani sebelum ini dilaporkan berkata peserta perhimpunan di Dataran Merdeka pada 31 Disember lalu perlu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan, sambil berkata darah mereka "dihalalkan" kerana tergolong dalam kategori "bughah", atau pemberontak.

"Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Bagi Khairudin, kenyataan itu menyeleweng dari hukum Islam dan sangat menyesatkan.

Ahli parlimen Kuala Nerus itu menjelaskan bahawa dalam Islam, 'bughah' atau pemberontak merujuk kepada penentangan bersenjata oleh rakyat terhadap kerajaan Islam, dan termasuk salah satu kesalahan jenayah hudud.

"Adakah peserta perhimpunan 31 Disember 2013 turun berhimpun dengan senjata menentang pemerintah?" tanya beliau dalam kenyataannya.

Lagipun, katanya, takrifan pemberontak dalam perlembagaan Malaysia merujuk kepada melancarkan peperangan terhadap Yang diPertuan Agong.

Katanya, para peserta perhimpunan malam Selasa lepas hanya turun dengan membawa sepanduk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap urus tadbir negara yang membawa kepada peningkatan kos hidup.

"Saya menyeru seluruh pihak yang prihatin terhadap keamanan bernegara dan keharmonian bermasyarakat membantah kenyataan-kenyataan songsang seumpama ini," kata Khairudin, sambil berkata "fatwa" yang dikeluarkan Harussani itu dibimbangi membawa kepada pertumpahan darah sesama rakyat. - 2 Januari, 2014.

[Wajib Baca] Lagi Penjelasan Lim Guan Eng tentang Isu Kereta Mercedes Benz

Posted: 01 Jan 2014 07:03 PM PST


Kereta milik Kerajaan Negeri, bukan saya punya – Guan Eng

[RK] GEORGE TOWN, 2 JAN – Cemuhan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung pembelian kereta Mercedes baru berpunca daripada kurang faham isu sebenar.

Penjelasan Guan Eng kepada Roketkini sedikit sebanyak memberikan sedikit rasa lega dan memperlihatkan ketelusan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Dalam temu ramah eksklusif bersama beliau yang juga Setiausaha Agung DAP, Guan Eng memberitahu bahawa jelas sekali kereta tersebut bukanlah miliknya tetapi milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menyifatkan penggunaan kereta tersebut sebagai sekadar sementara, beliau menambah bahawa kereta tersebut juga tidak akan dibeli sebagai faedah tambahan dengan harga diskaun apabila beliau tidak lagi menjadi Ketua Menteri.

"(Barisan) EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang membuat keputusan sebulat suara untuk membeli Mercedes Benz S300L tersebut atas dua sebab, pertamanya kerana nilai untuk wang memandangkan ia dibeli dengan harga RM298 ribu berbanding harga asal RM676 ribu,"

"Kedua ialah kos penyelenggaraan jangka panjang. Anda pasti terkejut dengan perbandingan kos penyelenggaraan untuk kereta Perdana adalah lebih tinggi berbanding kereta Mercedes dalam jangka panjang," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, penjual kereta tersebut juga turut mematuhi kesemua syarat, termasuklah jaminan untuk mengambil semula kereta tersebut dengan kos ditanggung oleh mereka sendiri sekiranya pengecualian cukai tidak diberikan.

"Di bawah peraturan semasa, anda perlu membeli kereta tersebut terlebih dahulu kemudian baru lah memohon untuk dikecualikan cukai. Jika pengecualian tidak diberikan, maka mesti bayar cukai kepada kerajaan dan ambil kereta tersebut sebagai milikan sendiri," jelas beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan turut prihatin dengan kerisauan penyokong akar umbi yang sentiasa mahu pimpinan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang cacat cela.

"Kereta ini bukan milik saya, ia milik Kerajaan Negeri," kata beliau.

"Pastilah para penyokong mahu kita menjadi 'lebih putih dari putih' dan saya memahami perkara itu. Namun barisan EXCO berpendapat bahawa Kerajaan Negeri tidak wajar menolak tawaran sedemikian dengan pengecualian cukai penuh beserta diskaun yang tidak pernah diberikan sebelum ini kepada mana-mana negeri," tambah beliau lagi sambil menambah bahawa beliau harus berpegang kepada keputusan sebulat suara barisan EXCO.

Sekitar Julai 2008, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said mempertahankan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Beliau dilaporkan berkata bahawa keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh EXCO dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

Pembelian kesemua 14 buah Mercedes tersebut adalah pada harga penuh, tanpa sebarang diskaun. – Roketkini.com



Tiada ulasan: