Selasa, 28 Januari 2014

dollah yankee

dollah yankee


Gerakan Tendang Najib diperhebat

Posted: 28 Jan 2014 06:09 AM PST

Tak apa lah... kita bukan benci parti umno pun, tapi kita benci orang yang pegang jawatan-jawatan besar dalam parti umno yang menjadi penyamun besar.

Tak apa juga lah kalau Anwar yang kita percaya kepada kewibawaan memimpin hanya boleh jadi PM dengan tiket umno. Yang penting disini ialah Anwar mesti memimpin. Dan jika kita percaya Anwar boleh menyatupadukan orang-orang melayu kembali dan menaikan semula martabat orang melayu dengan tiket umno...OK! fine! Tiada sebarang bantahan dari kumpulan gurkah-gurkah politik di'port'.

dollah yankee -
Masa Anwar di universiti dulu lagi dia dah dok canang kata yang dia mahu menjadi PM.

Maklumat sahih dari kem bekas 2 Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menyebut, usaha-usaha sedang dibuat untuk membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO.
Sumber yang memaklumkan perkara ini kepada aku menyebut bahawa usaha tersebut dibuat memandangkan di dalam UMNO tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Najib Tun Razak jika keputusan dibuat untuk menggantikan Perdana Menteri tersebut.
Lagipun Anwar juga katanya sudah tidak melihat sebarang harapan akan dilantik menjadi Perdana Menteri selagi berada bersama Pakatan Rakyat, memandangkan majoriti orang Melayu masih sukar menerima politik DAP dan PAS pada masa yang sama.
UMNO saja katanya yang membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri pada ketika kepimpinan Najib mula ditolak rakyat Malaysia.
Mahathir dikatakan bersedia melupakan semua masalahnya dengan Anwar, asal sahaja Anwar bersetuju untuk menggantikan Najib, sementara Paklah memang tidak pernah ada masalah dengan Anwar, malah Paklah adalah individu yang bertanggungjawab mengeluarkan Anwar dari penjara pada 2004.
Disebutkan juga bahawa kenyataan Anwar semalam untuk mengadakan rundingan dengan UMNO dalam pelbagai isu berkaitan perpaduan negara, hanyalah alasan pemimpin utama Pakatan Rakyat tersebut untuk memasuki UMNO.
Ini bukan pertama kali Anwar memohon untuk mengadakan rundingan dengan UMNO atas pelbagai isu, sudah beberapa kali puntapi tidak pernah mendapat perhatian dari parti utama orang Melayu tersebut.
Justeru, aku meminta pejabat Ketua Pembangkang agar menjelaskan kebenaran di sebalik dakwaan ini dengan segara bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penyokong Pakatan Rakyat berterusan.
Usaha kem Mahathir dan Paklah untuk menggulingkan Najib bukan cerita baru, tapi kita tidak sangka Anwar pula yang jadi pilihan mereka berdua untuk menggantikan Najib di Putrajaya.
Sebaiknya perkara ini dijelaskan dengan segara, rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi di atas.  Sekiranya isu ini ada kebenaran, maka mungkin akan ada perubahan besar pada lanskap politik Malaysia.


Photobucket

Tiada ulasan: