DIALOG RAKYAT |
- Harussani: Saya tetap dengan kenyataan
- Perlukah sambut tahun baharu?
- ‘Kami sedar kerja ayah berisiko’
- Enam das tembakan disasar ke rumah YDP Besut
- Marina Enggan Layan Perkasa
- PDRM Wujud Skuad Khas Banteras Kegiatan Judi Haram - Ahmad Zahid
- Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60%
- Wira PERKASA: Marina cari publisiti murah?
- Masuk UMNO kejar pangkat?
- Mufti dan Bughah : Bagaimana Memahaminya?
- Kenaikan Tol: PAS Gesa Kerajaan Ambil Alih Syarikat Konsesi Lebuhraya
- Kerajaan Pulau Pinang beri elaun RM100 sebulan pada penarik beca
- Pas sokong Anwar, DAP jangan gopoh
- Isu 'bughah': DPPM buat laporan seluruh negara
- Isu rampas Bible: Jais perlu 'hikmah'
- Anwar: Kerajaan Pusat perlu teladani kepimpinan dan toleransi Khalifah Islam
- GERAMM sedia disiasat, pikul tanggungjawab anjur perhimpunan
- Anwar : Harussani cela peserta himpunan, diam saat rakyat ditindas
- Perhimpunan Tahun Baru 2014 (TURUN) : Peserta Derhaka Kerajaan (Darah Pemberontak “Bughah” Halal)!
- Akibat lawak 'bodoh', Shiro nafi bakal digam RTM
- Isteri mati ditikam, dikelar suami, pensyarah IPTA
- Media Indonesia Bebas Kritik Presidennya, Media Kita Puji Najib PM Terbaik Dunia
- Azmin & Chegubard Menang, Hakim Putuskan Larangan Ke Atas Mereka Sertai BERSIH Salah
- GST di Malaysia. Baik Untuk Negara, Tetapi Kempen Biar Munasabah! Turunkan GST Kepada 2%-3%! Respon Anda?
Harussani: Saya tetap dengan kenyataan Posted: 06 Jan 2014 04:00 PM PST Suasana Dataran Merdeka yang dipenuhi oleh peserta himpunan Turun menjelang sambutan tahun baharu Selasa lalu. Gambar kecil: Harussani. [DIKEMASKINI] SEJAK kenyataannya mengenai peserta demonstrasi malam 31 Disember lalu dikaitkan dalam golongan bughah (pemberontak), Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus menerima pelbagai cemuhan hingga ada desakan yang mahukan beliau meletakkan jawatan. Ada juga yang percaya kenyataannya disalah tafsir beberapa pihak. Wartawan Sinar Harian, Haslina Kamaludin mendapatkan penjelasan beliau berhubung isu berkenaan.Apakah kenyataan sebenar Tan Sri mengenai demonstrasi baru-baru ini? Kenyataan asal saya adalah berdasarkan demonstrasi pertama, iaitu 'guling kerajaan'. Kumpulan ini berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Oleh kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan, saya kaitkan dengan firman ALLAH SWT dalam surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; 'Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.' Nama 'guling kerajaan' itu telah ditukar kerana tidak mendapat sokongan ramai, dan diganti dengan Turun. Walaupun mereka menukar nama, tetap dengan maksud sama. Apakah pandangan Tan Sri apabila ada pihak mendakwa kenyataan bughah itu sebagai terlalu berat? Bughah atau darah halal itu dalam konteks membahayakan nyawa orang lain dan niat mereka mahu menggulingkan kerajaan. Mereka kata mereka benar, tetapi cara mereka salah. Ayat (al-Quran) itu sudah lengkap. Walau apa pun alasan, cara itu tetap salah. Saya juga tidak bercakap kosong. Lihat sahaja pada hari kejadian, polis menjumpai pelbagai senjata seperti parang dan juga bom buatan sendiri. Apakah itu dikatakan aman? Jika benar tidak setuju dengan harga barang dan kenaikan kos sara hidup, buatlah cara yang betul. Pergi pejabat Perdana Menteri, beri memorandum. Demonstrasi bukan penyelesai kepada masalah, malah ia menambah masalah kepada orang lain. Saya sendiri, kalau ada yang tidak kena, saya akan jumpa perdana menteri dan nyatakan apa yang benar mengikut ajaran Islam. Tapi, kalau berkaitan ekonomi atau yang lain-lain, itu bukan kepakaran saya. Timbul dakwaan mengatakan Tan Sri tidak bijak dalam mengeluarkan kenyataan kerana demonstrasi itu tidak seperti digambarkan? Macam-macam orang lempar kenyataan kepada saya, tetapi saya tidak kisah kerana saya bercakap berlandaskan al-Quran. Bukan saya pandai-pandai cakap. Ada pihak yang mendakwa, Tan Sri menerima bayaran untuk bercakap seperti itu? Saya tidak terkejut dengan kenyataan yang mengatakan saya dibayar untuk kenyataan seumpama itu. Walaupun diletak duit depan saya dengan nilai setinggi RM10 bilion pun, saya tidak akan sesekali bercakap bukan dari landasan Islam. Untuk apa mereka mengatakan begitu? Orang itu telah memusingkan fakta, apa yang saya kata berdasarkan firman ALLAH SWT. Bukan saya reka, jauh sekali nak cari publisiti. Kalau orang itu, mungkin juga…. Saya hairan, kerana yang menuduh saya itu mengaku ahli agama. Kita nak buat kerja agama kena jujur, jangan tukar kenyataan, inilah yang jadi. Di mana salahnya? Saya gunakan ayat al-Quran. Bukan saya cakap-cakap sahaja. Nak kata apa, katalah. Banyak yang mengata, banyak juga yang menyokong saya. Kenyataan asal saya disalah ertikan beberapa pihak hingga terjadi macam ni. Mengapa selepas empat hari baharu Tan Sri mahu tampil membuat sidang media? Sebenarnya, jadual harian saya begitu padat menyebabkan ia perlu ditangguhkan. Kalau ikut saya, tidak ada sidang media atau apa sahaja penjelasan. Tidak ada yang salah dalam kata-kata saya. Tapi, atas nasihat Timbalan Mufti (Zamri Hashim) dan pegawai-pegawai agama di Perak, saya turutkan. Saya tidak suka layan orang yang tidak tahu agama tetapi seolah-olah bijak dalam bab-bab ini. Saya memilih Isnin memandangkan minggu ini, saya sangat sibuk. Hari ini pun saya masih di Kuala Lumpur, ada urusan keluarga. Mengapakah Tan Sri menolak untuk bertemu rombongan Pemuda Pas Perak? Saya bukan tidak mahu bertemu. Pada ketika itu, saya ada tetamu dari pagi hingga petang. Mereka datang ke pejabat saya tanpa ada sebarang surat. Buat apa saya jumpa mereka yang hanya ingin membuat kacau? Selama ini, saya tidak pernah menghalang sesiapa pun, dari parti mana pun untuk bertemu (saya). Pengalaman saya dengan Pas, tidak akan ada penyelesaian, akhirnya bertengkar, meninggi suara hingga satu pejabat boleh dengar. Jadi, lebih baik tidak bertemu. Bagaimana dengan desakan yang mahu Tan Sri meletakkan jawatan sebagai Mufti? Saya tidak sesekali akan meletakkan jawatan sebagai mufti. Kalau nak diikutkan, saya sudah pencen, tapi sehingga kini, khidmat saya masih diperlukan. Sudah 29 tahun saya menjadi mufti dan 18 tahun sebagai kadi di Pulau Pinang. Saya tidak akan meletak jawatan dan tunduk dengan semua kecaman itu. Saya akan terus menegakkan Islam, dan tidak gentar dengan sebarang kata-kata jahat terhadap saya | ||
Posted: 06 Jan 2014 03:56 PM PST Ketika ekonomi negara berada dalam keadaan gawat, dengan kenaikan harga barang, sambutan tahun baharu dilakukan di sana sini. Persoalannya, perlukah disambut Tahun Baharu Masihi setiap tahun, sedangkan setiap bangsa (agama) mempunyai tahun baharunya sendiri? Kalau tidak disambut, apakah negara kita tidak akan maju? Jika dikumpulkan semua perbelanjaan dan persiapan sambutan yang telah dibuat selama ini, sudah tentu berbilion telah dikorbankan. Apa faedah yang diperoleh? Peliknya, yang menaja sambutan tahun baharu adalah kalangan korporat-korporat Islam. Tahun Baharu Hijrah tidak pula ditaja. Bayangkan wang tajaan itu digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan, betapa besarnya pahala yang diperoleh. Mungkin ada berpandangan, ini salah satu produk pelancongan. Pada saya tidak, kerana ia adalah sambutan bercorak stereotaip setiap tahun oleh kebanyakan negara di dunia yakni, dengan countdown, percikan bunga api, diikuti dengan konsert dan persembahan hiburan yang mengarut. Kenapa kita perlu terikut-ikut dengan rentak Barat? Inilah bahayanya jika pemikiran kita tidak diasaskan dengan agama. Kita, rakyat Malaysia ada identiti sendiri, umat Islam dengan Tahun Baharu Hijrah atau Maal Hijrah yang telah disambut pada 5 November 2013. Bukankah memudah perkiraan zakat? Begitu juga dengan orang Cina dengan Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 31 Januari 2014. Tidak ketinggalan orang India dan yang lain. Saya tidak kata, kita tidak boleh langsung menyambut tahun baharu. Sambutlah, tetapi muliakan jati diri atau identiti sendiri dahulu berbanding orang lain. Apatah lagi, agama Islam termaktub dalam perlembagaan, yang mana keutamaan perlu diberikan. Permasalahannya, Tahun Baharu Masihi disambut bermula jam 12 tengah malam. Waktu yang sudah sangat lewat untuk anak-anak kita berada di luar rumah. Macam-macam perkara boleh berlaku. Apatah lagi ibu bapa sudah tidak kisah, sama ada anaknya balik rumah atau tidak. Tidak bolehkah kita kembali seperti zaman dahulu? Anak-anak sudah berkumpul di rumah menjelang senja (Maghrib). Kenapa senja atau Maghrib menjadi petanda? Jawapannya, kerana mengikut perkiraan bulan Islam, waktu tersebut penanda akan berakhir satu hari dan bermulanya satu hari yang baharu. Jika begitu keadaan, kenapa jam 12 tengah malam yang ditunggu? Kita meraikan budaya siapa? Kembalikan waktu Maghrib tu, seperti mana kita menyambut Maal Hijrah. Orang Cina pun berkongsi perkara sama sebab itulah sambutan Tahun Baharu Cina bermula dengan makan besar atau reunion dinner pada waktu senja. Pada saya, tidak menjadi 'masalah' untuk kita menyambut Tahun Baharu Masihi walaupun ia bukan kalendar Islam, tetapi kalendar Gregorian ciptaan Pope Gregory. Namun, sambutannya biarlah berpada-pada. Jangan sampai menenggelamkan sambutan perayaan ibadah seperti hari raya dan sebagainya. Jika disambut untuk meraikan masyarakat berbilang kaum, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan hendaklah boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan. Tiada unsur percampuran atau pergaulan bebas lelaki dan wanita yang bukan mahram yang biasanya boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Kandungan keseluruhan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan Islam dan norma-norma agama lain. Saya paparkan kata-kata nukilan seorang sahabat, yang juga saya lontarkan selama ini. Sebenarnya kita lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharam. Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal. Lebih membesarkan hari Ahad daripada hari Jumaat. Lebih khusyuk mendengar lagu daripada azan dan alunan ayat al-Quran. Lebih suka lepak, tidur, menonton televisyen daripada sembahyang. Lebih tahu nama artis-artis daripada nama para Nabi dan sahabat. Lebih suka menyebut hello, hai, selamat pagi/petang/malam daripada Assalamualaikum. Lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih. Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri. Lebih suka membaca majalah daripada buku agama dan al-Quran. Lebih suka pergi ke konsert merapu daripada ceramah agama. Lebih suka memaki, mencarut, mengumpat orang daripada mendoakan atau menasihati mereka. Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan. Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita. Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat. Lebih suka menuju ke neraka daripada syurga. Sampai bilakah negara tercinta ini akan diberkati dan dirahmati Tuhan Yang Esa jika kita terus mengikut cara hidup barat yang merosakkan? Fikir-fikirkan wahai pemimpin tercinta. | ||
‘Kami sedar kerja ayah berisiko’ Posted: 06 Jan 2014 03:55 PM PST Asmah Laily Yusoff, 40, (tengah) ditenangkan oleh anaknya Shahrul Muie, 20, selepas suaminya Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditembak selepas mengejar dua lelaki bersenjatakan dua laras senapang patah di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) dekat Jaya Gading di Kuantan, hari ini. - Foto Bernama KUANTAN - "Saya dan keluarga sedar dan tahu kerja ayah sememangnya berisiko tetapi tidak menyangka kejadian seperti ini menimpa keluarga kami". Demikian kata anak kedua Koperal Abdul Halim Mat Ali yang ditemui mati ditembak di Ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Pandan Jaya, Jaya Gading di sini hari ini. Shahrul Nuie Abd Halim, 20, berkata dirinya seakan tidak percaya apabila dimaklumkan ibunya, Asmah Laily Yusof, 40, mengenai kejadian yang menimpa ayahnya pada kira-kira 10 pagi tadi. "Bagaimanapun, kami sekeluarga reda dengan apa yang terjadi," katanya yang merupakan seorang juruukur di Rawang, Selangor ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini. Petang semalam Abdul Halim, 48, mengejar dua lelaki bersenjatakan dua laras senapang patah dan gagal dihubungi anggota polis lain selepas kejadian itu sebelum mayatnya ditemui kira-kira 9 pagi ini di ladang berkenaan. Menurut Shahrul, jenazah ayahnya akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Felda Bukit Mendi, Bera. Allahyarham mempunyai seorang lagi anak lelaki dan dua anak perenmpuan. - Bernama | ||
Enam das tembakan disasar ke rumah YDP Besut Posted: 06 Jan 2014 03:52 PM PST BESUT - Enam das tembakan dilepaskan ke arah rumah Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Besut di Kampung Gong Kapas di sini hari ini. Ketika kejadian pada 6.15 pagi, Ibrahim Mohamad, 55, bersama isteri dan seorang anak mereka berada di dalam rumah dan mereka terdengar beberapa bunyi letupan tetapi tidak mengesyaki ia adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kediaman mereka. Kejadian itu hanya disedari pada 8.30 pagi apabila isteri YDP majlis daerah itu keluar untuk membersihkan kawasan rumah dan melihat kesan pecah pada cermin keretanya serta menemui serpihan peluru di perkarangan rumah banglo setingkat itu. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata wanita berkenaan kemudian menelefon suaminya yang ketika itu berada di pejabat dan memaklumkan mengenai perkara itu. Polis dapati enam das tembakan dilepaskan iaitu dua terkena pada rumah manakala empat lagi pada kereta Mercedes Benz CLK320 mangsa, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Jamshah berkata polis tidak menolak kemungkinan tembakan itu dilepaskan sebagai tanda amaran. "Mangsa memaklumkan dia tidak mempuyai musuh dan kami tidak menolak kemungkinan kejadian ini bermotifkan rasa tidak senang hati pihak tertentu terhadap tugas mangsa," katanya. Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, polis percaya tembakan dilepaskan dari jarak dekat iaitu kira-kira lima meter dan dilakukan oleh lebih seorang suspek. Pihak forensik menemui satu kelongsong peluru jenis 9mm Luger Speer di atas jalan di hadapan rumah itu. Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka bunyi letupan yang didengari di luar rumah sewanya pada jam 6.15 pagi itu adalah bunyi tembakan senjata api "Saya keluar rumah untuk ke pejabat kira-kira pukul 8 pagi dan tidak perasan dengan kesan tembakan pada kereta dan rumah sewa. "Bagaimanapun apabila tiba di pejabat, isteri telefon beritahu cermin keretanya pecah dan ada kesan tembakan," katanya menambah beliau kemudian bergegas pulang sebelum membuat laporan polis. Ibrahim berkata beliau tidak tahu motif kejadian dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa. "Kita serahkan kepada polis untuk menyiasat," katanya. - Bernama | ||
Posted: 06 Jan 2014 03:47 PM PST KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir, enggan melayan kecaman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pada Ahad. Menurutnya beliau tidak akan membuang masa untuk memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu. "Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya di sini pada Isnin. Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN). Sebelum ini Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakannya menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut. Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan. | ||
PDRM Wujud Skuad Khas Banteras Kegiatan Judi Haram - Ahmad Zahid Posted: 06 Jan 2014 03:45 PM PST MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mewujudkan skuad khas dari Bukit Aman untuk membanteras kegiatan judi haram di semua peringkat, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin. Beliau berkata, kerjasama di peringkat balai polis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) akan dipertingkat untuk memerangi kegiatan judi haram sama ada secara konvensional atau online. "Kebanyakan mangsa kegiatan judi haram terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kita akan membanteras judi haram habis-habisan di semua peringkat. "Saya tahu tugas ini sukar tetapi ia tidak mustahil untuk lakukan kerana kita tidak mahu mereka yang berpendapatan rendah terus menjadi mangsa dalam kegiatan judi haram," katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang baharu Datuk Mohamad Khalid Shariff di sini Isnin. Selain itu, Ahmad Zahid berkata, PDRM akan meneruskan Ops Cantas Khas untuk membendung kegiatan kongsi gelap dan jenayah menggunakan senjata api di negara kerana ia "tiada tarikh tamat". Beliau berkata, PDRM juga akan meningkatkan usaha dalam membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini. "Pengedar sama ada bersindiket atau secara runcit masih berlaku secara berleluasa. Walaupun pencapaian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik cukup baik tetapi ia tidak mustahil untuk dipertingkatkan lagi untuk membanteras penyalahgunaan dadah," katanya. Selain memperkukuhkan Rakan Cop untuk mewujudkan pembabitan masyarakat umum, Ahmad Zahid berkata PDRM menyasarkan 25,000 anggota Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) dan 25,000 anggota polis bantuan untuk membantu polis bagi mendapatkan semula keyakinan masyarakat. "Sehubungan itu, saya berharap KSU baharu yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu KDN mewujudkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara pada keseluruhannya," katanya. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, KDN akan bekerjasama dengan persatuan-persatuan bank di Malaysia supaya gaji pekerja asing terus dikreditkan dalam akaun. "Jika mereka mahu menghantar wang ke negara asal, ia mesti dilakukan melalui saluran perbankan sedia ada agar tidak melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA). "Kita akan menyediakan sistem online 'transfer of fund' supaya Bank Negaradapat memantau jumlah wang dihantar ke negara asal pekerja-pekerja asing". - BERNAMA | ||
Harga Limau Mandarin Dijangka Naik 60% Posted: 06 Jan 2014 03:38 PM PST GEORGE TOWN: Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20% dan 60% berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan. Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China. Fujian terkenal dengan pengeksport bagi limau mandarin jenis Lokam. Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, permintaan domestik di China meningkat sejak beberapa tahun dan ia semakin bertambah pada tahun ini sekali gus menyebabkan bekalannya semakin berkurangan. Kebanyakan tanaman limau mandarin dituai pada Disember tahun lepas. Sunshine dijangka mengimport kira-kira 90,000 karton limau mandarin dari Fujian. Bekalan buah limau mandarin jenis Teachew turut dijangka berkurangan selepas wilayah itu mengalami hujan lebat yang merosakan banyak tanaman. Para pengguna boleh menjangkakan kenaikan 70% pada harga berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan. Teochew kam terkenal kerana bau wanginya dan digunakan untuk upacara sembahyang. | ||
Wira PERKASA: Marina cari publisiti murah? Posted: 06 Jan 2014 05:14 AM PST MALAYSIAKINISayap pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan kehadiran anak bekas perdana menteri Datuk Marina Mahathir ke satu perhimpunan di gereja di Klang bagi mempertahankan rumah ibadat tersebut. Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata Marina sepatutnya mengambil pendirian bertentangan untuk menghalang golongan Kristian menggunakan kalimah "Allah". "Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam? "Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). "Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian," katanya dalam satu kenyataan. Beliau turut mempersoalkan kewibawaan aktivis sosial itu dengan menggelar anak bekas perdana menteri berkenaan dengan nama "pejuang lesbian, gay, biseksual dan transeksual". Irwan turut mengaitkan Marina dengan NGO Sisters in Islam, yang digelarnya sebagai pergerakan Islam liberal. "Sebagai seorang muslim dan anak kepada mantan perdana menteri yang banyak memperjuangkan Islam dan membela nasib bangsa, tindakan beliau itu telah menimbulkan seribu satu persoalan pada rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam "Di mana letak akidah beliau dan adakah beliau bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?," soalnya. | ||
Posted: 06 Jan 2014 05:11 AM PST Saya terpanggil untuk mengulas sedikit mengenai sikap segelintir pemimpin UMNO, itupun jika mereka layak digelar pemimpin yang menyertai parti itu semata-mata untuk mengejar kemewahan dan pangkat. Mereka sanggup berbelanja besar untuk dipilih ketua bahagian kerana itulah batu loncatan untuk mendapat lebih, sama ada kontrak atau projek, kedudukan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau perbadanan-perbadanan dan badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Ini menjadi lumrah 'perjuangan' mereka. Kali ini, saya dapati seorang 'pemimpin' dari Pulau Pinang bergelar 'datuk' yang menghubungi seorang pemimpin parti yang berpengaruh di Kuala Lumpur untuk mendapatkan pangkat untuk isterinya. Dia melobi agar isterinya yang juga salah seorang 'pemimpin' Wanita UMNO di Pulau Pinang, diberi anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran "datuk'. Saya tidak pasti sama ada dia melobi sempena sambutan Hari Wilayah, Hari Keputeraan rasmi Yang diPertuan Agong atau Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Apakah ini semangat perjuangan UMNO? Apakah mengejar gelaran dan pangkat jauh lebih penting dan utama berbanding dengan memperjuangkan untung nasib rakyat? Isteri pemimpin berkenaan sudahpun bergelar 'datin' ekoran dia sendiri bergelar 'datuk'. Apakah ini belum cukup? Nampaknya begitulah. Sifat tamak haloba dan tidak berpuas hati dan seolah-olah tidak bersyukur dengan apa yang ada bukanlah sifat seorang pemimpin yang baik. Ingat neraca pertimbangan di akhirat kelak bukan pangkat, jawatan, kedudukan dan kekayaan. Insaflah.http://kudaranggi.blogspot.com | ||
Mufti dan Bughah : Bagaimana Memahaminya? Posted: 06 Jan 2014 05:09 AM PST [1]. Mufti adalah sebuah institusi yang terpandang dalam masyarakat. Peranannya selain mengeluarkan fatwa untuk merungkai kekusutan ummah dalam permasaalah agama, mufti juga bertanggungjawab membantu untuk menyatukan ummah, mendidik dan membimbing mereka kearah Islam agama yang Indah ini melalui fatwa dan pengarahan semasa dari Jabatan Mufti. Sementara suara Mufti adalah fatwa yang didengari oleh masyarakat ummat Islam, Mufti selayaknya bijak dan tepat dalam mengeluarkan fatwa tersebut. Tentu sahaja rujukannya ialah Al Quran dan Sunnah serta lampiran bukti dan maklumat yang lengkap dan tepat. Bukan merujuk kepada blogger atau media terbuka yang tiada wibawa dan komitmen taqwa yang tinggi. [2]. Sementara Definisi "Bughah" (Penderhaka/ Pemberontak) pula adalah seperti berikut :
هُمْ مُخَالِفُوا الإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الاِنْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ وَمُطَاعٍ فِيهِمْ
وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ "Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [3]. Syarat "Bughah" Persoalan yang timbul, apakah setiap "Bughah" boleh diperangi dan dihalalkan darah mereka? Jika diteliti, Ulamak Islam meletakkan beberapa syarat sebelum dibenarkan untuk memerangi golongan Bughah ini. Antara syaratnya ialah :
[5]. Sayugianya jua, sebelum mufti berfatwa mengenai "bughah" yang dihukumkan ke atas rakyat, terlebih dahulu mesti ada fatwa dari mufti mengenai kedudukan sebuah kerajaan yang enggan melaksanakan syariat sebagai dasar, peraturan dan undang-undang negara. Mufti tidak boleh memejam sebelah mata kanannya terhadap kedegilan kerajaan untuk patuh pada syariat dan menjegil sebelah mata kirinya terhadap rakyat yang bangkit secara aman untuk menolak kerajaan yang menindas atau menginaya mereka. Hayati Firman Allah : أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ "Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Al Baqarah ayat 85) Nasrudin bin Hassan Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat. Mencorak Masa Depan | ||
Kenaikan Tol: PAS Gesa Kerajaan Ambil Alih Syarikat Konsesi Lebuhraya Posted: 06 Jan 2014 04:51 AM PST KL TODAYKUALA LUMPUR: PAS, pada Isnin menggesa kerajaan supaya mengambil alih sepenuhnya syarikat konsesi lebuhraya sebagai salah satu usaha mengurangkan beban rakyat. Ketua Penerangannya Datuk Mahfuz Omar berkata langkah itu wajar dilakukan kerana perjanjian yang dimeterai dengan syarikat-syarikat konsesi lebuhraya dilihat tidak memihak kepada rakyat. "Adalah amat wajar kerajaan tidak menaikkan kadar tol sekarang ini dan segera membuat kajian semula (perjanjian) dan kemudian mengambil alih semula syarikat-syarikat pengendali konsesi lebuhraya. "Saya tidak nampak kerajaan tidak boleh membatalkan atau memperbetulkan kembali perjanjian yang berat sebelah, tidak pro kepada pengguna dan rakyat sebaliknya pro kepada syarikat konsesi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, Isnin. Mahfuz berkata gesaan yang dibuat adalah hampir sama dengan tindakan kerajaan yang telah mengambil alih operasi syarikat pengendali terdahulu dalam isu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata beliau percaya pendekatan yang sama dapat digunakan dalam menangani isu kenaikan kadar tol. "Sekarang ini sebahagian besar daripada syarikat-syarikat tol ini, kepentingan sahamnya dikuasai kerajaan dan syarikat GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang lain. "Saya percaya kerajaan boleh membayar seperti mana kerajaan mengambil alih tanggungjawab pengendalian AES daripada Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd dengan mewujudkan GLC baru, ambil alih kemudian bayar ganti rugi kepada syarikat pengendali," katanya. Pada sidang media yang sama beliau turut menggesa kerajaan supaya segera menunaikan janji untuk meminimakan kesan kenaikan harga barang seperti petrol, gula dan elektrik yang ditanggung rakyat. Katanya sehingga kini rakyat tidak nampak usaha dan komitmen kerajaan untuk mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung rakyat secara serta-merta. "Kuasa membeli rakyat sekarang semakin mengecil…bawa RM50 ke pasar jumlah barangan yang boleh dibawa pulang adalah sedikit. "Kerajaan sepatutnya memikirkan dahulu kesan kenaikan sebelum buat keputusan," katanya. | ||
Kerajaan Pulau Pinang beri elaun RM100 sebulan pada penarik beca Posted: 06 Jan 2014 04:25 AM PST KL TODAYSelain daripada Feri yang menjadi simbol tarikan ke Pulau Pinang, beca juga merupakan salah satu tarikan yang masih kekal walaupun jumlahnya kini hanya 150 buah jika dibandingkan 70 tahun yang lalu dimana jumlahnya mencecah sehingga 2,250 buah.Beca yang ada di Pulau Pinang kini dihias indah dengan bunga dan muzik serta dilengkapkan pelbagai aksesori menarik sebagai salah satu kenderaan bertayar tiga untuk membawa penumpang mengelilingi tempat-tempat menarik sekitar Georgetown. Menurut Pengerusi Persatuan Penarik Beca Pulau Pinang, Abdul Latiff Mohd, 67 tahun, antara 150 beca yang ada kini, 70 darinya adalah dipunyai oleh pemilik beca sendiri.Manakala 80 lagi disewa dengan kadar harian sebanyak RM3 sehari dari tuan punya beca yang majoritinya dipunyai oleh taukeh-taukeh kaya di negeri ini. Beliau yang mempunyai pengalaman menarik beca sejak 50 tahun lalu, menyara keluarganya dengan hasil titik peluh menarik beca mulai awal pagi hinggalah ke malam. Baginya beca sudah menjadi darah dagingnya sejak bergelar remaja sehinggalah bergelar datuk yang mempunyai 11 orang cucu kini. "Sejarah dulu upah yang diambil pada tahun 1960an hanyalah sebanyak 40 sen dari jeti atau feri sehinggalah ke Jalan Penang. Tapi kini zaman telah berubah.Upah yang dikenakan juga meningkat berdasarkan kepada jarak perjalanan sesuatu tempat. "Walau bagaimana pun setiap hari purata yang mampu diperolehi oleh penarik beca tidak kurang dari RM40. Namun kebanyakan penumpang adalah pelancong dari luar yang igin mencuba naik beca, " jelasnya lagi. Namun begitu penyelenggaraan bagi memastikan setiap beca berada dalam keadaan baik harus diberi pertimbangan yang berat. Tayar serta tiubnya perlu ditukar setiap enam bulan sekali.Manakala rantainya mesti sentiasa diberi perhatian supaya tidak mudah putus atau kekeringan minyak yang menyukarkan ia untuk dikayuh. Sementara itu Ah Peng, 68, dari Air Itam pula berkata, beliau mempunyai pengalaman menarik beca sejak 30 tahun sehingga kini. Jika dibezakan pada zaman dahulu, banyak perubahan pada harga dan keadaan beca yang ada pada waktu ini. "Walaupun pendapatan tidak menentu kerana terpaksa mengharapkan pelancung dari luar, setidak-tidanya nasib semua penarik beca di Pulau Pinang telah terbela apabila setiap penarik beca diberikan sumbangan oleh Kerajaan Negeri setiap bulan sebanyak RM100 sejak tahun 2010. "Kami perlu beratur untuk mengambil wang tersebut di beberapa buah bank yang telah ditentukan oleh Kerajaan Negeri dengan bayaran tunai. "Bantuan ini belum pernah kami terima dari mana-mana kerajaan yang memimpin negeri ini sebelum ini, " tambahnya lagi. Setidak-tidaknya penarik beca di Pulau Pinang boleh menarik nafas lega dengan bantuan yang diberikan bagi meringankan beban mereka setalah pendapatan tidak menentu. Mereka juga amat berharap sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kesemua 150 penarik beca yang ada di negeri ini, diberi sokongan melalui mana-mana agensi Kerajaan Negeri maupun Kerajaan Pusat untuk mempromosikan destinasi menarik dengan menggunakan khidmat kesemua penarik beca yang ada di negeri ini. Usaha juga mesti diambil oleh pihak yang berkuasa bagi menaik taraf serta memperelokkan beca yang ada masih daif dan buruk melalui pelbagai program yang boleh meningkatkan pendapatan dan juga memastikan nasib penarik beca kekal dibela, kerana majoriti dari mereka yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan adalah mereka yang hampir bergelar warga emas. Sumber: Malaysia Gazette | ||
Pas sokong Anwar, DAP jangan gopoh Posted: 06 Jan 2014 04:17 AM PST KUALA LUMPUR - Selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan DAP, Pas hari ini tampil mengingatkan rakan sekutunya itu supaya tidak tergopah-gapah dalam membuat pendirian berhubung konflik kalimah ALLAH. Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendirian parti adalah sama dengan Ketua Umum PKR itu yang menyifatkan tindakan DAP adalah tindakan gopoh. "Kita setuju dengan kenyataan Anwar, rakan PR di Selangor tidak perlu tergopoh gapah membuat keputusan terhadap isu kalimah ALLAH itu," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini. Tambahnya, persoalan mengenai pindaan undang-undang yang berkaitan isu tersebut akan diserahkan kepada kerajaan Selangor dan exco agama Islam negeri itu. "Soal nak pinda atau apa, kita serah kepada kerajaan negeri tersebut," ujarnya. Anwar semalam menyifatkan serbuan Jais terhadap premis Persatuan Bible Malaysia (BSM), Jumaat lalu sebagai tindakan gopoh kerana ia telah mencetuskan ketengangan antara agama di negara ini. Anwar kemudian membidas sikap gopoh DAP merujuk kepada kenyataan Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan Adun Kampung Tunku, Lau Weng San. "Saya juga tidak setuju dengan usul yang dikemukakan Adun DAP, sementara kita tidak setuju dengan tindakan gopoh, kita juga jangan beri pandangan gopoh," ujarnya. Dalam perkembangan sama, AJK Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah Pas dalam menangani isu kekeliruan itu adalah berjumpa dengan semua pihak. Katanya, Pas dan PR juga akan berbincang mengenai perkara itu di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi dengan segera. "Itu langkah Pas, apa yang exco negeri buat itu bagus, nanti kita juga akan bincang dengan PR untuk mencari penyelesaiannya dengan segera," katanya. | ||
Isu 'bughah': DPPM buat laporan seluruh negara Posted: 06 Jan 2014 04:15 AM PST KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menyatakan akan membuat laporan polis terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut. Timbalan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti itu boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara. Justeru katanya, Dewan Pemuda Pas di seluruh negara perlu mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Harussani. "Dewan Pemuda Pas di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014). "Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau (Harussani) itu," katanya dalam satu kenyataan media yang turut menggesa Harussani menarik balik kenyataannya. Media minggu lalu melaporkan Harussani sebagai berkata, peserta himpunan Turun pada 31 Disember 2013 yang lepas adalah 'bughah' dan halal darah mereka kerana disifatkan sebagai penderhaka kepada negara. Susulan itu, Harussani telah dikecam pelbagai pihak. Namun mufti itu kemudiannya tampil menjelaskan, 'bughah' yang dimaksudkan beliau merujuk kepada demonstrasi pertama, iaitu 'guling kerajaan'. Menurut Harussani, kenyataan berliau bersandarkan firman ALLAH menerusi surah al-Hujurat, ayat 9 yang bermaksud; 'Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satu berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah ALLAH; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum ALLAH), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil.' | ||
Isu rampas Bible: Jais perlu 'hikmah' Posted: 06 Jan 2014 04:13 AM PST KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu menggunakan kuasanya dan mengambil tindakan undang-undang berteraskan kebijaksanaan dan tidak membuat keputusan terburu-buru hingga boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara agama. Ahli Parlimen Pas-Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sebelum tindakan tegas itu diambil, Jais sepatutnya boleh duduk berbincang serta berunding secara 'hikmah' dengan pihak berkepentingan agama. "Sepatutnya tiada masalah kalau mereka duduk (berbincang) sebab Jais adalah pihak berkuasa agama. "Kuasa itu ada pada Jais, mereka kena beri perhatian dalam pelaksanaan tugas, boleh runding dulu, bincang dulu, macam mana caranya, bukannya dengan kaedah gopoh yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu serbuan penguat kuasa Jais ke premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) Khamis lalu yang merampas 351 salinan naskhah Bible versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban yang dipercayai mengandungi kalimah ALLAH. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin memberitahu, MKPN yang bersidang buat kali pertama, akan menjadi platform dan meja rundingan di antara pihak Jais dan BSM bagi menyelesaikan isu ini. "Ia harus dilakukan berterusan, bukan hanya bila ada masalah, ada isu yang kita kena bincang secara terbuka dan ada kalanya secara tertutup. "Kewujudan majlis ini untuk menginstitusikan kekuatan formula negara mengenai berbincang dan berunding dalam banyak perkara," katanya lagi. | ||
Anwar: Kerajaan Pusat perlu teladani kepimpinan dan toleransi Khalifah Islam Posted: 06 Jan 2014 04:04 AM PST Oleh: NAZLI IBRAHIM PUCHONG: Kenyataan dikeluarkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa darah penentang kerajaan melalui demontrasi untuk halal dihukum bunuh menyebabkan Islam dipandang negatif. Kerajaan Pusat harus mencontohi tindakan Saidina Ali Abi Talib ketika menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang menghantar Ibnu Abbas bagi bertemu golongan pemberontak sebelum boleh mengisytiharkan golongan penentangnya itu sebagai 'bughah'. Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tindakan menghantar Ibnu Abbas itu diambil bagi mengetahui isu sebenar yang menyebabkan golongan itu tidak berpuas hati lalu mengambil sikap menentang kerajaan pimpinan beliau. "Saidina Ali pernah mengirimkan Ibnu Abbas yang dianggap orang yang paling sederhana dan boleh diterima semua pihak. Dia tak hantar Jeneral atau Ketua Polis Negara dan sebagainya. "Ketika ini ada di kalangan pihak tertentu jadikan isu bughah ini untuk menyerang Islam. Ini kesilapan besar. Ini bukan pertembungan antara agama tetapi pertembungan dengan orang yang dangkal menggunakan agama untuk maksud politik" kata Anwar. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini. Anwar memberitahu dalam kursus yang disertai kira-kira hampir 200 peserta isu, isu bughah juga ada disentuh di dalam kitab agama di Johor yang diguna pakai di sekolah agama pondok negeri itu. "Di antara teks penting di Johor yang digunakan di Sekolah Agama di Johor namanya Mutaal Badrin, teks yang banyak di sekolah pondok. "Menurut kitab itu, sebelum (diisytihar) bughah, seorang perantara yang dianggap bebas hendaklah dikirimkan kepada mereka untuk menanyakan apa isu mereka, mengapa marah, mengapa mereka kutuk kerajaan, adakah tiada keadilan di situ," kata Anwar. Kata Anwar lagi, apa yang dinyatakan di dalam Kitab Mutaal Badrin itu adalah selaras seperti mana tindakan Saidina Ali mengutuskan Ibnu Abbas bertemu dengan golongan penentang kerajaan beliau. "Jangan bicara soal agama dengan maksud menghukum. Kalau begini cara pendekatannya, semasa masyarakat Melayu, Jawa masih lagi Hindu adakah saudara fikir ada yang nak masuk terima Islam? Tentu tidak ada. "Murninya Islam itu kerana hikmahnya, kebijaksanaannya, kerana toleransinya dan keyakinannya membawa sesuatu yang lebih baik dan adil, bukan menanamkan ketakutan dan kebencian," katanya lagi. Sebelum ini, Harussani dalam satu kenyataan berkata golongan yang turun berdemontrasi membantah perhimpunan memprotes kenaikan kos sara hidup di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai golongan Bughah yang 'halal darahnya' untuk dihukum bunuh.EZY | ||
GERAMM sedia disiasat, pikul tanggungjawab anjur perhimpunan Posted: 06 Jan 2014 04:00 AM PST SELANGOR KINISHAH ALAM- Gerakan Media Marah (GERAMM), penganjur perhimpunan menuntut kebebasan media dan menyokong The Heat di ibu negara, pada 4 Januari lalu rela disiasat polis dan memikul tanggungjawab penuh atas acara itu. Perkumpulan longgar wartawan itu bagaimanapun menegaskan protes itu hanya satu permulaan dan tidak mengendurkan semangat "berani lawan" mereka. "Jika benar laporan The Sun (malam) tadi, saya sedia disiasat isu Protes Pensel Merah. Saya ambil penuh tanggungjawab. "Saya beri kerjasama penuh pada polis untuk siasatan ini seperti polis tidak ganggu hak kami adakan Protes Pensel Merah 4 Januari," kata jurucakap GERAMM, Fathi Aris Omar yang dipetik daripada Malaysiakini, hari ini. The Sun malam tadi melaporkan, polis sudah memulakan siasatan terhadap penganjuran "Protes Pensil Merah" oleh kumpulan wartawan dan aktivis media kerana gagal memberikan notis berhimpun 10 hari lebih awal. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu. Sementara itu, dalam kenyataannya di Twitter malam tadi, Fathi berkata, sebagai editor, siasatan selalunya "proses biasa" yang sudah lama dilaluinya. "Saya tunggu notis rasmi pihak berwajib," katanya. Pada 4 Januari lalu, peserta perhimpunan itu bermandi hujan dengan berkumpul di dataran dekat Leboh Pasar Besar di ibu negara dan berarak sehingga Masjid Jamek bagi menyatakan bantahan mereka. Selain pembatalan penggantungan The Heat, GERAMM mengemukakan tujuh lagi tuntutan, termasuk menyiasat semula dengan rapi insiden keganasan terhadap wartawan dalam perhimpunan BERSIH 3.0 yang belum selesai. Mereka turut mematahkan pensel merah beramai-ramai sebagai lambang wartawan yang tercedera dan patahnya kebebasan media di negara ini. Turut hadir menyokong perhimpunan itu termasuk pemimpin popular DAP Lim Kit Siang; bekas Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dan aktivis, Datuk Marina Mahathir. | ||
Anwar : Harussani cela peserta himpunan, diam saat rakyat ditindas Posted: 06 Jan 2014 03:18 AM PST SELANGOR KINIPUCHONG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pendirian mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. "Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya. "Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily pada program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, di sini, semalam. Kata Anwar, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh. "Walaupun ini pendapat peribadi mufti , tapi kena ingat bahawa ia keterlaluan. "Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya," katanya. Pada masa sama, Anwar berkata, kenyataan itu akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam. "Nak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama', bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini. "Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian dikalangan bukan Islam," ujarnya. | ||
Perhimpunan Tahun Baru 2014 (TURUN) : Peserta Derhaka Kerajaan (Darah Pemberontak “Bughah” Halal)! Posted: 06 Jan 2014 02:52 AM PST Setelah agak lama menyepi, tiba-tiba Mufti Perak, Tan Sri Harun Sani tampil menemplak peserta Perhimpunan Tahun Baru 2014. Berhimpun untuk bantah kenaikan harga barang, apa masalahnya? Sependapat Berita Semasa, membunuh dibalas dengan membunuh. Dalam isu perhimpunan sempena Tahun Baru 2014 kali ini, siapa bunuh siapa tiba-tiba bersungguh-sungguh mahu membunuh orang.
Bukankah negara Malaysia adalah negara demokrasi atau ……? Jikalau berhimpun seperti itu dikatakan haram dan berdosa kepada pemerintah, yang selama ini terkinja-kinja terlompat-terlompat layan konsert di Tahun Baru 2014, haram atau halal? Adakah ia dikira derhaka kepada Allah? Mohon pandangan Mufti Perak? P/S : Tak salah kalau kerajaan suruh rakyat berjimat, dan kerajaan (pemimpin-pemimpin) turut sama berjimat. Tapi apa yang rakyat kesalkan melihatkan adalah sikap-sikap munafik sesetengah pemimpin yang hanya pandai berkata-kata, tapi gagal dalam bab melaksana. Renung-renungkanlah. Apa pandangan balas anda pula? | ||
Akibat lawak 'bodoh', Shiro nafi bakal digam RTM Posted: 06 Jan 2014 02:47 AM PST PETALING JAYA: Akibat memanggil seorang menteri sebagai 'bapa mertua', kumulan pelawak Shiro dikatakan bakal digam Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bagaimanapun, ahlinya, Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, menafikan desas desus itu dan memberitahu hubungan Shiro dengan RTM masih baik sehingga hari ini. Katanya, selepas mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa, Shiro masih belum dimaklumkan apa-apa perkembangan bersabit dakwaan bakal digam RTM. "Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka. "Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri," katanya dipetik mStar Online. Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM kerana menyampaikan lawak 'bodoh' di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini. Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen. "Ya... kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersendakan beliau seperti dikhabarkan itu," ujarnya. Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut. Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan. | ||
Isteri mati ditikam, dikelar suami, pensyarah IPTA Posted: 06 Jan 2014 02:45 AM PST KLANG: Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan dan kelar di leher dipercayai dilakukan suaminya yang merupakan seorang pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam kejadian di sebuah hotel di sini, awal pagi Isnin. Menurut laporan Utusan Online, seorang saksi melihat lelaki tersebut menikam isterinya di dalam bilik hotel tersebut kira-kira pukul 5 pagi. Saksi tersebut kemudian bertindak membuat laporan polis. Lelaki itu dikenali sebagai Ghazalee Ahmad, 58, manakala isterinya adalah Norazlina Mohamed Saaid, 49, merupakan seorang suri rumah. | ||
Media Indonesia Bebas Kritik Presidennya, Media Kita Puji Najib PM Terbaik Dunia Posted: 06 Jan 2014 02:43 AM PST Kebebasan media di Indonesia jauh meninggalkan Malaysia dengan melaporkan berita lebih telus dan jujur mengenai dasar kerajaan berbanding media tempatan negara ini yang dikongkong kerajaan Barisan Nasional (BN). Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu ini pernah disuarakan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) kepadanya ketika beliau mengadakan lawatan bertemu Presiden negara republik itu. "Saya duduk sekali dalam satu persidangan dengan Presiden SBY yang kebetulan hari itu muka depan media Indonesia melaporkan laporan positif tentang saya di muka depan dan di muka depan juga serang dia sebab skandal bank Century. "Dia kata pada saya; tengok Pak Anwar medianya, aduh penat saya. Saya diserang habis-habisan tetapi Pak Anwar dipuji semua. "Dia presiden, mengeluh media kritik dia tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa. Kita di sini pula, (laporkan) Perdana Menteri terbaik di dunia," kata Anwar. Beliau ketika menyampaikan ceramah dalam Kursus Merdeka Rakyat yang diadakan di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di sini, hari ini. Kata Anwar, kebebasan media di Indonesia itu merupakan sebahagian dari hasil kejayaan rakyat negara itu melakukan reformasi sehingga menumbangkan kerajaan ketika dipimpin Presiden Soeharto pada 1998. Kata beliau lagi, reformasi di Indonesia berjaya mengukuhkan institusi penting di negara itu berbanding sebelumnya yang dicemari pelbagai rasuah termasuk salah guna kuasa pemimpinnya. "Kekuatan Indonesia adalah institusinya selepas reformasi. Menteri masuk penjara, Gabenor Bank Negara masuk penjara, Ketua Pembentarasan Korupsi dalam penjara, Ketua Mahkamah Konstitusi nombor satu juga dalam penjara sebab rasuah. Bayangkanlah kekuatan institusi mereka hari ini. Bagaimanapun tambah Anwar lagi, perkara ini berbeza dengan keadaan institusi penting kerjaan yang cuba memanipulasi kes-kes yang melibatkan kepentingan kerajaan. "Lain di sini, Tun Ling Liong Sik sebelum pilihan raya didakwa, tetapi selepas pilihan raya dibebaskan. Memang kita dah jangka," katanya lagi. -selangorkini | ||
Azmin & Chegubard Menang, Hakim Putuskan Larangan Ke Atas Mereka Sertai BERSIH Salah Posted: 06 Jan 2014 02:41 AM PST Mahkamah Rayuan ketepi pengharaman BERSIH 3.0 KELAB GREENBOC Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara mengetepikan arahan Majistret Kuala Lumpur Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 2012, bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah (KAJ). Panel tiga anggota, diketuai oleh Hakim Datuk Linton Albert, mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Ketua PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin. Hakim lain termasuk Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Wong Dak Wah. Azmin diwakili oleh Datuk CV Prabhakaran sementara bekas timbalan peguam cara negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang bersara dan memasuki sektor swasta, serta peguam Sankara Nair mewakili Badrul. Azmin dan Badrul memfailkan rayuan tahun lepas untuk mengetepikan pendakwaan terhadap mereka bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 atas alasan arahan Zaki mengharamkan perhimpunan itu ultra vires kepada PPA. Alasan lain dikemukakan, arahan majistret yang berkuat kuasa pada 30 Jan 2012 itu melebihi bidang kuasanya. -mk
| ||
Posted: 06 Jan 2014 02:37 AM PST Malaysia Muflis Tanpa GST? (KLIK SINI). Ok. Baik. Berita Semasa tiada masalah dengan GST. Jikalau di England contohnya, setiap kali membeli barangan di sana. VAT akan dikenakan. Sama sahaja….
Pelaksanaan GST di Malaysia : PRO @ KONTRA?GST ada baiknya, ada buruknya. Yang pasti dengan GST dapat menambaik penstrukturan cukai secara saksama dan adil. Di mana golongan bracket tertinggi tidak akan terlepas dari membayar cukai. Daripada peringkat awal, barangan tersebut dikeluarkan sehinggalah barangan tersebut dijual. Tetapi, masalah dengan GST yang cuba dilaksanakan kerajaan sekarang ini adalah : Yang pertamanya, berkaitan kempen GST yang Berita Semasa rasakan sesuatu yang pelik. Pelik kerana kerajaan mengatakan Sales & Servis Tax (SST) tidak baik, dan GST itu lebih baik kerana GST mampu kurangkan harga barang. Ha???? Pitam sekejap. Kempen apakah ini yang cuba disuapkan kepada rakyat sekarang? Berita Semasa tidak faham sebenarnya apa sebab kerajaan menggunakan pendekatan yang sebegitu rupa. Hakikatnya, GST memang akan meningkatkan harga barang. (CONTOH DI SINI) Bagi pendapatan Berita Semasa, jikalau kerajaan mahu memperkenalkan sesuatu yang baru kepada rakyat, mulakanlah dengan :
Jikalau kerajaan menggunakan dana negara untuk melamcarkan kempen kesedaran GST tetapi rakyat tidak percaya dan meluat. Jadi, untuk apa adanya kempen yang sebegitu rupa? Pelaksanaan GST di Malaysia : Permulaan 6% @ 2-3%?Yang keduanya ialah, Berita Semasa bersetuju dengan pelaksanaan GST tetapi kadar peratus permulaan pelaksanaan GST terlalu tinggi. 6% tinggi sebenarnya. Mengejutkan bagi Berita Semasa jikalau dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara. Berita Semasa merasakan adalah lebih baik untuk kadar permulaan GST diturunkan antara 2%-3% dan apabila rakyat telah memahami, terdidik dan terbiasa dnegan GST, baru dinaikkan kadarnya. GST ada kebaikannya kepada menjana pendapatan yang mampan kepada negara, GST boleh diperkenalkan tetapi janganlah perkenalkan dasar baru seperti GST dengan cara radikal & mengejutkan rakyat. Kepada kerajaan, diharapkan jangan terlalu gelojoh untuk memperkenalkan dasar baru kepada rakyat. Ingatlah, sesuatu perniagaan tidak mungkin kita boleh mendapat keuntungan secara cepat.
Harapan Berita Semasa, kerajaan perlu nilai semula dan kempen kesedaran yang digunakan membolehkan rakyat terima dasar GST sebegai satu keperluan negara. Apa pendapat balas anda pula? |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan