Ahad, 19 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


YB Fuziah Mahu Heret Blogger Pro-UMNO Kerana Memfitnahnya

Posted: 19 Jan 2014 06:27 AM PST


KELAB GREENBOC
 
 
Shah Alam – Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger MyMassa yang didakwa memfitnahnya melalui penerbitan satu artikel, baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pada 14 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan akan diserahkan kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Laporan polis yang dibuat sebelum ini akan diserahkan kepada peguam dalam rangka untuk menyaman blogger MyMassa yang sudah memfitnah saya," katanya melalui laman Facebook.

Fuziah berkata, tindakan itu diambil susulan blog pro-Umno berkenaan yang secara jelas sengaja menghasilkan artikel untuk menjejaskan karier politiknya.

Penulis blog itu mendakwa Fuziah menyalahgunakan duit banjir yang diperuntukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berjoli di Ghuangzhou, China.

Tuduhan itu dinafikan Fuziah kerana tegasnya tidak ada pindahan wang dilakukan ke dalam akaun beliau, sebaliknya bantuan disalurkan dalam bentuk barangan, menurut sumber Selangorkini.

Umno balas “flash mob kangkung” dengan bertindak ganas, kata Adun PKR

Posted: 19 Jan 2014 06:11 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Gambar Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon digunakan semasa demonstrasi Umno di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Gambar Adun Machang Bubuk Lee Khai Loon digunakan semasa demonstrasi Umno di Pulau Pinang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.



























Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk dari PKR Lee Khai Loon yang dikecam Umno gara-gara tarian parodi "flash mob" kangkung minggu lalu mendakwa pengikut parti itu bukan sahaja bertindak ganas malah turut memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, biarpun menghormati hak berhimpun bagi Umno dan pengikutnya, tindakan ganas memukul dua orang awam dalam kejadian pagi tadi merupakan perkara yang amat dikesali.

Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, Lee berkata pengikut Umno juga memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan.

"Saya menghormati hak berhimpun dan berdemo untuk Umno dan penyokongnya akan tetapi, tindakan mereka yang seringkali mengambil langkah yang ganas serta kasar dalam demonstrasi mereka amat dikesali.

"Salah satu contoh risalah memanggil orang ramai menghadiri demonstrasi di mana menunjukkan seorang lelaki yang membawa senjata parang malah bahasa tertera dalam risalah berkenaan juga berbau ugutan dan provokasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Lee itu mengulas mengenai dua siri bantahan yang diadakan pengikut Umno pada semalam di Bandar Sunway Seberang Jaya dan pagi ini di Alma, Pulau Pinang, di hadapan pusat khidmat masyarakatnya.

Beliau turut kesal apabila "flash mob kangkung" yang dianjurkannya itu biarpun diadakan secara aman dan kreatif diputarbelit oleh Umno.

Tambahnya tindakan Umno itu yang mencemarkan bantahan itu dengan kegananasan dan kekerasan menyebabkan politik negara ini telah mundur ke belakang.

"Demonstrasi Umno yang berlangsung di Bandar Sunway Seberang Jaya malam tadi serta Pusat Khidmat Masyarakat saya pada pagi ini telah menunjukkan bahawa ugutan tentang rusuhan 13 Mei selalu diungkitkan kembali oleh pihak mereka.

"Matlamat gerakan kami adalah bertujuan untuk berbincang secara membina tentang isu-isu berkaitan dengan kehidupan harian rakyat, tetapi Umno dan penyokong mereka telah berulang-kali menjadikan sesuatu demonstrasi tersebut kepada keganasan dan kekerasan dan hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Lee pada masa sama mempertahankan tindakannya yang menganjurkan "flash mob" tersebut dengan menyatakan ia sebahagian daripada usaha membantah sikap tidak bertanggungjawab kerajaan persekutuan yang tidak ke atas siri kenaikan harga barangan.

"Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa bersatu hati membantah kenaikan harga barang serta cukai GST supaya fokus perjuangan rakyat tidak dialihkan oleh segelintir ahli politik perkauman sempit," katanya.

Pada Rabu lalu, Lee menganjurkan parodi "flash mob kangkung" disertai hampir 15 orang di Alma Bukit Mertajam sebagai bantahan kepada kenaikan harga barang.

Kumpulan tersebut berhimpun di tengah laluan trafik sesak sambil melakukan adegan menyumbat kangkung ke dalam mulut ternganga replika Najib sambil diiringi lagu kanak-kanak yang diubahsuai iaitu "Lenggang-Lenggang Kangkung".

Semalam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan ahli partinya dengan berkata terdapat perbuatan teruk dilakukan Umno berbanding dengan "flash mob" tersebut.

Chong Wei mungkin akan ‘gantung raket’ penghujung Disember ini

Posted: 19 Jan 2014 06:07 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei (gambar) mungkin akan 'menggantung raket' untuk bersara dalam sukan badminton pada penghujung Disember ini sekiranya prestasinya tidak berada pada tahap terbaik.

Jaguh badminton negara itu berkata faktor kepenatan dan masalah peribadi menjadi punca utama yang mendorong beliau menyuarakan hasrat untuk bersara pada tahun ini.

"Sampai satu masa saya kena berundur juga, saya harap Liew Daren dan Chong Wei Feng (pemain perseorangan lelaki negara) boleh menggantikan saya, mereka perlu memberikan prestasi yang terbaik pada tahun ini.

"Selepas Sukan Asia di Incheon (19 September-4 Oktober) dan Sukan Komanwel di Scotland (23 Julai-3 Ogos) saya masih tidak tahu sama ada mahu meneruskan karier dalam badminton, kalau kondisi saya tidak baik mungkin saya mahu bersara pada Disember.

"Sekiranya prestasi bagus dan 'bebas daripada kecederaan', mungkin saya akan terus bermain lagi, jika tidak, saya mahu bersara dalam karier badminton tahun ini," katanya kepada pemberita selepas meraih kejuaraan ke-10 pada Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Chong Wei, 31 berkata beliau berasa sangat lega kerana impian untuk mencipta rekod kejuaraan kali ke-10 pada Terbuka Siri Super Malaysia 2014 akhirnya tercapai.

"Isteri dan keluarga tahu tekanan saya untuk memenangi Kejohanan Terbuka Siri Super Malaysia kali ini. Selepas menang tadi saya dapat merasakan satu beban hilang.

"Saya juga banyak masalah peribadi tetapi saya akan buat yang terbaik pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel sebab tahun ini banyak kejohanan penting.

"Saya juga akan cuba untuk beraksi sehingga Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil jika keadaan mengizinkan," kata Chong Wei yang juga mahu memberi tumpuan kepada keluarga.

"Saya juga sudah berkeluarga dan sering meninggalkan mereka dalam beberapa bulan untuk memberikan tumpuan kepada kejohanan... tetapi isteri saya faham (Datin Wong Mew Choo) kerjaya saya," katanya.

Chong Wei dan Mew Choo mempunyai seorang anak lelaki bernama Kinston Lee yang kini berumur sembilan bulan.

Chong Wei memulakan kariernya sejak berusia 18 tahun, antara pencapaian terbesarnya ialah memenangi pingat perak Sukan Olimpik 2012 di London. – Bernama

Allah hak eksklusif umat Islam, titah Agong

Posted: 19 Jan 2014 06:05 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER


Isu kalimah Allah digunakan penganut bukan Islam mencetuskan polemik berpanjangan dalam negara. Gambar fail.Isu kalimah Allah digunakan penganut bukan Islam mencetuskan polemik berpanjangan dalam negara. Gambar fail. 


























Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menegaskan bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif milik umat Islam dan bukannya bagi  bukan Islam.

Sehubungan itu, titah baginda, semua rakyat di negara ini terutama bagi penganut agama lain perlu menghormati keputusan yang berdasarkan perlembagaan.

Seri Paduka bertitah demikian merujuk mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan beberapa istilah serta kalimah yang hanya boleh digunakan bagi umat Islam di negara ini.

"Ketetapan sudah jelas dibuat misalnya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 bahawa beberapa istilah serta kalimah menjadi hak eksklusif milik umat Islam dan perlu dihormati.

"Dalam konteks masyarakat majmuk, sensitiviti agama khususnya Islam sebagai agama yang mendasari Persekutuan perlulah dihormati," titah baginda.

Perkara itu dinyatakan baginda melalui titah sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-86 yang dibacakan Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, selaku Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, di Alor Setar.

Polemik isu penggunaan kalimah Allah di negara ini berpanjangan terutama dengan tindakan serbuan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini ke atas Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Insiden itu sekali lagi mencetuskan konflik apabila Jais mempertahankan tindakan mereka menahan Paderi Lawrence Andrew.

Kenyataan beliau dikatakan mencabar titah Sultan Selangor bahawa bukan Islam di negeri berkenaan dillarang menggunakan kalimah Allah.

Andrew sedang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyatannya pada 27 Disember bahawa Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah dalam rutin ibadah mereka.

Jais juga bertindak merampas lebih 300 kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban pada 2 Januari lalu.
Serbuan itu tirit mencetuskan kontroversi apabila kerajaan Selangor mendakwa mereka tidak tahu dan tidak dimaklumkan oleh Jais mengenai perkara tersebut.

Ia mengundang kritikan bagi bukan Islam bahkan kepada pemimpin PAS, apabila mendakwa isu kalimah Allah wujud akibat kekeliruan daripada keputusan yang diputuskan oleh Kabinet jemaah menteri dan enakmen 1998 Selangor.

Bagaimanapun, Jumaat lalu Majlis Fatwa Kebangsaan tampil menegaskan menyokong tindakan Jais melakukan serbuan tersebut.

Majlis Fatwa Kebangsaan berkata, Jais juga mempunyai hak untuk tidak memulangkan barang rampasan Bible kepada persatuan tersebut.

Bagaimanapun, semalam Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak fatwa Majlis Fakta Kebangsaan itu dengan berkata, kerajaan negeri hanya akan memutuskan keputusan mengikut saranan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Kerajaan negeri buat keputusan hanya KDN yang boleh memberi nasihat cadangan tentang isu ini," katanya.

Mukhriz bimbang siri kenaikan harga barang bakal tumbangkan BN dalam PRU14

Posted: 19 Jan 2014 06:01 AM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar "betul tapi tak popular" terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.

Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.

Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.

"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya.

Jangan selesaikan masalah dengan masalah lain, nanti rakyat berselerak

Posted: 19 Jan 2014 05:55 AM PST


Dulu saya selalu berkata apa yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.

Hasilnya setelah tiga puluh tahun berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit 'cancer' penyakit yang hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya menghinggapi tubuh kita.

Apa yang berlaku sekarang dalam UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang. Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.

Semasa itu semua pemimpin bergerak berkumpulan hanya untuk menyokong siapa yang sedang memegang kuasa tanpa memberikan sedikit pemikiran apa yang akan terjadi kepada UMNO jika budaya yang berputik semasa itu tidak dihentikan. Nah, sekarang timbul kembali penyokong kumpulan itu untuk meminta pemimpin yang memulakan masalah kepada UMNO kembali ke Putrajaya untuk membetulkan keadaan.

Saya secara peribadi tidak dapat 'comprehend' bagaimana pemimpin yang memulakan dan menjadi penyebab kepada masalah yang kita warisi dari kepimpinnya itu boleh melakukan pembaik-pulihan terhadap masalah yang terhasil dari budaya buruk yang bertunas semasa kepimpinannya?

Cadangan yang dilemparkan oleh seorang bekas Menteri yang meminta pemimpin itu kembali ke Putrajaya sudah pasti tidak akan membawa apa-apa perubahan. Jika ada pun perubahannya ia akan kembali kepada mereka yang bebas berfikir…'kembali ke dalam penjara dan kem-kem tahanan' dan budaya yang 'menang ambil semua dan kalah hilang semua' itu akan kembali berhadapan dengan kita.

Perubahan yang diperlukan hari ini bukan perubahan kepada 'hardware' politik kita. Kita sepatutnya tidak lagi bercakap tentang siapa yang boleh mengurangkan tariff letrik atau pengurangan kadar tol lagi. Kita perlukan perubahan kepada 'software' politik itu sendiri, maksud saya roh kepada politik itu wajar dikembalikan untuk menjadikan politik, tidak kira poilik kerajaan atau pun pembangkang itu hidup dengan sihat dan bermaya.

Jika 'software' kepada politik itu hidup kembali maka isu tol dan harga bahan api itu akan dengan sendirinya terlerai kerana hidupnya roh politik yang sihat itu tadi. Negara tidak memerlukan pembangunan fisikal dengan cepat lagi. Kita mahukan politik yang baik dan terdasar kepada 'political software' yang sihat.

Yang sangat-sangat diperlukan sekarang ialah menghidupkan kembali semangat politik itu supaya kita tidak akan berhadapan dengan isu-isu rasuah yang besar dan salahguna kuasa yang begitu jelas dan pancung-memancung kepimpinan dengan zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Kita mahukan moral politik itu kembali kepada moral yang tinggi, beretika dan tidak melanggar tata susila bangsanya dan agamanya. Kita tidak mahu agama dijadikan bahan isu politik pimpinan yang lemah dan terus berusaha untuk kesatuan di antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Pimpinan hari ini adalah hulubalang kepada pemimpin yang diminta oleh bekas Menteri kembali ke Putrajaya itu. Abdullah Badawi dulu pun adalah hulubalang kepada pemimpin ini. tetapi pemimpin ini mahukan supaya kroni-kroni yang menjadi pemimpin yang beliau wariskan itu mengikut dan tunduk kepada kehendak beliau sahaja. Kalau tidak tunduk mereka dianggap sama seperti 'iblis yang enggan tunduk kepada Nabi Adam' dahulu.

Jika pemimpin yang lama bersara ini tidak lagi masuk campur saya dapat merasakan ada sedikit harapan untuk mendapatkan pembetulannya. Tetapi jika beliau ini kembali kita akan bemasalah berpanjangan kerana masalah lain akan timbul pula yang kita tidak tahu berapa lama selepas itu masalah-masalah itu dapat dihapuskan.

Kita tidak mahu lagi pemimpin yang berdendam terhadap musuh-musuh politik beliau dan kerana ia akan memberikan impak yang amat buruk jika ia berlaku. Biarkan sahaja Ahli-Ahli Legislatif yang ada pada hari ini mencuba pembaharuan itu. Pemilihan pengganti kepada yang ada pada hari ini wajar dipilih dari Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan yang terpilih rakyat dan tidak wajar ia digantikan dengan sesiapa yang memulakan masalah yang kita hadapi hari ini.

Walau bagaimana pun 'sepandir' mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan itu, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan beliau itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini. lagi. Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

Najib sesungguhnya kesaorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun Menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainudin Maiden memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya. Keadaan ini menjelaskan yang Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan 'insubordination' dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri.

Najib sudah sampai ketahap menjadi masalah nombor satu negara. Masalah yang disumbangkan Najib kepada negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.

Najib akan terpaksa berhenti tidak dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik. Hanya satu 'hurdle' lagi yang wajar dihadapi ramai, iaitu jika cadangan Zainudin Maiden untuk mengembalikan 'hero' nya ke Putrajaya sebagai penyelesaiannya mahu dilakukan oleh Barisan Nasional. Jika itu berlaku, pada hakikatnya tidak ada perubahan secara 'structural' kepada politik negara berlaku.

Negara akan terbeban lagi dengan masalah besar, malahan lebih besar dari apa yang kita alami sekarang ini. Kalau kita hendak berubah kita perlu ke hadapan bukannya ke belakang.

Pucuk pimpinan hari ini pun merupakan bekas hulubalangnya juga. Najib ibarat anak kepada beliau ini. Kita tidak pula bersetuju untuk melihat anak dimakan oleh ibunya sendiri seperti haruan memakan anak-anaknya.

Jangan kita selesaikan masalah dengan masalah yang lain pula.

Provokasi 13 Mei: Ahli parlimen buat laporan polis

Posted: 19 Jan 2014 05:48 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari telah membuat laporan polis atas provokasi yang berbahaya oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang yang mengetuai demonstrasi di hadapan Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya semalam.

Menurut mereka, antara provokasi yang dilakukan termasuk membawa sepanduk yang berbaur fitnah dan hasutan seperti "DAP musuh Islam" dan "Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi… Mahu lagi kaa?" serta ucapan yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama oleh pemimpin-pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Reezal Merican, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir, Ketua dsan bekas Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim serta Sheikh Hussein Mydin.

"Tindak-tanduk mereka merupakan perbuatan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berunsur hasutan dan bertujuan untuk mencetuskan ketegangan kaum serta huru-hara dalam kalangan masyarakat berbilang kaum kita.

"Pada masa yang sama, kenyataan-kenyataan mengenai DAP yang tertera dalam sepanduk serta ucapan mereka adalah langsung tidak benar dan merupakan dakwaan yang tidak berasas sama sekali," ujar mereka dalam satu kenyataan.

Menurut mereka, provokasi kaum dan agama serta ugutan Mei 13 yang sering digunakan oleh Umno ini adalah gara-gara kegagalan kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mentadbir ekonomi sehingga rakyat terpaksa mengikat perut menghadapi kenaikan barangan yang mendadak.

Justeru, ujar mereka taktik kekecohan dan perkauman digunakan untuk mengalih perhatian daripada perkara yang lebih genting seperti hal ehwal ekonomi, kepincangan pentadbiran kerajaan dan gejala rasuah.

"Pun begitu, rakyat pada masa kini tidak mudah diperbodohkan, dan tidak akan termakan dengan sandiwara Umno.
 
"Pada masa yang sama, kami juga menyeru agar Umno jangan bertindak seolah-olah pemimpin mereka adalah maksum dan umpama firaun yang tidak boleh dikritik," ujar mereka.

Kata mereka, kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir negara dan kenyataan beliau mengenai isu 'kangkung' menunjukkan bahawa beliau langsung tidak memahami kesusahan rakyat.

Dalam sebuah demokrasi, kerajaan yang dipilih rakyat harus bersedia untuk menghadapi kritikan rakyat, khususnya apabila ternyata gagal membela rakyat, ujar mereka.

"Oleh itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib serta konco-konconya dalam Umno harus berhadapan dengan realiti dan tidak menyalahkan orang lain serta menggunakan taktik fitnah, hasutan dan ugutan perkauman demi mengalih perhatian daripada kegagalan mereka," kata mereka.

Curi cincin RM5.2 juta, PDRM kerjasama dengan interpol

Posted: 19 Jan 2014 05:46 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan dipercayai warga asing susulan kes kehilangan sebentuk cincin bernilai kira-kira RM5.2 juta di ibu negara, Khamis lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pihaknya masih mengumpul maklumat dalam usaha mengenal pasti identiti kesemua individu terlibat.

"Kita percaya mereka masih berada di negara ini. Kita juga telah mengambil langkah meminta bantuan pihak Imigresen (untuk mengesan suspek) di pintu masuk dan keluar negara," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam insiden kira-kira 3 petang itu, kumpulan wanita dan kanak-kanak itu dilaporkan memasuki kedai barang kemas eksklusif di pusat beli-belah di Bukit Bintang.

Namun, budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai menyelinap untuk mengambil kunci tempat cincin itu dipamerkan sebelum mencuri barang berharga itu dan meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal.

Polis telah menubuhkan pasukan khas untuk mengesan suspek. - Bernama

Kelantan pusat kebangkitan Islam di nusantara

Posted: 19 Jan 2014 05:43 AM PST



ASLANI M 


KOTA BHARU: Kelantan dicadang dijadikan pusat kebangkitan Islam akhir masa (KIAM) bagi nusantara memandangkan kedudukannya dianggap sebagai jantung rantau ini.

Ketua Umum Rabitah Azmat Indonesia, KH Dr M Dhiyauddin Qushwandi Azamat Khan berkata, Kelantan sesuai dijadikan sebagai pusat penyatuan ulama rantau ini.

"Kelantan sebagai jantung ummah di nusantara. Ia juga dianggap sebagai cermin (serambi) bagi pusat pengembangan dakwah.

"Malah di sini juga ada ulama kasyaf. Dan ditambah pula dengan kekuatan kerajaan negeri yang ditadbir berpandu ajaran Islam," katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Ijtimak tersebut dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB).

Hadir sama ulama terkenal dari Turki, Dr Sheikh Mohamed Fadzil al Jailani dan wakil Persatuan Pondok Pattani. Sebahagian peserta merupakan pelajar-pelajar pondok, imam dan guru-guru Yayasan Islam Kelantan.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco.

Selain itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Pengerusi PPPB, Dr Lokman Abdullah.

Dan malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan mahabbah Rasul di Dewan Besar Balai Islam, Lundang. Turut dianjurkan kuliah Tafsir al Jailani disampaikan Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bentani.

Dr Dhiyauddin juga berkata, Bukit Panau, Tanah Merah pernah menjadi pusat Islam di nusantara sebelum Islam tersebar ke Melaka dan Jawa.

Menurutnya Syeikh Jamaludin Akbar Ahmad Jalal dan Syeikh Tsanuadin Ahmad Jalal menjadikan Bukit Panau sebagai kerajaan cermin bagi pusat kegiatan pendidikan dan dakwah.

Manakala Syeikh Isa Nurullah Ahmad Jalal pula menjadikan Pulau Besar, Melaka sebagai kegiatan dakwah.

"Ketiga-tiga ulama tersebut menjadi perintis dalam permulaan eskpansi dakwah di nusantara," ujarnya.

Beliau juga menggaris problematika umat Islam di rantau ini sekarang iaitu lemah ketakwaan, luntur ukhuwah dan semangat dakwah yang rendah.

Menteri Besar ketika berucap sebelum itu berkata, kebangkitan Islam di nusantara sebagai menyambung obor Islam yang malap di Andalusia.

Malah katanya juga, golongan ulama lebih awal bagi menentang penjajah termasuk Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Tok Kenali.

Nassuruddin pula berkata, pada zaman lampau ramai pelajar dari seluruh nusantara datang ke Kelantan untuk menuntut ilmu agama.

Misalnya Tok Kenali mempunyai ratusan anak murid yang datang daripada kepulauan Melayu bagi menuntut ilmu di pondoknya di Kubang Kerian.

Sekarang bukan zaman bakar surat khabar

Posted: 19 Jan 2014 05:42 AM PST

DR AZMAN IBRAHIM


"Dr dengar jugok ko berita radio Umno?"

Ha… haa... haaa… Soalan ni agak nakal. Mungkin ia timbul apabila ada isu-isu yang saya petik dari sumber berita radio dimasukkan dalam fb seperti kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan semalam berkenaan dengan peranan 'orang tengah' yang menjadi punca kenaikan harga barangan.

Sebenarnya bukan saya minat dengar radio. Tetapi kerana saya selalu bawak kereta keseorangan, radio yang ada dalam kereta tak kan nak dibiarkan begitu sahaja. Siarannya pun percuma, saya pasang je. Kalau kena bayar, kemungkinan saya tak dengar. Jika ada poin yang menarik untuk dibincangkan, saya stop saja kereta kat mana-mana tempat yang munasabah sekadar 5 minit untuk update status dalam fb.

Semalam, semasa siaran berita jam 5 petang di Nasional FM, saya baru sahaja selesai  memberikan ceramah di Program  Maulidurrasul Muslimat PAS Dun Bukit Besi, dalam perjalanan menuju ke Bandar Dungun melalui Kampung Pak Sabah, siaran berita jam 5 petang yang sedang ke udara saya amati.

Kedengaran di corong radio, fokus utama berita tersebut adalah isu kenaikan harga barangan. Komen dari pelbagai kelompok masyarakat dipetik oleh pemberita tetapi komen Tengku Adnan yang saya catatkan atas kapasitinya sebagai menteri kabinet. Komen-komen lain yang disiarkan pun sebenarnya hampir senada dan sewaktu dengannya. Hah! Cari penyakit sungguh menteri yang minat dengan Hardrock Café ni. Kalau saya masukkan statement dia ini dalam fb, pastinya akan berjela dia kena kutuk, tetapi sebab dia sengaja nak tunjuk bodoh, statement beliau saya bagi tempat di fb dan fanpage. Tepat sebagaimana dijangka, rakyat yang semakin cerdik tentunya tak dapat menerima kenyataan sebegini dari seorang menteri.

Sebenarnya, tengok berita RTM dan TV3 serta baca akhbar Berita Harian, NST, The Star dan Sinar Harian dan lain-lain bukan satu isu besar bagi saya. Kita baca, tengok dan dengar untuk membuat pertimbangan. Walaupun saya mengamalkan sikap open minded dalam hal media, tetapi maaf… akhbar Utusan Malaysia saya tak dapat baca! Very low class!

Atas kapasiti saya sebagai Pengerusi KAMI (Kumpulan Aktivis Media Independen), sebuah NGO Media yang sedang meningkat naik di Terengganu, saya mengamalkan sikap terbuka dengan kawan-kawan media. KAMI mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan media cetak dan elektronik bertaraf 'Media Arus Perdana' yang beroperasi di Terengganu. Samada Berita Harian, Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star, RTM, TV3, NTV7 dan beberapa lagi media yang semuanya KAMI anggap sebagai rakan dari satu profession.

Bagi KAMI, sekarang bukan lagi zaman demonstrasi bakar surat khabar. Ada sarjana media yang menyebut, "Kerajaan tidak boleh menjatuhkan media, tetapi peranan media boleh meruntuhkan sebuah kerajaan." Satu ungkapan yang mengambarkan bagaimana besarnya kuasa media.

Sikap berkonfrontasi dengan mana-mana media dikira tidak lagi menguntungkan di era teknologi maklumat tanpa sempadan sekarang. Sebab itulah ada ungkapan yang menyebut, "If you can't beat it, you have to join it".

Tetapi prinsip KAMI sangat jelas. Walaupun kita berkawan baik, dalam hal menyiarkan apa sahaja bentuk pemberitaan sekalipun samada sebagai wartawan TV dan radio, pemberita akhbar, bloggers, facebookers, twitters dan sebagainya, KAMI menekankan prinsip keluhuran, kebenaran dan ketelusan supaya berita yang disebarkan tidak menjadi tiket untuk kita menuju ke neraka Allah!

Martabat kita sebagai pengiat media akan berada pada kedudukan yang paling rendah kalau kita sekadar berperanan sebagai penyiar, penulis dan pelapor yang 'diremote control' demi agenda tertentu oleh sesuatu  pihak dengan mengenepikan prinsip yang luhur sebagai penyampai dan penyebar kebenaran. Maka tentunya kita layak menyalahkan diri sendiri jika profession kita tidak dihormati  serta menerima pelbagai label negatif.

Walaupun kita mempunyai majikan yang membayar gaji dan elaun atas kerja yang dilakukan, jangan juga dilupa, pastinya kita sebagai seorang Muslim, kita amat mengharapkan 'elaun pahala' daripada Allah atas setiap titik peluh yang menitis semasa mencari rezeki sebagai insan media.

Adalah lumrah, setiap kita tentunya memiliki kecenderungan fahaman politik yang berbeza. Perbezaan ini lumrah biasa dalam kehidupan dan ianya hak setiap individu. Cuma dalam persoalan asas akan kewajipan ditekankan prinsip ketelusan, kebenaran dan kebertanggungjawaban dalam setiap aspek penyiaran berita, saya yakin kita akan sependapat tentang perlunya nilai-nilai luhur ini terus menjadi teras profession media.

'Ancaman 13 Mei pengakuan tersirat Umno'

Posted: 19 Jan 2014 05:35 AM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
Ancaman pengulangan tragedi 13 Mei dalam perhimpunan ahli Umno di Seberang Jaya semalam dianggap DAP sebagai "pengakuan tersirat" bahawa parti itu penyebab peristiwa yang mengorbankan banyak nyawa.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, langkah itu, yang dinyatakan ketika membantah 'flash mob kangkung' ADUN PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon itu , mengancam keharmonian awam, berunsur hasutan dan bertujuan mengalih isu kenaikan harga barang dan rasuah.

Sambil menyifatkan tindakan itu memangsai gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, DAP juga akan membuat laporan polis, kata Lim.

"Bagi mengelakkan daripada bertanggungjawab terhadap kenaikan harga dan rasuah, Umno tidak mempunyai pilihan lain kecuali menyemarakkan api kebencian agama dan kaum terhadap orang bukan Islam dan bukan Melayu bagi mengekalkan cengkaman mereka ke atas undi orang Melayu.

"Umno pasti naif jika mereka berfikir orang Melayu begitu mudah mempercayai retorik Umno yang melampau, sedangkan harga barangan terus meningkat, dan demonstrasi Umno gagal meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat," katanya.

Semalam, sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.

Lee PKR, bukan DAP

Mereka membawa sepanduk yang menyamakan perbuatan menghina perdana menteri seperti menghina Melayu dan "ABCD - Asal Bukan Cina DAP" dan "DAP musuh Islam".

Sepanduk yang paling menarik berbunyi "Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?"

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata bukan sahaja DAP tetapi pelbaai kaum tidak mahu 13 Mei tercetus semula.

"(Bagaimanapun) perhimpunan Umno cepat bertukar perkauman apabila pemimpin tertinggi DAP telah menjadi sasaran sedangkan Lee Khai Loon dari PKR.

"Adakah DAP menjadi sasaran mudah Umno kerana pimpinan tertinggi kami adalah orang Cina, tidak seperti pemimpin tertinggi PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang Melayu?" kata Lim yang turut berharap polis membenarkan demonstrasi aman Pakatan Rakyat pada masa akan datang.

MB: Isu Azmin 'kekeliruan', 'kesilapan teknikal'

Posted: 19 Jan 2014 05:29 AM PST

MALAYSIAKINI





Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menolak dakwaan bahawa pengguguran Azmin Ali daripada Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKSN) bertujuan menyingkir atau mengetepikan timbalan presiden PKR itu.


Menyifatkan perkara itu sebagai "kekeliruan" dan "kesilapan teknik", Khalid berkata, pihak tertentu tidak perlu membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

Khalid malah berjanji menyelesaikan perkara itu secepat mungkin dan kemudian menjelaskan kepada masyarakat awam secara menyeluruh.

"Pentadbiran Selangor telus," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam sebuah acara di Klang hari ini

Apa makna kangkung Najib?

Posted: 18 Jan 2014 10:48 PM PST



DETIK DAILY


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.

Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.

Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.

Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.

Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.

Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.

Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri.

Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat.

Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

"Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata.

Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.

Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang PRU13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah."

Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH.

Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil."

Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat.

Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan.

Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya.

Puspakom Tawar Pemeriksaan Percuma Sehingga 30 Januari

Posted: 18 Jan 2014 10:42 PM PST




JOHOR BAHRU: Puspakom akan menyediakan pemeriksaan kenderaan percuma untuk semua pemilik kenderaan persendirian dalam usaha untuk memastikan kelancaran perjalanan jarak jauh, terutama semasa Tahun Baru Cina.

Ketua pegawai eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemilik kenderaan persendirian boleh berkunjung ke pusat-pusat pemeriksaan berhampiran mereka di seluruh negara untuk pemeriksaan percuma bermula Ahad sehingga 30 Januari.

Mohammed Shukor berkata perkhidmatan percuma adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat syarikat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan keselamatan kenderaan.

"Pemeriksa kenderaan kami yang terlatih akan menjalankan pemeriksaan sepanjang 12 hari di semua 55 pusat pemeriksaan di seluruh negara," kata beliau dalam satu kenyataan, sambil menambah terdapat lapan pusat pemeriksaan di Johor.

Kenderaan akan menjalani satu siri ujian termasuk pemeriksaan identiti (casis dan enjin), ujian pelepasan, ujian 'sideslip' (untuk menentukan kestabilan membelok), ujian brek, ujian 'suspension', serta ujian filem tingkap.

"Lebih 3,000 pemilik kenderaan mendapat manfaat daripada program ini di seluruh negara pada tahun lepas.

"Kami menjangkakan jumlah kehadiran yang lebih baik untuk tahun ini dan berharap untuk menjalankan program ini setiap tahun," tambah Muhammad Shukor yang juga menasihatkan pelanggan supaya membuat temujanji untuk perkhidmatan yang lebih cepat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi hotline Puspakom di 1-800-88-6927 atau layari www.puspakom.com.my

Razali: Hukum penghina Islam sebelum jadi trend

Posted: 18 Jan 2014 10:40 PM PST

MALAYSIAKINI




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menggesa tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghina atau mempersenda agama Islam, sebagai pengajaran agar perkara itu tidak berulang pada masa hadapan.

Beliau berkata perbuatan meminta maaf secara terbuka sahaja tidak boleh diterima kerana agak sukar menentukan sama ada kemaafan yang dipinta disertai dengan keinsafan.

"Jika tidak, perbuatan menghina Islam akan menjadi 'trend' kepada mana-mana pihak melakukannya secara sengaja atau tidak sengaja kerana ia boleh selesai dengan cara meminta maaf," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengetuai pasukan sukarela Bees & Ant (BN) bergotong royong membersih kawasan perumahan Taman Guru di Jalan Temenggung di Muar petang semalam.

Beliau diminta mengulas kewajaran penyelesaian isu guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nan Ya, Kota Tinggi, Chew Swee Tuan yang melarang seorang guru mualaf wanita daripada memakai tudung ketika mengajar di sekolah tersebut.

Semalam Chew bersama Pengerusi Lembaga Pengurusan sekolah berkenaan Phang Ah Ngang telah membuat kenyataan meminta maaf secara terbuka berhubung isu tersebut.- Bernama

JATI: Umno silap tarik balik saman Tian Chua

Posted: 18 Jan 2014 10:38 PM PST

MALAYSIAKINI




NGO Jalur Tiga (JATI) menyifatkan tindakan Umno menarik saman terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua yang mendakwa isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara Umno, satu kesilapan besar.

Timbalan presiden Datuk Mohd Aidit Ghazali berkata penarikan saman itu menunjukkan Umno tidak yakin kepada tindakan mereka sehingga boleh menimbulkan lebih banyak kebiadaban pembangkang pada masa depan, lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan itu menyebut, Mohd Aidit berkata tindakan Umno itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong termasuk NGO Islam yang bekerja keras memperjuangkan hak agama Islam dalam Perlembagaan.

"Pemimpin Umno harus pandai membezakan isu berkaitan parti dengan isu yang mempunyai kepentingan bangsa, agama dan negara.

"Isu tersebut (Tian Chua) bukan semata-mata hendak menjaga imej Umno, tetapi turut berkaitan dengan masalah agama dan negara.

"Kita lihat isu Tian Chua boleh diibaratkan sebagai isu negara dan kita tidak mahu nama baik Umno sebagai parti perjuangan terjejas disebabkan penarikan balik saman seperti itu kerana mereka yang bersalah perlu diberikan pengajaran secukupnya," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Bagaimanapun, dalam laporan yang sama, Penasihat Undang-undang Umno Datuk Hafarizam Harun berkata penarikan balik saman itu bukan bermaksud parti itu tidak serius terhadap pandangan rakyat selain menolak dakwaan kononnya parti itu tidak bertegas dalam isu fitnah yang dibuat pihak lawan.

Isnin lalu, kes saman fitnah yang difailkan Umno terhadap Tian Chua dan dua lagi diselesaikan luar mahkamah selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan tuntutan saman berdasarkan terma yang dipersetujui.

Kumpulan 'pro-kangkung' bakar patung 'Kai Lan'

Posted: 18 Jan 2014 10:32 PM PST

MALAYSIAKINI





Anggota Umno Pulau Pinang dan sekutu mereka hari ini menganjurkan sebuah lagi perhimpunan membantah flash mob wakil rakyat PKR yang menyindir kenyataan 'kangkung' perdana menteri di Bukit Mertajam.

Kali ini, peserta himpunan itu membakar patung dengan gambar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon.


Tidak cukup dengan itu, mereka juga meludah dan memijaknya.

Mereka juga menyimbah air ke atas poster pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bertulis: "Guru yang ajar DAP biadab Melayu".

Kira-kira 300 orang menyertai perhimpunan di kawasan pasar malam di Alma.

Sebelum itu terdapat ucapan yang menggelar Khai Loon sebagai kurang ajar, bodoh dan bermulut kotor.

Mereka juga mempermain-mainkan nama Khai Loon sebagai "Kai Lan", sempena nama sayur popular di Malaysia selain kangkung.

Antara yang hadir setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Ishak yang berucap daripada atas lori.

'Sudah potong, tak takut syahid'

Turut berucap seorang bekas komando yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Jalid yang mencabar Khai Loon mengadakan flash mob sekali lagi jika berani.

"Saya sudah potong... tak takut mati syahid," katanya.

Sementara itu, perhimpunan itu juga menyaksikan insiden dua lelaki diserang oleh orang ramai.

Bagaimanapun, polis berjaya meleraikannya dan membawa seorang individu berkenaan keluar daripada kumpulan itu.

Kemudian seorang daripada peserta dilihat berkata: "Siapa suruh dia kata Melayu bodoh".

DAP Pulau Pinang dijadual membuat laporan polis berhubung perhimpunan itu hari ini.

Khalid Buat Keputusan Mengenai Jawatan Timbalan Presiden

Posted: 18 Jan 2014 09:44 PM PST

Abdul Khalid
MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan bertanding untuk jawatan nombor 2 dalam parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber yang rapat dengan Khalid berkata beliau tidak berhasrat untuk bersaing dengan penyandang jawatan timbalan presiden, Azmin Ali kerana tidak mahu membuang masa untuk pergelutan politik.

Keputusan Khalid untuk tidak bertanding bagi jawatan itu perlu menamatkan serangan terhadapnya dalam jangka masa sehingga pemilihan parti pada bulan April.

"Khalid tidak akan bertanding merebut jawatan Azmin. Azmin boleh bertenang," kata sumber itu.

Keputusan Khalid dibuat sehari selepas berbual dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pelbagai isu berkaitan negeri ini.

Difahamkan antara topik yang dibincangkan ialah perjanjian air Selangor dengan Kerajaan Persekutuan, penyingkiran Azmin daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan cadangan untuk menyingkirkan Khalid keluar dari pejabat MB yang telah ditolak oleh Anwar semasa mesyuarat biro politik PKR baru-baru ini.

Khalid dikatakan berada dalam 'mood' yang ceria selepas bertemu Anwar.

"Menteri Besar mahu memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang penting kepada rakyat Selangor," kata sumber itu.

Orang-rang yang rapat dengan Khalid berkata mereka telah melihat bagaimana 'licik'nya pemilihan lalu apabila Azmin dan Datuk Zaid Ibrahim bertanding dalam pilihan raya parti 2010.

Zaid akhirnya berhenti daripada bersaing dan kemudian keluar parti selepas mengadu berlaku penipuan dalam pemilihan.

"Kita tidak mahu kacau-bilau seperti itu berulang," kata seorang sumber dalaman parti.

Belum Ada Keputusan Mengenai Jawatan Dalam Kabinet - Presiden MCA

Posted: 18 Jan 2014 09:42 PM PST

MSTAR ONLINE


Liow Tiong Lai


GENTING HIGHLANDS: MCA belum membuat keputusan untuk menyertai semula Kabinet kerana menghormati pandangan perwakilan pusat yang mengundi membantah pemimpin parti mengambil jawatan dalam menteri.

Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan ini akan dipertanggungjawabkan kepada pemimpin akar umbi kerana mereka yang mengundi pada mesyuarat agung luar biasa (EGM).

"Kami tidak tergesa-gesa (untuk menyertai semula Kabinet). Kami akan serahkan kepada perwakilan kerana mereka telah menyuarakan pendapat mereka dalam EGM.

"Jadi, kita perlu menghormati keputusan mereka," katanya kepada pemberita selepas sesi 'brainstorming' parti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting di sini, Sabtu.

Dalam EGM 20 Oktober tahun lepas, perwakilan parti mengekalkan keputusan sebelum ini bahawa MCA tidak mengambil apa-apa jawatan dalam kerajaan kerana prestasi pilihan raya umum 5 Mei adalah lebih teruk daripada pilihan raya tahun 2008.

Walau bagaimanapun, para perwakilan mengundi untuk parti itu menerima pelantikan sebagai senator atau mana-mana jawatan-jawatan kerajaan yang lain, dan juga ahli majlis eksekutif negeri.

Liow berkata beliau mahu memberi tumpuan untuk menggerakkan MCA ke hadapan, sambil menyatakan semangatnya untuk membawa perubahan kepada parti.

Beliau menjelaskan bahawa MCA akan kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional dan mempunyai peranan penting dalam gabungan itu.

Rakyat Malaysia Antara 21 Terkorban Dalam Serangan Restoran Di Kabul

Posted: 18 Jan 2014 09:40 PM PST




Polis Afghanistan memeriksa restoran yang terletak di Kabul yang musnah akibat serangan kumpulan militan. -foto AFP


PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia adalah antara 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di Kabul, Afghanistan, pada Jumaat, di mana militan melepaskan tembakan terhadap pengunjung yang sedang makan pada jarak dekat.

Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah berkata, warganegara Malaysia berkenaan bekerja untuk sebuah organisasi antarabangsa, tetapi enggan memberikan namanya kerana masih belum mendapatkan kebenaran daripada isteri mangsa untuk berbuat demikian.

"Kami, bagaimanapun bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Afghanistan mengenai perkara ini. Orang yang akan berurusan mengenai perkara ini adalah Pesuruhjaya Tinggi kami ke United Kingdom," kata Hamzah ketika dihubungi.

Hamzah berkata Wisma Putra akan memberikan maklumat lanjut mengenai kes itu apabila mempunyai maklumat lanjut.

Agensi berita AFP melaporkan bahawa 21 orang, termasuk 13 warga asing meninggal dunia dalam serangan berani mati di sebuah restoran popular di ibu negara Afghanistan.

Antara yang terkorban ialah dua rakyat Britain, dua warga Kanada, seorang wakil kanan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pemilik restoran, dari Lubnan.

Salah seorang penyerang dilaporkan telah meletupkan ves untuk membunuh diri di pintu masuk restoran Taverna du Liban dan dua militan lain menyerbu ke dalam dan melepaskan tembakan.

Ustaz Don timang cahaya mata pertama

Posted: 18 Jan 2014 09:36 PM PST


Detik manis Ustaz Don - Husna Senyuman bahgia pasangan pengantin baru, Don dan Husna.
PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia.

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.

Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.

"Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari.

"Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami...Alhamdulillah syukur," tulisnya lagi.

Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana.

Lemah sangatkah pemimpin kita?

Posted: 18 Jan 2014 09:33 PM PST


Lemah sangatkah pemimpin kita? Rakyat yang tertekan dengan kenaikan kos hidup mudah menyalahkan pemimpin.
 

YA, kita sedar mengenai isu manipulasi oleh golongan kapitalis terutama pemborong yang dikatakan jadi punca kenaikan harga barang.

Kita juga sedar mengenai apa yang disebut sebagai punca tindakan mereka, untuk mencetuskan rasa marah rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dianggap lemah dan gagal.

Akhirnya, kita akan diminta faham bahawa BN, pun seperti rakyat juga, sama-sama jadi mangsa ketamakan dan kerakusan kapitalis. Manakala golongan kapitalis pula dikatakan jadi suruhan pihak tertentu yang mempunyai motif politik!

Persoalannya, lemah sangatkah kerajaan BN hingga begitu mudah diperkotak-katikkan?

Bukankah BN sudah berpengalaman memerintah selama 56 tahun dan seharusnya mempunyai kefahaman yang cukup, juga strategi dan pelan alternatif yang mantap untuk menangani hal-hal seperti ini?

Bukankah selama ini kita bergantung pada kapitalis yang sama, dan mengapa baru sekarang mereka 'terfikir' untuk menyerang kerajaan sebagaimana yang diteorikan dan jadi laporan muka depan sebuah akhbar semalam?

Tidak. Saya tidak mempertikaikan logik laporan itu. Perhatian saya adalah mengenai apa yang boleh diandaikan sebagai punca terjadinya hal ini.

Jika benar kelam kabut kenaikan harga barang sekarang semata-mata berpunca daripada mainan kapitalis yang menjadi wayang kulit pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU14, betapa mudah... seolah-olah survival politik tanah air kita ada pada sempoa mereka sahaja!

Lemah

Jika demikian, mengapa baru sekarang?

Apakah ini disebabkan pemimpin kita dahulu tidak seperti sekarang?

Untuk mencari jawapan pada persoalan ini, perlu direnungi prinsip asas komunikasi kepimpinan yang menyatakan apabila wujud kelemahan dalam kepimpinan sama ada secara individu atau jemaah, akan terbukalah ruang untuk dimanipulasi oleh mereka yang berkepentingan dan inilah yang saya percaya sedang berlaku.

Percayalah, golongan kapitalis tidak akan mudah untuk mengambil kesempatan jika untuk melakukannya, mereka perlu berhadapan dengan kepimpinan yang kuat lagi mendapat sokongan padu rakyat.

Walaupun hakikat kenaikan harga barang memang tidak mudah dikawal tetapi pada masa dahulu, ia tidak begitu drastik. Dan lagi kerajaan pada masa itu amat teliti mengawal faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kenaikan harga barang, terutama barang keperluan.

Di sinilah letaknya pengaruh kepimpinan dalam ekonomi.

Akhirnya, ia akan berbalik kepada nilai-nilai yang ada pada diri pemimpin terutama komitmen, kewibawaan, kebolehan dan kecekapan untuk menangani isu-isu yang berbangkit sekali gus mengemudi tindakan dalam menghadapi situasi itu.

Kesemua nilai ini terangkum dalam apa yang disebut sebagai tindak komunikasi kepemimpinan.

Kita maklum bahawa dalam kepimpinan, amat penting bagi seseorang ahli politik mempunyai sifat interpersonal yang baik, memahami perasaan orang lain, perwatakan yang boleh dihormati serta sikap yang terpuji selain mempunyai pengalaman luas sebagaimana hujah Irgens (1995).

Ini amat diperlukan kerana tanggungjawab seseorang pemimpin adalah selaku ejen perubahan yang harus mempunyai keupayaan untuk membujuk, mempengaruhi serta mendapatkan kerjasama anggota masyarakat dalam mencapai matlamat (Rosli, 2013).

Wang & Chan (1995) pula mengutarakan beberapa ciri  kemahiran komunikasi kepemimpinan  yang  perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin iaitu memiliki  kecerdasan,  kemampuan berfikir, mempunyai tenaga dan penampilan yang baik serta keperibadian  yang boleh dihormati.

Selain itu, pemimpin juga perlu mempunyai  sifat  assertif  untuk  melakukan  kerja,  keghairahan  menjalankan  tanggungjawab, mempunyai  kesungguhan  dan inisiatif serta kemahiran berkomunikasi.

Leceh

Meneliti pandangan sarjana-sarjana ini, kita dapat melihat bahawa elemen penghormatan oleh anggota kepada pemimpin, yang lahirnya adalah daripada kewibawaan yang ada pada diri pemimpin itu sendiri amat penting lagi diperlukan dalam proses pengukuhan kepimpinan terutama untuk mendapat sokongan.

Tanpa rasa hormat - yang tidak boleh diminta tetapi diberikan secara ikhlas dari hati yang menerima - keadaan akan jadi seperti apa yang berlaku sekarang.

Ucapan yang menyebut kangkung hanya sebagai contoh, diperlecehkan hingga jadi bahan berita sampai ke luar negara!

Itulah natijah apabila rasa sayang dan hormat kepada pemimpin sudah terlalu tipis.

Apa yang harus dipercaya, sesuatu yang berkait dengan perasaan, sifatnya adalah memberi dan menerima. Seseorang pemimpin yang mahu dirinya disayangi, juga semestinya mempunyai kasih sayang yang tulus ikhlas untuk mereka di bawah kepimpinannya!

Satu lagi elemen penting dalam kepimpinan ialah pendekatan komunikasi yang jelas lagi mudah difahami.

Dalam konteks ini, pemimpin atau ahli politik tidak seharusnya terlalu mudah memberi alasan atas sesuatu keadaan atau perkara yang diputuskan dan tidak
menyenangkan rakyat, apa lagi jika alasan itu disuarakan dengan sambil lewa dan seakan merendahkan tahap  pemikiran rakyat.

"Memberi alasan tidak akan membantu memahamkan kumpulan sasaran," komen seorang sarjana komunikasi sebuah universiti tempatan dalam emelnya kepada saya sebagai reaksi tulisan saya berjudul 'Pentingnya menteri belajar komunikasi' yang disiarkan Sinar Harian 13 Januari 2014.

Selain itu, ulasnya lagi,  pemimpin juga tidak boleh berlagak sombong atau dilihat sombong kerana kesombongan hanya akan mewujudkan lebih banyak halangan dalam komunikasi antara seseorang pemimpin dengan mereka yang dipimpin.

Dalam keadaan tertentu, sikap seperti ini juga akan mewujudkan ruang untuk dimanipulasi oleh pihak lain yang mahu menangguk di air keruh apabila hubungan pemimpin dengan rakyat tidak mesra.

Bagi saya, tidak harus ada kompromi bahawa keutamaan yang wajib bagi seseorang pemimpin adalah kesejahteraan rakyat.

Itulah sebab seseorang pemimpin diletakkan di tempatnya manakala rakyat pula meletakkannya di situ untuk mendapatkan  impak  perlindungan daripada kepimpinannya.

Justeru, saya terima dengan terbuka bahawa apa yang berlaku mungkin ada kaitan dengan manipulasi kapitalis namun saya juga percaya, kelemahan dalam kepimpinan negara juga antara punca yang membelit kita dengan kemelut ini.

Kapitalis semata-mata tidak akan beri kesan sebesar ini  kerana urus niaga mereka digerakkan bawah dasar kerajaan dan kerajaan yang kuat lagi cekap tidak akan membenarkan kuasa mereka diperkotak-katikkan!

Lubuk Judi: 'Labur RM1 untung luar biasa'

Posted: 18 Jan 2014 09:30 PM PST


Lubuk Judi Kedai judi menggunakan pelbagai cara untuk mengaburi pihak berkuasa.
 
Cerita wartawan Sinar Harian menyamar sebagai pelanggan di premis judi siber

SEKITAR  jam 9 pagi saya sudah mula berlegar-legar di Taman Semabok Perdana. Kata orang, kawasan ini menjadi lubuk kegiatan judi online di bandar Melaka.

Sementara menunggu premis-premis di sini dibuka, saya cuba berbual-bual dengan penduduk tempatan yang berada di sekitar kawasan itu.

Bualan kosong dengan penduduk tidak menghampakan. Pelbagai info saya dapat. antaranya, mereka memaklumkan premis-premis judi siber di sini merupakan antara yang terbesar di Melaka. Kebanyakannya sudah beroperasi lebih tiga tahun.

Saya ditunjukkan premis-premis yang dimaksudkan. Terdapat paling kurang lima premis yang menawarkan aktiviti tersebut di sini.

Hampir sejam saya berbual-bual dengan penduduk tempatan. Bila beberapa maklumat sudah terisi 'di poket' saya mula melangkah ke premis yang dimaksudkan.

Suasana premis agak gelap. Secara tidak langsung cahaya-cahaya dari skrin-skrin komputer dan mesin-mesin judi menjadi lampu untuk ruang kedam itu. Ada kaunter tukar wang. Seorang wanita cantik lagi seksi jadi 'penghias' di kaunter itu. Dia senyum meleret sewaktu saya menghampir.

"Abang nak tukar berapa?" Soalnya. Saya tidak tentu arah. Dalam kalut untuk berfikir apa yang perlu dibuat, saya sudah menghulur wang kertas RM50 kepadanya.

"Semua?" Dia menyoal lagi. Saya sekadar mengangguk.

Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan 'semua' dan untuk apa anggukan saya itu. Sedar-sedar setepek wang kertas seringgit sudah berada di tangan.
Ah!!! Kacau...

Patuk

Saya memilih tempat. Mata saya melilau ke kiri dan kanan. Saya memberanikan diri menghampiri lelaki yang duduk di mesin yang berhampiran dengan saya.
"Bang, saya tak pandai ni. Baru nak cuba. Boleh tunjukkan sikit tak..."

Dia membalas teguran saya dengan senyum dan terus mengikut saya di belakang.

"Ni nama dia patuk," katanya pada saya memberitahu nama bagi permainan itu.

Dia menunjukkan saya cara untuk mengendalikan permainan itu.

Rupanya, 'patuk' antara nama permainan popular bagi kaki-kaki judi online ini.

Selain itu, nama dan jenis lain yang sering disebutkan-disebutkan mereka adalah Roulete Game dan Penguin.

Dikatakan terdapat lebih 30 permainan yang berteraskan judi disediakan oleh kebanyakan premis.

Sambil diajar bermain, saya sempat mencungkil cerita daripada lelaki itu.

"Apa menariknya main ni bang?"

"Labur RM1 untung luar biasa!" Katanya.

Saya memandang tepat ke muka lelaki itu. Dahi saya berkerut.

"Tapi dalam 30 orang, sorang saja bernasib baik. Yang lain balik gigit jarilah..." dia menjawab kerutan saya.

"Abang pernah menang?" Saya menyoal lagi. Dia menggelengkan kepala.

"Suka-suka saja. Tapi akhirnya jadi ketagih..." katanya jujur.

Kata lelaki itu, ada kaki yang sanggup tidak pulang ke rumah berhari-hari kerana terlalu ketagih dengan mesin permainan berkenaan sehingga anak isteri datang mencari.

Pengawal

Sambil mendengar cerita lelaki itu, mata saya terus meliar. Baru saya perasan ada tidak kurang 10 lelaki yang berkawal di premis itu. Dari raut muka mereka, kebanyakannya kelihatan seperti warga asing. Indonesia dan Myanmar.

Ada seorang atau dua saja yang menjaga ruang judi dalam satu masa. Selebihnya berkawal seperti meninjau kenderaan lalu lalang. Mungkin bimbangkan kehadiran pihak berkuasa.

Dalam sehari ini di kawasan sama, saya sempat masuk di lima buah premis judi siber.

Apa yang menarik kebanyakan premis dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih sehingga menyukarkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

Daripada maklumat kaki judi yang saya temui di dalam premis, kata mereka memang ada serbuan dibuat pihak berkuasa, namun kebanyakannya dapat dihidu lebih awal oleh pengusaha dan pengawal-pengawal premis tersebut..

Menerusi tinjauan, kebanyakan premis beroperasi sepanjang 24 jam. Dan waktu operasi yang tidak pernah dihentikan ini hanya diketahui oleh kaki-kaki judi sahaja.


Pelajar

Di dalam premis, pengusaha turut menyediakan hidangan pelbagai jenis makanan dan minuman supaya kaki judi terus menghabiskan duit di premis berkenaan.

Terdapat tidak kurang 50 mesin komputer setiap premis disediakan bagi kegunaan pelanggan yang 95 peratus adalah Melayu.

Jangan tidak percaya! Di ruang judi berkenaan kelihatan pelajar sekolah, remaja serta warga emas.

Setiap individu dikatakan rata-ratanya menghabiskan wang mereka tidak kurang RM100 setiap kali bermain.

Ada juga kaki judi yang menghabiskan sebulan gaji mereka di tempat judi sehingga tiada apa yang tinggal untuk menyara keluarga.

Kesan daripada berkembangnya kegiatan pusat judi online di Taman Semabok Penerdana juga menimbul rungutan penduduk serta pengguna jalan raya tentang masalah kesesakan lalulintas.

Ia timbul apabila kebanyakan kaki-kaki judi yang pergi ke premis berkenaan meletakkan kenderaan  mereka sesuka hati di tepi jalan sehingga mengganggu lalu lintas.

Tidak kurang juga, timbul masalah kecurian serta beberapa jenayah lain seperti pecah kereta, ragut serta samun di kawasan berkenaan dipercayai angkara kaki judi.

Kesemua itu menimbulkan kebimbangan penduduk. Mereka benar-benar mengharapkan pemantauan serta penguatkuasa lebih agresif daripada pihak berkuasa khususnya polis dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Tiada ulasan: