Jumaat, 17 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Sepatutnya kangkung ditukar kepada minyak

Posted: 17 Jan 2014 03:29 AM PST

http://gayapeneroka.blogspot.com 

SEPATUTNYA KANGKONG DITUKAR PADA MINYAK BARU KITA NAMPAK CERDIK

 
Melayu mudah lupa.....
Kita sedar atau tidak..?..
PM kita memperbodohkan kita...

Dulu buat belanjawan antara barangan yg tak kena cukai pewarna rambut....
Belanjawan selepas itu antaranya belacan tak kena cukai...
Hari ini buat kenyataan harga kangkung sudah turun dan menyeru rakyat agar bersyukur...

Saya berpendapat PM kita tak ada isu atau tidak ada modal nak tepis masaalah kenaikan harga barang,rakyat 52% memberontak atas kenaikan harga barang secara serentak kebetulan atau memang dirancang selepas pilihanraya.

Kangkung turun harga atau naik harga ia tidak ada nilai sebenarnya kenaikanya tidak ada hubung kait barangan lain kalau dibandingkan dengan harga minyak atau letrik
Minyak turun rakyat makmur ...minyak naik semua barangan akan naik ,rakyat sensara...

Tidak patut sama sekali  PM orang No.1 berucap atas pentas yang kos pentas itu sendiri ratusan ribu ringgit ...didepan ribuan manusia .. depan  puluhan  media...kangkong menjadi contoh atau hujah naik turunnya harga barang....

Kalau pakcik-pakcik Felda...Makcik-makcik Felda bersembang di warong kopi atau diberanda jiran itu ada logiknya dan memang itu tarafnya...

Kita sebenarnya masih lagi mencari-cari  kepimpinan Negara yang cerdik,telus,amanah dan tidak memperbodohkan rakyatnya.....

Tapi bila masanya ???
 
Video ucapan Najib

Kangkung : Patutlah Blogger Pro UMNO Tak Melawan.. Ada Krisis Rupanya..

Posted: 17 Jan 2014 03:25 AM PST

darisungaiderhaka.blogspot.



Akhirnya aku temui juga sebab mengapa Blogger-blogger UMNO yang punya nama dan pengaruh langsung tidak melawan serangan dari pihak Blogger-blogger Pakatan Rakyat dalam isu Najib dan Kangkung ini..

Jawapannya aku temui setelah semalaman melayari Blog-blog Pro UMNO dan aku temuinya dalam satu blog Pro UMNO yang paling aku suka baca The Unspinner..

The Unspinner dalam penulisannya telah mendedahkan sebab mengapa Blogger-blogger Pro UMNO yang ternama nampak tidak bermaya dalam menangkis isu ini..

Ini sebahagian dari apa yang ditulisnya... 


Dato Kadir Jasin di SINI memberi nasihat kepada blogger-blogger pro-UMNO supaya tangani isu dan bukan menyerang pembawa berita atau isu. 
Memang diperakui bahawa serang peribadi tidak membawa hasil politik kepada BN kerana mereka yang bermoral rendah atau hipokrit politik belah sana pandai memainkan isu yang rakyat mahu dengar. 
Namun cara menangani agak berbeza antara seorang veteran dalam dunia media tradisional dan pengamal blog peribadi. 
Kadir juga ada menyebut akan pandangan Ibdil yang disambut sokong oleh rakan factionnya yang bernama Wenger J Khairy. 
Walaupun ada keselarian pandangan dengan Kadir Jasin. Ibdil tak layak dan tidak ada track record untuk memberi pandangan sedemikian. 
Nampak jelas ada agenda Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyerang sukarelawan sendiri untuk nak gahkan diri sendiri atau mungkin untuk memberi ruang kepada blogger-blogger di bawah Pemuda UMNO yang tidak terkejar bayangan blogger sukarelawan yang lebih establish. 
Dalam lebih 60 jam lepas serangan kejut yang dibuat oleh pihak penyokong pembangkang, apa yang dilakukan oleh Ibdil #Lifestyle? 
Nak juga kami lihat bagaimana Instagram berkenaan fesyen, sukan, hiburan, eating out dan kesihatan boleh menangkis serangan politik yang dibuat pihak sebelah sana. 
Lagi apa yang ditulisnya bacalah di SINI

Memberi peluang kepada Blogger-blogger di bawah Pemuda UMNO yang diketuai oleh Ibdil katanya..

Kenapa pula mereka memberi peluang pula?.. sedangkan selama ini setiap isu dan serangan mereka akan terus membalasnya walaupun kadang-kadang tak selari dengan fakta.

Memberi peluang atau kecewa kerana permintaan mereka tidak ditunaikan sepertimana yang didakwa oleh sebuah Blog Pro UMNO, Rembau Times..

Dalam mempertahankan Ibdil, Rembau Times telah menuduh Blogger Pro UMNO mengugut, memfitnah dan akan memberontak jika tidak diberikan bayaran lumayan... Benarkan begitu?

"Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari. 
Akan tetapi, pembahruan yang cuba dilakukan oleh YBhg. Sdr Ibdillah mendapat tentangan yang cukup kuat dari golongan bloggers pro UMNO ini. Mereka tetap mahu untuk mengeluarkan posting yang penuh dengan berita berunsur fitnah, maksiat dan hasutan. Mereka mendesak dibayar dengan gaji yang lumayan dan mengugut akan memberontak jikalau desakan itu gagal ditunaikan."

Selain itu Rembau Times juga mendakwa..

"Dalam pada itu, krisis yang serupa melanda Pejabat Perdana Menteri. Disebabkan ada segelintir bloggers yang merasa kecewa ataupun telah disuap oleh golongan yang anti-Najib, maka mereka telah bertindak diluar batasan untuk memfitnah Dato Seri Najib bersama isterinya dan merendahkan martabat pemimpin negara dikalangan rakyat mahrean. Pekara lapuk dan dakyah ekonomi songsang telah dibawa mereka untuk memberi gambaran seolah-olah Dato Seri Najib tidak arif dalam mengurus ekonomi negara, malah telah menidakkan usaha Perdana Menteri dalam merendahkan kadar defisit negara sebagai tindakan ala "penny wise, pound foolish"."

Lagi apa yang didedahkan oleh Rembau Times mengenai isu Najib dan Kangkung ini silalah baca di SINI..

Adakah Blogger-blogger UMNO tidak mempertahankan Najib kerana kecewa dengan lantikan Ibdil atau kerana bayaran?

Kesimpulannya korang buatlah sendiri... he..he..

Meniti usia 83 tahun Mursyidul Am

Posted: 17 Jan 2014 03:16 AM PST

WAN NIK WAN YUSSOF 


MINGGU lepas, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat genap 83 tahun. Beliau lahir pada tanggal 10 Januari 1931. Suatu usia yang membuktikan Tuan Guru (mesra dipanggil Tok Guru) seorang cukup berilmu dan berpengalaman.
 
Diyakini lebih sepertiga hayatnya dihabiskan untuk menimba ilmu di dalam  negeri (1937-1952) dan luar negeri (1952-1964). Bermakna dua pertiga lagi (1964 hingga sekarang), hidupnya dalam medan perjuangan Islam––politik dan dakwah.

Kira-kira 20 tahun lalu beliau diamanahkan Al-Mursyidul PAS, sehingga kini jawatan itu digalas sebagai tanggungjawab memakmurkan lambang perjuangan atas mandat ahli jemaah Islam. Sebelumnya, Tok Guru diberi kepercayaan sebagai Ketua Ulama PAS Pusat. Ketika itulah legitimasi gelaran 'Tok Guru' sudah lekat di bibir-bibir pendukung dan pemimpin, sehinggalah khalayak umum sedia menadah titipannya dari kitab-kitab ilmu tafsir, sirah dan hadis.

Kemudiannya rangkuman pengalaman selaku pemimpin di hati rakyat, iaitu bermula 1967 parti Islam––PAS memilih Tok Guru sebagai wakil rakyat. Dalam perjalanan sebagai wakil rakyat yang bermula sebagai Ahli Parlimen, sehinggalah dipilih pula sebagai Ahli Dewan Negeri tahun 1986 bagi Dun Semut Api. Dari situlah beraksinya Tok Guru sebagai ahli demokrat jurus oposisi apabila diputuskan sebagai ketua pembangkang dalam memantau perjalanan urus tadbir kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Berbekal pengalaman itulah, Tok Guru sudah tidak kekok dalam hal ehwal pentadbiran negeri.

Justeru atas kapasiti itulah, beliau menerima kepercayaan jemaah sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kemenangan besar (baca: mutlak) PAS bersama Angkatan pada pilihan raya umum 21 Oktober 1990. Seketika dipersoalkan kenapa Tok Guru dipilih (antara frasanya yang dapat penulis ingat), Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil Noor (ketika berceramah meraikan kemenangan PAS di Kelantan) mengungkapkan kata-kata legitimasi terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz, "Kita PAS telah memilih Ketua Ulama PAS Pusat sebagai Menteri Besar sebagai tanda kesungguhan atas harapan bagi melaksanakan Kepimpinan Ulama di Kelantan."

Berkat legitimasi jemaah dan kehebatan kepimpinannya yang bersemi nilai-nilai karismatik dan selama 23 tahun memikul beban menteri besar, natijahnya Tok Guru berjaya mencipta nama Kelantan bersama-sama arus perdana. Kelantan diurus tadbir berpaksikan dasar Membangun Bersama Islam sedia 'menerajui perubahan' berserta kecekalan menempa cabaran di bawah payung amalan persekutuan (federalisme) ala Malaysia.

Meskipun Tok Guru alami sendiri pahit maun tindakan diskriminatif kerajaan Pusat yang mencetuskan ombak dan gelombang di sepanjang perjalanan, berkat kesabaran dan karismatiknya kerana sentiasa taqarub ilalLah, maka pelbagai isu yang mengancam dapat dilentur. Ia adalah karamah dari ulama yang dekat di hatinya ialah Allah yang Esa dan jilah hatinya bersama-sama nilai-nilai beragama rakyat Kelantan.

Sehubungannya, Kelantan telah dirasmikan sebagai negeri yang bebas rasuah, penuh berintegriti dan sentiasa memugar urus tadbir baik atas prinsip Ubudiyah, Mas'uliyah dan Iitqan. Suatu prinsip yang mengukuhkan keyakinan akidah, kebertanggungjawaban dan kecemerlangan menepati nilai-nilai integriti. Ia cukup bernas untuk diwarisi.

Maka kini, pewarisnya dan penggantinya Ustaz Dato' Haji Ahmad Yakob adalah muridnya.
Sebagaimana respons Tok Guru apabila diminta mengulas hal kepimpinan Menteri Besar penggantinya itu (sempena keraian genap 83 tahun ), "Beliau macam anak murid saya, semasa saya ada, banyak tugasan yang saya serah kepada beliau, termasuk menjawab soalan-soalan dalam Dewan, dan dalam pentadbiran dia cukup faham."

Ini suatu legitimasi seorang guru kepada anak muridnya. Seharusnya layak disebutkan, Tok Guru kini telah berjaya memperturunkan ilmu dan pengalamannya kepada satu saf kepimpinan pelapis negeri Kelantan yang sedang diurus ketuakan oleh Ustaz Ahmad.

Justeru penulis suka memperturunkan catatan ini, sebagaimana hal kepimpinannya dibicarakan dalam satu majlis  anjuran NGO Pendidik bertempat di UNISEL pada Jun 2012. Dalam majlis itu, Tok Guru telah dinobatkan sebagai "Tokoh Pendidik Islam Nusantara" dan pihak penganjur telah menobatkan julangan Tok Guru sebagai seorang yang benar-benar layak. Justeru penulis memperturunkan kembali di sini.

Menurut Pendidik, prinsip perjuangan Tok Guru ialah prinsip martabat khair al-ummah yang menyaksikan beliau meletakkan tugas kepimpinannya bersumberkan al-Quran dan al-hadis  sebagai sumber perjuangan dan perundangannya, mengadaptasikan pandangan Muhammad al-Ghazali bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik mukjizat untuk pembinaan generasi dan tarbiah ummah;

Pertama, kerana Tok Guru mendidik manusia membina cendekiawan. Tok Guru begitu masyhur sebagai pendidik yang mendukung ilmu tasawuf. Karya Imam al-Ghazali yang menjadi rujukan adalah hidangan yang digemari anak muridnya sepanjang masa. Pemikiran Tok Guru telah ditulis untuk dirujuk oleh generasi berilmu sehingga tersebar ke seluruh Nusantara.

Antara buku terbaru yang memuatkan pemikirannya ialah "Perspektif Tok Guru" (2011), "Bertemu Janji Allah" (2012) dan "Mauizhah" (2012). Ceramah dan ulasan beliau telah laris di pasaran sebagai pendidik jiwa masyarakat umum. Baginya, mendidik adalah "makanan dan minumannya" dan tetap istiqamah walaupun sudah bergelar Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990. Malah Tok Guru merupakan penggalak pendidikan Islam di Kelantan era milenium sehingga sistem pendidikan Yayasan Islam Kelantan telah diterima pakai di Singapura, Kemboja, Thailand, Brunei, bahkan turut popular di Indonesia.

Keduanya, Tok Guru mendidik masyarakat berpagarkan syariah. Dasar Membangun Bersama Islam telah digagaskan oleh Tok Guru bagi membuktikan syariat Islam akan terus subur dalam kerajaan dan masyarakat. Misi dilaksanakan dalam pentadbiran negeri dengan mendidik rakyat agar patuh kepada syariah. Bermula dengan membebaskan wang kerajaan daripada riba, pengharaman judi, penyusunan jualan arak, peraturan menutup aurat sehinggalah merasmikan prinsip Ubudiah, Mas'uliyah dan Itqan.

Kemuncaknya pula memperkenalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Tok Guru juga mendidik rakyat agar sentiasa bersyukur menerusi program bina insan dan melebarkan kebajikan rakyat di samping mengamalkan hidup yang sederhana. Ketiga pula, Tok Guru mendidik masyarakat dengan asas ekonomi Islam.

Tok Guru berupaya mendidik masyarakat untuk hidup saling membantu menerusi Tabung Serambi Mekah, diikuti Tabung Amanah Tok Kenali, Skim Kifalah dan Bantuan Jaya Diri untuk Armalah sebagai satu saluran membantu rakyat agar diberi peluang membangun ekonomi diri sekali gus meringankan beban kerajaan Negeri.

Tok Guru mendidik golongan kaya agar mengorbankan harta untuk kepentingan awam, menggalakkan pelaburan akhirat dalam membangun negeri seperti sumbangan wakaf untuk membangun Lebuh Raya Rakyat. Tok Guru juga telah melancarkan dinar emas dan dirham perak sebagai langkah mendidik rakyat kembali ke sistem kewangan Islam di zaman Rasulullah SAW.

Seterusnya, keempat Tok Guru mendidik ke arah menyubur akhlak sosial. Tok Guru juga mendidik hidup harmoni dan bersatu padu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Seluruh rakyat diseru hidup beragama dan berbudaya mengikut pegangan masing-masing sebagai membina hubungan baik dan mengukuhkan ikatan antara manusia. Secara langsung, situasi tersebut telah menyuburkan keunikan cara hidup berteraskan hak dan keadilan menurut neraca Islam sehingga negeri Kelantan menjadi hub pendidikan Islam yang subur.

Akhirnya, kelima Tok Guru mendidik ke peringkat antarabangsa. Tok Guru Nik Abdul Aziz telah dikenali di segenap penjuru dunia. Ramai wakil kedutaan asing dan rombongan luar Negara tidak putus-putus datang bertemu dan berbincang secara baik. Malah kaedah al-mujadalah hiya ahsan dilaksanakan bagi mendidik masyarakat luar tentang keindahan Islam. Munasabahnya, Tok Guru adalah salah seorang dalam 50 tokoh Muslim yang berpengaruh di dunia sebagaimana direkodkan (tahun 2010) dalam buku "The 500 most influential Muslims."

Bersempena dengan itu dan seusia Tok Guru yang amat emas ini, didoakan agar Tok Guru terus segar dan tuntas dengan rahmat Allah SWT, meskipun kesihatannya sering mengusik hidupnya.

Penulis ialah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Barang naik: Kenyataan Khairy sangat mengecewakan

Posted: 17 Jan 2014 03:13 AM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam tentang kenaikan kos barang naik seperti sayuran, ikan dan buah-buahan kerana cuaca buruk adalah sangat mengecewakan.

 "Sekali lagi Khairy, yang awal menunjukkan kerunsingan tentang kenaikan barang, berpatah balik untuk menyokong tindakan bossnya," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin mengikut ingatan umum, sememang pantas dan licik melakukan sedemikian 'membodek bossnya' mengikut rekodnya.

Menurutnya, beberapa pakar ekonomi seperti Dr Yeah Kim Leng dari RAM telah mengingatkan Putrajaya supaya tidak melakukan tarikan subsidi serentak (restrained) ditambah dengan pengenalan GST tahun depan pasti inflasi.

Ini, ujarnya kerana mengikut beberapa Investment Bank (IB) termasuk RHB dan Maybank meramalkan inflasi paling buruk setinggi 3.0% hingga 3.5% tahun 2014 dan 4.0% tahun depan bahkan lebih lagi selepas GST.

"Betul, Khairy wajar diingatkan Ekonomi 101 bahawa Inflasi jenis ini yakni 'kenaikan kerana kos' atau cost-push inflation berbeza dengan 'kenaikan kerana permintaan' atau demand pull-inflation, boleh disebabkan kerana cuaca buruk," jelasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Tetapi, tambah beliau sifat inflasi disebabkan cuaca ialah 'sementara' atau temporary price hike or disruption.

"Tetapi yang kita hadapi ini bukan satu yang bersifat sementara. Khairy wajar tahu," ujarnya.

Beliau menjelaskan sifat inflasi ini ialah sustained inflationary pressure dan trend ini akan berkekalan selagi faktor-faktor punca pencetusnya tidak ditangani.

Katanya lagi, faktor-faktor itu ialah "tarikan subsidi" secara "serentak" pelbagai barang 'kritikal' seperti bahan bakar – petrol dan diesel, gula, tarif elektrik dan kos pengangkutan awam termasuk tol di samping amalan monopoli yang megherot pasaran, penswastaan dan perjanjian konsesi yang tempang yang menaikkan kos seperti tol lebuh raya dan tarif elektrik dan subsidi yang regresif atau tidak kena sasaran seperti berbilion ringgit kepada IPP.

"Maka Inflasi ini ialah hasil cetusan Putrajaya – Putrajaya-induced inflation dan kalau akhirnya memuncak sebagai kemelut maka ia adalah 'Krisis-Ciptaan Putrajaya atau  Putrajaya-induced crisis," ujarnya.

Sekat laporan BBC petanda bermulanya sekatan internet, kata DAP

Posted: 17 Jan 2014 03:03 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

 


































DAP membidas pentadbiran Putrajaya yang menyekat kandungan laporan berita antarabangsa BBC, menyifatkannya petanda era sekatan internet akan kembali.

Ketua strategi media sosial DAP Yeo Bee Yin (gambar) berkata kontroversi tersebut menimbulkan tanda tanya pendirian kerajaan yang ingin memastikan kebebasan internet dan media sosial.

"Ia menghantar isyarat penting kepada Pakatan Rakyat tentang kejujuran Putrajaya dalam menghormati komitmen untuk tidak menyekat seperti termaktub dalam rang undang-undang jaminan seperti  yang dijanjikan dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia," kata Yeo hari ini.

Yeo berkata, internet adalah satu-satunya medium yang dimiliki oleh Pakatan untuk berkempen, sekiranya disekat pastinya ia akan menggugat peluang mereka dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas ini.

"Kami sangat bimbang Barisan Nasional akan bermain kotor dalam isu internet ini untuk menghadapi PRU14 yang lebih sengit," tegasnya lagi.

Meskipun kandungan berita BBC tersebut sudah boleh dilayari semula selepas kritikan orang ramai, Yeo masih mempertikaikan kejujuran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

"Secara faktanya, TM tidak menafikan menyekat artikel tersebut dan kenyataannya 'TM berhasrat untuk menegaskan sebarang isu tentang sekatan kandungan nasional perlu ditujukan kepada SKMM' menunjukkan wujud arahan daripada atas," ujar Yeo lagi.

Yeo juga menggesa SKMM supaya tampil menjelaskan mengenai isu sebenar tentang kontroversi sekatan berita BBC tersebut.

Semalam, SKMM telah menafikan bahawa mereka terlibat dalam sekatan akses pengguna internet daripada melayari artikel mengenai kangkung yang disiarkan BBC.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini membuat kenyataan berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan sehingga mencetuskan kontroversi.

Kenyataan beliau telah dimuat naik ke laman video YouTube dan mendapat tontonan ramai rakyat yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Perbincangan perpaduan gagal, Najib hadapi pemberontakan dalaman, lapor The Edge Review

Posted: 17 Jan 2014 02:58 AM PST

THE MALAYSIAN INIDER

 






























Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.


 "Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.


Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.

Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.

Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.

Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.

Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.

"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.

Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.

Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.

Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.

Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.

Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".

Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.

Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya.

"Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib."

Persatuan pengilang sokong harga siling padi naik

Posted: 17 Jan 2014 02:47 AM PST

SINAR HARIAN


harga padi naik  
Laporan Sinar Harian hari ini


ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Cina-Melayu Kedah menyokong keputusan kerajaan menyeragamkan harga belian padi kepada RM1,200 satu tan metrik namun berharap mekanisme diguna pakai bagi menyeimbangkan harga beras dengan kenaikan itu dijelaskan.

Pengerusinya Datuk Chew Giok Kun turut menyarankan supaya subsidi beras import dihapuskan agar industri tanaman padi tempatan lebih berjaya dan operasi pengilang tidak terjejas.

Beliau berkata harga beras import yang sudah rendah tidak wajar diberikan subsidi dan sewajarnya subsidi tersebut disalurkan kepada industri beras tempatan.

"Kami ahli persatuan tiada masalah membeli pada harga yang ditetapkan tetapi logiknya apabila harga padi dinaikkan, harga beras juga turut naik. Kita tidak boleh jual beras pada harga sebelum kenaikan harga padi.  

"Sekiranya harga beras kekal pada harga lama, kami mahu kerajaan menampung perbezaan kenaikan tersebut," katanya kepada Bernama apabila diminta mengulas kenaikan harga padi  berkuat kuasa pada musim menuai akan datang.

Keputusan penyeragaman harga itu diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kota Baharu, Kelantan semalam yang antaranya bertujuan menghapuskan peranan orang tengah kerana merugikan petani.

Chew berkata sebahagian subsidi beras import yang ditarik balik boleh digunakan bagi menambah pengeluaran beras ST15 untuk memenuhi permintan golongan sasar memandangkan pengeluarannya tidak mencukupi sejak diperkenalkan pada 2009.

Persatuan Pengguna Kedah (Cake) yang turut menyokong keputusan itu mahu kerajaan memastikan pengilang tidak membuat potongan tidak munasabah.

Pengerusinya Datuk Yusoff Ismail berkata Cake menerima banyak aduan daripada petani yang tidak berpuas hati dengan pengilang swasta dan juga Bernas (Syarikat Beras Nasional) yang membuat potongan agak tinggi atas alasan padi tidak ada isi, tidak cukup masak dan basah sejak beberapa musim lepas.

"Cake memperjuangkan harga siling ini dinaikkan sejak empat tahun lepas.

Kita harap kenaikan ini mendorong petani bekerja lebih kuat meningkatkan produktiviti dan menghentikan tabiat mengambil pendahuluan daripada tauke-tauke kilang.

"Amalan mengambil wang pendahuluan ini ini bukannya rahsia...amalan ini menyebabkan petani tidak dapat menjual hasil kepada pihak lain yang menawarkan harga lebih baik," katanya. - Bernama

WANG BANTUAN BANJIR PUN LESAP, WANG UNTUK BEKAS POLIS PUN LESAP?

Posted: 17 Jan 2014 01:07 AM PST

WFAUDZIN NS


TAHUKAH anda bahawa masih ramai yang tak dapat duit yang dijanjikan untuk mangsa-mangsa banjir terutamanya di Kuantan dan Indera Mahkota?  Apa yang kita dapat lihat di Kemaman, mangsa-mangsa banjir bukan saja dapat bantuan duit atau barangan makanan, bahkan mereka dapat TV lagi.
Mangsa banjir di Pekan apa cerita?  Takkan di Pekan kawasan PM pun standardnya masih barang makan atau pampers je?  Atau, masih ramai yang tak dapat duit bantuan banjir lagi?  Jika masih ramai yang tak dapat, amat malang sekali dan nasib mereka lebih teruk dari nasib 'kangkung'.
Itu peruntukan banjir yang baru beberapa minggu berlaku, masih ramai yang ternanti-nanti walaupun cuba dihayalkan dengan irama joget "Lenggang Kangkung", namun rakyat tak lupa janji itu.  
Itu janji baru, masih tidak tertunai.  Janji yang setahun lalu juga masih tidak tertunai.  Janji sebelum PRU 13 lagi iaitu wang saguhati kepada bekas-bekas Polis (Terdiri daripada bekas anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Squad,AC/Homeguard) sebanyak RM3,000.  
Difahamkan peruntukan itu telah dimasukkan ke dalam Bajet 2012. Baru-baru ini aku balik kampong, sembang punya sembang dengan orang-orang Jelebu di kalangan mereka , difahamkan di Jelebu sahaja lebih kurang 50 orang yang layak masih tidak mendapat wang yang dijanjikan sebanyak RM3,000 itu.  Itu baru Daerah Jelebu, bagaimana di seluruh Malaysia?
Aku cuba dapatkan kepastian daripada pihak berkenaan di KDN iaitu di Bukit Aman.  Aku hubungi baahagian berkenaan, dan mereka mengesahkan memang masih ramai yang tak dapat duit RM3,000 itu.  Bila ditanya mengapa, mereka jawab masih di dalam proses.  Wah !! Setahun lebih proses ?  Tetapi mengapa ada segelintir yang dah dapat?  Masih proses kah atau memang wang dah habis?  
Jika bekas Polis ini mereka mahu per'kangkung'kan, apa lah ertinya masih ada Polis-Polis yang sedang berkhidmat sekarang berpeluh sakan buat kerja mempertahankan parti mereka?  Buatlah kerja secara profesional iaitu menjaga agama dan negara.  Usahlah buat kerja mempertahankan parti atau pemimpin parti yang memerintah.  Suatu ketika kamu akan bersara juga dan akan merasai apa yang telah dirasai oleh bekas-bekas rakan seperjuangan kamu.    

13 Komando Disiasat Berhubung Keterangan Hilang Di Laut

Posted: 17 Jan 2014 12:34 AM PST







MELAKA: Pada Disember lalu, negara gempar dengan berita kehilangan 13 anggota komando ketika sedang menjalani latihan di laut. Mereka kemudiannya ditemui hidup selepas tiga hari hilang.

Ekoran kejadian itu Kerajaan Negeri Melaka mahu menganugerahkan pingat keberanian tertinggi di negeri ini kepada mereka, dan mereka bakal menerima anugerah itu tidak lama lagi.

Tetapi kemudian timbul berita bahawa pegawai atasan mereka tidak mempercayai kisah 11 pelatih dan dua tenaga pengajar itu.

Dan pada ketika pihak tentera memulakan siasatan mengenai apa yang sebenarnya berlaku, seorang wakil kumpulan itu membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa mereka telah diseksa bagi menarik balik keterangan mereka berhubung kejadian yang berlaku di laut bulan lalu itu.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian 13 anggota komando yang hilang selama 29 jam di perairan Pulau Upeh pada 7 Disember lalu.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi satu sumber berkata, cara bot kumpulan itu "sesat" dari laluan biasa telah membangkitkan syak wasangka terhadap mereka.

Difahamkan pihak tentera sedang menyiasat mengenai dakwaan pelatih dan pengajar dari kumpulan komando yang hilang itu sebenarnya menghadiri kenduri pada malam yang sama tetapi mereka mengatakan mereka hilang dan hampir lemas di laut.

Ini dipercayai merupakan kali pertama bot pasukan komando dilaporkan hilang semasa latihan malam yang dikendalikan oleh Kem Komando Sungai Udang sejak beberapa dekad yang lalu.

Difahamkan juga bahawa siasatan tentera perlu melihat keterangan yang bercanggah daripada apa yang berlaku pada misi latihan.

Pelatih yang membuat laporan polis di Alor Gajah pada Ahad lepas memberikan keterangan versi mereka mengenai apa yang berlaku apabila lima bot yang digunakan dalam latihan tersebut dilanda ribut.

Selepas kejadian ribut itu, salah sebuah daripada lima bot itu telah didapati hilang.

Bot yang hilang itu dinaiki oleh 11 pelatih komando bersama dua tenaga pengajar.

Menurut seorang pelatih berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur, ribut melanda bot mereka pada pukul 7.30 malam menyebabkan ia hanyut sehingga hampir mencapai sempadan maritim antarabangsa.

Beliau berkata, mereka melihat puluhan kapal komersial melintas di perairan itu pada petang 8 Disember dan cuba untuk menarik perhatian mereka tetapi gagal.

Kemudian menjelang pukul 6.30 petang, salah seorang pengajar berjaya membaiki enjin bot yang rosak dan mereka menuju ke pantai, tetapi mereka kehabisan minyak dan terpaksa mendayung sepanjang perjalanan, kata pelatih itu.

Beliau berkata, mereka tiba di Pantai Putri pada pukul 12.30 tengah malam pada 9 Disember dan sebaik sahaja mendarat sebahagian daripada mereka bergegas ke gerai makan kerana terlalu lapar.

Pengunjung di gerai berkenaan mengetahui bahawa mereka merupakan tentera yang dilaporkan hilang sebagaimana hang dilaporkan dalam media dan kemudian memberitahu pihak polis.

Tetapi kesemua 13 mereka bergegas kembali ke Kem Terendak sebelum mereka dimasukkan ke wad selama tiga hari kerana mengalami lelasan dan dehidrasi.

Dalam laporannya, pelatih itu mendakwa bahawa pegawai atasan mereka enggan untuk mempercayai cerita mereka, dan memaksa mereka pergi ke laut dan dihukum berdiri sehingga air pada paras leher bagi memaksa mereka menceritakan kisah sebenar.

Beliau mendakwa mereka kemudiannya dibawa ke sebuah kem tentera di Kuala Lumpur dan disoal siasat.

Menurutnya lagi malah salah seorang pelatih mempunyai jari dikepit di antara dua keping kayu untuk memaksa membuat pengakuan palsu.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan berkata, bahawa surat siasatan tentera telah dihantar kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung kejadian itu.

Idris, yang mengumumkan hasrat untuk menyampaikan anugerah pingat keberanian negeri iaitu Bintang Gagah Perkasa kepada kesemua mereka bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung versi terbaru insiden berkenaaan.

Anwar: Tiada persempadanan semula dengan SPR sedia ada

Posted: 17 Jan 2014 12:22 AM PST

KEADILAN DAILY

DSAI_SPR



PETALING JAYA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak boleh diadakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ketiika masih diterajui pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada.

Katanya, SPR sehingga hari ini masih gagal menyelesaikan pendedahan ratusan penyelewengan dan salah laku sepanjang pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013.

"Mengapa SPR dalam format yang ada sekarang ini diberi kuasa untuk meneruskan persempadanan semula?

"Dia (SPR) tidak ada wibawa. Dia (SPR) terlibat dalam kes penipuan. Masih tidak selesaikan pembersihan senarai daftar pemilih.

"(Dengan pimpinan lama) adakah masih mahu teruskan dengan tanggungjawab baru? kata Anwar pada seidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Pakatan Rakyat melalui KEADILAN, Pas, DAP termasuk pasukan Pemantau Bersih sebelum ini mendedahkan ratusan penyelewengan, malah 60 petisyen keputusan turut dibawa ke mahkamah pilihan raya.

Justeru tegas Anwar, persempadanan semula yang dibenarkan dalam tempoh 10 tahun tidak boleh dijalankan oleh SPR dan pengerusinya harus meletakkan jawatan serta-merta.

Cadangan ini pernah disuarakan sebelum ini oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang mendesak ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan serta merta.

KEADILAN sebelum ini melalui pasukan khas bagi mengkaji maklumat dan sistem persempadanan semula menegaskan, tiga kriteria utama perlu diselesaikan SPR seblum cadangan itu dipertimbangkan.

Antaranya, jurang perbezaan pengundi antara parlimen dikurangkan sebanyak 15 peratus, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak kekal sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen dan satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini menggunakan alasan bahawa proses itu pernah dijalankan pada 1958, 1974, 1984 dan 1994.

Justeru kata Anwar, cadangan SPR menggesa Pakatan Rakyat menerima persempadanan semula kononnya ia menguntungkan semua pihak tidak masuk akal.

"Pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat dari awal sama seperti pendirian Bersih. Kita membantah cadangan SPR," tegas Anwar.

Kecewa anak OKU terpinggir

Posted: 17 Jan 2014 12:18 AM PST


Kecewa anak OKU terpinggir  
Keadaan Alliy Hafiz dirinya yang terkini.


SHAH ALAM – Ibu kepada seorang kanak-kanak OKU, Widyawati Mohd Nor, 35, kecewa berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pihak sekolah dalam membantu anaknya terus mendapat pendidikan.

Widyawati berkata,  anaknya, Alliy Hafiz Kamaron Zaman berusia sembilan tahun  mengalami kecacatan otot dan kakinya yang tidak boleh bergerak dan bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak bagaimanapun, keadaan otak Alliy Hafiz disahkan normal oleh doktor Pakar Genetik dan Metabolik, Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, Alliy Hafiz telah melalui pendidikan aliran perdana darjah satu dan dua di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur yang mempunyai kemudahan kepada pelajar pendidikan khas, bagaimanapun kemudahan yang ada tidak mesra OKU.

Lebih malang lagi katanya, Alliy Hafiz diminta mencari sekolah lain sekiranya ingin menyambung pembelajaran darjah tiga pada 2014 berikutan kelas ditempatkan di aras tiga.

"Alliy Hafiz telah melalui pendidikan aliran perdana darjah satu dan dua di sekolah berkenaan yang tidak mesra OKU. Pihak sekolah juga dilihat tidak mengambil inisiatif membantu pelajar seperti anak saya.

"Kelas-kelas untuk darjah satu dan dua ditempatkan di aras satu dan ini menyulitkan Alliy Hafiz untuk ke kelas kerana terpaksa didukung setiap hari. Selain daripada bilik darjah tersebut, Alliy Hafiz juga harus menghadiri kelas di bilik muzik, bilik solat dan bilik tayangan yang juga terletak di aras tiga pada waktu tertentu menurut jadual pembelajaran.

"Baru-baru ini saya difahamkan oleh pihak sekolah tersebut bahawa kelas-kelas untuk murid darjah tiga ditempatkan di aras tiga pada sesi pembelajaran 2014. Saya telah dipanggil oleh Guru Hal Ehwal Pelajar sebelum cuti penggal penghujung tahun 2013 yang menasihatkan supaya Alliy Hafiz berpindah ke sekolah lain," katanya kepada Sinar Harian.

Sebagai seorang ibu katanya, dia tertekan dengan tindakan pihak sekolah berkenaan dan sehingga kini masih belum mendapat keputusan permohonan anaknya untuk belajar di sekolah lain.

Jelasnya, maklum balas terkini yang diterima pada 7 Januari lalu daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan menasihatkannya menunggu sehingga 21 Januari ini bagi menunggu semakan kekosongan di tempat lain.

"Saya berharap, ia dapat diselesaikan dengan segera kerana anak saya saban hari bertanyakan bila dia boleh pergi ke sekolah dan sebagai seorang ibu, saya perlu memperjuangkannya.

"Anak saya minat belajar, janganlah kerana kekurangannya, haknya untuk menuntut ilmu diketepikan," katanya.

PAC Akan Periksa Perbelanjaan Empat Kementerian

Posted: 17 Jan 2014 12:15 AM PST




Nur Jazlan.


JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membuat pemeriksaan terhadap perbelanjaan empat kementerian tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau akan melihat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia terutama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), dalam tempoh dua minggu lagi.

"Bulan depan, PAC sekali lagi akan memeriksa Kementerian Pendidikan berkenaan perbelanjaan keselamatan sekolah serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Kementerian Dalam Negeri mengenai pengurusan aset mereka di mana kita akan memfokuskan isu kehilangan senjata," katanya.

Nur Jazlan berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniam di Jalan Kolam Air di sini, Jumaat.

Aiiiik, Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

Posted: 17 Jan 2014 12:08 AM PST

KELAB GREENBOC


SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk "#BBCtrending: Be careful what you say about spinach", Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

ULASAN GB

Penyakit "kangkung" nampak sudah merebak luas. Bukan setakat kita ada PM Kangkung, menteri kangkung, parti kangkung, professor kangung, pegawai-pegawai kangkung, akhbar dan tv kangkung, blogger & fbookers kangkung, kini sudah ada Suruhanjaya Kangkung dan ISP Kangkung!

Jawapan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman terhadap kegagalan orangramai mengaksas #BBCTrending sejak malam tadi cukup meragukan. Katanya:

ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Jawapan kangkung dari seorang pegawai Suruhanjaya Kangkung!

Dia ingat pelayan komputer yang digunakan oleh BBC sama seperti pelayan-pelayan yang digunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia atau yang digunakan oleh SKMM dan TMNet. Cukup kelakar apabila orang yang buta IT cuba memberikan jawapan mengenai IT kepada rakyat yang kebanyakan sudah celik IT.

Sekarang mengapa pula sudah boleh diakses? Kerana dah kena hentam cukup-cukup di alam siber baru tengadah dan ternganga?

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Lagi disekat lagi banyak penghebahan tentang kangkung disiarkan di alam siber. Hari ini akhbar online Indonesia yang terkenal, kompas.com turut menyarkan berita tentang PM Kangkung kita.



PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal Kangkung


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan "Keep Calm and Eat Kangkung".

Sebagian pengguna lain membuat akun "Hari Kangkung Sedunia" di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

"Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil," ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)
-kompas.com

Polis beri kepercayaan Jabatan Amal PAS kawal lalu lintas

Posted: 17 Jan 2014 12:01 AM PST



HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.

Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal  di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves.

Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok.

Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusian ketia banjir melandan beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu.

Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani kawan dan lawan.

Pasukan ini juga, sentiasa menjadi tulang belakang kepada kawalan keselamatan beberapa himpunan besar anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.

Selain himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, terbaru pasukan ini juga menjadi barisan hadapan mengawal perarakan himpunan Turun pada malam sambutan tahun baru 31 Disember lalu.

Didie Alias Hamil Pada Usia 40 Tahun

Posted: 16 Jan 2014 11:57 PM PST

alt  
 
Mahirah Zakaria
 
 
Pelakon dan pelawak negara, Didie Alias yang kini berusia 40 tahun disahkan hamil dan ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan dengan suami keduanya, Norisham Ismail.
 
Setelah berkahwin selama 5 tahun, Didie akhirnya disahkan hamil dan usia kandungannya kini mencecah usia tiga bulan.
 
"Alhamdulillah, usia kandungan saya sekarang sudah mencecah usia tiga bulan. Orang yang paling gembira adalah suami saya. Selain itu, keluarga mertua turut berkongsi kegembiraan kerana ini merupakan kandungan sulung saya bersama Norisham.
 
"Pada mulanya, saya begitu inginkan anak lelaki, tetapi, apa yang dikurniakan oleh Allah kelak, kami terima dengan hati yang terbuka," katanya kepada media tempatan.
 
Didie tidak mementingkan jantina anak yang bakal lahir kelak, dan hanya berharap agar anaknya dikurniakan kesihatan yang baik.

KPDNKK Perlu Pantau Harga Barang Mentah Setiap Masa

Posted: 16 Jan 2014 11:54 PM PST


rakyatnews_mohdrazlan


 Bariq Ramadhan


KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disarankan untuk menugaskan pekerja bagi meninjau dan mengawal harga barang mentah di setiap pasar.

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata sistem baru perlu dibuat supaya dapat mencegah manipulasi harga penjual kepada pengguna barang mentah.

"Bila kita lihat cara penyusunan atau sistem penjualan pada pasar borong kita perlu ubah. Sistem harga perlu ubah dan kita perlukan penguatkuasa yang betul-betul duduk disini untuk memantau harga bagi setiap peniaga kerana peniaga sering menukar harga.

"Saya rasa kita perlu membuat sistem harga yang disarankan kepada pengguna dan (peniaga) yang tidak mengikuti harga tersebut, pengguna ada hak untuk mengadu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika membuat sidang media selepas meninjau harga barangan mentah bersempena Tahun Baru Cina di Pasar Chow Kit di sini, awal pagi tadi.

rakyatnews_pasarchowkit


Tinjauan mendapati peniaga segera menukar harga barangan mentah yang dijual apabila menyedari pemeriksaan dilakukan di pasar tersebut.

Disamping itu, beliau turut menasihati agar pembeli untuk meninjau harga yang ditawarkan penjual barangan mentah terlebih dahulu sebelum membeli di Pasar Chow Kit.

"Saya lihat kebanyakan peniaga terus menukar harga apabila menyedari kami mahu meninjau harga barangan mentah disitu.

"Jangan percaya kepada satu peniaga kerana harga yang ditetapkan oleh peniaga tidak menentu dalam sesebuah kedai terutamanya pelanggan tetap,"katanya.

Semalam, tinjauan di Pasar Borong Selayang mendapati peniaga telah menetapkan harga dalam keadaan terkawal.

Majlis Fatwa Kebangsaan Sokong Jais, Tidak Perlu Pulang Bible

Posted: 16 Jan 2014 11:52 PM PST

RAKYAT NEWS


kalimah allah rakyatnews
 
Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan Berhubung Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


1. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 15 Januari 2014 memandang serius dan amat kecewa apabila para ulama dilempar dengan kata-kata kesat dan diperlekehkan hanya kerana pandangan atau hukum yang dikeluarkan tidak memenuhi kehendak atau memihak kepada golongan tertentu. Sikap tidak menghormati pemimpin (umara) semakin menjadi-jadi seolah satu trend dan budaya masyarakat Islam di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

2. Muzakarah juga mengingatkan seluruh umat Islam dan juga bukan Islam bahawa apabila sikap saling hormat-menghormati semakin terhakis, ulama serta umara dicela dan tidak dihormati maka bibit-bibit pergolakan akan mula dirasai. Kita tidak mahu pergolakan dan pertumpahan darah yang berlaku di sesetengah negara berlaku di negara kita Malaysia.

3. Muzakarah meminta seluruh umat Islam supaya sentiasa menjaga keharmonian dan kedaulatan negara kerana Islam mewajibkan seluruh umat Islam agar bersatu dengan mentaati Allah, Rasul dan pemimpin yang dilantik secara sah oleh rakyat. Perbuatan mencela pemimpin kerana tidak berpuas hati dengan keputusan atau tindakan kerajaan tidak boleh dipandang remeh kerana ia akan menimbulkan fitnah, kekacauan dan mengganggu kestabilan sesebuah negara.

4. Islam membenarkan setiap rakyat untuk menasihati pemimpin namun tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar tersebut perlu dilakukan mengikut adab dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam.

5. Muzakarah juga menasihatkan para pemimpin supaya sentiasa sensitif terhadap kemaslahatan rakyat kerana dalam kaedah fiqh iaitu keputusan pemimpin adalah bergantung kepada kemaslahatan rakyat. Pemerintah perlu menggunakan segala kebijaksanaan dan hikmah dalam menangani apa juga isu yang berlaku.

6. Muzakarah Khas pada hari ini juga menyokong tindakan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Tindakan serbuan yang dilakukan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang dan titah Tuanku Sultan Selangor, dan buku-buku yang dirampas tidak perlu dipulangkan.

7. Muzakarah juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolemikkan isu-isu sensitif seperti tindakan Jais dalam menguatkuasakan fatwa penggunaan kalimah Allah dan menjadikan agama sebagai umpan politik. Muzakarah menyeru seluruh umat Islam supaya menghentikan tindak tanduk seumpama ini demi menjaga kedaulatan agama, perpaduan ummah dan keamanan negara.

Sementara itu, difahamkan, Jais masih menjalankan siasatan terhadap kenyataan Pengarang The Herald, Lawrence Andrew mengenai gereja Katolik di Selangor yang akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya selepas ini.

Isu PKNS: Teresa letak jawatan

Posted: 16 Jan 2014 11:48 PM PST


Teresa Kok  
Teresa Kok


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok memilih untuk melepaskan jawatan disandangnya dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai wakil komponen PR yang pernah menganggotai ahli lembaga pengarah perbadanan itu.

Menurutnya, beliau meletak jawatan selaku ahli lembaga pengarah kerana tidak lagi berada di Selangor.
"Saya suarakan hasrat untuk letak jawatan sebelum kontroversi ini tercetus dan perkara itu telah dibawa dalam perbincangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) bersama Exco.

"Saya letak jawatan sebab saya tidak lagi berada di Selangor. Oleh itu, saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan bagi pihak PKNS," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Teresa turut memaklumkan bahawa rakyat boleh menilai kedua-dua kenyataan yang dikemukakan kerajaan negeri dan PKNS berhubung kemelut ini.

Sebelum ini, Teresa mewakili DAP sebagai wakil komponen PR Selangor yang dipilih menganggotai ahli lembaga pengarah PKNS sewaktu menyandang kerusi Adun Kinrara, manakala Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mewakili PKR dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad mewakili Pas.

Noh sedia debat isu kalimah ALLAH

Posted: 16 Jan 2014 11:45 PM PST


Noh Omar  
Noh Omar


SABAK BERNAM – Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyatakan kesediaan beliau berdebat isu kalimah ALLAH dari sudut perundangan dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Noh berkata, beliau sedia berdebat demi memelihara kesucian kalimah suci itu daripada terus digunakan oleh penganut agama lain kerana ia jelas menimbulkan sentimen kemarahan dalam kalangan umat Islam.

Katanya, debat yang dicadangkannya itu nanti perlu dianjurkan badan bebas seperti dikendalikan Sinar Harian dalam siri wacana yang dianjurkan akhbar itu sebelum ini.

"Saya sanggup, saya boleh (berdebat), tetapi dari segi perundangan, akidah dan agama.

"Suruh Sinar (Harian) buat (anjurkan) wacana dan saya sedia untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang dalam isu kalimah ALLAH ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul anjuran Umno Bahagian Sungai Besar, di Sekin Hotel Sekinchan, di sini, malam kelmarin.

Temui bukti, kes bunuh tiga beradik selesai

Posted: 16 Jan 2014 11:40 PM PST

SINAR HARIAN

bunuh 3 beradik Muka depan Sinar Harian edisi Utara hari ini


ALOR SETAR - Polis Kedah dapat menyelesaikan kes pembunuhan tiga beradik perempuan dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini pada November lepas berikutan penemuan beberapa bahan bukti fizikal.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata polis menemui bukti itu selepas membawa dua suspek lelaki berusia 19 tahun, yang ditahan pada Rabu lepas, ke tempat kejadian di Alor Senibong di sini petang semalam.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai penemuan bukti itu oleh sepasukan anggota Unit Forensik.

"Kita akan membuat siasatan lebih rapi untuk kumpul semua bukti fizikal yang ditemui sebelum membuat pendakwaan di mahkamah. Saya tidak boleh beritahu apa bahan bukti kerana tidak mahu menjejaskan proses pendakwaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, hari ini.

Ahmad berkata dua suspek itu dikatakan mengenali mangsa kerana jarak rumah suspek dan mangsa ialah kira-kira 150 meter.

Beliau berkata mereka ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara 5.30 petang dan 11 malam pada Rabu lepas, hasil maklumat awam.

"Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah pecah rumah dan dadah," katanya.

Kedua-dua suspek yang menganggur ditahan reman bermula semalam hingga 22 Januari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat Noor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lepas manakala mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka, pada keesokannya.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira 7.30 malam pada 29 November lepas untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam, yang berdekatan dengan kampung mereka.

Namun, mereka tidak pulang ke ruma sehinggalah mayat mereka ditemui dalam keadaan menyayat hati. - Bernama

Pusat Giat MARA: Adun Taman Templer mual dengan sikap Umno

Posted: 16 Jan 2014 08:58 PM PST

 


HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR:  Ahli Dewan Negeri (Adun) Taman Templer, Zaidy Abdul Talib merasa mual dengan sikap pemimpin Umno negeri yang berlakon sebagai jaguh Melayu tetapi membiarkan pusat latihan Giat MARA di Selayang dibina di atas tanah tidak sah status  sejak puluhan tahun dan beroperasi dalam keadaan serba kekurangan.

"Saya minta kepada Umno supaya berhenti hipokrit dalam memperjuangkan bangsa dan agama seperti mana yang mereka laung-laungkan tetapi buktikanlah dengan tindakan walaupun saya memang meragui akan keikhlasan dan keupayaan mereka," tegas beliau selepas mengada lawatan ke Pusat Giat Mara Selayang, pagi tadi.

Zaidy mengulas kecaman pemimpin Umno negeri terhadap kerajaan negeri khususnya Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang didakwa memberi notis arahan penutupan kepada pusat latihan itu.

Menurut beliau, kunjungan anggota Exco Kerajaan Negeri, Ean Yong Hian Wah ke pusat latihan itu tempoh hari  adalah antara siri lawatan kerajaan negeri untuk mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang diduduki secara tidak sah di negeri Selangor termasuklah Pusat Giat Mara Selayang.

Lawatan Zaidy yang juga Yang Dipertua PAS Selayang  ke Pusat Giat Mara Selayang disambut mesra pihak pengurusan dan guru bertugas.

"Difahamkan pusat ini menampung lebih kurang 100 pelajar termasuk yang sedang melakukan latihan industri," ujarnya.

Pusat Giat MARA Selayang melaksanakan dua sesi pengambilan setiap tahun bagi kursus elektrik. Kursus berlangsung selama dua tahun.

Zaidy yang turut dibawa melawat sekitar pusat latihan itu mengakui kemudahan infrastrukturnya perlu dinaik taraf untuk keselesaan pelajar.

Bilik kuliah pusat latihan itu, jelasnya ditempatkan dalam kabin dua tingkat yang serba kekurangan begitu juga keadaan sekitaran yang sangat sempit dan tidak selesa.

"Difahamkan bangunan ini diubah suai dari dewan orang ramai yang terbiar sebelum ini. Pandangan saya sepatutnya pihak kerajaan persekutuan dan Giat MARA perlu lebih perihatin dengan memastikan kebajikan dan keselesaan pelajar agar mampu menimba ilmu dan latihan dengan baik," katanya.

Menurut Zaidy, walaupun kerajaan negeri menyedari Pusat Giat MARA itu beroperasi di atas tanah kerajaan negeri secara tidak sah, ia masih dibenarkan beroperasi dengan syarat kemudahan infrastruktur bangunan dinaik taraf sesuai dengan piawaian sebuah institusi latihan.

Kerajaan negeri juga, tambah beliau turut menawarkan tempat yang lebih sesuai sekiranya Pusat Giat MARA ingin berpindah memandangkan lokasinya kini berada di tengah kawasan perumahan yang sempit.

"Saya selaku Adun Taman Templer akan berbincang dengan kerajaan negeri bagi memastikan  Pusat Giat MARA  ini dapat dikekalkan untuk kemudahan belia-belia Selayang mendapat latihan teknikal.

"Di masa yang sama, saya mengharapkan Giat MARA  dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menaik taraf Pusat Giat Mara Selayang.  Sekiranya memang kawasan ini tidak sesuai, saya akan membantu untuk mengenal pasti tempat yang lebih sesuai di sekitar Selayang," ujarnya.

Posisi komando VAT69 di Kg Tanduo disedari pengganas

Posted: 16 Jan 2014 08:53 PM PST

 

HARAKAHDAILY 


KOTA KINABALU: Seorang komando VAT69 memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini posisi beliau dan rakannya ketika melaksanakan operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac tahun lepas disedari beberapa individu kumpulan penceroboh bersenjata.
  
Koperal Azman Ampong, 38, berkata beliau dan rakannya Koperal Mohd Tarmizi Hashim melihat lima atau enam orang, yang antara mereka memegang senjata api dan ada yang membawa senjata tajam seperti parang di pinggang.
  
"Apabila kumpulan itu menyedari kehadiran kami, seorang daripada mereka menunjuk ke arah kami dan kemudian memanggil kawan-kawannya untuk memerhati ke arah kami.
  
"Pada masa sama, kelihatan ada antara satu atau dua orang seolah-olah melambaikan tangan ke arah belakang mereka yang saya faham seolah-olah memanggil kumpulan yang lain.
  
"Kemudian, kelihatan lebih ramai datang ke arah mereka, lebih kurang 20-40 orang," katanya ketika memberi keterangan pada perbicaraan 30 tertuduh yang menghadapi pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan keganasan di Sabah, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini.

Azman berkata seorang lelaki dilihat menghulurkan sebatang kayu kepada seorang lagi lelaki, dipercayai ketua kumpulan itu, untuk dijadikan tongkat yang mempunyai sekeping kertas putih bersaiz A4 di atasnya.
  
"Ketua kumpulan itu bergerak ke arah kami. Apabila dalam jarak 30-60 kaki di hadapan kami, saya melihat dua orang mengekorinya dengan membawa senjata api.
  
"Kemudian, ketua kumpulan itu terus bercakap ke arah saya dalam bahasa Suluk 'Ayau kamu rindi, muit kamu' sebanyak tiga kali dan menunjukkan gaya menghalau dengan tangannya," katanya.
  
Azman, yang dilahirkan di Pulau Bum-Bum, Semporna, berkata beliau memahami apa yang diperkatakan lelaki itu, walaupun tidak fasih bahasa Suluk.
  
Kemudian ayat itu dialih bahasa oleh penterjermah bahasa Suluk mahkamah yang memberi makna (lelaki itu berkata): "Jangan berada di sini. Balik kamu".

Azman berkata beliau dan Mohd Tarmizi hanya mendiamkan diri selepas lelaki itu berkata demikian.
  
"Mungkin mereka sedar kami tidak buat apa-apa atau tidak faham apa yang dituturkan. Dia terus melaungkan 'Allahu Akbar' sebanyak dua kali dan tiba-tiba, dua lelaki di belakangnya melepaskan tembakan ke arah kami," katanya.
  
Menurutnya, beliau dan rakannya tidak membalas tembakan, tetapi beliau terasa sejuk di paha kanannya dua minit selepas penceroboh melepaskan tembakan.
  
"Rupanya saya terkena tembakan, di tempat terkena tembakan itu saya terasa sejuk sangat," katanya.
  
Azman berkata selain paha kanan, beliau juga ditembak di pinggang bahagian belakang.

Azman juga berkata Mohd Tarmizi turut terkena tembakan di betis kiri dan lengan kiri.
  
Ketika ditanya oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail: "Apa yang kamu cakap dengan Mohd Tarmizi selepas menyedari kamu terkena tembakan?" Azman berkata beliau tanya rakannya jika mampu lepaskan tembakan.
  
"Apabila dia (Mohd Tarmizi) jawab 'ya' saya terus cakap 'tunggu apa lagi, 'buddy' (kawan), tembaklah' dan terus kami lancarkan tembakan," katanya.
  
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung bersambung petang ini. - Bernama

Laporan #Kangkung BBC disekat Kerajaan?

Posted: 16 Jan 2014 08:49 PM PST


bbc spinach



KUALA LUMPUR – Penangan kangkung dan fenomenanya masih belum selesai selepas lebih 72 jam mendapat perhatian warga media sosial dan media antarabangsa.

Terbaru laporan segmen BBC Trending dengan tajuk 'Careful What You Say About Spinach' yang heboh
diperkatakan sejak semalam telah disekat aksesnya kepada pengguna internet talian tetap.

Sekatan tersebut disedari beberapa warga Twitterjaya sebelum menarik perhatian beberapa pengamal media yang kemudiannya memaklumkan pihak BBC akan perkembangan terbabit.

BBC melalui akaun Twitternya kemudian meminta warga Malaysia yang tidak dapat mengakses laporan terbabit memaklumkannya kepada mereka melalui Twitter dengan menggunakan 'hashtag' #BBCTrending.

Akaun twitter tersebut mulanya mengucapkan terima kasih kepada yang membuat aduan, namun berhenti selepas tiga kali berbuat demikian, mungkin kerana aduan yang diterima terlalu banyak.

Carian mudah di laman rangkaian sosial tersebut setakat jam 3:00 pagi menunjukkan ratusan tweet menggunakan hashtag #BBCTrending yang mengadu akses mereka terhadap laman laporan berita tersebut telah disekat.

Laporan tulisan Cordelia Hebblethwaite yang disebut sebagai 'kangkung-gate' itu meletakkan Perdana Menteri Najib Razak sebagai subjek jenaka berikutan ucapan beliau di Kemaman yang bertanyakan kenapa rakyat tidak berterima kasih apabila kangkung turun harga.

Ucapan tersebut melahirkan kemarahan pelbagai pihak yang merasakan tidak senang dengan contoh yang diberikan Perdana Menteri di saat rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Laman-laman Facebook pro-Umno sejak semalam telah bertungkus lumus menyiarkan visual-visual bagi membersihkan nama Najib Razak dari fenomena kangkung, namun masih juga menerima komen sinikal pengguna internet. – Roketkini.com

Video menunjukkan sekatan terhadap laman tersebut: https://www.facebook.com/photo.php?v=697265333646572

DAP gesa SPR batal keputusan henti lantik Penolong Pendaftar Pemilih parti politik

Posted: 16 Jan 2014 08:47 PM PST


pc okm



KUALA LUMPUR: DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik balik keputusannya untuk tidak lagi melantik penolong pendaftar pemilih (ARO) parti politik selepas tempoh pelantikan sedia ada tamat.

Pengarah Pilihan Raya DAP, Ong Kian Ming berkata, keputusan SPR itu menyebabkan parti politik tidak boleh lagi mendaftar pengundi secara terus.

"Sebelum ini, kami boleh daftar pengundi di program kami dan borang pendaftaran akan ditandatangani ARO. Tanpa mereka, mana-mana parti politik akan sukar untuk mendaftar pengundi baru.

"Terutama bagi Pakatan Rakyat, kerana kami mendaftar pengundi jauh lebih ramai berbanding BN. Contohnya, antara Januari dan Jun 2010, kami mendaftar seramai 107,050 pengundi baru di Semenanjung Malaysia, manakala BN hanya 59,351," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, pagi tadi.

Turut dilampirkan surat daripada SPR bertarikh 13 November 2013 yang menyatakan tiada lagi pelantikan ARO baru, kononnya bagi menyelaraskan pelaksanaan kaedah pendaftaran sedia ada.

DAP sudah menghantar surat meminta penjelasan pada Disember lalu, namun belum menerima maklum balas sehingga kini.

Ahli Parlimen Serdang itu menyifatkan alasan yang diberi SPR tidak boleh diterima dan mempertikaikan tujuan sebenar keputusan itu.

"Dua perkara yang mengganggu iaitu keputusan SPR menunjukkan mereka tidak berminat untuk menambah pengundi baru bagi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Selain itu kami juga syak SPR tidak ingin kami mendaftar lebih ramai pemilih di kawasan bandar yang majoritinya adalah penyokong Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Katanya lagi, ini kerana majoriti yang belum mendaftar adalah daripada kawasan bandar dan pertambahan bilangan pengundi baru di situ akan menambah tekanan kepada SPR untuk menambah bilangan kerusi pada proses persempadanan semula yang akan dibuat nanti.

Sebagai contoh, jumlah pengundi di kawasan Parlimen Gelang Patah yang dimenangi Lim Kit Siang adalah 106,726 dan di Seputeh yang dimenangi Teresa Kok pula seramai 85,976, jauh lebih tinggi berbanding kerusi luar bandar yang dimenangi BN, seperti di Kuala Besut (17,683 pengundi).
Perlu bincang dengan parti politik

Dalam pada itu, Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San berkata, SPR sepatutnya berbincang terlebih dahulu dengan parti politik, sebelum membuat keputusan itu.

"Ia tidak adil. Diharap keputusan itu tidak dipengaruhi 'tangan ghaib'," katanya lagi.

Setiausaha Organisasi DAP Johor, Tan Hong Pin pula berkata, tugas ARO telah memudahkan tugas SPR dalam mendaftarkan mereka yang layak sebagai pengundi.

"Malah, ramai yang puji usaha kami buka kaunter (di tempat awam). Mereka tidak perlu ke kaunter dan pejabat SPR atau pejabat pos," katanya.- Roketkini.com

Rampas Bible: Khalid persoal motif Pengerusi Mais

Posted: 16 Jan 2014 08:36 PM PST

SAIDAH HAIRAN 


SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang merampas Bible bahasa Melayu dari pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) atas alasan menyekat agama Kristian daripada disebarkan kepada orang Islam.

Ini kerana katanya, Bible dengan cop Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu dirampas ketika dalam simpanan BSM di pejabat persatuan itu dan bukannya dirampas ketika cuba diedarkan kepada orang Melayu Islam.

Beliau turut mempersoalkan sama ada tindakan Jais itu sebahagian daripada strategi pihak tertentu bagi mewujudkan ketegangan antara penganut Islam dan bukan Islam di negeri ini.

"Saya ingin bertanya kepada Pengerusi Mais (Majlis Agama Islam Selangor), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang membuat kenyataan tindakan merampas Bible itu tidak perlu mendapat kelulusan atau dimaklumkan kepada Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Islam," katanya.

Khalid turut mempersoalkan motif Pengerusi Mais (gambar, kiri) ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang seolah-olah "melaksanakan strategi politik Umno" sehingga sanggup mengetepikan Menteri Besar dan Exco Hal Ehwal Islam negeri.

"Saya minta Mais menghormati pilihan rakyat dan exco Agama Islam yang kita lantik iaitu Ustaz Sallehen Mokhyi yang berkelulusan sarjana dalam bidang syariah Islam," katanya.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga menggesa Adzib mengambil pengajaran daripada insiden serbuan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Petaling Jaya yang tidak menguntungkan mana-mana pihak dan dakwaan kononnya wujud usaha menyebarkan agama Kristian kepada beberapa individu muslim gagal dibuktikan.

Beliau turut menyentuh isu penyelesaian 10 perkara yang memberi kebenaran kepada penganut Kristian mengimport dan mencetak Bible dalam bahasa Melayu ke Semenanjung.
"Ini merupakan strategi politik Umno untuk mendapatkan sokongan daripada orang bukan Islam dan hendak tunjuk Umno parti yang baik dan menghormati agama lain," tegasnya.

Bagaimanapun kata beliau, selepas pilihan raya umum (PRU) 2013, Umno kembali kepada pendekatan melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam selepas mendapati sokongan daripada kalangan bukan Melayu kepada Umno-BN merosot teruk.

Tiada ulasan: