Khamis, 16 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Anwar: Utusan selayaknya ‘dihukum’ kerana terus memfitnah

Posted: 16 Jan 2014 05:49 AM PST

Oleh: NAZLI IBRAHIM


PETALING JAYA : Akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia wajar menerima hukuman setimpal berikutan akhbar itu berterusan melemparkan pelbagai fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khususnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, akhbar harian itu mengambil sikap demikian bagi melindungi kepentingan politik Umno-BN dan sekaligus memastikan kelangsungan parti itu terus bertahan tanpa mengambil kira soal maruah, moral dan etika kewartawanan yang sepatutnya dipelihara.
utusan fitnah grafik 
"Memang dah lama terbukti Utusan adalah media fitnah, terus menerus memfitnah dan selayaknya dihukum kerana memang kerja dia untuk terus menerus memfitnah," kata Anwar ketika ditemui Selangor Kini selepas menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Mengulas lanjut kemenangan beliau dalam isu saman RM50 juta terhadap Utusan, Anwar menggesa agar pengamal media di negara ini mengamalkan etika kewartawanan yang sihat dengan melaporkan isu sebenar dan menolak politik fitnah bagi menjatuhkan musuh politik mana-mana pihak.

Semalam Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelumnya memutuskan bahawa dua artikel yang cuba memberi gambaran kononnya Anwar tidak layak memegang jawatan dan mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah.
anwar white 
Utusan Malaysia sebuah akhbar yang menyebarkan propaganda Umno bukan kali pertama tewas dalam perbicaraan yang melibatkan isu fitnah di mahkamah.

Selain Anwar yang kali kedua menang saman fitnah terhadap Utusan, Utusan juga tewas saman fitnah yang melibatkan fitnah terhadap Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Bukit Gelogor, Karpal Singh; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Selain itu, Utusan juga terpaksa membuat penyelesaian damai dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan bersetuju menarik balik fitnah dan membayar kos RM40,000 kepada Husam bagi mengelakkan dikenakan bayaran ganti rugi lebih tinggi.

Utusan juga membuat penyelesaian di luar mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok terhadap akhbar itu.

Ketika ini Utusan masih mempunyai kes saman fitnah yang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah termasuklah dua saman fitnah yang difailkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
EZY

Semua perancangan Najib gagal, terhempas sebelum terbang

Posted: 16 Jan 2014 05:40 AM PST


Oleh Aspan Alias


Setakat apa yang sedang berlaku dan kita alami hari ini, sudah sepatutnya PM Najib tidak lagi berfikir panjang untuk meletakkan jawatan beliau dan menyerahkan politik kepada kepimpinan baru. Dalam kepimpinan sekarang tidak ada yang sanggup bertanggungjawab untuk bersama-sama menegur kesilapan dan kesalahan Najib. Muhyiddin mendiamkan diri, semua Naib Presiden langsung tidak nampak apa yang mereka perlu lakukan kerana mereka merasakan yang menegur dan berusaha untuk menganjak dan mengalih kepimpinan Najib kerana takut kehilangan apa yang mereka nikmati.

Pendeknya tidak seorang pun dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti berani memberikan nasihat dan menegur pucuk pimpinan sedangkan itu adalah tanggungjawab mereka untuk melakukannya. Akhirnya seluruh barisan pimpinan tertinggi UMNO dan BN hanya membisu tetapi tidak pula menahan diri mereka dari mengumpat pucuk pimpinan mereka di belakang PM yang paling 'controversial' dalam sejarah negara.

Dalam lain perkataan seluruh pimpinan tertinggi UMNO terutamanya, tidak boleh diyakini mampu untuk bertindak dengan penuh tanggungjawab. Mereka semua hanya berbuat tidak tahu sahaja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan membiarkan sahaja perkara yang menderitakan rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Justeru UMNO itu sendiri dijadikan benteng untuk melindungi semua kegiatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pimpinan-pimpinan parti itu.

Sepatutnya UMNO menjadi pelindung kepada rakyat serta mempastikan pimpinan mereka tidak berlaku sumbang terhadap rakyat lebih-lebih lagi kepada bangsanya sendiri. Kita tidak dapat bayangkan betapa tidak bertanggungjawabnya UMNO terhadap bangsa Melayu itu sendiri kerana menyebabkan bangsanya dipandang rendah oleh bangsa-bangsa lain sehinggakan tidak lagi ada di kalangan barisan pemimpin tertingginya untuk mengembalikan kredibiliti bangsa kita sendiri.. Malahan pimpinan UMNO merupakan penyumbang terhadap kejatuhan tahap persepsi bangsa lain dan masyarakat antarabangsa di dunia ini terhadap orang Melayu.

Semua pimpinan kita berimejkan rasuah dan stigma ini tidak dapat dibuang lagi. UMNO itu rasuah, rasuah itu UMNO. Begitu lah persepsi rakyat terhadap parti itu. UMNO sedang menghadapi krisis keyakinan di tahap yang terendah sekarang ini. Berbagai-bagai persepsi yang ada kepada UMNO itu kini. UMNO dikaitkan dengan rasuah, jenayah yang berbagai-bagai dan salah guna kuasa yang tidak terbendung, malahan segala-gala yang buruk itu ada kepada UMNO.

Kita tidak tahu sama ada Najib sedar atau pun tidak yang kata-kata beliau serta barisan rakan pimpinan beliau sentiasa dipandang remeh oleh masyarakat negara ini termasuk bangsa Melayu yang sedar tentang keadaan kepimpinan dan negara kita kini. Kata-kata pucuk pimpinan kita sentiasa diremehkan oleh rakyat kerana tahap persepsi rakyat terhadap kepimpinan UMNO adalah yang terendah dalam sejarah merdeka kita.

Kita masih tertunggu-tunggu jawapan kepada masalah yang rakyat hadapi. Isu terhadap kerajaan sekarang terlalu banyak sehinggakan tidak dapat dibariskan dalam masa yang singkat jika hendak diingat dan selesaikan. Negara telah diabaikan oleh pimpinan yang memerintah hari ini dan rakyat yang ada sekarang ini terpaksa memberikan sokongan kepada pihak lain yang belum tentu boleh memberikan penyelesaiannya. Rakyat sudah sampai ke tahap tidak berdaya untuk menahan ragam dan sikap pimpinan kita terutamanya pucuk pimpinan di atas dan ramai di antara mereka memberikan sokongan kepada pihak pembangkang walaupun kita melihat pembangkang sendiri sedang menghadapi kecelaruan dalam parti masing-masing.

Hanya PAS nampaknya yang agak tenang dan PAS boleh menjadi penyejuk kepada perasaan panas yang dihadapi oleh rakyat di atas perlakuan pucuk pimpinan dan penyokongnya di dalam kabinet itu.

Kita memahami hakikat yang politik negara ini banyak ditentukan orang Melayu dan jika ada pihak-pihak yang cuba untuk berbohong kepada orang Melayu dengan berbagai-bagai retorik kosong mereka akan gagal untuk menarik perhatian mereka. Saya bermaksud jangan sekali-kali membohongi orang Melayu kali ini kerana orang Melayu sudah terlalu jemu dibohongi oleh parti mereka sendiri. Jika selama ini Melayu dikatakan mudah dibohongi kali ini mereka dirasakan tidak lagi mahu suapkan dengan retorik dan slogan kosong yang mereka sudah mual mendengarnya.

Nafsu Najib masih kuat untuk terus memegang kuasa, tetapi tidak bertenaga lagi. Sudah sampai masanya beliau mengangkat tangan dan mengakui yang beliau tidak berkemampuan untuk mentadbir negara ini. Semua yang dilakukannya gagal dan tidak selesai. Bak kata orang Negeri Sembilan, 'ghoso eh ado, tapi kojo tak siap'…..yang bermaksud. 'he has the urge and will, but with no more power'. Tidak ada kerja yang akan siap dan sempurna dilakukannya.

Hasilnya, oleh kerana beliau masih berada di kerusi itu beliau dikelilingi oleh ahli-ahli penasihat dan kabinet yang lemah sehinggakan tidak ada siapa yang boleh mengambil alih tugas beliau kerana seluruh anggota kabinet adalah dari acuan yang sama.

Gantilah Najib dengan salah seorang dari kabinet yang ada, keadaan akan serupa sahaja keadaannya, malahan mungkin lebih buruk lagi. Itulah dilema ahli-ahli UMNO sebenarnya, tetapi yang mana sudah sedar mereka tidak lagi bergiat dan memberikan sokongan kepada PAS dan mana-mana NGO yang lain.

Semua yang Najib rancang tiada apa yang berhasil. Beliau pun tidak faham apa yang beliau rancangkan kerana beliau hanya bergantung kepada nasihat PEMANDU yang tidak berfaedah dan beliau sendiri pula tidak faham apa yang dinasihatkan itu. Negara akan terus berpecah belah kerana kelemahan kepimpinan ini. Berbagai-bagai persepsi buruk yang lain yang dianggap oleh pimpinan seperti tiada apa yang berlaku.

Jenayah di sana sini. Rompakan harta rakyat berlaku sepanjang masa tetapi tidak pula terjumpa pesalahnya walaupun mereka berkeliaran di depan mata kita sepanjang masa. Yang dibunuh tiada pembelaan kerana yang membunuh dilindungi oleh kuasa yang ada di tangan mereka. Tetapi orang dan kumpulan yang sama yang mengaku hendak mempertahankan agama Islam. Islam apa yang mereka pertahankan kita pun tak tahu.

Najib tidak sepatutnya dibawa ke dalam politik negara dari awal lagi. Beliau layaknya duduk bersembang dengan saya dan yang lain yang tidak berkepimpinan ini di warung-warung dan kedai kopi minum teh tarik kalau malas hendak ke masjid. Tetapi malangnya kita berikan tanggungjawab besar negara kepada beliau dan kita minta beliau melakukan transformasi dan berbagai lagi. Kita telah memberikan tugas menjaga negara kepada yang tidak ahlinya.

Itu sebabnya semua program transformasi perancangan Najib terhempas sebelum terbang (crash before taking off). - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Media Sosial: Sembang Internet haram?

Posted: 16 Jan 2014 05:33 AM PST


Oleh SUHAIMI EMBONG


Ketika melihat dari jauh muka depah BH khamis, 9 Januari, 2014 saya menjadi terkejut bila melihat tajuk utama "Sembeng Internet haram" dengan tajuk kecil bukan mahram 'chatting' di media sosial disamping dua quote; pemimpin  Iran, Ayotollah Ali Khamenei keluar fatwa di laman web dan Mufti Pahang, Pulau Pinang mahu fatwa diwarta cegah penularan kegiatan bertentangan Islam.

Apabila dibaca berita berkenaan pada mukasurat 10, apa yang difatwakan oleh pemimpin Iran tersebut, perbualan atau bersembang di media sosial antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram kerana boleh mendorong perbuatan maksiat.

Fatwa tersebut disokong  Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, yang menurut mereka perbualan bukan muhrim menerusi media sosial tanpa batasan hingga mendorong perlakuan maksiat adalah haram.

Pada saya  beginilah cara media mensensasikan sesuatu isu kerana kerana umumnya media sosial atau media baru hukumnya adalah harus. Tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan facebook, twitter dan lain-lain media sosial kerana ia mesti dimanfaatkan untuk menyampaikan mesej Islam yang interaktif secara kreatif dan inovatif secara tepat dan ringkas.

Media Sosial atau Media Baru?

Media Baru merupakan perkembangan baru daripada media-media yang telah digunakan manusia. Internet telah menghubungkan komputer dan berbagai akses ke data yang ada di komputer masing-masing seluruh dunia untuk saling berkomunikasi secara atas talian secara online. Pertemuan antara media cetak dengan komputer dan jaringan internet membuat kita mengenal apa yang dinamakan dengan media on-line atau media baru.

Media baru merupakan sebuah terminologi untuk menjelaskan gabungan antara pengkomputeran dan teknologi komunikasi elektronik/digital serta terhubung ke dalam jaringan (network, khususnya internet dan World Wide Web (WWW).

Media Baru adalah media yang memiliki tiga sifat utama iaitu integrasi, interaktif dan digital. Kemunculan media baru memberi impak yang besar terhadap kehidupan manusia kerana ia adalah 'teknologi informasi tanpa sempadan'.

Perkembangan media ini mendapat tanggapan yang pelbagai, ada yang positif dan ada yang negatif.  Media Baru secara langsung telah mengubah pola kehidupan masyarakat, budaya, cara berfikir dan hampir segala aspek dalam kehidupan manusia terutama dikalangan Gen X (dilahirkan antara 1965-1976), Gen Y (dilahirkan antara 1977-1997) dan Gen Z (dilahirkan mulai 1998).

Sementara itu, media baru ini kerap kali juga dirujuk sebagai media sosial, yakni sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Jaringan sosial terbesar antara lain Myspace, Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain.

Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit.

Pengendali laman sosial fitnah isu Giat Mara akan disaman

Posted: 16 Jan 2014 05:26 AM PST

Oleh: Lizawati Madfa


SELAYANG  : Blogger dan pengendali laman sosial 'Facebook' pro Umno diminta untuk menarik balik kenyataan fitnah berhubung isu penutupan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA Selayang atau terpaksa berdepan tindakan saman.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong, berkata kenyataan yang dikeluarkan kedua-dua pihak yang mengaitkan dirinya dengan penutupan pusat latihan berkenaan adalah tidak benar sama sekali serta bersifat jahat.

IMG_1066a

Jelasnya, sebagai ahli parlimen, beliau tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan Pusat Latihan Kemahiran Giat MARA yang didirikan di atas tanah milik Kerajaan Negeri.

"Saya tidak mengetahui mengenai isu ini sehingga ianya dikeluarkan di media massa, lalu saya menghubungi Exco Negeri untuk penjelasan.

"Apa yang berlaku ialah keadaan pusat latihan ini didapati tidak memuaskan oleh penilaian 'Task Force' yang ditubuhkan Kerajaan Negeri, kerana itu notis dikeluarkan," kata William dalam satu sidang media di pejabatnya di sini.

Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-duanya iaitu blogger 'Pahangku Media' dan pengendali laman 'Facebook' Boikot Barangan Cina DAP untuk menarik balik kenyataan fitnah itu.

IMG_1050a"Kami kini dalam proses mencari mereka yang terlibat dengan kedua-dua laman sosial ini, kemudian kami akan hantar surat peguam secara rasmi untuk mereka menarik balik kenyataan.

"Sekiranya selepas tempoh tujuh hari dari tarikh surat dikeluarkan mereka gagal untuk berbuat demikian, maka mereka perlu berdepan tindakan saman daripada saya," kata William.

Antara lain, melalui blog Pahangku Media yang boleh dilayari di www.pahangku.com, William dikatakan bersetuju bersama anggota Exco DAP untuk meroboh pusat latihan berkenaan bagi membina kondominium bersaiz kecil di atas tapak itu.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pihak Kerajaan Negeri bersedia menimbang kembali keputusan sebelum ini sekiranya pihak pentadbiran menambah baik bangunan sedia ada serta mempertingkatkan kursus dan program latihan.EZY

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik 2014 & Sektor Swasta Perlu Semakan! Serap Lonjakan Harga Barang, Kos Sara Hidup + GST!

Posted: 16 Jan 2014 05:18 AM PST

 

gaji 2014 naik
Tuntutan Gaji Kakitangan Awam Naik (KLIK SINI) VS Gaji Sektor Swasta Naik (DI SINI)

Persoalannya sekarang, usaha kerajaan dalam tempoh sedekad yang lalu untuk naik gaji rakyat Malaysia masih ditakuk lama. Faktanya, Malaysia antara yang terkebelakang melibatkan kenaikan gaji rakyat Malaysia jika dibandingkan dnegan Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura jauh sekali untuk dibandingkan.

Bagi tempoh 10 tahun yang terkahir berdasarkan laporan Bank Dunia, Pertumbuhan gaji rakyat Malaysia hanyalah berada di sekitar 2.6% setiap tahun. Inflasi?

Inflasi pun berada di antara 2%-3%. Maknanya….dengan kenaikan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini ditambah dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga dan kos serta tidak lupa juga pengenalan pada angka mendadak iaitu 6% bakal memberikan impak besar untuk rakyat Malaysia boleh membuat simpanan bersih setiap bulan selepas ini.

Sebenarnya kerajaan Malaysia mempunyai pengaruh besar untuk menetapkan paras gaji rakyat Malaysia baik di gaji kakitangan awam ataupun gaji kakitangan swasta yang melibatkan 3 aspek. Apa dianya 3 aspek tersebut?

Semakan Gaji Kakitangan Awam VS Tangga Gaji Sektor Swasta

gaji kakitangan awam1) Pertama, Tangga gaji & skim gaji kakitangan awam ditentukan oleh kerajaan. Kakitangan awam adalah merupakan kumpulan pekerja yang begitu besar dalam tenaga buruh di Malaysia. Oleh itu tangga gaji kakitangan awam akan sentiasa menjadi rujukan dan penanda aras bagi tangga gaji kakitangan swasta sepertimana yang diamalkan selama ini oleh kalangan industri & majikan.

Apabila syarikat membuat "benchmarking" samada gaji yang bakal mereka tawarkan kepada pekerja mereka berpatutan atau tidak, mereka sebenarnya akan merujuk kepada kumpulan terbesar pekerja yang cukup berpengaruh di Malaysia iaitu gaji kakitangan awam. Jikalau gaji kakitangan awam rendah, syarikat pun akan ikut sama. Begitulah sebaliknya apa yang berlaku di Malaysia hari ini.
"What you set for civil servants definately becomes comparative benchmarking to the private sector"
Jadi, kerajaan mempunyai pengaruh untuk naik gaji rakyat Malaysia dengan cara memberikan kenaikan gaji kakitangan awam naik. Tetapi janganlah naik gaji Ketua Setiusaha Negara (KSN), naik gaji golongan bawahan ini. Jangan naik di atas sana.
Oleh itu semakan semula tangga gaji & skim gaji kakitangan awam memberikan pengaruh gaji keseluruhan pekerja di Malaysia. Setuju? Seterusnya…

Semakan Jumlah Tenaga Buruh Asing Murah di Malaysia

2) Kedua, kerajaan perlu membuat semakan semula beberapa dasar yang menyebabkan gaji pekerja swasta terus rendah kerana dasar buruh kerajaan Malaysia yang terlalu bergantung kepada buruh asing yang murah.

Ini polisi lapuk yang diamalkan kerajaan Malaysia selama temph 3,4 dekad selama ini yang sebenarnya menganiaya rakyat Malaysia dan ekonomi Malaysia. Apa sektor perladangan, pembinaan dan sekarang di sekarang di beberapa industri perkhidmatan lain terlalu bergantung kepada pekerja asing pastinya ia akan menekan gaji minimum di malaysia. Sebab?

Anda cuba bayangkan jikalau sesebuah industri itu boleh bayar RM500 untuk satu bulan, mereka akan boleh bayar dengan mudah. Nah…inilah yang menjadi sebab & faktor tahap gaji rakyat malaysia semakin ke bawah dan ke bawah. Ini adalah satu kitaran sumber manusia yang sangat tidak baik kepada ekonomi Malaysia kerana industri akan terus mahu bergantung kepada pekerja asing bagi mengelakkan menggunakan pekerj tempatan yang lebih tinggi.

Semakan Kos Tenaga Buruh Kepada Malaysia

3) Ketiga, kerajan juga perlu menimbangkan semula terhadap pelbagai kos buruh yang dikenakan kepada majikan, yuran, levi, visa, kena buat permohonan, jikalau 6P kena daftar setiap seorang, semua ini adalah kos kepada majikan. Apa kos yang perlu dibayar untuk tenaga buruh itu tinggi, ia akan menyebabkan gaji yang dibayar kepada pekerja adalah lebih rendah. Contohnya, sepatutnya dibayar gaji RM1,500 kepada pekerja tetapi disebabkan pelbagai kos yang dikenakan kepada majikan menyebabkan RM300-RM400 diberikan kepada pekerja terpaksa diberikan kepada kerajaan. Akhirnya pekerja akan dapat hanya antara RM1,100 – RM1,200.

Sebenarnya industri begitu sensitif kepada kos (pendaftaran, peraturan, yuran, levi) yang dikenakan kepada tenaga buruh mereka.

Gaji Baru Naik 2014
Luahan Siti Hajar Aladin kepada Najib Razak : KLIK SINI
Oleh itu, Berita Semasa merasakan sudah tiba masanya gaji rakyat di Malaysia naik kepa paras yang lebih munasabah bagi membolehkan rakyat Malaysia terus menyerap tekanan kso sara hidup dan pengenalan GST tidak lama lagi. Jikalau tidak dilakukan daripada sekarang, rakyat Malaysia tidak akan lebihan tunai utnuk berbelanja, ini tidak baik untuk industri terus bergerak & juga ekonomi Malaysia.
"Apa kuasa beli rakyat bertambah, maknanya ekonomi akan terus berkembang dengan baik"
Gaji rakyat Malaysia perlu naik, jika tidak…rakyat malaysia seperti kami, kita, anda, anda di sini akan terus terperangkap dengan masalah lonjakan kenaikan harga barang & kos sara hidup yang tidak dapat ditampung dengan kenaikan gaji

P/S : Gaji minimum kebanyakan negara sudah pun melaksanakannya. Kata pakar ekonomi dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Amir Hussin Baharuddin kalau gaji minima di Amerika US$8 sejam, kalau di UK 6 pound sterling sejam manakala di Malaysia jikalau diambil kira paras RM900 sebulan (sehari ada RM30, satu jam hanya RM3.75). Katanya gaji minimum di malaysia kita tidak menarik, sangat rendah dan perlu dikaji.

PP/S : Prof Dr Amir Hussin Baharuddin mengatakan jangan dimarah harga naik, cuma yang naik boleh dikawal itu berbeza dengan yang naik dibiarkan. Cara kawal? Contohnya masalah di malaysia persaingan tidak berapa ada, terlalu banyak monopoli, masalah akaundibiliti dan kurang penguatkuasaan.

Tarik Balik Saman Bukti UMNO Amal Demokrasi Sebenar ?

Posted: 16 Jan 2014 05:10 AM PST


Oleh Shahbudin Husin


Dalam mingggu ini UMNO telah menarik balik dua kes saman mahkamahnya. Yang pertama, saman terhadap Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berhubung isu Lahad Datu dan yang kedua, saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali berkaitan penyebaran video seks yang dikaitkan dengan pemimpin Pas tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa kecewa dan marah atas tindakan UMNO menarik balik kedua-dua saman yang seolah-olah memperlihatkan UMNO berjiwa kecil dan pengecut dalam menegakkan kebenaran dan berhujah di mahkamah.

Saman-saman sudah menjadi perkara biasa sekarang ini dan pemimpin PR juga sering mengemukakan saman terhadap UMNO, pemimpinnya atau akhbar yang dimiliki UMNO. Tetapi dalam setiap saman yang mereka failkan, mereka akan bertahan dengan pendirian yang dipegang sampai ke titisan darah yang terakhir.

Sementara banyak kes yang dimenangi oleh mereka, namun jika kalah pula, mereka akan merayu lagi ke peringkat mahkamah yang lebih tinggi. Semua ini memperlihatkan kekentalan jiwa perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

Apabila UMNO menarik balik kedua-dua saman itu, bukan saja ramai yang marah dan kecewa malah melihat ianya sebagai tanda UMNO sudah semakin luntur jiwa perjuangannya, sedangkan sebelum ini begitu berdegar-degar dan bersemangat memfailkan kes di mahkamah.

Bagaimanapun bagi Ahli MT UMNO yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Razali Ibrahim tindakan menarik balik saman itu membuktikan UMNO mengamalkan demokrasi sebenar.

Malah dalam hujahnya, beliau berkata, kedua-dua pemimpin PKR dan Pas yang ditarik balik samannya itu sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan dan pemaaf yang diamalkan oleh UMNO.

Hahahaha...masuk akalkah alasan Razali ini?

Dalam menegakkan perjuangan dan kebenaran, apatah sebagai parti politik yang masing-masing sedang berusaha meraih sokongan dah kepercayaan rakyat, hujah beliau ini bukan saja dangkal dan tidak masuk akal, malah kelihaan amat lembik seperti kangkung yang baru direbus.

Menarik balik saman terhadap parti lawan lebih memperlihatkan sikap pengecut, berjiwa kecil dan tidak yakin dengan kebenaran yang sebelum ini mahu dipertahankan. Ini jelas merupakan tindakan yang merendahkan lagi martabat UMNO dan menjadikan ia semakin kurang diyakini oleh penyokongnya sendiri.

Pihak lawan dan rakyat pula lebih melihat sebagai kebenaran telah berpihak kepada Tian Chua dan Mustaffa Ali. Ia juga sekaligus akan menjadikan PKR dan Pas lebih dipandang tinggi oleh rakyat.

Kepada Razali, beliau sepatutnya berani menyuarakan bantahan terhadap tindakan UMNO menarik balik saman itu kerana itulah sebenarnya keluh kesah dan rungutan ahli-ahli di peringkat akar umbi.
Tindakan memuji langkah menarik balik saman itu hanya membuktikan hujahnya sekadar bertaraf kangkung saja.

Selepas Najib dikangkungkan, rupa-rupanya ada lagi yang memilih untuk menjadi kangkung dalam UMNO

Pengguna internet di Malaysia kecoh artikel kangkung BBC gagal diakses

Posted: 16 Jan 2014 05:00 AM PST

OLEH SYAHIRAH RASHID

Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.Kenyataan Najib berkenaan penurunan harga kangkung menjadi viral di internet. Gambar fail.































Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel "kangkung" dalam laman berita antarabangsa, BBC.

Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.

Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.

Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"

Satu lagi pengguna Twitter dengan gelaran @AshgailYu menyifatkan langkah ini sebagai sangat "menyedihkan".

Pengguna Twitter @steventsh pula memerli kerajaan Najib dengan sindiran "ianya akan menyelesaikan segala masalah" merujuk kepada langkah kerajaan untuk menghalang artikel itu.

Bagaimanapun, pengguna internet masih boleh membaca artikel itu melalui laman Google Search dengan menekan "Cached" di simbol "tekan bawah" bersebelahan URL artikel tersebut.

Rakyat kini sering merungut tentang kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik, minyak petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasakan April 2015.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuat naik ke laman video Youtube dan mendapat tontonan ramai rakyat yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Artikel itu bagaimanapun telah dihalang di internet Malaysia atas sebab yang masih belum diketahui.

Penyingkiran Azmin dalam PKNS tidak sah, kata Anwar

Posted: 16 Jan 2014 04:56 AM PST

OLEH MD IZWAN





Penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan penyingkiran Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah tidak sah yang sekaligus melambangkan sokongan padu beliau terhadap pengikut setianya itu dalam mengkritik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguruskan ekonomi Selangor.

Ketua pembangkang tersebut berkata, proses tidak melantik semula Azmin sebagai lembaga pengarah dalam PKNS tidak melalui proses dan prosedur yang sepatutnya.

"Pengurus besar tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana lembaga pengarah, mengikut peraturan ia tidak boleh berlaku.

"Keputusan hanya boleh dibuat oleh oleh Exco dan Menteri Besar. Oleh itu, pendirian saya kekal iaitu Azmin masih lembaga pengarah dalam PKNS," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Dalam mempertahankan Azmin, Anwar menyifatkan tiada alasan munasabah untuk menyingkirkan Azmin daripada lembaga pengarah kerana rekodnya yang baik sepanjang menerajui anak syarikat negeri Selangor.

"Tak ada alasan yang munasabah untuk gugurkan YB Azmin," kata Anwar lagi.

Azmin yang turut hadir dalam sidang media sama bagaimanapun enggan mengulas lanjut kemelut terbaru tersebut dan berkata pendiriannya sama dengan Anwar.

"Pendirian saya sama seperti yang Datuk Seri cakap tadi," kata Azmin apabila diminta mengulas mengenai penyingkiran tersebut.

Menurut Anwar lagi, keputusan tersebut juga dibuat tanpa sebarang persetujuan bersama dan tanpa merujuk kepimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

"Ya, apa yang saya cuba katakan ialah tidak ada orang yang menyokong penyingkiran Azmin.
"Jadi, Azmin masih sah sebagai lembaga sehingga tempoh akhirnya pada tahun 2015," katanya lagi.

PKNS merupakan konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.

Azmin yang timbalan presiden PKR sebelum ini telah mengesahkan tidak disambung lagi sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Azmin dan Menteri Besar negeri Selangor,  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sememangnya diketahui berbeza pandangan dalam banyak perkara.

Malah pelantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar bagi penggal kedua juga tidak disenangi PKR Selangor yang dipimpin oleh Azmin.

Semalam, Abdul Khalid mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan oleh pihak pengurusan PKNS sendiri dan bukan olehnya.

Bagaimanapun PKNS hari ini menyanggah kenyataan Abdul Khalid tersebut.

Dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh  Setiausaha Kerja PKNS, Hajjah Norita Mohd Sidek memaklumkan, surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Menurut kenyataan PKNS yang diterima The Malaysian Insider, Hajjah Norita berkata, "PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS."

Ia bertentangan sekali dengan kenyataan dibuat Khalid semalam yang memaklumkan pihak pengurusan PKNS yang menamatkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS. 

Wartawan Harakah Patah Peha Dirempuh Kereta

Posted: 16 Jan 2014 04:53 AM PST

 MSTAR ONLINE

 
KUALA TERENGGANU: Wartawan Harakah, Khairul Azlam Mohamad, patah peha kiri selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah kereta di Gong Badak pada Khamis.

Nahas itu berlaku pada kira-kira 9.10 malam ketika Khairul Azlam, 42, yang menunggang motosikal, dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat di Tok Jembal.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Isteri mangsa, Wan Sabariah Wan Musa, berkata Khairul Azlam keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk ke mesyuarat dan tidak lama selepas itu, beliau dimaklumkan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan.

"Saya tidak sangka insiden ini menimpa suami tidak sampai 10 minit dia keluar dari rumah, namun saya redha," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Wartawan Terengganu Ayob Mamat dan beberapa wartawan akhbar nasional meluangkan masa melawat mangsa di hospital petang ini. BERNAMA

Senyap dalam isu besar, Kabinet tidak sokong punca Najib dilihat lemah, kata penganalisis

Posted: 16 Jan 2014 04:40 AM PST

OLEH LEE SHI-IAN DAN EILEEN NG




























Sikap memekakkan telinga Datuk Seri Najib Razak mengenai isu-isu utama ditambah pula dengan Kabinet yang tidak memberikan sokongan padu dilihat antara sebab utama mengapa Perdana Menteri dilihat sebagai lemah dan tidak berkuasa, kata penganalisis politik.

Ini diburukkan lagi oleh tiadanya  pendirian tegas dalam  menangani isu-isu yang sedang panas termasuk agama dan kaum serta pengurusan ekonomi yang sedang menyelubungi negara ini, kata penganalisis politik.

Mereka juga menegaskan, tidak ingat bilakah lagi seorang perdana menteri pernah menghadapi cemuhan daripada orang ramai sedemikian rupa selain yang dihadapi Najib sekarang.

Ini jelas digambarkan apabila Najib bercakap sesuatu perkara, menterinya sendiri kemudian akan menyangkalnya, kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan (gambar).

Paling teruk, apabila Najib terus berdiam diri dan bukan menangani dengan kenyataan tegas, katanya.

Beliau mengambil kes Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai contoh, Wan Saiful berkata Najib yang berjanji untuk memansuhkannya di samping undang-undang pencegahan zalim yang lain semasa beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

"ISA telah dimansuhkan pada tahun 2012 tetapi kini terdapat pihak-pihak tertentu yang menyeru untuk ia diperkenalkan semula termasuk ketua polis negara.

"Daripada berdiri secara kolektif sebagai satu suara, Kabinet Najib seolah-olah berpecah kepada empat. Setiap orang mempunyai pendapat mereka tersendiri.

"Oleh itu, orang ramai mempunyai persepsi Najib lemah kerana katanya Najib tidak dilihat mempunyai kata putus," Wan Saiful memberitahu The Malaysian Insider.

Dalam menghadapi cabaran sebegini, Wan Saiful berkata Najib perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli Kabinet yang berbeza pendapat dengannya atau kerajaan.

"Pada dasarnya seluruh Kabinet perlu berenang atau tenggelam bersama-sama, ia tidak seharusnya menjadi kes setiap orang orang ada hak masing-masing.

"Kedua-dua Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mesti bertanggungjawab terhadap kelemahan mereka dan membetulkannya segera."

Profesor James Chin, seorang penganalisis politik dengan Universiti Monash Malaysiaa percaya bahawa apa yang berlaku kepada Najib sekarang adalah sebahagian daripada kempen dalam partinya untuk menyingkirkan beliau.

Ini jelas digambarkan dalam blog-blog pro-Umno yang meminta beliau meletakkan jawatan dan cadangan agar perdana menteri yang paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya dan memainkan peranan untuk mengekang isu-isu yang sedang membara sekarang.

"Mereka tahu Najib tidak dapat memastikan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan rasa tidak puas hati terhadap gaya hidup dia dan cara isterinya berbelanja mewah, serta pertikaian agama dalam penggunaan perkataan Allah," katanya.

Sikap Najib yang lebih suka berdiam diri dalam isu panas dan bukannya berbincang dengan mereka secara intelektual telah memakan dirinya, kata penganalisis politik Universiti Malaysia Sarawak Dr Arnold Puyok.

"Menjadi senyap dan tidak mempertahankan diri bukan cara yang betul untuk Najib. Rakyat Malaysia mahu penjelasan berwibawa dan bukan alasan yang lemah."

Merujuk kepada analogi kangkung Najib yang telah diejek dan menjadi viral dalam laman sosial Arnold berkata, perdana menteri mungkin tidak mahu menyinggung perasaan orang ramai, tetapi  pilihan perkataan beliau telah menjadikan beliau bahan ejekan.

Usaha Najib menjawab isu kenaikan harga barangan dengan menggunakan penurunan harga kangkung sebagai contoh telah menjadi bahan ketawa, sindiran dan menjadi ikutan pada media sosial.

"Najib sepatutnya membuat penjelasan bahawa dalam keadaan sekarang, Putrajaya tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menaikkan harga barang-barang tertentu.

"Lebih penting lagi, kenaikan harga yang sepatutnya setimpal dengan pembaharuan dalam sistem ekonomi Putrajaya dan kredibiliti pentadbirannya," kata Arnold.

Wan Saiful berkata kenyataan sebenar Najib tentang kangkung agak wajar bagaimanapun Putrajaya tidak mendapat kredit yang cukup daripada orang ramai.

"Apabila kerajaan campur tangan untuk mengekalkan harga rendah, ia diambil mudah oleh rakyat tetapi apabila subsidi dipotong atau dihentikan, ia mencetuskan kemarahan rakyat," kata Wan Saiful.

"Agak malang bahawa Najib memutuskan untuk menggunakan kangkung sebagai contoh ketika rakyat sudah bergelut untuk terus hidup."

Portal serantau Asia, Asia Sentinel berkata Najib kini berada di bawah kepungan dan disifatkan sebagai perdana menteri Malaysia paling lemah yang terpaksa bertahan.

Portal yang berpangkalan di Hong Kong itu memetik seorang ahli perniagaan Melayu sebagai berkata Najib diserang oleh rakyat Malaysia kerana kekecewaan mereka terhadap gaya hidup dan perbelanjaan mewah beliau.

"Najib adalah perdana menteri Malaysia yang paling lemah," ahli perniagaan itu memberitahu Asia Sentinel, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Asia Sentinel melaporkan bahawa Najib tidak popular apabila beliau memotong subsidi gula, menaikkan tarif elektrik dan lain-lain barangan dan perkhidmatan menyebabkan orang ramai marah.

CSL Nyatakan Rasa Tidak Gembira Lantikan Jawatan Dalam Parti Tidak Ikut Pelan Damai

Posted: 16 Jan 2014 04:23 AM PST

MSTAR ONLINE


PETALING JAYA: Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menzahirkan perasaan tidak gembiranya kepada para wartawan pada Khamis kerana tujuh jawatan termasuk setiausaha agung parti itu dilantik tidak mengikut persetujuan pelan perdamaian antaranya dengan presiden sekarang, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kata Dr Chua, selain jawatan setiausaha agung yang sepatutnya diberikan kepada penyokongnya, lain-lain jawatan yang tidak dilantik di kalangan pengikutnya ialah tiga jawatan lantikan ahli jawatankuasa pusat dan tiga pengerusi negeri.

Dr Chua menegaskan, ketujuh-tujuh jawatan yang disebutnya itu terkandung di dalam persetujuan bersama pelan perdamaian antaranya dengan Liow sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung MCA 21 Disember lalu.

Pelan perdamaian itu membuka laluan kepada Liow untuk bertanding jawatan presiden tanpa Dr Chua mempertahankan jawatannya selaku presiden.

Menurut Dr Chua lagi, dokumen perjanjian damai itu telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Liow serta disaksikan oleh saksi-saksi yang berwibawa pada 28 November lalu.

Liow yang kemudiannya memenangi jawatan presiden telah mengumumkan pelantikan jawatan-jawatan penting dalam parti pada 2 Januari baru-baru ini yang antara lain menyaksikan pelantikan Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang merupakan bukan penyokong Dr Chua, sebagai setiausaha agung.

Dr Chua kemudiannya menunjukkan salinan perjanjian damai tersebut kepada para wartawan yang menghadiri sidang akhbarnya itu.

Tegasnya, perjanjian damai itu dibuat demi kebaikan dan masa depan parti.

Ketika pemilihan parti berlangsung pada 21 Disember tahun lalu, sebelas calon dari pasukan Dr Chua menang manakala 10 lagi dari pasukan Liow turut menang kerusi jawatankuasa pusat.

Serah Bible yang dirampas, kata Anwar kesal Umno pertahan Allah tetapi amal rasuah

Posted: 16 Jan 2014 04:19 AM PST

OLEH MD IZWAN





Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) tidak bersetuju dengan cara Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan mahu Bible yang dirampas diserahkan balik.

"Serahkan ia kembali," kata Anwar dalam sidang medianya hari ini merujuk kepada lebih 300 naskah Bible dalam Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas dalam serbuan itu,

Anwar tidak mempersoalkan kuasa yang dimiliki badan agama tersebut sebaliknya menegaskan serbuan tersebut sebagai tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama di Malaysia.
 "Saya tidak persoal tugas Jais untuk menyoal, menyiasat ataupun memanggil individu untuk memberi penjelasan.

"Apa yang saya pertikaikan adalah kaedah yang diambil dalam menangani isu tersebut yang tidak menjaga sensitiviti," terangnya lagi.

Namun Anwar dengan tegas mengkritik Umno yang hanya bersungguh mempertahankan nama Allah tetapi melanggar segala larangan Allah termasuk mengamalkan rasuah.

"Bagi saya untuk gunakan agama pada ketika kamu menyokong semua amalan rasuah, perkauman, ketakadilan, ketirisan bilion ringgit, tapi tiba-tiba kamu kata pertahankan Allah," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

"Pertahan Allah bermaksud pertahan keadilan, yakni makruf dan ketelusan dan bukan menyokong ketakadilan dan rasuah," tambahnya lagi.

Anwar juga membidas sikap segelintir pemimpin yang mengganggap isu kalimah Allah adalah ancaman pihak Kristian yang bertujuan untuk memurtadkan penganut Muslim di Malaysia.

"Wujud kempen besar-besaran oleh Umno menuduh Anwar dan Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kononnya sah dan mereka menyerahkan Allah kepada Kristian... ini adalah mengelirukan.

"Saya percaya jika kita meneruskan penerangan secara berkesan, kita boleh menyakinkan ramai Muslim bahawa perkara ini bukan ancaman dan bertentangan dengan kepercayaan mereka," terang Anwar lagi.

Anwar turut berkata pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam isu kalimah Allah kekal seperti yang diputuskan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi PR pada tahun lalu.

"Pendirian PR kekal seperti yang diputuskan sebelum ini," katanya lagi.

Pada 8 Januari 2013, PR mencapai pendirian penggunaan kalimah "Allah" boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan dan menegaskan kalimah "Allah" tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Keputusan tersebut diumumkan Abdul Hadi selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Anwar.

Anwar juga menggesa supaya penjelasan mengenai isu penggunaan kalimah Allah dijelaskan sebaiknya bagi mengelak ia lebih serius.

"Kita perlu jelaskan ia tidak memberi kesan kepada akidah dan tidak memberi laluan kepada pihak mubaligh Kristian untuk mengelirukan Muslim dan kita perlu jelaskan ini kepada Muslim," tegasnya lagi.

Menjelang 2014, ketegangan semakin marak mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam apabila kumpulan Muslim bertegas mengatakan ia eksklusif untuk Islam.

Meskipun cendekiawan Islam antarabangsa menjelaskan bahawa terma itu boleh digunakan oleh sesiapa, pihak berkuasa agama di Malaysia bertindak secara negatif terhadap laporan gereja yang menggunakan perkataan Allah dalam upacara dan bahasa mereka untuk komuniti Kristian yang berbahasa Malaysia.

Pertelingkahan agama itu turut membangkitkan persoalan pengesahan penyelesaian  10-perkara yang diperkenalkan sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011, yang membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dicetak, diimport dan diedarkan di seluruh negara dengan beberapa syarat dikenakan untuk semenanjung.

Bagaimanapun, pengkritik mendakwa keseluruhan kontroversi itu adalah cubaan untuk mengalih perhatian daripada masalah ekonomi negara seperti peningkatan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi.

Kemelut penggunaan kalimah Allah bermula pada 2008 apabila Herald diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) daripada menggunakan perkataan Arab itu. Gereja Katolik kemudian mencabar larangan itu di mahkamah dan menang apabila Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 dalam keputusannya berkata, gereja secara perlembagaan berhak berbuat demikian.

Putrajaya kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu dan berjaya memusingkan keputusan awal apabila Mahkamah Rayuan pada Oktober lalu memutuskan bahawa "Allah bukan sebahagian daripada keimanan Kristian".

Penganut Kristian membentuk kira-kira 9% daripada 29 juta populasi Malaysia. Hampir dua pertiga penganut Kristian di Malaysia adalah Bumiputera dan kebanyakannya berada di Sabah dan Sarawak yang secara rutin menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa suku ketika mengamalkan agama, termasuk menggambarkanTuhan sebagai Allah dalam sembahyang dan kitab suci.

Selain Kristian Bumiputera dari Sabah dan Sarawak, sebahagian daripada mereka sudah berpindah ke Semenanjung untuk menetap atau bekerja, penganut Kristian di kalangan Orang Asli di semenanjung juga lazimnya menggunakan bahasa Malaysia untuk bersembahyang.

Tiada pembantu pendaftar politik untuk sekat penyokong Pakatan, kata DAP

Posted: 16 Jan 2014 04:14 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

Langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak akan melantik pembantu pendaftar  di kalangan parti politik adalah untuk mengurangkan undi penduduk bandar yang kebanyakannya penyokong Pakatan, kata ahli parlimen DAP.

Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming (gambar) berkata, langkah tersebut bukan sahaja menjejaskan jumlah undian untuk DAP tetapi juga untuk semua parti politik.

"Sebab yang diberikan untuk keputusan ini oleh SPR adalah bagi membolehkan mereka menyelaraskan proses dan peraturan pendaftaran pengundi baru.

"Ini tidak dapat diterima kerana ia akan menghentikan semua parti politik seperti DAP daripada menjalankan aktiviti pendaftaran pengundi di majlis-majlis kami.

"Malah, data sebelum ini mendapati bahawa Pakatan mempunyai rekod yang lebih baik dalam mendaftarkan pengundi baru berbanding BN," kata Ong dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah pada tahun 2010, Pakatan telah mendaftarkan sebanyak 107,050 pengundi baru manakala BN hanya mendaftarkan 59,351 pengundi baru di Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengatakan bahawa 13 daripada 15 kerusi parlimen Pakatan adalah bagi kawasan bandar.
"Sudah semestinya kami menyangka bahawa keputusan SPR itu dipengaruhi oleh latihan penyelarasan yang akan datang.

"Jika jumlah pengundi dari kawasan bandar meningkat selepas PRU13, terutama di kawasan Pakatan dengan bantuan pembantu pendaftar Pakatan, maka terdapat lebih tekanan untuk SPR menaikkan jumlah kerusi di kawasan tersebut," kata beliau.

Beliau juga menyarankan agar SPR bertindak menurut undang-undang seperti Seksyen 3(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk membendung pembantu pendaftar yang tidak bertanggungjawab dan mengambil rasuah.

Negeri-negeri yang akan lebih terjejas adalah Selangor dan Johor, di mana sebanyak lebih daripada tiga juta pengundi masih belum berdaftar.

DAP kini mempunyai lebih daripada 100 pembantu pendaftar di seluruh Malaysia yang tidak akan dapat menyambung status mereka disebabkan langkah SPR ini.

Krisis PKNS: MB akan panggil pengurus besar dan setiausaha syarikat PKNS

Posted: 16 Jan 2014 04:11 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER



























Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) akan memanggil pengurus besar dan setiausaha syarikat Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjelaskan apa yang berlaku dalam badan milik kerajaan negeri itu hingga melarat menjadi konflik.

Ini berikutan pelbagai kenyataan dan spekulasi yang timbul ekoran berita pemecatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dari PKNS.

Azmin sebelum ini mengesahkan beliau menerima surat beliau dipecat dari lembaga pengarah PKNS. Surat itu kemudiannya dikenalpasti sebagai surat yang dihantar oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

Semalam, selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Abdul Khalid berkata, Exco tidak pernah memecat Azmin.

"Keputusan (tidak sambung Azmin) dibuat oleh pengurus besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid ketika sidang media selepas mesyuarat Exco semalam.

Hari ini dalam sidang media bersama Azmin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pemecatan Azmin tidak sah kerana yang berkuasa adalah menteri besar dan Exco.

Ekoran itu, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataannya hari ini, kerajaan negeri mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu berhubung keahlian dan pengguguran ahli lembaga pengarah PKNS.

"Kita berpandangan bahawa kenyataan beliau itu mencerminkan sikap pemimpin yang berjiwa besar," kata Abdul Khalid.

Dengan mengambil kira kedudukan dan status beliau, menteri besar dan Exco merasakan perlu mempertimbangkan permintaan beliau sebelum membuat sebarang keputusan muktamad, katanya.

"Perlu ditegaskan Menteri Besar dan barisan Exco terikat kepada Enakmen PKNS dan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan sebarang kecacatan atau kesilapan yang berkaitan dengan perkara ini," katanya.

Kata Abdul Khalid, sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Exco, kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan.

Bagaimanapun tidak jelas, apakah yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS yang dinyatakan menteri besar itu.

Jika berdasarkan suratnya kepada Azmin, bermakna timbalan presiden PKR itu tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah PKNS.

Namun, kata Abdul Khalid, oleh kerana perkara ini bukan isu terdesak yang melibatkan kepentingan orang ramai, "Kerajaan negeri meminta rakyat supaya bersabar dan tidak mempercayai sebarang spekulasi sehingga keputusan Exco dibuat".

Roadshow kalimah Allah: Umno patut buat di Putrajaya, kata Ketua Penerangan PAS

Posted: 15 Jan 2014 04:35 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM


Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) hari ini menyelar rancangan Umno Selangor untuk mengadakan perhimpunan bersiri (roadshow) untuk mendidik umat Islam di negeri itu berkenaan undang-undang penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata, sebelum Umno Selangor ingin mengadakan roadshow tersebut, mereka perlu memahami keputusan Kabinet yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung isu kalimah Allah.

"Kalau mereka (Umno Selangor) nak buat roadshow, buatlah di Putrajaya di hadapan Kabinet atau jemaah menteri kerana mereka yang memutuskan ia dibenarkan untuk digunakan bagi Kristian Sabah dan Sawarak namun tidak di Semenanjung amat mengelirukan.

"Jadi mereka kena betul-betul faham apa yang diputuskan dalam kabinet mengenai isu tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Malah beliau juga turut menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang disifatkan telah mengelirukan bukan sahaja umat Islam bahkan masyarakat bukan Islam.

"Dalam hal ini semuanya keliru bukan sahaja Najib malah menteri-menterinya pun sama. Justeru, jika kalau Umno Selangor adakan roadshow maka buatlah di hadapan pejabat KDN," katanya.

Hari ini Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata sebanyak 30 roadshow dengan kerjasama  22 bahagian Umno di negeri itu akan diadakan bagi mendidik umat Islam mengenai Enakmen 1988 Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam), undang-undang yang melarang semua penganut bukan agama Islam menggunakan kalimah Allah dan 34 perkataan bahasa Arab yang lain di negeri ini.

Roadshow itu akan bermula malam ini di Sekinchan dan diikuti dengan Shah Alam pada 17 Januari dan Klang pada tarikh lain.

"Semuanya sudah dirancang dan terserah kepada setiap bahagian untuk memutuskan tempat dan tarikh. Ia lebih kepada ceramah untuk mendidik umat Islam dan bukan Islam mengapa penggunaan Allah dilarang bagi bukan Muslim di negeri ini.

"Kita mempunyai dua penceramah untuk setiap roadshow yang akan berbincang tentang isu ini daripada segi undang-undang dan agama," katanya.

Andrew menjadi sasaran kebencian oleh pelbagai kumpulan Muslim. Lebih 200 laporan polis dibuat terhadapnya termasuk oleh Umno Selangor dan kumpulan pejuang hak Islam meminta beliau menarik balik kenyataan itu.

Keadaan semakin teruk apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dua minggu lalu.

Jais merampas lebih 300 Bible dalam bahasa Melayu dan Iban dalam serbuan tersebut. Dua kakitangan PBM juga turut ditahan, namun dibebaskan pada petang yang sama.

Mahfuz sebelum ini dalam sidang medianya menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah kerana fatwanya sebelum ini bercanggah dengan kerajaan pusat.

Beliau mempersoalkan adakah pendirian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengikut Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988   merupakan pendirian betul atau keputusan kerajaan pusat melalui Kabinet yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak itu.

JK khas temui petunjuk baru isu seleweng balak Tekih

Posted: 15 Jan 2014 04:21 PM PST



HARAKAHDAILY 


ALOR SETAR:  Jawatankuasa Bertindak dan Mobilisasi Isu Kedah menemui petunjuk baru yang menguatkan lagi dakwaan berlaku penyelewengan balak di sepanjang lebuh raya Trans Eastern Kedah Interland Highway (TEKIH).

Dalam satu sidang media hari ini, jawatankuasa gabungan Dewan Pemuda PAS Kedah dan NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) itu mendakwa, konsesi pembalakan itu telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat Cina pada tahun 2006.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, bagaimanapun berlaku masalah sehingga syarikat tersebut dikatakan telah menyaman anak syarikat kerajaan negeri Bina Darul Aman Berhad (BDB).

BDB merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Kami dimaklumkan bahawa jumlah saman mencecah RM23 juta. Pihak BDB telah melantik peguam. Kes berjalan dan BDB yakin boleh memenangi kes ini.

"Sebaik sahaja kerajaan bertukar 2013, BN kembali menerajui Kedah, satu keputusan yang amat mengejutkan yang pada kami mengkhianati amanah telah dibuat.

"Kes telah diselesaikan di luar mahkamah dan berjuta ringgit dibayar (kepada syarikat berkenaan)," katanya.

Tambah beliau lagi, apa yang dipertikaikan,BDB bukanlah sebuah syarikat yang teras perniagaannya adalah pembalakan.

"Pihak kami difahamkan kebanyakan keputusan hanya diputuskan oleh Managing Director BDB tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah BDB," katanya.
.
Ekoran itu, Mohd Nasir berkata, piahknya akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM serta Suruhanjaya Sekuriti bagi membuat siasatan.

"Kita juga menuntut Bursa Malaysia memberikan respon isu ini kerana BDB adalah sebuah syarikat tersenarai.

"Kita juga menuntut Kerajaan Negeri Kedah melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)- pemegang saham terbesar; yang dipengerusikan oleh Menteri Besar memberi jawapan segera isu pembayaran ini.

"Jelaskan juga kenapa wakil PKNK di dalam BDB tidak menentang penyelesaian luar mahkamah sedangkan peluang menang adalah besar," katanya.

Kos hidup: Rakyat Malaysia berada di jurang kehancuran

Posted: 15 Jan 2014 04:20 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sedang berhadapan krisis peningkatan kos hidup setiap tahun yang sangat ketara dan memberi kesan kepada indeks kebahagiaan keluarga.

"Kerajaan Malaysia hari ini gagal menjadikan Malaysia negara berkebajikan dan hidayah tetapi menjadi negara 'jibayah' percukaian," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri kepada Harakahdaily.

Menurutnya, tiga perbelanjaan utama isi rumah menurut satu tinjauan meningkat pada tahun 2010 iaitu pertamanya utiliti, keduanya makanan dan ketiganya minuman termasuklah juga restoran dan hotel menunjukkan peningkatan yang ketara sebanyak dua digit.

Contohnya, kata beliau perbelanjaan isi rumah terhadap utiliti meningkat sebanyak 15.1%, manakala perbelanjaan terhadap makanan dan minuman tidak beralkohol meningkat sebanyak 13%.

Katanya lagi, pProgram rasionalisasi subsidi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hakikatnya tidak releven dengan perkembangan sosio ekonomi semasa.

"Daripada pemerhatian kesan rasionalisasi subsidi ini, golongan menengah yang menetap di kawasan bandar adalah mereka yang menerima tekanan kuat perubahan ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Tambahan pula, kata beliau ia akan menunjukkan korelasi positif terhadap peningkatan kadar kemiskinan dan jenayah.

Sebagai contoh, jelasnya laporan KPMG Malaysia Fraud, Bribery and Corruption Survey 2013 menunjukkan faktor jenayah tersebut yang dilakukan majoriti golongan belia adalah disebabkan oleh tabiat buruk dan tekanan kewangan peribadi

"Bagaimana pula sekiranya pelaksanaan GST yang bercanggah dengan prinsip percukaian Islam dan zalim tetap akan berlaku pada tahun 2015?" tanya beliau.

Tentu sahaja, katanya rakyat akan terus terhimpit dalam krisis peningkatan kos hidup yang tidak dapat dibayangkan.

"Isu ini disokong dengan unjuran yang dilakukan oleh beberapa institusi penyelidikan komersial baru-baru ini seperti Standard Chartered Bank yang meramalkan kadar inflasi akan meningkat sehingga 3.4% bagi tempoh sembilan bulan pertama 2014," katanya.

Justeru, tanya beliau bagaimana pada 2015 nanti.

Beliau menambah, bidang keberhasilan utama negara 'menangani kos sara hidup' tidak menyinggung secara efektif pemasalahan utama itu.

Apa yang lebih membimbangkan, kata beliau campur tangan kerajaan secara langsung dalam aktiviti bisnes peruncitan seperti mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) dan Kedai Kain 1Malaysia (KK1M) akan menggugat pengusaha industri kecil dan sederhana.

Tambahnya, walaupun ia dilihat mungkin berkesan, namun dijangka penyelesaian itu terlalu simplistik dan tidak berjangka panjang.

Menurutnya lagi, rakyat masih menunggu dalam tempoh terdekat, apakah langkah drastik yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk meringankan beban isi rumah selain daripada tindakan populis mengumumkan 11 langkah penjimatan perbelanjaan sektor kerajaan.

"Selagi mana pemasalahan utama tidak diselesaikan, apa jua solusi yang dikemukakan hanya kosmetik dan tidak efektif," ujarnya.

Bersyukurlah kangkung turun harga!

Posted: 15 Jan 2014 04:18 PM PST


kangkung belacan 2

Izmil Amri

'Orang Melaka suka makan kangkung yang tidak dikerat-kerat'. Ini helah Tun Perpatih Putih ketika rombongannya sangat teringin melihat wajah Maharaja China.

Tun Perpatih Putih adalah adinda kepada Tun Perak dan dilantik jadi Bendahara menggantikan abangnya itu setelah ia meninggal dunia.

Sebelum jadi Bendahara, Tun Perpatih Putih lah yang dihantar Sultan Mansur Shah ketika mahu dijalinkan hubungan diplomatik dengan China. Delegasi itu begitu berjaya sekali sehinggakan maharaja China menghadiahkan Melaka puterinya, Hang Li Po.

Alkisahnya di zaman itu, adatnya ialah orang kebanyakan di China dalam zaman pemerintahan dinasti itu tidak boleh melihat wajahnya sang Maharaja. Kalau tandu maharaja lalu, jalan harus dikosongkan, dan kalau ada yang masih tersisa berdiri, mesti tunduk sujud di hadapan baginda.

Dan ketika sang maharaja perkenan mengadap mana-mana utusan dari luar negara, duduknya baginda itu dalam suatu mungkur kaca yang diletakkan di atas platform yang agak tinggi. Makanya sukar sekali mahu melihat wajah sang maharaja ini. Sehinggalah tiba akal Tun Perpatih Putih ketika ditanya apa makanan kesukaan orang Melaka.

Katanya orang Melaka amat suka makan sayur kangkung. Dan dimasaknya sayur kangkung ini tanpa dikerat-kerat.

Arakian maka apabila dihidang sahaja makanan itu, delegasi Melaka pun mengambil peluang menjeling ke wajah sang maharaja. Dikepitnya sayur kangkung dan diangkat tinggi, lalu disuap ke mulut dengan kepala yang terdongak; sambil mata menjeling ke arah maharaja.

Tun Perpatih Putih dilantik jadi Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka; sebelum jawatan Bendahara diberikan kepada Tun Mutahir anaknya Tun Ali, yang mencetuskan ketegangan dan membolehkan negeri itu diserang, dijajah dan akhirnya kehilangan pemerintah.

Ini kisah kangkung di zaman Melaka masih bersultan. Di zaman harga kangkung tidak ditentukan naik turunnya oleh kerajaan.

Saya bukan penggemar kangkung. Meski sewaktu sekolah asrama, kangkung adalah sayuran dan sumber vitamin (kalau pun masih ada) yang paling utama. Rasanya dalam satu minggu, kangkung wujud dalam menu dewan makan hampir sepanjang masa. Kecuali Sabtu. Yang pernah duduk asrama pastinya tahu.

Kangkung akan menjadi makanan ruji umat Malaysia khabarnya. Harga kangkung sudah turun. Dan kita mesti bersyukur kepada kerajaan kerana menurunkan harga kangkung. Ini indikator kerajaan prihatin dengan sengsara rakyat yang adakalanya tak ada duit nak makan, dan terpaksa berlapar sampai dua tiga hari. Jadi kangkunglah jalan selesainya.

Malah kalau tak mampu beli kangkung, cari sahaja di tepi longkang. Kangkung tumbuh liar. Cabut sahaja berapa banyak mahu. Percuma.

Siang boleh masak kangkung buat lauk nasi lemak (kalau ada nasi lemak). Tengahari boleh makan sup kangkung. Kalau nak pelbagaikan sikit, dan kalau ada belacan, bolehlah tumis dengan sambal.

Malam pula boleh bikin kangkung tiga rasa. Rasa marah, geram dan menyampah dengan betapa entengnya pandangan kerajaan terhadap kemandirian hidup rakyatnya yang dituntut bersyukur apabila kangkung turun harga.

Kita boleh menghidu betapa teruknya keadaan ekonomi apabila seorang Perdana Menteri boleh bertanya, mafhumnya 'bila harga kangkung turun kenapa tak puji kerajaan?'

Ini Perdana Menteri yang pada masa sama tahun lalu menyewa bukan satu tapi dua pesawat Airbus untuk kegunaan Pasangan Pertama Malaysia di saat partinya, United Malays National Organisation bersama-sama Barisan Nasional memerah kewangan negara untuk berkempen pilihan raya.

Blog pro-UMNO sendiri melaporkan bahawa Perdana 1 sebuah jet korporat Airbus ACJ319, dengan nombor ekor 9M-NAA menelan belanja sewa tahunan sebanyak RM29 juta, selain kos selenggara RM5.5 juta serta kos ubah suai RM15.5 juta.

Perdana 2 model ACJ320, disahkan wujud oleh Pejabat Perdana Menteri serta disewa antara Februari dan Disember 2013 pada anggaran kadar RM28,000 sejam. Alasan yang diberikan pejabat Perdana Menteri ialah mereka kekurangan pesawat kerajaan.

Dalam jawapan kepada Parlimen November tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu bahawa kerajaan berbelanja hampir RM15 juta untuk bahan api dan lebih RM160 juta untuk menyelenggara penerbangan VVIP pada 2012.

Itu belum diambil kira perhal skandal penipuan Port Klang Free Trade Zone bernilai RM12.85 bilion yang hari ini terbukti bahawa tidak akan ada sesiapa pun yang dipertanggungjawabkan.

Dan kita rakyat marhaen ditanya kenapa tidak bersyukur apabila sayur kangkung harganya turun.

Macamlah kangkung itu boleh diganti buat bayar tol, bayar tiket LRT, bayar yuran anak sekolah, atau disumbat ke tangki minyak kereta jadi ganti bahan api. Rasa macam nak sumbat saja kangkung ke kerongkong orang yang tanya begini. – Roketkini.com

MB: Pusat Giat MARA perlu baiki struktur bangunan dalam setahun

Posted: 15 Jan 2014 04:09 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Pusat Giat MARA Selayang perlu memperbaiki struktur bangunannya dalam masa setahun dan boleh beroperasi seperti biasa sekiranya mempunyai dana mencukupi untuk operasi pusat itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata sekiranya Pusat Giat MARA itu tidak mahu meneruskan operasi, mereka boleh mengosongkan premis dan Kerajaan Negeri akan memberi peluang kepada syarikat lain bagi mewujudkan pusat latihan industri penerbangan.

PC EXCO Jan 2013 MB 01Katanya, notis setahun diberi baru-baru ini adalah bagi memantau operasi pusat itu dan jika tidak menepati kehendak Kerajaan Negeri maka tapak itu perlu dikosongkan.

"Dalam masa tiga atau empat tahun akan datang, akan ada sistem perakaunan negara dengan setiap negeri bukan sahaja menyediakan akaun disatukan dalam bentuk penerimaan dan bayaran tetapi menyediakan laporan tentang aset dan hasil Kerajaan Negeri.

"Kerajaan negeri menyediakan satu pasukan 'task force' tanah untuk menjelajah setiap daerah untuk mengenal pasti dan membuat laporan tentang tanah milikan Kerajaan Negeri.

"Banyak bangunan kita dapati didirikan atas tanah kerajaan, salah satunya ialah Giat MARA ini yang sepatutnya dibina sebagai dewan orang ramai tetapi akhirnya dijadikan bengkel untuk pusat latihan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Bangunan SUK, di sini.

Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri banyak membantu golongan Melayu di negeri itu berbanding Kerajaan BN sebelum ini dengan pelaksanaan dasar yang adil kepada semua kaum.

"PR negeri sudah membelanjakan RM800 juta menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk diberikan kepada rakyat.

"Berdasarkan fakta melalui MES, kajian kita dapati dari 2008 hingga kini, kita jauh lebih banyak membantu golongan Melayu seterusnya India dan Cina," kata Abdul Khalid.EZY

9 KAFA menengah beroperasi di Selangor sebagai perintis

Posted: 15 Jan 2014 04:06 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM : Sembilan buah Sekolah Kafa Menengah sudah mula beroperasi awal tahun ini yang dilihat sebagai projek perintis kepada penubuhan banyak lagi sekolah terbabit.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata projek perintis itu selaras dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke 13 yang mahu menubuhkan sekolah KAFA Menengah di seluruh kawasan negeri.

KAFA-Grafik

Katanya, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Exco pada September lalu meluluskan penubuhan di seluruh kawasan itu dan dilaksanakan berperingkat.

"Untuk permulaan ini dan sebagai projek pilot, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk menubuhkan beberapa kelas Kafa peringkat Menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada.

"Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang," katanya dalam sidang media di Bangunan SUK, di sini.

halimah ali EXCO MeetingHalimah berkata keputusan itu diambil berikutan dengan permintaan tinggi kepada sekolah menengah agama yang ketika ini kurang di Selangor.

"Pendidikan di KAFA Menengah adalah merupakan pendidikan alternatif kepada murid yang tidak berpeluang untuk mengikuti pengajian sekolah agama menenga negeri atau persekutuan.

"Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan empat dan lima manakala empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga dalam seminggu.

"Jumlah itu tidak mencukupi untuk membina jati diri murid yang diharapkan berjaya dunia dan akhirat," katanya.
Beliau berkata program KAFA Menengah itu akan dipanjangkan di KAFA Integrasi Negeri dan di masjid berkemampuan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di talian 03-5514300 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964579.EZY

MB: Kerajaan Negeri kawal harga, pemberian air percuma diteruskan

Posted: 15 Jan 2014 04:02 PM PST

Oleh: Norhayati Umor


SHAH ALAM  : Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menentukan kadar harga air di Selangor dalam penstrukturan industri air.

Manakala pemberian 20 meter padu air percuma dalam Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada rakyat diteruskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam penstrukturan air di Selangor dan boleh menentang hasrat Kerajaan Pusat sekiranya bertindak mengawal keseluruhan industri air.

air-syabas_MB1Katanya, sekiranya Kerajaan Pusat mengawalnya ia bertentangan dengan Akta 655 Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) yang menyatakan ia mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Pusat menggunakan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA 2006) ekoran kegagalan Kerajaan Negeri memuktamadkan rundingan dengan empat syarikat konsesi air yang berakhir 31 Disember 2013 lalu.

"Kerajaan Negeri boleh menggunakan Seksyen 115 iaitu ia akan diserahkan kepada orang yang memiliki aset-aset air iatu Kerajaan Negeri," katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri masih mengekalkan tawaran sebanyak RM9.65 bilion dalam penstrukturan itu.

"Modus operandi pembayaran akan dibincangkan kemudian bersekali dengan pemilikian saham emas yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat," kata Abdul Khalid.EZY

Kerajaan Pertimbang Cadangan Naik Cukai Pintu Di K. Terengganu

Posted: 15 Jan 2014 03:59 PM PST

Ahmad Said
 MSTAR ONLINE



KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu sedia menimbang untuk menyemak semula kadar cukai pintu di kawasan kelolaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jika ada permohonan daripada MBKT.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, beban yang terpaksa dipikul MBKT adalah terlalu tinggi dan cukai pintunya tidak pernah dinaikkan sejak 1981.

"Kita akan lihat dahulu. Jika ada cadangan dari MBKT untuk menaikkan kadar cukai pintu, kita akan buat semakan. setelah sekian lama ia tidak dinaikkan kerana ingin menjaga hati rakyat.

"Semakan semula itu dijangka dibuat tahun hadapan dengan mengikut nilaian semasa," katanya pada Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Anggota Majlis PBT Terengganu 2014/2015 di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Razali Kassim.

Ahmad berkata, sepatutnya penilaian untuk kenaikan cukai pintu dibuat lima tahun sekali, namun di Kuala Terengganu cukai pintu tidak dinaikkan sejak 32 tahun lalu berbanding daerah lain yang ada membuat penilaian cukai pintu selang lima tahun sekali.

"Rakyat kena faham, apabila hasil tidak bertambah, beban makin berat manakala belanja mengurus makin meningkat di mana setiap tahun 60 peratus daripada hasil cukai diperuntukan bagi menjaga kebersihan PBT.

"Kita memperuntukkan sebanyak RM350 juta setahun untuk diagihkan kepada lapan PBT di seluruh negeri ini untuk perbelanjaan mengurus dan perkhidmatan PBT untuk keselesaan rakyat," katanya. BERNAMA

Kertas Siasatan Perhimpunan Haram Pada Ambang Tahun Baharu Siap - Polis

Posted: 15 Jan 2014 03:55 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung perhimpunan haram pada sambutan ambang tahun baharu telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

"Polis akan menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara sama ada hendak membuatpendakwaan atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialogbersama guru besar sekolah rendah di Maktab PDRM Cheras di sini, Rabu.

Pada 31 Disember lepas, satu perhimpunan haram anjuran NGO tertentu mengganggu konsert Ambang Tahun Baharu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sehingga ia terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 tengah malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu ke pentas konsert di Dataran Merdeka. - BERNAMA

Pengguguran Azmin Tiada Kaitan Dengan Pemilihan Parti - Khalid

Posted: 15 Jan 2014 03:53 PM PST

MSTAR ONLINE

Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang pengguguran Azmin Ali sebagai Anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan Mei ini.

Abdul Khalid berkata, ini kerana keputusan tersebut pada permulaannya tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar.

"Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco negeri di sini Rabu.

Pengguguran Azmin dilihat mencetuskan rasa tidak puas hati pemimpin PKR Selangor apabila Setiausahanya, Amirudin Shari menuntut penjelasan daripada Abdul Khalid mengenai perkara itu.

Tuntutan itu dibuat menerusi laporan portal berita, malaysiakini.com pada 13 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid menyatakan tidak tahu ketika ditanya sama ada pengguguran Azmin itu dibincangkan di peringkat Anggota Lembaga Pengarah PKNS.

"Tapi surat mengenai pengguguran telah diberi kepada Azmin dan beliau menerimanya," katanya.

Sementara itu, Abdul khalid berkata kerajaan Selangor akan terus menggunapakai Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) Enakmen 1988 dan akan berhati-hati sekiranya hendak membuat sebarang pindaan sebab ia melibatkan sensitiviti agama.

Beliau juga berkata sebahagian resolusi penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian yang diputuskan oleh kerajaan pusat sebelum ini tidak relevan dengan Selangor.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam resolusi itu yang bertentangan dengan enakmen tersebut dan resolusi itu tidak boleh mengatasi enakmen agama itu yang telah lama digunapakai oleh negeri ini. - BERNAMA

Tindakan tanpa asas undang-undang, DAP akan heret ROS ke mahkamah

Posted: 15 Jan 2014 03:46 PM PST


gobind special congress

KUALA LUMPUR JANUARI: DAP akan memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang tetap tidak mahu mengiktiraf keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September 2013 lalu.

Pengerusi Biro Peguam DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo berkata, ia ekoran ROS tiada kuasa dari segi udang-undang untuk berbuat demikian.

"Keputusan ROS salah di sisi undang-undang. Dalam keadaan ini, ROS tidak boleh menolak untuk mengiktiraf CEC DAP yang diundi.

"Kami juga berpendapat arahan ROS agar ahli CEC yang diundi tidak membuat sebarang keputusan bagi DAP juga adalah tanpa sebarang asas undang-undang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan, serta melarang ahli membuat keputusan parti disampaikan melalui satu surat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 6 Disember lalu.

DAP kemudian menghantar surat kepada ROS, meminta ia menjelaskan peruntukan undang-undang yang memberi kuasa kepadanya untuk membuat keputusan sedemikian, dan memberi masa 14 hari kepada ROS untuk memberikan maklum balas.

Namun sehingga kini, kata Ahli Parlimen Puchong itu lagi, ROS gagal memberikan apa-apa balasan, walaupun ia berhubung soal yang sangat penting.

"Ia menunjukkan ROS gagal bertindak dengan bertanggungjawab, dan tidak telus dalam membuat keputusan, terutamanya terhadap DAP," katanya.

Katanya lagi, sikap berdiam diri itu juga menunjukkan ROS tidak dapat mempertahankan keputusannya, dan menambahkan lagi persoalan berhubung keabsahan keputusannya.

"Maka, kami tiada pilihan lain selain daripada membawa perkara ini ke mahkamah," katanya lagi. -Roketkini.com

Tiada ulasan: