Rabu, 15 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Skandal PKFZ: Bebaskan Kong Choy, Peguam Negara patut dipecat

Posted: 15 Jan 2014 05:01 AM PST

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail digesa meletakkan jawatan ekoran keputusan menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya.

Justeru kata Tony, maka kini merupakan masa terbaik bagi Najib Razak untuk menghukum Gani atas ketidakcekapan peguam negara itu melaksanakan tugas penting.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya dilapor media Selangorku.com

Tony berkata pembebasan bekas menteri itu mewujudkan tanda tanya pihak yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kesal dan sedih kerana pembebasan Chan daripada tuduhan skandal RM12.85 bilion PKFZ membuktikan tidak ada pemimpin dipertanggungjawab atau dihukum kerana mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam.

Katanya, sebelum Chan, Tun Dr Ling Liong Sik juga dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan, pada 25 Oktober tahun lalu.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.

Pendakwaan PKFZ hanya sandiwara terancang – Azan Ismail

Posted: 15 Jan 2014 04:59 AM PST

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR : Pendakwaan terhadap ketirisan dan rasuah dalam Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hanyalah sandiwara terancang kerajaan minoriti BN bagi mengaburi mata rakyat, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
pkfz
Katanya, selepas pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan itu semalam, tiada mana-mana pihak yang dihukum kerana menyebabkan kerugian berbilion ringgit dalam projek itu.

"Ini seolah-olah satu wayang terancang bertujuan untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan serius membanteras ketirisan. Bila habis pilihan raya, yang tertuduh turut dilepaskan," katanya ketika dihubungi.

Menurut Azan, kegagalan mensabitkan individu  dalam skandal tersebut  menunjukkan ketidakmampuan kerajaan minoriti pimpinan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menangani isu salah guna kuasa melibatkan wang rakyat.

"Najib nampaknya tidak serius mahu selesai masalah ketirisan, dan yang lebih pelik seolah-olah tiada seorang pun pemimpin Umno berani bersuara dalam kes PKFZ, ini membuktikan mereka tidak berintergriti," tegas Azan.

Semalam, bekas menteri dan timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy terlepas daripada dipenjarakan selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan menipu dalam kes PKFZ.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu bekas Perdana Mneteri, Tun Abdullah Ahmad badawi mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006
Pada Oktober tahun lalu, bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik turut dibebaskan daripada pertuduhan menipu Kabinet dalam skandal berkenaan

Projek tersebut pada mulanya bernilai RM1.1 bilion apabila diilhamkan pada 1997, namun melonjak kepada RM4.6 bilion pada 2007. Kos muktamad  dari wang pembayar cukai dianggarkan sebanyak RM12.5 bilion.

Laporan audit PwC pada 2009 menyifatkan Chan dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang dan lembaga pengarah agensi pelabuhan itu tidak menjalankan tugas dengan sepenuh perhatian.

Selesaikan tiga kriteria sebelum SPR cadang persempadanan semula

Posted: 15 Jan 2014 04:55 AM PST

Basyar Abkadir
Wong_Chen

KUALA OUMPUR : Tiga kriteria utama perlu ditekankan Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) berhubung persempadanan semula kawasan pilihan raya, kata ahli parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

"Pertama, bagi semenanjung Malaysia yang perlu diberi penekanan ialah jurang perbezaan pengundi antara parlimen. Ia perlu dikurangkan sebanyak 15 peratus.

"Sebagai contoh, parlimen Kapar mempunyai 150,000 pengundi, manakala Alor Setar 70,000 pengundi. Perbezaan ini melebihi 50 peratus," kata Wong kepada Keadilandaily.

Tambahnya, jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 26 peratus daripada keseluruhan jumlah kerusi parlimen.

"Bagi Sabah dan Sarawak, kita tekankan kerusi parlimen dikekalkan 26 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi 222 kerusi Parlimen.

"Bermakna sekurang-kurangnya 57 kerusi Parlimen (di Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan," kata Wong Chen.

Dalam pada itu, Wong, satu-satu kawasan parlimen tidak sepatutnya melebihi tiga Majlis Perbandaran.

"Lebih daripada dua majlis perbandaran akan menyusahkan. Wakil rakyat berkomunikasi dan berunding dengan terlalu banyak PBT.

"Selain itu ia akan menimbulkan kekeliruan perbandaran mana yang bertanggungjawab," ujarnya.
KEADILAN pada 17 Julai 2013 menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji segala maklumat dan sistem berkaitan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Selain Wong Chen, antara yang terlibat ialah Datuk Mansor Othman, pengerusi KEADILAN Pulau Pinang dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Mahkamah Rayuan kekal keputusan artikel Utusan bersifat fitnah

Posted: 15 Jan 2014 04:53 AM PST

KEADILAN DAILY

 

boikot_utusan_badge



KUALA LUMPUR : Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dua artikel diterbitkan Utusan Malaysia bersifat berhubung temubual Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.

Panel hakim memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden, dan mahkamah turut menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu.

Dua panel lagi ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.

Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.

Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.

Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.

Dalam rayuan hari ini Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.

Apabila Najib Dikangkungkan, Jentera Maya UMNO Langsung Tak Bermaya

Posted: 15 Jan 2014 04:45 AM PST



Oleh Shahbudin Husin


Sejak semalam laman sosial sesak dengan perkataan kangkung dan kaitannya dengan Perdana Menteri, Najib Razak. Hanya kerana Najib mahu mempertahankan kenaikan harga barang yang tidak semuanya berpunca daripada kerajaan tetapi juga disebabkan faktor lain seperti cuaca dan sebagainya dan kemudian mengambil harga sayur kangkung sebagai contohnya telah menyebabkan beliau dikaitkan dengan pelbagai perkara berkaitan kangkung.

Ini kerana contoh kangkung yang diambil oleh Najib itu memang agak kurang tepat untuk menggambarkan penurunan harga barang berikutan di kampung-kampung, sayur kangkung boleh diperolehi secara percuma di tepi-tepi parit di kebanyakan rumah.

Apa yang menjadi persoalan rakyat mengenai kenaikan harga barang ini ialah berkaitan keputusan kerajaan seperti menaikkan harga minyak, menghapuskan subsidi gula dan kenaikan tarif letrik sehingga dengannya telah menyebsbkan banyak barang-barang keperluan seharian turut meningkat harganya.

Tetapi kenaikan yang berpunca daripada tindakan kerajaan ini tidak dijawab oleh Najib, sebaliknya contoh kangkung yang diambilnya juga langsung tidak kena. Lantaran itu, Najib bukan saja dikangkungkan, malah digelar Perdana Menteri kangkung dan dikaitkan dengan pelbagai perkara lain berkaitan kangkung.

Apabila Najib diserang tentera siber atau jentera maya PR berkaitah perkara ini, satu perkara yang paling nyata ialah betapa berkesan dan ampuhnya mereka dalam melakukan kerja ini. Serangan yang dilakukan bagaikan bertali arus dan tidak henti-henti sehingga masyarakat umum juga dapat merasakan bahawa Najib telah tidak bertindak bijak dengan mengambil kangkung sebagai contoh dalam ucapannya.

Dalam masa yang sama, berikutan serangan bertubi-tubi dan bertali arus ini, Najib akhirnya telah menjadi bahan jenaka dan ketawa masyarakat.

Lebih malang lagi, di sebalik serangan yang dilakukan terhadap Najib ini, jentera maya UMNO kelihatan langsung tidak berperanan dalam mempertahankan Perdana Menteri. Mereka seolah-olah sudah lumpuh dan tutup kedai.

Sementera Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin kanan UMNO berulang kali menyatakan kepentingan peranan media baru dalam tahun-tahun mendatang dan dalam pilihanraya 2018 nanti, tentera siber atau jentera maya UMNO seolah-olah tidak wujud langsung dalam persaingan yang sedang berlaku ini. Ketika Najib dikangkungkan adalah contoh terbaik bagaimana jentera maya UMNO langsung tidak bermaya dan seolah-olah tidak wujud saja layaknya.

Langsung tidak ada yang mempertahan dan membela Najib dalam isu ini. Mereka hanya membiarkan saja Najib dilanyak dan dilenyek oleh tentera siber pro pembangkang. Memang dalam hal ini jentera siber pembangkang begitu berjaya serta kelihatan begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan peranan menggugat keyakinan rakyat terhadap Najib, UMNO dan kerajaan.

Ahmad Maslan yang mengetuai jentera penerangan UMNO juga tidak berperanan memberi penerangan dan lebih rela Najib dikangkungkan begitu saja. Di manakah jentera beliau dalam hal ini?

Jentera maya di pejabat Perdana Menteri yang dilaporkan mempunyai bajet besar dan memiliki segala kemudahan juga nampaknya gagal menyaingi kehebatan pejuang maya PR yang berjuang tanpa wang dan lebih kerana fisabilillah semata-mata.

Begitu juga biro Media Baru, Pemuda UMNO turut disangsikan peranannya. Langsung tidak terlihat kelibat mereka dalam menyerang balas apa yang dilakukan oleh jentera siber pembangkang terhadap Najib.

Di kalangan pemimpin UMNO pula, daripada sekian banyak yang aktif dalam media sosial, hanya Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang tampil mempertahankan dan membela Najib. Yang lain-lain, sama ada tiada keupayaan untuk menjawab, merasakan tidak penting membela Najib atau mereka tidak terfikir untuk menjawabnya tetapi semua ini menampakkan kelemahan yang ketara yang seolah-olah Najib hanya bersendirian dan tidak dibantu dalam mempertahankan dirinya.

Jika dalam hal sekecil kangkung ini pun, jentera siber UMNO sudah lumpuh dalam perjuangannya, sudah tentulah dalam hal-hal yang lebih besar atau ketika mahu mempertahankan UMNO dan BN dalam pilihanraya 2018 nanti, ia akan menjadi lebih parah lagi.

Oleh itu, jika keadaan ini berterusan, bukan saja Najib akan terus dikangkung atau dibayamkan di masa-masa akan datang, bahkan zaman gelap UMNO dan BN sudah boleh dibayangkan dalam pilihanraya 2018 nanti. Ini kerana menjelang PRU 14, semakin ramai jumlah pengundi yang bergantung kepada maklumat di internet dan laman sosial untuk mengikuti perkembangan yang berlaku dalam negara. http://shahbudindotcom.blogspot.com/

GiatMARA dan Lubuk Wang Kroni BN

Posted: 15 Jan 2014 04:37 AM PST


Oleh mat_sempoi

 
"Disini ingin saya suarakan pandangan saya tidak seberapa ini. Isu seperti ini sebenarnya bukannya salah kerajaan negeri Selangor mahupun pemimpin mereka yang terbabit. Isu ini adalah isu yang berpunca daripada kerajaan BN dan diwarisi juga oleh para pemimpin BN yang tamak haloba.

Kalau nak ikutkan, bukan sahaja MARA mahupun GiatMARA yang menjadi mangsa. Tetapi kalau dikaji secara keseluruhannya, institusi, jabatan dan cawangan-cawangan kerajaan BN juga banyak terbabit, dan mungkin akan menjadi isu dihari kemudian juga akibat permainan wang politik pemimpin BN.
 
Meh saya ceritakan disini. Kalau nak diikutkan, sepatutnya institusi seperti GiatMARA ini, dari dahulu lagi sudah sepatutnya mendapat tanah hak milik mereka sendiri secara 100%. Nak dikatakan, tanah hak milik kerajaan negeri dan kerajaan Malaysia ini terlalu banyak. Tetapi, tidak peliknya. Modus operasi pemimpin BN ini licik semenjak dahulu kini dan selama-lamanya.

Kebanyakkan tanah-tanah ini, biasanya akan di 'anugerahkan' kepada kroni-kroni, pemimpin-pemimpin, exco-exco dan sanak saudara mereka (BN), manakala jabatan-jabatan atau institusi kerajaan biasanya akan terpaksa membeli semula tanah 'anugerah' ini daripada pihak tertentu dengan harga yang terlampau tinggi, ataupun terpaksa menyewa bangunan atau tapak hak milik individu tertentu (yang biasanya bakal 'bangkrap').

Kalau tak percaya, anda siasatlah lokasi-lokasi GiatMARA mahupun jabatan atau institusi kerajaan seperti Klinik 1Malaysia, Balai Polis, JPJ dll. Mengapa pusat-pusat ini perlu menyewa kepada individu tertentu pada harga yang amat tinggi, padahal tanah dan aset hak milik kerajaan masih berlebihan lagi. Alasannya, konon nya lokasi tersebut strategik dan sebagainya. Jadi, mengapa pula kena sewa pada harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran?

Sebab itulah wujudnya pejabat JKR di pusat beli belah Mid-Valley [1], jabatan-jabatan kerajaan di bangunan IOI, Mines dan yang paling hebat, di Putrajaya sendiri. Kerajaan BN telah menyewa pada kadar RM7.7 juta sebulan dengan wang rakyat untuk sewaan dibangunan-bangunan di Putrajaya [2]. Belum lagi ana nak ceritakan lot-lot kedai, yang disewakan untuk IPTA di pelbagai negeri dan sebagainya.

Mengapa kroni-kroni dapat tanah dan aset? Institusi kerajaan cuma menyewa atau berkelana? Salah siapa sebenarnya? Pencacai yang termakan 'kangkung' dan masih tidak sedar kepada realiti diulik mayang oleh pemimpin BN sebenarnya. Sedar-sedarlah. Tanah-tanah di Sarawak, jangan nak dicerita, habis disamun oleh YB Menteri dan kroni disana dengan selambanya [4][5]. Ada pencacai BN kisah?

Nak diceritakan MARA pula. Huh banyak kesahnya juga. Kita semua tahu, pengerusi-pengerusi dan pihak atasan bagi kesemua ajensi kerajaan adalah YB atau ahlul politik BN. MARA, Tabung Haji, KWSP, CIMB, dll. Mereka ini memang terkenal sebagai Mr. Komisyen. MARA adalah salah satu lubuk wang bagi Mr. Komisyen ini. Kalau nak dikhabarkan, banyak lokasi tanah dan aset yang telah dibeli oleh MARA daripada pihak tertentu pada harga yang amat tinggi. Malahan, lokasi-lokasi tanah yang telah dibeli tersebut, adalah tidak strategik, merugikan dan merbahaya. 
 
Sebagai contohnya, MRSM Bentong di tepi lebuhraya karak yang terpaksa di tutup kerana tanah runtuh [6]. KPTM Balik Pulau juga bakal menghadapi masalah yang sama, kerana ianya dibina di lereng bukit tidak mengikut piawai pembinaan yang sepatutnya [7]. UniKL MICET di Melaka pula, telah dibina diatas tanah berbukit juga, yang mana, akhirnya bakal melibatkan kos pembinaan yang rumit dan mahal. 

Walhal masih banyak lagi tanah disekitarnya yang lebih baik dan berbaloi-baloi. Menagapa suka sangat MARA sekarang beli lokasi-lokasi sebegini? Faham-faham lah sendiri.
 
Itu baru isu pembelian tanah, belum lagi masuk cerita pembelian aset dan peralatan yang amat mahal daripada MARA daripada kroni BN. Contohnya, laporan audit 2010 telah mendedahkan GiatMARA telah membeli peralatan elektrik 100% lebih tinggi daripada harga pasaran, malahan pada spesifikasi yang lebih rendah dari yang sepatutnya [8]. Tentu pada bibir pencacai, iyu memang berpatutan dan masih murah.

Baru cerita MARA sahaja, belum masuk jabatan dan institusi lain. Banyak sungguh. Boleh guna carian 'google' dan seumpamanya.

Jadi, saya berharap pencacai-pencacai BN mulai sedar dan buka mata. Selagi BN berkuasa. Selagi itulah kuasa serta wang rakyat akan disalahguna dan dijahanamkan oleh pemimpin-pemimpin yang rakus ini.
 
Jangan terkejut. Isu-isu sebegini menjadi permainan mereka bagi menutup minda anda semua agar menjadi tidak 'rasional'. Semoga, menjadi ikhtibar, dan ingatlah. Mengapa perlu menyewa pada harga tinggi, sekiranya boleh memiliki nya sendiri.

Isu ini tidak akan berlaku, sekiranya kerajaan BN dahulu kini dan selama-lamanya ikhlas, dengan memberi aset dan tanah kepada insitusi dan jabatan kerajaan. Lain kali, kaji dulu sebelum serbu tak tentu haluan. 

Nanti menjerat diri sendiri, di 'kangkung' kan lagi.

[1] Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya, https://www.jkr.gov.my/page/126
[3] Update PRU13 Eksklusif: Putrajaya Jimat RM27 Bilion Henti Sewa, http://www.youtube.com/watch?v=Yi_VuD5SFlI
[4] Inside Malaysia's Shadow State, http://www.youtube.com/watch?v=_1RRNggnM6A
[5] Deepening Scandal – Taib's Land Grabs Exposed !, http://www.sarawakreport.org/2010/12/deepening-scandal-taibs-land-grabs-exposed
[7] Selesaikan isu bahaya KKTM dulu sebelum bawa hub pendidikan ke Balik Pulau, http://faqar.blogspot.com.au/2012/03/selesaikan-isu-bahaya-kktm-dulu-sebelum.html

Kangkung: Kegagalan ‘food security’ Negara?

Posted: 15 Jan 2014 04:31 AM PST


Oleh Haris Zuan


MUNGKIN kerana tidak lagi mampu untuk berdepan dengan kritikan yang semakin kuat, Najib Razak telah mengeluarkan kenyataan bahawa tidak adil untuk menyalahkan Barisan Nasional atas kenaikan harga barangan harian.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan harga barangan seperti sayuran, ikan dan lain-lain disebabkan oleh keadaan semasa, ekonomi dunia, faktor cuaca serta fenomena cuaca ekstrem yang menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan.

"Bukan semua harga naik sebab kerajaan. Harga ikan naik sebab ikan kurang, harga sayuran naik disebabkan bekalan kurang. Masa harga (barangan) turun, tak puji kerajaan tetapi masa naik, kerajaan dikeji," katanya, sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian edisi 12 Januari 2013.

Rupa-rupanya yang turun itu cumalah sayur kangkung.

Pertama sekali, saya ingin mengingatkan Najib bahawa kebanyakan bahan makanan seperti ikan, ayam, tepung gandum, gula, garam termasuk antara 22 senarai barangan yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Pemantauan dan penguatkuasaannya pula dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.

Justeru jika kerajaan tidak mampu untuk mengawal harga barangan, mengapa wujudkan senarai barangan kawalan dan sebuah kementerian untuk memantaunya? Mengapa tidak bubarkan sahaja kementerian ini?

Keduanya, sebagai seorang Perdana Menteri, rakyat mengharapkan beliau untuk memberi penyelesaian yang bersifat struktural. Najib Razak adalah benar apabila mengatakan harga makanan bukan sahaja dipengaruhi oleh harga minyak tetapi juga cuaca dan ekonomi dunia. Sebagai contoh, apabila India dilanda banjir, harga bawang bombay meningkat. Begitu juga dengan kelapa yang diimport daripada Sumatera yang terjejas sedikit masa dahulu.

Pada masa yang sama, pengeluaran makanan di negara ini masih lagi rendah dan belum mampu untuk memenuhi keperluan dalam negara sehingga menyebabkan negara bergantung kepada sumber import. Semakan pada statistik Tahap Sara Diri Komoditi Makanan Utama, 2006-2011 (Self-Sufficiency Level Of Major Food Commodities, 2006-2011) yang diterbitkan sendiri oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mendapati bahawa pengeluaran padi di negara ini hanya mencapai 70% keperluan negara, manakala baki 30% terpaksa diimport.

Sayuran lebih ketara kerana pengeluaran dalam negara hanya dapat menampung sekitar 40% keperluan dalam negara dan selebihnya harus diimport. Pengeluaran daging lembu/kerbau pula kurang daripada 30% keperluan negara, manakala Malaysia terpaksa mengimport 90% keperluan kambing/biri-biri berikutan pengeluaran dalam negara yang kurang daripada 10%. Pengeluaran susu Malaysia pula hanya sekitar 5% berbanding keperluan negara.

Data ini menunjukkan bahawa Malaysia sangat-sangat bergantung kepada import makanan dan sejak 10 tahun lepas, Malaysia mengimport bahan makanan bernilai RM221.81 bilion – satu jumlah yang bukan sedikit. Kebergantungan ini bukan disebabkan tanah di Malaysia ini tidak subur atau cuacanya yang sentiasa kejam terhadap tanaman, bukan juga kerana rakyatnya malas untuk berkebun dan bercucuk tanam.

Tetapi kerana keinginan negara ini untuk menjadi negara industri. Secara perlahan-lahan sektor pertanian dipinggirkan dan tumpuan diberikan kepada pembuatan. Pada tahun 1970, lebih separuh (sekitar 55%) daripada tenaga kerja negara ini tertumpu dalam sektor pertanian, namun perlahan-lahan angka ini berkurang kepada 40% pada 1980, merosot kepada 15% pada 1990 dan sekitar 10% pada 2010. Akhirnya pada tahun 2010, sektor pembuatan dan perkhidmatan membentuk lebih 70% daripada guna tenaga di negara ini.

Lalu Malaysia akhirnya menjadi pengimport makanan termasuk pucuk paku daripada Thailand. Ya, Thailand merupakan contoh terbaik di mana sektor pertaniannya diberikan tumpuan yang besar dan kini Thailand menjadi mengeksport utama beras dan saiz ekonominya adalah setara dengan Malaysia yang kononnya mahu menjadi juara automotif di rantau ini. Ironinya, saiz sektor automotif di Thailand, khasnya pemasangan kenderaan adalah jauh lebih besar daripada Malaysia, malah Vietnam juga mula menyaingi Malaysia.

Kesudahannya, negara kita tidak menjadi negara dengan sektor automotif yang disegani di rantau ini, dan kita mengorbankan sektor pertanian yang selama ini menjadi kekuatan kepada negara ini. Hanya akhir-akhir ini, Malaysia mula menyebut kembali mengenai keperluan untuk mengukuhkan kembali bidang pertanian, khasnya pada zaman Pak Lah. Ketika ini juga ramai mula bercakap mengenai keselamatan makanan (food security) apabila menyedari pertanian bukan sekadar industri tetapi juga elemen keselamatan yang jauh lebih penting daripada dua biji kapal selam second hand yang dibeli dengan mahal dan gagal menyelam.

Malangnya, Pak Lah gagal mendapatkan pengganti beliau yang dapat melihat kepentingan dalam food security ini. Malah, nampaknya projek untuk memastikan negara mengurangkan kepada import daging lembu dan tenusu dilihat sebagai ruang untuk memperkayakan kroni semata-mata. Akhirnya, sebagaimana semua maklum, projek tersebut gagal.

Kini, Perdana Menteri kita yang dikasihi, kerana kegagalan beliau untuk menstabilkan harga makanan asas dan mengukuhkan keselamatan makanan negara telah mengeluarkan kenyataan yang dikhuatiri akan menyebabkan seluruh dunia menyangka Malaysia mempunyai Perdana Menteri yang dipilih melalui SMS rancangan Maharaja Lawak Mega.

Semoga kita tidak lagi dikangkungkan. – Roketkini.com

Tubuh JK Siasatan Diraja Siasat Kekayaan Luar Biasa Rosmah dan Najib.

Posted: 15 Jan 2014 04:27 AM PST




DETIK DAILY


Nama Rosmah Mansor sekali lagi dipetik menjadi kontroversi nasional apabila didakwa membiayai sebuah filem Hollywood melalui anaknya Riza Aziz yang menjadi penerbit filem tersebut.

Dakwaan tersebut dilaporkan oleh beberapa media arus perdana termasuk M-star Online yang menyatakan terdapat tuduhan bahawa filem terbitan Riza Aziz mendapat sumbangan kewangan dari ibunya. M-Star Online bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sumber tuduhan tersebut.

Riza Aziz merupakan anak Rosmah bersama bekas suaminya, Abdul Aziz Nong Chik. Baru-baru ini, susuk yang sama telah terpalit dengan skandal pembelian kondo mewah di New York bernilai RM111 juta.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan tegas mempersoalkan dari mana datangnya kemewahan luar biasa keluarga Perdana Menteri?

Semua dakwaan ini telah dilaporkan secara meluas oleh media yang berwibawa, bukan dipetik dari blogger politik semata-mata. Sedangkan sebelum ini ramai pimpinan politik anti-kerajaan yang ditangkap dan didakwa hanya dari sumber pihak yang tidak kredibel.

Maka SAMM mendesak satu Jawatankuasa Siasatan Diraja ditubuh bagi menyiasat semua dakwaan kemewahan luar biasa sejak Najib memegang jawatan Perdana Menteri. SAMM juga menggesa agar Najib Razak dan Isterinya diberi cuti sehingga siasatan selesai dan pucuk pimpinan negara harus dipangku oleh mereka yang layak.

Ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, keluarga Perdana Menteri dan menterinya pula bermewah-mewahan. Dalam masa yang sama, mereka seru rakyat supaya berjimat - ini sangat kontradiksi.

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Video Seks Mustafa Ali : Umno Tarik Balik Saman

Posted: 15 Jan 2014 04:12 AM PST

Rakyat News
 
Alif Mustapha 
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menerima Penghakiman Persetujuan luar mahkamah berhubung tuntutan saman fitnah UMNO dalam kes video seks yang didakwa melibatkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
 
Peguam Plaintif Raihanah Ashriqin Ariffin bagaimanapun berkata, tiada permohonan maaf diterima daripada pihak defenden, hanya menyatakan kekesalan malah tiada perintah untuk sebarang tanggungan kos.
 
"Kita telah datang proses mediasi dihadapan hakim Zainal L Salleh, kedua-dua pihak bersetuju untuk kita tarik balik saman terhadap defenden-defenden dan siaran yang tidak merujuk kepada UMNO. Tiada permohonan maaf, hanya menyatakan kekesalan," katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan mediasi dibacakan di hadapan hakim Datuk John Louis O'hara di sini hari ini.
 
Dalam pada itu permohonan kedua-dua belah pihak, Raihanah bagi pihak plaintif dan Zulhazmi Shariff bagi pihak Defenden- Defenden telah mencapai 4 persetujuan.
 
Antaranya, Defenden Pertama dan Defenden Kedua menarik balik kenyataan yang merujuk kepada UMNO. Malah Defenden Ketiga juga perlu menyiarkan kenyataan Defenden Pertama dan Kedua. Selain itu kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini di laman portal Harakah Daily ditarik balik serta merta.
 
Plaintif, Datuk Abdul Rauf Yusoh selaku Pegawai Awam bagi pihak UMNO sebelum ini menfailkan tuntutan saman terhadap Datuk Mustafa Ali, peguam Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong (Defenden-Defenden) berhubung beberapa kenyataan berunsur fitnah.
 
Sebelum ini UMNO telah menfailkan saman fitnah terhadap Mustafa Ali, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Setiausaha Agung PAS terbabit.
 

MB Nafi Gugur Azmin Dari PKNS

Posted: 15 Jan 2014 04:10 AM PST

alt

Syafiq Syazwan

 
Shah Alam - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan dakwaan menggugurkan musuh politiknya Naib Presiden PKR Azmin Ali dari terus memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Menurut Khalid, keputusan tersebut adalah dari PKNS sendiri dan ianya diluar bidang kuasa kerajaan negeri.

"Keputusan untuk memecat Azmin dilakukan oleh Pengurus Besar PKNS (Othman Omar).

"Kita akan menghantar surat dari Pengurus Besar PKNS dan minit mesyuarat Exco pada 4 Disember lalu dalam masa dua minggu... exco tiada kaitan dalam keputusan (menggugurkan Azmin)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azmin pada 10 januari lalu dilaporkan telah diberikan surat pemberitahuan tidak akan dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Sementara itu, Khalid turut menjelaskan kontrak Othman bersama PKNS yang berakhir bulan depan juga tidak akan diperbaharui ekoran exco kerajaan sependapat untuk mencari pengganti yang lebih berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut.

PKR Selangor kemudiannya mengadakan mesyuarat tergempar bagi mendapatkan penjelasan Khalid mengenai pemberhentian Azmin dari PKNS.

Setiausaha PKR Selangor Amirudin Shari yang menghadiri mesyuarat tersebut berkata, kerajaan negeri seharusnya memaklumkan kepada pemimpin PKR sekiranya ingin memberhentikan ahli parti dari perbadanan tersebut.

Azmin dan Khalid sebelum ini pernah dilaporkan sebagai musuh politik ekoran pelantikan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu sebagai Menteri besar Selangor.

Azmin yang mewakili parlimen Gombak juga secara terang mengkritik pentadbiran Khalid sungguhpun berada dalam parti sama.

Terbaru, Azmin menyelar Khalid sebagai melampau apabila secara mendadak menaikkan gaji ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Selangor sehingga tiga kali ganda dari gaji asal.

Kes Tumbuk : UMNO Pandang Serius Serangan terhadap P.Kamalanathan

Posted: 15 Jan 2014 04:07 AM PST

Rakyat News

 Aqilah Radzuankaidi
 
 
KUALA LUMPUR  -  UMNO memandang serius terhadap tindakan Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi yang bertindak mencederakan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan pada Ahad lalu. 
 
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata UMNO berasa kesal terhadap insiden dan ianya tidak seharusnya berlaku dalam mana- mana pimpinan parti. 
 
"UMNO menolak sebarang tindakan keras dalam apa- apa penyelesaian masalah sebagaimana yang dilakukan oleh pihak terbabit terhadap P.Kamalanathan," katanya dalam satu kenyataan disini hari ini. 
 
Beliau menjelaskan pendirian UMNO tetap teguh kepada penyelesaian masalah secara bermesyuarat dan perbincangan tanpa ada sebarang pertelingkahan atau bentuk kekerasan yang akan mengundang keadaan lebih buruk.
 
Katanya, tindakan tegas akan diambil dan telah mengajukan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab sebelum tindakan lanjut diambil.
 
Terdahulu, P.Kamalanthan didakwa ditumbuk oleh seorang lelaki di pejabat beliau untuk memohon supaya menantu beliau yang mengajar di Johor ditukarkan ke Hulu Selangor.
 
Beliau turut mengesahkan kejadian tersebut dan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Beruntung dekat Bukit Sentosa sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu.
 
Ianya disusuli dengan kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel semalam yang mengutuk keras tindakan tersebut.

Alhamdulillah, harga kangkung turun...kita akan senang lenang

Posted: 15 Jan 2014 04:05 AM PST

ASPAN ALIAS


Terima kasih banyak-banyak DS Najib kerana kangkung sudah turun harganya. Minta maaflah kerana tidak sempat berterima kasih kepada kerajaan kerana saya tidak menyedari yang kangkung sudah turun harganya. Insyaallah dari hari ini saya akan masak sayur kangkung sahaja setiap hari. 

Dato Seri minta supaya semua orang berterima kasih kerana harga kangkung sudah turun, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Dato Seri kerana turunnya harga kangkung ini. Turunnya harga kangkung ini membuktikan yang transfomasi ekonomi Dato Seri sudah mula membuahkan hasil.

Barulah kami sedar yang kami dibawah-bawah ini layaknya hanya untuk memakan kangkung sahaja. Maka terlaksanalah apa yang disebut dalam perpatah Melayu, iaitu kita 'balik kampung, tanam kangkung'. Ini adalah kejayaan perjuangan seorang Perdana Menteri. Kerajaan pimpinan beliau telah berjaya menurunkan harga kangkung.

Dengan itu marilah kita berikan sokongan kepada kepimpinan beliau, kerana kita wajar bersyukur dan berterima kasih kerana telah berjaya menurunkan harga sayuran yang banyak mengandungi iodine ini. Iodine boleh membantu kita untuk tidur jika kita susah hendak tidur malam. Kurangkan makan gula kerana ia akan melemahkan libido kita.

Dengan turunnya harga kangkung ini tentulah ia akan memberikan kesenangan kepada kehidupan rakyat dan kita tunggu sahaja pencapaian negara ketahap negara maju menjelang tahun 2020. Dengan turunnya harga kangkung ini, tentulah impian pimpinan kita untuk meningkatkan pendapatan per kapita rakyat kepada USD15,000 setahun akan tercapai.

Dengan pengurangan harga kangkung ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan dan penjimatan itu akan dapat menampung kenaikan tariff letrik dan kadar bayaran tol kepada pemegang konsessi lebuh raya dan menampung kenaikan harga bahan api sekarang ini. Ia juga boleh menampung harga gula yang telah naik berkali-kali dalam setahun ini.

Mungkin kangkung ini boleh menjadi bahan 'export' negara dan boleh membantu memperbaiki pendapatan negara dan akhirnya boleh mengurangkan defisit belanjawan negara pada tahun-tahun akan datang ini.

Alhamdulillah, kita ada kangkung untuk memberikan kenikmatan kepada kehidupan rakyat negara ini. Selama ini hanya rakyat termasuk diri saya ini tidak tahu untuk mencari kehidupan yang baik, sehinggalah PM Najib memberikan jalan untuk memperbaiki kehidupan kita pada masa-masa yang mendatang dengan memakan kangkung.

Kepada Menteri Hasan Malek, kita hendak bertanya, kalau kangkung naik pula harganya nanti, adakah saudara akan membuat kenyataan, 'kalau kangkung mahal, jangan makan kangkung'?

Terima kasih YAB Perdana Menteri. Saya cadangkan supaya diadakan kempen memakan kangkung diperingkat nasional dalam masa terdekat ini. Mungkin PEMANDU boleh berbuat sesuatu untuk melaksanakan kempen makan kangkung ini.

Nasib baik ada kangkung menyelamatkan kita. Rakyat sekalian, bersukarialah kerana segala penat lelah pucuk pimpinan dan barisan kepimpinan keseluruhannya telah berjaya menampakan kejayaannya dalam mentransformasi ekonomi negara kita ini hanya melalui industri kangkung sahaja.

Sekarang semua balik kampong tanam kangkung.

'Mana cukup gaji RM1,000?'

Posted: 14 Jan 2014 11:37 PM PST


'Mana cukup gaji RM1,000?' 
 Selain tugasnya sebagai pekerja kilang, Zamari turut berniaga kerongsang di Pasar Pagi Selayang.


"DENGAN gaji bersih RM1,000 sebulan mana cukup nak tampung perbelanjaan seharian dan belanja anak-anak sekolah," luah seorang pekerja kilang, Zamari Adam, 45.

Musim pembukaan sesi persekolahan baru-baru ini sahaja dia memperuntukkan RM1,500 untuk tiga anaknya, iaitu dua belajar di sekolah menengah dan seorang lagi di sekolah rendah.

Sebagai menjimatkan kos, dia berulang-alik ke tempat kerja dari rumahnya di Selayang ke Rawang menaiki motosikal tidak kira waktu walaupun hujan.

Dia juga perlu menyediakan kos tambang buat isteri dan anak bongsunya ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihadapi puterinya itu.

Katanya, beberapa kali juga dia terpaksa membuat pinjaman dengan majikannya atau pendahuluan gaji sekiranya perbelanjaan pada bulan tertentu meningkat.

Zamari berkata, keadaan ekonomi yang semakin teruk bukan hanya mengakibatkan harga barang naik tetapi bisnes di kilang tempatnya bekerja juga agak perlahan.

"Pekerja seperti saya yang tersepit sebab gaji makin sikit dan ada pula ura-ura elaun pengangkutan mahu dimansuhkan, jadi makin kuranglah gaji bulanan saya serta perlu bersedia bermula sekarang.

"Kalau nak ikut gaji RM1,000 itu memang tak cukup dan selalu saya ingatkan isteri supaya tidak bermewah-mewah," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, untuk menampung pendapatan, dia dan isteri membuat sewaan tapak di Pasar Pagi Selayang setiap Sabtu dan Ahad untuk meniaga aksesori tudung (kerongsang).

"Pendapatan tambahan tidak menentu dapat dalam anggaran RM80 hingga RM100 sehari dan duit itulah digunakan untuk membantu perbelanjaan harian.

"Jika nak diikutkan kami sekeluarga dah berjimat sehabis mungkin dan tak tahu nak potong bajet apa lagi untuk pastikan pendapatan yang diperoleh mencukupi," katanya.

Zamari berkata, tekanan tetap ada, namun tetap perlu meneruskan hidup dan dia bersyukur kerana isteri serta anak-anak faham dengan situasi mereka sekeluarga.

Malahan katanya, dia tidak pernah mengabaikan permintaan anak-anak jika ada ketikanya mahu bersiar-siar atau makan di luar.

"Saya tidak sampai hati jika anak mahu makan itu dan ini, kalau sekali dia menyebut boleh dipejamkan mata tapi kalau hari-hari disebut kita akan jadi kesian.

"Kalau pakaian pun begitu, anak-anak didahulukan. Kalau nak beli baju sendiri kena fikir banyak kali kerana bimbang bajet lari," katanya.

Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan?

Posted: 14 Jan 2014 11:29 PM PST

KELAB GREENBOC


Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

 
Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. -TMI

Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.

"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya akan ditarik kembali.

Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak, Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum Gani.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.
-TMI

ULASAN GB

Sudah banyak pihak meminta kedua-dua "pegawai kangkung" ini meletakkan jawatan. Tetapi mereka buat tak faham macam pekak badak.

Mengapa mereka bersikap demikian? Kerana mereka dijaga dan dibela oleh PM Kangkung. Yang pekak badak sebenarnya PM Kangkang yang seorang itulah sekalipun rakyat sudah mengadakan perhimpunan BERSIH sebanyak 3 kali menuntut supaya pegawai kangkung itu ditukarkan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sekalipun PM Kangkung enggan mendengar tuntutan rakyat, Allah tetap akan mendengar. Kedua-dua pegawai kangkung termasuk dengan PMnya sekali akan TETAP menerima hukumanNya.

Harga ayam naik: Peniaga tak boleh elak

Posted: 14 Jan 2014 11:25 PM PST


Harga ayam naik: Peniaga tak boleh elak  
Amirul


SHAH ALAM - Kenaikan harga ayam bermula minggu lalu tidak dapat dielak berikutan harga yang ditawar pembekal naik setiap tiga hari sekali.

Keadaan ini berlaku dikatakan  berpunca daripada penternak yang menaikkan harga.

Peniaga ayam, Shahrul Nizam Ismail, 31, berkata, pihaknya tidak dapat mengelak daripada menaikkan harga ayam kerana harga yang ditawar pembekal turut tinggi.

"Kalau minggu lepas, kita boleh lagi menjual dengan harga RM7.70 sekilogram, tapi bermula hari ini kita terpaksa naikkan RM8 sekilogram.

"Ini memang tak dapat dielakkan. Harga ayam tak menentu dan selalunya ia akan naik setiap tiga hari sekali," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tinjauan di Pasar Seksyen 6, turut mendapati peniaga ayam meletakkan harga sama untuk setiap kilogram ayam standard.

"Jangan salahkan kami jika harga naik. Kita sendiri mahu tampung gaji pekerja,  beli plastik dan harga minyak. Dengan harga sekarang ini pun, untung yang kami dapat sama saja RM1 seperti sebelum ini," katanya.

Shahrul tidak menafikan dengan harga yang semakin tinggi, permintaan daripada pelanggan turut menurun.

Menurutnya, sebelum ini masuk saja tahun baharu, harga ayam akan turut sedikit seiring dengan sesi baharu persekolahan, tetapi berbeza tahun ini apabila harga barangan terus naik dan dijangka ti dak akan turun dalam masa terdekat.

Beliau berharap kerajaan membuat pemantauan ketat terhadap ladang ternakan ayam yang membekal ayam kepada pembekal kerana selama ini, hanya peniaga disalahkan.

Mengenai harga ikan, ia turut mengalami kenaikan dari 20 hingga 30 peratus mengikut jenis ikan sejak minggu lalu dan peniaga turut merungut dengan kenaikan ini hingga menjejaskan perniagaan mereka.

Peniaga ikan, Amirul Omar, 20 berkata, kenaikan harga ikan tidak dapat dielakkan disebabkan faktor cuaca dan musim tengkujuh yang melanda negara.

"Kebiasaannya, kami hanya akan mengambil stok ikan kepada nelayan tempatan kerana gred ikan yang baik berbanding nelayan asing," katanya.

Kerja lebih masa boleh tambah stres

Posted: 14 Jan 2014 11:24 PM PST


Mohd Khalid 
 Mohd Khalid
 

KENAIKAN harga barang sudah semestinya memberi kesan kos sara hidup rakyat yang sedia ada tinggi terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar menjadi lebih berganda.

Meskipun trend membuat kerja sambilan ini sudah lama, namun tekanannya makin terasa akibat pendapatan yang tidak sama naik dengan peningkatan harga barang semasa.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan berkata, kerja lebih masa dalam jangka yang panjang bukan hanya boleh mengakibatkan kualiti kesihatan menurun disebabkan stres dalam masa sama boleh memberi kesan kepada sistem kekeluargaan.

"Mungkin masyarakat melihat positif kepada individu yang bekerja lebih masa dan kita kata dia rajin dan cekal untuk tampung kehidupan keluarganya. Tetapi kita tidak lihat, dari sudut kesihatan apa yang akan berlaku kepada mereka dalam jangka masa yang panjang?

"Apabila bekerja lebih masa dan badan akan rasa penat dan apabila pulang ke rumah pula, bimbang anak pula jadi mangsa kemarahan dan lepas geram," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, berdasarkan kajian yang dibuat di Eropah ke atas 6, 170 pekerja yang pada awalnya tidak mempunyai sebarang penyakit untuk bekerja lebih masa selama tiga jam setiap hari dan 11 tahun kemudian mendapati 400 daripada mereka sama ada meninggal dunia atau mempunyai penyakit jantung.

"Kajian itu menunjukkan sama ada mereka ini mati, terkena strok dan meninggal atau strok tetapi tidak meninggal. Ini adalah satu persekitaran tidak sihat yang perlu dikaji kesannya terhadap kesihatan dan sosial," katanya.

Kerja lebih masa akan membuatkan sistem dalam badan kita terjejas dan mengakibatkan pelbagai penyakit antaranya jantung, strok, asma, sakit mental dan sebagainya.

"Apabila kita berdepan stres, apa yang ditakuti sistem peredaran darah kita akan terganggu dan hal ini membuatkan kita terdedah kepada penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut jika tidak ditangani segera.

"Stres pula adalah satu keadaan di mana ia memerlukan masa dan teknik yang betul untuk mengubatinya. Ia akan kembali berulang jika tekanan berterusan tanpa penyelesaian yang dapat meringankan tanggungan terhadap emosi dan kesihatan tubuh badan," katanya.

Katanya, kerja lebih masa atau sambilan selain kerja utama sesuai dilakukan sekali sekala sahaja dalam tempoh tertentu tetapi jika berterusan ia akan mengundang kondisi tidak sihat bukan sahaja terhadap tahap kesihatan tetapi juga mutu kerja.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan meneruskan perjuangan dalam memberi cadangan supaya pelaksanaan pemberian elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 kepada pekerja swasta dapat sedikit sebanyak meringankan beban akibat kenaikan harga dan kos sara hidup yang meningkat kini.

Setakat ini jelasnya, masih belum menerima sebarang maklum balas daripada mana-mana pihak berhubung perkara itu.

"Cadangan pemberian Cola sebanyak RM300 ini satu perkara baik yang patut difikirkan kerajaan dan majikan mengenai kesan positif terhadap kesejahteraan sosial dan kami, MTUC akan terus berjuang membawa perkara ini ke depan," katanya

"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman

Posted: 14 Jan 2014 11:17 PM PST

KELAB GREENBOC


Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

"Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

"Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

"Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

"Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

"Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram," katanya. -TMI
br>


... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yg tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

So tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!!
-FB orenji

BBC petik sensasi 'kangkung' Najib

Posted: 14 Jan 2014 11:06 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
Selepas menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung kini menarik perhatian media antarabangsa.

Agensi berita BBC bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan itu.

"Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung," laporan itu dipetik.

Laporan itu menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan "Keep calm and eat kangkung" (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun.

"Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Mahkamah rayuan: Artikel utusan bersifat fitnah

Posted: 14 Jan 2014 10:58 PM PST

MALAYSIAKINI

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan sebelum ini bahawa dua artikel yang diterbitkan Utusan Malaysia (M) Sdn Bhd bersifat fitnah, berhubung temubual pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC, mengenai undang-undang homoseksual dua tahun lepas.
  
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memerintahkan bahawa tiada merit dalam rayuan perayu selepas meneliti asas penghakiman dan nota prosiding Mahkamah Tinggi.
  
Panel hakim itu memerintahkan kos sebanyak RM25,000 dibayar kepada responden.
  
Mahkamah juga menolak permohonan Umno untuk mencelah dalam rayuan itu, bagaimanapun ia tidak menetapkan sebarang kos.
  
Dua lagi anggota panel ialah Hakim Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk K Anantham.
  
Peguam Abu Bakar As-Sidek memberitahu pemberita kemudian bahawa Umno membuat permohonan itu berikutan isu sama ada parti itu telah mempengaruhi dasar editorial akhbar berkenaan.
  
Mahkamah Tinggi tahun lepas memutuskan bahawa defendan Utusan Melayu (M) Bhd dan Ketua Pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak, gagal mempertahankan semua pembelaan statutori merangkumi justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.
  
Pada 10 Januari 2012, Anwar memfailkan saman fitnah dengan menuntut RM50 juta gantirugi atas dakwaan defendan telah menerbitkan dua artikel dalam akhbar Utusan Malaysia pada 17 Jan 2012, berhubung temubualnya dengan BBC.
  
Beliau menegaskan bahawa kata-kata yang digunakan memberi gambaran beliau tidak layak memegang jawatan dan sebagai pemimpin Islam mempunyai pendapat yang berbeza dengan ajaran Islam.
  
Dalam rayuan hari ini, Anwar diwakili peguam R Sivarasa, sementara Utusan diwakili Datuk Firuz Hussein Ahmad Jamaluddin.- Bernama

Pinda akta SPRM tiada alasan lepaskan VIP

Posted: 14 Jan 2014 10:56 PM PST

MALAYSIAKINI

 
 
 
PKR memberi amaran perhimpunan besar-besaran jika beberapa individu terkemuka tidak disiasat selepas pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijangka pada Mac depan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ini kerana SPRM sebelum ini berkata mereka tidak dapat mengemukakan kes yang kukuh terhadap orang kenamaan kerana kelemahan akta.

"Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya untuk reformasi pilihan raya, tetapi rasuah musuh nombor satu negara dan banyak masalah berpunca daripada rasuah," katanya dalam sebuah forum antirasuah di Kuala Lumpur malam tadi.

"Ini amaran awal kepada kerajaan dan SPRM. Jika mereka tidak uruskan (rasuah) dengan baik, orang ramai akan marah dan berarak di jalan raya."

"Kita bermula dengan jalan rundingan tetapi Mac ini, selepas undang-undang dipinda dan menteri-menteri masih tidak didakwa, saya pasti ada antara kita yang akan menjadi penghasut."

Mohon sijil halal kini atas talian

Posted: 14 Jan 2014 10:53 PM PST

MALAYSIAKINI




 Permohonan untuk mendapatkan sijil halal kini dipermudahkan lagi dengan penggunaan sistem dalam talian, Enjin Pengesahan Halal (HVE), yang sekaligus mempercepat proses permohonan, demikian menurut DagangHalal Berhad (DagangHalal).

Pangkalan data HVE, yang menggunakan pengkomputeran awan, bertindak sebagai pusat penyimpanan senarai produk, perkhidmatan dan badan pensijilan halal yang telah diakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ketua Eksekutif Kumpulan Mohamed Hazli Mohamed Hussain berkata HVE mengandungi lebih 100,000 produk and perkhidmatan dalam sektor makanan dan minuman (F&B), rumah penyembelihan, logistik, farmaseutikal, kosmetik dan ramuan.

Sebagai contoh, senarai ramuan yang diimport telah pun mendapat kelulusan oleh badan pensijilan halal di negara tersebut yang berdaftar dengan Jakim, katanya kepada Bernama.

"Melalui kaedah baharu ini, pemohon hanya perlu memuat turun sijil halal daripada HVE tanpa menghubungi pengilang-pengilang ramuan tersebut. Ini bukan sahaja memudahkan pemohon malah membantu pihak Jakim dalam memastikan ketulenan sijil tersebut," katanya.

Sementara itu, DagangHalal menyasarkan jumlah syarikat yang berdaftar untuk menggunakan HVE meningkat sebanyak 10,000 syarikat dalam tempoh dua tahun akan datang berbanding hanya 260 syarikat setakat ini, kata Mohamed Hazli.

Dilancarkan pada 11 Dis lepas, HVE kini diakses oleh syarikat-syarikat dari pelbagai sektor termasuk hotel, premis makanan segera dan badan pensijilan halal luar negara.

DagangHalal telah membelanjakan hampir RM3.5 juta bagi membangunkan pangkalan data tersebut.

Terdapat 73 badan halal di seluruh dunia yang diiktiraf oleh Jakim, melibatkan 57 badan halal bukan kerajaan (NGO) manakala selebihnya badan halal agensi kerajaan.

Daripada jumlah itu, 26 badan pensijilan halal dari luar negara telah bersetuju untuk memberikan senarai bahan yang telah diakui sah oleh mereka kepada HVE bagi memudahkan lagi pemohon sijil halal untuk mendapatkan sijil halal bagi ramuan yang digunakan.

Berikutan persetujuan itu, 26 badan halal tersebut boleh memuat naik sijil halal dan maklumat mengenai ramuan yang telah mereka sahkan ke dalam enjin carian tersebut secara satu persatu ataupun secara pukal.

Bagi mengakses HVE ini, pengguna perlu mendaftar di laman web, http://www.halalverified.com/User/Register.

Mengenai sumbangan HVE kepada industri Halal negara, Mohamed Hazli berkata proses pensijilan halal dapat dipermudahkan dan membantu produk halal tempatan mudah dieksport keluar negara.

Beliau berkata proses penyemakan ketulenan sijil halal adalah punca utama proses pensijilan mengambil masa yang lama, terutamanya apabila pemohon cuba menukar nama produk, jenis produk dan tarikh sah laku yang telah tamat.

Dengan wujudnya HVE ini, masalah tersebut dapat dielakkan kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti 'Quick Response Code' (QR Code) untuk mengelakkan sebarang pemalsuan sijil halal terutamanya dari agensi pensijilan antarabangsa, katanya.

Selain itu, kemudahan ini dapat memastikan sijil Halal yang dimuat turun jelas serta boleh difahami oleh Jakim, berbeza dengan sijil halal yang diperoleh sendiri yang sesetengahnya mungkin rosak akibat dihantar melalui kiriman pos, faksimili dan mungkin tercicir dalam proses penghantaran.

HVE turut memastikan sijil halal yang hampir tamat tempoh pula hanya boleh dilihat dan tidak boleh dimuat turun bagi menyekat usaha memalsukan sijil tersebut, tambahnya lagi. - Bernama

Tiada ulasan: