Rabu, 1 Januari 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Mahkamah dunia iktiraf ‘Sultan Melaka’?

Posted: 01 Jan 2014 02:39 AM PST


 



Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;

"Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,"

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.

Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa (gambar bawah) itu diterima pada 25 Disember lalu.


Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah 'mendapatkan semula' beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.

Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob.
Sumber: MalaysiaGazette

Himpunan Turun berjaya, dakwa 50,000 sertai, kata pengerusinya Azan Safar

Posted: 01 Jan 2014 02:27 AM PST


OLEH DIYANA IBRAHIM

Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Mohamad Azan Safar (gambar) menyifatkan perhimpunan yang berlangsung dengan aman malam semalam berjaya dan mendakwa disertai 50,000 peserta  menolak tuduhan bahawa Turun merupakan himpunan untuk mengulingkan kerajaan.

"Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014 sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekali gus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Malah, Azan yang sebelum ini pernah ditahan polis gara-gara penglibatanya dengan Turun turut memuji kerjasama baik yang diberikan pihak berkuasa dalam memastikan perhimpunan dijalankan dengan aman.

Tambahnya, kejayaan himpunan Turun merupakan kemenangan tersendiri sebagai pemulaan kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.

"Dan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi," katanya.

Semalam, perhimpunan Turun yang membantah siri kenaikan barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan pada malam sambutan tahun baru telah berjaya menawan Dataran Merdeka dengan kehadiran kira-kira 10,000 peserta.

Bagaimanapun jumlah kehadiran peserta demostrasi berbeza dengan apa yang dinyatakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad dalam sidang medianya semalam apabila menyebut hanya 5,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.

Mengulas mengenai jumlah penglibatan peserta Turun yang begitu ramai, Azan berkata ia membuktikan betapa rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

Terdahulu Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan.

Malam semalam peserta demonstrasi yang berarak dari lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum bertemu di Dataran Merdeka telah berjaya melepasi tiga halangan polis untuk memasuki kawasan padang.

Kemuncak himpunan Turun menyaksikan tiada percikan bunga api dan konsert ambang Tahun baru pula terpaksa ditamatkan sebelum detik jam 12 malam.

Tidak seperti demonstrasi sebelum ini, tiada sebarang kekerasan atau tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan dua orang anggotanya telah cedera ditangan akibat jatuh semasa peserta demonstrasi melepasi halangan pihak berkuasa.

Malah pihaknya turut melaporkan menjumpai senjata yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum perhimpunan bermula.

Katanya, senjata iaitu empat parang dan 13 pisau dijumpai di tepi longkang Kompleks Daya Bumi .
Zainuddin berkata akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut termasuk mengenal pasti dalang terlibat agar dakwaan dapat dilakukan.

Beliau juga berkata, beberapa pemimpin pembangkang juga turut dikenalpasti terbabit dengan insiden semalam namun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin pembangkang turut  kelihatan dalam perhimpunan Turun semalam.

Penjaga anjing Melayu tidak kesal dihalau, berusaha cari tapak baru

Posted: 01 Jan 2014 02:17 AM PST

OLEH LOOI SUE-CHERN




 
Pasangan Melayu yang menjadi tempat berlindung 800 ekor anjing dan kucing liar di Alor Setar diperintahkan keluar dari tanah yang mereka gunakan hari ini namun ia tidak akan mengakhiri usahanya untuk terus menjadi pelindung haiwan-haiwan itu.

Pak Mie atau nama penuhnya Muhammad Azmi Ismail (gambar), berkata beliau tidak kesal. Dia tahu bahawa dia dan anjing serta kucingnya tidak boleh tinggal kekal di atas tanah di tepi teping sungai di Tanjung Bendahara, Alor Setar itu.

Bekas kontraktor yang berusia 56 tahun itu sedang berusaha untuk mendapatkan sebidang tanah yang sesuai dan cukup untuk haiwannya.

"Isteri (Halijah Idris, 66, atau Mak Intan) dan saya tahu kami terpaksa keluar juga satu hari ini. Tetapi untuk mendapat dan membeli tanah untuk tujuan itu bukan senang. Tanah yang sesuai mesti jauh dari kawasan kediaman," katanya.

"Jika saya boleh memperoleh dana, saya ingin mendapatkan 50 ekar tanah dan membina rumah perlindungan di tengah-tengah kawasan itu. Saya akan membiarkan kawasan sekeliling kosong bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pemilik tanah berhampiran," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pak Mie telah mengalami pengalaman yang perit sewaktu beroperasi di tanah miliknya di Kuala Nerang, yang terletak lebih kurang 37km dari bandar.

Beliau membeli tanah berkenaan dengan menggunakan wang sumbangan untuk menubuhkan tempat perlindungan haiwan yang baru dan merancang berpindah ke sana tahun lepas. Bagaimanapun, perancangan tergendala apabila penduduk kampung berdekatan membantah.

Beliau berkata, tiada harapan untuk mengubah fikiran penduduk berkenaan dan berpindah ke sana sekarang.

"Penduduk kampung di situ adalah orang Melayu. Saya juga seorang Melayu dan saya faham perasaan mereka. Saya tahu tidak guna cuba mengubah fikiran mereka. Selain itu, saya juga tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan keselamatan anjing-anjing saya.

"Kuala Nerang tidak akan menjadi tempat kami. Saya perlu mencari pembeli bagi tanah itu. Sekurang-kurangnya, saya boleh mendapatkan wang yang benar-benar diperlukan sekarang, " katanya.

Walaupun diusir, Pak Mie masih yakin walaupun sedih dan terkejut dengan tindakan Majlis Bandaraya Alor Star semalam mengeluarkan amaran terakhir bagi meninggalkan Tanjung Bendahara.

Akhbar The Star hari ini melaporkan bahawa tempoh tiga bulan bagi Pak Mie berakhir semalam dan beliau kini terpaksa membersihkan tempat perlindungan sementara yang dibina di tebing sungai dan mengosongkannya.

Tanah kerajaan itu dimiliki Indah Water Konsortium.

Pak Mie berkata, beliau beranggapan telah diberi masa lebih daripada tiga bulan oleh pihak majlis untuk menyelesaikan segala-galanya.

"Mengapa majlis menghantar pegawai pada Oktober lalu agar saya menaik taraf pusat perlindungan ini dengan bumbung, lantai simen, sistem saliran dan tangki septik apabila ia akan menghalau saya dan semua haiwan keluar selepas tiga bulan? Siapa yang akan melakukan semua ini jika ia hanya untuk tempoh tiga bulan?

"Memang benar bahawa majlis itu tidak pernah memberikan saya apa-apa dalam hitam putih mengenai perkara ini, tetapi saya percaya bahawa ia akan membolehkan saya diberi lebih banyak masa daripada tempoh pendek hanya tiga bulan," katanya.

Pak Mie mendakwa dengan melakukan kerja menaik taraf itu, dia akan diberi lesen untuk anjing-anjing jalanan yang diselamatkan oleh beliau dan isteri.

"Apabila pihak majlis memberitahu saya untuk melakukan kenaikan taraf ini, saya fikir patut melakukannya dengan serta-merta. Saya juga mahu lesen anjing supaya boleh menangkis aduan.

"Majlis berbuat demikian kerana aduan, yang saya tahu ia bukanlah daripada penduduk di kawasan perumahan berhampiran. Saya berharap orang-orang yang mempunyai masalah dengan saya dan rumah perlindungan akan datang dan bercakap dengan saya sebelum membuat sebarang aduan, " kata beliau sambil menambah dia bukan seorang lelaki yang tidak bertolak ansur.

Walaupun Pak Mie sedang berhadapan pengusiran, beliau dan isteri bertekad melindungi haiwan-haiwan yang ada.

"Kami tidak boleh berhenti mengambil haiwan baru jika seseorang datang kepada kami membawa kotak berisi samada anak kucing atau anjing.

"Jika kami menolak, kami tahu haiwan berkenaan akan dibuang begitu sahaja dan dibiarkan hidup mencari makanan sendiri. Ia sesuatu yang kejam dan kami tidak boleh membiarkannya.

"Menjaga beratus-ratus anjing dan kucing adalah sukar tetapi ia memberi kepuasan tersendiri . Berurusan dengan manusia adalah lebih sukar," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Star Gooi Hsiao Leung berkata beliau terkejut apabila mendengar tentang amaran terakhir pihak majlis untuk Pak Mie, kerana dia juga telah diberi gambaran bahawa rumah perlindungan itu telah diberikan lebih banyak masa.

Katanya, beliau akan menyiasat dengan majlis untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan membantu Pak Mie.

Bekas Sultanah Johor fail permohonan ketepi cerai daripada bekas sultan

Posted: 01 Jan 2014 02:13 AM PST

Oleh YISWAREE PALANSAMY

























Bekas Sultanah Johor, Tuanku Zanariah Tunku Ahmad (gambar) memfailkan permohonan ke Mahkamah Syariah hari ini untuk mengenepikan perintah sebelum ini bahawa bekas suaminya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Sultan Ismail telah menceraikannya.

Beliau memohon keputusan mahkamah bahawa beliau telah diceraikan pada 23 Januari 2009 dan rujuk seminggu kemudian adalah tidak sah.

Dalam afidavit menyokong permohonan yang difailkan hari ini, dia mendakwa jabatan kerajaan Johor khasnya pejabat agama  telah disalahgunakan untuk memalukan beliau dan Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Zanariah berkata, bekas sultan tidak pernah membuat permohonan penceraian itu, dan beliau bersama bekas sultan hidup bersama sebagai suami isteri yang sah dalam keadaan aman dan harmoni sehinggalah sultan mangkat pada 22 Januari 2010.

Dalam kes asal, Sultan Iskandar dinamakan sebagai plaintif manakala Tuanku Zanariah sebagai responden yang bermakna bekas sultan itu yang mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Bagaimanapun, Tuanku Zanariah berkata, beliau tidak pernah dimaklumkan atau diserahkan sebarang surat prosiding mahkamah itu dan hanya mengetahui mengenainya pada 30 September 2013 melalui surat yang dihantar oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Syamsuddin.

"Daripada surat mufti, ia menunjukkan Jawatankuasa Fatwa Negeri telah menyalahgunakan kuasa pada 6 Ogos 2010 bahawa Sultan Iskandar dan Tuanku Zanariah telah bercerai, dan rujuk oleh almarhum adalah tidak sah," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Tuanku Zanariah.

Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider, 1 Januari 2014.  
 Peguam Tuanku Zanariah, Kamar Ainiah Kamaruzaman, bercakap kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Syariah Johor hari ini. Gambar The Malaysian Insider,
 
Ekoran keputusan mahkamah itu, Tuanku Zanariah berkata, bekas Menteri Besar Johor ketika itu, Datuk Abdul Ghani Othman pada 9 Disember 2010 telah menulis surat kepadanya dan menarik gelaran "Yang Maha Mulia Sultanah".

Beliau juga berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenainya dan hanya tahu melalui surat mufti, tiga tahun kemudian.

"Ketidakadilan yang jelas telah dilakukan oleh pelbagai organisasi kerajaan negeri  khasnya pihak berkuasa agama," katanya dengan menambah saman ini dibuat untuk membersihkan nama baiknya serta Almarhum Sultan Iskandar, dimana reputasinya telah turut tercemar "tetapi telah tiada untuk mempertahankan diri."

Permohonan difailkan kira-kira jam 10.30 pagi hari ini di pejabat pendaftar Mahkamah Syariah Johor Bahru.

Tuanku Zanariah tidak hadir tetapi diwakili oleh peguamnya, peguam syarie Afshah Arifin dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Kes telah ditetapkan pada 20 Januari untuk sebutan.

Di luar mahkamah, anak perempuan bongsu Tuanku Zanariah, Tunku Masera Iskandar berkata, dia sangat kesal dengan cara bondanya dilayan seolah-olah menggambarkan keluarganya "hidup dalam berdosa".

"Ibu saya bukan wanita jenis itu dan saya berharap kami akan mendapat keadilan," katanya kepada wartawan.

Menteri jangan terlepas cakap

Posted: 01 Jan 2014 02:08 AM PST


Syed Arabi Idid  
Syed Arabi Idid


SHAH ALAM - Menteri disarankan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang mampu menimbulkan sentimen anti kerajaan terutama dalam perkara sensitif seperti isu kenaikan harga barang.

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, ini penting bagi mengelakkan kenyataan mereka diinterpretasikan sebagai tidak sensitif.

"Memang kita tahu setiap kali diadakan sidang media, menteri tidak boleh menjangkakan soalan daripada wartawan, jadi mereka jangan pula terlepas perkara yang tidak sepatutnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sehubungan itu, katanya, Perdana Menteri sepatutnya menasihatkan barisan Kabinet beliau supaya kenyataan yang dikeluarkan mereka tidak akan jadi bahan jenaka rakyat.

"Apa sahaja yang mereka (menteri) cakap sepatutnya tahu akan kesannya kepada rakyat dan kerajaan," katanya.

Bagaimanapun katanya, perkara ini perlu juga dilihat serius oleh mana-mana ahli politik sama ada daripada pihak pembangkang atau kerajaan.

"Perkara ini tidak boleh dipandang ringan, mereka perlu sedar apa yang telah mereka ungkapkan.

"Memang semua pihak mahu beri reaksi segera apabila ditanyakan oleh wartawan, tapi perlu juga fikir kesannya," katanya.

Apa sebenarnya cerita rebat Touch 'n Go?

Posted: 01 Jan 2014 01:57 AM PST


Touch 'n Go
 

HASRAT penulis untuk menebus rebat Touch 'n Go sebelum pemberian rebat 20 peratus itu dikatakan dimansuhkan hari ini, menghasilkan dua penemuan berbeza.

Semalam penulis berhenti di salah sebuah stesen minyak yang menyediakan kaunter Touch 'n Go Spot bagi tujuan itu.

Sesampai di kaunter, penulis menghulurkan kad prabayar sambil ramah bertanya, "hari ini, hari terakhir kan untuk tebus rebat?".

Petugas kaunter itu dengan senyuman berkata,"ramai yang tanya begitu kepada saya hari ini," ujarnya bersahaja.

Melihat tiada orang beratur di belakang, penulis ajukan lagi soalan, "betulkan rebat 20 peratus ni hendak dimansuhkan?," seolah-olah tidak mengetahui walaupun berita itu datangnya dari sumber kami di Sinar Harian.

"Ya betul," jawabnya. "Esok sudah tidak ada rebat," tambahnya lagi.

"Rugilah kalau siapa yang tak rebat, kenapa la agaknya hendak dimansuhkan," ujar penulis dalam intonasi merungut.

Namun petugas kaunter itu dan seorang lagi rakannya tersenyum ke arah penulis dan berkata, "boleh tebus lagi dalam tempoh enam bulan puan".

Lega seketika penulis mendengar maklumat itu. Al-maklumlah, kasihan pada mereka yang tidak berkesempatan untuk menebus rebat pada hari terakhir semalam.

Rebat 20 peratus ini pada hemat penulis banyak mengurangkan beban pengguna lebuh raya.

Penulis sendiri kerap menebus rebat ini sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Boleh dikatakan rebat 20 peratus yang diperkenalkan sejak 2009 ini banyak membantu penulis sendiri yang menggunakan lebih RM300 tambah nilai setiap bulan untuk ulang alik ke tempat kerja.

Hari ini ketika dalam perjalanan ke pejabat, penulis berhenti untuk mengisi petrol. Kebetulan ada kaunter Touch 'n Go Spot juga di sana.

Penulis sekali lagi meringankan mulut bertanya, bolehkan rebat Touch 'n Go ditebus lagi memandangkan skim itu katanya sudah dimahsuhkan bermula hari ini.

Penulis juga ingin mengesahkan kata-kata petugas kaunter semalam.

Bagaimanapun jawapan petugas kaunter yang ini buat penulis rasa hampa dan tertanya-tanya.

"Saya pun tak tahu, rasanya "burn" kot," ujarnya ringkas.

Sepanjang perjalanan ke pejabat penulis fikirkan, kenapa mereka yang menjaga kaunter Touch 'n Go ini tidak tahu tentang maklumat yang tepat mengenai hal rebat ini?

Kenapa jawapan yang diterima daripada petugas kaunter untuk produk yang sama berbeza?

Jika benar ia dimansuhkan, apa jadi dengan rebat yang terkumpul dan benarkah semalam adalah hari terakhir untuk menebusnya?

Semakan di laman web rasmi Touch 'n Go juga tidak menemukan apa-apa info.

Satu harapan penulis, berilah pengguna maklumat yang tepat dan meyakinkan kerana itu hak kami.

Solidariti Mahasiswa Malaysia: Himpunan Turun hanya permulaan

Posted: 01 Jan 2014 12:38 AM PST

Basyar Abkadir

 
logo smmKUALA LUMPUR N: Himpunan membantah kenaikan kos sara hidup malam tadi yang berjaya mencatat kehadiran lebih 10,000 peserta merupakan isyarat pertama daripada rakyat Malaysia membantah kenaikan harga barang.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammed Bukhairy Sofian menegaskan, mahasiswa akan terus memberi tekanan kepada kerajaan minoriti Umno-BN.

"Ini baru di peringkat permulaan. Ini baru isyarat kepada kerajaan supaya mereka sedar orang bawahan ini susah," kata Bukhary ketikia ditemui Keadilandaily di Dataran Merdeka malam tadi.
"Kalau kerajaan masih melaksanakan mahu GST, masih mahu meneruskan kenaikan harga barang, kita (mahasiswa) akan datang memprotes lagi dan terus beri tekanan kepada kerajaan," tegasnya.

BUKHARYKatanya, kerajaan menggunakan dana awam bagi program tidak munasabah seperti perayaan malam tahun baru, sedangkan pada masa yang sama ada rakyat menderita akibat bencana alam seperti banjir di Pahang dan Sarawak.
"Kerajaan terlalu banyak mambazirkan wang rakyat. Contohnya untuk sambutan tahun baru 2014 kerajaan membelanjakan RM15 juta.

"RM15 juta itu datang dari rakyat. Jadi perlu disalurkan kepada kebajikan rakyat secara menyeluruh.

"Bukan semata-mata untuk tahun baharu sahaja," katanya.
Himpunan membantah kenaikan harga barang sempena sambutan tahun baru 2014 di Dataran Merdeka malam tadi menyaksikan kehadiran lebih 10,000 peserta yang terdiri dari pelbagai kaum dari semua peringkat umur.

Ambang 2014: Tahun susut duit, susut nilai dan bukti pembohongan BN

Posted: 01 Jan 2014 12:33 AM PST



Oleh Hafiz Zainuddin


DUNIA belum kiamat. Justeru, 2014 ini bakal disambut 27 juta rakyat Malaysia dalam keadaan dukacita biarpun diiringi konsert, bunga api dan pertambahan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia.
2014 menyajikan satu lagi episod buruk kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus ekonomi negara dengan baik. 2014 ialah tahun kejatuhan ekonomi rakyat kelas pertengahan dan ke bawah.

Dengan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi dengan baik; yang akhirnya menyebabkan hutang negara bertambah, kenaikan harga barang dan rekod rasuah yang cemerlang. Adakah 2014 ini juga akan menyaksikan kejatuhan ekonomi negara yang dahsyat?

Seputar itu, ia langsung mengingatkan kita kepada soalan utama pra-pilihan raya, "Adakah BN mampu terus menerajui negara?" atau yang sebelumnya sering diungkapkan mereka; "Adakah Pakatan Rakyat (PR) mampu mentadbir Malaysia?"








Saya percaya, soalan mampu atau tidak ini sudah tamat tempoh. Tidak sesuai lagi untuk kita ungkitkan. Kalau kita mengambil contoh Korea Utara, kerajaan mereka mampu sahaja terus memerintah walaupun rakyatnya tertindas, mati tidak cukup zat dan demokrasi. Begitu juga dengan UMNO yang sudah sebati dengan penyakit rasuah daripada pucuk sampai ke akar dan tak mampu diubati lagi.

Yang penting sekarang bukan lagi soal BN atau PR. Beban yang terpaksa dihadap masyarakat Malaysia seluruhnya kini tertumpu kepada bagaimana masa depan kita dan negara yang terpaksa mengharungi zaman gelap ekonomi akibat kebijaksanaan BN mengurus ekonomi negara dan bagaimana kita mampu lagi berjimat dengan roti canai dan teh o kalau harga pun sudah naik!

Over time sampai lebam dan Hidup Melayu

Lubang poket kita yang makin besar dan lolos ini tidak mampu dibaiki dengan seruan "Marilah bersatu…! Hidup Melayu..! atau 1Malaysia. Itu semua sampah. Slogan bodoh yang menjadi racun bagi minda masyarakat Malaysia.

Lidah memang lembut. Datuk, Datuk menteri senang saja kata "Marilah bersatu bersama lalui dugaan ini…!" tapi mereka terus membolot harta negara dan hidup mewah. Mereka berseru "Hidup Melayu..!" tapi mereka juga yang menginjak-injak bangsa ini. Slogan sepeti ini semata-mata slogan hipokrit. Slogan buat mereka yang bebal.

Apa pun, jika kerajaan tidak hilang RM20 bilion setahun akibat bocor, saya yakin benar mereka tidak akan terburu-buru menaikkan kos keperluan harian dan perkhidmatan kita malah BR1M yang dijanjikan sebanyak RM1,000 sebelum pilihan raya pula tidak akan terkurang sesen pun seperti sekarang yang hanya RM650.

Jenayah bakal naik seiring kenaikan capati

Tahun 2014 ini saya percaya sebagai tahun kenaikan kadar jenayah terutamanya di kawasan bandar seiring keperluan kewangan yang mendesak. Ini bukan soal harga naik 20 sen, 30 sen tetapi kesan daripada momentum kenaikan itu bagi hidup sehari-hari. Satu lagi 'hadiah' daripada kerajaan BN buat kita, golongan kelas pertengahan dan ke bawah. Bila jenayah meningkat, lebih banyak CCTV dipasang, lebih ramai pak guard Nepal digaji, lebih lama pasukan Rukun Tetangga berjaga malam dan mata pun lebam. Ini bermaksud, lebih banyaklah duit kita mengalir.

Tahun 2014 juga tahun miskin. Untuk mencapai keselesaan hidup dan menyeimbangkan poket. Kita akan lebih kuat bekerja. Masa bersama akan kurang. Ibu bapa akan lebih sibuk bekerja sambilan, pekerja industri akan buat OT tidak tidur malam. Dengan mata lebam dan perut yang makin susut, hubungan kekeluargaan dan masyarakat yang makin merenggang; kesusutan nilai ini juga tidak lebih dari sebuah manifestasi gagalnya kerajaan BN menjadi penaung dan pendokong masyarakat terbanyak kelas pekerja.

Lupakanlah sahaja Syed Mokhtar al-Bukhary yang dibanggakan kita, lupakan Ananda Krishnan, lupakan Robert Kuok. Mereka ini terus mendapat dokongan dan sokongan kerajaan dengan monopoli dan pemberian subsidi menguntungkan satu demi satu dan terus kaya. Soal sekarang adalah kita yang belum tentu nasib hujung pangkalnya.

Suka saya memetik bait-bait apologetik Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia Zaini Hassan, "…. Namun, negara akan tetap berdiri. Malaysia bukanlah sebuah rumah yang sedang terbakar dan kapal sedang karam. Ia masih lagi berlayar, walaupun badai terus melanda." Selamat Tahun Baru 2014.-Roketkini.com

Kerajaan BN Tidak Pun Terguling

Posted: 01 Jan 2014 12:18 AM PST



Oleh Abdul Rahman Hashim


Heboh di dalam media arus perdana kita mengorkestrakan Perhimpunan TURUN 31 Disember 2013 adalah Perhimpunan GULING kerajaan. Pada saya perhimpunan yang digerakkan oleh beberapa NGO ini berjaya dari segi menghimpunkan puluhan ribu orang yang datang atas kesedaran untuk menyatakan kepada kerajaan betapa rimas dan resahnya rakyat akar umbi dengan kenaikan harga barang, kenaikan kadar TOL, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga petrol, pengurangan subsidi gula dan bermacam-macam lagi yang membabitkan kesengsaraan rakyat menjelang tahun 2014

Di sebalik kejayaan itu, kegagalan yang ketara pula dilihat ialah pihak penganjur gagal mencetuskan huru hara, tiada letupan bom selain percikan bunga api oleh penganjur Ambang Tahun Baru 2014@DBKL. Kegagalan menghuru harakan Dataran Merdeka mungkin mengecewakan juga Utusan Malaysia, Berita Harian, TV3 dan pihak media yang sekutu dengannya, kerana begitu lama mereka cuba memutar belitkan matlamat perhimpunan ini diadakan kononnya di situ akan berlaku insiden kerajaan akan DIGULINGKAN oleh pencetus demonstran termasuk mendakyahkan kononnya akan ada letupan bom.

Semuanya AUTA belaka. Datuk Bandar Kuala Lumpur yang mengetuai pekikan Tahun Baru di atas pentas Dataran Merdeka tidak pun terasa dirinya terancam. Begitu juga rakyat seluruh negara pula dihidangkan dengan siaran secara langsung oleh pihak TV tanpa ada rasa was-was akan mara bahaya yang akan menimpa sambutan Tahun Baru kali ini. Jika benar perhimpunan TURUN ini dianggap bahaya, kenapa Bukit Aman tidak menasihatkan Datuk Bandar dan lain-lain VIP supaya jangan hadir; ataupun nasihatkan sahaja agar 'Konsert Ambang Tahun Baru 2014' itu dibatalkan sahaja?




 Jika dilihat propaganda yang diputarkan, Dataran Merdeka bagaikan akan bermandi darah, mungkin juga bangunan DBKL akan dirampas, bangunan warisan Sultan Abdul Samad dan Kelab Selangor yang berdekatan dengan Dataran Merdeka mungkin juga turut menjadi sasaran untuk mencetuskan rampasan kuasa. Di situ juga terlalu dekat dengan Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Bank Negara, Bank Rakyat, Bangunan CIMB, Kompleks Kerajaan Jalan Dato' Onn serta pusat-pusat membeli belah di Sogo, Pertama Complex, Stesen LRT di Masjid Jamek juga berdekatan, Pasar Seni, Daya Bumi, Maju Junction, Medan Mara kesemuanya memang boleh dimangsakan jika benar peserta himpunan ini hendak menggulingkan kerajaan. Semuanya mengarut saje.


Siaran berita TV1, TV2 dan TV3 yang dimainkan setiap hari mungkin juga membuatkan denyut nadi emak bapak yang berada di kampung turut menjadi risau. Termiang-miang di benak hati mereka, apakah anak-anak mereka juga terlibat untuk menggulingkan kerajaan? Saya cuma terfikir, apakah kerajaan akan mengisytiharkan darurat, jika benar perhimpunan membela rakyat itu mampu menggulingkan kerajaan? Jadi, apabila semuanya itu tidak berlaku, bukankah itu hanya suatu gertakan yang hendak menakut-nakutkan orang ramai sehingga warga kota menjadi gelisah tentang keselamatan diri mereka menjelang ambang tahun baru 2014.

Jika ia merupakan suatu gertakan untuk menakut-nakutkan rakyat, jelas terbukti strategi dan taktik bodoh itu tidak menjadi, sebaliknya berbondong-bondong rakyat yang menyertainya tanpa rasa takut pun. Mereka memaparkan sepanduk-sepanduk yang bercirikan kekecewaan di atas kenaikan harga barang yang akan berkuatkuasa 1 Januari 2014.




Syukur Alhamdulillah, akhirnya pihak polis bertindak bijak kerana mereka tidak melakukan apa-apa kekasaran yang boleh menyebabkan tercetusnya kekacauan. Tidak ada semburan 'water canon' yang dihalakan kepada para demonstran, tidak ada yang pecah kepala akibat pukulan cota FRU, tidak berlaku keganasan seperti yang disangka, letupan bom juga tidak kedengaran. Tidak pula kedengaran kereta ambulan untuk membawa demonstran yang tercedera atau yang terbunuh ke hospital. Para demonstran wajarlah berterima kasih kepada pihak polis, kerana keselamatan semua demonstran dan orang awam sentiasa dikawal rapi oleh mereka. Saya tidak bersetuju jika para demonstran tidak dapat menerima hakikat ini!

Walaupun perhimpunan aman ini telah bersurai tanpa insiden berat yang  berlaku, namun saya yakin pihak media terutamanya Utusan Malaysi sentiasa tidak berpuas hati dengan kejayaan Perhimpunan TURUN ini. Tentu ada manipulasi dan putar belit lain yang akan digembar gemburkan dalam melaporkan berita untuk memburukkan keadaan. Media ini tidak pernah positif terhadap mereka, maka sebab itu Utusan sering kalah dalam beberapa kes samannya terutama berkaitan dengan gelombang seumpama ini. Kebencian dan sakit hati terhadap akhbar seperti ini menyebabkan ia menjadi liabliti kepada UMNO dan kerajaan.

Saya juga yakin pihak penganjur tentunya berpuas hati di atas kejayaan mereka itu. Namun yang pasti belum tentu pihak kerajaan boleh akur dengan bantahan dan tuntutan TURUN kerana tuntutan itu dianggap didalangi oleh musuh politik UMNO/BN, walaupun tidak semua tuntutan itu berniat jahat. Apa pun, kita mengharapkan pihak kerajaan dapat mendengar rintihan rakyat dan jangan berlengah untuk melakukan muhasabah agar rakyat tidak merasa kecewa lagi. Jangan biarkan derita rakyat berlarutan, kerana ia boleh membahayakan masa depan UMNO/BN. Wallahu'alam.

Suasana di Sogo
Suasana di Sogo

Syabas Kesas dan kerajaan Selangor

Posted: 01 Jan 2014 12:05 AM PST

Oleh Haji Subky Abdul Latif


Syabas! Beribu-ribu syabas buat Kesas Sdn Bhd kerana berani mengumumkan tidak akan menaikkan caj Lebuh Raya Shah Alam (SLA) tahun depan.

Syabas juga buat PKNS kerana mematuhi dasar kerajaan Negeri Selangor untuk melakukan apa yang terdaya bagi menghalang kenaikan tol di mana-mana lebuh raya yang ia mempunyai saham konsesi.

Terdaya atau tidak PKNS menghalang syarikat yang punya saham majoriti untuk menaikkan tol tidak diketahui tetapi ia sudah ada dasar sekarang iaitu membangkang kenaikan itu. Tidak perlu dengar cakap Noh Omar yang seolah-olah bebal itu agar kerajaan Selangor beli semua saham konsesi jalan bertol supaya tol tidak dinaikkan.

Pengguna Lebuh Raya Kesas sekarang boleh bersyukur kerana ancaman bala iaitu kenaikan tol tidak akan berlaku. Masing-masing boleh menunaikan sujud syukur kerana terlepas daripada ancaman bala itu. Walaupun penindasan atas tol itu masih ada, tetapi selagi Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat beban itu tidak bertambah.

Bolehlah mereka mengharapkan dalam PRU yang akan datang kiranya berubah kerajaan pusat, ada harapan tol boleh dijadikan sejarah dimansuhkan atau paling tidak, diturunkan mengikut kadar pertambahan kenderaan di jalan raya.

Jika Perdana Menteri Najib anak jantan betapa dasarnya disangka betul, maka dia dicabar, naikkan tol mulai seminggu dua ini sebagai yang diamarankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Wahid Omar betapa kenaikan tol tidak dapat dielakkan.

Wahid Omar adalah menteri suruhan. Dia tidak pernah minta pengundi menyokongnya supaya dia jadi menteri. Dia jadi menteri kerana disuruh Najib. Maka dia sebagai menteri suruhan tidak ada kuasa untuk membuat dasar menindas pengguna jalan bertol bagi menaikkan tol, melainkan dia menyampaikan amaran tol tidak dapat dielakkan daripada naik setelah ia tidak naik sebelum PRU13.

Apakah langkah menindas rakyat dengan menaikkan tol itu popular atau tidak, kerajaan anak jantan mesti naikkan juga bagi mengelakkan beban kerajaan menanggung sabsidi tol kira-kira RM400 juta setahun syarikat konsesi.

Najib boleh tempelak orang ramai. Mereka mana tahu beban yang kerajaan tanggung. Asyik membantah langkah kerajaan saja. Apakah kerajaan hendak dibebankan saja yang akibatnya konon negara boleh muflis.

Jika Najib sangka dia betul. Langkahnya rasional dan ia bukan untuk menindas rakyat, laksanakan apa yang Wahid amaran itu.

Amaran itu adalah tambahan ancaman yang menindas rakyat selepas PRU13. Rakyat sudah ditindas dengan kenaikan harga minyak, gula, ancaman tambahan tarif eletrik mulai kokok ayam pertama tahun 2014. Dan sekarang tambahan caj tol.

Jika tol tidak jadi dinaikkan, bukan kerana dasar atas tol tidak menindas, tetapi justeru ancaman politik yang Najib dan Barisan Nasional hadapi atas reaksi rakyat bersama pembangkang atas ancaman kenaikan itu.

Reaksi Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim ialah memanfaatkan kuasa politik yang ada pada mereka untuk menghalang tambahan penindasan ke atas pengguna lebuh raya yang kerajaan Selangor ada saham.

Pengguna lebuh raya SLA (Kesas) sudah bebas daripada ancaman itu. PKNS juga akan redakan kebimbangan orang-orang yang tertindas. Jika tidak ada tindakan sepadu Anwar dan Khalid, tiada cara bagi semua terlepas daripada ancaman bala.

GST di Malaysia. Baik Untuk Negara, Tetapi Kempen Biar Munasabah! Turunkan GST Kepada 2%-3%! Respon Anda?

Posted: 31 Dec 2013 11:58 PM PST

 


Harga Barang Turun GST



Malaysia Muflis Tanpa GST? (KLIK SINI). Ok. Baik. Berita Semasa tiada masalah dengan GST. Jikalau di England contohnya, setiap kali membeli barangan di sana. VAT akan dikenakan. Sama sahaja….
"Value Added Tax (VAT) = GST"

 

Pelaksanaan GST di Malaysia : PRO @ KONTRA?

GST ada baiknya, ada buruknya. Yang pasti dengan GST dapat menambaik penstrukturan cukai secara saksama dan adil. Di mana golongan bracket tertinggi tidak akan terlepas dari membayar cukai.
Daripada peringkat awal, barangan tersebut dikeluarkan sehinggalah barangan tersebut dijual.

Pendapatan GST Malaysia

Tetapi, masalah dengan GST yang cuba dilaksanakan kerajaan sekarang ini adalah :

Yang pertamanya, berkaitan kempen GST yang Berita Semasa rasakan sesuatu yang pelik. Pelik kerana kerajaan mengatakan Sales & Servis Tax (SST) tidak baik, dan GST itu lebih baik kerana GST mampu kurangkan harga barang. Ha???? Pitam sekejap.

Kempen apakah ini yang cuba disuapkan kepada rakyat sekarang? Berita Semasa tidak faham sebenarnya apa sebab kerajaan menggunakan pendekatan yang sebegitu rupa. Hakikatnya, GST memang akan meningkatkan harga barang. (CONTOH DI SINI)

Bagi pendapatan Berita Semasa, jikalau kerajaan mahu memperkenalkan sesuatu yang baru kepada rakyat, mulakanlah dengan :
"kempen yang mampu meyakinkan rakyat, bukannya memperbodohkan & merendahkan pemikiran rakyat"
Jikalau kerajaan menggunakan dana negara untuk melamcarkan kempen kesedaran GST tetapi rakyat tidak percaya dan meluat. Jadi, untuk apa adanya kempen yang sebegitu rupa?

 

Pelaksanaan GST di Malaysia : Permulaan 6% @ 2-3%?

Yang keduanya ialah, Berita Semasa bersetuju dengan pelaksanaan GST tetapi kadar peratus permulaan pelaksanaan GST terlalu tinggi. 6% tinggi sebenarnya. Mengejutkan bagi Berita Semasa jikalau dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara.

Berita Semasa merasakan adalah lebih baik untuk kadar permulaan GST diturunkan antara 2%-3% dan apabila rakyat telah memahami, terdidik dan terbiasa dnegan GST, baru dinaikkan kadarnya.
GST ada kebaikannya kepada menjana pendapatan yang mampan kepada negara, GST boleh diperkenalkan tetapi janganlah perkenalkan dasar baru seperti GST dengan cara radikal & mengejutkan rakyat.

Harga Barang GST

Kepada kerajaan, diharapkan jangan terlalu gelojoh untuk memperkenalkan dasar baru kepada rakyat. Ingatlah, sesuatu perniagaan tidak mungkin kita boleh mendapat keuntungan secara cepat.
"Kita melabur, tetapi kita ambil sedikit demi sedikit supaya dalam konteks negara dan rakyat, Rakyat tidak terasa bebanan tinggi manakala negara mendapat manfaat."
Harapan Berita Semasa, kerajaan perlu nilai semula dan kempen kesedaran yang digunakan membolehkan rakyat terima dasar GST sebegai satu keperluan negara. Apa pendapat balas anda pula?

Perhimpunan Haram: DBKL Bincang Tindakan Susulan Dengan Polis

Posted: 31 Dec 2013 11:53 PM PST

Persembahan konsert ambang tahun baharu 2014 terpaksa dihentikan ekoran peserta-peserta perhimpunan haram menceroboh masuk di Dataran Merdeka. Foto: BERNAMA
MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan berbincang dengan pihak polis bagi menentukan tindakan susulan terhadap penganjur perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada Selasa malam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata pihaknya akan memutuskan tindakan lanjut terhadap penganjur perhimpunan itu setelah satu mesyuarat khas diadakan.

"Setakat ini DBKL belum mengenal pasti apa tindakan yang akan diambil...sama ada tindakan saman kepada penganjur atau tindakan-tindakan lain yang sesuai," katanya.

Perhimpunan haram itu yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO), dihadiri kira-kira 4,000 peserta telah merencatkan konsert Ambang Tahun Baharu anjuran DBKL yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam ekoran peserta perhimpunan menyerbu masuk ke Dataran Merdeka.

Polis menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Mengulas mengenai jumlah kerugian, Ahmad Phesal berkata DBKL setakat ini belum menerima apa-apa laporan kerugian peralatan atau harta benda susulan perhimpunan haram itu.

"Setakat ini belum terima apa-apa.. tetapi apabila ada (laporan) kita akan lihat dan kira berapa jumlah kerugian," katanya.

Ahmad Phesal turut memuji kecekapan anggota keselamatan yang mengawal keadaan sehingga tanpa berlakunya kejadian tidak diingini.

"Saya juga bersyukur kerana orang awam turut memberi kerjasama dan tidak mencetuskan provokasi meskipun persembahan bunga api untuk sambutan tahun baharu terpaksa dihentikan bagi mengelakkan insiden berpanjangan," katanya.

Beliau turut menegaskan tidak timbul isu wujudnya pembaziran apabila persembahan bunga api dihentikan kerana ia (bunga api) masih boleh digunakan untuk acara-acara lain.-BERNAMA

Ibu Bapa Boleh Dapat Nasihat Kemasukan Anak Ke Tingkatan Satu Secara Online

Posted: 31 Dec 2013 11:51 PM PST

 MSTAR ONLINE
 
 
ALOR SETAR: Ibu bapa boleh mendapat maklumat serta mengetahui status kemasukan anak-anak mereka ke tingkatan satu secara online, kata Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan.

Beliau berkata sistem online itu diperkenalkan tahun lepas bagi kemasukanke sekolah berasrama penuh dan sekolah kawalan iaitu Sekolah Menengah KebangsaanAgama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah aliran agama.

"Kita menerima banyak rungutan daripada ibu bapa dan berharap mereka bersabar. Pada masa yang sama ibu bapa boleh dapatkan maklumat di Pejabat Pendidikan Daerah," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah JenisKebangsaan Tamil Barathy, di Jalan Stadium pada Rabu.

Menurut Kamalanathan, antara rasa tidak puas hati ibu bapa dengan sistem online itu ialah permohonan yang tidak sama sebagaimana surat tawaran untuk memasuki sekolah yang dipilih.

Beliau turut melawat Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma di Jalan Langgar danSekolah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong bagi melihat sendiri keperluan sekolah-sekolah tersebut.
Sesi persekolahan di Kedah bermula pada Rabu.-BERNAMA

Bantuan Persekolahan RM100 15 Januari 2014. Harga Kelengkapan Pakaian Sekolah Naik! Alat Tulis 20%-30%!

Posted: 31 Dec 2013 11:48 PM PST

 

Bantuan Sekolah 2014


Di atas adalah contoh kasar, semakin banyak kelengkapan pakaian sekolah anak-anak anda diperlukan semakin tinggi belanja persekolahan mereka. Itu baru seorang. Bagaimana pula dengan keluarga yang memiliki 3-5 anak yang bersekolah?

 

Bantuan Persekolahan RM100 2014 VS Kenaikan Harga Barang?

Harga di Semenanjung semestinya lebih murah berbanding ibubapa yang tinggal di Sabah. Setiap kawasan kelompok keluarga ada cabaran tersendiri dalam membesarkan anak-anak terutamanya yang masih bersekolah. Dengan lonjakan harga barang yang tidak pernah menemui "noktah" ketika ini, terbaru harga alat tulis juga akan melonjak antara 20%-30%.

Bantuan Sekolah RM100

 

Bantuan Persekolahan RM100 2014

  • 5.4 juta pelajar sekolah rendah, menengah akan mendapat Bantuan Persekolahan RM100 2014
  • Bantuan Persekolahan RM100 2014 melibatkan peruntukkan RM540 juta
  • Bantuan Persekolahan RM100 2014 diagihkan 15 Januari 2013
Cuma pada pandangan Berita Semasa adalah lebih banyak bantuan seumpama ini diagihkan sebelum bermula persekolahan iaitu pada 2 Januari 2014 semula supaya dapat mengurangkan beban ibubapa menyiapkan kelengkapan anak-anak ke sekolah. Bagi Berita Semasa bentuk bantuan sebegini agak baik dan diharap golongan kaya tidak dimasukkan dalam senarai penerima supaya bantuan seperti hanya disasarkan kepada golongan pertengahan  dan berpendapatan rendah sahaja.

Belum cadang bawa pulang pelajar Mesir

Posted: 31 Dec 2013 11:36 PM PST









HARAKAHDAILY  


KUANTAN: Jabatan Pelajaran Malaysia di Mesir masih belum memohon kepada Kementerian Pelajaran untuk membawa pulang pelajar Malaysia berikutan insiden pertempuran antara pelajar Universiti Al-Azhar dan pasukan keselamatan Mesir, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Beliau berkata lebih 3,000 pelajar Malaysia di Mesir telah ditempatkan di universiti-universiti di Malaysia semasa berlakunya pergolakan sebelum ini di negara itu.
  
"Masih belum ada keputusan dibuat mengenai keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan sekolah sumbangan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak, di sini, hari ini.
  
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, menghadiri taklimat di Jabatan Pelajaran Pahang mengenai pasca banjir di negeri ini dan persediaan bagi memastikan kesemua 41 buah sekolah yang terjejas banjir baru-baru ini sedia untuk memulakan sesi persekolahan 2014 pada Khamis ini.
  
Pertempuran berlaku pada Ahad di seluruh kampus lelaki di Universiti Al-Azhar antara pasukan keselamatan Mesir dan pelajar yang menyokong bekas Presiden Mohammed Mursi.
  
Peperiksaan akhir semester akhir univesiti itu juga dilaporkan ditunda berikutan insiden berkenaan. - Bernama

Elak politik lapuk, rintis politik baru sempena tahun baru

Posted: 31 Dec 2013 11:33 PM PST


HARAKAHDAILY 


KITA akan mengucapkan selamat tinggal kepada 2013 dengan dada yang lapang; dengan kesedaran bahawa pada setiap penghujung tahun adalah permulaan bagi hari-hari baru yang bakal menjelang. Kita harus sentiasa optimis bahawa segala yang terjadi sepanjang tahun lalu adalah batu-batu asas yang akan merintis jalan ke arah perubahan.

Perubahan itu sifatnya abadi. Setiap waktu, setiap hari; perubahan tidak berhenti. Tidak ada siapa yang mampu menahan perubahan daripada berlaku ketika ia datang tepat pada waktu.

2008 yang lalu Malaysia telah melihat tsunami politik yang begitu besar, dengan beberapa buah negeri berjaya ditadbir oleh koalisi politik parti-parti oposisi yang kini dikenali umum sebagai Pakatan Rakyat.

Lima tahun kemudian pada 2013, ombak perubahan politik yang lebih kuat terus membadai lantas berkesudahan dengan pertambahan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen, selain menafikan majoriti undi popular parti pemerintah.

Pasca 505, negara menyaksikan harapan dan impian baru yang selama ini jarang-jarang diyakini boleh tercapai. Meski pun harapan rakyat untuk melihat perubahan rejim tidak kesampaian, kita masih boleh merasakan kehendak rakyat yang semakin berkobar-kobar mahukan sebuah perubahan, dan tanggungjawab membawa perubahan ini haruslah digalas bersama.

Pilihanraya Umum ke 13 menyaksikan gerak gempur yang begitu berjaya; terutamanya di Selatan tanah air, di mana kubu-kubu UMNO dan BN selama ini luluh hasil daripada keazaman rakyat menuntut perubahan. Kita telah menafikan angan-angan politik perkauman BN apabila DAP bersama-sama Pakatan Rakyat menang di Gelang Patah sungguhpun ada cubaan oleh pemimpin UMNO untuk menjadikan pertandingan tersebut sebuah isu perkauman.

Begitu juga halnya dengan kerusi-kerusi seperti Raub dan Bukit Bendera di mana DAP telah meletakkan calon-calon Melayu yang menang di kawasan majoriti pengundi Cina. Ilusi politik perkauman yang dibikin UMNO hancur lebur, dan oleh kerana kegagalan itu mereka lantas mudah menyalahkan pengundi Cina.

Mereka barangkali lupa dengan kerusi Temerloh yang dimenangi mantan Ketua Pemuda PAS, Saudara Nasruddin Tantawi yang mengalahkah Dato Saifuddin Abdullah yang bukan calang-calang orangnya. Bukan sahaja di kerusi bandar, malah di kawasan luar bandar seperti Temerloh juga rakyat sudah kian berani menolak UMNO dan kuncu-kuncunya.

Semua ini adalah indikator bahawa segala propaganda kerajaan hampir sahaja tidak berjaya apabila berdepan dengan keazaman rakyat yang begitu kuat.

Keazaman ini lah yang bakal merintis jalan ke arah impian rakyat Malaysia yang mahu melihat sebuah negara yang demokratik, adil dan memberikan peluang saksama untuk semua; serta menolak kelakuan pelampau kaum dan agama serta mencela politik perkauman sempit yang memecahbelah perpaduan bangsa Malaysia.

Keazaman ini harus sentiasa diperbaharui dengan memperkukuhkan pendirian kita bersama ke arah sebuah masyarakat berbilang kaum yang tidak lagi fobia dan tidak mampu saling mempercayai akibat daripada operasi politik pembodohan dan perkelahian yang disemai UMNO dan BN selama puluhan tahun.

Saya mengajak semua rakyat Malaysia untuk mengingat kembali segala pahit manis yang telah kita lalui sepanjang tahun lalu dan terus berusaha ke arah Malaysia yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Generasi akan datang harus dipersiapkan dengan ilmu dan maklumat yang benar, selain dipastikan tidak menjadi mangsa pembodohan terancang pihak pemerintah yang tidak lain hanya mahu supaya rakyatnya tidak terlalu cerdik sehingga mampu melawan kezaliman dan salahguna kuasanya. Zaman sudah berubah dan hari ini rakyat dari segenap lapisan usia kian celik dan sedar melalui jaringan maklumat di internet dan laman media sosial.

Politik pembodohan dengan menggunakan aparat-aparat perkauman dan agama tidak lagi relevan dan hanya membawa negara ke arah kemunduran. Adalah amat dayus bagi pihak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat daripada melihat kegagalannya mengurus ekonomi sehingga mengakibatkan inflasi dan kenaikan kos sara hidup yang begitu teruk, dengan menyajikan penipuan, fitnah serta politik permainan sentimen agama dan perkauman sempit.

Di ambang tahun 2014 ini, saya menyeru semua warga Malaysia yang berakal waras untuk meneruskan usaha menolak politik lapuk dan merintis jalan politik baru demi sebuah negara yang lebih baik, Malaysia impian kita bersama.

Perutusan Tahun Baru 2014 Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP merangkap Ahli Parlimen Gelang Patah pada 31 Disember 2013 di Kuala Lumpur.

Tol: Abim gesa kerajaan dengar, fahami suara rakyat

Posted: 31 Dec 2013 11:31 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) berpandangan, pihak kerajaan masih mempunyai beberapa alternatif bagi memastikan kos-kos terutama kos penyelenggaraan lebuh raya dapat ditampung.

Presidennya, Amidi Abd Manan menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang menyatakan kerajaan tiada pilihan melainkan terpaksa menaikkan kadar tol di beberapa tempat mulai tahun 2014.

Sebagai contoh, katanya kos pembiyaan tarif eletrik dan perkhidmatan air di  lebuh raya masih boleh dikurangkan menerusi inisiatif rundingan antara pihak kerajaan dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat bekalan air.

Justeru, kata beliau pihak kerajaan harus meniliti langkah-langkah yang wajar bagi memastikan kos dapat dikurangkan dan bukan semata-mata menyalurkan bebanan kos kepada rakyat untuk ditanggung.

Ini, ujarnya kerana tindakan menaikkan kadar tol akan terus membebankan kehidupan rakyat biasa yang telah sedia terbeban kebelakangan ini kerana ia akan mencetuskan kesan berantai kepada kehidupan rakyat.

Seperti contoh, tambah beliau kenaikan kadar tol secara langsung akan mengakibatkan peningkatan pada kos pengangkutan.

"Peningkatan ini akan meliputi kos pengangkutan serta penghantaran barang serta perbelanjaan pengangkutan awam seperti tambang bas dan teksi," katanya lagi.

Sementara itu, kata beliau kesan kenaikan tol akan lebih dirasai apabila tiba musim perayaan atau cuti umum, apabila mereka terpaksa menanggung beban kos harga minyak serta bayaran tol yang tinggi.

Hal ini, tambahnya termasuk kos tambang bagi pengangkutan awam yang akan turut dinaikkan.

Menurutnya, merujuk kepada pengangkutan awam alternatif seperti kereta api, yang tidak menggunakan laluan tol, Abim menggesa pihak kerajaan mencari inisiatif terbaik bagi memastikan kadar tambang bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut berpatutan serta tahap effisiensi dapat ditingkatkan.

"Sekiranya mutu perkhidmatan pengangkutan awam tersebut berada di tahap yang terbaik, ia secara langsung akan membantu mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya.

Beliau menambah, dalam perkembangan berkaitan, Abim juga melihat saranan kerajaan agar pengguna lebuh raya menggunakan jalan biasa sekiranya tidak mahu membayar tol harus didasari dengan jaminan dari pihak kerajaan sendiri untuk memastikan sistem jalan raya terutama di kawasan bandar benar-benar efisien.

"Sekiranya sistem jalan raya kita benar-benar efisien, ia akan menjadi satu nadi penting untuk memberdaya kualiti dalam menggerakkan ekonomi negara," ujarnya lagi.

Sambut tahun baru dengan ibadah dan tazkirah

Posted: 31 Dec 2013 11:01 PM PST

Mohd Sabri Said 


BUTTERWORTH: Ribuan umat Islam  bersolat jemaah di tapak kelahiran PAS di Padang Pemuda Merdeka, dekat sini sempena Sambutan Tahun Baru 2014 malam tadi.
 
Solat diimamkan Ustaz Mazlan Abdullah dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) dituruti tazkirah Maghrib oleh Imam Muda, Asyraf.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut mengundang ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus bersama beberapa selebriti seperti pengarah filem, Pierre Andre, kumpulan Shiro, Shamsul Yusuf dan kumpulan Nasyid Saujana.

Hadirin datang sejak sebelum Asar bagi menghindari kesesakan jalan raya dan mendapatkan sudut yang sesuai.

Padang berkenaan digunakan untuk perhimpunan menubuhkan PAS pada 1951.

Sementara itu, penceramah Ustaz Azhar Idrus sudah dua kali diundang kerajaan negeri untuk menyampaikan kuliah.

Program pertama beliau sempena Santai Anak Muda di Padang Kota Lama, Georgetown yang dihadiri lebih  40,000 orang.

Najib makin lemah, Muhyiddin mula mengorak langkah

Posted: 31 Dec 2013 10:59 PM PST

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Dengan kedudukan Najib yang semakin melemah akibat penolakan rakyat terhadap dasar merasionalkan subsidi sehingga meningkatnya banyak harga barangan serta kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit.

Muhyiddin Yassin yang baru kembali bertugas setelah bercuti di luar negara seakan telah membawa khabar gembira buat rakyat dengan menyatakan kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan sebelum ini, tulis Shahbudin Husin.

Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama kumpulan sasaran.

"Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap kerajaan ini," tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Lantaran itu, beliau menambah, Muhyiddin mahu mengkaji dan melihat semula dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan kemarahan ramai terhadap kerajaan.

Baginya, walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada.

"Muhyiddin mula menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira dengan kenaikan harga barang sekarang ini," tulisnya lagi.

[EDISI KANTOI] Parang Ditemui Dengan Payung Mirip Payung BN?

Posted: 31 Dec 2013 10:56 PM PST


Polis temui parang, pisau dalam longkang

KELAB GREENBOC
 

Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kami juga akan menyiasat insiden membaling botol air mineral ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berucap untuk menenangkan keadaan," katanya.

Beliau berkata polis juga akan mengesan beberapa pemimpin politik yang dilihat berada pada perhimpunan haram itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Para peserta perhimpunan telah menyerbu masuk ke Dataran Merdeka dan mengganggu konsert sempena menyambut tahun baharu yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kira-kira setengah jam sebelum detik 12 tengah malam.

Zainuddin berkata berikutan keganasan peserta perhimpunan haram itu, konsert berkenaan yang dihadiri 25,000 penonton terpaksa dihentikan. - Bernama

ULASAN GB

Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan. Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam.

Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram.

Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram.

Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara bagi negara Mlaaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung!

Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja!

Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN?

Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula.

[KERJA GILA & MENGHINA] Suruh Rakyat Berjimat, DBKL Peruntuk RM15 Juta Sambut 2014

Posted: 31 Dec 2013 06:44 PM PST


RM15 juta DBKL sambut 2014, gila dan menghina - Wardina

KELAB GREEENBOC



KUALA LUMPUR: "Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan," tulis selebriti Wardina Safiyyah menerusi facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memperuntukkan RM15 juta untuk sambutan tahun baru 2014.

Wardina menambah: "Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014".

Berikut ialah komen beliau.

Entahlah saya bersependapat dengan rakan saya...hati ni tak boleh terima 15 juta "dibazir" begitu saja Ye lah 'Celebrate'lah... suka hati lah..di saat rakyat tenat.. tenat dari banyak segi..fizikal, kewangan, spiritual, moral... in my opinion we shouldn't be "celebrating" ... (you don't have to agree)

A future full of struggles and uncertainty for me.. Happy new Year 2014...

Dari FSS: "15 JUTA diperuntukkan oleh DBKL untuk perayaan tahun baru!

Ini gila dan menghina. Saban tahun ia acara lagha yg langsung tiada faedah kepada rakyat. Kecuali jika sibuk benar mahu mempertahankan alasan pelancongan.

Ini gila dan menghina, di saat rakyat disuruh berjimat cermat, hidup dengan berkat dan halal, positif dengan segala kenaikan, 15 juta dihabiskan untuk detik 2014.

Gila dan menghina! Di saat program menangani gejala sosial langsung tiada bajet!"




Khawatirkan Tindakan Maksiat, Ulama Aceh Haramkan Perayaan Tahun Baru


Banda Aceh - Majlis Permusyawaratan Ulama (MPU) Banda Aceh mengeluarkan fatwa haram merayakan tahun baru masehi bagi umat Muslim. Fatwa itu dikeluarkan untuk mengantisipasi terjadinya hal-hal yang menjurus kepada maksiat.

Ketua MPU Banda Aceh, Abdul Karim Syeikh, mengatakan, perayaan tahun baru merupakan bagian dari ritual dalam agama lain. Perayaan itu lahir dari ritual Romawi Kuno.

"Kami berkesimpulan bahwa hukum merayakan tahun baru bagi umat Muslim haram hukumnya," kata Abdul Karim, Jumat (27/12/2013).

Untuk itu, MPU Banda Aceh meminta kepada Pemerintah Kota Banda Aceh untuk tidak mengeluarkan izin keramaian saat perayaan tahun baru. MPU juga telah meminta seluruh elemen masyarakat untuk tidak merayakan tahun baru.

"Kita sudah surat Muspika plus untuk tidak merayakan tahun baru dan tanggapan mereka semua cukup baik," jelas Abdul Karim.

Selain itu, MPU juga meminta seluruh hotel maupun tempat penginapan di Aceh untuk tidak mengadakan acara pesta dan perayaan dalam bentuk apapun untuk menyambut tahun baru Masehi. Sementara untuk warga non-Muslim diminta untuk menghargai Aceh yang menerapkan syariat Islam sehingga tidak merayakan tahun baru.

"Kami meminta seluruh elemen masyarakat untuk mencegah kemaksiatan yang terjadi di Aceh," ungkap Abdul Karim.
- detik.com

11 langkah penjimatan Najib “tidak bantu satu sen pun”, kata Ahli Parlimen PAS

Posted: 31 Dec 2013 06:41 PM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS



















Langkah Putrajaya mengurangkan 10% perbelanjaan keraian tidak akan membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup, sebaliknya hanya helah politik kerajaan mengawal kemarahan rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, dengan kos kehidupan rakyat meningkat sebanyak 10% hingga 30%, pengumuman 11 langkah penjimatan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga tidak menjejaskan kehidupan menteri yang terlibat.

"Tidak membantu satu sen pun," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur hari ini.

"Rakyat tak kisah nak kurangkan berapa peratus sekalipun, malah kalau gaji perdana menteri naik sekalipun rakyat tak kisah... mereka hanya mahu kos sara hidup mereka dikurangkan," kata Mahfuz.

Jelasnya lagi, pekeliling yang dikeluarkan pada 2008, oleh Kementerian Kewangan. sendiri telah menyatakan penjimatan 10% dalam peruntukan keraian perdana menteri, timbalan menteri, termasuk menteri Kabinet.

"Ia hanya helah politik. Penjimatan itu termasuk elaun keraian, kenapa perlu umumkan kembali?" soalnya lagi, dan menambah 11 langkah yang diumumkan Najib itu adalah sekadar sandiwara politik.
Najib semalam telah mengumumkan 11 langkah yang disifatkannya boleh membendung perbelanjaan kerajaan mulai tahun 2014.

Antaranya termasuk pemotongan elaun hiburan pemimpin dan pegawai kerajaan serta bajet elektrik Putrajaya.

Langkah itu adalah untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga sama-sama menanggung beban rakyat sempena kenaikan kebanyakan harga barang mulai esok.

Tahun depan ( 2014) telah diibaratkan ramai pihak sebagai tahun kenaikan kos sara hidup, berikutan kenaikan harga bagi tol, ais, alat tulis, cukai pintu Dewan Bandaray Kuala Lumpur, kadar elektrik dan tambang bas.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli turut menegaskan, dengan langkah penjimatan berkenaan, kerajaan hanya mampu mengutip RM50,353 sebulan daripada perbelanjaan keraian Najib, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Kabinet yang lain.

"Walaupun pemotongan elaun keraian sebanyak 10% adalah satu isyarat bahawa pentadbiran beliau tahu kemarahan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan Barisan Nasional akhir-akhir ini, ia sedikit pun tidak akan membantu menghentikan pembaziran dan keborosan sedia ada," kata Rafizi dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Tegas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, daripada jumlah berkenaan, Najib hanya memotong sebanyak RM1,698 sebulan "daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada beliau untuk projek-projek berbentuk kempen politik".

Bagi menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup, satu himpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru malam ini.

SPAD umum atau tidak, tambang tetap naik, kata pengusaha bas sekolah

Posted: 31 Dec 2013 06:36 PM PST

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

Pengusaha bas sekolah bertekad mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% mulai esok. - Gambar The Malaysian Insider, 31 Disember, 2013. 
Pengusaha bas sekolah bertekad mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% mulai esok. - Gambar The Malaysian Insider.



Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) tetap akan menaikkan surcaj tambang bas sekolah bermula Januari ini sehingga 40% walaupun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih tidak membuat keputusan tentang tambang baru bas sekolah.

Presiden PPBSM Amali Munif Rahmat berkata kenaikan itu merupakan satu keperluan setelah kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel sebanyak 20 sen pada September.

"Surcaj tambang bas sekolah akan dinaikkan sehingga 40% tetapi ia tertakluk kepada rundingan di antara pengusaha dan ibu bapa. Ada juga pengusaha yang hanya mahu menaikkan sekitar RM5 ke RM10 buat permulaan sehingga SPAD mengumumkan kadar tambang bas sekolah baru.

"Kerajaan mengurangkan subsidi diesel sebanyak 20 sen iaitu peningkatan kos sebanyak 13.5%.
Apabila kos sara hidup semakin tinggi, pemandu bas sekolah juga mahu pendapatan mereka meningkat. Mereka mahu pendapatan dinaikkan kepada 10%. Jika kedua-dua kos itu dijumlahkan, ia meningkat kepada 23.5%," katanya kepada The Malaysian Insider.

September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan petrol RON95 dinaikkan 20 sen seliter sebagai langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Katanya, pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, menjadikan kedua-dua harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.10 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Amali berkata surcaj 40% yang dicadangkan oleh PPBSM itu sebenarnya tidak membebankan ibu bapa kerana pada hakikatnya pihak penjaga hanya menanggung kenaikan sebanyak 90 sen sehari sepanjang sebulan hari persekolahan.

Katanya, pengusaha bas ekspres masih menikmati surcaj tambang 10% sejak diumumkan kerajaan pada musim perayaan beberapa tahun lalu, sebaliknya pengusaha tambang sekolah tidak diberikan insentif sama.

"40% surcaj tambang bas sekolah dibahagikan kepada 44 kali murid menaiki bas dalam tempoh 22 hari persekolahan setiap bulan. Jika dibahagikan, kenaikan itu hanya 0.8% atau 90 sen sehari. Perkhidmatan kami untuk satu bulan dan bukannya sehala.

"Sekarang surcaj 10% kepada bas ekspres. Kenapa beri kepada mereka, tidak kepada bas sekolah? Sebab pemiliknya orang kaya? 10% surcaj bas ekspres dikenakan setiap kali mereka manaiki bas," katanya.

Pengurus SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata SPAD telah mengadakan pertemuan bersama persatuan pengusaha bas sekolah pada minggu lalu tetapi maklumbalas daripada hasil perbincangan itu masih belum diperoleh.

Katanya, berdasarkan rundingan bersama pihak ibu bapa, mereka menggesa SPAD memperkenalkan harga lantai agar satu rundingan kadar tambang dapat dilakukan bersama pihak pengusaha.

Amali mengakui pihaknya ada berbincang dengan pihak SPAD dan suruhanjaya itu mahu memperkenalkan kadar tambang fleksibel berdasarkan garis panduan yang akan diumumkan kelak.

"Minggu lalu, satu pertemuan bersama Ketua Pegawai Operasi SPAD Azhar Ahmad telah diadakan dan mereka mengemukakan cadangan kadar tambang fleksibel. Kita tidak ada masalah. Mereka ada garis panduan yang akan diumumkan nanti berdasarkan persetujuan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata SPAD sendiri pernah menyatakan pada Ogos tahun lalu bahawa pengusaha bas sekolah mengalami kerugian sebanyak 40% tetapi tiada insentif yang diperkenalkan bagi mengatasi masalah itu.

Katanya, skim insurans kepada murid sekolah tidak harus diperkenalkan kerajaan kerana peruntukan yang diumumkan lebih sesuai digunakan bagi menggantikan bas sekolah baru.

"Kita telah menghantar memorandum kepada SPAD sejak 2011 bagi memperkenalkan insentif mengurangkan kos operasi tetapi tiada tindakan yang diambil. Apa usaha mereka untuk bantu pengusaha bas sekolah? Insurans kepada murid tidak perlu kerana pengusaha bas sekolah telah membiayai insurans pelajar.

"Kadar kemalangan bas sekolah juga kurang dari 2%. Jika peruntukan RM40 juta yang diumukan kerajaan semasa Bajet 2013 digunakan bagi menggantikan bas sekolah, sebanyak 125 buah bas sekolah dapat digantikan. Pada masa ini, sebanyak 3,000 buah bas yang patut diganti setelah usia melebihi 30 tahun," katanya.

Amali tidak menafikan bahawa ada pengusaha bas sekolah yang menaikkan tambang lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan kerajaan, tetapi ia satu perkhimatan tambahan yang dipersetujui ibu bapa.

"Sebagai contoh bas di sekolah antarabangsa, tambang basnya RM800 setiap bulan dan dikutip oleh pihak sekolah. Bas sekolah dilengkapi tali pinggang keledar, pembantu, sistem kamera litar tertutup (CCTV) bas di sambung ke sekolah dan menggunakan kad akses," katanya.

Syed Hamid dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini berkata terdapat pengendali bas sekolah yang tidak mengikut tambang ditetapkan SPAD, malah ada yang mengadakan perjanjian bersama ibu bapa bagi menetapkan kadar tambang sendiri.

Beliau berkata kenaikan tambang bas sekolah mesti selaras dengan perkhidmatan dan bas sekolah yang melebihi 30 tahun perlu ditukar setelah kerajaan menyediakan insentif bagi berbuat demikian.

Katanya, persatuan bas sekolah perlu berhenti mengeluarkan kenyataan di akhbar bagi meminta kenaikan tambang sebaliknya perlu memikirkan cara meningkatkan kualiti perkhidmatan bas sekolah semasa kepada pengguna.

Awal bulan ini, PPBSM sebulat suara mahu menaikkan tambang bas sekolah sehingga 40% berkuatkuasa Januari 2014 jika SPAD tidak mengumumkan kenaikan kadar baru sehingga hujung tahun ini.

Amali berkata kadar baru itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kos yang perlu ditampung pengusaha bas di bawah naungan PPBSM.

Katanya, jika SPAD tidak meluluskan kenaikan itu, ia dikhuatiri menjejaskan operasi PPBSM terhadap lebih sejuta murid yang menggunakan perkhidmatan mereka

Sambutan 2014 di Dataran Merdeka tanpa bunga api

Posted: 31 Dec 2013 06:22 PM PST

Oleh Mohd Farhan Darwis dan Diyana Ibrahim

Ribuan peserta Turun membanjiri Dataran Merdeka. Gambar The Malaysian Insider. 



Ribuan peserta Turun membanjiri Dataran Merdeka. Gambar The Malaysian Insider.Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 lewat malam tadi di Dataran Merdeka berlangsung tanpa sebarang percikan bunga api, malah konsert ambang Tahun Baru turut ditamatkan sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) mula memasuki kawasan berkenaan.

Menurut polis, lebih 5,000 peserta demonstrasi Turun mula memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka tepat jam 11 malam, selepas mereka berjaya melepasi tiga halangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk satu halangan menggunakan kereta peronda polis.

Ia menyebabkan dua polis cedera di tangan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dakwa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.

Sejurus peserta demonstrasi memasuki kawasan padang yang menjadi lokasi konsert ambang tahun baru, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dilihat cuba menenangkan keadaan apabila menggesa peserta demonstrasi mengawal emosi dan tindakan mereka.

"Saya berharap takkan timbul masalah berkaitan ketenteraman dan menjejaskan pengunjung kita pada malam ini.

"Berilah peluang kepada semua pihak menyambut tahun baru 2014. Peliharalah keamanan dan keselamatan semua pihak," kata Ahmad Phesal, dan disambut dengan sorakan "Boo..." dan juga "penipu" berulang kali daripada peserta demonstrasi.

Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan, mahupun keganasan direkodkan sepanjang demonstrasi aman tersebut berlangsung.

Demonstrasi berkenaan dilaporkan bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka.

Sepanjang perjalanan mereka, peserta demonstrasi yang membantah kenaikan kos sara hidup yang disebabkan oleh kenaikan beberapa barangan seperti bahan api, gula, kadar tarif elektrik dan juga pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melaungkan slogan "Turun", "Reformasi" dan banyak lagi.

Majoriti peserta yang menyertai himpunan berkenaan dilihat memakai kemeja-T hitam tertera logo dengan perkataan "Turun".

Turut kelihatan menyertai demonstrasi anak muda berkenaan termasuklah beberapa pemimpin politik daripada Pakatan Rakyat (PR) seperti Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin badan bukan kerajaan pro pembangkang.

Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan.

Malah, Najib juga dilihat cuba meredakan keadaan dengan mengumumkan 11 langkah penjimatan kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang antaranya melibatkan potongan 10% bagi elaun keraian perdana menteri, timbalan perdana menteri, dan juga anggota kabinet.

Sejurus sambutan ambang tahun baru itu ditamatkan lebih awal, peserta demonstrasi Turun kemudiannya dilihat memenuhi kawasan sekitar Dataran Merdeka sambil menyanyi.

Barisan anggota polis yang bertugas semasa protes berlangsung.  

Barisan anggota polis yang bertugas semasa protes berlangsung. Menjelang jam 1 pagi, kumpulan berkenaan dilihat beransur-ansur meninggalkan kawasan Dataran Merdeka.

"Kita pasti akan mengambil tindakan kepada kumpulan yang terlibat dan atas kerosakan serta kekacauan mereka lakukan termasuk kita akan meminta anggota polis yang cedera itu membuat dakwaan," kata Zainuddin.

Sementara itu, beliau menganggarkan jumlah peserta Turun pada malam ini seramai 5,000 orang dan bilangan yang datang ke dataran bagi tujuan sambutan tahun baru ialah seramai 15,000 orang.

Tetapi ia berbeza dengan apa yang dikatakan oleh media alternatif apabila melaporkan jumlah kehadiran peserta Turun lebih daripada 10,000 orang.

Beliau turut menyatakan siasatan awal mendapati beberapa kesalahan telah dilakukan oleh gerakan seperti perarakan ke Dataran Merdeka dimana ia melanggar Seksyen 15 Akta Perhimpunan Awam 205.

"Pihak polis juga tidak menerima notis kebenaran berhimpun dan mereka telah merempuh kesemua halangan serta masuk ke kawasan konsert dimana akan didakwa atas kesalahan menghalang penjawat awam bertugas," katanya.

Oleh demikian, beliau berkata satu pasukan siasatan khas ditubuhkan oleh pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan dan mencari dalang yang terlibat untuk didakwa.

Tambahnya pihak berkuasa juga telah menjumpai senjata iaitu empat parang dan 13 pisau yang ditinggalkan di tepi longkang kompleks Daya Bumi.

Zainuddin turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat perhimpunan berlangsung selain mendakwa turut mengenal pasti beberapa ahli politik pembangkang yang dilihat turut menyertai bantahan tersebut.

Beliau juga menegaskan pihak berkuasa kali ini lebih "berlembut" dengan peserta protes kerana mengguna pakai konsep perhimpunan aman yang hanya memantau namun tidak akan bertindak agresif.

Ambang 2014 peringkat Selangor meriah walau sederhana

Posted: 31 Dec 2013 06:12 PM PST

Oleh Siraj Zaini Gambar Shuaib Ayob


SHAH ALAM : Biarpun tiada konsert yang menelan kos besar-besaran, sambutan ambang tahun baru 2014 peringkat negeri Selangor berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan di sini, malam tadi.

IMG_4533

Dengan kehadiran ribuan pengunjung, sambutan memasuki tahun ketiga mengekal konsep kesederhanaan dengan hiburan yang tidak melalaikan dan tema bersesuaian untuk semua peringkat usia.

Ini terbukti berikutan kehadiran lebih 3,000 pengunjung yang rata-ratanya membawa keluarga masing-masing.

IMG_4333

Pelbagai aturcara menarik diatur dengan dimulai solat Isyak berjemaah di dataran itu, diikuti program 'sembang santai' bersama ahli Exco Selangor iaitu Iskandar Samad, Dr Yunus Khairi dan Dr Halimah Ali.

IMG_4868 - Copy 

Sambutan yang dikendali Generasi Idaman Selangor (GEMS) itu turut diselang-seli dengan persembahan beberapa selebriti terkenal tanah air antaranya Nora, Raja Farah, Aishah, Ammar dan Hafiz Hamidun.

Sedikit berbeza dengan sambutan di tempat lain kerana tiada percikan bunga api tepat jam 12 tengah malam, sambutan masih diteruskan penceramah bebas, Ustaz Haslin 'Bollywood' dan Ustaz Don Danial.

IMG_5277

Di samping program itu, pengunjung juga berpeluang meninjau gerai jualan pakaian, juadah makanan dan kaunter penerangan jabatan kerajaan.

Sambutan itu juga dimeriahi dengan aktiviti ahli kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC) serta Riders Selangor Motor Race.

dif.jpg

Di akhir aturcara, pengunjung serta dif jemputan berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku serta zikir Asmaul Husna.- FZL

Tiada ulasan: