. |
Dasar kerajaan Kelantan tutup pintu kepada rakyat? Posted: 30 Jan 2014 02:29 AM PST SUSUPAN PENTANG Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.
Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islam itu. Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu. Pekeliling berkenaan juga tidak wajar kerana ia dikatakan sebagai menyekat kebebasan bergerak seseorang yang dijamin oleh perlembagaan. Menurut pengamatan seorang peguam kanan, arahan seperti itu tidak sah kerana ia bertentangan dengan perlembagaan. Orang ramai yang tahu mengenai arahan berkenaan, merasa bingung dengan pekeliling itu dan apakah ia dasar baru kerajaan Kelantan. "Untuk apakah kerajaan pimpinan Ahmad Yaakub mengambil tindakan tidak popular begitu?" soal seorang pelanggan Kota Darulnaim ketika menghubungi saya. Manakala seorang pegawai kanan kerajaan Kelantan yang mengetahui hal itu pula apabila diminta mengulas mengenai perkara itu, enggan bercakap lebih hanya berkata; "entahlah boh (bos) banyak perkara berlaku dan pelik-pelik di Kelantan selepas Nik Aziz berhenti jadi MB. "Ahmad Yaakub jauh berbeza dengan Nik Aziz, bukan saja dia kelihatan sejuk, tetapi untuk melawat ke Jajahan juga belum dibuat lagi walaupun sudah hampir setahun jadi MB." katanya. Beliau melahirkan rasa anih dengan sikap MB itu kerana untuk melawat Jajahan berat tetapi belum sampai tiga bulan selepas jadi MB sudah terbang ke Eropah. Adalah wajar Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah memberi penjelasan terhadap arahan dan pekeliling itu apakah ianya merupakan dasar baru kerajaan Kelantan itu. Sekiranya pekeliling itu melanggar perlembagaan ia juga perlu dimansuhkan. Ahmad tidak boleh bersikap membisu terhadap pekeliling itu kerana ia adalah tanggungjawab beliau selaku ketua kerajaan sejak lapan bulan lebih lalu. [wm.kl.6:16 pm 30/01/14] | ||
Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar? Posted: 29 Jan 2014 05:02 AM PST ULASAN MALAM Ahli dan penyokong PAS tidak perlu keliru dengan pelan transisi penggantian Menteri Besar Selangor yang dilakukan secara tektikal dengan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang yang telah dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dua hari lepas.
Mohamad Sabu selepas mengadakan sidang akhbar bersama Anwar Ibrahim pagi tadi menegaskan PAS tidak akan memboikot pilihan raya berkenaan. Manakala Mustapa Ali pula memberi amaran agar ahli PAS tidak membuat kenyataan bersifat spekulatif. Sebaik nama Anwar diumumkan sebagai calon pada pilihan raya kecil Kajang beberapa pemimpin kecil PAS telah membuat kenyataan sumbang dan mengkritik tektikal itu. Ada yang memberi ancaman untuk memboikotkan pilihan raya berkenaan ada yang mengatakan ia satu pengkhianatan demokrasi dan sebagainya. Bagaimana pun kenyataan dan pandangan itu walaupun dikreditkan jawatan ia bersifat peribadi dan sampah. Tampaknya mereka yang lancang membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti, tidak memahami rukun-rukun berpersatuan. Jauh sekali untuk membaca peta politik yang dilakar Anwar Ibrahim. Sehingga hari ini Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih belum memberi apa-apa komen. Sikap diam diri Abdul Hadi ini tidak sukar untuk difahami. Mungkin beliau juga menolak pelan berkenaan? Boleh jadi juga beberapa kerat pemimpin PAS itu berani mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan semangat Pakatan Rakyat kerana berpandukan kepada pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang tidak setuju Anwar Ibrahim mengganti Khalid Ibrahim. Abdul Hadi dikatakan berminat untuk menamakan wakil rakyat PAS. Nama disebut ialah Iskandar Abdul Samad pesuruhjaya PAS Selangor kini. Sikap Abdul Hadi itu mengecewakan dan ia juga tidak menggambarkan setiakawan dan semangat dalam Pakatan Rakyat. Ia berbau tamak dan mulai merasa syok untuk berkuasa. Walhal Selangor secara konsensus adalah milik PKR, maksudnya jawatan MB diperuntukan kepada PKR berdasarkan konsensus selepas pilihan raya umum ke-13. Dalam konsensus tidak rasmi itu Pulau Pinang diserahkan kepada DAP, manakala Perak dan Kedah diserahkan kepada PAS. Kelantan yang juga merupakan kerajaan Pakatan Rakyat diserahkan kepada PAS. Apakah konsensus itu sudah dilupai oleh PAS? Boleh jadi. Kalau ada maksud itu maka jelas PAS ada agenda dan pelannya sendiri di Selangor. Sebelum ini ada bekas pemimpin PAS tergila-gila untuk menjadi MB Selangor tetapi hasrat itu tidak tercapai apabila konsensus pembahagian jawatan MB tadi dilaksanakan. Apakah Abdul Hadi masih ada semangat untuk merebut Selangor dari PKR dengan bantuan dari bekas pemimpin PAS berkenaan? Ada maklumat kerja-kerja dan usaha itu dilakukan lama sebelum ini. Pernah seorang pimpinan pemuda PAS menghadiri majlis membentuk pelan kerjasama PAS dengan Umno di Shah Alam. Saya masih menyimpan gambar pertemuan berkenaan sebagai bukti boleh dikaitkan suara-suara sumbang yang mengkritik pelan peralihan dibuat PKR itu adalah ianya bermula sejak lama dahulu. Peristiwa untuk 'memansuhkan' Anwar sebagai perdana menteri dan ditukarkan dengan Tengku Razaleigh Hamzah beberapa hari sebelum menjelang pilihan raya umum ke-14 juga menjadi persoalan sejauh mana PAS benar-benar ikhlas terhadap Anwar Ibrahim. Jadi kalau ada suara sumbang tidak bersetuju dengan pelan peralihan itu tidaklah menghairankan. Sukar untuk dinyatakan siapakah menjadi duri dalam daging di antara PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat ketika ini. Apakah PAS bagi PKR atau PKR bagi PAS? [wm.kl.8:55 pm 29/01/14] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan