Jumaat, 24 Januari 2014

.

.


Batal debat kalimah Allah, desakan Abim tepat

Posted: 23 Jan 2014 09:23 PM PST

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Desakan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) agar akhbar Sinar Harian membatalkan wacana berhubung isu kalimah Allah di antara Khalid Samad dengan Noh Omar yang dirancangkan pada Isnin depan adalah tepat sekali.

Wacana berkenaan tidak perlu kerana ia boleh mengelirukan orang ramai. Apa lagi wacana berkenaan berlaku di antara dua orang penganut Islam. Pas juga seharus tidak membenarkan Khalid untuk berdebat walaupun atas sifat peribadinya kerana ia akan dilihat pandangan Khalid kelak adalah pandangan Pas.

Menurut Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz, wacana Sinar siri ke-26 yang menggunakan pendekatan perdebatan itu tidak akan dapat menyelesaikan polemik kalimah Allah kerana isu tersebut seharusnya dibincangkan oleh kumpulan ilmuan yang senantiasa berlapang dada dan mengambil pendekatan bersederhana.
Apabila ia melibatkan dua orang ahli politik sudah pasti seorang akan mempertahankan Kristian boleh menggunakan kalimah berkenaan manakala yang seorang lagi akan membantahnya. Wacana itu juga dilihat lebih bersifat politik yang akan digunakan kedua-dua pendebat untuk kepentingan politik partisan yang mereka dokongi.

Abim katanya sudah menghantar surat desakan itu. Sinar Harian sebagai penganjur sepatutnya melihat implikasi disebalik perdebatan berkenaan dan tidak hanya melihat kepentingan bisnisnya semata-mata. Kalau akhbar berkenaan berniat untuk menyelesaikan isu tersebut bukan dengan cara meletakkan dua orang Islam bercakap hal berkepentingan agama lain. Sebaik-baik cara dan usaha ialah dengan membantu memperkuatkan akidah orang Islam.

Molek benarlah batalkan wacana berkenaan. Hendaknya dilain kali akhbar Sinar Harian lebih berhati-hati menyediakan kandang laga untuk mana-mana tokoh dan individu dan topik dalam mempublisitikan perniagaan akhbar berkenaan dengan menilai dan meletakkan keutamaan dari segi untung dan rugi kepada orang ramai dan Islam. [wm.kl.1:22 t/hari 24/01/14]

GST banyak persembunyian fakta dilakukan kerajaan

Posted: 23 Jan 2014 05:13 PM PST

ULASAN PAGI                                                                                   

Kerajaan berbuat banyak perkara yang tidak telus apabila berdepan dengan rakyat dan sikap inilah menjadikan rakyat berang dan hilang kepercayaan apabila mereka menyedari mereka ditipu hidup-hidup. Kenapa parti memerintah (UBN) hilang undi mojoriti dalam pilihan raya umum ke-13 lepas, salah satu puncanya kerana sikap tidak telus mereka yang boleh disifatkan sebagai menipu rakyat.

Rafizi mendedahkan persembunyian fakta mengenai GST.
Rakyat yang cerdik, menggunakan otak dan fikirannya, tidak mudah disimsilabimkan oleh UBN, kerana itu mereka mengubah tangan mereka ke kertas undi pembangkang. Gara-gara itu maka terjadilah keputusan pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat mendapat undi popular lebih 2% lebih berbanding dengan UBN. Pakatan mendapat 51% manakala UBN mendapat 47%.



Tindakan kerajaan yang tergamak mengambil kesempatan atas kelurusan dan kepercayaan rakyat ini adalah satu kezaliman dan ketidakadilan yang perlu ditentang.

Sudah berapa banyak rakyat dipermainkan oleh parti memerintah. Rakyat terpaksa melakuakan termasuk mengeluarkan wang dan keringat kepada sesuatu yang tidak sepatut mereka lakukan. Dalam kata lain rakyat sepanjang masa ditipu oleh para berjois kerajaan dan menghabiskan tanga dan keringat untuk pihak lain. Nasib rakyat negara ini samalah dengan pokok getah yang mengeluarkan getah dibikin kasut tetapi dipakai oleh orang lain, (bukan tuan pokok getah).

Salah satu contoh atau bentuk 'penipuan' terbaru kerajaan kepada rakyat ialah mengenai cukai baru yang hendak diperkenakan; goods and service tax (GST). Cukai ini akan mulai diperkenakan pada tahun 2015 sebagai mengganti cukai yang dipakai kini SST.

Tidak menjadi masalah kalau kerajaan ingin memperkenalkan sesuatu polisi atau dasar baru asal demi negara dan rakyat asalkan ianya dijelaskan dengan jujur dan ikhlas. Macam mana pahit menjadam sekalipun peraturan digubalkan kerajaan, rakyat akan menelannya juga. Malangnya, kerajaan bermain 'ciku cak' di sebalik apa yang dijelaskan itu.

Sebahagian yang hadir menandatangani kempen anti GST.
Mengenai GST, rakyat akan menerima apa yang kerajaan beritahu. Rakyat percaya kepada penjelasan para menteri kerana mereka adalah pembuat dasar kerajaan. Mereka adalah pemimpin yang dipilih dan diangkat perdana menteri.

Malangnya dalam penjelasan dibuat menteri mengenai GST termasuk juga penghuraian perdana Menteri Najib Razak tentangnya banyak yang tidak telus dan diselindungkan. Apakah nama menteri dan perdana menteri seperti ini, kalau bukan penipu dan penyusahkan rakyat?

Sebenarya, banyak kerajaan bermain silap mata dalam pelaksanakan GST dan tidak menceritakan kesan dan implikasinya kepada rakyat. Sebenarnya usaha kerajaan melakukan perubahan tidak menjadi masalah asalknya ia dijelaskan secara ikhlas dan tidak ada usur penipuan. Yang menjadi masalah ialah kerajaan tidak menceritakan perkara sebenar. Tindakan sebegini sebagai menipu rakyat sendiri.

Mengenai GST banyak perkara dan aspek dimana keajaan tidak telus dalam memberi penjelasan kepada rakyat. Kerajaan bercakap tidak sampai ke hujung ibarat membilang tidak sampai ke 9 tetapi terhenti di 5 dan 6 saja. Tindakan begitu menganiayakan rakyat. Bila rakyat memberi reaksi terhadap cadangan itu dalam keadaan mereka tidak tahu dan jahil maka teraniayalah mereka.

Kenapa ini harus berlaku? Kerajaan UBN bila dikatakan mereka zalim dan tidak adil, mereka akan marah dan menuduh rakyat sebagai tidak berterima kasih kepada usahanya walhal yang salahnya adalah mereka sendiri.

Malam tadi saya berkesempatan menghadiri majlis taklimat mengenai GST oleh Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dalam program kempen Faham GST, Tolak GST untuk memberi kesedaran dan cerita sebenar mengenai GST kepada rakyat. Jelas menerusi penjelasan itu, banyak perkara yang tersembunyi dan tidak dijelaksan oleh kerajaan. Penjelasan Rafizi adalah pembongkran ke atas pemalusan dan penipuan maklumat mengenai GST terhadap rakyat oleh kerajaan.

Dalam pemahaman yang saya boleh kutip dari penjelasan ahli Parlimen Pandan itu malam tadi antaranya;

1. GST menguntungkan syarikat-syarikat pengerluar kerana mereka mendapat kredit GST daripada kerajaan. Syarikat boleh menuntut kredit GST mereka walaupun barang yang mereka keluarkan belum terjual. Manakala pengguna tidak mendapat apa-apa refund, pengembalian wang yang mereka belanjakan.
2. Sistem pecukaian ini dikenakan kepada semua tanpa mengira berapa pendapatan seseorang. Ia berbeza dengan cukai SST sebelum ini dimana ia dikenakan mengikut pendapatan seseorang.
3. Menerusi GST barang akan meningkat naik berkali-kali ganda kerana pengeluar, pengedar berhadapan dengan kenaikan kos sementara kos itu ditanggung oleh pengguna, iaini rakyat.
4. Pengumuman kerajaan dengan menyebut barang-barang tetentu dikenakan cukai GST tanpa menyebut barang-barang lain, (menjelaskan) adalah perangkap untuk mengenakan cukai ke atas barang-barang yang tidak disebut.
5.Kenaikan harga barang ekoran pengenaan cukai GST ini dilakukan secara tektikal di sinilah rakyat akan terperangkap dan tertipu kerana ianya tidak dijelas secara nyata.
6. Setiap urusniaga dijalankan ia dikenakan cukai GST, sebagai contohnya mereka menguruskan majlis perkahwinan (katering) juga tidak dapat dielak dari dikenakan cukai.

Manakala resionalisasi kerajaan untuk melaksanakan GST kerana hendak menjana kewangan negara yang hilang serta memulihkan akaun negara yang mengalami defesit. Alasan ini menurut Rafizi tidak munasabah dan tepat kerana defisit akaun negara boleh diatasi sekiranya kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan boros.

Beliau menyebut pada tahun lepas sahaja, sebanyak 20% daripada perbelanjaan negara mengalami ketirisan disebabkan berlaku perbelanjaan yang boros.

"Wang negara boleh dijimatkan jika tidak boros berbelanja dan GST yang menyusahkan rakyat tidak perlu dikenakan", katanya.

Menjelaskan mengenai kos yang terpaksa dikeluar kerajaan untuk melaksanakan sistem cukai baru ini, ialah sebanyak RM100 juta manakala syarikat pula akan menanggungkan kos GST sebanyak RM5 billion. Sudah pasti secara logiknya apabila syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan mereka akan memunggut balik daripada pengguna iaini rakyat.

Usaha penjelasan penipuan dan persembunyian mengenai GST oleh kerajaan yang dilakukan oleh Rafizi itu sesuatu yang patut dipuji dan disebarkan. Rakuat perlu diberi maklumat yang tepat agar tidak menyesal dikemudian hari. Tindakan Rafizi itu bukan untuk menyusah kerajaan dan menganggu pentadbiran Najib Razak dan isterinya, tetapi ia adalah satu pembelaan kepada rakyat, memberi keadilan kepada semua.

Untuk membela rakyat dan negara kita tidak perlu memburu dan membunuh penjenayah, tetapi boleh dilakukan dengan memperpanjangkan penjelasan (pendedahan) mengenai kebusukan GST yang dibuat oleh Rafizi itu. Saya yakin kalau semua parti politik khasnya Pakatan Rakyat, NGO yang membela rakyat ikut sama memainkan peranan dan partisipasi dalam menjelaskan apa sebenar yang berlaku di sebalik GST, sistem baru yang membebankan itu akan ditangguhkan.

Seperti mana didesakan oleh PKR sistem itu pantas dilaksanakan apabila pendapat rakyat umumnya dinaikan dari RM2,500 kepada RM4,500 sebulan. Dalam keadaan sekarang ini dimana pendapat rakyat masih rendah tidak sesuai cukai GST dilaksanakan kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Dan kepada kerajaan dan Najib hendaklah bersikap terbuka, mendengar keluh kesah dan tindakan rakyat ini sekiranya beliau tidak mahu berdepan dengan masalah 'dimurih' (marah) oleh rakyat. Sekiranya Najib tetap juga mahu meneruskan pelaksanaan cukai berkenaan dibimbang Najib akhirnya akan diturunkan oleh rakyat melalui cukai berkenaan dan dibelit dengan kangkung. Ingin sekali melihat Mat, Mat mana lagi kalau bukan Ahmad Maslan berbicara soal GST dengan Rafizi di tv. [wm.kl.8:50 am 24/01/14]

Usah ganggu Nurul Izzah dan Raja Ahmad

Posted: 23 Jan 2014 03:34 AM PST

SUSUPAN PETANG                                                                      

Raja Ahmad dan Nurul Izzah pasangan idola.
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan suaminya Raja Ahmad Shahrir Raja Salim kurang senang dengan laporan oleh media online milik kroni Umno-BN yang kemudian dipetik oleh protal berita kononnya mereka sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Laporan itu menyebut Nurul Izzah telah memfailkan perceraian terhadap Raja Ahmad. Kononnya carian di mahkamah syariah menemui fail Nurul Izzah memfasakh suaminya Disember lepas.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad kesal dengan laporan berkenaan yang disifatkan cuba mengganggu urusan rumah tangga mereka yang sepatutnya tidak dilakukan.

Sebagai meredakan laporan berkenaan yang sudah pasti menggelisahkan ramai orang, khasnya ahli dan penyokong PKR, Nurul Izzah dan Raja Ahmad mengeluarkan kenyataan dua perenggan lewat petang ini.



Berikut adalah kenyataan mereka yang dipeti dari twitter Nurul Izzah;

KENYATAAN MEDIA
23 Januari 2014

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar


Memahami kenyataan mereka ini jelas laporan itu cuba memberi tekanan mental kepada mereka berdua dan tidak bersifat cuba menenangkan keadaan. Mungkin fail tuntutan faksah itu ada tetapi bukan begitu caranya sekiranya editor akhbar tahu tanggungjawab sosialnya dan menjaga maruah orang lain.

Apa lagi kalau editor itu seorang beragama Islam yang membenci kepada fitnah dan tahu implikasi perceraian dan hukum nikah dan cerai tidak akan melaporkan hatta ianya ada asas. Laporan itu lebih bersifat mencari kepentingan politik bagi taukeh editor akhbar berkenaan.

Ekoran tersiarnya laporan itu Nurul Izzah mengucapkan terima kepada semua pihak yang memberi perhatian dan menunjukkan rasa sayang kepadanya apabila menyesali dan menjadi resah serta dukacita atas laporan itu. Sudah pasti Nurul Izzah menerima panggilan dan ditanya bertalu-talu oleh orang ramai. 

Pasangan Nurul Izzah dan Raja Ahmad dilihat sebagai idola di kalangan anak-anak muda yang melihat sebuah perkahwinan tokoh Reformasi yang hebat kerana sebelum ini Nurul Izzah dianggap sebagai Puteri Reformasi kerana menerjunkan diri mebela kezaliman dan ketidakadilan dilakukan ke atas bapaknya, Anwar Ibrahim dalam usia yang sangat muda.

Kepada Nurul Izzah dan Raja Ahmad tunjuk dan bukti kepada mereka yang anda mencintai perkahwinan. Laporan mengenai keretakan rumah tangga anda itu mampu dijadikan gam bagi memapatkan dan menutup setiap celah dan lubang yang ada di rumah tangga anda. Tututplah agar ianya tidak dicelahi oleh syaitan dan iblis. [wm.kl.7:27 pm 23/01/14]

Tiada ulasan: