Selasa, 28 Januari 2014

Bila Harimau Sudah Menaip...

Bila Harimau Sudah Menaip...


Anwar Vs Azmin = Kebodohan

Posted: 28 Jan 2014 05:50 AM PST

Bukankah suatu kebodohan yang agak melampau apabila DSAI khabarnya menukar alamat kediaman beliau ke Country Height, Kajang semata-mata untuk menjadi calon ADUN Kajang? Aku merasakan ia suatu khabar angin palsu kerana masakan "calon PM Malaysia" pada PRU yang lalu melakukan kebodohan ini. Takkanlah dia tidak faham terajang politik Malaysia ni?




Azmin pula membodohkan diri dengan mengeluarkan kenyataan "lupa asal- usul" dan seperti mencari geruh "Tok Syeikh"nya sendiri. Tiba- tiba Azmin bercakap macam tali pusatnya ditanam di Kajang pulak.



Dalam politik merdeka, kita wajar rasional. Jangan taksub buta. Kita naikkan pemimpin yang ada akal. Yang setakat sembang lebih, tak payah layan la. Noh Omar pun kategori sembang lebih jugak. Itulah masalah rakyat Selangor. Di kanan mereka si bodoh, di kiri si bangang.

Aku bukan pandai jadi pemimpin cuma aku taklah bodoh sangat untuk diperbodohkan.

Selamat Maju Jaya buat bakal calon ADUN Kajang. Kita tengok siapa yang kena!


Tiada ulasan: