Selasa, 7 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ron 97 naik harga mulai 8 Januari 2014 berita palsu?

Posted: 07 Jan 2014 08:07 AM PST

Sebelum ini telah tersebar satu maklumat palsu mengenai PTPTN kononnya pinjaman PTPTN dimansuhkan sepertimana disebarkan dalam satu akaun Facebook.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata pihaknya akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan pemilik laman sosial itu yang menyebarkan maklumat palsu itu untuk diambil tindakan.

"PTPTN tidak pernah membuat keputusan sedemikian kerana setiap dasar kerajaan berkaitan PTPTN akan diputuskan Kabinet," katanya kepada pemberita di Ipoh hari ini.

Carian di laman sosial Facebook mendapati pengguna yang menggelar dirinya "RajaNusantaragroup Empayar Langkasuka Nusantara" menyebarkan satu surat kononnya badan itu memansuhkan pembayaran balik pinjaman kepada yang mempunyai hutang PTPTN tertangguh sehingga tahun 2013.

Ini pulak pasal harga Petrol RON 97 yang kononnya dinaikkan 5 sen lagi..

Pekeliling yang menyatakan kenaikan RON 97 sebanyak 5 sen telah tersebar secara viral dilaman sosial.

Namun, kesahihan pekeliling yang didakwa dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia itu menimbulkan pelbagai persoalan.

Tinjauan pihak kami di laman rasmi http://www.treasury.gov.my (Kementerian Kewangan Malaysia) tidak menjumpai sebarang pekeliling mengenai kenaikan bahan api tersebut.

Setakat ini, tiada berita sahih dari media tempatan yang dapat mengesahkan dakwaan tersebut ~ Melvister

Bank mana tak benarkan pekerjanya solat ni?

Posted: 07 Jan 2014 06:04 AM PST


Sebuah bank komersial tempatan didakwa menafikan hak pekerjanya yang beragama Islam untuk mengerjakan solat di surau bank berkenaan sejak November tahun lalu.

Timbalan Presiden Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE), Abdul Jamil Jalaludeen berkata, pihaknya kesal ekoran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani isu tersebut.

"Bank berkenaan menafikan hak pekerja Muslim untuk menunaikan solat sejak November. Pekerja ini kemudiannya dipecat apabila mereka memohon untuk menolak keputusan bank yang mahu memisahkan mereka daripada keluarga selepas mengeluarkan arahan penempatan semula.

"Pegawai Muslim di Kementerian Sumber Manusia, pihak berkuasa dan Umno gagal untuk melindungi kedaulatan Islam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, soal kalimah ALLAH mendapat pembelaan sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan Umno membuat bantahan namun tiada reaksi diberikan ke atas isu penafian hak pekerja itu.

"Kami terkejut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) malah badan bukan kerajaan termasuk Umno turut mengadakan bantahan di sekitar gereja.

"Tapi mereka gagal bertindak ke atas bank tersebut. Adakah bank berkenaan mengatasi undang-undang dan kedaulatan Islam?," katanya.

~ Sinar Harian

Gempar! Bukan dalam filem Hollywood tapi berlaku di Malaysia..

Posted: 06 Jan 2014 11:42 PM PST


Macam cerita dalam filem thriller jenayah 'Safe' yang ditulis dan diarahkan oleh Boaz Yakin dan dibintangi Jason Statham, Chris Sarandon, Robert John Burke dan James Hong pulak laporan ni.

Dalam filem 'Safe' Jason Statham memainkan peranan sebagai bekas polis yang mesti melindungi kanak-kanak berbakat yang sedang dikejar oleh mafia Rusia, Triads Cina, dan Polis Jahat di New York City.

Polis jahat di New York City tu makan rasuah untuk melindungi aktiviti mafia Rusia dan triads Cina, lebih tinggi pangkat lebih besar ganjaran rasuah.

Dalam memburu budak perempuan tersebut mereka berpihak kepada gang jahat yang menawarkan bayaran tertinggi kepada kumpulan mereka..

Tapi dalam laporan ni pulak.. kerana tak puashati dengan ganjaran bulanan yang dia dapat Polis jahat ni dedahkan kepada SPRM kegiatan 60 orang lagi Polis jahat.

Laporannya juga seakan-akan sama dengan jalan cerita filem 'Safe' itu, lebih tinggi pangkat lebih besar imbuhannya..

Malah lebih hebat lagi ada pulak kawasan-kawasan mereka yang tersendiri dan kalau dipindahkan pun masih dapat bayaran untuk cover line..

Bacalah!..

60 polis KL disiasat dalam ops anti-rasuah terbesar

Aduan yang dibuat oleh anggota polis yang tidak puas hati kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam bulan lalu menghasilkan penyiasatan ke atas kira-kira 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri,Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali menyumbang antara RM10,000 dan RM50,000 sebulan kepada anggota polis untuk mengelakkan pusat kegiatan mereka dirampas dan diganggu, katanya.

Pergerakan anggota polis penyangak ini juga sangat tersusun di mana setiap yang terlibat mempunyai kawasan tersendiri untuk mengutip bayaran bulanan.

"Setelah semua yuran dikutip, ia akan diagihkan berdasarkan ahli kanan dan polis berpangkat tertinggi mendapat bahagian terbesar," kata pegawai SPRM itu.

Beliau mendedahkan bahawa anggota polis yang tidak puas hati menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menerima rasuah bulanan sebelum ini dan mereka berada di bawah seorang pegawai polis berpangkat 'Datuk'.

Pegawai polis berpangkat 'Datuk' ini dipindahkan ke urusetia polis di Bukit Aman bagi membolehkan siasatan ke atas aktivitinya selama ini.

Katanya lagi, anggota polis itu mendedahkan lingkaran kegiatan ini apabila dia tidak berpuas hati dengan ganjaran bulanannya.

"Dia mahu lebih dan apabila dia tidak menerimanya, dia mendedahkan kegiatan ini," kata pegawai SPRM itu.

Datuk ini pada mulanya dipanggil oleh SPRM, yang kemudiannya menemui lebih daripada RM6 juta dalam pelbagai akaun.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat 'datuk' itu.

Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis itu.

"Serbuan serentak telah dijalankan di rumah semua suspek. Pemeriksaan latar belakang yang menyeluruh telah dijalankan ke atas setiap anggota polis yang rumahnya diserbu," kata pegawai SPRM itu.

"Akaun bank mereka telah diteliti, termasuk urus niaga di tahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat."

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai jenis hartanah yang dibeli oleh polis ini dengan menggunakan syarikat palsu ini, pegawai itu berkata majoriti hartanah terletak di Lembah Klang dengan nilai berjumlah berpuluh-puluh juta ringgit.

"Anggota polis dari Kuala Lumpur yang dipindahkan ke tempat lain akan terus menerima bahagian mereka daripada rasuah itu untuk memastikan mereka menjaga kepentingan bersama. Bahagian mereka akan dimasukkan ke dalam 'gaji' bulanan dengan baik."

Pegawai itu mendedahkan, SPRM sedang mempersiapkan kes terhadap anggota polis ini dan siasatan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Dalam pada itu, Bukit Aman dijangka mengumumkan perpindahan besar-besaran anggotanya yang melibatkan pegawai kanan polis.

Ianya tidak jelas sama ada berkaitan dengan siasatan ini atau salah satu cubaan untuk mengalihkan perhatian awam daripada operasi anti-rasuah ~ The Malaysian Insider

Guan Eng mengamuk, Ahli Majlis tidur ketika Majlis angkat sumpah

Posted: 06 Jan 2014 08:16 PM PST


Siapa yang kena sound dengan Guan Eng sebab tidur dalam Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPPP ni.. sendiri mau ingatlah..

Nak tidurpun agak-agaklah.. ni tidak depan Guan Eng pun masih nak tidur.. kalau macam ni punya perangai agak-agak korang mamat yang kena sound dengan Guan Eng ni boleh buat kerja ke?

Dalam Majlis macam nipun dia boleh tidur.. kalau mesyuarat lagi sakanlah jawabnya..

Dulu ramai Ahli Majlis di Pulau Pinang ni merungut sebab elaun ciput, nak makan pun tak cukup.. tapi sekarang elaun dah dinaikkan lebih dari 100% dari RM700 menjadi RM1,500

Elaun bagi mesyuarat pula dulu RM60 setiap kali mesyuarat sekarang dah jadi RM100 dengan maxima 12 kali mesyuarat sebulan.

Ditambah pula dengan elaun komunikasi sebanyak RM300 sebulan, jadi pendapatan sebulan Ahli Majlis mencecah RM3,000

Jadi jangan malas.. bila orang call tu jawabla.. jangan tak jawab lepas tu bila ditanya keluarlah berbagai alasan bodoh.


Anda dilantik untuk mempermudahkan urusan antara rakyat dan Kerajaan Negeri, jadi berkhidmatlah dengan sebaiknya..

Kalau tak mampu nak jalankan tugas.. Sila LETAK JAWATAN!

A Penang municipal councillor, who had nodded off to sleep during the swearing-in ceremony yesterday, was spotted by the chief minister himself. 
Lim Guan Eng then made the pointed remark in his speech that councillors have been given a 100 percent increase in their allowance.  
Without naming the person, he said: "It is inappropriate (behaviour) and is not a good start (to the councillor's tenure)."  
"With the increased allowance up to RM3,000, there will be no more excuses for MPPP to not perform up to the people's expectations. Don't play-play with the people. Do you understand or not?"  
Councillors had previously been given a basic monthly allowance of RM700, as well as RM60 for attending meetings, for a maximum of 10. This gave them a total of RM1,300 a month.  
Following the adjustment, the basic monthly allowance has been increased to RM1,500, while RM100 will be paid for attendance at each meeting, for a maximum of 12. 
Councillors now also have a communications allowance of RM300. As a result, the monthly total has gone up to RM3,000. 
While councillors are not legally compelled to provide full-time services, Lim expressed the hope that they would do so. 
"Under the state's policy, a councillor cannot hold two government positions," he said. 
"For example, a councillor is not allowed to become an assistant to an assemblyperson (those on the government payroll) or a constituency coordinator, or to hold any main or paid post in the village and security development committee." 
Lim also reminded councillors that their performance will be evaluated at every level of services, including whether or not they pick up and return calls. 
"If the people find it difficult to contact you, the state government will not hesitate to terminate your services - and that includes NGO representatives - before your term ends," he warned. 
DAP nominees not endorsed? 
MPPP and the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) had issued their name lists for new councillors two days ago. 
There were eight new faces - five on the island and three in MPSP. 
Two new MPPP councillors - Mohd Hariszuan Jaharudin and Connie Tan Hooi Peng - were said to have been appointed by the DAP leadership without getting endorsement from their respective divisions or parliamentary liaison committees (PLCs). 
A similar situation had occurred last year with the DAP's appointment of Nur Fitriah Abdul Halim as councillor. 
This year, she was dropped after she refused to continue serving, citing personal reasons. 
Addressing the issue at a press conference, Chow Kon Yeow - the exco for local government - explained that DAP branches, divisions or PLCs and state leaders can submit nominations for councillors, but that the party is not obliged to accept the candidates. 
"The decision is up to the selection committee," he said after the swearing-in ceremony. 
"If the branch insists that (all its nominations must be accepted), then it's status would be like that of the (party's) central executive committee." 
On the appointment of only two women among 24 MPPP councillors, Chow said there were few candidates in the nominations list. 
"So the DAP will encourage all PLCs to submit the name of at least one woman out of every four nominations," he added. .. ~ Yahoo News

Ini baru pasal Ahli Majlis MPPP belum lagi Ahli Majlis MPSP, dengar cerita ada rombakan.. rombakan ikut suka depa..

Kerana survival politik peribadi, ada pihak dah langgar apa yang diluluskan dalam Konvensyen Khas PKR baru-baru ini..

Lantikan mellalui penamaan yang seharusnya dilakukan oleh Cabang-Cabang PKR, dilakukan olehnya dengan membelakangkan semua Cabang-cabang yang ada, seolah-olah PKR Pulau Pinang ni mak bapak dia yang punya..

Dan yang dinamakan sebagai Ahli Majlis itu pula memang terkenal sebagai Ahli Majlis yang paling susah nak menjawab panggilan telefon..

Dah pegang dua atau tiga jawatan tapi langsung tak ada satu pun yang perform.. jadi baguslah bila Kerajaan Negeri dah tetapkan Ahli Majlis hanya boleh pegang satu jawatan dalam Kerajaan Negeri.. mungkin sebab dia nilah kot..

Kenapa dilantik juga?.. sebab nak bodek Ketua Umum lah tu... kan Pemilihan PKR dah dekat, nak lawan atas kapasiti individu tak ada kekuatan jadi Ketua Umum perlu dibodek untuk memudahkan laluan..

Telur Naik Harga, Peniaga keluarkan kenyataan bertaraf Menteri..

Posted: 06 Jan 2014 05:30 PM PST


Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.. Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni..

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik?..

Kalau semua barangan naik harga, Menteri cadangkan supaya kita elakkan dari memakannya.. maka akhirnya makan rumputlah kita seperti macai UMNO... ha..ha..ha..

Bagaimanapun aku tertarik dengan kata-kata peniaga telur ni, ayatnya dah setaraf dengan ayat-ayat standard yang digunakan oleh Menteri-menteri dalam memperbodohkan rakyat tentang kenaikkan harga sesuatu komoditi..

Katanya "Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai"... kah.. kah.. kah..

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

"Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

"Harga telur kita jual ikut pasaran semasa. Lagi sekarang barang semua sudah naik, kita pun terpaksalah naikkan harga jualan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, telur memang sentiasa ada permintaan dan tidak pernah mencukupi walaupun harganya dinaikkan.

Orang tetap akan beli terutama peniaga kedai makan, kata peniaga telur, Lim Kang Tee.

Katanya, telur gred yang paling kecil turut dijual pada harga melebih RM10 kerana untung mengimbangi harga pasaran.

"Ini bukan soal untung banyak atau sedikit tetapi kita sebagai peniaga tahu orang tetap mahu makan telur setiap hari. Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai," ujarnya.--MalaysiaGazette

Guan Eng.. Isunya ialah kemewahan Merc S300L itu, bukan harga berpatutan..

Posted: 06 Jan 2014 02:30 PM PST


Aku setuju sangat dengan apa yang dipersoalkan oleh seorang Jurutera Semikonduktor, wartawan freelance, penerbit dan editor buku motivasi yang mempersoalkan pembelian S300L oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ini..

Biarpun pembeliannya dikatakan telah diluluskan dalam satu mesyuarat.. yang dah biasa dengan mesyuarat tu tentu tahu kenapa ianya diluluskan dengan mudah.. sebsb utamanya ramai kaki bodek dalam tu.. nak sanggah takut kepentingan tergugat, jadi semua angguk sajalah..

Timmy Say menulis...

Kalau ada rumah sendiri, mengapa nak tidur di rumah kerajaan? Kalau ada jam tangan Casio yang berfungsi dengan baik, apakah perlu membeli jam tangan Rolex walaupun diberi diskaun?

Kalau ada tiket tambang murah mengapa pilih penerbangan yang lebih baik walaupun ianya adalah satu 'entitlement' atau peruntukan untuk jawatannya?

Kalau ada kereta Camry yang masih baru, mengapa perlu tukar ke Benz?

Bagi seorang pemimpin yang selalu menggambarkan dirinya sebagai seorang yang bersederhana, persoalan-persoalan di atas perlu sentiasa dijadikan keutamaan dalam tindak-tanduknya.

Lebih-lebih lagi kalau pemimpin ini selalu menjadi juara menyerang pihak lawan yang sekian lama memilih kemewahan untuk keuntungan politik.

Apabila rakyat melihat pemimpin yang pada mereka sepatutnya bersifat sederhana ini memilih Benz, yang jauh lebih mewah daripada Camry yang berusia dua bulan, hati mereka dihentak seperti cermin kereta terkena batu.

Hentakan itu bukan sahaja menyebabkan cermin kereta tersebut cacat kerana berlubang, malah hanya menanti masa untuknya merebak dan meretakkan seluruh cermin sehingga hancur.

Inilah yang terjadi pada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng dalam isu pembelian Benz.

Jawapan-jawapan daripada kerajaan negeri mengenai betapa berbaloinya Benz yang dibeli untuk kegunaan Guan Eng sebagai ketua menteri tidak berguna, kerana Benz dilihat sebagai satu kemewahan berbanding Camry.

Bagi rakyat, mereka merasakan Guan Eng adalah seorang pemimpin yang sepatutnya berkata:

"Memang ada peruntukan untuk saya menggunakan Benz sebagai ketua menteri, tapi saya menolaknya kerana Camry yang disediakan masih baru. Duit yang ada lebih elok saya gunakan untuk manfaat rakyat."

Itulah Guan Eng yang rakyat kenali, bukannya Guan Eng yang mempertahankan tindakannya membeli Benz.

Bagi penyokong Guan Eng yang menjawab serangan dalam bentuk – "Guan Eng selayaknya boleh menggunakan Benz kerana kecemerlangannya mentadbir Pulau Pinang" – diharap berfikir semula.

Pertama, berjuang dalam politik ini bukan untuk ganjaran seperti menaiki Benz. Ganjaran yang ada hanyalah kepercayaan rakyat untuk memberikan undi majoriti untuk mentadbir semula 5 tahun akan datang.

Sekiranya alasan tersebut layak digunakan, apakah Najib tidak layak menaiki jet peribadi kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan BN mempertahankan Putrajaya buat kali ke 13?

Mengapa harus Najib menggunakan penerbangan MAS, sama ada penerbangan kelas pertama mahupun bisnes, kerana beliau layak menggunakan penerbangan yang lebih mewah?

Nasi telah menjadi bubur.

Rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana menganggapnya berlainan daripada BN, terutamanya dari segi menolak kemewahan. Namun, kini ia makin dilihat tiada kelainan.

Ingatlah, tindak-tanduk pemimpin mesti serasi dengan persepsi yang dibinanya pada minda rakyat.

Kesilapan Guan Eng kali ini agak parah sebab tindakannya tidak selari dengan persepsi sederhana yang dibinanya sejak pra-2008.

Ia hampir sama dengan tindakan Najib yang tidak selari dengan kata-kata 'wasatiyyah'nya tatkala rakyat mempunyai persepsi yang mendalam pada keborosannya yang begitu menjolok mata.

Cermin kereta PR kini sudah berlubang. Jika tidak berhati-hati, lubang itu akan merebak ke seluruh cermin kereta.

Namun, kalau PR terus meniru tindakan serong BN, mungkin PR juga turut percaya, berlubanglah cermin kereta sebanyak manapun, cermin tetap tidak akan retak (BN menang dah 13 kali).

PR harus sedar, di sebalik cermin kereta BN yang teguh itu, berbillion duit rakyat tertampal untuk menahannya dari retak.

Apakah itupun turut ingin ditiru PR?

Kita membicarakan tentang kemewahan dalam hal ini, bukannya harganya berpatutan atau tidak..

Sebelum Pak Hangguk-Pak Hangguk kat Komtar tu menyerang aku.. baca apa kata Profesor Datuk Dr Agus Yusoff ni..

Mana-mana pemimpin tidak kira daripada Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (Pakatan) harus bersama-sama menanam sikap terbuka menerima pandangan atau kritikan yang disuarakan rakyat dalam membaikpulih pentadbiran mereka, kata penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Agus Yusoff.

Ini katanya, wujud keadaan pada hari ini apabila golongan pemimpin hanya selesa menerima pujian dan penghargaan daripada orang-orang sekeliling mereka sehingga bertindak pejam mata dengan kesengsaraan dan bebanan rakyat akar umbi.

Agus berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa kerajaan yang suka berprasangka buruk terhadap rakyatnya apabila dikritik tidak harus menjadi kerajaan.

"Saya setuju dengan apa yang Dr Asri cakap. Sudah sampai masanya, siapa pun kita untuk buka lembaran baru dalam politik, gaya dan cara baru dalam politik.

"Masalah kita disini bukan setakat itu sahaja. Adanya pemimpin kita yang alergik dengan pandangan yang berbeza dan ada pemimpin hanya suka kepada pujian yang melambung. Ini masalah.

"Selagi kita tak mengubah sikap ini, jiwa kita tak besar dan kita takkan dapat ubah kelemahan dan kekurangan pentadbiran kita sedia ada.

"Sebab pandangan kritikal dan analitikal serta berbeza ini yang baik untuk negara ini kadang-kadang datang dari rakyat marhaen," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Betul atau tidak apa yang dinyatakan oleh Dr. Agus itu??

Tiada ulasan: