Anak Sungai Derhaka |
- Cubaan serang Masjid di Bayan Baru hanya cerita rekaan rupanya...
- Pesanan dari YDP PAS Kota Melaka buat pemuda PAS yang sibuk nak boikot PRK Kajang tu...
- Kenapa Anwar bertanding di Kajang?.. Ini penjelasan dari Pengarah Strategi PKR..
Cubaan serang Masjid di Bayan Baru hanya cerita rekaan rupanya... Posted: 29 Jan 2014 08:16 AM PST Polis hari ini menafikan dakwaan berlaku kejadian rusuhan termasuk cubaan menyerang sebuah masjid di Bayan Baru, dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lebih 100 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat berhimpun di luar pagar masjid serta mendakwa terdapat individu tertentu merancang menyerang masjid berkenaan. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata sekumpulan kecil daripada peserta himpunan itu kemudiannya berarak ke Balai Polis Bayan Baru dan membuat 22 laporan polis. "Kita menasihati masyarakat supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri sehingga mencetuskan kekecohan serta menggugat ketenteraman awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau menggesa orang awam tidak terpengaruh dengan khabar angin berunsur provokasi seumpama itu dan menyebarkannya tanpa menyelidik kesahihan sumber terlebih dahulu. Beliau berkata susulan insiden itu polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana berhimpun tanpa permit. - BERNAMA Kenapa Bernama tak siarkan nama NGO yang demo tu?.. sebab mereka Pro UMNO ke?. Ooo.. kalau peserta demo tu Pro PR ditulisnya besar-besar nama NGO itu malah siap dengan gambar peserta demo lagi.. Bernama tak siarkan tak apa.. The Malay Mail siarkan nama-nama NGO itu.. |
Pesanan dari YDP PAS Kota Melaka buat pemuda PAS yang sibuk nak boikot PRK Kajang tu... Posted: 28 Jan 2014 11:50 PM PST Apabila berita tentang Lee Chin Cheh melepaskan jawatan ADUN Kajang tersebar, muncul beberapa orang dari PAS yang bertaraf pemimpin Pemuda mengeluarkan kenyataan. Dengan meletakkan nilai setiakawan semurah seikat kangkung ada yang mengeluarkan ugutan untuk memboikot kempen PRK bagi DUN Kajang jika PKR gagal memberi penjelasan bertulis munasabah terhadap pengosongan kerusi DUN itu. Malah tanpa mempedulikan muafakat dan perjanjian yang telah dipersetujui sesama pemimpin yang telah menetapkan DUN tersebut adalah milik PKR, pemuda itu berkata "arahan akan dikeluarkan kepada seluruh jentera Pemuda PAS Selangor untuk tidak memberikan kerjasama dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kajang jika calon yang dikemukakan adalah daripada PKR." Seorang lagi berkata pihaknya kecewa kerana PKR tidak pernah berbincang dengan PAS mengenai konflik di Selangor sehingga menyebabkan berlakunya pilihan raya kecil Kajang. "PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan," soalnya tanpa usul periksa.. apa lagi katanya bacalah di SINI Persoalannya disini ialah mengapa PKR perlu berbincang dengan PAS untuk menyelesaikan masaalah dalaman PKR? Masaalah dalaman PKR biarlah PKR sendiri yang selesaikan, kerana selama ini PKR tidak pernah sibuk untuk ambil tahu masaalah dalaman PAS. Masaalah dalaman yang mengakibatkan tumbangnya Kedah yang ditadbir oleh PAS dalam masa hanya satu penggal, PKR juga tidak mengambil tahu masaalah dalaman PAS yang menyebabkan majoriti PAS merosot dalam PRK Sungai Limau.. Begitu juga dengan pemecatan Husam Musa di Kelantan.. adakah perkara ini pernah dipersoalkan oleh PKR? Bukan pemimpin UMNO bertaraf Menteri saja rasanya perlu belajar cara berkomunikasi aku rasa pemimpin-pemimpin muda PAS juga wajar turut serta.. Kalau malu nak turut serta atau berada dalam satu kelas dengan pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri itu.. belajarlah dari individu yang paling aku hormati dalam persada politik tanah air ini.. Belajar bagaimana caranya beliau menangani isu yang beliau sendiri tidak tahu hujung pangkalnya ini.. Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa. Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan. Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. Kenyataan di atas aku petik dari Facebook TG Nik Abdul Aziz Nik Mat di SINI Kenyataannya mudah.. tak tahu, cakap tak tahu... tak perlu nak diugut-ugut sahabat sendiri.. Ini pula kenyataan dari YDP PAS Kota Melaka yang wajar dijadikan panduan buat pemuda-pemuda PAS yang sibuk nak boikot kempen PRK Kajang itu.. PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk pihak dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14. BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan. Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat. Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor. PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri. Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik. Harun Mohamad Memang.. sifat orang muda cepat panas.. tapi walau panas macam mana sekalipun janganlah melatah tak tentu hala.. Hmmm... hari ini aku tertanya-tanya.. kenapa kebanyakkan tindakan pemimpin-pemimpin muda atau pelapis dalam tak kiralah samada dari parti DAP, PAS atau PKR bersifat kurang cerdik?.. contohnya macam pemimpin muda dari PKR lakukan di SINI |
Kenapa Anwar bertanding di Kajang?.. Ini penjelasan dari Pengarah Strategi PKR.. Posted: 28 Jan 2014 08:00 PM PST Rentetan dari pengumuman TS Khalid Ibrahim yang menamakan DS Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK DUN Kajang semalam ekoran dari perletakan jawatan ADUN sedia ada, boleh dikatakan kebanyakkan rakyat memperikaikan tindakan itu. Manakala yang menyokong membabi buta tindakan drastik Khalid Ibrahim menamakan Anwar itu boleh dikatakan hanya individu-individu yang mencari makan dengan menggunakan PKR. Contohnya ialah Ahli Majlis, Ketua WHIP, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen, dan berbagai lagi jawatan yang dipegang mereka kerana PKR. Ahli-ahli PKR yang langsung tidak punya kepentingan dalam PKR dalam lain ayat bukan mencari makan dalam PKR majoriti mempertikaikan tindakan yang dianggap buang duit dan buang masa itu. Malahan tindakan TS Khalid melakukan pengumuman itu adalah bercanggah dengan apa yang telah diluluskan dalam Konvensyen Khas PKR baru-baru ini. Dan ada yang mengatakan "Depa dah buat PKR ni macam mak bapak depa yang punya.. apa nak buat ikut suka depa saja.." Anwar bagaimanapun menjelaskan melalui Twitter miliknya "Politik sama macam peperangan, Tak semua strategi boleh didedahkan, yang penting kena patuh pada strategi pemimpin". Itu penjelasan Anwar yang tak mendedahkan apa sebabnya.. berikut pula adalah penjelasan Pengarah Strategi PKR sendiri mengenai perkara ini... Menurutnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku. "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya. Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya. Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia. "Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya. Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya. "Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya," katanya. Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka. Sepenuhnya.. bacalah.. ... I am aware that there is a lot of explanation that has to be made on the decision to vacate the Kajang seat to force a by-election. I am also acutely aware of Dato' Ambiga's advice communicated personally to me that we have to be as honest as possible with the people. Apology to the public So let me begin by offering the sincerest apology to the Malaysian public especially the voters of Kajang. The by-election will certainly consume public money and public space at the time when the people have to go through economic hardship. There is no excuse for wasting public money except to offer my sincerest apology and for the party to be prepared if the voters of Kajang decide to punish us. In all honesty, as the strongest proponent of the scheme I bear most responsibility for the decision.
While Khalid Ibrahim's administration has shown sterling performance over the last 6 years that endears him to the public, there are rooms for improvement in many areas especially given the latest dynamics in Umno. It is an open secret that the move to remove Najib Razak has begun. As a party strategist, I cannot rule out the possibility that Najib is removed and Umno falls to the ultras led by Mahathir Mohamad's faction. The unscrupulous attack and schemes to take Selangor by hook or by crook will begin the moment the weak Najib is removed. Even as we speak, Umno's cards are all too obvious in the latest round of racial and religious controversies stirred up in Selangor in the last few months. Should Najib fall, expect a full blown manipulation of racial and religious issues to create mistrust and frustration with the Selangor government. Model state as a launchpad for Putrajaya
We need radical approach to solving the traffic woes, the pace of affordable public housing has to pick up. There is a need for more rigorous forward planning of water resources in Selangor and some hard decisions have to be made soon. We have to vigorously protect the rights of the minorities who are the targets of Umno's political game. As an MP, I certainly believe we can do better especially with regards to cleanliness and livelihood of the people. We have the potential to be a model state with least potholes in densely populated areas. In other words, Selangor has to be doubly better than what it is today if it were to become a showcase for Pakatan in its quest for Putrajaya. Just as Istanbul was a launchpad for Erdogan and Jakarta is a launchpad for Jokowi, Selangor can be a great launchpad for Pakatan to take over Putrajaya. Fortification of Pakatan in Selangor
What PKR and Pakatan Selangor need is a fortification so that we can expedite reforms and simultaneously fend off political attacks and manouvres from Umno. We need as many of our top leaders around Selangor to defend Selangor because it remains the crown jewel of any political coalition in the country. Hence the decision to field Anwar Ibrahim for a state seat as this provides an option that we can readily exercise should the need arise. Does this mean there will be a change of stewardship of Selangor government? Maybe yes, maybe no. But we do have the option to optimize our leadership potential if Umno stirs up more trouble. Option is key. Having the option means having the flexibility of manouvres that can easily frustrate Umno's game in Selangor especially with regards to racial and religious controversies. Avoid the Kedah experience At the end of the day, I know no amount of explanation can sooth the public anger. I only appeal for time to let the rationale sink in and space for us to do the necessary. I also have to apologise on behalf of my party for the differences we have among ourselves that are seen as factional and often frustrates the public. Yet we trying our best to resolve it now for the sake of Malaysians, because not doing it now will certainly condemn us to the same experience of Pakatan in Kedah. We learn the lesson bitterly that differences must be managed early because the party always has to be whole to face Umno. The game-changing Kajang Move Good political leaders will never be popular. It pains me that we have to drag Anwar Ibrahim through this and subject him to public anger, yet his willingness to be a part of the bigger picture is the mark of the man. Throughout the last few days, I reassured myself that it was Churchill who chose to be unpopular and remained a minority voice of alarm against the advancing Nazis till the end despite a public popularity to appease the Nazis. An the height of Nazi's power, Churchill stood alone when every one else in Europe bowed to Hitler. The conviction of doing the right thing, in the face of extreme criticism and public anger, remains a yardstick of what an honest leadership is. I thank the top leadership of Pakatan who understand the necessity of doing this. I thank my comrades in the second leadership line up of Pakatan who have given the moral and political support for us to proceed. I hope that one day when we are in Putrajaya, we can look back to the difficult days of what will be called the "Kajang Move" as the game changer in our quest for Putrajaya. I honestly hope that it will our defining moments that allow us one step closer to Putrajaya. Let's look ahead for a stronger Pakatan in Selangor posed to take over Putrajaya in the next election and don't look back. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan