Khamis, 23 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PKR nafi Azmin ganti Khalid jadi MB

Posted: 23 Jan 2014 06:30 AM PST


PKR menafikan laporan sebuah akhbar yang mendakwa Timbalan Presidennya, Azmin Ali bakal menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat pada 15 Januari, isu tersebut tidak dibincangkan.

"Mesyuarat itu tidak membuat keputusan yang bersetuju untuk menggantikan beliau (Khalid).

 Kami memandang serius isi kandungan dan anggapan laporan akhbar itu," katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, mesyuarat tersebut membincangkan isu Selangor antaranya kenaikan yuran lesen perniagaan, isu air dan kenaikan elaun.

"Kami hanya bincang isu Selangor. Isu kenaikan yuran lesen perniagaan, penyusunan semula aset air Selangor...berkenaan Projek Langat 2 dan kenaikan elaun.

"Tak bincang (lucut jawatan Menteri Besar). Jadi tak timbul isu Azmin ganti Khalid," katanya.

Namun, beliau akui melalui mesyuarat yang dipengerusikan Azmin itu, ada ahli yang menyuarakan pendirian keras iaitu melucutkan Khalid.

"Ada yang ambil pendirian ekstremis yang membawa kepada pelucutan Khalid. Empat atau lima orang daripada 55 ahli tapi adakah pandangan mereka menjadi keputusan mesyuarat? Tidak.

"Itu lumrah dalam parti (pandangan ekstremis). Tapi ini pertama kali berlaku dalam mesyuarat (ahli menyatakan cadangan keras)," katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa Azmin tidak pernah membawa usul agar Khalid dilucutkan jawatannya.

"Masa bincang tentang pelucutan Azmin (PKNS), Azmin pengerusikan mesyuarat itu tapi ketika bincang, beliau keluar dan diambil alih orang lain," katanya lagi ~ Sinar Harian

Laporan akhbar yang dinafikan itu sila baca di SINI

Tuntut Fasakh: Ini Kenyataan Media dari Nurul Izzah dan Suaminya..

Posted: 23 Jan 2014 03:20 AM PST


Pasangan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim berkata mereka amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi mereka apabila merekagigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan mereka.

"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata pasangan itu dalam satu kenyataan petang ini.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," kata mereka dalam kenyataan tiga perenggan itu.

Ni kenyataan medianya...

KENYATAAN MEDIA  
23 Januari 2014 
Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 
Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini. 
Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar

Kita berikan mereka ruang dan peluang untuk menyelesaikan masaalah peribadi mereka sebaiknya.

Aku tak kisah jika perkara ini akan dimanipulasi sebaik mungkin oleh Blogger Pro UMNO bagi menjahanamkan karakter Nurul Izzah kerana memang itu matlamat mereka dalam menyerang pimpinan Pakatan Rakyat.

Cuma aku agak terkilan bila ada pihak yang mengatakan isu ini akan turut digunapakai oleh segelintir pemimpin PKR yang berasal dari UMNO untuk menghalang kemaraan Nurul Izzah dalam menuju kepucuk pimpinan tertinggi PKR..

Buat orang-orang itu.. sudah-sudahlah, perangai UMNO tu tinggalkanlah dalam UMNO, kalau tak boleh nak tinggalkan perangai UMNO tu.. baliklah kepada UMNO.

Baca apa nasihat MSO buat semua di SINI

Video Penolong Pengawai Daerah dibelasah tersebar!! Saksikan..

Posted: 23 Jan 2014 12:40 AM PST


Sebelum itu.. baca dulu laporan dari BERNAMA yang mendedahkan siapakah gerangan yang membelasah Ketua Penolong Pengawai Daerah dalam satu operasi merobohkan binaan haram di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGETOWN: Polis menahan tujuh lelaki bagi membantu siasatan kes pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya dikasari semasa operasi meroboh premis penjaja di Jalan Hassan Abas, Teluk Bahang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata kesemua lelaki berumur antara 30 dan 36 tahun itu ditahan antara jam 10.30 pagi dan 3 petang ini di sekitar Teluk Bahang.

"Kesemua lelaki itu bukan peniaga tetapi penduduk tempatan kawasan itu dan kami sedang mempertimbang keperluan mendapatkan perintah tahanan reman," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi semalam, seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera ringan di kepala dan leher dipercayai terkena tumbukan apabila lebih 80 penduduk dan pemilik gerai menghalang anggota penguatkuasa memasuki kawasan itu untuk merobohkan gerai penjaja di sepanjang kiri dan kanan bahu jalan berkenaan.

Ini videonya..

 

Penjelasan mengenai insiden ini oleh TKM1 Pulau Pinang mengenai perkara ini sebelum ini sila baca di SINI

Nurul Izzah tuntut fasakh ?

Posted: 22 Jan 2014 11:04 PM PST


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.

Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah. Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Wasalam. Nope," kata Nurul Izzah menjawab pertanyaan pengguna Twitter dengan nama Mohd Saiful Ahmad.

Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Ibnu K, @ibnukhusairi juga menuntut Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Harap YB boleh keluarkan statement berkenaan kekecohan ini. Terima kasih @n_izzah @msaiful82." lapor The Malaysian Insider

Berikut print screen dari The Star Online mengenai perkara ini..



Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor lapor Sin Chew

Posted: 22 Jan 2014 08:10 PM PST


Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya.

Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah', Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.

Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam.

Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.

Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid.

Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.

Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.

Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.

Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.

Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas.

Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.

Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.


Terjemahan oleh Zul Rawi dipetik dari MyKmut

Tiada ulasan: