Isnin, 20 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hassan Malek mahu rakyat bersyukur kerana pemimpin UMNO ikhlas katanya..

Posted: 20 Jan 2014 04:46 AM PST


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.

Katanya, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ianya dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

"Dalam keadaan hari ini, kita perlu menerima hakikat bersusah sedikit tetapi dalam keadaan itu pun, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), juga Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M).

"Dalam proses itu kita perlulah berkorban, rakyat kena faham niat murni perdana menteri dalam keadaan sekarang supaya membantu, memberi pandangan atau syor," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia.

Hasan berkata rakyat tidak harus menyalahkan kerajaan semata-mata dalam peningkatan harga barangan keperluan asas kerana ia turut dipengaruhi faktor lain seperti cuaca selain kelemahan rantaian pembekalan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru rakyat menerima hakikat dan sedia berkorban untuk hidup dalam keadaan sukar sedikit bagi meraih kesenangan pada masa hadapan.

"Kita kena tanam budaya berjimat dan berhemat dalam berbelanja Budaya lama yang patut hidupkan balik ini ditambah pula dengan langkah penjimatan diumumkan Perdana Menteri, dan apabila kita berjimat maka keadaan bertambah stabil," katanya.

Hasan, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, turut menolak tuduhan kerajaan lambat bertindak dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, sambil berkata ia disebabkan tiada publisiti agresif mengenai kejayaan kerajaan di samping siri programnya.

Beliau turut menyelar pembangkang yang dikatakan memutar belit fakta mengenai kos sara hidup, dan mendakwa pembangkang sengaja ingin mempermainkan perasaan rakyat demi keuntungan politik.

"Pembangkang ini sebenarnya banyak fakta yang diputarbelitkan mereka sengaja hendak mempermainkan perasaan rakyat yang akhirnya nanti akan diketahui semua hanya mainan politik seperti isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST," katanya.

Menyifatkan pembangkang hanya memikirkan keuntungan politik, Hasan berkata tindakan itu akan mendatangkan kesan buruk kepada negara kerana boleh mewujudkan huru hara.

"Di Amerika Syarikat, mereka mengadakan pilihan raya dan menerima keputusan serta kembali bekerjasama. Kalau (pembangkang) mahu menentang lagi, tunggu penggal seterusnya, atur strategi tetapi biar kami (kerajaan) lakukan tugas.

"Itulah semangat yang sepatutnya ditunjukkan pembangkang, bukan hendak cari kelemahan sahaja. Kalau sayangkan negara, sama-samalah saling membantu. Bagi saya kita tirulah pendekatan negara maju," katanya ~ The Malaysian Insider

Selepas Demo di hadapan Pusat Khidmatnya, Khai Loon terima ugutan bunuh pula..

Posted: 20 Jan 2014 12:02 AM PST

Umno tidak boleh lari daripada tanggungjawab ekoran insiden keganasan dalam perhimpunan yang dihadiri pemimpin dan penyokong mereka semalam bagi membantah 'flash mob kangkung' menyindir perdana menteri.

Perkara itu diluahkan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk Lee Khai Loon yang menjadi sasaran kemarahan dalam perhimpunan di Pulau Pinang semalam.

"Adakah dengan menafikan himpunan tersebut dianjurkan oleh Umno boleh lari daripada tanggungjawab keganasan dan kekerasan yang telah berlaku?" soalnya.

Lee mendakwa, penafian Umno negeri berhubung penganjuran perhimpunan itu benarnya cubaan memisahkan diri dengan keganasan dalam himpunan yang menurutnya tidak terkawal.

Perhimpunan semalam menyaksikan insiden dua lelaki diserang. Anggota Majlis Tertinggi Umno Reezal Merican Naina Merican semalam ketika ditanya perkara itu berkata, mereka tidak menganjurkan perhimpunan itu, justeru bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

Dalam kenyataannya hari ini, Lee juga berkata, Umno juga telah berulang kali menggunakan persatuan pro mereka sebagai "samseng" di barisan hadapan untuk mengapi-apikan semangat perkauman. 

"Mereka telah menjadikan himpunan aman kepada keganasan dan kekerasan," katanya.

Menolak penafian itu, Lee membangkitkan penyertaan pemimpin kanan Umno dalam perhimpunan itu, termasuk setiausaha Umno negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir lapor Malaysiakini.

Gambar dan video demonstrasi penyokong UMNO tersebut sila lihat di SINI

Sementara itu pagi ini menurut seorang Pegawai kepada Lee Khai Loon, Khai Loon telah menerima satu SMS berbaur ugutan dan perkauman dari individu yang tidak dikenali.

Berikut adalah SMS tersebut menurut Ikhwan Naseer..


Satu laporan Polis akan dibuat hari ini oleh Ikhwan terhadap individu yang mengirimkan SMS ini hari ini...

PERKASA Kesal Filem anak Rosmah banyak adengan lucah..

Posted: 19 Jan 2014 08:25 PM PST


PERKASA melahirkan rasa kesal kerana banyak adegan lucah dipaparkan dalam filem The Wolf of Wall Street yang dilapor diterbitkan syarikat yang diasaskan rakyat Malaysia Riza Aziz.

Setiausaha Agungnya Syed Hasan Syed Ali berkata kejayaan di peringkat global tidak bermaksud perlu menurut rencah negara Barat.

"Jika benarlah filem ini diterbitkan orang orang Melayu, PERKASA rasa sangat sedih. Di sini bila Melayu bermakna ia Islam. PERKASA hairan mengapa orang Islam tergamak buat filem yang banyak adengan-adegan lucah dalamnya.

"Jangan ajak kami umat Islam negara ini terima segala apa sahaja yang global. Kita disaran supaya maju dalam negara dan menerokai hingga peringkat antarabangsa dengan jayanya," kata beliau dalam SMS kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan kerajaan mengharamkan tayangan filem itu baru-baru ini.

Riza dikatakan anak kepada isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama bekas suami pertamanya yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York.

Akhbar Daily Mail melaporkan negara UAE telah memotong satu pertiga filem tersebut lantaran aksi lucah serta dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem turut menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang' itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan lucah dan kurang sopan.

Justeru Syed Hasan berkata, PERKASA menyokong pengharaman filem kerana ia pastinya dilakukan dengan teliti oleh pihak berwajib negara.

"Negara ini bukan negara yang mudah mahu mengharamkan sesuatu perkara terutama filem luar tetapi semua filem luar perlu faham tapisan sesebuah filem perlu dilakukan sebelum dibenarkan ditayangkan. 

"Difahamkan filem tersebut terlalu banyak adegan-adegan lucah dan ia tidak sesuai sekali ditayangkan di panggung-panggung di negara ini," kata beliau ~ Malaysiakini

Kenapa Hendak Ke Sweden?.. Rosmah Mansor kan ado..

Posted: 19 Jan 2014 04:30 PM PST


Hujung tahun lalu untuk menangkis serangan dan kecaman terhadap isterinya Rosmah Mansor berikutan penggunakan jet eksekutif yang dibiayai oleh kerajaan untuk lawatan ke Qatar, Najib mendedahkan jasa-jasa isterinya.


"Beliau (Rosmah) telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik sewaktu operasi tersebut berlangsung.

"Pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara, dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," kata Najib.

Jasa kedua yang didedahkan Najib silalah baca di SINI

Kini rakyat Malaysia diluar negara ditimpa masaalah lagi, kali ini ianya melibatkan sepasang suami isteri yang telah ditahan oleh pihak berkuasa Sweden untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Jika seorang yang telah dituduh sebagai perisik boleh dibebaskan dengan hanya satu panggilan telefon oleh Rosmah Mansor, kenapa kali ini tidak diminta Rosmah membantu?

Lagipun sebab pasangan suami isteri itu ditahan tidaklah kesalahannya tidaklah seserious Pelajar Malaysia itu ditahan..

Tak perlulah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat  ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm itu..

Tinggi kosnya itu.. mintalah bantuan Rosmah untuk menghubungi isteri PM Sweden supaya dibebaskan pasangan suami isteri itu.. kan lebih jimat cara itu..

Bebaskan pasangan suami isteri itu maka terpeliharalah kebajikkan anak-anaknya itu...

Ini laporan berkaitan..


KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedia menghantar pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Sweden bagi membantu empat anak pasangan rakyat Malaysia yang kini ditahan reman di Stockholm.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kehadiran pegawai JKM adalah untuk berbincang dengan pihak kebajikan Sweden demi kesejahteraan anak kakitangan Tourism Malaysia dan isterinya itu.

"Kementerian amat prihatin dengan nasib yang menimpa empat beradik yang diperintahkan oleh pihak berkuasa Sweden untuk dijaga oleh keluarga angkat susulan mendapat laporan dipukul oleh ibu bapa kerana tidak solat.

"Dalam masa yang sama, kementerian berharap satu jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai untuk kebaikan kedua-dua pihak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizul Raheem Awalludin, seorang pegawai Tourism Malaysia di Stockholm dan Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan pada 18 Dis dan tahanan reman mereka dilanjutkan selama dua minggu lagi.

Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak mereka yang tidak bersolat.

Berikutan itu, keempat-empat beradik berusia 7, 11, 12, dan 14 tahun kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang disediakan pihak khidmat sosial Sweden sejak ibu bapa mereka ditahan. - Bernama

Tiada ulasan: