Khamis, 16 Januari 2014

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gagal tangkis serangan 'Kangkung', Pemuda UMNO keluarkan amaran..

Posted: 16 Jan 2014 04:00 AM PST


Ini adalah lumrah bagi sesiapa sahaja yang pernah bertengkar dengan mana-mana macai, gagal menangkis hujah macam-macamlah keluar dari mulut macai tu..

Gagal nak pertahan hujah, peribadi lawannya akan diserang.. siapa tak percaya sila cuba sendiri.. ha..ha..ha.. risiko tanggung sendiri.

Dalam hal ini seorang Blogger UMNO yang suatu masa dulu mengetuai UMB Pulau Pinang (sekarang akupun tak tahu siapa ketua UMB Pulau Pinang ni) dan hebat dalam kerja-kerja membodek yang memberikan keuntungan buatnya menurut seorang sahabat X-UMB, telah menyuarakan kemarahannya.

Ini dipercayai dilakukannya kerana ketiadaan idea untuk menangkis serangan terhadap Najib berikutan ucapannya yang meminta rakyat berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana kangkung yang telah turun harganya.. videonya sila lihat di SINI

Hakikatnya apa yang diucapkan oleh Najib itu iaitu kangkung turun harga adalah satu pembohongan yang nyata, keratan akhbar di SINI membuktikannya..

Mengulas mengenai satu flashmob yang diadakan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon beliau menyifatkan Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar..

"Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!" 

Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan "kerendahan moral mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan seperti kanak-kanak"

Dan beliau turut memberikan amaran "Nampaknya, pakatan pembangkang sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not funny anymore lapor Malaysiakini

Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan Ketua Pemuda UMNO Terengganu pula menifatkan tindakan Khai Loon itu sebagai biadap dan kurang ajar..

Katanya dalam satu kenyataan "Pergerakan Pemuda Umno negeri ingin memberi amaran agar tidak lagi melakukan penghinaan kepada pemimpin negara atau mereka perlu berdepan dengan Pemuda Umno jika masih berdegil," 

Mohd Johari Abu Bakar berkata, Pemuda sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja untuk mempertahankan pemimpin negara daripada dihina dan dikotak-katikkan. 

"Tindakan ini hanya dilihat sebagai tindakan untuk meraih populariti murahan tatkala isu kenaikan harga barang menjadi topik hangat didalam negara kita," kata beliau

Khai Lonn sumbat kangkung dalam mulut Najib dianggap biadap dan kurang ajar..cuba bandingkan tindakan Kai Loon dengan macai-macai di bawah... 

Yang mana satu lebih biadap dan kurang ajar?.. Sumbat kangkung kemulut replika pemimpin atau kencing seperti anjing kepada gambar pemimpin?

Tinggikah moral macai-macai yang kencing kegambar pemimpin di atas?

Kangkung : Patutlah Blogger Pro UMNO Tak Melawan.. Ada Krisis Rupanya..

Posted: 15 Jan 2014 10:00 PM PST


Akhirnya aku temui juga sebab mengapa Blogger-blogger UMNO yang punya nama dan pengaruh langsung tidak melawan serangan dari pihak Blogger-blogger Pakatan Rakyat dalam isu Najib dan Kangkung ini..

Jawapannya aku temui setelah semalaman melayari Blog-blog Pro UMNO dan aku temuinya dalam satu blog Pro UMNO yang paling aku suka baca The Unspinner..

The Unspinner dalam penulisannya telah mendedahkan sebab mengapa Blogger-blogger Pro UMNO yang ternama nampak tidak bermaya dalam menangkis isu ini..

Ini sebahagian dari apa yang ditulisnya... 

Dato Kadir Jasin di SINI memberi nasihat kepada blogger-blogger pro-UMNO supaya tangani isu dan bukan menyerang pembawa berita atau isu. 
Memang diperakui bahawa serang peribadi tidak membawa hasil politik kepada BN kerana mereka yang bermoral rendah atau hipokrit politik belah sana pandai memainkan isu yang rakyat mahu dengar. 
Namun cara menangani agak berbeza antara seorang veteran dalam dunia media tradisional dan pengamal blog peribadi. 
Kadir juga ada menyebut akan pandangan Ibdil yang disambut sokong oleh rakan factionnya yang bernama Wenger J Khairy. 
Walaupun ada keselarian pandangan dengan Kadir Jasin. Ibdil tak layak dan tidak ada track record untuk memberi pandangan sedemikian. 
Nampak jelas ada agenda Pergerakan Pemuda UMNO untuk menyerang sukarelawan sendiri untuk nak gahkan diri sendiri atau mungkin untuk memberi ruang kepada blogger-blogger di bawah Pemuda UMNO yang tidak terkejar bayangan blogger sukarelawan yang lebih establish. 
Dalam lebih 60 jam lepas serangan kejut yang dibuat oleh pihak penyokong pembangkang, apa yang dilakukan oleh Ibdil #Lifestyle? 
Nak juga kami lihat bagaimana Instagram berkenaan fesyen, sukan, hiburan, eating out dan kesihatan boleh menangkis serangan politik yang dibuat pihak sebelah sana. 
Lagi apa yang ditulisnya bacalah di SINI

Memberi peluang kepada Blogger-blogger di bawah Pemuda UMNO yang diketuai oleh Ibdil katanya..

Kenapa pula mereka memberi peluang pula?.. sedangkan selama ini setiap isu dan serangan mereka akan terus membalasnya walaupun kadang-kadang tak selari dengan fakta.

Memberi peluang atau kecewa kerana permintaan mereka tidak ditunaikan sepertimana yang didakwa oleh sebuah Blog Pro UMNO, Rembau Times..

Dalam mempertahankan Ibdil, Rembau Times telah menuduh Blogger Pro UMNO mengugut, memfitnah dan akan memberontak jika tidak diberikan bayaran lumayan... Benarkan begitu?

"Maka kami merasa bahawa haltuju yang dibawa oleh YBhg. Sdr Ibdillah cukup tepat. Beliau nampaknya mahu media baru UMNO membawa fokus kepada isu-isu gaya hidup ("lifestyle") dimana penekanan boleh diberi kepada isu-isu yang boleh membawa manfaat kepada golongan pembaca dari terus berpolitik 24 jam sehari. 
Akan tetapi, pembahruan yang cuba dilakukan oleh YBhg. Sdr Ibdillah mendapat tentangan yang cukup kuat dari golongan bloggers pro UMNO ini. Mereka tetap mahu untuk mengeluarkan posting yang penuh dengan berita berunsur fitnah, maksiat dan hasutan. Mereka mendesak dibayar dengan gaji yang lumayan dan mengugut akan memberontak jikalau desakan itu gagal ditunaikan."

Selain itu Rembau Times juga mendakwa..

"Dalam pada itu, krisis yang serupa melanda Pejabat Perdana Menteri. Disebabkan ada segelintir bloggers yang merasa kecewa ataupun telah disuap oleh golongan yang anti-Najib, maka mereka telah bertindak diluar batasan untuk memfitnah Dato Seri Najib bersama isterinya dan merendahkan martabat pemimpin negara dikalangan rakyat mahrean. Pekara lapuk dan dakyah ekonomi songsang telah dibawa mereka untuk memberi gambaran seolah-olah Dato Seri Najib tidak arif dalam mengurus ekonomi negara, malah telah menidakkan usaha Perdana Menteri dalam merendahkan kadar defisit negara sebagai tindakan ala "penny wise, pound foolish"."

Lagi apa yang didedahkan oleh Rembau Times mengenai isu Najib dan Kangkung ini silalah baca di SINI..

Adakah Blogger-blogger UMNO tidak mempertahankan Najib kerana kecewa dengan lantikan Ibdil atau kerana bayaran?

Kesimpulannya korang buatlah sendiri... he..he..

Memalukan! Laporan BBC mengenai Najib dan Kangkung disekat..

Posted: 15 Jan 2014 08:24 PM PST


Laporan BBC mengenai 'kangkung' yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah tidak dapat diakses, dan pakar-pakar teknikal membayangkan puncanya ialah kemungkinan ia telah disekat.

Pada hari Selasa, stesen penyiar British itu telah memetik berita mengenai sendaan orang ramai terhadap kenyataan Najib mengenai harga sayur-sayuran, tetapi warga siber mula melaporkan menghadapi masalah untuk mengakses artikel di lamanwebnya malam tadi.

Mengikut ujian yang dijalankan oleh Malaysiakini sendiri, versi desktop laporan BBC itu masih tidak boleh diakses sehingga 8 pagi ini melalui Unifi TM dan Perkhimatan 3G Maxis, manakala perkhidmatan mobile Yes 4G dan Celcom tidak terjejas.

Versi mobile bagi artikel yang sama masih boleh diakses dan begitu juga yang lainnya di lamanweb BBC.


BBC sedang menyiasat perkara itu melalui Twitter, dengan bertanya kepada para pengguna, "Adakah anda berada di Malaysia? Jika ya, adakah anda boleh mengakses cerita kami mengenai kangkung?" 

Sementara itu, portal berita Digital News Asia memetik seorang pakar keselamatan dan penyedia bebas penyelesaian IT sebagai berkata semua permintaan untuk mengakses artikel BBC itu sedang digugurkan oleh pembekal perkhidmatan internet (ISP), sekaligus menyekatnya.

"BBC atau mana-mana portal besar yang menggunakan CDN (rangkaian penghantaran kandungan) yang mengendalikan permintaan halaman untuk server mereka - jika server berkenaan terlebih beban, lamanweb utama bbc.co.uk tidak boleh diakses.

"Jika ia telah digodam, seluruh domain tidak akan boleh diakses. Ini sekatan URL khusus, akan hanya boleh dilakukan dengan menapis paket dan memanipulasi rangkaian trafik," @sniiffit dipetik sebagai berkata.

Penapisan seperti ini merupakan satu pelanggaran Bil Jaminan Koridor Raya Multimedia Malaysia, yang menyatakan, antara lain, bahawa kerajaan akan memastikan tiada penapisan Internet.

Laporan itu juga memetik pengasas bersama Sinar Projek, Khairil Yusof yang mengatakan bahawa ini adalah jenis tapisan terpilih internet yang sama seperti yang dilakukan semasa Pilihan Raya Umum (PRU13).

Beliau merujuk kepada sekatan yang dikenakan terhadap video KiniTV mengenai temubual dengan A Santamil Selvi, balu kepada penyiasat persendirian P Balasubramaniam, mengenai perkara yang berkaitan dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, yang tidak dapat diakses melalui beberapa ISP tempatan, termasuk TM.

"Menurut ujian kami, ia jenis yang sama seperti penapisan yang dilakukan semasa PRU13. Ia bukanlah sesuatu yang baru dan ini mengesahkan bahawa kerajaan masih mewujudkan penapisan dan sedia untuk menggunakannya," katanya dipetik.


Sementara itu, laporan Malaysiakini semalam, 'Kangkung -theme protest draws giggles' nampaknya menghadapi masalah yang sama seperti artikel BCC yang disekat itu.

Ia tidak boleh diakses selepas dimuat naik pada jam 9.19 malam, tetapi Malaysiakini telah memuat naik semula laporan yang sama pada jam 7.22 pagi ini dan setakat ini versi baru ini masih belum disekat. 

Malaysiakini juga menyiasat mengapa lamanwebnya telah secara misteri tidak boleh diakses secara berkala sepanjang minggu yang lalu lapor Malaysiakini

Najib diberi makan kangkung di Pulau Pinang..

Posted: 15 Jan 2014 05:21 PM PST


Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung".

Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung.


Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

"Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya.

Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.

Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.

Para peserta protes di Jalan Alma itu melaungkan slogan lucu dan bermain versi remix ucapan Najib yang kini tersebar luas.

Seorang peserta membawa poster yang menggambarkan Najib sebagai Kolonel Sanders KFC, kecuali akronim KFB bagi "Kangkung Fried Belacan" ~ Malaysiakini
 


Tiada ulasan: