Anak Sungai Derhaka |
- Difitnah salahguna RM50,000 bantuan banjir untuk shopping.. Ini jawapan dari Fuziah Salleh
- Adik Najib berpesan kepada Najib ke ni?
- Dah kena tumbuk baru MIC sedar macai biadap?
- Sinar Harian padam laporan 'Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara'.. kenapa agaknya?
Difitnah salahguna RM50,000 bantuan banjir untuk shopping.. Ini jawapan dari Fuziah Salleh Posted: 14 Jan 2014 07:01 AM PST Walaupun banjir yang mengakibatkan lebih kurang 20,000 menjadi mangsa di Kuantan telah berakhir namun fitnah macai terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR ini masih belum berakhir nampaknya.. Sebuah portal Pro UMNO telah mendakwa Fuziah Salleh telah menyalahgunakan bantuan banjir berjumlah RM50,000 untuk membeli belah dan makan angin di Guangzhou, China. Dakwa portal berkenaan.. Menjawab fitnah macai di atas satu laporan Polis telah dibuat oleh YB Fuziah Salleh.. Dalam laporan itu beliau menegaskan individu yang bertanggungjawab menguruskan hal program bantuan banjir ke Pantai Timur ialah Exco Kerajaan Negeri Selangor Yb Rodziah Ismail. Ini laporan Polis nya.. Menurut beliau isu ini telah diputar belit bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kegagalan Kerajaan BN dalam menangani isu banjir kali ini. Menjawab soalan wartawan mengenai masalah bantuan banjir bernilai RM500.00 setelah selesai membuat laporan Polis. Fuziah menegaskan bahawa beliau telah bertanya dengan Pengarah JKM Pahang yang terlibat dan menurut Pengarah berkenaan, JKM telah menyerahkan nama-nama penerima ehsan banjir ke MKN pada 26 Dis 2013. Malangnya apabila perkara itu dirujuk kepada MKN, pihak MKN mendakwa mereka tidak memperolehi senarai nama berkenaan. Kenyataan antara JKM dan MKN jelas bercanggah, persoaanlnya disini kemanakah nama-nama penerima ehsan banjir itu telah hilang? Tegas Fuziah "Adalah tidak wajar dan tidak adil kawasan lain yang terlibat dengan banjir seperti Kemaman telah menerima bantuan seperti yang telah dilaporkan,sedangkan kawasan Kuantan yang mangsa banjir melebihi 20 ribu orang belum lagi diambil perhatian sewajarnya." Mengenai bantuan kemanusiaan dari Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan berjumlah USD10 juta, beliau sendiri telah menulis surat kepada Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan untuk membetulkan maklumat di mana kawasan kuantan adalah kawasan di mana mengalami banjir yang teruk tambahnya. Mengenai percutian di Guangzhou, China pula ianya telah dirancang lebih awal, percutian itu merupakan percutian keluarga menurutnya. "Bukan sahaja anak-anak saya yang ikut bahkan adik beradik saya pun ikut, tetapi perkara ini telah disalah erti dan di manpulasi oleh orang tidak bertangjawab yang telah mengatakan saya telah mengunakan duit RM50,000 daripada Kerajaan Selangor untuk kesana". Mengulas mengenai bagaimana gambar beliau dan suami tersebar,sambil berseloroh beliau mengatakan mungkin ada tangan-tangan gaib wujud walaupun tidak pernah berkongsi gambar - gambar di sana melalui media sosial,mungkin suami yang telah berkongsi gambar kami di dalam apilikasi whatssup antara kawan-kawan beliau. Hmmm.. bila agaknya budaya fitnah macai ni akan berakhir? |
Adik Najib berpesan kepada Najib ke ni? Posted: 14 Jan 2014 12:13 AM PST Ketika abangnya menjadi sasaran kecaman rakyat Malaysia, warga internet khususnya rentetan dari ucapannya yang meminta rakyat Malaysia berterima kasih kepada Kerajaan BN kerana harga kangkung turun.. Video ucapan Najib itu sila lihat di SINI.. Muncul adik Najib Datuk Seri Nazir Razak dengan satu artikel panjang lebar sebagai memperingati kembalinya ayahnda beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein kerahmatullah 36 tahun yang lalu.. Nazir dalam artikelnya menyeru supaya sikap jimat cermat bapanya diteladani kerana dalam masa yang sama beliau menegaskan betapa tegas dan berhemahnya bapanya Allahyarham Tun Razak dalam membelanjakan wang rakyat.. Katanya, sikap tegas bapanya itu dapat dilihat semasa beliau bersama adik beradik yang lain meminta Allahyarham membina kolam renang di Seri Taman, kediaman rasmi perdana menteri pada masa itu. "Ayah saya dengan jelas mengingatkan kami bahawa walaupun Seri Taman adalah kediaman kami, tetapi ia kepunyaan kerajaan dan secara langsung adalah milik rakyat. "Sebarang wang yang dibelanjakan ke atas rumah itu akan datang daripada wang orang ramai, dan beliau tidak akan membenarkan perbendaharaan negara digunakan untuk tujuan semberono seperti kolam renang," katanya. Dan aku rasa nasihat Nazir ini sesuai buat abangnya yang boros iaitu Najib @ PM Kangkung.. Bacalah... Tiga puluh lapan tahun dahulu pada hari ini, 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak Hussein menghembuskan nafas terakhirnya di London selepas komplikasi leukemia. Malaysia kehilangan perdana menteri. Saya kehilangan. Malaysia ketika itu berusia 19 tahun. Saya pula sembilan tahun. Hari-hari selepas itu diselubungi kesedihan peribadi dan seluruh negara berkabung. Empat adik-beradik termasuk saya sedaya upaya cuba menenangkan ibu kami, sementara rakyat yang baik hati seluruh negara bersimpati memberikan peringatan bahawa kami tidak keseorangan semasa menghadapi tragedi ini. Saya perlu mengakui semasa kecil pada waktu itu serta jadual bapa yang terlalu sibuk, kadang kala saya mengeluh kerana pengorbanan bapa kepada negara menyebabkan masanya untuk bersama keluarga terlalu sedikit. Bagaimanapun, saya sangat berbangga dengan dedikasi bapa kepada negara yang masih muda ketika itu. Saya tidak berpeluang mengenali bapa. Namun, tertanam dalam diri saya adalah nilai yang diterapkan oleh beliau, integriti yang beliau asuh menjangkaui semua. Ya, menjangkau semua termasuk keluarga saya. Saya imbau kembali ketika abang saya dan saya mendekatinya pada suatu petang dan meminta kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri yang kami tinggal. Berlatarbelakangkan seorang peguam, bapa menyuruh kami memberi hujah secara logik dan rasional. Dan kami lakukannya, walaupun hujah kami amat baik, tiba-tiba wajahnya berubah dan matanya merenung kami dengan keadaan menjengkelkan. Bapa menjelaskan Seri Taman mungkin adalah rumah kami, tapi rumah tersebut adalah milik kerajaan maka ia juga milik rakyat. Sebarang kos perbelanjaan rumah tersebut datang daripada dana awam, mustahil untuk beliau membenarkan kutipan hasil negara dibelanjakan pada sesuatu perkara remeh seperti kolam renang. "Apa yang rakyat akan kata?" soal bapa. Sepanjang saya membesar, saya sering mendengar daripada orang ramai yang mengenali bapa secara rapat, termasuk mereka yang berkerja di dalam kerajaan, politik, individu terlibat dalam mencapai kemerdekaan dan juga rakan peribadi beliau. Ia adalah salah satu cara saya untuk mengenali bapa. Apa yang mencuri perhatian saya adalah hampir semua perbualan mengenai bapa adalah tentang kualiti yang menjadikan diri bapa seorang yang berharga. Sebagai seorang penjaga amanah aset negara, kesederhanaan bapa adalah lagenda. "Kamu perlu kira setiap sen, atau ia akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kamu," seorang bekas menteri memberitahu saya. Jadi, saya sudah mengetahuinya. Bukan hanya di dalam episod kolam renang tetapi banyak peristiwa lain lagi. Abang saya sering bercakap mengenai peluang yang jarang-jarang sekali kami dapat iaitu semasa menemaninya dalam lawatan rasmi ke Switzerland. Bapa pastikan segala perbelanjaan dikeluarkan daripada poketnya sendiri, sangat berhati-hati dengan kos yang ditanggung kerajaan sehingga beliau memilih hotel lebih murah daripada yang asalnya ditempah, mereka berulang kali makan di restoran paling murah di sekitar hotel tersebut. Kemudian lawatan terakhirnya ke Eropah pada Oktober 1975 untuk mendapatkan rawatan perubatan. Bapa mungkin tahu lawatan tersebut mungkin yang terakhir buatnya, namun beliau tidak membenarkan ibu menemaninya untuk menjimatkan wang. Ia mungkin kerana kebimbangan tentang situasi kewangannya selepas meninggal dunia. Ibu hanya menemaninya seminggu kemudiaan atas kelulusan Kabinet dengan peruntukan khas yang diluluskan untuk perjalanannya. Ketelusannya sering menjadi bualan mulut ramai pihak. Bapa didorong oleh konsep dalam perkhidmatan awam yang dianggap kolot dan ketinggalan pada zaman ini di mana setiap kakitangan awam perlu berkhidmat untuk rakyat dan amanah diberikan mestilah tidak boleh dikhianati. Seorang kakitangan awam pertama sekali beramanah dan orang ramai mesti tidak dikhianati. Satu lagi perkara yang sentiasa didengar adalah mengenai staminanya. Ramai yang hairan selepas mengetahui bapa mengidap leukemia kerana beliau sering aktif semasa di dalam pejabatnya, sering menghadiri tugas rasmi, melibatkan diri dalam setiap perincian dasar di samping lawatan mengejutnya ke kawasan yang sering diperkatakan di seluruh negara bagi membolehkan beliau mendengar secara terus daripada orang ramai tentang apa yang sedang berlaku di bawah. Sudah pasti ramai juga yang sudah hilang kiraan terhadap dedikasi Tun Razak kepada pembangunan luar bandar. Beliau mengamalkan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran. Paling penting, ramai yang sebulat suara tekankan adalah komitmen bapa kepada perpaduan negara ke arah membina sebuah negara bagi setiap warganegara untuk berpayung di bawah negara Malaysia. Visi tersebut diterjemahkan di bawah dua inisiatif yang diterajui bapa saya susulan tragedi berdarah 13 Mei 1969, pengenalan Rukunegara pada 1979 dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971. Rukunegara menyeimbangkan tradisi budaya asli dan warisan atas tuntutan sebuah negara yang moden dan sekular. Matlamat DEB seperti digariskan dalam pengumuman polisi bertujuan menganjurkan pelaksanaan perpaduan negara menerusi kajian sosio-ekonomi paling penting yang direncanakan menerusi misi berkembar untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penstrukturan semula fungsi ekonomi berasaskan identifikasi etnik. Perdebatan mengenai DEB berterusan hingga hari ini. Diri saya sendiri secara terbuka berkata sesuatu tersasar dalam pelaksanaannya. Penetapan kuota sering dilihat sebagai jalan mudah kepada beberapa perkara yang mereka pilih mewujudkan satu jurang intra etnik dalam kelas dan status, di samping dipanaskan lagi dengan tekanan antara etnik. Kedua-dua perkembangan ini dilihat walaupun bukanlah semuanya membelakangi matlamat DEB yang diperkenalkan Tun Razak iaitu mengukuhkan perpaduan negara. Apa yang silapnya? Sesetengah orang berhujah ia berpunca daripada langkah drastik sendiri. Bagi saya ia adalah kerana pelaksanaannya tersasar daripada fokus dalam pendekatan taktikal daripada komitmen kepada matlamat asalnya. DEB pastinya membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi dengan menghasilkan kelas pertengahan kaum Melayu. Bagaimanapun dalam maksud lebih luas, yang lebih baik dapat kita katakan adalah DEB pada awalnya berjaya menghakis jurang konflik perkauman selepas 13 Mei. Berterima kasih kepada DEB, Malaysia tidak mengikut jejak seperti yang berlaku di Sri Lanka, di mana mereka terjebak dalam pertelingkahan berdekad lamanya antara pendatang Tamil dan orang asal Sinhalese. Ia bukan satu pencapaian kecil. Tapi janji DEB untuk memperkukuhkan perpaduan negara tidak dapat direalisasikan. Malah, wujud pula tanda ketegangan antara etnik yang sekali lagi berada pada tahap membimbangkan. Apa yang boleh dilakukan? Peribahasa Melayu berkata: "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan". Pada pandangan saya, balik ke pangkal bermakna kita melihat semula kepada nilai, komitmen, visi dan ini termasuklah apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Tun Razak. Saya sudah nyatakan pada awal tentang ketelusan beliau, komitmennya terhadap konsep penjawat awam dan visi progresifnya, bagi menjadikan Malaysia yang lebih bersatu padu dan kaya. Tapi biarlah saya akhirinya dengan menekankan dua legasi utama Tun Razak. Satu, beliau adalah demokrat sebenar. Dua tahun selepas mengendalikan Majlis Gerakan Negara (Mageran), beliau membubarkan jawatankuasa dan memperkenalkan sistem demokratik. Beliau memegang kuasa secara mutlak dalam MAGERAN, tetapi pandangan luas dan nilai-nilai yang ditunjukkannya bersandar pada satu asas pemerintahan demokrasi, bukannya diktator. Cara beliau membuat keputusannya boleh digambar sebegini: Beliau membawa masuk semua diperlukan penglibatannya dan mengadakan perbincangan konsultatif sebelum membuat sebarang keputusan penting untuk dilaksanakan. Beliau tidak pernah meminggirkan mereka yang mempunyai pandangan berbeza, beliau mengalu-alukan kepelbagaian pendapat bagi mendapatkan hasil terbaik bagi membuat keputusan muktamad yang tepat. Kedua, ketika beliau komited untuk memperbaiki kualiti hidup majoriti bumiputera bagi mengelak berulangnya satu lagi "13 Mei", beliau melihat perkara tersebut sebagai hak istimewa negara daripada sudut perkauman. Perkara tersebut bagi saya menjelaskan kesungguhan untuk melibatkan semua rakyat Malaysia yang terbaik dan cemerlang ke arah usaha tersebut, tanpa mengira latar belakang kaum atau etnik mereka. Periksalah mereka yang pernah bekerja dengan beliau dan pentadbirannya sebelum ini. Pada ketika itu, semua rakyat Malaysia bersatu di bawah satu kesungguhan untuk membina negara ini di atas abu 13 Mei. Itu adalah legasi Tun Razak kepada Malaysia. Kita boleh menghargainya dengan kembali ke "Pangkal Jalan". Kita bangga melihat individu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Siew Sin, Tun Abdul Razak Hussein, dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang suatu ketika dahulu merangka arah tuju Malaysia. Setiap rakyat mempunyai kemahuan untuk melihat individu yang penuh integriti, prinsip dan keadilan. Malangnya individu seperti itu tidak lagi wujud dalam kerajaan ketika ini sebaliknya dipenuhi dengan individu yang lemah dan mempunyai selera rakus serta pentingkan diri sejak sekian lama. Tanpa ragu-ragu, Tun Razak mungkin melakukan kesilapan atau tidak, pada suatu ketika terpaksa memenuhi kepentingan parti sendiri. Bagaimanapun, mereka mencintai tanah air ini melebihi segala-galanya. Bukan semata-mata mengayakan ahli keluarga mereka. Bukan sekadar membiakkan kapitalisme kroni seperti pemimpin UMNO yang ada pada masa ini.... |
Dah kena tumbuk baru MIC sedar macai biadap? Posted: 13 Jan 2014 08:11 PM PST MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan. "Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut. "Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan," katanya. Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu. Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor. Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat ~ The Malaysian Insider |
Sinar Harian padam laporan 'Anak Rosmah, Riza Aziz harumkan nama negara'.. kenapa agaknya? Posted: 13 Jan 2014 04:30 PM PST Kenapa agaknya tiba-tiba Sinar Harian memadamkan laporannya tentang kejayaan anak Rosmah Mansor, Riza Aziz mencipta nama menerusi kejayaan filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street? Adakah ada pihak yang telah menghubungi Ketua Pengarang Sinar Harian meminta pihak mereka memadamkan artikel berkenaan? Selain dari melaporkan tentang produser filem Hollywood kelahiran Malaysia, Riza Aziz membuktikan kebolehan anak tempatan apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street, berjaya menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Leonardo DiCaprio. Sinar juga melaporkan kerana ianya turut melaporkan filem yang menelan belanja RM326 juta itu didakwa hasil sumbangan kewangan daripada ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Printscreen sila lihat di AmenoWorld. Apa yang tinggal jika korang klik pada tajuk ini 'Anak Rosmah, Riza Aziz Harumkan Nama Negara' hanyalah paparan di bawah ini.. Lebih menarik lagi mStar yang pada mulanya turut melaporkan perkara yang sama mengenai perkara tersebut telah turut memadamkan perenggan yang menyentuh Rosmah Mansor itu.. Ini printscreen sebelum perenggan tersebut dipadam.. Ini setelah perenggan tersebut dipadam.. Kenapa agaknya ya??? adakah mereka menerima arahan? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan