Anak Sungai Derhaka |
- Isu Peserta Himpunan Turun meraba wanita.. Najwa Latif kantoikan macai UMNO..
- Rosmah dan Najib sambut tahun baru di Los Angeles dan Sydney?
- Himpunan dah berakhir... Kerajaan dah ter 'Guling' ke? (Video Inside)
Isu Peserta Himpunan Turun meraba wanita.. Najwa Latif kantoikan macai UMNO.. Posted: 01 Jan 2014 06:44 AM PST 'ITU tidak benar. Saya tidak 'tweet' sebegitu'. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Cinta Muka Buku', Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam. Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual. Mesej bergambar itu dikatakan menjadi "viral" di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara. Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab. Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Itu tidak benar, saya tidak ada 'tweet' sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer. "Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL). "Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu. "Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik," katanya. B iarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut. "Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan. "Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu," katanya. |
Rosmah dan Najib sambut tahun baru di Los Angeles dan Sydney? Posted: 01 Jan 2014 05:20 AM PST Sehari sebelum tahun 2014 menjelang, Presiden UMNO yang amat disayangi oleh macai-macainya telah mengumumkan 11 langkah penjimatan dengan mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus. Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan. "Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan. Bagaimanapun seperti juga manifesto BN yang dimungkir begitu saja, apa yang Najib nyatakan di atas juga hanyalah retorik semata-mata. Langkah penjimatan yang langsung tak memberi faedah kepada rakyat itu hanalah sekadar kata-kata untuk meredakan kemarahan rakyat berikutan harga barangan yang melonjak sempena sambutan tahun baru. Perbelanjaan berhemah lah sangat... orang lain dia minta berjimat cermat tapi dia laki bini pulak perhabis duit sambut tahun baru di Los Angeles dan Sydney. Mereka terbang dari LA ke Sydney nak lihat matahari naik di Sydney, lepas itu mereka akan terbang pula dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik.. Bukan aku reka cerita tapi aku terbaca di Blog A. Kadir Jassin (orang UMNO ni...tapi bukan kategori macai).. Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka. "Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,".. Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika sambutan tahun baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan 'Penasihat Komunikasi Najib' (CAG). Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk "Wanita Chief and the Grandmaster" pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru. "…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. "Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia," komen itu dipetik Kadir. Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada 'anggota CAG' untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan. Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip atau fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota 'CAG' melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat. Baca ni.. PM Not Here to Hear WHILE the protestors, be they for or against the government, may be demanding this and that, they should know that the man who could make things happen, i.e the Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak, is not here to hear their demands firsthand. He will be abroad for the New Year celebrations. Despite an earlier denial by a member of his Communication Advisory Group (CAG), the PM is indeed abroad. A Kedai Kopi Assembly (KKA) regular said he left soon after Christmas celebrations in Penang and is not due back until Jan. 5. Some readers and commentators may consider this article a gossip and "fitnah" (libel/slander) or even sacrilegious. But the following is the sequence of event to drive home my point. 1. In the posting entitled "Wanita Chief and the Grandmaster" on Dec. 11, a debater going by the name of Zainol, had, among other things, commented: "…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri…Mereka terbang dari LA ka Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ka Les vagas untok tengok kalimkedua matahari naik. sebab Amerika satu hari lambat dari Australia." 2. I asked a member of the CAG via SMS if this is true. The response: "NO!!!.." which I duly posted in the comment section of the posting entitled "Suspending Newspapers May Not Be The Answer." 3. I then made the following notation: "Jadi, kalau ikut penasihat CAG itu, berita/dakwaan PM akan bercuti di luar negara pada tahun baru tidak betul. Tetapi tahun baru masih 7 hari lagi." 4. Today, on the advise of the CAG member (one who denied the PM was going abroad) I sent the following SMS to the PM's Press Secretary, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad: "Salam Tengku. This is akj. I have published a denial that the PM and wife are going to sydney and las vegas on the new year's eve. The source asked me to confirm with you. Tq." 5. He replied "Dato.. PM is on leave and overseas." (So the CAG member was wrong!) 6. Just to be absolutely sure and not be accused of gossiping, libelling and slandering, I sent another SMS to Tengku Sharifuddin: "Sorry, I assume he will not be around for the new year. Tq." 7. His response: "Overseas on leave. Dpm will be around." (Good luck Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Tired or not our well being is in your hand for the next few days.) 8. Just to be super sure that I wasn't missing anything, I asked two very senior newspaper editors, one of whom is also a member of the CAG, via SMS: "Sdr, akj here. Was there official announcement that the PM is on leave abroad? For my blog. Help appreciated. Tq." 9. One responded: "No. I don't think so. Don't quote me plse." 10. My response to him; "…May I say, a newspaper editor said no official media statement to that effect? Tq." 11. He replied: "Ok." 12. To be fair to all, I shot another SMS to Tengku Sharifuddin: "So the allegation that he might be in sydney and las vegas to see the sunrise on the new year could possibly be true. Someone from the CAG said pm wasn't going abroad. I have to clarify in my blog. Anything u would like to add? Tq." The PM was also away at this time last year. But he is not alone. Many other ministers are also out of the country. Macai tentu bangga dengan cara Najib laki bini sambut tahun baru ni ya.. mana ada dalam dunia ni orang yang tengok matahari terbit diawal pagi tahun baru sebanyak dua kali.. |
Himpunan dah berakhir... Kerajaan dah ter 'Guling' ke? (Video Inside) Posted: 31 Dec 2013 09:26 AM PST Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1.00 pagi, himpunan yang telah diadakan telah dihadiri lebih dari 10,000 orang yang kebanyakkannya dari generasi muda telah berakhir dengan aman. Tiada tercetus sebarang kekacauan dan tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku. Kecuali media yang sememangnya menjadi tunggangan UMNO/BN melaporkan kononnya pentas diceroboh dan peserta demo merusuh.. Malah letupan-letupan bom yang didakwa akan dilakukan oleh PKR pada malam ini oleh sebuah blog macai berdasarkan e-mail yang entah siapa yang merekanya langsung tidak kedengaran. Dan perhimpunan aman untuk menyuarakan kemarahan rakyat tentang kenaikkan harga barangan ini, juga tidak menyebabkan Kerajaan yang sedia ada terguling, kerana himpunan ini dituduh oleh macai sebagai himpunan untuk menggulingkan Kerajaan. Apa ke bodohnya tuduhan macai itu.. nak guling apa bendanya kat Dataran Merdeka tu? Itulah.. bila orang kata mereka bodoh, mereka marah.... hakikatnya memang mereka bodoh!.. tapi kalau boleh lain kali Bodoh tu simpanlah sikit, jangan tunjuk kat orang semua... Sedikit gambar untuk dikongsi bersama.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan