Jumaat, 10 Januari 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pemuda PAS gagal mengaplikasikan Liqa'ul Fikr dalam isu Bughah

Posted: 10 Jan 2014 08:00 AM PST

Dewan Pemuda PAS Lenggong minta polis siasat Mufti Harusani
 
 Walaupun tindakan yang diambil agak terlambat sedikit kerana khabarnya polis sudah pun mengambil keterangan dari Mufti 'Bughah' Hurusani , saya tetap mahu mengucapkan syabas dan menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Lenggong kerana membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur hasutan yang mendakwa peserta Himpunan Turun adalah bughah dan halal darah mereka. 

Begitulah langkah yang sepatutnya diambil oleh seluruh Pemuda PAS Perak dan juga Pemuda PAS Pusat sebagai tanda solidariti membantah kenyataan Mufti 'Bughah' yang celupar itu.

Terbukti bahawa Dewan Pemuda PAS Perak dan Dewan Pemuda PAS Pusat gagal mengembelingkan usaha dan tenaga pemuda diseluruh negara dalam isu ini.

PAS Perak setiap bulan mengadakan Liqa'ul-fikr di Markaz Air Kuning, Taiping Perak dimana ianya merupakan satu program pentarbiyahan bagi tujuan menyatukan pemikiran ahli-ahli. Namun terbukti masih gagal menyatukan pandangan dan tindkan dalam isu yang sebesar ini... Malang sekali!

Walau apa pun sekali lagi saya ucapkan syabas kepada Pemuda PAS Lenggong! Baca : Buat laporan Polis, risau pertumpahan darah

Tiada ulasan: