Addin |
- Akhirnya.. Agenda Sebenar Jais Serbu Gereja Terbongkar
- Selepas Berpesta Sambut Hari Jadi Mewah Bersama Artis, Zahid Hamidi Kata Kerajaan Tak Boleh Bagi Subsidi Selamanya
- Berita Dari Pahang Yang Tidak Di Besar-Besarkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3
- Marina Mahathir Pertikai Cuti Hari Jumaat
- Lagi Kejadian Pegawai Kerajaan Di Tembak
- Kisah Menyayat Hati Di Hari Pertama Persekolahan.. Saksikanlah
- Di Saat Rakyat Menderita, Zahid Hamidi Mampu Bermewah-Mewah Sambut Hari Jadi
Akhirnya.. Agenda Sebenar Jais Serbu Gereja Terbongkar Posted: 06 Jan 2014 10:16 AM PST Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu pejabat Bible Society Malaysia (BSM) seolah-olah buba mengalih perhatian orang ramai dari isu kenaikan kos sara hidup."Apakah serbuan yang dilakukan itu hanyalah satu langkah politik yang digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat. "Ini berikutan tindakkan tersebut dibuat serta-merta selepas perhimpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan berjaya dianjurkan oleh kumpulan pelajar dan belia pada 31 Disember 2013 menyaksikan lebih 10,000 rakyat turun ke Dataran Merdeka," kata Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Sen. 2 Januari lalu, Jais menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan menahan pengerusinya, Lee Min Choon dan setiausaha agung, Simon Wong. Jais turut merampas 321 salinan bible dalam bahasa Melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban. Suaram turut menyifatkan Jais gagal kerana tidak berunding dahulu dengan kerajaan negeri Selangor. Exco Agama Selangor, Sallehan Mukhyi pada hari sama berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Jais untuk melakukan serbuan. Jais dalam kenyataannya sehari kemudian memberitahu agensi itu terlupa memaklumkan jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri. Justeru, Sallehen meminta pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad menyediakan laporan berhubung serbuan tersebut. ~kd |
Posted: 06 Jan 2014 04:04 AM PST Selepas mengadakan pesta hari jadi mewah tengahari semalam, hari ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, kenaikan harga barang suatu yang tidak boleh dielak kerana rakyat perlu sedar tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi yang tinggi kepada mereka. Menteri Dalam Negeri tersebut berkata rakyat perlu sedar atas bebanan kewangan yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan sekiranya pemberian subsidi yang tinggi diteruskan. "Dalam hal ini, yang penting kita bersimpati dengan masalah dihadapi rakyat yang berdepan kenaikan harga. "Tapi rakyat harus diberi kesedaran tidak selamanya kerajaan boleh memberikan subsidi sebagaimana yang lalu kerana bebanan kewangan yang tinggi," kata Ahmad Zahid dalam sidang media pejabatnya pagi ini. Semalam, Zahid menyambut hari jadi bersama cucunya di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur.Tetapi majlis makan tengahari yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata. Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu berpakaian merah sebagai tema parti itu. Naib presiden Umno juga berkata rakyat perlu menerima hakikat mengenai keputusan rasionalisasi yang dilakukan oleh kerajaan."Kita harus terima hakikat bahawa negara kita ini perlu kurangkan subsidi yang dinikmati oleh rakyat dan kita tidak mahu rakyat terlalu selesa dengan jumlah subsidi tinggi yang diberikan oleh kerajaan ini. "Tapi rakyat perlu menerima hakikat kerajaan harus melakukan rasionalisasi dari segi pemberian subsidi ini," terangnya lagi.Dalam mempertahankan langkah Putrajaya mengurangkan subsidi tersebut lagi, Ahmad Zahid menegaskan isu kenaikan harga barang bergantung kepada elemen pasaran. "Hakikatnya, tidak ada sebuah negara pun yang tidak alami kenaikan barang."Bukan hanya dalam soal rasionalisasi subsidi, tapi hakikatnya apa yang berlaku di beberapa negara rantau Asean dalam kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan kerana permintaan dan penawaran... ia ditentukan oleh elemen pasaran," katanya lagi. Awal hari ini, The Malaysian Insider melaporkan Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi yang 'mewah' di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini. Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga hari ini mempertahankan tindakan pemotongan subsidi dengan menggesa rakyat bersedia melakukan pembaharuan agar pertumbuhan ekonomi negara terus melonjak pada 2014."Ini pilihan yang kita ada. Kita kena sedari keadaan ini dihadapi semua negara disebabkan persekitaran ekonomi telah pun berubah."Bagi sebuah negara yang ingin menentukan daya saing, kita perlu buat perubahan dan ia sudah digariskan dalam agenda transformasi negara," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. Selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 lalu, Najib telah mengambil beberapa langkah pengukuhan defisit fiskal, antaranya mengumumkan pemotongan subsidi petrol sebanyak 20 sen, pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen, menaikkan tarif elektrik hampir 15%, dan terbaru bakal menaikkan kadar tol di sekitar ibu kota dan Selangor. Putrajaya juga mengumumkan pelaksanaan cukai GST yang akan bermula pada tahun 2015 sebagai langkah mengelak kebergantungan kepada pendapatan Petronas semata-mata.Langkah pemotongan subsidi tersebut juga mengakibatkan harga barangan harian meningkat serta menambah kesempitan rakyat di Malaysia. ~tmi |
Berita Dari Pahang Yang Tidak Di Besar-Besarkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3 Posted: 06 Jan 2014 01:15 AM PST Akibat banjir 3 Disember lalu, sebuah rumah di Perkampungan Bukit Rangin di sini hanyut sejauh 15 meter dan tersadai di tanah jiran sebelahnya. Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang menyebabkan kebayakan penduduk tinggal sehelai sepinggang. "Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh. "Sekurang-kurangnya ada harapan untuk kami membaiki dan 'meletakkan' rumah ini ke tapak asalnya," katanya. Sehubungan itu, atas inisiatif Unit Amal Pas Kawasan Paya Besar, gotong-royong telah diadakan untuk mengusung rumah tersebut ke tempat asalnya. Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, seramai 100 sukarelawan daripada Unit Amal, ahli Pas, AJK masjid dan penduduk kampung datang bergotong-royong mengusung rumah itu. Menurutnya, prihatin dengan nasib mangsa banjir di Bukit Rangin di sini, Unit Amal Pas Paya Besar telah melancarkan Ops Banjir seminggu selepas banjir sehingga ke hari ini. "Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira parti. Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, kami sedia membantu. "Alhamdulillah, kami juga dapat bantuan daripada pihak luar untuk diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan ini," katanya. Mohd Tarmizi berkata, kesan banjir Disember lalu merupakan dugaan besar, namun berharap agar penduduk tidak berputus asa untuk meneruskan kehidupan mendatang. "Ini ujian ALLAH kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain," katanya disini semalam. ~sh |
Marina Mahathir Pertikai Cuti Hari Jumaat Posted: 05 Jan 2014 07:44 PM PST Anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat. Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk "Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam" memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz. Marina melalui Twitternya beranggapan artikel itu sebagai mengarut dan menuntut sesiapa supaya menunjukkan kepada beliau bukti di dalam Al-Quran bahawa umat Islam disuruh bercuti pada hari Jumaat. Dalam artikel itu, Hassan bersetuju sekiranya lebih banyak negeri menjadikan hari Jumaat sebagai salah satu cuti rehat mingguan kerana ia memang hari cuti bagi umat Muslim. "Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam. "Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim. "Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik. "Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya," katanya memetik artikel Sinar Harian. Marina sebagai umat Islam sepatutnya tahu hujah berkaitan Jumaat bukanlah dikhaskan pada zaman tertentu dengan menyebut secara khusus bahawa pada hari itu umat Islam disuruh bercuti. Menurut hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abdullah bin Munzir, bahawa Nabi Muhammad terlah bersabda :-
Jadi, di zaman serba moden dengan kesibukan tugas, dengan banyak keistimewaan disediakan oleh Allah pada hari Jumaat lebih elok ia dijadikan sebagai cuti rehat bagi memudahkan umat Islam melakukan ibadah Solat Jumaat dengan penuh kesediaan dan kesempurnaan. Sudah dijelaskan dalam hadis berkenaan berkaitan keistimewaan hari Jumaat yang lebih hebat dari Hari Raya, dan ia sepatutnya menjadi satu antara cuti rehat bagi umat Islam. Bukan semua dalil dan nas-nas Islam hanya terletak pada Al-Quran tetapi ia harus berpandukan kepada Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. ~mynewshub Addin: Contohi lah negeri Kelantan, Kedah, Terengganu dan yang terbaru Johor yang mengisytiharkan Jumaat adalah cuti mingguan.. |
Lagi Kejadian Pegawai Kerajaan Di Tembak Posted: 05 Jan 2014 06:56 PM PST Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, Sabtu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi. Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri Alawiyah Haron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih. Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini Ahad. Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit,rantai leher dan gelang tangannya. "Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian," katanya. Shukri berkata, polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaan stabil. Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual. ~bernama |
Kisah Menyayat Hati Di Hari Pertama Persekolahan.. Saksikanlah Posted: 05 Jan 2014 06:50 PM PST Pagi – pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru – guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini. Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta – minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya. Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak – anak ini. Comel – comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan – rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah. Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak – anak, mana tahu ada rakan – rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak – anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah. Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah. Yuran Sekolah Dari Duit Syiling Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan , bagaimana nak salurkan bantuan. Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca. Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar , kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar. Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai. Sekurang – kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa – biasa ini yang paling terkesan. "Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11) Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400. Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah. Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH subhanahu wata'ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3: Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Berbahagialah ibu dan nenek adik – adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak – anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka". Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya." (Hadis riwayat Ahmad) Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun." (Hadis riwayat Tirmidzi) Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)', dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." (Surah Saba ayat 39). Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah). Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian . Jazakallah hukhairan kathira. |
Di Saat Rakyat Menderita, Zahid Hamidi Mampu Bermewah-Mewah Sambut Hari Jadi Posted: 05 Jan 2014 05:01 PM PST Beberapa menteri terus hidup dalam kemewahan ketika Putrajaya memotong bajet dan meminta rakyat mengetatkan tali pinggang mereka dan berjimat cermat dalam menghadapi kos hidup yang meningkat dan pengurangan subsidi tahun ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menganjurkan parti hari jadi yang "mewah" di sebuah hotel lima bintang dekat Kuala Lumpur semalam yang tetamunya mendakwa menjadi sambutan Tahun Baru. Seorang lagi menteri telah membuat sambutan perkahwinan dua hari untuk anak beliau di satu lagi hotel lima bintang di ibu Kuala Lumpur bulan lepas, diserikan oleh kerabat diraja dan orang kenamaan dan telah dihiburkan oleh penyanyi wanita dari Indonesia. Beberapa penulis blog pro-Umno pula mempertikaikan keperluan Jabatan Perdana Menteri memiliki dua jet VIP selepas ia mendedahkan bahawa Putrajaya menghabiskan RM180 juta untuk mengekal dan mengendalikan jet kerajaan untuk perjalanan rasmi pada tahun 2012. Tetapi majlis makan tengahari semalam yang diadakan selepas Putrajaya mengumumkan 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan awam, yang melibatkan pemotongan untuk hiburan dan pengangkutan elaun menteri dan pegawai tinggi kerajaan selain daripada membekukan permintaan pengubahsuaian pejabat amat menjolok mata. Menerima maklumat mengenai majlis makan tengahari itu, The Malaysian Insider telah melawat hotel terkenal itu di mana semua tetamu dan yang menyambut ulang tahun berpakaian merah sebagai tema parti itu. Tetamu Ahmad Zahid memenuhi ruang makan di dewan tarian utama hotel ini manakala dia bercampur dengan mereka, termasuk beberapa pegawai kanan kerajaan yang telah dijemput melalui e-mel yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider. Naib Presiden Umno ini tersenyum lebar sambil berjabat tangan dengan semua yang hadir selepas parti berakhir, sementara kereta-kereta mewah dengan pemandu berbaris di depan hotel, menyebabkan lalu lintas tersekat selepas dihentikan oleh Porsche Cayennes hitam dan Toyota Alphards yang diletakkan di tepi jalan. The Malaysian Insider cuba untuk bercakap dengan Ahmad Zahid tetapi dihalang oleh pengawal peribadi beliau dan diminta untuk meninggalkan majlis atau diiring keluar. Tidak diketahui siapakah yang membuat bayaran untuk parti Ahmad Zahid ini, ataupun kenapa tema merah dipilih, tetapi tetamu beliau berpakaian terbaik mereka dengan beg tangan berjenama dan totes di tangan. Tetamu memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu telah disambut untuk dua hari jadi, Ahmad Zahid dan cucu beliau yang jatuh pada hari yang sama tetapi juga menegaskan bahawa ia adalah sebuah parti Tahun Baru sebagaimana yang terpampang di latar belakang pentas. Jemputan juga telah dihantar melalui e-mel pada hari Jumaat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri yang terpilih. E-mel yang bertajuk "Sambutan Hari Jadi Menteri Dalam Negeri", juga termasuk nota jemputan kepada menteri Kabinet dan ahli Majlis Tertinggi Umno. Parti hari jadi mewah dan perkahwinan mewah anak perempuan menteri hatta kereta baru Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng datang pada ketika kebanyakan rakyat Malaysia merungut tentang kenaikan harga untuk elektrik, makanan, bahan api dan juga kos persekolahan. Harga bahan api, gula dan tarif elektrik naik selepas Putrajaya memotong subsidi manakala tambang pengangkutan awam akan meningkat pada tahun ini. Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga akan diperkenalkan pada tahun 2015. Perbelanjaan kerajaan melonjak dengan bajet tahun ini sehingga RM264.2 bilion berbanding tahun lepas RM251.6 bilion di tengah-tengah kebimbangan bahawa Putrajaya tidak mengurangkan perbelanjaan walaupun meminta orang ramai untuk berbuat demikian. Rakyat Malaysia juga mencemuh pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Putrajaya akan melaksanakan 11 langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan pada tahun 2014. Pakar ekonomi Najib, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah pun menasihatkan pengguna untuk berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif. Bekas pegawai bank itu berkata rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan hidup mengikut kemampuan mereka. "Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam apa yang mereka membelanjakan wang mereka," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan