Sabtu, 4 Januari 2014

Addin

Addin


Kemenangan Islam Semakin Hampir.. Mungkin Ini Petandanya

Posted: 04 Jan 2014 09:10 AM PST

Di dalam tulisan sebelum ini saya telah menjelaskan antara sebab utama Kudeta yang berlaku di Mesir ialah kerana faktor sejarah politiknya yang menjadi nadi kebangkitan umat Islam ketika berada di saat genting.

Apabila gerakan Ikhwan Muslimin yang bertapak di Mesir sejak sembilan dekad yang lalu menjadi penggerak utama kepada kebangkitan gerakan Islam di seluruh dunia Islam, ini mestilah dibendung supaya kepentingan Zionis di negara haram Israel terus terpelihara dengan menggunakan kuasa-kuasa Barat sejak di zaman British sehinggalah Soviet Union dan Amerika Syarikat.

Mimpi ngeri yang pernah diucapkan oleh Ehud Barak, bekas Perdana Menteri Israel lebih dua dekad yang lalu kini menjadi kenyataan; beliau pernah menyebut setelah kejatuhan Soviet Union, bahaya kepada dunia bukan lagi bahaya merah tetapi bahaya hijau, yang dimaksudkan dengan bahaya hijau ialah kebangkitan Islam khususnya gerakan yang mahu mengembalikan Islam di tampuk pemerintahan.

Perkembangan yang berlaku ini adalah manifestasi kepada Islamophobia yang melanda dunia Barat pasca peristiwa 11September. Fenomena Islamophobia bertukar menjadi Gerakan Islamophobia; Barat cuba menakutkan umum bahayanya Gerakan Islam dengan menggunakan berbagai cara untuk menyekat kemaraannya.

Adakala dikaitkan dengan gerakan pengganas, lebih kerap lagi melabelkannya sebagai golongan yang anti kebebasan dan mahu melaksanakan hukum syariah yang disifatkan sebagai menggundur kebelakang, kejam dan ekstrem.

Strategi menggunakan boneka di negara-negara umat Islam menjadi senjata makan tuan. Satu persatu kerajaan yang berkiblatkan Barat tumbang. Sepatutnya Barat mengambil pendekatan terbuka dengan memberikan peluang kepada Gerakan Islam memerintah dengan stabil bukannya menjadi talang dua muka.

Di saat Barat melaungkan dukungannya kepada demokrasi tetapi redha dengan Kudeta di Mesir dan pelanggaran hak-hak asasi manusia yang dilakukan oleh pihak tentera dan konco-konconya. Baginya kepentingan Israel dan pihak Barat lebih diberikan keutamaan daripada beratus nyawa yang gugur di medan Raabi'ah.

Ramai sudah menjangka Ikhwan Muslimin akan diharamkan dan ini bukanlah kali pertama ianya diharamkan bahkan kebanyakan masanya bergerak secara senyap di bawah tanah.

Di zaman Jamal Abdul Naseer gerakan Ikhwan Muslimin dituduh menjadi dalang perancangan membunuhnya, perancangan yang akhirnya didedahkan oleh pengikut-pengikut setianya adalah lakonan semata-mata untuk menaikkan imej beliau di mata rakyat.

Natijah daripadanya ratusan ahli Ikhwan Muslimin yang diseksa dengan begitu dahsyat, ada antaranya yang digantung kakinya dan diseksa supaya mengaku melakukan perancangan lakonan ini.

Di zaman Anwar Sadat walaupun peranan Ikhwan Muslimin sangat besar di dalam perang menentang pengganas Israel khususnya perang Ramadhan atau Oktober yang menyaksikan kekalahan teruk tentera Israel di bawah pimpinan Jeneral Sa'duddin Syazzili. Akan tetapi jasa Ikhwan Muslimin dibalas dengan tekanan dan pengharaman Ikhwan Muslimin, semata-mata tidak mahu gerakan ini menggugat kuasa pemerintahan tentera.

Dengan termeterainya perjanjian Camp David mengukuhkan lagi kedudukan tentera hasil daripada perancangan Barat khususnya Amerika Syarikat. Antara isi perjanjian ini tentera AS akan melatih tentera Mesir secara tetap, mereka yang terpilih sahaja yang dihantar antaranya General Abdul Fattah As-Sisi.

Sekarang ini peranan beliau pula untuk berdepan dengan Ikhwan Muslimin, sekali lagi gerakan ini diharamkan dan lebih daripada itu lagi meletakkannya di dalam senarai kumpulan pengganas dengan alasan ianya terlibat di dalam beberapa siri serangan bersenjata dan bom yang mengorbankan sebilangan anggota keselamatan dan orang awam.

Pihak Ikhwan Muslimin menafikan dengan sekeras-kerasnya dan menegaskan bahawa wasilah perjuangannya ialah dengan cara aman bukannya kekerasan. Tindakan yang diambil seperti skrip yang sudah diatur.

Sehingga hari ini siri-siri kekacauan termasuklah serangan bom terus dilaporkan oleh media-media pro Kudeta dan semua tuduhan ditujukan terhadap Ikhwan Muslimin. Pepatah arab ada menyebut yang bermaksud; ' Dia memukul aku dan dia yang mengadu dipukul'. Inilah realiti yang sedang berlaku di bumi Mesir, pihak Kudeta yang menuduh Ikhwan Muslimin sebagai pengganas merekalah sebenarnya pengganas yang membunuh rakyat sendiri, menangkap, memenjara, menakut dan menyeksa lalu mengadu mereka dituduh sebagai pengganas.

Pertembungan yang berlaku sekarang ialah antara pihak yang menyokong kudeta dan rakyat yang mahukan kepada perubahan, bukannya antara kerajaan dan Ikhwan Muslimin. Kenapa Ikhwan Muslimin begitu ditakuti? Adakah pemimpinnya penjenayah yang membunuh dan merompak harta benda awam ?

Ikhwan Muslimin adalah gerakan tajdid dan islah yang berjuang untuk mengembalikan umat Islam supaya berpegang dengan ajaran Islam yang syumul merangkumi kesemua aspek daripada ibadah sehinggalah kepada pemerintahan negara.

Pendekatannya ialah dengan jalan aman melalui sistem demokrasi pilihanraya walaupun dengan menggunakan pelbagai nama-nama parti, yang terakhir dengan nama FJP (Freedom and Justice Party) yang memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya yang lepas sehingga berjaya menghantar ahlinya, Mohammed Mursi menjadi presiden pertama yang dipilih dengan demokrasi pilihanraya yang telus.

Inilah kesalahannya sehingga ianya dikenakan tindakan sebegitu rupa. Ikhwan Muslimin bergerak bersama nadi rakyat yang dihimpit dengan sistem yang zalim dan kejam. Kerja-kerja da'wah, pendidikan dan kebajikan adalah intipati gerakannya.

Ikhwan Muslimin telah melalui mehnah yang sangat dahsyat di sepanjang sejarahnya. Ramai pemimpinnya yang dibunuh samaada dengan cara assasin seperti pengasasnya As-Syahid Imam Hasan Al-Banna atau dihukum gantung sampai mati seperti As-Syahid Syed Qutb, As-Syahid Abdul Qadir Awdah dan ramai lagi.

Ribuan ahlinya dipenjarakan dan diseksa semenjak dari zaman Jamal Abdul Naseer sehinggalah zaman Husni Mubarak. Ribuan lagi yang terpaksa hidup di dalam buangan, berhijrah di serata dunia.

Walaupun melalui mehnah yang begitu dahsyat, ianya sedikit pun tidak mengurangkan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir bahkan sokongan rakyat kepadanya makin bertambah. Pihak kerajaan Kudeta serba salah berdepan dengan situasi ini kerana sokongan yang didambakan daripada rakyat tidak seberapa.

Sehingga kini sebilangan besar pimpinan Ikhwan Muslimin dipenjarakan dan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang direka-rekakan dan ratusan lagi ahli-ahlinya yang ditahan. Presiden Mohammad Mursi yang masih berada di dalam tahanan diubah tuduhan ke atasnya dengan dikaitkan tuduhan jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman mati.

Saya sangat yakin mehnah yang dilalui oleh Ikhwan Muslimin akan dapat ditempohi dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan. Barangkali mehnah ini adalah petanda kemenangan yang lebih besar umpama ibu yang kesakitan untuk melahirkan anak, setelah anak dilahirkan terserlahlah kegembiraan.


Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.


Iklan C (ii)



(Gambar) Anak Mahathir Sertai Protes Pensil Merah Dalam Hujan Lebat

Posted: 04 Jan 2014 06:25 AM PST


Kira-kira seramai 200 orang termasuk anak bekas Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat menyertai perhimpunan di perkarangan Lebuh Pasar, Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Protes Pensil Merah anjuran Gerakan Media Marah (Geramm) yang diadakan berikutan penggantungan akhbar mingguan berbahasa Inggeris, The Heat.

Antara yang dilihat turut memberi sokongan kepada bantahan itu adalah bekas Pengerusi Bersih 2 Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Datuk Paduka Marina Mahathir dan beberapa individu lain.

Ambiga dalam ucapannya berkata bantahan ini bukan sahaja dilakukan terhadap The Heat tetapi kepada kebebasan media di Malaysia.


"Ini berkaitan integriti anda sebagai wartawan. Kita perlu memandang serius perkara ini kerana media dikawal oleh kerajaan.

"Lesen kepada pihak media bercanggah dengan hak kebebasan media," katanya sebelum peserta berarak ke Stesen LRT Masjid Jamek sebagai simbolik kepada kawasan wartawan dikasari semasa Perhimpunan Bersih yang lalu.

Peserta perhimpunan berarak dalam keadaan hujan lebat sebelum mereka berhenti di Stesen LRT Masjid Jamek. ~tmi








Iklan C (ii)




Macai Umno Kantoi!! Pegawai Kewangan Negeri Beri Penjelasan Kukuh Pembelian Mercedes Lim Guan Eng

Posted: 04 Jan 2014 02:44 AM PST

Susulan pelbagai reaksi dan tuduhan tidak berasas berhubung pembelian kereta Mercedes-Benz S300L untuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Mohd Jait (gambar) sekali lagi mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan fakta mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, Ketua Menteri layak untuk menggunakan dua kereta Mercedes-Benz S400 dan Mercedes-Benz S300 namun Guan Eng kini hanya menggunakan sebuah kereta iaitu Mercedes-Benz S300L dengan harga RM298,263.75 berbanding dengan harga biasa RM657,218.00.

"Sekali lagi ditegaskan, kereta Toyota Camry 2.5 Auto yang diguna Ketua Menteri sebelum ini telah diperuntukkan kepada Timbalan Speaker Dun Pulau Pinang, Maktar Shapee.

"Selain itu, tuduhan bahawa diskaun RM100,000 yang diberikan untuk kereta itu adalah pemberian usahawan, Tan Sri Datuk Seri Tan Kok Ping sebenarnya fitnah sama sekali. Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukannya 'dealer' Mercedes-Benz. Selain itu, tawaran ini diberikan kepada semua pembeli yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012, bukannya kepada Guan Eng sahaja," katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Mokhtar berkata, pada mulanya, kerajaan negeri sememangnya bercadang untuk membeli kereta Mercedes-Benz kepada 15 ahli exco termasuk Ketua Menteri serta Speaker Dun kerana ciri keselamatan dan daya tahan kereta jenis itu namun dibatalkan kerana kos cukai yang tinggi dan urusan bagi mendapatkan pengecualian cukai tidak diperoleh.

"Selain itu, pembekal Mercedes-Benz tidak dapat memberikan jaminan bertulis bahawa tempahan kereta boleh dibatalkan sekiranya pengecualian cukai tidak diperoleh. Mesyuarat exco ambil keputusan bahawa tidak akan menggunakan kereta Mercedes-Benz yang dibeli dengan bayaran penuh cukai serta tanpa fleet discount seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain sebelum ini kerana kosnya terlalu tinggi.

"Prosedur permohonan untuk pengecualian cukai memerlukan pemohon membeli kereta terlebih dahulu dengan mengeluarkan pesanan kerajaan dan kemudiannya barulah membuat permohonan pengecualian cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Oleh itu, kerajaan negeri juga mahu pembekal memberikan jaminan akan mengambil balik kereta tanpa bayaran oleh kerajaan negeri sekiranya pengecualian cukai gagal diberikan tapi malangnya pembekal enggan berbuat demikian untuk 15 kereta itu," katanya.

Disebabkan alasan itu, Mokhtar berkata, kerajaan negeri kemudiannya memutuskan untuk membeli 15 kereta Toyota Camry 2.5 Auto.

"Hanya selepas 15 kereta Toyota Camry diserahkan pada 31 Oktober lalu, barulah pembekal kereta Mercedes-Benz berikan surat jaminan yang diperlukan tetapi untuk sebuah kereta Mercedes-Benz S300L sahaja. Sehubungan itu, perkara berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat exco yang kemudian memutuskan untuk membeli kereta dengan tawaran harga istimewa berkenaan pada 20 November.

"Berdasarkan pengecualian cukai yang diperoleh dan perbezaan besar di antara harga asal RM657,218.00 dengan harga tanpa cukai serta diskaun iaitu RM298,263.75 atau pun pengurangan sebanyak RM358,954.25 atau 55 peratus, ia tidak banyak berbeza dengan harga kereta lama Mercedes-Benz S320L yang dibeli 18 tahun dulu pada 4 September 1995 iaitu RM271,331.22," katanya.

Selain diskaun ditawarkan, kereta Mercedes-Benz juga tahan lama dengan kos penyelenggaraan lebih rendah dan tidak akan ada pembaziran dalam kos penyelenggaraan.

"Sebagai perbandingan kos penyelenggaraan kereta Perdana Executive sebagai contoh, kereta PAC 77 yang telah dibeli pada 14 Oktober 2004 dengan harga RM117,026.36, kos penyelenggaraan untuk sembilan tahun pertama sehingga 2013 adalah RM178,105.10 iaitu lebih tinggi daripada harga pembelian asal RM117,026.36. Ini amat merugikan kerajaan negeri.

"Sementara itu, untuk Mercedes-Benz S320L yang dibeli pada 4 September 1995 dengan harga RM271,331.22 itu, kos penyelenggaraan adalah RM110,000 bagi tempoh sembilan tahun pertama selain kereta Mercedes-Benz masih mempunyai nilai terpakai (second hand value) yang baik," katanya.

Mokhtar turut menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan membeli kereta itu sekiranya pengecualian cukai serta diskaun 55 peratus tidak diperoleh. ~sh

Iklan C (ii)



Angan-Angan Mat Jenin Muhyiddin Yassin.. Saksikanlah

Posted: 04 Jan 2014 12:07 AM PST


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) percaya Malaysia mampu menjulang Piala Dunia sekiranya semua pihak berusaha gigih merealisasikan harapan itu.

Beliau berkata, meskipun ramai yang kecewa dengan mutu permainan bola sepak tempatan tetapi dengan pelan komprehensif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencungkil bakat muda dalam sukan bola sepak mampu merealisasikan harapan Malaysia menjulang trofi tersebut.

"Kebanyakan peminat bola sepak kecewa dengan kekalahan tanpa henti pasukan tempatan dan memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak antarabangsa tetapi jika kita bekerjasama, saya percaya trofi itu mampu dan mesti kita menangi untuk rakyat Malaysia.

"Bagi musim ini, saya menggesa generasi muda dan pasukan Harimau Malaya berusaha lebih gigih menjadikan Malaysia sebagai negara yang lebih hebat dalam arena bola sepak," katanya sewaktu merasmikan kunjungan trofi Piala Dunia di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata trofi Piala Dunia itu tiba tepat pada masanya ke Malaysia sewaktu KBS dalam proses mencungkil bakat anak muda dalam sukan bola sepak.

Beliau mengharapkan generasi muda yang datang melihat sendiri trofi itu pada hari esok mampu mendapat inspirasi seterusnya mengharumkan nama negara bagi merangkul Piala Dunia pada masa akan datang.

"Trofi Piala Dunia ini tiba pada masa yang tepat sewaktu KBS di bawah pimpinan menterinya Khairy Jamaluddin Abu Bakar melancarkan Pelan Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan 2014-2020 yang memfokuskan pembangunan bola sepak kebangsaan mencari pemain muda berusia 7 hingga 17 tahun.

"Siapa tahu anak muda yang datang melihat trofi Piala Dunia ini mampu menjadi pembakar semangat kepada mereka menyarung jersi kebangsaan sekaligus merealisasikan impian Malaysia menjuarai Piala Dunia buat pertama kalinya," katanya.

Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) pada bulan lalu mengumumkan Malaysia berada pada kedudukan ke-154 dunia, naik empat anak tangga berbanding bulan November.

Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia berkongsi tempat bersama tiga negara lain iaitu Liechtenstein, Puerto Rico dan India.

Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152). ~tmi

Addin:

Bukan berfikiran negatif bak kata Prof Muhaya.. tapi berfikir itu biarlah berpijak di bumi nyata. Ranking Malaysia  dalam bolesepak dunia sekarang ialah 154, turun 2 mata anak tangga. 

Agak-agak anda semua, berpandukan ranking ini.. bila Malaysia nak julang Piala Dunia?


Iklan C (ii)




Hurassani Pertahan Fatwa Songsang

Posted: 03 Jan 2014 09:30 PM PST


"Saya berkata yang benar, bukan mencari publisiti murahan dan tidak akan berganjak daripada pendirian," tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

Sambil menegaskan tanggungjawabnya mengingatkan umat Islam, Harussani berkata, istilah 'bughah' tidak terhad hanya penentangan terhadap kerajaan yang adil, sebaliknya merangkumi kerajaan yang sah dipilih melalui sistem demokrasi berperlembagaan.



Beliau tidak gentar jika ada pihak yang mengecam kenyataannya itu, malah tetap istiqamah dalam pendiriannya meskipun berdepan kemarahan segelintir kelompok.

"Jika ada yang hendak buat laporan polis, itu hak mereka. Apa yang dikatakan itu adalah fahaman saya terhadap Islam. Saya bukan hendak mencari publisiti.


Iklan C (ii)




Gara-Gara Kenaikan Kos Sara Hidup, Perkasa Bercerai Talak Satu Dengan Umno

Posted: 03 Jan 2014 06:03 PM PST

Selama ini, pihak paling setia dan sentiasa menjadi pembela Umno adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa atau Perkasa. Namun dengan kenaikan kos sara hidup oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka juga tidak tahan.

Perkasa memberi amaran kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mereka tidak akan teragak-agak lari daripada BN dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali (gambar) berkata, Perkasa sememangnya tegas dengan pendirian memperjuangkan ekonomi Bumiputera dan tidak pernah bersetuju dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana yang paling terjejas teruk pastinya orang Melayu.

"Kita beri amaran kepadaDatuk Seri Najib Razak untuk mengubah pentadbirannya dalam meningkatkan ekonomi kaum Melayu kerana kita sudah beri tempoh lima tahun namun tiada perubahan malah situasi kini bertambah teruk.

"Sekiranya Umno/BN masih di tahap sama, maka ia akan menyebabkan ahli kita berubah hati," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan The Malaysian Insider.

Wawancara ini diadakan selepas pertemuan Perkasa dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau juga menyifatkan sokongan Perkasa ke atas Umno sebelum ini kerana pertubuhan itu tidak mempunyai alternatif lain memandangkan Umno dilihat sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Melayu.

Bagaimanapun katanya, kini rakyat sudah mempunyai pilihan malah pertubuhan itu sendiri menyaksikan kepimpinan mereka kini majoritinya di kalangan yang tidak berpihak mana-mana parti.

"Sekarang ini kepimpinan Perkasa  mula menampakkan perubahan. Kalau dulu dalam mana-mana mesyuarat kita boleh sebut mengenai Umno namun kini tidak lagi. 

Ahli kita begitu sensitif dan lebih senang melihat Perkasa sebagai pertubuhan 'neutral' kerana majoritinya sudah tidak berparti lagi," katanya.Syed Ali juga tidak berpuashati dengan 11 langkah penjimatan yang diumumkan Najib itu.

Perkasa melihat pentadbiran Najib jauh berbeza dengan pentadbiran Umno sebelum ini."Ia berbeza dengan pentadbiran  terdahulu  iaitu ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan buat apa sahaja rakyat boleh terima," katanya.

Beliau mengakui Umno juga bukanlah sebuah parti kebal yang terus hidup kerana pasti akan rebah seperti parti lain di dunia.Namun katanya,  pendekatan yang diambil kerajaan kini akan menyebabkan Umno tersungkur lebih awal.

"Kita memang sedia maklum mana-mana parti di dunia ini pun tidak ada yang berkuasa selama-lamanya begitu juga dengan Umno.

"Dalam masa 50 tahun atau lebih, pasti akan jatuh juga namun dengan keadaan sekarang kita boleh jangkakan detik kejatuhan parti itu sudah mula berlaku," katanya.

Ini berikutan rakyat sudah mula muak dengan apa yang dipaparkan oleh pemimpin Umno/BN di mana kemewahan yang mereka tonjolkan itu sangat luar biasa."Dengan rasuah, penyelewengan dan kemewahan melampau yang ditunjukkan sesetengah pemimpin BN dari bawah sampai ke peringkat atasan.

"Di kala rakyat terpaksa mengikat perut untuk berjimat namun cara hidup mewah mereka. Ia tidak sama seperti pemimpin dahulu yang turut bersusah-payah bersama rakyat," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)





Tiada ulasan: