Jumaat, 31 Januari 2014

Addin

Addin


Mahathir Terkedu Apabila Tembelangnya Pecah..

Posted: 31 Jan 2014 03:00 PM PST

Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini. 

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

"Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. 

"Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. 

Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya," katanya di dalam blog. Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. 

"Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa. 

"Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. 

"Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?" katanya. ~selangorku


Iklan C (ii)




Anwar Akan Beri Penjelasan Penuh Berkenaan PRK Kajang Pada..

Posted: 31 Jan 2014 07:13 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan penjelasan penuh berhubung tindakan PKR meletakkan beliau sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 3 Februari, Isnin depan.

Ketua Umum PKR itu berkata, keputusan berkenaan dirinya bertanding di kerusi tersebut juga akan diadakan dalam satu majlis yang sesuai.

"Insya-Allah, 3 haribulan (Februari) kita akan terangkan," katanya ketika memberikan ucapan di Masjid Kariah Batu 10, Cheras selepas solat Jumaat hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut berkata, pihaknya akan memberikan penerangan berhubung perkara itu memandangkan ia menjadi tanggungjawab PKR kepada rakyat.

"Itu cadangan kita untuk mengadakan program besar untuk menerangkan kepada pengundi."Kerana Anwar dan pimpinan PKR, kususnya pimpinan PR untuk terangkan kepada pengudi-pengundi mengapa kita bermuafakat untuk adakan pilihan raya kecil.

"Ini tanggungjawab kita," kata Mohamed Azmin.Beliau bagaimanapun berkata, PKR masih lagi belum memutuskan lokasi sesuai untuk program berkenaan.

Penerangan berkenaan perkara itu jelas Mohamed Azmin perlu bagi mengelakkan tercetusnya salah faham antara rakyat Malaysia dan juga pengundi di DUN Kajang.

"Penerangan untuk pengundi Kajang dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ini tanggungjawab yang perlu kita laksanakan supaya tidak ada timbul salah faham," katanya.

Tarikh itu juga jelasnya dipilih selepas Anwar selesai mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak bagi menjelaskan permuafakatan mereka. 


Iklan C (ii)




PRK Kajang.. Apa Kata Pakar Perlembagaan?

Posted: 31 Jan 2014 07:01 AM PST

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral."Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. 

Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu."Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. 

Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,""Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti," kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen."Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,".

"Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan," ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

"Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!"Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi," ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

"Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

"Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah," ujarnya.Perhatian di kawasan luar bandar.

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

"Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

"Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar," kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar," ujarnya lagi. ~kd


Iklan C (ii)




Rakyat Patut Abaikan Pandangan Dr. Mahathir Tentang PRK Kajang.. Ini Sebabnya

Posted: 31 Jan 2014 04:29 AM PST

Malaysia sebuah negara bebas. Pembetulan. Malaysia sememangnya sebuah negara yang agak bebas.

Oleh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bebas menyuarakan pandangannya tentang sesuatu perkara, sama ada tentang cuaca di Kutub Utara ataupun kualiti kepimpinan dalam negara.Tetapi, Malaysia juga bebas tidak bersetuju atau menolak apa sahaja yang terkeluar daripada mulut beliau. 

Malah boleh juga menunjukkan rasa tidak senang dengan sikap politik dolak-dalih beliau, hari demi hari tanpa rasa bersalah melupakan permasalahan dalam negara segala-galanya berpunca daripada zaman pemerintahannya.

Walaupun dilihat mengeluh tentang sikap pentingkan diri di kalangan ahli politik Umno dan budaya politik merampas kuasa hari ini, Dr Mahathir berharap kita lupa tentang kekayaan luar biasa menterinya dan rakan sekelilingnya.

Apabila beliau bercakap tidak munasabah penganut Kristian mahu menggunakan kalimah Allah, Dr Mahathir harap kita melupakan kerajaan sekitar lewat 1980-an yang membenarkan peruntukan menggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian dilaksanakan secara pengkuatkuasaan.

Apabila mengeluh tentang bahang perkauman dan agama, Dr Mahathir harap kita lupa dirinya adalah penaung Perkasa, kumpulan pendesak ultra-Melayu yang mempunyai satu matlamat, iaitu memecah-belah negara ini.Sekarang, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberi pandangan remehnya tentang betapa pentingnya pilihan raya kecil di Kajang. 

Beliau boleh mempersenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kata apa sahaja tentangnya. Tetapi apabila bercakap tidak masuk akal, beliau perlu dihentikan.Hari ini beliau menggesa pengundi Kajang beri MCA peluang. Kenapa? Kerana menurutnya, parti komponen Barisan Nasional tersebut cuba bangkit selepas prestasi memalukan. Benarkah?

Setiap orang boleh menghidu deria elastik benar dan salah beliau, pertukaran kuasa antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiong Lai kononnya bukti parti tersebut kini berada di landasan terbaik.

Boleh anda bayangkan betapa angkuh dan egonya kedua-dua pemimpin MCA ini cuba mendapat habuan untuk diri mereka walaupun parti mereka gagal memberi khidmat kepada masyarakat?Liow tidak bermaya manakala Dr Chua ... kurang bercakap mengenai Chua, mungkin lebih baik.

Tetapi Dr Mahathir pula berharap rakyat Malaysia memberi peluang kepada pemimpin yang angkuh ini?Tetapi ia tidak memeranjatkan rakyat Malaysia mengenai Dr Mahathir. 

Beliau akan sentiasa bercakap mengenai pandangannya dan menawarkan nasihat yang tidak diminta.Oleh itu, secara umumnya rakyat Malaysia perlu melakukan perkara bertentangan dengan apa yang beliau mahu.Lagipun, beliau mempunyai pandangan yang elastik tentang apa yang betul dan salah. ~tmi


Iklan C (ii)




Kerana Dun Kajang.. Lahir Seorang Lagi Professor Kangkung

Posted: 31 Jan 2014 01:35 AM PST

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri besar akan menasihatkan Sultan.

"Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri," katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar. ~tmi

Iklan C (ii)




Ini Dia Arkitek Utama "Langkah Kajang".. Ikuti Penjelasan Terperinci Dari Beliau

Posted: 30 Jan 2014 07:08 PM PST

Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama 'langkah Kajang' penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.

"Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.

"Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang," katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.

PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil.

Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara "kedua" penting.

"Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?"Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.

"Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN," kata ahli Parlimen Pandan itu.

Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.

PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.

Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.

PKR mendakwa "langkah taktikal" itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.

"Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka."Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati," katanya. ~tmi

Iklan C (ii)





Tiada ulasan: