Addin |
- Patutlah Anwar Bertanding Di DUN Kajang.. Ini Penjelasan Rafizi
- Rahsia Sebenar Anwar Bertanding Di Dun Kajang Terbongkar.. Betul Ke Ni?
- Anwar.. Hang Patut Dengar Nasihat Ni!!
Patutlah Anwar Bertanding Di DUN Kajang.. Ini Penjelasan Rafizi Posted: 29 Jan 2014 08:42 AM PST PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998. "Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula. "Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir. "Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya. Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku. "Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya. Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN). "Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya. Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia. "Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya. Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya. "Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya," katanya. Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka. PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan. Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus. Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini. Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin. Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi. Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. ~tmi Iklan C (ii) |
Rahsia Sebenar Anwar Bertanding Di Dun Kajang Terbongkar.. Betul Ke Ni? Posted: 28 Jan 2014 07:58 PM PST Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar). Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang. "Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang. "Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya. Ketika ditanya sama ada tindakan Anwar itu cubaan untuk meredakan "perang dingin" antara dirinya dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata, perkara itu hanyalah sekadar spekulasi. "Jangan kaitkan. Ini bukan isu Khalid, Azmin. Soal spekulasi saya tak nak respon. Apa saya katakan di sini fakta," katanya, dan menambah," saya gembira dengan keputusan ini". "Kalau Anwar ada peranan dalam DUN Selangor, beliau mungkin lebih efisyen," katanya. Beliau berkata, soal siapa menteri besar Selangor juga hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil Kajang. "Soal siapa menteri besar kita bincang selepas kita menang," katanya, dan menambah Abdul Khalid telah meletakkan jasa yang kukuh kepada PKR di Selangor sejak sepenggal lalu. PKR hari ini mengesahkan Anwar yang juga ketua pembangkang akan bertanding di DUN Kajang selepas Lee melepaskan jawatan sebagai Adun atas alasan "demi kebaikan parti". Azmin menegaskan keputusan kepimpinan pusat meletakkan Anwar juga bukanlah atas faktor krisis antara dirinya dan Abdul Khalid. "Ini bukan soal saya. Ini soal Pakatan," katanya. Beliau berkata, keputusan berkenaan juga dibuat selepas menerima konsensus bersama antara PAS dan DAP. "Anwar Ibrahim bukan ketua kampung. Saya tak boleh arah Anwar. Kita bergerak atas konsensus." ~tmi Iklan C (ii) |
Anwar.. Hang Patut Dengar Nasihat Ni!! Posted: 28 Jan 2014 05:45 PM PST Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam keras peletakan jawatan wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh daripada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia mengkhianati amanah rakyat. Pertubuhan bukan kerajaan tersebut menegaskan tindakan itu sama sekali tidak boleh diterima semata-mata demi kepentingan PKR. "Bersih 2.0 menegaskan ia tidak munasabah wakil rakyat meletak jawatan demi kepentingan parti politiknya. "Peletakan jawatan Lee Chin Cheh adalah satu pengkhianatan yang diberi lapan bulan lalu," kata gabungan tersebut dalam satu kenyataan hari in. Bersih juga membidas PKR kerana mengamalkan politik kotor dengan menerima peletakan Lee tanpa sebarang alasan yang munasabah. "Politik kotor yang busuk ini perlu ditentang dan dikecam," kata Bersih 2.0. Dalam pada itu, Bersih berkata tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakilinya. "Perletakan jawatan Lee tidak meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu." Bersih 2.0 juga mengingati supaya ahli politik dan parti politik tidak memanipulasikan mandat yang diberikan kepada mereka oleh rakyat. Awal hari ini, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sebagai calon pilihan raya kecil di Kajang selepas perletakan jawatan Lee semalam. Pengkritik melihat langkah meletak Anwar sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. ~tmi Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan