Addin |
- Apa Kata Penyokong Totok Umno Dengan Gambar Ini..
- Bahaya!! Banner Provokasi Perkauman Bertebaran Di Penang
- Panas!! Skrip Kes Bunuh Altantuya Didedahkan..
- A.Kadir Jasin, Bekas Bos NST Bidas Pemimpin Umno Lagi..
Apa Kata Penyokong Totok Umno Dengan Gambar Ini.. Posted: 26 Jan 2014 08:01 AM PST Apa Kata Penyokong Umno Totok Bila Orang Melayu Pula Sumbat Kangkung Pada Mulut DS Najib ? Kalau sebelum ini bila Adun PKR Berbangsa Cina menyumbatkan Kangkung kedalam mulut replika patung Datuk Seri Haji Najib Wassatiyah (DSHNW) dikatakan MENGHINA Pemimpin Melayu dan konon nya Menghina Orang Melayu keseluruhan, pada hal nya Orang Melayu disebelah Pakatan Rakyat (PR) SEBESAR KUMAN pun tidak Terguris beb dengan perbuatan Adun PKR Berbangsa Cina tersebut yang di ILHAMKAN sendiri dari MULUT LONGKANG DSHNW... kah kah kah! Malahan Gelaran Kangkung juga turut diberikan kepada beliau oleh Blogger-Blogger Pro Umno/Bn, sampaikan ada Blogger Pro Umno/Bn yang mengeluarkan kata-kata PERGI BERRAMBUS, NAJIB KANGKUNG, PM TAK BERGUNA dan macam lagi yang boleh membuat Telor DSHNW bertambah Kecut beb. Hari ini satu lagi kejadian menyumbat Kangkung kedalam mulut DSHNW telah dilakukan cuma yang beza nya adalah ianya bukan Replika Patung DSHNW tetapi pada Gambar Asli beliau... kah kah kah!. Yang tambah menarik nya ia bukan dilakukan oleh Adun PKR Berbangsa Cina tetapi oleh Orang Melayu yang membantah Kenaikan Kos Sara Hidup, untuk itu apa pulak yang akan dikatakan oleh PENGAMPU-PENGAMPU DSHNW yang sebelum ini cukup ANGIN SATU BADAN kepada perbuatan Adun PKR Berbangsa Cina tersebut. Apakah akan ada lagi demotransi dari Pengampu-Pengampu Telor DSHNW yang membawa sepanduk berbunyi 13 MEI MAHU LAGI KA... kah kah kah!. ~tko |
Bahaya!! Banner Provokasi Perkauman Bertebaran Di Penang Posted: 26 Jan 2014 04:00 AM PST Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini. Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. "Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya. Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan "Allah Is Great" (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah" (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini. Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini. "Saya percaya kain rentang berbaur provokasi ini digantung di perkarangan lima buah gereja di negeri ini," katanya. Tinjauan di sekitar kawasan berkenaan mendapati kain-kain rentang berkenaan telah diturunkan dan difahamkan hampir 100 penduduk Kampung Rawa, Sungai Pinang di sini berkumpul untuk melihat kain rentang terbabit sebelum ia diturunkan. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Penguna dan Hal Ehwal Agama Islam Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu sehingga dimaklumkan oleh pihak media. "Saya baru dapat tahu perkara tersebut dan satu siasatan segera akan dilakukan sebelum perkara yang tidak diingini berlaku," katanya. ~tmi |
Panas!! Skrip Kes Bunuh Altantuya Didedahkan.. Posted: 26 Jan 2014 01:38 AM PST Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan 'menghilangkan' suspek utama kes itu. "Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya. "Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut," ujarnya ketika dihubungi. Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie. Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak. Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu. Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13. "Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan," tegas beliau. Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal. "Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan. "Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa," tegasnya. ~kd |
A.Kadir Jasin, Bekas Bos NST Bidas Pemimpin Umno Lagi.. Posted: 25 Jan 2014 07:18 PM PST Datuk A Kadir Jasin menyifatkan pemimpin yang mempersendakan kesulitan rakyat dalam berdepan dengan kenaikan harga barang sebagai "cetek akal". Tanpa menamakan individu tertentu secara spesifik, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press itu menegaskan, isu kenaikan harga adalah suatu yang serius dan sesuatu realiti dihadapi rakyat bawahan ketika ini. "Kenaikan harga adalah suatu yang sangat serius, sesiapa yang mempersendakannya adalah cetek akal. "Kenyataan sesetengah pemimpin tentang kenaikan harga, sesiapa yang mempersendakannya adalah berfikiran cetek," kata Kadir kepada The Malaysian Insider bagi mengulas isu kenaikan harga barang yang menjadi keluhan rakyat. Isu kenaikan harga barang tidak terbendung susulan pengurangan subsidi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pengumuman kenaikkan tarif elektrik berkuatkuasa 1 Januari lalu. Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kritikan keras daripada rakyat dan pemimpin parti sendiri ekoran keputusan tidak popular itu yang dilakukan secara drastik. Program Rasionalisasi Subsidi yang dilakukan pentadbiran Najib didakwa meningkatkan kos sara hidup dengan peningkatan kos bahan api, kenaikan tarif elektrik, dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada April 2015. Secara tidak langsung mengakui tekanan yang dihadapi kerajaan, Najib selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat mengumumkan peruntukan RM20 juta bertujuan menstabilkan harga barang di pasaran. "Adakah jumlah peruntukan 20 juta itu memadai untuk menstabilkan kenaikan harga barang yang begitu meluas? "Saya ingat satu hari rakyat Malaysia membelanjakan berbilion untuk beli minyak, beli makanan, bayar bil elektrik dan bayar tol. Jadi, adakah 20 juta itu memadai?" soal Kadir mengulas tentang peruntukan yang diumumkan Najib itu. Kadir turut menggesa kerajaan supaya bertegas dalam isu kenaikan harga barang dengan mengenakan hukuman lebih berat. "Tak cukup dengan menyeret peniaga ke mahkamah kerana proses ini mengambil masa yang agak panjang. "Lebih berkesan jika perniagaan mereka ditutup ataupun disita jika mereka didapati membuat keuntungan berlebihan dan menyorok barang," katanya. Dalam pada itu wartawan veteran itu juga mahu kerajaan sedia ada mementingkan hak rakyat dan bukannya bersikap seperti kerajaan sepenuh masa dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan. "Malah saya berasa Umno wajib bercakap bagi pihak rakyat dan jangan hanya bercakap seolah-olah Umno adalah kerajaan sepenuh masa. "Umno bermula daripada rakyat, maka Umno wajib ambil berat tentang hak rakyat," katanya. Kadar inflasi di Malaysia melonjak daripada 2.9% pada November kepada 3.2% pada Disember 2013, berpunca daripada pengurangan subsidi dan dijangka meningkat pada tahun 2014. Kadar tersebut adalah yang tertinggi sejak November 2011, purata peningkatan setiap tahun inflasi naik daripada 1.9% pada November kepada 2.1% pada Disember. Kenaikan harga bahan api, tarif elektrik, air dan gula, antara lain mewujudkan kesan domino yang menyebabkan harga barang-barang lain turut meningkat. Putrajaya juga sebelum ini mengumumkan beberapa langkah pengurangan penjimatan susulan kritikan tidak berjimat ketika rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang. Di antaranya adalah mengurangkan elaun hiburan dan perjalanan menteri serta pegawai kanan kerajaan selain membekukan pengubahsuaian pejabat. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan