Sabtu, 25 Januari 2014

Addin

Addin


Umno Makin Kecut Perut.. Ini Buktinya

Posted: 25 Jan 2014 03:00 PM PST

Umno Selangor berpendirian kerajaan harus diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka mengawal harga barangan.

Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Johan Abd Aziz, masih terlalu awal untuk meramal bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana kemarahan rakyat ekoran kenaikkan harga barangan.


"Saya lihat kita dalam proses di mana BN ada mengambil langkah-langkah untuk mengawal harga barangan."Kita tak boleh terlalu awal untuk meramal bahawa BN akan kalah kerana kenaikkan harga barangan ini," katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Menurutnya lagi, peluang harus diberikan supaya langkah-langkah diambil BN ini membuahkan hasil.

"Kita harus beri peluang kepada yang berhormat Perdana Menteri Daruk Seri Najib Tun Razak, dengan langkah-langkah beliau ambil seperti mewujudkan makmal dan kajian-kajian yang dijalankan.

"Ada tindakan yang kita ambil, bukan tiada tindakan langsung. Macam mula-mula kita beri amaran kepada pembekal dan peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Kini kita dah mula ambil tindakan kepada mereka-mereka yang berdegil, jadi ini menunjukkan kita memang berusaha dalam mengawal harga barangan," jelasnya lagi.

Johan, Adun Semenyih mengulas mengenai ramalan bekas bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.

Kenyataan Daim itu turut disokong oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata kenyataan Daim tersebut berasas.

"Memang kenyataan Tun Daim itu berasas. Tapi kita kini dalam proses penambahbaikkan, jadi bagi kita jalankan tugas kita terlebih dahulu," tambah Johan lagi. ~fmt


Iklan C (ii)



Guru Denda Anak Macam Lembu

Posted: 25 Jan 2014 07:13 AM PST

SUNGKAI - Dua ibu murid Tahun Empat di sebuah sekolah aliran Cina di sini kecewa dan sedih dengan cara seorang guru lelaki mendenda anak mereka kerana tidak membuat kerja sekolah pada Khamis lepas.

Mereka mendakwa guru berusia 26 tahun itu mengalungkan loceng di leher anak lelaki masing-masing dan diberi makan rumput serta dipanggil 'lembu'.

Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata beliau diberitahu oleh rakan anaknya bahawa guru itu turut merakam gambar anaknya dalam keadaan demikian menggunakan telefon bimbit serta menunjukkan gambar itu kepada murid-murid di kelas lain sambil mengugut akan memuat naik gambar itu dalam laman sosial Facebook.

Katanya beliau amat sedih, kecewa dan sakit hati apabila mengetahui perkara itu dan akibat kejadian itu, anak lelakinya mengalami fobia dan takut untuk ke sekolah semalam, katanya kepada pemberita di kawasan Surau Awamiah, Taman Permai di sini, hari ini.

Siti Aisyah Hashim, 32, pula berkata mereka telah mengadakan pertemuan dengan guru itu dan guru besar sekolah berkenaan di Balai Polis Sungkai petang semalam bagi menyelesaikan perkara itu.

Dalam pertemuan itu, katanya guru berkenaan hanya memohon maaf dan terus beredar dari balai polis sebaik pertemuan itu selesai dan beliau menganggap permohonan maaf guru itu tidak ikhlas.

Sementara itu, seorang daripada murid itu berkata mereka tidak disuruh memakan rumput yang diberikan dalam kejadian pada 9 pagi itu tetapi diberi amaran supaya tidak menanggalkan loceng itu sehingga 1.30 petang, jika tidak mahu dirotan sebanyak 10 kali.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw mengesahkan bahawa Yarni telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

"Siasatan polis dibuat dengan memanggil kedua-dua pihak dan murid terbabit.

Perjumpaan dihadiri Guru Besar sekolah berkenaan dan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang.

"Hasil perbincangan mendapati guru itu mengaku melakukan perkara itu tetapi menafikan memberi mereka makan rumput," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Som Sak berkata guru itu mengambil tindakan demikian kerana kedua-dua murid berkenaan tidak menyiapkan kerja rumah bahasa Inggeris sejak dua minggu lepas.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Sungkai pada 1.20 petang semalam, Yarni Kasuma mendakwa anaknya bersama-sama seorang lagi rakan kelas telah didenda memakai loceng di leher semasa murid lain menikmati waktu rehat. ~sh

Iklan C (ii)



Pekung MB Terengganu Terbongkar..

Posted: 25 Jan 2014 06:57 AM PST

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said perlu menjelaskan siapakah menanggung perbelanjaan dan tujuan lawatan ke Antartika, tegas Pengerusi Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.

"Kita minta dia tampil berikan penjelasan. Berapakah belanja, siapa sponsor, apakah tujuan lawatan itu. Adakah lawatan ke Antartika boleh menyebabkan harga barang turun dan jadi murah," ujarnya yang juga Adun Bandar.

Pada 15 Januari lepas, media melaporkan Ahmad mengetuai lawatan ke Antartika selama 15 hari anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui inisiatif Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM).

Kenyataan Pejabat Menteri Besar Terengganu menyatakan lawatan itu bertujuan membuka laluan bagi membantu kerajaan menubuhkan sebuah stesen penyelidikan bersama Instituto Antartico Chileno (INACH).

Bagaimanapun, semalam, YDSM dalam kenyataannya menafikan ia mempunyai kaitan dengan lawatan berkenaan.Menurut Azan, beliau turut mempersoalkan atas kapasiti apa Ahmad Said mengadakan lawatan ke benua ais itu dan kelayakannya  mengetuai misi berkenaan.

"Tujuan dia ke sana sangat kabur. Apa kaitan negeri Terengganu dengan antartika. Apakah belanja ini ditanggung dari sumber negeri, yayasan atau pihak luar," ujarnya."Sekarang sudah jadi lucu. 

Ada yang kata cuaca sejuk di Terengganu  kerana usaha Mat Said bawa balik ais batu dari antartika," ujarnya.Menurutnya, trend pimpinan negara kini mengadakan lawatan ke luar negara hingga menimbulkan bantahan ekoran pembaziran wang rakyat.

Dakwanya, Ahmad Said turut menghabiskan masa ke China Disember tahun lalu hingga menyebabkan persidangan Dewan Undangan Negeri disingkatkan.Azan berkata, Mat Said sepatutnya menumpukan kepada pembangunan negeri Terengganu dan bukan menumpukan usaha di luar tugasan beliau.

"Kepimpinan Terengganu tidak mempunyai perancangan jelas. Pembangunan fizikal dibuat tanpa perancangan, tidak sempurna dan ada yang separuh jalan."Buat mall (kompleks beli belah), tak menepati kehendak dan aspirasi penduduk," katanya yang turut merujuk Projek bebas cukai Tasik Kenyir yang didakwa tidak diuruskan dengan baik.

Tambahnya, bajet negeri Terengganu adalah bajet tertinggi di Malaysia dengan 80 peratus daripada peruntukan RM3.2 bilion disalur kepada pejabat menteri besar. ~kd

Iklan C (ii)




Perkasa Hentam Najib

Posted: 25 Jan 2014 01:20 AM PST

NGO pendesak Melayu, PERKASA berkata ia tidak nampak ketegasan dan juga ketelusan perdana menteri selaku presiden Umno serta ahi Majlis Teringginya untuk mempertahankan Kalimah Allah daripada terus digunakan oleh penganut Kristian.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam PERKASA,  Shamsuddin Moner berkata, sepatutnya presiden dan MT Umno mesti berani membuat penegasan bahawa semua gereja dan paderi Khatolik di negara ini mesti akur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013 bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk umat Islam dan The Herald tidak dibenar menggunakan kalimah tersebut.

Mahkamah Rayuan dalam keputusannya membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2010  bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap  The Herald daripada menggunakan kalimah Allah adalah tidak sah."Tiada satu pun kecaman dibuat oleh MT Umno yang bermesyurat (semalam) terhadap pihak-pihak yang terus pertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan.

"Begitu juga terhadap mereka yang pertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa kalimah Allah adalah esklusif untuk umat Islam," tegas Shamsuddin.Sehubungan itu, beliau bertanya apakah MT Umno juga tidak bersetuju denga  titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu lain yang pernah bertitah sedemikian.

Shamsuddin juga menegaskan bahawa penyelesaian 10 Perkara yang dinyatakan oleh perdana menteri dalam suratnya seperti dihebohkan oleh Datuk Idris Jala mengenai pengedaran Bible bahasa Melayu yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak adalah tiada kaitan dengan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Bible dalam bahasa melayu.

"Surat berkenaan bukannya membenar penggunaan kalimah Allah dalam Bible, tetapi lebih bersifat umum yang membenarkan penerbitan Bible dalam bahasa Melayu sahaja.

"Ini bermakna soal membenarkan Bible dalam bahasa Melayu dan juga soal penggunaan kalimah Allah bagi menterjemah perkataan 'God' dalam The Herald dan Bible bahasa Melayu adalah dua perkara yang amat berbeza," tegasnya.

Menurutnya lagi, menerbitkan Bible dalam bahasa Melayu tidak menjadi halangan dan bukan perkara pokok dalam Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Tahun 2008 dan juga keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

"Isu pokok adalah merterjemahkan 'God' kepada Allah dan menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada perkataan 'God' ataupun Lord dalam versi asal Bible bahasa Inggeris," tambahnya.

Sehubungan itu, Shamsuddin bertanya  adakah perdana menteri faham tentang isu pokok tersebut."Justeru, kami dari Biro Hal Ehwal Islam PERKASA menggesa  perdana menteri selaku presiden Umno supaya jangan mengambil mudah membuat ketetapan mengenai isu kalimah Allah ni dalam Mesyuarat MT Umno.

"Datuk Seri Najib wajib memanggil para alim ulama sama ada Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga golongan ulama terkemuka dunia untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu pokok yang bersangkutan dengan soal aqidah ini.

"Kami mahu isu ini diselesaikan oleh Majlis Raja-Raja Melayu seperti yg termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 38 (2), (b) berkenaan fungsi Majlis Raja-Raja: 'Majlis Raja-Raja hendaklah menjalankan fungsinya bagi mempersetujui atau mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluaskan ke Persekutuan secara menyeluruh'."

"Ini bermakna Majlis Raja-Raja boleh menyekat dan menghalang apa-apa upacara agama seperti yang dicabar oleh Paderi Lawrence Andrew untuk menggunakan kalimah Allah di seluruh gereja di Selangor dalam setiap upacara keagamaan roman khatolik," tegasnya.

Sehubungan, Shamsuddin berkata perdana menteri tidak perlu perlu merujuk kepada Datuk Idris Jala semata mata untuk mengambil hati hati dan jaga politik di Sabah dan Sarawak.


Iklan C (ii)



Gambar Sekitar Pengebumian Almarhum Ustaz Harun Taib

Posted: 24 Jan 2014 10:31 PM PST


Al Faatihah .. Mengiringi al Marhum Tuan Guru Hj Harun Taib ke tapak persemadiannya. Semoga ruh Tuan Guru dicucuri rahmat oleh Allah swt..







~fb Ust Nasrudin, Dewan Ulamak & Dr. Raja Al-Hiss


Iklan C (ii)



Bongkar!! Pegawai Kanan Polis Akan Dedahkan Ramail Lagi Polis Terlibat Rasuah

Posted: 24 Jan 2014 04:47 PM PST

Seorang pegawai kanan polis yang merupakan di antara 60 pegawai sedang disiasat atas tuduhan rasuah merupakan sebilangan anggota menyalurkan maklumat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan lebih banyak anggota tidak terlepas daripada pendakwaan.

Sumber penyiasatan rasmi SPRM berkata, pegawai kanan polis dan beberapa anggota lain bersedia menamakan beberapa pegawai kanan lain demi kebebasan mereka.

"Penyiasatan dijalankan sejak beberapa bulan lalu dan penyiasat mendapati kira-kira 30 pegawai kanan polis hidup mewah melebihi pendapatan mereka.

"Kebanyakan pegawai kanan polis ini bertugas di seluruh negara dan didapati memiliki sekurang-kurangnya RM1 juta atau lebih dalam akaun bank mereka."Pegawai ini tidak berselindung atau cuba menyembunyikan kemewahan mereka," katanya kepada The Malaysian Insider.

Katanya, penyiasat menghabiskan banyak masa mencari dari sumber mana pegawai polis berkenaan mengumpulkan kemewahan."Bagi memastikan siasatan kali ini berhasil, SPRM mengadakan kerjasama dengan anggota polis," katanya.

Awal bulan ini, The Malaysian Insider melaporkan anggota polis yang tidak berpuas hati mengadu kepada SPRM menyebabkan satu siasatan dijalankan membabitkan siasatan terhadap 60 anggota polis.

Usaha pencegahan rasuah itu merupakan satu usaha sama di antara SPRM, Bank Negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia.

Anggota polis berkenaan disyaki meminta rasuah kepada pemilik perniagaan haram di ibu kota.Perniagaan itu meliputi perjudian mesin kuda sehinggalah ke sarang pelacuran.

Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pemilik perniagaan menyumbang RM10,000 hingga RM50,000 kepada anggota polis bagi mengelak premis mereka daripada diserbu dan perniagaan diganggu," katanya.

Berdasarkan siasatan SPRM, seorang pegawai kanan polis berpangkat "Datuk" baru-baru ini ditukarkan ke sekretariat polis di Bukit Aman."Datuk" itu disiasat SPRM setelah ditemukan RM6 juta dalam pelbagai akaun miliknya.

Bagaimanapun, pegawai SPRM itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa RM6 juta itu hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang sebenarnya.

Selepas siasatan diteruskan, SPRM merampas kenderaan mewah seperti Range Rover Evoque (RM400,000), Nissan Skyline (RM388,000), Toyota Vellfire (RM450,000), BMW 7-siri (RM800,000) dan Mercedes-Benz E-class (RM400,000) daripada suspek.

SPRM juga mendapati anggota polis ini menubuhkan pelbagai syarikat palsu, dengan menamakan ahli keluarga mereka dan saudara-mara sebagai proksi pengarah.

Syarikat ini menggunakan dana haram tersebut untuk membeli pelbagai hartanah, termasuk rumah kedai dan kondominium.

Setelah dijejaki pelbagai syarikat palsu ini, SPRM menemui semuanya membawa kembali kepada anggota polis berpangkat "Datuk" itu.Selain hartanah dan kenderaan mewah, polis turut merampas sejumlah besar wang tunai, barang kemas dan emas daripada beberapa anggota polis berkenaan.

"Akaun bank mereka sudah diteliti, termasuk urus niaga ditahun kebelakangan ini, semua hartanah yang mempunyai nama mereka atau ahli keluarga mereka, pinjaman, lawatan ke luar negara, perbelanjaan bulanan dan tahunan mereka dan kawan-kawan rapat mereka semuanya disiasat." katanya.  ~tmi



Iklan C (ii)



Tiada ulasan: