Khamis, 23 Januari 2014

Addin

Addin


RON 95 Akan Di Jual Pada Yang Layak Sahaja - Tengku Adnan

Posted: 23 Jan 2014 03:00 PM PST

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan bahawa petrol RON95 hanya akan dijual kepada golongan yang layak sahaja.

Katanya untuk memastikan semua subsidi kerajaan dinikmati rakyat Malaysia yang layak sahaja, harga subsidi bagi RON95 dijangka hanya disediakan untuk golongan miskin.

Jelas Tengku Andan, pendekatan itu antara lain sebagai usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan dasar harga baru itu dijangka berkuatkuasa pada Mei atau Jun tahun ini.

"Kami mahu mengenakan kenaikan hanya kepada mereka yang mampu… seseorang mungkin memandu (Toyota) Alphard ataupun Mercedes (Benz) tetapi mereka masih menggunakan petrol RON95," katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, mungkin mereka yang tidak layak untuk membeli petrol RON95 pada harga subsidi, hanya layak untuk membeli petrol RON97.Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan kuasa pasaran.

Beliau bagaimanapun memberitahu pendekatan baru itu masih dalam kajian oleh Datuk Seri Abdul Wahid Omar dari Jabatan Perdana Menteri.

Tengku Adnan ditemui selepas majlis penyerahan 100 surat tawaran kepada penduduk yang layak untuk menyewa di projek perumahan kos rendah di Petaling Jaya.

Iklan C (ii)




Tuntut Fasakh.. Ini Penjelasan Nurul Izzah Dan Suami

Posted: 23 Jan 2014 08:05 AM PST



KENYATAAN MEDIA

23 Januari 2014 

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini. 

Keluarga kami menjadi keutamaan. Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim dan Nurul Izzah Anwar 

--- PRESS RELEASE 23 January 2014 

We are deeply saddened by the undignified intrusion into our private lives and will do our utmost to work out our continuing union. 

Our family is our priority, as is our time together. We thank all our supporters for their kind understanding, and appeal to all to accord us privacy. 

Raja Ahmad Shahrir Raja Salim and Nurul Izzah Anwar


Iklan C (ii)



Nurul Izzah Tuntut Cerai?

Posted: 22 Jan 2014 11:40 PM PST

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dikatakan memfailkan permohonan cerai secara fasakh terhadap suaminya selepas perkahwinan selama 10 tahun.

Permohonan berkenaan dikatakan dibuat pada Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah. Nurul Izzah, 33, bagaimanapun ketika ditemui sempena Sidang Strategi Asli ke-16 hari ini enggan mengulas lanjut isu berkenaan.

"Terima kasih kerana menghormati privasi saya," katanya, yang bergegas pergi selepas perbincangan berkenaan politik baru Malaysia selesai.

Suami kepada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Raja Ahmad Shahrir Iskandar, 35 dikatakan menerima notis berkenaan pada 16 Januari dan memohon penangguhan perbicaraan cerai di mahkamah, Isnin lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 2003 dan mempunyai dua anak.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menafikan perkara berkenaan di laman mikro blog Twitter miliknya, @n_izzah apabila pengguna Twitter bertanyakan berkenaan perkara itu.

"Wasalam. Nope," kata Nurul Izzah menjawab pertanyaan pengguna Twitter dengan nama Mohd Saiful Ahmad.

Sementara itu, pengguna Twitter dengan nama Ibnu K, @ibnukhusairi juga menuntut Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

"Harap YB boleh keluarkan statement berkenaan kekecohan ini. Terima kasih @n_izzah @msaiful82." lapor The Malaysian Insider

Berikut print screen dari The Star Online mengenai perkara ini..




Iklan C (ii)



Wajah Suspek Kes Kanak-Kanak Dibunuh Kejam Di Dungun Tersebar

Posted: 22 Jan 2014 11:27 PM PST


Teman lelaki dan ibu kanak-kanak perempuan dua tahun yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Dungun pada Selasa antara empat suspek ditahan polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata teman lelaki ibu kanak-kanak itu yang merupakan suspek utama ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Rabu di Kuala Paka, Dungun.

Katanya susulan itu, dua rakan suspek utama masing-masing berusia 25 tahun serta ibu kanak-kanak itu yang berusia 28 tahun diberkas antara 10.30 malam tadi hingga 1.30 pagi ini di sekitar Paka.

"Sebelum itu (semalam) kita telah menahan teman lelaki ibunya untuk membantu siasatan berhubung laporan kehilangan kanak-kanak yang dibuat ibunya pada Sabtu lalu (18 Januari).

"Selepas penahanan suspek utama itu barulah mayat kanak-kanak perempuan itu ditemui pada hari yang sama dan sejurus itu, kita menahan dua lagi rakannya serta ibu mangsa bagi membantu siasatan," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Mayat kanak-kanak perempuan itu dalam keadaan separuh bogel ditemui seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di kawasan perumahan baharu itu kira-kira 3.30 petang semalam. Bapa kandung kanak-kanak malang itu masih ditahan di penjara berhubung kesalahan dadah.

Manoharan berkata ketika ditahan suspek utama berumur 25 tahun itu dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah.

Katanya hasil siasatan mendapati laporan dibuat ibu mangsa berhubung kehilangan anaknya itu pada Jumaat adalah palsu kerana dipercayai telah dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan itu.

Dalam laporan itu, ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya itu hilang selepas ditinggalkan bersendirian dalam sebuah kenderaan semasa dia dan teman lelakinya berjumpa rakan di Dungun.

Manoharan berkata siasatan juga mendapati suspek utama adalah individu terakhir bersama-sama mangsa selepas ibunya membenarkan kanak-kanak tersebut keluar dengan teman lelakinya kira-kira pukul 11 pagi, Jumaat lalu.

Namun kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, suspek memaklumkan kanak-kanak itu telah hilang dan memaksa ibunya membuat laporan polis, katanya. "Kesemua yang ditahan ini merupakan penagih dan pengedar dadah.

Justeru kita masih menyiasat sama ada ibunya terlibat dalam kes kematian ini atau sebaliknya," katanya. Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan suspek untuk membawa keluar mangsa sebelum ditemui mati dibunuh.

Polis percaya dapat menyelesaikan kes ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek dan mengetahui motif sebenar kanak-kanak itu dibunuh, katanya


Iklan C (ii)



Siapakah Pemilik Banglo Mewah Ini?

Posted: 22 Jan 2014 07:50 PM PST


Sebelum ini Sarawak Reports telah mengeluarkan berita mengenai dakwaan anak Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz memiliki sebuah lagi hartanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman tersebut turut melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang "sangat luas" di laman depan.

Sebelum ini, Riza Aziz di dakwa telah membeli apartmen mewah bernilai RM100 juta di New York. Kehidupan terlalu mewah anak Rosmah ini ketika berusia muda menjadi pertikaian masyarakat. Rakyat tidak mempertikaikan sekiranya kemewahan ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri.

Sekarang, rakyat mempertikaikan dari mana sumbernya? Beranikah Riza Aziz atau Rosmah tampil memberi penjelasan ataupun menafikan semua kemewahan ini?

Ikuti laporan penuh dakwaan kontroversi tersebut di SINI.

Iklan C (ii)



Isu ADUN Sumbat Kangkung Dalam Mulut Najib.. Ini Penjelasan Berani Beliau

Posted: 22 Jan 2014 07:19 PM PST

Acara menyuapkan kangkung sedikit sebanyak menaikkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR untuk penggal pertamanya sebagai wakil rakyat meskipun berdepan dengan ancaman pertumpahan darah.

Lee berkata, tindakannya itu sebagai satu cara kreatif menghantar mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memberikan contoh kangkung.

"Melalui cara kreatif itu, kita boleh menggalakkan rakyat tampil memperjuangkan perkara yang salah.

"Ramai memberi respon positif terhadap acara itu dengan mengatakan ia satu acara yang menarik dan menyeronokkan. Ia seperti mendapat kuasa. Kita tidak harus menyuarakan pandangan hanya di Facebook tetapi tampil untuk didengari," katanya.

Beliau berkata, pertunjukannya itu bukan satu-satunya cara kreatif membidas kenyataan kangkung Najib tetapi ramai yang melakukannya melalui Facebook dan Twitter.

Katanya, tugasnya sebagai wakil rakyat ialah berbicara tentang isu berkaitan rakyat seperti kenaikan harga barang.

"Jelas objektif acara itu terpesong oleh pihak tertentu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Lee berkata, Umno memanipulasi objektif acara itu dengan mendakwanya memalukan Najib, orang Melayu dan agama Islam yang sememangnya dinafikan.

Katanya, mengkritik kerajaan bukan satu perbuatan jenayah tetapi apa yang berlaku adalah ada pihak tertentu cuba menafikan kebebasan bersuara.

"Jika kita menentang mereka, mereka menggunakan alasan menghina pemimpin, kaum dan agama," katanya.

Pemimpin Umno mendakwa Lee tidak menghormati Najib dan sejurus selepas acara itu, dua demonstrasi diadakan hujung minggu lalu di Seberang Jaya dan Alma oleh Umno Pulau Pinang dan badan bukan kerajaan (NGO).

Atas nama mempertahankan Najib dan kaum Melayu, ratusan peserta termasuk pemimpin Umno menghina Lee, memanggilnya kailan dan membakar gambarnya.

Lee berkata, peserta acara itu tidak semua berbangsa Cina dan tidak menimbulkan sebarang isu perkauman kerana bahasa Melayu dan Cina digunakan dalam acara itu.

"Segalanya berlangsung dengan aman. Kami tidak membakar apa-apa," katanya.

Acara menyuapkan kangkung itu diadakan selepas tiga hari Najib berucap di Kemaman dan menggunakan kangkung sebagai contoh penurunan harga di pasaran.

Di majlis itu, Najib menyelar rakyat kerana selalu menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang tetapi tidak memuji kerajaan apabila ada barangan yang diturunkan harga.

Lee berulang kali menolak untuk meminta maaf berhubung acara itu meskipun Umno dan Penasihat DAP Lim Kit Siang menyarankan untuk mempertimpangkan permohonan maaf.

Walaupun dihina, gambarnya dibakar, menerima mesej ancaman melalui Facebook dan telefon, Lee berkata, program bagi menerangkan kenaikan harga barang dan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat akan diteruskan.

"Mereka boleh mengarahkan saya untuk berdiam diri tetapi saya tidak akan tunduk kepada ancaman sedemikian," katanya.

Selepas pilihan raya umum 2008, Lee dilantik sebagai setiausaha politik kepada ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong selama setahun sebelum dilantik menjadi ahli Majlis Perbandaran Selayang dari 2009 hingga April tahun lalu.

Katanya, peralihan daripada seorang ahli majlis kepada Adun memberinya lebih kuasa dan tanggungjawab menyuarakan isu berkaitan rakyat.

Sebagai Adun, katanya, beliau membawa isu kerajaan tempatan ke sidang DUN bagi menggesa kerajaan negeri menyelesaikan masalah berkaitan.

"Menjadi sebahagian daripada kerajaan tidak bermakna saya tidak mengutamakan ketelusan.

"Jika ada kelemahan dan masalah dalam sistem, kami mesti menyelesaikannya," katanya menafikan dakwaan dirinya mengabaikan masalah banjir kilat di kawasan terjejas.

Lee berkata, pelan sistem saliran di kawasan Seberang Prai Tengah masih dalam perancangan pihak berkuasa tempatan.

"Kami memahami masalah itu. Machang Bubuk terlibat dalam banjir kilat kerana pembangunan berlebihan dan longkang yang tidak mencukupi terutamanya di kawasan kampung.

"Kami mengenal pasti kawasan banjir dan mencari penyelesaian secara holistik. Pelan utama masih belum dapat disiapkan," katanya. ~tmi


Iklan C (ii)



Dokumen Azmin Ali Terpecat Dari PKNS Di Dedahkan

Posted: 22 Jan 2014 06:42 PM PST

Kertas Ringkasan bertarikh 12 November lalu tidak menyatakan Pejabat Menteri Besar mengesyorkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali ditamatkan sebagai Ahli Lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Perkara itu terkandung dalam dokumen sulit keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan surat menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi, hari ini.

Pada surat bertarikh 12 November lalu, Menteri Besar sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit menyediakan satu Kertas Ringkasan bertajuk "Cadangan Untuk Mempertimbangkan Semula Pelantikan Ahli-Ahli Perbadanan Yang Dilantik Di bawah seksyen 4(1) (d) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964."


Tidak terdapat dalam sebarang para kertas terbabit yang menyatakan Pejabat Menteri Besar mengesyorkan YB Mohamed Azmin Ali ditamatkan jawatan.


Kertas Ringkasan itu yang ditandatangani Menteri Besar menyatakan dua syor iaitu mengekalkan jawatan tiga Ahli Lembaga PKNS iaitu Iskandar Abdul Samad, Teresa Kok Suh Him dan Mohamed Azmin Ali untuk tempoh sehingga 10 Februari 2015.

Menteri Besar sudah membentangkan Kertas Ringkasan terbabit di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 35/2013 dan Exco serta meluluskan Kertas Ringkasan itu.

Mesyuarat Exco Ke-37/2013 menyatakan kerajaan negeri menimbang dan meluluskan Ahli Lembaga PKNS iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Samad' manakala seorang calon lagi akan ditentukan kemudian.

Manakala, syor kedua adalah digantikan dengan calon lain yang bersesuaian dengan kemahiran dan kepakaran masing-masing.

Pada 9 Disember lalu, Setiausaha Dewan MMKN menghantar cabutan minit kepada PKNS melalui surat bertarikh itu.

Sebulan kemudian, melalui surat bertarikh 8 Januari lalu, PKNS memaklumkan kepada Azmin bahawa kedudukan beliau sebagai Ahli Lembaga PKNS ditamatkan mulai 4 Disember lalu yang disahkan Azmin dalam twitternya menerima surat penamatan daripada PKNS.

Pada 15 Januari lalu, Abdul Khalid menjelaskan tindakan tidak memperbaharui kontrak perkhidmatan Azmin Ali bukan keputusan beliau atau Exco Selangor, tetapi diputuskan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar.

Pada 16 Januari lalu, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek menafikan kenyataan Menteri Besar dengan menyatakan pengguguran Azmin dibuat selaras keputusan mesyuarat Exco pada 13 November lalu dan disahkan pada 4 Disember lalu.

Pada 19 Januari lalu, Menteri Besar mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambil tindakan tatatertib kepada Datuk Othman dan beberapa pegawai PKNS.

Pada 20 Januari lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan surat pertukaran serta merta kepada Othman dan Norita ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 22 JAN 2014, Datuk Setiauasaha Kerajaan Negeri dalam kenyataan akhbar bertarikh 21 Januari 2014 menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan PKNS menarik balik surat penamatan perkhidmatan.

Menteri Besar, telah mengarahkan Ketua Setiausaha Sulit supaya mendedahkan dokumen isu Ahli Perbadanan PKNS mengikut kronologi untuk tatapan umum. ~hrkh


Iklan C (ii)



Gempar!! Rosmah Mungkin Panas Punggung Dengan Berita Ini

Posted: 22 Jan 2014 03:58 PM PST


Riza Shahriz Abdul Aziz, anak kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor, didakwa memiliki sebuah lagi harta tanah mewah.

Sarawak Report mendakwa, rumah agam 11,500 kaki persegi di West Hollywood dijual padanya dengan harga AS$17.5 juta ((RM58.21 juta) pada September 2010.

Laman pembocor maklumat itu melaporkan, pihaknya sudah melawat tapak itu dan mendapati kediaman asal diruntuhkan dan dibina baru, lengkap dengan kolam renang "sangat luas" di laman depan.

"Orang dalaman yang dipercayai mengesahkan bahawa pembinaan semula itu melibatkan kos lebih beberapa juta lebih daripada harga asal yang diminta, menjadikan kos harta tanah itu menghampiri harga harta tanah Riza sebelum ini AS$33.5 yang kami dedahkan dibeli di New York pada 2012."

Laporan itu menyebut ia didaftarkan atas nama syarikat 912 North Hillcrest Road (BH) LLC di Delaware. ~mk


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: