Isnin, 20 Januari 2014

Addin

Addin


Video Rosmah Di Boo Ketika Kalung Bunga Kepada Lim Chong Wei Tersebar

Posted: 20 Jan 2014 08:01 AM PST

Menurut bekas calon Ketua Pemuda Umno Malaysia, Syed Rosli Syed Harman al Jamalulail, rakyat kecewa dengan kenaikan harga barang yang melanda negara sejak akhir-akhir ini dan secara spontan mereka melahirkan rasa tidak puas hati kepada Perdana Menteri dan isteri di majlis penyampaian hadiah di pertandingan akhir badminton Malaysia Open malam tadi.

"Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara," kata beliau kepada FMT mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Katanya, jangan salahkan mereka tidak hormati pemimpin negara kerana mereka melihat pemimpin negara mewah berbelanja, suka membazir sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat.

Syed Rosli menambah insiden yang tidak disangka-sangka itu membuktikan rakyat sudah muak dan menyampah dengan pemimpin negara yang gagal menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Sehubungan dengan itu beliau bersetuju dengan pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa jika isu ini gagal ditangani kerajaan, BN akan kalah pada PRU ke 14 nanti.

Dalam wawancara dengan sebuah akhbar tempatan semalam, Mukhriz berkata jika kerajaan mengekalkan tindakan yang tidak popular ini, BN akan tewas pada PRU akan datang yang dijangka diadakan pada tahun 2018.

Syed Rosli berharap makmal yang akan diadakan untuk menangani masalah ini dapat dihidupkan segera dan dapat mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

"Rakyat tertekan dengan apa yang berlaku seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga gula, kenaikan harga barang serta ura-ura kenaikan harga tol yang mana mereka lihat kerajaan gagal menangani isu ini secara berkesan," katanya lagi. ~fmt

Iklan C (ii)




Kenyataan Menteri Ini Bakal Jadi Trending Terbaru?

Posted: 20 Jan 2014 05:16 AM PST

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata rakyat di negara ini seharusnya mensyukuri kerana mempunyai pemimpin ikhlas yang memberi keutamaan terhadap rakyatnya mengatasi kepentingan lain.

Katanya, biarpun keputusan kerajaan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan dikritik hebat, rakyat perlu memahami ianya dilakukan untuk kebaikan jangka masa panjang iaitu bagi mengukuhkan kedudukan fiskal kewangan negara.

"Dalam keadaan hari ini, kita perlu menerima hakikat bersusah sedikit tetapi dalam keadaan itu pun, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), juga Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M).

"Dalam proses itu kita perlulah berkorban, rakyat kena faham niat murni perdana menteri dalam keadaan sekarang supaya membantu, memberi pandangan atau syor," katanya dalam wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia.

Hasan berkata rakyat tidak harus menyalahkan kerajaan semata-mata dalam peningkatan harga barangan keperluan asas kerana ia turut dipengaruhi faktor lain seperti cuaca selain kelemahan rantaian pembekalan.

Oleh yang demikian, beliau menyeru rakyat menerima hakikat dan sedia berkorban untuk hidup dalam keadaan sukar sedikit bagi meraih kesenangan pada masa hadapan.

"Kita kena tanam budaya berjimat dan berhemat dalam berbelanja Budaya lama yang patut hidupkan balik ini ditambah pula dengan langkah penjimatan diumumkan Perdana Menteri, dan apabila kita berjimat maka keadaan bertambah stabil," katanya.

Hasan, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, turut menolak tuduhan kerajaan lambat bertindak dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, sambil berkata ia disebabkan tiada publisiti agresif mengenai kejayaan kerajaan di samping siri programnya.

Beliau turut menyelar pembangkang yang dikatakan memutar belit fakta mengenai kos sara hidup, dan mendakwa pembangkang sengaja ingin mempermainkan perasaan rakyat demi keuntungan politik.

"Pembangkang ini sebenarnya banyak fakta yang diputarbelitkan mereka sengaja hendak mempermainkan perasaan rakyat yang akhirnya nanti akan diketahui semua hanya mainan politik seperti isu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST," katanya.

Menyifatkan pembangkang hanya memikirkan keuntungan politik, Hasan berkata tindakan itu akan mendatangkan kesan buruk kepada negara kerana boleh mewujudkan huru hara.

"Di Amerika Syarikat, mereka mengadakan pilihan raya dan menerima keputusan serta kembali bekerjasama. Kalau (pembangkang) mahu menentang lagi, tunggu penggal seterusnya, atur strategi tetapi biar kami (kerajaan) lakukan tugas.

"Itulah semangat yang sepatutnya ditunjukkan pembangkang, bukan hendak cari kelemahan sahaja. Kalau sayangkan negara, sama-samalah saling membantu. Bagi saya kita tirulah pendekatan negara maju," katanya. ~tmi

Iklan C (ii)



Bekas Presiden MCA Beri Amaran BN Akan Musnahkan Malaysia Jika..

Posted: 19 Jan 2014 11:00 PM PST

Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memberi amaran Malaysia akan musnah jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus tidak mengendahkan isu yang memecah belahkan negara ini.

Merujuk kepada reaksi balas terhadap "flash mob kangkung" di Pulau Pinang pada 16 Januari, Ong berkata, situasi itu menunjukkan kemerosotan pendekatan yang dibawa oleh politik partisan.

"Hakikatnya, peningkatan polemik, kebencian dan ancaman semakin tidak terkawal dan menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat, termasuk saya sendiri," kata Ong dalam Facebook beliau.

"Kita tidak mampu berserah kepada auto-pilot oleh sesiapa pun di kerusi pemandu.

"Kini tiba masanya perdana menteri merangkap pengerusi BN campur tangan sebelum keharmonian kaum yang rapuh ini musnah."

Beliau juga menegur pemimpun MCA yang terus berdiam diri terhadap perkara itu. ~mk


Iklan C (ii)



Punca Umat Melayu Penang Hidup Macam Kangkung Tersebar

Posted: 19 Jan 2014 09:55 PM PST


Tindakan sekumpulan penyokong Umno mengadakan demontrasi mempertahankan Najib yang telah "dikangkungkan" sejak lebih seminggu lalu, bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Adalah menjadi hak dan kebebasan mereka untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi ia merupakan tindak balas terhadap apa yang telah menimpa Najib sendiri.

Apa yang luar biasa ialah mengaitkan perhimpunan itu dengan unsur-unsur perkauman dan tragedi 13 Mei 1969. Walaupun kejadian bagaimana Najib "dikangkungkan" tiada langsung berunsur perkauman, sebaliknya adalah respons menyeluruh melibatkan semua bangsa yang rasa tidak tidak puas hati dengan peningkatan harga barang yang gagal dikawal oleh kerajaan sejak kebelakangan ini, tetapi membawa sepanduk dan kata-kata yang berkaitan dengan provokasi 13 Mei jelas merupakan sesuatu yang malang.

Nampaknya, mereka yang cuba mempertahan dan membela Najib telah gagal memahami isu yang sebenarnya. Isunya ialah berkaitan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup dan tindakan menyuapkan replika Najib dengan kangkung juga sama sekali tidak berunsur perkauman walaupun ia dilakukan oleh seorang wakil rakyat berbangsa Cina.

Ia adalah reaksi menyeluruh yang mewakili seluruh rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup.

Kalau mahu dikatakan ia penghinaan pula, tentulah perbuatan melakukan aksi tarian punggung dan menghantar kek berbentuk najis kepada Lim Guan Eng, lebih jauh merupakan penghinaan dan tidak bertamadunnya dalam melakukan serangan politik.

Oleh itu, dalam menyerang balas tindakan yang berunsur politik ini, lebih-lebih lagi sebagaimana yang selalu ditekankan oleh Khairy Jamaluddin bahawa hujah mestilah dilawan dengan hujah, membawa elemen perkauman dan mengungkit peristiwa berdarah 13 Mei adalah langkah ke belakang dan tidak bijak.

Bagaimana Najib "dikangkungkan" seharusnya dilawan dengan hujah lebih baik dan bernas. Kebangkitan hampir seluruh rakyat daripada segenap bangsa dalam isu kangkung ini menunjukkan rakyat mahukan jawapan dan penyelesaian dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Jawapan yang ditunggu oleh rakyat ialah bagaimana kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya sebagai kerajaan dalam perkara ini dan bukannya menyalahkan pihak lain seperti orang tengah dan sebagainya.

Dengan menyalahkan orang tengah semata-mata sebagaimana kata Tengku Adnan Tengku Mansor hanyalah menunjukkan betapa lemah dan tidak bermayanya kerajaan dalam mengurus sesuatu isu dan ini lebih membeti insprasi agar kerajaan yang ada ditukar kepada kerajaan yang lebih tahu menggunakan kuasanya.

Berhimpun dan berdemo tidak menjadi kesalahan dan ia mungkin salah satu cara meluahkan perasaan tetapi serangan yang dilakukan mestilah bijak. Mengancam dengan peritiwa 13 Mei dalam isu kangkung dan kenaikan harga barang ini langsung tidak mencerminkan kematangan dan persembahan hujah yang baik dalam politik.

Setelah lebih 40 tahun berlalu, peristiwa 13 Mei sepatutnya semakin dilupakan dan bukan sering diingati serta dijadikan alat provokasi terhadap kaum lain.

Terus-menerus membangkitkan peristiwa 13 Mei bukan saja merenggangkan lagi hubungan antara kaum, bahkan meretakkan hubungan sesama komponen BN sendiri. Masyarakat bukan Melayu pula akan terus menjauhi Umno, BN dan kerajaan selagi peristiwa 13 Mei ini sering diungkit dan dijadikan alat provokasi politik.

Generasi muda pula tentulah lebih tidak senang dengan ancaman 13 Mei ini kerana ia adalah sketsa sedih yang tidak mahu dikenang lagi oleh mereka.

Orang Melayu pula tidak seharusnya berbangga dengan 13 Mei itu. Ini kerana 13 Mei bukanlah cerita kejayaan yang perlu dibangga-banggakan, sebaliknya ia juga menampakkan sisi kegagalan sebagai sebuah bangsa. Untuk terus berjaya, kita seharusnya sentiasa melihat ke hadapan dan bukannya sering menoleh-noleh ke belakang ketika sedang berlari.

Oleh kerana sentimen dan provokasi 13 Mei ini dibangkitkan di Pulau Pinang, adalah dijangkakan selagi irama peristiwa berdarah 13 Mei terus dibangkitkan, harapan BN untuk terus menawan negeri itu kekal dalam "pelukan mimpi".  ~shahbudin

Iklan C (ii)



Rakyat Selangor 'Terbeban' Dengan Bil Air Kerajaan PR Selangor Yang Melambung Tinggi?

Posted: 19 Jan 2014 07:12 PM PST


Zalim, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan, menindas rakyat ... itulah ungkapan kata-kata yang "sesuai" kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pimpinan Dato' Menteri Besar Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Rakyat kini di Selangor cukup tertekan dan terbeban dengan bil air di terima setiap bulan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan dari UMNO parti berjiwa dan pro kangkung semenjak tahun 2008.

Mereka mengamuk dan merungut sebab setiap bulan bil diterima dari Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd asyik tercatit 20m3 pertama dibayar oleh kerajaan PR Selangor.

Dulu semasa kerajaan Ketuanan Kangkung UMNO/BN memerintah berpuluh tahun lamanya tidak pernah rakyat menikmati pemberian air percuma.

Peliknya walaupun kerajaan PR Selangor tanggung bil air untuk 20m3 kepada setiap rumah di Selangor namun rizab negeri kini berjumlah hampir RM3billion.

Kepada rakyat Selangor yang teramat rindu untuk melihat bil air berjumlah paling sengkek puluhan ringgit dipersilakan undi UMNO/BN pada PRU 14 nanti .. OK?????

Iklan C (ii)



Berita Mengejutkan Buat Penyokong Pakatan Rakyat

Posted: 19 Jan 2014 05:35 PM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) dihalang memasuki Jepun oleh pihak imigresen negara tersebut pagi tadi.

Anwar yang dikatakan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada jam 6.45 pagi bukan sahaja gagal melepasi pemeriksaan imigresen bahkan diarahkan pulang menaiki penerbangan pertama dari Tokyo.

"Saya dihalang ketika untuk memasuki Jepun dan diarahkan untuk pulang ke Malaysia sekiranya tidak berbuat demikian pihak berkuasa akan menahan saya," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

"Apabila saya kenapa saya dihalang, mereka beritahu ia adalah kerana hukuman sebelum ini pada tahun 1999," kata Anwar dalam kenyataan media hari ini.

Jepun tahun lalu mula membenarkan rakyat Malaysia untuk masuk ke negara tersebut tanpa visa.

Anwar kemudiaan mempersoalkan tindakan pihak imigresen Jepun menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

"Saya beritahu mereka ini bukan alasan yang berasas kerana saya telah pun masuk ke Jepun pada 2006, 2009 dan 2012," kata Anwar lagi.

Anwar yang hadir ke Jepun atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa terus mendesak penjelasan pihak berkuasa Jepun tersebut memberi alasan ia mungkin disebabkan laporan terbaru membabitkan dirinya pada tahun 2013.

"Mereka akhirnya memberitahu saya tindakan ini terpaksa diambil mungkin kerana laporan terbaru pada tahun 2013," kata Anwar lagi yang terpaksa mengambil tiket penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada 10.45 pagi ini.

Anwar yang dijadualkan membentangkan kertas kerja mengenai Demokrat Muslim juga mendakwa telah menyemak dengan kedutaan Jepun sebelum berlepas ke negara matahari terbit tersebut dan tidak pula diberitahu tentang sebarang halangan ke atas lawatannya.

Anwar kemudian membidas tindakan tersebut sebagai memalukan dan ia sepatutnya berlaku di dalam negara yang dianggap sebagai pelopor utama dalam demokrasi dunia.

"Saya bantah tindakan yang tidak sepatutnya berlaku ini daripada kerajaan Jepun dalam menafikan hak saya dan menghalang saya.

"Ia sangat sukar difahami bagi sebuah negara demokrasi yang terkenal mengambil tindakan tidak wajar ini di bawah alasan tersebut dan menyebabkan saya curiga wujud dalang disebalik perkara ini," katanya.

Anwar kemudiaan mendesak Kementerian Luar untuk memberi penjelasan tentang tindakan tersebut dan mempersoalkan peranan Wisma Putra dalam episod penuh skandal ini membabitkan "laporan terbaru" yang menyebabkan beliau dihalang masuk.

"Saya desak penjelasan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negara," desaknya lagi.

Bekas timbalan perdana menteri tersebut sekali berdepan ulangan pendakwaan pada 1999 apabila Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan Liwat II tersebut.

Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Bagaimanapun, pihak pendakwa mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan Anwar itu dan masih belum selesai sehingga kini.

Dalam perkembangan terbaru, Anwar sekali lagi gagal dalam cubaan untuk mengenepikan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwaraya dalam kes liwat beliau apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak penggunaan Akuan Bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang juga seorang bekas pegawai tertinggi polis. ~tmi

Iklan C (ii)



Tiada ulasan: