Ahad, 19 Januari 2014

Addin

Addin


Mukhriz Hentam Pentadbiran Najib

Posted: 19 Jan 2014 08:00 AM PST

Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar "betul tapi tak popular" terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.

Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".

Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.

"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.

Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.

Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.

"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.

"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.

"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. ~tmi

Iklan C (ii)



Kerajaan Dubai Padam Adegan Lucah Dalam Filem Anak Rosmah

Posted: 19 Jan 2014 05:20 AM PST


Kira-kira 45 minit adegan lucah dalam filem 'The Wolf Of Wall Street' terbitan Riza Aziz, anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dipadamkan kerajaan Dubai, lapor portal Britain, Daily Mail.

Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.

Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.

Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.

Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey.

menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)Ketika hangat diperkatakan media barat, 'The Wolf Of Wall Street' menjadi lebih panas di Malaysia apabila spekulasi mengatakan filem terbitan Riza Aziz itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York. ~kd

Iklan C (ii)





Najib Menangis Teresak-Esak Dengar Berita Ini

Posted: 19 Jan 2014 12:42 AM PST


Isu kangkung melangkah setapak lagi apabila terus mendapat liputan dalam siaran radio World Service BBC.Rancangan itu melaporkan fenomena media sosial di Malaysia termasuk blog, Twitter dan Facebook dibanjiri dengan pelbagai cerita dan sindiran kangkung.

Dalam siaran 7.30 malam tadi, penyampai Mukul Devichand berkata warga Malaysia berbicara dan gemar berjenaka mengenai kangkung pada minggu ini dan sukar untuk lari dari topik itu.

Devichand merujuk kepada kemarahan rakyat Malaysia dengan mempermainkan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan kangkung bagi mendapat pujian rakyat.

Penyampai itu turut melaporkan laporan berita BBC di laman sesawang pada Selasa sukar diakses."Pada Rabu, ramai warga Malaysia dilaporkan menghadapi kesukaran mengakses laporan itu meskipun tiada masalah pada laman sesawang BBC."Terdapat teori konspirasi mengenai sekatan kerajaan. 

Telekom Malaysia berkata sebarang persoalan mengenai sekatan perlu dirujuk kepada pihak berkuasa."Namun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata mereka tidak menyekat sebarang laman atau menerima arahan untuk berbuat demikian," katanya.

Penyampai itu berkata sewaktu SKMM memberi maklum balas, kebanyakan warga Malaysia sudah dapat mengakses laman sesawang BBC."Cerita kecil mengenai sayur-sayuran tetapi banyak isu yang dimainkan termasuk kos sara hidup, harga barangan dan perkhidmatan, kebebasan bersuara dan ahli politik," katanya.  ~tmi

Iklan C (ii)




Tiada ulasan: