Khamis, 16 Januari 2014

Addin

Addin


Unit Amal Dapat Kepercayaan Dari Polis.. Ini Buktinya

Posted: 16 Jan 2014 03:00 PM PST


Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.

Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal  di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves.

Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok.

Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusian ketia banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu.

Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah" menjadikan pasukan sukarelawan PAS itu disegani kawan dan lawan.

Pasukan ini juga, sentiasa menjadi tulang belakang kepada kawalan keselamatan beberapa himpunan besar anjuran NGO dan Pakatan Rakyat.

Selain himpunan Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, terbaru pasukan ini juga menjadi barisan hadapan mengawal perarakan himpunan Turun pada malam sambutan tahun baru 31 Disember lalu. ~hrkh

Iklan C (ii)



Anwar Bongkar Tembelang Umno BN..

Posted: 16 Jan 2014 07:40 AM PST

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan mengelirukan masyarakat awam berhubung keperluan pemotongan subsidi sedangkan harga komoditi jatuh di seluruh dunia.

Sambil menambah keperitan itu akan membawa ke arah inflasi keseluruhan, beliau berkata, pemotongan subsidi petrol dan gula dibuat tidak kena pada masanya.

"Alasan bahawa harga mesti diselaraskan dengan pasaran dunia mengelirukan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Anwar berkata, harga minyak minta turun kepada AS$106.80 pada 2014 berbanding AS$111 setong pada 2012.

Sebaliknya, dalam tempoh sama, harga purata petrol seliter naik daripada RM1.90 kepada RM2.10.

Begitu juga dengan harga gula yang jatuh kepada AS$15.5 satu paun daripada 21.6sen antara 2012-14.

Di Malaysia pula, harganya naik daripada RM2.50-RM2.84 dalam tempoh yang sama. ~mk


Iklan C (ii)



Penyingkiran Azmin Ali Dalam PKNS Tidak Sah - Anwar

Posted: 15 Jan 2014 11:56 PM PST

Penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menegaskan penyingkiran Azmin Ali daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) adalah tidak sah yang sekaligus melambangkan sokongan padu beliau terhadap pengikut setianya itu dalam mengkritik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menguruskan ekonomi Selangor.

Ketua pembangkang tersebut berkata, proses tidak melantik semula Azmin sebagai lembaga pengarah dalam PKNS tidak melalui proses dan prosedur yang sepatutnya.

"Pengurus besar tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir mana-mana lembaga pengarah, mengikut peraturan ia tidak boleh berlaku.

"Keputusan hanya boleh dibuat oleh oleh Exco dan Menteri Besar. Oleh itu, pendirian saya kekal iaitu Azmin masih lembaga pengarah dalam PKNS," kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya.

Dalam mempertahankan Azmin, Anwar menyifatkan tiada alasan munasabah untuk menyingkirkan Azmin daripada lembaga pengarah kerana rekodnya yang baik sepanjang menerajui anak syarikat negeri Selangor.

"Tak ada alasan yang munasabah untuk gugurkan YB Azmin," kata Anwar lagi.

Azmin yang turut hadir dalam sidang media sama bagaimanapun enggan mengulas lanjut kemelut terbaru tersebut dan berkata pendiriannya sama dengan Anwar.

"Pendirian saya sama seperti yang Datuk Seri cakap tadi," kata Azmin apabila diminta mengulas mengenai penyingkiran tersebut.

Menurut Anwar lagi, keputusan tersebut juga dibuat tanpa sebarang persetujuan bersama dan tanpa merujuk kepimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

"Ya, apa yang saya cuba katakan ialah tidak ada orang yang menyokong penyingkiran Azmin.

"Jadi, Azmin masih sah sebagai lembaga sehingga tempoh akhirnya pada tahun 2015," katanya lagi.

PKNS merupakan konglomerat milik kerajaan Selangor yang merupakan syarikat hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor.

Azmin yang timbalan presiden PKR sebelum ini telah mengesahkan tidak disambung lagi sebagai ahli Lembaga Pengarah PKNS.

Azmin dan Menteri Besar negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sememangnya diketahui berbeza pandangan dalam banyak perkara.

Malah pelantikan Abdul Khalid sebagai menteri besar bagi penggal kedua juga tidak disenangi PKR Selangor yang dipimpin oleh Azmin.

Semalam, Abdul Khalid mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan oleh pihak pengurusan PKNS sendiri dan bukan olehnya.

Bagaimanapun PKNS hari ini menyanggah kenyataan Abdul Khalid tersebut.

Dalam kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja PKNS, Hajjah Norita Mohd Sidek memaklumkan, surat mereka kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

Menurut kenyataan PKNS yang diterima The Malaysian Insider, Hajjah Norita berkata, "PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik Ahli Perbadanan adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS."

Ia bertentangan sekali dengan kenyataan dibuat Khalid semalam yang memaklumkan pihak pengurusan PKNS yang menamatkan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah PKNS. ~tmi


Iklan C (ii)



Isu Najib Kangkung Kini Di Portal Kompas Indonesia.. Mari Pakat Baca Sebelum Di Blok

Posted: 15 Jan 2014 09:45 PM PST


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan "Keep Calm and Eat Kangkung".

Sebagian pengguna lain membuat akun "Hari Kangkung Sedunia" di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

"Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil," ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. ~kompas


Iklan C (ii)



Memalukan!! Pengguna Internet Di Malaysia Kecoh Artikel Kangkung BBC Gagal Diakses

Posted: 15 Jan 2014 08:29 PM PST

Pengguna internet khasnya Twitter sedang kecoh memerli kerajaan kerana menghalang akses ke artikel "kangkung" dalam laman berita antarabangsa, BBC. Kekecohan bermula apabila wartawan daripada BBC, Charlotte Pritchard bertanya kepada rakyat Malaysia sama ada artikel itu boleh dibaca ataupun tidak.

Pengguna internet merungut apabila menghadapi kesukaran membaca artikel itu yang turut memerli kerajaan Malaysia ekoran kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang harga kangkung baru-baru ini.

Posting terakhir daripada Pritchard mengatakan bahawa BBC di London tidak mempunyai sebarang masalah mengakses artikel tersebut.

Pengguna Twitter dengan gelaran @belon1986 berkata, "Kami boleh mengakses semua berita di BBC Trending tapi bukan berita Kangkung. Sangat memalukan!"

Satu lagi pengguna Twitter dengan gelaran @AshgailYu menyifatkan langkah ini sebagai sangat "menyedihkan".

Pengguna Twitter @steventsh pulah memerli kerajaan Najib dengan sindiran "ianya akan menyelesaikan segala masalah" merujuk kepada langkah kerajaan untuk menghalang artikel itu.

Bagaimanapun, pengguna internet masih boleh membaca artikel itu melalui laman Google Search dengan menekan "Cached" di simbol "tekan bawah" bersebelahan URL artikel tersebut.

Rakyat kini sering merungut tentang kenaikan harga barang termasuk tarif elektrik, minyak petrol dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang bakal dikuatkuasakan April 2015.

Najib membuat kenyataan baru-baru ini berkenaan harga kangkung yang turun dan meminta rakyat agar memuji kerajaan.

Kenyataan beliau telah dimuat naik ke laman video Youtube dan mendapat tontonan ramai rakyat yang juga turut memerli beliau di laman media sosial.

Ekoran itu, laman berita antarabangsa BBC telah melaporkan tentang kejadian tersebut dengan tajuk "Berhati-hati apabila bercakap tentang kangkung" melalui BBC Trending.

Artikel itu bagaimanapun telah dihalang di internet Malaysia atas sebab yang masih belum diketahui. ~tmi


Iklan C (ii)



Allahu Akhbar!! Gempa Bumi Melanda Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan

Posted: 15 Jan 2014 06:00 PM PST


TEL AVIV - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. ~mynewshub


Iklan C (ii)



Tiada ulasan: