Addin |
- Najib Dan Pemimpin Umno Pasti Terkedu Dengan Keputusan Ini..
- Azmin Ali Di Gugurkan
- PM Letak Jawatan
- Berita Memalukan Umno Ini Tidak Di War-Warkan Di Media Bertaraf Macai
- Koleksi Jawapan Menteri Mempersenda Dan Memperbodohkan Rakyat
Najib Dan Pemimpin Umno Pasti Terkedu Dengan Keputusan Ini.. Posted: 11 Jan 2014 09:14 AM PST Rakyat tidak perlu gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang menggunakan Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) untuk menakutkan dan menafikan hak kebebasan berhimpun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Adun Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, keputusan mahkamah hari ini yang melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lima yang lain dari tuduhan mengambil bahagian dalam himpunan Bersih 3.0 adalah precedent (dahuluan) bagi kes susulan berkaitan. "Jelas sekali mahkamah bertindak berasaskan tuntutan Perlembagaan yang memaktubkan hak untuk berhimpun sebagai hak asasi rakyat di negara. "Penghakiman hari ini merupakan satu isyarat yang baik buat rakyat," kata Amiruddin dalam kenyataannya.Katanya, keputusan tersebut membuktikan peruntukan yang termaktub dalam PAA bersifat autokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan yang menjamin kebebasan berhimpun. Mahkamah Rayuan minggu lalu memutuskan bahawa perintah majistret Kuala Lumpur, Zaki Asyraf yang melarang perhimpunan 'Bersih 3.0 Duduk Bantah' sebagai tidak sah. "Sehubungan itu, rakyat tidak perlu lagi gentar dan gerun dengan momokan pemerintah yang sering menggunakan akta tersebut untuk menakutkan dan menafi hak kebebasan berhimpun yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Amiruddin. ~kd |
Posted: 11 Jan 2014 02:42 AM PST Krisis kepimpinan PKR di Selangor timbul semula apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak dilantik semula sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Azmin dilaporkan menerima surat tidak dilantik semula sebagai ahli lembaga pengarah."Ya," kata Azmin kepada Sinar Harian hari ini selepas ditanya tentang khabar angin mengenai surat tersebut. Bagaimanapun, Sinar Harian dalam laporannya berkata, keputusan muktamad akan diputuskan pada 20 Januari dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah PKNS yang akan dipengerusikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Azmin dan Abdul Khalid sememangnya diketahui berbeza pandangan dalam banyak perkara.Malah, pelantikan Abdul Khalid sebagai MB bagi penggal kedua sememangnya tidak disenangi oleh PKR Selangor yang dipimpin oleh Azmin. Namun, PKR juga tidak boleh melakukan apa-apa kerana PAS dan DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mahukan Abdul Khalid kekal dan tidak bersedia menerima Azmin. Azmin sebelum ini juga merungut apabila pimpinan pusat PKR tidak melakukan perbincangan dengan parti di peringkat negeri dalam urusan pelantikan MB Selangor bagi penggal kedua. Hasilnya, hubungan keruh di antara kerajaan negeri Selangor pimpinan Abdul Khalid dengan PKR negeri pimpinan Azmin semakin membarah. Ahli Parlimen Gombak itu juga dilihat banyak mengkritik pendekatan pentadbiran Abdul Khalid, sebagai contoh dalam bajet kerajaan negeri apabila beliau membidas Abdul Khalid kerana hanya memfokuskan kepada perbelanjaan mengurus semata-mata dan tidak perbelanjaan pembangunan. Selain itu, Azmin membidas Abdul Khalid dalam isu kenaikan gaji yang termasuk dalam belanja mengurus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.Azmin menggesa pelaksanaan kenaikan gaji itu ditangguhkan. Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai menyebelahi Azmin, turut mengulas mengenai kenaikan berkenaan dengan menyifatkan ia terlalu tinggi dan mendadak. PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah dan pelabur utama dalam perniagaan di Selangor. ~tmi |
Posted: 11 Jan 2014 01:21 AM PST Engkau orang mesti semua ingat Najib yang letak jawatan. Memang berharap macam tu dan Addin yakin majoriti rakyat Malaysia mengharapkan Najib letak jawatan secepat mungkin. PM Tunisia letak jawatan TUNIS - TUNISIA. Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh, kelmarin meletak jawatan di bawah rancangan untuk menamatkan krisis politik yang berpanjangan di negara itu. Peletakan jawatan itu sekali gus menyaksikan pengunduran ketua pemimpin demokratik pertama yang dipilih kerajaan selepas presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan tiga tahun lalu. Pengunduran itu juga sebagai salah satu janji kepada pembangkang untuk meletakkan negara ke landasan yang betul bagi memastikan peralihan kuasa secara demokrasi. Memetik laporan AFP, di bawah rancangan tersebut, Ali akan digantikan oleh pemangku Perdana Menteri Mehdi Jomaa dalam tempoh 15 hari yang akan mengetuai kerajaan teknokrat bagi membolehkan Tunisia mengadakan pilihan raya di bawah Perlembagaan baru pada tahun ini. ~sinar |
Berita Memalukan Umno Ini Tidak Di War-Warkan Di Media Bertaraf Macai Posted: 10 Jan 2014 07:00 PM PST Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Ketua KEADILAN Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin dan tiga yang lain dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0. Hakim Ahmad Bache membenarkan permohonan peguam untuk menggunakan penghakiman Mahkamah Rayuan minggu lalu bahawa perintah majistret yang melarang perhimpunan tersebut adalah tidak sah. "Asas tuduhan adalah mengenai perintah tersebut. Kami dapati bahawa tuduhan itu kini tidak berasas," kata Hakim Ahmad Bache mengarahkan mereka dilepas tanpa dibebaskan. 6 Januari lalu Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara mengenepikan arahan Majistret Kuala Lumpur. Zaki Asyraf yang mengharamkan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, di bawah Seksyen 98 Kanun Acara Jenayah. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Linton Albert mempertimbangkan perintah arahan itu sebagai cacat, ekoran rayuan Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Badrul Hisham Shahrin. ~kd |
Koleksi Jawapan Menteri Mempersenda Dan Memperbodohkan Rakyat Posted: 10 Jan 2014 04:52 PM PST Mutakhir ini, beberapa respons atau jawapan yang dikeluarkan pemimpin kerajaan terhadap isu kenaikan harga barang berikutan langkah rasionalisasi subsidi dilihat hanya 'memanaskan' lagi emosi rakyat. Jawapan seperti 'kalau tidak suka boleh pindah luar negara', 'jika tol mahal elak guna lebuh raya', 'harga ayam naik, jangan makan ayam', 'harga sayur naik boleh tanam sendiri', dan 'tiada aduan bukti rakyat sokong kenaikan', dilihat hanya memperbodohkan rakyat dan tidak mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang ditanggung rakyat. Turut dipersoalkan juga mengenai kenyataan bercanggah ura-ura pembukaan pusat hiburan Hard Rock Cafe di Putrajaya, sehingga pihak kerajaan dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya. Respons atau jawapan 'asal boleh' yang dilontarkan oleh beberapa pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kabinet tidak sepatutnya keluar daripada mulut mereka kerana kenyataan seumpamanya bukan sahaja akan memberikan impak negatif kepada individu itu, malah mencalarkan kredibiliti kerajaan. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata setiap isu seharusnya dijawab dan diperjelaskan secara berhati-hati bagi mengelak ia dianggap mempersendakan kesusahan rakyat. Penganalisis politik itu berkata jawapan sambil lewa sedemikian bukan sahaja tidak membantu menjelaskan sesuatu isu dan aspirasi kerajaan, sebaliknya meningkatkan kemarahan dan menimbulkan rasa meluat rakyat kepada kerajaan. "Orang besar politik sepatutnya menyuarakan respons mereka dengan rasional dan memahami sudut pandangan rakyat, barulah ia akan dihormati. "Perlu diingat bahawa suara pemimpin itu bukan sahaja mewakili dirinya tetapi juga mewakili parti yang mendukung kerajaan masa kini. Justeru, apa sahaja yang diungkapkan oleh mereka memberi kesan… sama ada ia semakin menjejaskan atau merubah pandangan rakyat kepada lebih positif terhadap kerajaan," katanya ketika dihubungi Bernama. Komunikasi Adakah pemimpin perlu diberi kursus ataupun latihan dalam meningkatkan ilmu komunikasi masing-masing bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan? Sivamurugan berkata tidak salah untuk pemimpin dilengkapkan dengan ilmu komunikasi tambahan namun ilmu itu sepatutnya telah wujud dalam diri pemimpin seiring dengan kredibiliti dan reputasi mereka. "Setiap pandangan perlu difikirkan dengan masak sebelum diluahkan bagi memastikan ia tidak dijadikan bahan sindiran. Respons tidak rasional boleh menjadi liabiliti kepada kerajaan," katanya. Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata adalah lebih baik bagi seseorang pemimpin tidak membuat sebarang komen jika tidak arif dalam hal yang berkaitan. Beliau berkata ini kerana jawapan yang diberikan pemimpin kerajaan mestilah mencerminkan dan berupaya memperjelaskan dasar serta pendirian kerajaan mengenai sesuatu isu. "Mereka sepatutnya tahu apa yang mereka perlu jawab… mereka sepatutnya meredakan kemarahan rakyat dan memberikan jawapan yang akan melegakan dan menyejukkan hati rakyat terhadap masalah yang dihadapi… kenyataan sembrono hanya akan menambahkan kekecewaan rakyat kepada kerajaan," katanya. Mohamed Mustafa berkata kerajaan perlu memandang serius dengan jawapan para pemimpinnya dengan membantu menyediakan atau membekalkan mereka dengan kenyataan rasmi atau 'isi penting', atau memberi panduan tentang apakah pendekatan yang perlu diambil dalam menangani sesuatu isu. "Mereka ini mesti diberikan satu taklimat bagi memberi panduan mengenai pendekatan yang harus diambil, malah mereka (pemimpin) juga perlu lebih bersedia ketika menjawab soalan dan isu rakyat," katanya, dan berpendapat bahawa rakyat berhak untuk berasa kecewa dan marah apabila isu yang dibangkitkan tidak ditangani dengan baik. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan