Addin |
- Penyanyi Najwa Latif Kantoikan Macai-Macai Umno.. Saksikanlah
- Kantoi!! Polis Tersalah Guna Gambar Palsu Sebaran Macai Umno
- Detik Bersejarah.. Detik Yang Memeningkan Najib Dan Pemimpin Umno BN
- Gambar 4 Parang Dan 3 Pisau Yang Di Buang Oleh Peserta Himpunan TURUN Tersebar
Penyanyi Najwa Latif Kantoikan Macai-Macai Umno.. Saksikanlah Posted: 01 Jan 2014 03:00 PM PST 'Itu tidak benar. Saya tidak 'tweet' sebegitu'. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Cinta Muka Buku', Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam. Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual. Mesej bergambar itu dikatakan menjadi "viral" di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara. Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab. Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. "Itu tidak benar, saya tidak ada 'tweet' sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer. "Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini. Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014' anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL). "Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu."Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik," katanya.Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut. "Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan."Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu," katanya. ~sh |
Kantoi!! Polis Tersalah Guna Gambar Palsu Sebaran Macai Umno Posted: 01 Jan 2014 08:29 AM PST Gambar kononnya seorang anggota PGA atau DBKL yang disebarkan oleh macai UMNO semalam bukanlah gambar dari dataran, dari maklumat yang diterima dari abang mangsa: gambar tersebut adalah gambar adiknya yang ditetak oleh Lelaki India di Damansara Damai! Laman sosial facebook macai UMNO tersebut, ANTI Semua Salah UMNO, menyatakan kononnya seorang anggota DBKL cedera teruk di bahagian kepala hingga bercucuran darah seluruh badan terkena batu yang dikatakan dilempar oleh peserta perhimpunan guling kerajaan di Dataran Merdeka malam tadi. Kemudian pihak polis telah menggunakan gambar tersebut untuk dimuatnaik di dalam facebook Polis Diraja Malaysia dengan mendakwa lelaki yang berdarah itu sebagai salah seorang anggotanya. Namun kemudian pihak polis telah meminta maaf di atas kesilapan (yang disengajakan?) memuatnaik gambar tersebut. Sementara itu, tuan empunya badan Zoul Hellme Mustafar di dalam facebooknya bahawa beliau akan membuat laporan polis kerana gambarnya telah disalah-gunakan. Saya tuan punya badan..yang mana sesuka hati membabit kan sy dlm hal2 perhimpunan haram, saya akan buat report polis. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan... bagaimana fitnah menjadi budaya macai UMNO yang kemudiannya pihak polis juga terlibat sama. Kebenaran tetap terdedah dan mengalahkan fitnah dan kebatilan. Si Pemfitnah akan tetap menerima hukumannya di dunia dan di akhirat. ~gb |
Detik Bersejarah.. Detik Yang Memeningkan Najib Dan Pemimpin Umno BN Posted: 01 Jan 2014 05:09 AM PST Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari. Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat. Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi. Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan. Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan. Boleh dikatakan perhimpunan semlam berjaya memberi isyarat awal pada pemerintah Umno BN. Rakyat makin menyampah dengan cara urus tadbir yang menindas rakyat. |
Gambar 4 Parang Dan 3 Pisau Yang Di Buang Oleh Peserta Himpunan TURUN Tersebar Posted: 31 Dec 2013 09:11 PM PST Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi. Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam. Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur. Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan. Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan