Nuffnang

Pengikut

MIMPI SENJA

0
sumber :-

MIMPI SENJA


Himpunan TURUN berjaya, 50 ribu sertai - Azan

Posted: 31 Dec 2013 11:27 PM PST

OLEH DIYANA IBRAHIM
JANUARY 01, 2014 r
Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Mohamad Azan Safar (gambar) menyifatkan perhimpunan yang berlangsung dengan aman malam semalam berjaya dan mendakwa disertai 50,000 peserta  menolak tuduhan bahawa Turun merupakan himpunan untuk mengulingkan kerajaan.
"Himpunan ini juga diakhiri dengan lagu Negaraku sebaik saja menjelang tahun 2014 sebagai simbolik bahawa rakyat Malaysia benar-benar cintakan negara, sekali gus menafikan himpunan ini adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Malah, Azan yang sebelum ini pernah ditahan polis gara-gara penglibatanya dengan Turun turut memuji kerjasama baik yang diberikan pihak berkuasa dalam memastikan perhimpunan dijalankan dengan aman.
Tambahnya, kejayaan himpunan Turun merupakan kemenangan tersendiri sebagai pemulaan kepada perjuangan tahun 2014 yang lebih mencabar.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan DBKL yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam memastikan himpunan malam tadi berlangsung dengan aman.
"Dan tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam tadi," katanya.
Semalam, perhimpunan Turun yang membantah siri kenaikan barangan dan perkhidmatan oleh kerajaan pada malam sambutan tahun baru telah berjaya menawan Dataran Merdeka dengan kehadiran kira-kira 10,000 peserta.
Bagaimanapun jumlah kehadiran peserta demostrasi berbeza dengan apa yang dinyatakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad dalam sidang medianya semalam apabila menyebut hanya 5,000 orang yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Mengulas mengenai jumlah penglibatan peserta Turun yang begitu ramai, Azan berkata ia membuktikan betapa rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.
Terdahulu Kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) ketika mendedahkan hasil kajian mereka sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) agar menangani kenaikan kos sara hidup sekiranya mereka masih ingin memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Malah, beberapa pemimpin BN turut menyuarakan hasrat agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandang berat hasil kajian berkenaan meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan kerajaan sedang berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan kenaikan berkenaan.
Malam semalam peserta demonstrasi yang berarak dari lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum bertemu di Dataran Merdeka telah berjaya melepasi tiga halangan polis untuk memasuki kawasan padang.
Kemuncak himpunan Turun menyaksikan tiada percikan bunga api dan konsert ambang Tahun baru pula terpaksa ditamatkan sebelum detik jam 12 malam.
Tidak seperti demonstrasi sebelum ini, tiada sebarang kekerasan atau tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa.
Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi mengesahkan dua orang anggotanya telah cedera ditangan akibat jatuh semasa peserta demonstrasi melepasi halangan pihak berkuasa.
Malah pihaknya turut melaporkan menjumpai senjata yang ditinggalkan di tepi jalan sebelum perhimpunan bermula.
Katanya, senjata iaitu empat parang dan 13 pisau dijumpai di tepi longkang Kompleks Daya Bumi .
Zainuddin berkata akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian tersebut termasuk mengenal pasti dalang terlibat agar dakwaan dapat dilakukan.
Beliau juga berkata, beberapa pemimpin pembangkang juga turut dikenalpasti terbabit dengan insiden semalam namun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut.
Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mat Akin, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pemimpin pembangkang turut  kelihatan dalam perhimpunan Turun semalam. – 1 Januari 2014.TMI

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH

0
sumber :-

PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

Posted: 31 Dec 2013 10:10 AM PST

Sejarah Tercipta: Tiada Bunga Api Sambut Tahun Baru Di Dataran Merdeka, Tiada Bom, Tiada Yang Diguling Dan Rakyat Aman..... 

 



 






12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku.

 11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran.
Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal.

11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran.

11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahagian peserta sudah memasuki kawasan Dataran.

Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari. Dan mungkin ini lah juga buat pertama kalinya PM (kini Najib) tidak berani berhadapan dengan ribuan takyat untuk memberi ucapan di pentas utama.

Detik itu digantikan dengan sambutan  bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat.

Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert  KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.yg khabarnya di peruntukan sebanyak RM15 juta. Pertama kalinya juga dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini.

Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta  Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan.

Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan. Fitnah himpunan rakyat yg kononnya ingin mengulingkan kerajaan dengan keganasan dgn letupan bom ternyata gagal walau pun  beberapa provokasi cuba ditimbulkan.

Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal.


" DEMI RAKYAT "

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

0
sumber :-

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Selamat Menyambut Tahun Baru Masehi 2014

Posted: 31 Dec 2013 03:38 AM PST

Hidup ini memang singkat. Jadi jangan buat lebih singkat lagi dengan melakukan perbuatan yang sia-sia. Selamat menyambut tahun baru 2014 yang sudah pasti lebih mencabar dengan kenaikan kos segala jenis barangan dan perkhidmatan.


Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com/

RAKYAT MARHAEN

0
sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Video sambutan Ambang 2014 dicemari kekecohan seramai 3000 orang dakwa Berita Hairan @ Lidah Umno

Posted: 31 Dec 2013 09:26 PM PST

Ada Gaya Orang Merusuh ke...??? Ha..ha..nak kencing agak2 ler beb...!!!

Ambang 2014: Himpunan TURUN

Posted: 31 Dec 2013 09:16 PM PST

(Himpunan Turun) Chegubard: Kita Aman, Aman Aman, Rakyat Aman

Posted: 31 Dec 2013 09:12 PM PST

Ambang 2014: Ustaz Azhar Idrus - Pesanan Syamsul Yusof Untuk Semua

Posted: 31 Dec 2013 09:10 PM PST

Ambang 2014: Ustaz Azhar Idrus - Pesanan Pierre Andre Untuk Semua

Posted: 31 Dec 2013 09:10 PM PST

Ustaz Azhar Idrus - Alunan Asmaul Husna di Ambang 2014

Posted: 31 Dec 2013 09:09 PM PST

Ambang 2014: Ustaz Azhar Idrus - Pesanan dari Ustaz & Selebriti

Posted: 31 Dec 2013 09:08 PM PST

Dataran Merdeka - TAHNIAH DEMONSTRAN!! #TURUN

Posted: 31 Dec 2013 09:07 PM PST

Koleksi Kenyataan Bangang Ahli Politik Sepanjang Tahun 2013

Posted: 31 Dec 2013 08:41 PM PST

1. Kalau harga ayam mahal jangan makan ayam. Makan ikan dan daging pula. - Hasan Malek


** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan harga ayam.


2. Pendatang asing di Sabah tidak gugat keselamatan negara - Nazri Aziz


** Mengulas pertanyaan rakyat yang bertanya mengenai kebanjiran warga asing. 


3. Penceroboh di Lahad Datu bukan pengganas - Hishamuddin Hussien


** Mengulas persoalan rakyat yang bertanya mengenai kejadian di Lahad Datu sebelum situasi bertukar tragedi ketika itu. 


4. Pengguna boleh guna laluan tidak bertol kalau tidak mahu bayar tol - Wahid Omar


** Mengulas rungutan pengguna yang bising mengenai kenaikan kadar tol. 


5. Kita ada sistem pengurusan banjir terbaik di dunia - Shahidan Kassim.


** Mengulas rungutan mangsa banjir kenapa bantuan lambat tiba.


6. Sistem pendidikan kita terbaik berbanding UK dan USA. - Muhyiddin Yasin.


** Mengulas laporan mengenai perbandingan prestasi pendidikan antara negara.


7. Pistol yang hilang mungkin terjatuh dalam laut. - Ketua Polis Negara


** Mengulas laporan audit mengenai kehilangan pistol oleh anggota polis.


8. Harga barang naik ialah ketentuan Allah SWT - Ustaz Fathul Bari


** Mengulas sikap rakyat yang menyalahkan penyokong2 BN yang undi BN sekaligus menyebabkan harga barang naik..


9. Kita perlu hormat penunggang2 motorsikal VVIP yang mengiringi VVIP di atas jalanraya. Perlu beri laluan kepada mereka. Ini budaya kita. Mungkin kita perlu wujudkan undang2 tertentu.. - Hasan Malek.


** Mengulas sikap rakyat yang taknak bagi laluan pada VVIP atas jalanraya.


10. Rosmah pun ada jasa pada negara. Rosmah juga selesaikan masalah rakyat. - Najib Razak


** Mengulas pengkritik2 Rosmah Mansur yang asyik membangkitkan kesalahan Rosmah Mansur.


11. Dedahkan pembekal dakwat kekal akan membuatkan rakyat berlumba2 beli dakwat kekal - Shahidan Kassim.


** Mengulas desakan rakyat agar pembekal dakwat kekal yang tak kekal didedahkan.



12. Memang pembohongan. Memang bangsat betul kenyataan itu.. - Shahrizat Jalil.


** Mengulas mengenai pendedahan Fuziah Salleh yang bantuan lambat tiba ke lokasi mangsa banjir.


13. Bekal khemah kepada mangsa banjir tidak pratikal kerana paling lama orang boleh duduk dalam khemah sejam saja sebab panas. Iklim kita berbeza dengan iklim negara matahari terbit (Jepun) - Shabery Cheek.


** Mengulas cadangan rakyat agar bantuan banjir lebih tersusun dengan penyediaan khemah bagi ibu2 dan wanita2 yang tidak selesa tidur dan duduk secara terbuka bercampur lelaki perempuan.


14. Israel ciplak slogan dari Malaysia - Shahidan Kassim.



** Mengulas isu slogan Endless Possibilities.



15. Harga petrol tak naik tetapi hanya subsidi aje dikurangkan - Najib Razak.


** Mengulas tindakan pembangkang yang mempersoalkan isu kenaikan harga petrol dan diesel.


16. Keluar negara jika tak gembira dengan sistem politik di negara neh - Zahid Hamidi


** Mengulas sikap pembangkang yang menganjurkan pelbagai siri demo selepas gagal menawan Putrajaya.


17. Jangan makan gula, hidup lebih lama - Dr. Subramaniam.


** Mengulas pendirian kerajaan yang ber-ura2 memansuhkan subsidi gula ketika itu.


18.  Kurangkan gula, lebih baik untuk kehidupan seks anda - Najib



** Mengulas mengenai alasan pemahsuhan penuh subsidi gula serta merta.



19.  Rakyat sokong kenaikan harga barang kerana pihak kami tidak menerima laporan - Hasan Malek.



** Memberikan ulasan kepada wartawan yang menemurah dia dalam satu program bantuan back to school.


20. Saya tak lah bodoh sangat - Ahmad Maslan


** Mengulas kritikan di laman sosial yang beranggapan Ahmad Maslan bodoh kerana keluarkan kenyataan penggunaan minyak ikut tangga gaji.



21. Gaji RM3,000 ke bawah guna petrol RM132 sebulan, gaji RM5000 ke atas beli petrol RM375 sebulan. - Ahmad Maslan.



** Mengulas tindakan rakyat yang bising mengenai kenaikan petrol membebankan pengguna jalanraya.


22. BN kerajaan terbaik di dunia - Ahmad Maslan



** Mengulas pemberian subsidi oleh kerajaan kepada rakyat di negara neh.



23. Jangan beli rumah kalau harga rumah mahal - Ku Nan



** Mengulas rungutan rakyat mengenai harga rumah yang semakin mahal.



24. Naikkan kadar parking kepada RM40 sejam untuk elak kesesakan lalu lintas. - Cadangan oleh Khairiah Mohd Talha.



** Memberikan alternatif untuk mengurangkan kesesakan di jalan bandar2 utama sekitar KL.



25. Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Rosmah Mansur - Shahidan Kassim



** Respon selepas rakyat membidas isu penggunaan pesawat kerajaan oleh Rosmah Mansur.



26. Keputusan jemput artis K-Pop beri pulangan RM140 juta pada Hari Belia 2012 - Shabery Cheek.



** Menjawab isu pembaziran kerajaan membiayai persembahan 3 artis kpop sebanyak RM1.6juta



27. Jangan beri BRIM kepada penyokong pembangkang - Perwakilan UMNO.



** Berucap atas pentas UMNO dalam sesi perbahasan.


28. Yang tak suka kerajaan BN keluar Malaysia - Wanita UMNO Kuantan.



** Mengulas mengenai perhimpunan rakyat 31 Dec protes kenaikan harga barang.



29. Kenaikan petrol tak memudaratkan rakyat Kerana yang ada kereta orang2 besar dan berkemampuan. Orang kampung ada yang tiada kereta. - Bung Moktar Radin.



** Mengulas mengenai langkah kerajaan mengurangkan subsidi petrol.



30. Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, susah - Haji Sairin Karno



** Mengulas langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak.


31. Kerajaan akan kaji cadangan pelupusan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. (JPJ) Kerajaan akan mahsuhkan cadangan untuk melupuskan kenderaan berusia 12 tahun ke atas. Yeay. - Hishammuddin Hussein

** Mengulas kritikan rakyat mengenai usul yang dicadangkan kerajaan dan dimahsuhkan oleh kerajaan juga... errr?


32. BN berhak naikkan harga barang kerana menang pilihanraya - PERKASA.


** Mengulas sikap rakyat yang mengkritik tindakan BN menaikkan harga beberapa barang dalam negara selepas PRU tamat..


33. Kenaikan harga barang tiada kaitan dengan UMNO - Isa Samad


** Mengulas kritikan rakyat yang menyalahkan UMNO dalam kenaikan kos sara hidup. 

Errr pemimpin negara bukan dari parti UMNO ke? Hehe.. 

Sebenarnya. Ada banyak lagi statement2 yang tak dapat dimasukkan dalam list neh. Ini berlaku kerana terlalu banyaknya kenyataan2 bodoh yang dikeluarkan oleh mereka semata2 tak mampu menjawab persoalan2 rakyat. 

TETIBA JER POLIS JUMPA 4 PARANG DAN 3 PISAU DALAM LONGKANG DEKAT KOMPLEKS DAYABUMI ADA SEKAKI PAYUNG MIRIP PAYUNG BN??

Posted: 31 Dec 2013 08:20 PM PST



Empat bilah parang dan tiga pisau ditemui di dalam longkang berhampiran Kompleks Dayabumi, dipercayai dibuang oleh peserta perhimpunan haram yang memenuhi Dataran Merdeka malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata senjata itu ditemui oleh polis bantuan pada 9.30 malam.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 6 Akta Senjata Berbahaya, katanya sambil memberitahu bahawa tiga anggota polis cedera di tangan apabila peserta perhimpunan merempuh kawalan anggota polis di Dataran Merdeka pada 11 malam.

Tiga anggota polis itu di rawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan haram itu di Kuala Lumpur.

Beliau berkata perhimpuan itu bertukar menjadi ganas apabila mereka mula merempuh kawalan pasukan keselamatan.

Zainuddin berkata sehingga kini tiada tangkapan dibuat terhadap peserta perhimpunan haram itu dan polis sedang mengumpul keterangan daripada orang ramai bagi mengambil tindakan mengikut Seksyen 15 Akta Perhimpunan Aman 2012.
 (Bila Isu BOM..Tetiba jumpa BOM)
 
 
( Barang2 Kat Atas Tetiba Jumpa Masa BERSIH)

Menjelang kenaikan kadar tol, insentif rebat 20% juga ditarik balik oleh kerajaan 47% BN..!!!

Posted: 31 Dec 2013 07:59 PM PST


Tiada sebarang notis diberikan kepada pengguna berkenaan penarikan rebat tol sehingga ia dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan semalam. Gambar The Malaysian Insider. 
Tiada sebarang notis diberikan kepada pengguna berkenaan penarikan rebat tol sehingga ia dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan semalam. Gambar The Malaysian Insider.

Putrajaya telah menghentikan insentif rebat tol sebanyak 20% bermula 1 Januari 2014, tetapi pengguna boleh menebus rebat yang ada sehingga Jun tahun ini, kata pegawai lebuh raya.
Bagaimanapun, akibat pentadbiran Najib yang melancarkan skim ini 2009 lalu dan terus senyap mengenainya menyebabkan pengguna berpusu-pusu di kaunter Touch 'n Go dan kaunter plaza tol untuk menebusnya semalam.
"Memang sejak pagi tadi ramai yang datang dan semuanya ingin menebus rebat Touch 'n Go atau Smart Tag.
"Hari ini sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan hari lain," kata seorang kakitangan kaunter perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go plaza tol Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.
Juruwang di kaunter memaklumkan, Putrajaya telah memberitahu mereka untuk menghentikan rebat mulai 1 Januari hari ini.
Namun tidak ada sebarang notis diberikan kepada pengguna sehingga ia dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan semalam.
"Biarpun pemansuhan rebat tol bagi pelanggan kad prabayar, pengguna kad PLUSmiles masih boleh menikmati tawaran rebat 5%," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.
Situasi yang sama juga berlaku kaunter Touch 'n Go di plaza Tol Shah Alam dan Spot Touch 'n Go stesen minyak Petronas Shah Alam apabila menyaksikan kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus datang sejak pagi semalam bagi menebus rebat tol.
Pekerja kaunter kad prabayar di plaza tol Batu Tiga Shah Alam menyifatkan jumlah kehadiran orang ramai sangat luar biasa dan semakin meningkat apabila melepasi waktu tengah hari. Kaunter perkhidmatan tol itu dibuka sehingga jam 10 malam.
Read More / Baca Lagi >>

OKU dan ibu bapa resah, kehidupan berliku pada 2014

Posted: 31 Dec 2013 06:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Kedatangan 2014 telah mendatangkan kerasahan cukup ketara di kalangan rakyat kebanyakan.

"Mewakili suara OKU di Malaysia, ingin kami nyatakan tentunya suasana semasa lebih lagi mendatangkan keresahan kepada sekalian OKU dan ahli keluarga yang mempunyai anak-anak OKU," ujar Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU, Mohammad Faizal Che Yusof.

Jika selama ini, katanya golongan OKU telah cukup sukar dalam melalui liku-liku kehidupan, dengan keadaan peningkatan kos hidup dan suasana yang serba tidak menentu, ia menambahkan lagi rasa resah di kalangan warga OKU dan ibu bapa anak-anak OKU.

Apatah lagi, kata beliau sehingga kini pihak kerajaan masih gagal membentangkan suatu perancangan konkrit berikutan belanjawan 2014 yang dibentangkan Oktober lalu untuk membangunkan warga OKU yang dianggarkan 15% dari jumlah 29.7 juta rakyat.

"Justeru, kami menggesa agar pihak kerajaan dengan penuh hemah dan bijaksana menangani setiap kebimbangan rakyat terhadap kesejahteraan hidup menjelang 2014," ujarnya dalam satu kenyataan.

Najib, Umno LOSE THEIR STRANGLEHOLD on the people: Thousands rally to protest price hikes

Posted: 31 Dec 2013 06:30 PM PST

KUALA LUMPUR - Thousands of Malaysians made their way to the city center to protest the sharp hike in costs of living despite a slew of police warnings, outlandish accusations from Prime Minister Najib Razak's government and threats of prosecution.
Najib, Umno LOSE THEIR STRANGLEHOLD on the people: Thousands rally to protest price hikes"The government has lost its stranglehold on the people. Malaysians are thoroughly disappointed in Prime Minister Najib Razak and his failure to keep election promises. I think they know better than to believe in the crazy propaganda spread by the authorities including the police. This is a peaceful protest to show Malaysians cannot tolerate endless price hikes, nothing to do with overthrowing the government," MP for Lembah Pantai Nurul Izzah told Malaysia Chronicle.
She made the comment after the rally had proceeded and ended smoothly, with the people dispersing peacefully amid shouts of HIDUP RAKYAT (Long Live the People) that had resounded throughout the night.
"I too am trying to come there. I think it shows how fed up the people are. Instead of threatening, I think the authorities must try and understand the people's frustrations," Ambiga Sreenevasan, former Bersih co-chairman, had told Malaysia Chronicle earlier in the evening when it became apparent the government's threats and scare-tactics had failed to work, unleashing instead a groundswell of support from amongst the ordinary folk.
The New Year's Eve protest was organized by a coalition of NGOs led by Gerakan Turun Kos Sara Hidup or Turun.
Protesters had gathered since early in the day at 3 meeting points - Sogo Shopping Complex at Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni and Masjid Jamek.
They then marched to Dataran DBKL before proceeding to the adjacent Dataran Merdeka where the Kuala Lumpur City Hall is organizing a countdown to 2014 concert.
Led by Turun Muhamad Azan Safar, who was arrested last week after groups linked to Najib's Umno party accused him of trying to topple the federal agovernment, the protesters made their way onto Dataran Merdeka.
Umno groups, police biding their time to take 'revenge' on protesters
Police did not stop them. However, given the black record of the police in handling the Bersih rallies for free and fair elections, many are expecting them to turn violent at the price-hike demonstrators for defying the authorities.
Read More / Baca Lagi >>

LENSA: Laporan Media Pencacai Dan Gambaran Sebenar Di Dataran Merdeka

Posted: 31 Dec 2013 06:27 PM PST

Muka Depan Media Pencacai UMNO@BN




Gambaran Sebenar Yang Diharamkan Terbit Dalam Media Arus Perdana

Ambang 2014: Ustaz Azhar Idrus - Temubual bersama Hafizh Shahrin

Posted: 31 Dec 2013 06:12 PM PST



2013 - Janji Dicapati, 2014 - Derita Rakyat

Posted: 31 Dec 2013 06:10 PM PST











Berapa banyak duit mampu dijimat Najib?

Posted: 31 Dec 2013 05:48 PM PST

KUALA LUMPUR: "Berapakah jumlah wang rakyat yang dapat diselamatkan daripada 11 langkah untuk menjimatkan perbelanjaan sektor awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam?"

Itulah persoalan yang ditanya Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisannya di Facebook petang semalam.

Seperti cacing kepanasan kerana kemarahan rakyat pada kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat angkara polisi kerajaan, Najib semalam berkata kerajaan akan melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Antaranya ialah mengurangkan 10% elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri dan sebanyak 5% hingga 10% elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

Najib turut mengumumkan inisiatif menurunkan penggunaan elektrik, kemudahan bayaran tol dan mengurangkan penggunaan kain rentang dan makan minum bagi program kerajaan.

Namun begitu, Najib tidak menyatakan berapa banyak jumlah wang rakyat yang dapat diselamatkan daripada 11 inisiatif tersebut seperti yang disoal Tuan Ibrahim.

"Apakah angka target Perdana Menteri? Bagaimana rakyat boleh tahu Perdana Menteri berjaya mencapai sasaran mengurangkan perbelanjaan awam?

"Bagaimana ia boleh diukur? Dan berapa lama masanya untuk mencapai target tersebut?" tambah Tuan Ibrahim.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikkan kos sara hidup dan penjimatan terdesak tidak menyelesaikan masalah pokok

Posted: 31 Dec 2013 05:45 PM PST

Mohd Azmi Abdul Hamid

Penjimatan, yang diisytihar oleh kerajaan tidak boleh dielakkan lagi.
Jelas kerajaan perlu membayar defisit yang berterusan membebankan kewangan negara, akibat perbelanjaan pengurusan negara yang tinggi dan ini menandakan ekonomi negara dalam keadaan terdesak dan akan bermasalah jika amalan pengurusan bajet tidak dirasionalisasikan.
Jika langkah berjimat tidak dilakukan defisit akan membesar dan hutang negara akan meningkat.
Soalnya isu ini adalah akibat dari amalan berbelanja oleh kerajaan persekutuan sendiri yang boros dalam PRU13 dan gagal kerajaan mengawal pengurusan kewangan secara rapi sehingga mengakibatkan ketirisan yang sangat besar dan melibatkan kerajaan kehilangan wang berjumlah lebih RM 6 bilion pada 2012.
Malangnya penjimatan yang sepatutnya suatu nikmat kini menjadi suatu bebanan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh seluruh rakyat.
Sepatutnya penjimatan bukan tindakan terdesak atau langkah terakhir tetapi suatu prinsip amalan berbelanja yang wajar menjadi polisi yang tetap dan telus.
Memang amalan penjimatan mesti diterapkan dan didisiplinkan kepada semua pegawai awam, terutama pemimpin setiap Kementerian.
Jika amalan berjimat cermat tidak diikuti seperti yang diarah, maka pemimpin Kementerian dikalangan ahli politik itu sendiri mesti ditukar.
Kerajaan mesti jujur bahawa kewangan negara telah disalahurus. Pemimpin kerajaan jelas tidak bertanggungjawab bila wang awam digunakan untuk menabur janji dan memancing undi dalam PRU13 dan pilihan raya kecil di DUN Sungai Limau.
Tidak dapat dinafikan betapa amalan menabur wang tunai kepada pengundi menjadi amalan kerajaan yang mahu menang pilihanraya sehingga melibatkan bajet yang diperuntukan untuk operasi agensi kerajaan diguna dengan sangat boros.
Read More / Baca Lagi >>

Kencing 2014: Berjimat dan bijak berbelanja, kata Putrajaya di tengah kemelut kenaikan harga

Posted: 31 Dec 2013 05:44 PM PST

 
Ketika para suri rumah sibuk mengeluh dan mengadu terhadap kenaikan harga barang keperluan, pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) menasihatkan mereka agar berbelanja dengan bijak dan mencari alternatif.
Bekas pemimpin bank itu berkata, rakyat Malaysia perlu berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan mereka kerana ketika rakyat mengadu, Putrajaya lebih sibuk dengan projek infrastruktur besar-besaran yang dibuat secara runding terus daripada membuatnya melalui tender terbuka.
"Saya pergi ke pasar setiap minggu. Saya tahu bahawa harga barangan keperluan asas adalah tinggi, tetapi pengguna mempunyai pilihan dalam membelanjakan wang mereka," katanya dalam wawancara eksklusif dengan portal berita yang baru dilancar, Malaysia Gazette, yang juga menyiarkan klip video Youtube temubual itu.
Abdul Wahid berkata, beliau sentiasa memeriksa harga barangan keperluan diiklankan akhbar yang diletakkan oleh pasar raya besar sebelum merancang perbelanjaan beliau setiap minggu.
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bank berkaitan kerajaan Malayan Banking Berhad itu juga memberitahu Malaysia Gazette bahawa pengguna perlu membuat pilihan berdasarkan bajet mereka.
"Kesihatan adalah faktor penting. Kita perlu mengamalkan tabiat makan berdasarkan keperluan badan kita. Contohnya, tubuh kita memerlukan protein, tetapi kita tidak semestinya membeli ikan. Terdapat lain-lain sumber protein seperti ayam atau daging lembu. Walaupun saya mempunyai kuasa beli, jika saya rasa harga ikan tidak munasabah, saya tidak akan membelinya."
Abdul Wahid memberitahu Malaysia Gazette bahawa dia tidak akan membeli ikan jika harganya RM28 sekilogram, tetapi sebaliknya menggantikan ikan dengan daging lembu yang berharga RM24 sekilogram.
"Walaupun kita tidak boleh makan daging selalu, pengguna boleh sentiasa memilih ayam yang berharga antara RM6 dan RM7 sekilogram sahaja," katanya sambil menambah harga ayam jarang turun naik.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu: Dari Sang Sapurba hingga zaman UMNO

Posted: 31 Dec 2013 05:41 PM PST

Adakah destini bangsa Melayu ialah untuk sentiasa bernasib malang? Melayu itu selalu diperbodohkan dan itu sebahagian dari ketentuan mereka? Bila minyak naik harga, timbalan menteri yang cakap besar ada CGPA 3.8 menyatakan bukan minyak naik, tapi sabsidi di tarik balik. Ini serupa dengan seorang Arab yang jatuh tertiarap. Bila ditanya, sheikh enta jatuh kah dia menjawab; Tidak bukan ana jatuh, jubah ana yang jatuh, kebetulan ana ada dalam jubah.
Pemimpin UMNO terus menghina minda bangsa Melayu dengan jawapan dan penerangan kebudak budakan. Jangan makan gula, nanti nafsu seks akan kurang. Kalau tak suka kerajaan, pindah ke negara lain. Kalau tak boleh beli kasut, jalan kaki ayam.Kalau tak mampu beli rumah, duduk dalam reban ayam?
Adakah destini bangsa Melayu menghambakan diri kepada golongan elit? Sejak Demang Lebar Daun berjanji janjian dengan Sri Teri Buana ketika menyerahkan anak perempuan nya, adakah destini bangsa Melayu ialah untuk menghamba-abdikan diri mereka kepada golongan bangsawan? Dan UMNO itu adalah golongan bangsawan yang menggantikan raja2 Melayu zaman dulu kala.
Najib boleh berdolak dalih memberi alasan demi alasan memungkiri janji2 nya- fakta nya dia gagal mengurus dan memimpin negara. Hampir 11 juta bangsa Melayu mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Berjuta rakyat menerima BR1M majority nya Melayu yang mengesahkan betapa ramainya bangsa Melayu itu miskin. Akhbar dan media milik UMNO spinkan pemberian BR1M sebagai tanda kerajaan ambil berat kebajikan rakyat! P**t*t kau!
Dan timbalan menteri yang ada CGPA 3.8 kata, mereka yang berpendapatan rendah hanya menggunakan sekitar RM130 sebulan untuk RON 95 manakala yang berpendapatan RM 5000 keatas mengguna RM RM370 sebulan untuk RON95. Tentulah yang bependapatan rendah berbelanja kurang ketas RON95 sebab pendapatan mereka rendah manakala yang bependapatan tinggi, boleh belanja lebih. RM130 sebulan daripada RM800 adalah 16% manakala RM370 daripada RM8000 ialah 5%. University mana yang beri Ahmad Maslan CGPA3.8?
Read More / Baca Lagi >>

2013 ke 2014: Najib Makin Lemah, Muhyiddin Pun Mula Mengorak Langkah..!!

Posted: 31 Dec 2013 04:30 PM PST

Ketika ini sedang berlangsung perhimpunan aman Turun bagi membantah kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Dilaporkan ribuan rakyat sedang berhimpun di tiga lokasi yang telah ditetapkan iaitu di depan Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni untuk menuju ke Dataran Merdeka sebagai destinasi sebenar perhimpunan tersebut.

Memandangkan kehadiran peserta demonstrasi akan bercampur dengan hadirin yang ingin menyambut ketibaan tahun baru, tidak dapat dielakkan bahawa kehadiran adalah dijangka melimpah-ruah. Dalam masa yang sama, terdapat juga mereka yang hadir untuk meraikan tahun baru tetapi turut membantah kenaikan harga barang yang sedang berlaku sekarang ini atau dalam ertikata lain hadir dengan dua tujuan.

Namun, bagaimanapun sambutan rakyat terhadap perhimpunan Turun ini, hakikat yang nyata ialah kedudukan Najib sedang merudum di mata umum. Jika perhimpunan berjaya dengan aman serta kehadiran puluhan ribu orang dapat dicatatkan, gambarannya langkah Najib menaikkan harga minyak, tarif letrik dan merasionalisasikan subsidi sehingga mewujudkan rantaian kenaikan harga barang adalah tindakan yang salah dan tidak diterima rakyat.

Jika berlaku sesuatu yang buruk yang melibatkan keganasan atau kecederaan, balanya lagi buruk buat Najib. Beliau dan kerajaannya akan disorot oleh seluruh dunia sebagai kerajaan yang keras, tidak bertolak ansur dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kuasa.

Berjaya atau gagal perhimpunan Turun ini, impaknya tetap menyusahkan Najib. Tambahan pula dalam keadaan seperti ini, beliau juga tidak berada di dalam negara dan sedang bercuti bersama keluarganya. Walaupun hebahan dan maklumat tentang perhimpunan ini sudah lama diketahui, nampaknya bagi Najib, cuti tetap cuti.

Perhimpunan ini bukan saja membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup tetapi yang lebih penting ialah menolak pendekatan Najib yang mahu memansuhkan subsidi secara perlahan-lahan (istilah yang digunakan rasionalisasi) sehingga menyebabkan harga minyak dan tarif letrik turut mengalami kenaikan.

Najib lebih melihat penjimatan susbsidi bernilai RM46 bilion setahun sebagai jumlah yang besar untuk menambah tabungan negara. Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga Najib mempertahankan bahawa perbelanjaan subsidi yang besar yang hampir menyamai belanja pembangunan RM49 bilion adalah sesuatu yang tidak munasabah dan negara tidak mungkin mampu bertahan selama-lamanya dengan kaedah itu.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan 2014 di Dataran Merdeka tanpa bunga api...tapi pada PRU14 rakyat kena tipu lagi..!!

Posted: 31 Dec 2013 04:26 PM PST



Ribuan peserta Turun membanjiri Dataran Merdeka. Gambar The Malaysian Insider. 
Ribuan peserta Turun membanjiri Dataran Merdeka. Gambar The Malaysian Insider. 

Sambutan Ambang Tahun Baru 2014 lewat malam tadi di Dataran Merdeka berlangsung tanpa sebarang percikan bunga api, malah konsert ambang Tahun Baru turut ditamatkan sebelum detik 12 malam apabila peserta demonstrasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) mula memasuki kawasan berkenaan.
Menurut polis, lebih 5,000 peserta demonstrasi Turun mula memasuki kawasan padang di Dataran Merdeka tepat jam 11 malam, selepas mereka berjaya melepasi tiga halangan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk satu halangan menggunakan kereta peronda polis.
Ia menyebabkan dua polis cedera di tangan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan, dakwa Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Ahmad.
Sejurus peserta demonstrasi memasuki kawasan padang yang menjadi lokasi konsert ambang tahun baru, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dilihat cuba menenangkan keadaan apabila menggesa peserta demonstrasi mengawal emosi dan tindakan mereka.
"Saya berharap takkan timbul masalah berkaitan ketenteraman dan menjejaskan pengunjung kita pada malam ini.
"Berilah peluang kepada semua pihak menyambut tahun baru 2014. Peliharalah keamanan dan keselamatan semua pihak," kata Ahmad Phesal, dan disambut dengan sorakan "Boo..." dan juga "penipu" berulang kali daripada peserta demonstrasi.
Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan, mahupun keganasan direkodkan sepanjang demonstrasi aman tersebut berlangsung.
Demonstrasi berkenaan dilaporkan bermula dari beberapa lokasi berbeza di ibu negara, iaitu di hadapan kompleks membeli belah Sogo, Masjid Jamek sebelum kesemua peserta bertemu di Dataran Merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM: Ramai polis disiasat kerana pengubahan wang haram sindiket pelacuran..!!

Posted: 31 Dec 2013 04:24 PM PST


Seorang pegawai kanan polis di Kuala Lumpur adalah antara 40 anggota polis yang sedang disiasat kerana mengubah berjuta-juta ringgit wang haram yang diperoleh sindiket pelacuran di Malaysia, sumber-sumber memberitahu The Malaysian Insider.
Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga memperluaskan siasatannya termasuk pengubahan wang haram dan amalan rasuah oleh beberapa dozen anggota polis di seluruh negara.
"Mereka sedang disiasat kerana pengubahan wang haram, dan sekurang-kurangnya rasuah," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
"Anggota polis ini boleh didakwa kerana sebab-sebab tersebut. Bergantung kepada bukti yang kita kumpul," tambah sumber itu.
Sumber lain pula berkata operasi pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit dan dikesan selepas beberapa peristiwa tembak menembak antara polis dengan penjenayah pada tahun 2013 di mana beberapa gangster yang disyaki ditembak mati di beberapa bandar utama.
"Kami sedang menyiasat hubungan antara tembak menembak ini dengan operasi pengubahan wang haram," kata sumber itu.
Pada 26 Disember, SPRM mengesahkan bahawa seorang pegawai kanan polis bergelar 'Datuk' telah memberikan satu kenyataan, berkaitan kes pengubahan wang haram yang bernilai lebih RM6 juta.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali (gambar) berkata, pegawai polis berkenaan telah memberi kenyataan di pejabat SPRM Putrajaya seminggu sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan Turun : Tiada Bom, Tiada yang Digulingkan, Malaysia Aman

Posted: 31 Dec 2013 04:19 PM PST



LENSA MENARIK DI PERHIMPUNAN GERAKAN TURUN KOS SARA HIDUP (TURUN) 31HB DISEMBER 2013 DI DATARAN MERDEKA!

Posted: 31 Dec 2013 04:17 PM PST

MOOD RAKYAT UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN MELUAHKAN BANTAHAN DAN KEMARAHAN KEPADA KERAJAAN ZALIM UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK TIDAK PERNAH LUNTUR .. SEMAKIN HARI SEMAKIN KEMBANG SUBUR.
 


BLOG - BLOG PAKATAN RAKYAT