PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH |
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014 Posted: 31 Dec 2013 10:10 AM PST Sejarah Tercipta: Tiada Bunga Api Sambut Tahun Baru Di Dataran Merdeka, Tiada Bom, Tiada Yang Diguling Dan Rakyat Aman.....12.10 AM: Kelihatan peserta himpunan mula beredar keluar dari kawasan Dataran Merdeka dengan aman. Tiada kekacauan berlaku. 11.56 PM: Beberapa minit menjalang detik 12 malam memasuki tahun 2014. Dataran Merdeka masih aman. Peserta himpunan Turun memenuhi kawasan padang dan persekitaran Dataran. Pihak polis dan anggota DBKL dilihat terus berkawal. 11.30 PM: Pesembahan dan musik dihentikan. menunggu detik jam 12 malam. Kelihatan ada dikalangan penonton mula bergerak keluar dari kawasan dataran. 11.20 PM: Suasana himpunan masih aman, tiada sebarang kekecohan. Sebahagian peserta sudah memasuki kawasan Dataran. Buat pertama kali dalam sejarah sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka malam ini, tiada detik menanti 1 Januari. Dan mungkin ini lah juga buat pertama kalinya PM (kini Najib) tidak berani berhadapan dengan ribuan takyat untuk memberi ucapan di pentas utama. Detik itu digantikan dengan sambutan bunyi tiupan vevezuela serta laungan Hidup Rakyat. Perkara ini terjadi dek kerana 'kejayaan' peserta Turun memberhentikan konsert KL New Year Countdown 2014 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebentar tadi.yg khabarnya di peruntukan sebanyak RM15 juta. Pertama kalinya juga dalam sejarah tiada persembahan bunga api di Dataran Merdeka pada malam ini. Bagi menyelamatkan keadaan kerana 'kejayaan' peserta Turun tersebut, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib tampil ke atas pentas konsert bagi menenangkan keadaan. Ucapan beliau mengenai perlunya rakyat menjaga keharmonian serta keamanaan negara, walaupun di 'boo' peserta Turun sedikit sebanyak membantu menenangkan keadaan. Fitnah himpunan rakyat yg kononnya ingin mengulingkan kerajaan dengan keganasan dgn letupan bom ternyata gagal walau pun beberapa provokasi cuba ditimbulkan. Setakat ini, peserta Turun masih kekal berada di hampir keseluruhan kawasan Dataran Merdeka, seperti tadi keadaan masih terkawal. " DEMI RAKYAT " |
You are subscribed to email updates from PAKATAN RAKYAT N15 DUN JUASSEH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan