Khamis, 26 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Aksi terkutuk di surau spa

Posted: 26 Dec 2013 10:15 PM PST


Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.com Sekadar gambar hiasan. Pic: thepitter-patter.blogspot.comIPOH: Seorang pekerja salun kecantikan di Taman Ipoh Jaya Timur, Rapat Setia, di sini, yang dipercayai melakukan maksiat bersama seorang lelaki dicekup majikannya dalam keadaan tidak berpakaian dipremisnya bekerja, awal pagi kelmarin.
Lebih memalukan, pekerja wanita berusia 23 tahun dan baru enam bulan bekerja di spa terbabit terkantoi melakukan perbuatan terkutuk itu bersama pasangannya yang berusia 25 tahun di dalam surau spa itu.
Menurut pemilik spa dikenali sebagai Yaya, 27, dia menangkap pekerjanya itu ketika bersama beberapa pekerja lain mahu menyimpan barang di kedainya jam 5 pagi kerana pembekal terpaksa menghantar barang awal pagi berikutan cuti Krismas.
"Saya hampir pitam akibat terkejut melihat pekerja terbabit bersama pasangan lelakinya tidur dalam keadaan bogel sebaik membuka pintu surau ditingkat atas kedai.
"Pasangan terbabit hanya menyedari kehadiran kami selepas dikejutkan beberapa kali dan sebaik tersedar, saya menyuruhnya memakai pakaian sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada polis," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Yaya berkata, sementara pasangan terbabit memakai pakaian, dia bersama yang lain menunggu kehadiran polis ditingkat bawah, namun kedua-duanya lesap melarikan diri mengikut koridor ditingkat atas meninggalkan kereta PERODUA Myvi didepan kedai.
Katanya, melihat kekecohan, beberapa jiran datang dan memeranjatkan apabila ada jiran mendakwa perbuatan maksiat dilakukan pekerja wanita warga tempatan itu berlarutan sejak lima bulan lalu.
"Jiran mendakwa hampir setiap malam terutama lewat malam dan awal pagi, ada lelaki datang ke spa kami, sedangkan perniagaan kami hanya beroperasi dari jam 11 pagi hingga 7 petang.
"Menurut jiran, lelaki yang datang pada waktu malam bukan seorang, tetapi ramai menaiki pelbagai kereta," katanya.
Yaya berkata, pekerja berkenaan memecah masuk pusat kecantikannya lewat malam kelmarin, mengambil barangannya yang ditinggalkan di spa dan pasangannya mengambil kereta yang ditinggalkan.
Menurutnya, dia tidak sangka pekerja yang diberi kepercayaan menjaga premis termasuk diberi kunci tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu di premis perniagaan mereka.
"Sejak dua tahun beroperasi di sini, kami menjalankan rawatan kecantikan terutama pasangan pengantin dan salun rambut," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong, mengesahkan mengenai kejadian dan pihaknya sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja wanita itu.- Harian Metro

Guling kerajaan 31 Disember, propaganda Umno tak masuk akal

Posted: 26 Dec 2013 10:07 PM PST

(Basyar Abkadir)
Shamsul_AMKKUALA LUMPUR 27 DIS: Dakwaan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini adalah propaganda murahan Umno yang tak masuk akal dan cuba menakut-nakutkan rakyat.
Ahli parlimen KEADILAN Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tujuan sebenar perhimpunan tersebut adalah untuk menunjukkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat semakin tinggi.
"Rakyat sekarang ditakut-takutkan dengan isu 'gulingkan kerajaan' dan sebagainya. Kerajaan cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.
"Isu sebenar ialah rakyat semakin terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang, berpunca daripada kelemahan urus tadbir kerajaan pusat," katanya kepada Keadilandaily.
31-12Tegas Shamsul, rakyat bebas untuk berhimpun untuk menyatakan bantahan dan ia termaktuv di dalam perlembagaan Persekutuan.
"Himpunan terhadap sebarang isu banyak berlaku bagi negara yang mengamalkan demokrasi.
"Kalau betul Malaysia mengamalkan konsep demokrasi, maka himpunan aman hendaklah dibenarkan," katanya.
Himpunan 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka bertujuan membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan kerajaan minoriti Umno Barisan Nasional, bermula selepas Pilihan Raya Umum 13 yang lalu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57733

Selepas mungkir janji, BN takut "digulingkan"

Posted: 26 Dec 2013 06:17 PM PST

KOMENTAR BERITA OLEH AMIN ISKANDAR
DECEMBER 27, 2013
Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui "Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan" memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?
Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.
Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.
Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.
Tindakan "ganas" pentadbiran Najib dalam memotong subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi keperluan asas turut membimbangkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).
"Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.
"Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan," katanya dalam tulisan di blog Che Det semalam.
Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2012 mengenai ketirisan  dan pembaziran kerajaan.
"Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya," katanya.
Dr Mahathir menulis menggunakan hujah yang sering dipakai pemimpin pembangkang.
Sebagai orang yang sudah memerintah Malaysia selama 22 tahun dan mengikuti perkembangan sejarah negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina, Dr Mahathir sudah tentunya bimbang dengan tindakan pentadbiran Najib.
Dr Mahathir menyaksikan bagaimana rakan-rakan baiknya seperti Ferdinand Marcos dari Filipina dan Jeneral Muhammad Soeharto dari Indonesia digulingkan melalui demonstrasi jalanan selepas gagal mensejahterakan hidup rakyat.
Sudah pasti hujah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hassan Malek mengatakan kenaikan kos sara hidup merupakan masalah kecil tidak dibeli bekas perdana menteri itu.
Maka tidak hairanlah Putrajaya juga dilihat begitu takut sekali dengan perhimpunan pada malam ambang Tahun Baru 2014 yang dikatakan berniat untuk menggulingkan kerajaan.
Semalam polis menahan pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II yang diburu sejak minggu lepas kerana menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dikatakan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember ini.
Sebelum itu polis menahan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) Azan Safar selepas seorang pengguna Facebook memberikan komen mengatakan akan berlaku rusuhan pada malam ambang Tahun Baru.
Selepas memungkiri janji, Putrajaya kelihatan begitu takut sekali dengan kemarahan orang ramai di atas tindakan mereka itu.
Yang hairannya, yang ditahan adalah orang yang marah kerana janji dimungkiri dan bukan yang memungkiri janji. – 27 Disember, 2013. -TMI

Tak tahan dengan serangan bertali arus, Bung Mokhtar akan tutup akaun twitternya @ MyKinabatangan

Posted: 26 Dec 2013 12:14 PM PST

  • Bung Mokhtar akan tutup akaun Twitter?
 1 / 1 
SHAH ALAM - Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.


Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.

[Video] DSAI : Najib, kamu Perdana Menteri, tak boleh tipu

Posted: 26 Dec 2013 05:06 AM PST

Polis tahan pemilik FB nak merusuh guling kerajaan...

Posted: 26 Dec 2013 02:19 AM PST

Polis telah menahan suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,"kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Hadi Ho Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Asmaelz Hadzeny II yang dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember ini di laman Facebooknya.

Berdasarkan akaun FBnya, beliau dilapor mengajak orang ramai membuat persiapan untuk merusuh selain membawa peralatan mempertahankan diri daripada anggota polis.

"...kita akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggulingkan kerajaan zalim...pada malam ambang sambutan tahun baru.

Ayuh rakyat ayuh! kalau boleh sila bawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada....polis," kata status berkenaan.

Berikutan kenyataan berbaur hasutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II dan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.-26/12/2013 - AgendaDaily

Maknyah pengkid boleh diambil tindakan

Posted: 26 Dec 2013 02:02 AM PST

KUANTAN: Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) melaksanakan undang-undang syariah baru iaitu mengambil tindakan kepada mak nyah dan pengkid selepas mengemaskini Enakmen Jenayah Syariah 2013.
Menerusi enakmen jenayah syariah yang sudah dilaksanakan sejak 1 Disember lalu, mak nyah dan pengkid yang ditahan penguatkuasa boleh dikenakan tindakan penjara maksimum setahun atau denda tidak lebih RM1,500. 
Timbalan Yang Dipertua MAIP Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan berkata, sebelum ini tiada tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita atau sebaliknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral itu berleluasa.

"Sebelum kita hanya menahan mereka dan memberi nasihat supaya berubah namun tidak memberi sebarang kesan malah semakin menjadi-jadi. Jadi selepas ini, tindakan penjara atau denda atau kedua-dua boleh dikenakan kepada mereka jika sabit kesalahan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini tiada lagi kes mak nyah atau pengkid yang dikenakan tindakan undang-undang mengikut Enakmen Jenayah Syariah 2013 kerana ia baru dikuatkuasakan awal bulan ini. - myMetro

Derita rakyat tiada siapa yang tahu

Posted: 26 Dec 2013 12:04 AM PST

  • Derita rakyat tiada siapa peduliKesesakkan lalu lintas membebankan pengguna jalan raya.
 1 / 3 
SUDAH jatuh ditimpa tangga! Itulah perumpamaan paling tepat bagi menggambarkan keadaan rakyat Malaysia hari ini kerana terus dihimpit kesan daripada 'pesta'  kenaikan berganda barangan keperluan mulai tahun depan.

Tanggal 1 Januari 2014 adalah permulaan paling mencabar kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah, sederhana dan golongan miskin. Pada tahun itu, rakyat perlu 'survive' kerana harga barangan dan perkhidmatan mula dinaikkan secara serentak.

Semua kenaikan itu berlaku selepas PRU13 Mei lalu, apabila kerajaan mengumumkan satu persatu kenaikan harga barang dan perkhidmatan atau pengurangan serta pemansuhan subsidi berselang dalam tempoh sebulan sejak September lalu.


Bermula dengan pengurangan subsidi yang menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, diikuti pemansuhan subsidi gula 34 sen, kemudian peningkatan tarif elektrik 4.99 sen satu kilowatt sejam (KWJ), semakan semula kadar gas, tambang LRT serta monorel dan terbaru kadar tol membabitkan 15 lebuh raya, seolah-olah membentuk siri rangkaian kenaikan harga.

Jadi, bermulalah era kos sara hidup tinggi. Pendapatan bulanan makin meningkat. Itu reaksi rata-rata rakyat yang mengakui kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memberi kesan kepada mereka terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Masyarakat baharu hendak mengejar status negara berpendapatan tinggi, tetapi belum sampai ke tahap itu, kerajaan sudah menaikkan macam-macam harga barang keperluan. Mahu tidak mahu rakyat terpaksa 'menelan' juga.

Rasa tidak puas hati dan marah ini boleh ditinjau di mana-mana sahaja termasuk dalam laman sosial dan menerusi temu bual yang dilakukan. Seharusnya, pendapat dan suara mereka inilah yang perlu diambil kira serta dinilai apabila membuat sebarang keputusan.

Malah, terdapat segelintir masyarakat mempersoal, tidak cukupkah kerajaan menaikkan petrol, gula dan tarif elektrik untuk memulihkan ekonomi negara sehingga terpaksa menaikkan lagi harga tol dan tidak kurang juga ada yang turut mempersoalkan syarikat konsesi lebuh raya yang mengutip tol, apakah mereka tidak untung, sedangkan setiap hari membuat pungutan jutaan ringgit?

Ada desas-desus menyatakan, kerajaan seperti orang 'kemaruk' kerana tidak mempedulikan langsung akan kesan kenaikan harga yang membebankan rakyat.

Sejak diumumkan pelbagai kenaikan, rakyat amat terkesan terutama masyarakat yang tinggal jauh dari tempat kerja. Kos golongan ini boleh dikatakan meningkat 10 hingga 30 peratus daripada perbelanjaan biasa.

Pemerhati ekonomi yakin rakyat tidak ingin mendengar atau teruja berapa bilionkah diperuntukkan oleh kerajaan untuk mana-mana projek mega ataupun keuntungan pelaburan yang kononnya diakui kerajaan.

Yang mereka tahu dan mahu ialah apakah pulangannya kepada rakyat dan apa yang kerajaan boleh lakukan untuk mengurangkan bebanan mereka?

Ini kerana ada rumah perlu dibayar ansuran bulanan atau sewaan, duit perbelanjaan untuk makan, persekolahan anak-anak, kenderaan perlu diisi petrol, bil asas, kos rawatan penyakit dan macam-macam lagi.

Jika dahulu seseorang individu yang berulang-alik dari Banting ke Shah Alam membelanjakan hampir RM410 sebulan bagi isian petrol dan tol, tetapi kini meningkat kepada RM570. Itu belum termasuk kadar tol baharu yang akan diumumkan kerajaan.

Ini bererti peningkatan bulanan berlaku hampir RM170, jika naik sebuah kereta Kelisa atau Kancil. Itu baharu penggunaan untuk ke tempat kerja, belum lagi ke lokasi lain. Jumlah itu belum termasuk lagi dengan lain-lain bayaran.

Angka itu agak banyak bagi individu yang pendapatan bulanannya RM3,000 dan jika kesemua perbelanjaan itu ditolak seseorang individu  mungkin memperolehi lebihan wang sekitar RM50 dan mungkin juga negatif.

Betapa kecil pendapatan bulanan RM3,000 pada dunia hari ini. Apa akan terjadi jika seseorang itu mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada itu? Tidakkah mereka terus menderita?

Paling tidak rasional, mengapa perlu membayar tol di lebuh raya yang sentiasa sesak. Bukankah sepatutnya caj tol itu dikutip bagi melancarkan lagi perjalanan, bukan menyesakkan.
Ada individu yang menganggap sia-sia sahaja bayar RM1.10, pagi atau petang sama juga sesaknya.

Perkara seperti itu perlu dikaji dahulu oleh kerajaan. Berbaloikah kenaikan kadar tol untuk rakyat jika terpaksa mengharungi arus kenderaan yang panjang dan banyak masa serta tenaga dihabiskan di jalan raya.

Janganlah memberi alasan pengguna boleh menggunakan jalan alternatif mengelak tol. Penggunaan lebuh raya kini adalah satu kemestian bukan lagi ada jalan alternatif boleh mengelak tol. Jika ada pun berbatu-batu jauhnya.

Berbaloikah guna jalan tidak ada tol tetapi kos petrol meningkat? Kalau orang kaya tidak apalah setakat isi minyak RM100 celah gigi sahaja. Tapi kalau orang miskin banyak benda keperluan hendak dilakukan dengan wang sebanyak itu.

Terdapat juga suara mengatakan pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Tidak logik kerja di Kuala Lumpur, duduk di Shah Alam terpaksa mencari jalan jauh untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan tol. Pihak berwajib patut beri penjelasan yang lebih rasional daripada meminta orang ramai mengelak menggunakan atau membeli itu dan ini apabila harga sesuatu perkhidmatan atau barangan itu naik.

Apabila terus-menerus memberi alasan sebegitu, ia akan memberi persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan. Sedangkan banyak usaha yang telah dibuat untuk manfaat rakyat, tenggelam begitu saja akibat salah beri penjelasan.

Bagaimanapun, masyarakat percaya sudah tentunya kerajaan mempunyai formula terbaik untuk mengurangkan bebanan rakyat. Asas kepada formula itu sudah tentulah dengan mendengar keluh kesah rakyat.

Perkara ini dipersetujui Presiden Pertubuhan Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar yang menganggap pengumuman kadar kenaikan tol memberi satu kekeliruan kepada rakyat.

Dr Chandra berkata, kekeliruan ini berlaku berikutan kenyataan kenaikan kadar tol tersebut dikeluarkan oleh menteri yang berbeza.

"Semestinya rakyat sedikit terkejut, yang mana pada mulanya kadar tol akan disemak dan selepas beberapa hari kemudian kadar kenaikan telah disahkan.

"Namun demikian, elok kita tunggu beberapa hari lagi sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan kerana saya percaya ianya akan diperjelaskan dengan lebih terperinci lagi," katanya.

Selain itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dalam kenyataannya, turut berpendapat kerajaan mengabaikan penderitaan yang dialami oleh rakyat, sedangkan kerajaan sepatutnya berusaha mengurangkan kos sara hidup rakyat agar tidak naik mendadak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar ketika dihubungi Sinar Harian berkata pihaknya ada menerima maklum balas daripada rakyat yang rata-rata menyuarakan keresahan terhadap siri kenaikan yang akan dilalui mereka tahun depan.

Menurutnya, ramai rakyat tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana kos sara hidup yang terus meningkat.

"Semua reaksi yang diperolehi MTEM adalah negatif  dengan tindakan kerajaan yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan secara mengejut serta kegagalan memberi penjelasan berhubung kenaikan yang ingin dilaksanakan," katanya.

Mohd Nizam berkata, kerajaan perlu mendengar  pandangan dan keluh kesah rakyat kerana jika tidak, rakyat sudah pasti akan berasa dipinggirkan di negara sendiri. - Sinar Harian

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN PERAK

Posted: 26 Dec 2013 07:00 AM PST

PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN PERAK

Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

"Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan," kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

Melalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Saranan Mahathir Bukti Najib Mengurus Negara Secara Salah

Posted: 26 Dec 2013 08:38 PM PST

Selepas beberapa pihak tampil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya turut bersuara dengan nada yang serupa.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir berkata, dalam menangani beban kewangan negara dan keperluan menambah sumber pendapatan, kerajaan sepatutnya mengurangkan kos pengeluaran dan bukannya menaikkan harga barangan yang tentunya akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Mengenai kenaikan tarif letrik sebanyak 15 peratus yang diputuskan kerajaaan pula, beliau berkata, kenaikan itu seharusnya dilakukan secara berperingkat-peringkat dan bukannya secara mendadak kerana ia akan membebankan pengguna domestik, selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Pandangan dan saranan Mahathir ini jelas bertentangan dengan pendekatan Najib dalam mengurus negara selama ini yang lebih melihat instrumen cukai dan subsidi sebagai sumber menambah pendapatan negara. Beberapa cukai bakal dinaikkan manakala subsidi pula dalam perancangan untuk dihapuskan sama-sekali dengan alasan ia tidak baik untuk perkembangan ekonomi secara keseluruhannya.

Semua pendekatan Najib ini lebih menjurus kepada meningkatnya harga barangan pengguna.

Dalam masa yang sama, dalam usaha menghapus subsidi dan mahu penghapusannya diterima, hanya susbsidi yang melibatkan rakyat mahu dihapuskan sedangkan subsidi yang turut diterima oleh syarikat-syarikat besar dan kroni, tidak terlihat pula mahu diusik. Kalau dipotong pun, barangkali merupakan langkah terakhir sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Risiko maut dan kebejatan jenayah bila barang naik!

Posted: 26 Dec 2013 08:33 PM PST

Dr Dzulkefly Ahmad

Tirai 2013 bakal dilabuhkan dalam beberapa hari lagi. Namun kali ini tidak ramai yg mahu membuat azam dan cita-cita besar di ambang tahun baru ini. Sebabnya mudah.  Rakyat di negara ini sedang menghitung pelbagai ancaman kenaikan kos saraan hidup atau inflasi yang mesti mereka depani.
Kali terakhir harga petrol dan diesel dinaikkan atas nama 'rasionalisasi subsidi' pada bulan September lalu (2013), 'analysts' sebuah Bank Pelaburan (Maybank lnvestment Bank) melaporkan bahawa inflasi (CPI) melonjak paling tinggi dalam 20 bulan berbanding sebelumnya ke paras 2% pada bulan Oktober. Pantas betul.
Kalau lonjakan tersebut dicetuskan oleh hanya satu faktor yakni ketika bahan bakar itu dinaikkan 20 sen satu liter, rakyat gerun memikirkan apakah 'malapetaka dan celaka' yang bakal menimpa mereka ketika pelbagai kenaikan dilakukan serentak dan mendadak.
Tahun 2014 pastinya 'Tahun Derita'. Golongan berpendapatan rendah, khasnya nelayan, petani serta peniaga pasar malam contohnya, yang tak ada kenaikan gaji berkali ganda, berdepan dengan prospek hidup yang sangat suram dengan hempitan kos saraan hidup yang bakal melambung. Pendapatan mereka yang tetap sama atau kalau peniaga mungkin sahaja mengecut sebab kuasa membeli rakyat mengecil akibat inflasi.
Bayangkan setelah penarikan subsidi gula pada hari yg sama Belanjawan 2014 dibentang 25 Oktober lalu, rakyat secara berdikit-dikit dengan kaedah 'conditioning' minda, didedah tentang kenyataan bahawa mereka akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam, kenaikan tol di 13 lebuhraya, kenaikan 40% bas sekolah dan bayaran bulanan Astro untuk tahun depan ini.
Paling menyiksa kerana semua kebejatan ini bakal berlaku seawal Januari 2014, 8 bulan setelah 47% pengundi memandatkan kembali kerajaan Umno-BN memerintah Putrajaya. Kerajaan yang paling lama di muka bumi ini (tak termasuk kerajaan Komunis Cina) nyata sudah hilang kepeduliaan terhadap rakyatnya, semacam mengalami sejenis sindrom 'pyschosclerosis' – buta perut atau hilang kepekaan dan tak prihatin penderitaan rakyat atau dalam bahasa Ingeris 'hardening of feelings'.
Sudah sampai waktunya juga 53% pengundi-rakyat yang menolak kerajaa Umno-BN ini wajar bangkit bersama masyarakat sivil (NGOs) dari pelbagai latar-belakang, untuk menentang kezaliman ini. Pembayaran BRIM nyata tidak bererti kalau 'untung secupak rugi segantang'.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Kudeta Mesir istihar Ikhwanul Muslimin pengganas

Posted: 26 Dec 2013 08:06 PM PST

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa  Mesir dilaporkan meningkatkan tekanan ke atas penyokong Ikhwanul Muslimin selepas mengisytiharkannya sebagai kumpulan pengganas, semalam.

Menurut laporan Reuters, pengumuman itu menggunakan klasifikasi baharu untuk menahan berpuluh-puluh penyokongnya semalam, manakala seorang meninggal dunia dalam pertempuran di jalan yang disebabkan oleh ketegangan politik.

Selain itu, letupan bom yang berlaku di pinggir bandar Kaherah mencederakan lima orang - serangan kedua minggu ini selepas seorang pengebom berani mati membunuh 16 orang utara ibu negara pada Selasa lalu.

Jeneral Tentera Mesir, Abdel Fattah al- Sisi, yang mengetuai penggulingan Presiden Mohamed Mursi pada bulan Julai berkata, Mesir akan menjadi "lambang" keganasan.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Maszlee: Gantung 'The Heat' menyalahi prinsip syura

Posted: 26 Dec 2013 08:03 PM PST

Ahli akademik dan golongan agamawan mula menyuarakan kritikan terhadap tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung penerbitan akhbar mingguan The Heat baru-baru ini.

Mereka rata-rata berpendapat tindakan kontroversi itu menyekat kebebasan bersuara dan menyalahi beberapa prinsip kebebasan dan syura dalam Islam.

Pensyarah Ilmu Wahyu dan Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menganggap penggantungan itu sebagai usaha mengekang kebebasan media, mencabuli prinsip tata kelola yang baik dan menyalahi prinsip syura yang dianjurkan Islam.

"Tanpa kebebasan media yang diperlukan berhubung isu tata kelola kerajaan dan politik, maka sesebuah kerajaan itu tidak akan menguruskan negara dengan cara yang adil, bertamadun dan demokratik," katanya.

Menjawab soalan Malaysiakini semalam, Dr Maszlee juga berkata, kebebasan media memainkan peranan penting membentuk kerajaan berlandaskan ketelusan, termasuk melibatkan semua institusinya.

Menurutnya lagi, media juga satu mekanisme rakyat untuk pemantauan, teguran dan membetulkan pemerintah, sekaligus, mengelakkan pemerintah menjadi autokrat dan menyalahgunakan kuasa.

"Pemantauan rakyat serta masyarakat sivil ke atas pemerintah ini juga selari dengan konsep syura dalam Islam dan dinamakan oleh para ulama Islam sebagai al-Riqabah 'ala al-hukumah (pemantauan ke atas kerajaan)," katanya.

Wan Ji: Firaun halang kebebasan bersuara

Sementara itu, seorang ustaz, Wan Ji Wan Husein (bawah) pula apabila diminta mengulas itu The Heat terus membacakan sepotong ayat al-Quran yang menurutnya menunjukkan sikap pemerintahan autokratik firaun yang menafikan kebebasan bersuara rakyatnya.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir: Bantuan jutaan ringgit untuk bencana luar negara tetapi Kuantan?

Posted: 26 Dec 2013 07:49 PM PST

fuziahsallehSHAH ALAM 27 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kekecewaan dengan sikap kerajaan pusat yang dilihat bertindak lebih pantas ketika menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit terhadap mangsa bencana alam di luar negara berbanding bantuan di Kuantan.
"Kita lihat apabila berlaku bencana di negara lain, baik kerajaan sendiri atau badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kerajaan begitu cepat menghulurkan bantuan bernilai jutaan ringgit.
"Kalau ada bencana di luar negara cepat sahaja bantuan dihulurkan tetapi dalam isu banjir di Kuantan kita masih belum dengar pengumuman bantuan yang besar. Kita bimbang penduduk Kuantan dianaktirikan hanya disebabkan idealogi politik," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.
Dalam beberapa siri kejadian bencana alam di luar negara, lazimnya kerajaan bersedia menghulurkan bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai, minuman, makanan, selimut, pegawai perubatan, anggota keselamatan dan sukarelawan lain daripada NGO berkaitan kerajaan.
Kelab Putra Satu Malaysia (KP1M) turut menghantar sukarelawan yang dilengkapi doktor dan pelbagai kelengkapan lain melalui Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana di beberapa negara seperti bencana Taufan Haiyan di Filipina dengan menelan kos perbelanjaan yang tinggi.
Pemergian sukarelawan kelab itu juga mendapat perhatian khas daripada kerajaan dengan diiringi pasukan keselamatan dan dibawa dengan menggunakan pesawat khas Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Read More / Baca Lagi >>

FGVH ambil alih 51% saham Felda Holdings

Posted: 26 Dec 2013 07:45 PM PST


Syarikat minyak sawit gergasi Felda Global Ventures Holding Bhd telah mengambil alih pemilikan 51% pegangan saham dalam Felda Holdings Bhd daripada Koperasi Permodalan Felda (KPF), selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini.
Perkara itu diputuskan selepas pemegang saham syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju dengan pemilikan 112,199,999 saham dengan pembelian sebanyak 3.2.2 bilion atau RM19.61 seunit.
Presiden kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd Emir Mavani Abdullah berkata melalui pemilikan saham berkenaan, FGV akan menjadi sebuah syarikat perladangan kelapa sawit bersepadu sepenuhnya.
"Ini akan membolehkan FGV mencapai kecekapan operasi dan juga sinergi di dalam rantaian nilai minyak sawit kumpulan FGV," katanya kepada pemberita di Menara Felda, Kuala Lumpur.
FGV sebelum ini hanya mempunyai 49% kepentingan dalam FHB.
Melalui pembelian ini, ia dijangka bakal menambah keuntungan FGV dengan serta-merta kerana FHB adalah kumpulan yang menjana keuntungan tinggi.
Berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, FHB telah meraih keuntungan selepas cukai kumpulan berjumlah RM484.2 juta dan mempunyai kedudukan tunai bersih bernilai RM915.4 juta.
Read More / Baca Lagi >>

Penggadaian aset negara, satu petanda buruk dan dalil negara sudah...

Posted: 26 Dec 2013 06:01 PM PST

Kita akan memasuki tahun baru 2014 dan sesiapa yang ditanya apakah pandangan mereka tentang keadaan kita ditahun hadapan ini mereka menjawab, "nothing to shout about". Pemimpin kita masih yang sama, tentulah keadaan akan setidak-tidaknya sama jika tidak lebih buruk lagi.
Bidang ekonomi tidak payah kita ulas lagi kerana kita tahu apa keadaannya pada tahun yang akan tiba tidak berapa hari sahaja lagi. Politik juga begitu. Politik akan lebih tidak menentu lagi kerana mereka yang membawa masalah kepada negara masih memimpin kita. Tidak mungkin pembawa masalah itu akan layak diyakini untuk melakukan perubahan.
Yang kita tahu pucuk pimpinan kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang amat meragukan sesiapa yang berfikiran serius.  Bank Dunia dalam laporan terakhirnya menyentuh tentang penjualan aset negara yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit negara ke empat peratus. Berita itu disangkal oleh Putrajaya kerana apa yang mereka lakukan hanyalah tindakan 'monetization of assets', atau dalam bahasa pasar kita di kampung, sebagai menggadaikan harta benda kita untuk mendapatkan wang untuk menguruskan negara.
Sebenarnya kedua-dua istilah itu membawa makna yang sama. Bukankah 'mencairkan aset' itu caranya sama sahaja sebagai bergadai? Kenapa kerajaan mencairkan atau 'monetized' harta kita? Jawabnya untuk mendapatkan wang atau dana untuk menguruskan negara. Maknanya sama sahaja. Bila saya mendengar alasan Putrajaya itu teringat pula kepada insiden nenek saya yang balik dari menghadiri satu majlis di balairaya di kampung saya.
Read More / Baca Lagi >>

DUNIA TERBALIK! PKR dibidas pertikai kenaikan harga

Posted: 26 Dec 2013 05:42 PM PST

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang riuh mempertikaikan kenaikan harga barang tetapi membisu apabila pelbagai cukai di negeri pembangkang dinaikkan, jelas membuktikan parti itu berpura-pura menjadi jaguh rakyat.
Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, sikap itu memecahkan tembelang mereka yang hanya berjuang untuk mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi merampas tampuk pentadbiran Putrajaya.
"Kalau benar PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjuang untuk rakyat dan sangat prihatin dengan kehidupan rakyat seperti didakwa, beliau sebagai penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor terlebih dahulu perlu mengkritik dan menghentam kerajaan pakatan pembangkang sendiri.
DUNIA TERBALIK! PKR dibidas pertikai kenaikan harga"Di Selangor dan Pulau Pinang, kenaikan cukai serta yuran yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat bertentangan dengan perjuangan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Lum Yong memberitahu, alasan kenaikan harga itu hanya digunakan PKR untuk mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan dengan mengajak orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka pada malam tahun baharu 2014.
Jelasnya, PKR menggunakan peluang kehadiran orang ramai di situ untuk mengadakan tunjuk perasaan yang dinamakan Himpunan Guling Kerajaan.
"Ini merupakan tunjuk perasaan kali keempat berturut-turut pada malam tahun baharu yang mengeksploitasi kehadiran orang ramai di Dataran Merdeka.
"Sudah pasti kehadiran yang ramai itu akan dipergunakan oleh PKR sebagai bukti kononnya perjuangan mereka disokong, sedangkan majoriti rakyat sudah bosan dengan permainan politik kotor seperti itu," ujarnya.- Utusan

31 Dis: Jom Ke Himpunan Melalaikan Dengan Setengah Juta Umat Gulingkan Badan

Posted: 26 Dec 2013 05:40 PM PST

Tak ada ke yang nak buat bantahan atau laporan polis mengenai himpunan 500,000 umat yang penuh dengan hiburan yang melalaikan hingga melepasi larut malam? Adakah mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman akan terhibur apabila dapat menyaksikan secara langsung dengan TV yang diberi percuma nanti?
KONSERT AMBANG 2014 SASAR 500,000 PENGUNJUNG
KUMPULAN Ambank menyasarkan 500,000 pengunjung akan memenuhi Dataran Putrajaya, Presint 3 untuk Konsert Ambang 2014 Putrajaya pada 31 Disember. Konsert yang dianjurkan bersempena sambutan tahun baharu ini turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj).
  
Orang ramai berpeluang menyaksikan konsert itu mulai 8.30 malam pada 31 Dis dan akan disiarkan secara langsung di NTV7 dari 10.30 malam sehingga 1 pagi pada malam yang sama.
  
Presiden PPj Tan Sri Aseh Che Mat berkata konsert Ambang ini boleh dianggap sebagai acara penutup kepada semua program yang dianjurkan di Putrajaya sepanjang tahun ini.

SOP bencana: Rombak MKN, Najib wajar letak jawatan

Posted: 26 Dec 2013 05:37 PM PST

KOTA BHARU: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) dirombak sepenuhnya agar ia lebih tertumpu kepada soal keselamatan negara dan bukan tertumpu kepada pemantauan politik semata-mata.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meminta MKN menyediakan standard Operating Procedure (SOP) yang baharu bagi berdepan bencana alam, khususnya banjir dan kebajikan rakyat di masa akan datang yang dilihat banyak kelemahan.

Mahfuz ketika menghubungi Harakahdaily menegaskan bukan hanya SOP perlu diperbaharui tetapi turut berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi MKN meletakkan jawatan dan menyerahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memilih mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik.

"Kita melihat terlalu banyak kelemahan yang berlaku di dalam MKN terutama dalam soal keselamatan dan kebajikan rakyat terutama apabila menghadapi bencana banjir baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Jual Aset Negara: Saya tak putar belit isu - Rafizi

Posted: 26 Dec 2013 05:34 PM PST

SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menafikan kenyataan Kementerian Kewangan yang mendakwa dirinya memanipulasi isu penjualan aset kerajaan.

Menurutnya, laporan Bank Dunia jelas menunjukkan perkara itu berlaku selain kementerian hanya memberikan alasan bahawa  penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku sebelum ini.

"Kenyataan itu tidak dinafikan dan kementerian hanya menyebut perkara biasa sahaja. Mengapa tidak jawab dalam konteks laporan yang dikeluarkan Bank Dunia.

"Ini menunjukkan Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta yang dibentangkan Bank Dunia berkenaan kerajaan terdesak dalam mencapai sasaran defisit," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Sebelum ini, beliau mendedahkan laporan Bank Dunia berkenaan penjualan aset negara oleh kerajaan bagi mengurangkan defisit ke paras empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti mana yang ditetapkan.

Read More / Baca Lagi >>

Ramalan pendapatan cukai pintu 2014 bukti helah DBKL, kata pemilik rumah

Posted: 26 Dec 2013 05:09 PM PST



Beribu-ribu surat bantahan telah dihantar warga kota kepada DBKL untuk membantah kenaikan mendadak cukai pintu. -  Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013. 
Beribu-ribu surat bantahan telah dihantar warga kota kepada DBKL untuk membantah kenaikan mendadak cukai pintu. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.

 Jangkaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bahawa kutipan cukai pintu berjumlah kira-kira RM1.2 bilion tahun hadapan menunjukkan DBKL telah lama memutuskan untuk menaikkan cukai pintu sebelum berunding dengan warga kota, kata Persatuan Pembeli Rumah (HBA).
Walau bagaimanapun, DBKL terpaksa mengurangkan unjuran itu sebanyak RM70 juta kepada RM1.3 bilion, selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memutuskan untuk mengurangkan kadar cukai pintu dari 6% kepada 4% terhadap nilaian hartanah baru.
"Satu keputusan yang telah diputuskan terlebih dahulu oleh DBKL malah sebelum rundingan bersama penduduk Januari depan," kata setiausaha agung HBA, Chang Kim Loong kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
"Tidak guna mengadakan dialog dengan penduduk setempat jika keputusan telah dibuat. Surat bantahan hanya sebagai helah," katanya.
Selasa lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata DBKL menjangkakan kutipan RM1.2 bilion daripada cukai pintu, sebelum jumlah ini dikurangkan sebanyak RM70 juta.
"Cukai pintu merupakan penyumbang utama iaitu sebanyak 56% kepada pendapatan keseluruhan DBKL," katanya.
Keyakinan DBKL terhadap jangkaan pendapatan menerusi cukai pintu menimbulkan kecurigaan terhadap objektif rundingan DBKL mengenai bantahan kenaikan cukai.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas mungkir janji, Putrajaya takut “digulingkan”

Posted: 26 Dec 2013 05:08 PM PST

Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013. 
Rakyat Malaysia menanti tahun 2014 dengan kebimbangan kenaikan kos sara hidup. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 27 Disember, 2013.

Tahun 2014 sudah pastinya bukan berita gembira bagi majoriti rakyat Malaysia berpendapatan rendah kerana kenaikan kos sara hidup yang bakal mereka hadapi.
Semasa berkempen menjelang Pilihan Raya 2013 lalu, Barisan Nasional melalui "Manifesto: Menepati Janji, Membawa Harapan" memberikan pelbagai janji indah seperti mengurangkan kos sara hidup.
Di antaranya adalah penurunan harga kereta secara berperingkat, menyediakan sejuta rumah mampu milik, pendidikan lebih baik, pembangunan luar bandar secara agresif dan keselamatan awam.
Akan tetapi selepas pilihan raya 5 Mei, apa yang rakyat dapat?
Bermula September lalu, subsidi minyak dan gula dipotong, menyebabkan kenaikan harga kedua-dua bahan berkenaan.
Perlu diingat, kenaikan harga minyak dan gula mempunyai kesan berantai kepada barangan lain. Dalam erti kata lain, janji kerajaan harga barang lain tidak akan naik selepas subsidi minyak dan gula dipotong tidak boleh digunapakai.
Tidak cukup dengan itu kerajaan mengumumkan tarif elektrik dinaikkan sebanyak 15% dan cadangan kenaikan harga tol juga pada 2014.
Dalam Bajet 2014 yang diumumkan pada Oktober, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula pada kadar 6% yang akan berkuatkuasa pada April 2015.
Ertinya, selepas tamat 2014 juga, kehadiran 2015 belum tentu memberikan kebahagian kepada majoriti rakyat Malaysia dengan pengenalan GST.
Read More / Baca Lagi >>

Dana Kerajaan 47% BN Untuk Perkasa: Isa tak perlu kecoh

Posted: 26 Dec 2013 05:03 PM PST


SHAH ALAM – Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

"Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan 'musuh' menyerang kerajaan.

"Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

KEADILAN PAHANG SERU RAKYAT TURUN PADA 31 HB DISEMBER BANTAH KENAIKAN HARGA BARANG

Posted: 26 Dec 2013 04:50 PM PST

KEADILAN Negeri Pahang menyokong sepenuhnya mana-mana pihak yang berusaha untuk menghidupkan demokrasi dan hak bersuara yang dibenarkan oleh Perlembagaan.  Berhubung dengan satu perhimpunan pada 31 hb Disember ini di Dataran Merdeka bagi menunjukkan bantahan atau protes terhadap kenaikan harga barang serta bermacam kezaliman yang dilakukan terhadap rakyat oleh Kerajaan Pusat sekarang, sudah tentunya perlu disokong asalkan berjalan di dalam suasana aman dan terkawal.
Kami percaya perhimpunan yang akan bermula jam 09.00 malam di Dataran DBKL kemudiannya ke Dataran Merdeka hanya sekadar tunjuk rasa atau solidariti rakyat yang semakin terancam dengan janji-janji palsu Kerajaan Umno/Bn selepas mereka memperolehi sokongan 47% untuk membentuk Kerajaan.  Tahun 2014 pastinya menjadi igauan kepada rakyat di mana berbagai kenaikan telah pun diumumkan dan sedang dirancang oleh Kerajaan Umno/Bn sekarang.  
Read More / Baca Lagi >>

Dendam Politik: Pemberhentian lebih 200 guru Kafa Terengganu zalim dan tidak perikemanusiaan

Posted: 26 Dec 2013 04:40 PM PST



Jingga 13 Malaysia mengecam tindakan Yayasan Islam Terengganu yang telah mengambil tindakan drastik dengan tidak menyambung perkhidmatan sejumlah besar guru Kafa berkhidmat di negeri Terengganu tanpa memberikan apa-apa alasan yang munasabah.
Merujuk kepada surat yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Terengganu bertarikh 16 Disember 2013, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Tuan Ahmad Fadluldin bin Mohamad langsung tidak menyatakan alasan mengapa perkhidmatan guru-guru Kafa tersebut tidak disambung.
Menurut Garis Panduan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Jakim 2011, Perkara 9 yang dirujuk oleh beliau di dalam surat berkenaan menyatakan bahawa perkhidmatan guru Kafa boleh dihentikan pada bila-bila masa dengan dinyatakan sebab-sebab tertentu. Namun pihak Yayasan Islam Terengganu langsung tidak menyatakan sebab musabab tindakan yang telah diambil oleh mereka sehingga tidak disambung perkhidmatan Guru-Guru Kafa tersebut.
Difahamkan bahawa tindakan tersebut adalah tindakan balas dendam pimpinan Umno-BN Terengganu terhadap guru-guru Kafa dan keluarga mereka yang dituduh menyokong Pakatan Rakyat sewaktu PRU13 lalu. Andai benar tuduhan tersebut ini menunjukkan betapa tidak profesional dan tidak matangnya tindakan oleh pimpinan Umno-BN Terengganu dan membuktikan Yayasan Islam Terengganu tunduk dengan kezaliman.
Isu ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Yayasan Islam Terengganu kerana ianya melibatkan satu tuduhan yang serius yang mana ianya akan menjejaskan integriti Yayasan Islam Terengganu sendiri sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan bagi menjalankan dakwah serta penyelidikan yang berkaitan hal ehwal agama Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Naik Harga: Pas sokong kenyataan Dr M

Posted: 26 Dec 2013 04:36 PM PST

SHAH ALAM - Pas menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kerajaan mengurangkan kos pengeluaran bagi meningkatkan tahap ekonomi negara berbanding menaikkan harga barangan.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

"Ini yang sepatutnya. Cukup-cukuplah membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan barangan. 
"Saya akui harga barangan tidak akan konsisten pada satu tahap (akan ada kenaikan) namun kerajaan juga harus pastikan kenaikan yang berterusan perlu berlaku dari sudut pendapatan rakyatnya," kata beliau.

Menurut beliau, penerokaan sumber-sumber baharu merupakan alternatif terbaik dalam menjana  ekonomi negara, sekali gus  menghalang kerajaan untuk melaksanakan sebarang kenaikan.
"Langkah itu penting memandangkan Malaysia sedang mengalami masalah dalam meningkatkan produktiviti khususnya dalam sektor ekonomi.

"Syarikat gergasi tempatan seperti Petronas perlu memperbanyakkan lagi penerokaan telaga-telaga minyak," katanya.

Isteri Mursi jadi sasaran fitnah kerajaan Kudeta Mesir

Posted: 26 Dec 2013 04:33 PM PST

Isteri Mursi jadi sasaran fitnah 
 Naglaa masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Mesir yang mengutuk rampasan kuasa di Mesir.
KAHERAH - MESIR. Satu kumpulan didalangi kerajaan sementara Mesir kini giat melakukan kempen memburukkan imej isteri Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Menurut MB News, anak Mursi, Osama mendedahkan, kumpulan itu berusaha mengaitkan penglibatan ibunya, Naglaa Ali Mahmound dalam kes pengintipan, keganasan dan pembunuhan sama seperti dilakukan terhadap bapanya.

"Kempen ini dilakukan setiap hari oleh media yang dibayar tentera dan menteri kanan. Mereka cuba mengalihkan pandangan rakyat demi menutup kejahatan yang dilakukan terhadap rakyat," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa dan media diingatkan supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral ini.

"Mereka perlu menghormati adat dan tradisi rakyat Mesir. Cara ini adalah taktik kotor dan murah untuk mencari pengaruh dalam dan luar negara," katanya.

Osama berkata, beliau mewakili ibunya akan mengekalkan segala tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini termasuk mendedahkan segala pembohongan dan fitnah yang dilakukan oleh kerajaan sementara.

‘Revolusi ambang tahun baru’ usaha Putrajaya, media alih perhatian rakyat dari isu sebenar

Posted: 26 Dec 2013 04:30 PM PST

Apakah benar-benar wujud rancangan menggulingkan kerajaan pada ambang tahun baru melalui perhimpunan menentang kenaikan harga barang, atau ia merupakan tindakan kerajaan dan media sekutu dalam mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar?
The Malaysian Insider difahamkan, agensi-agensi keselamatan sudah mengadakan taklimat berhubung perkara itu, dan pemerhati melihatnya sebagai tindakan terdesak Putrajaya mengalih perhatian dari isu salah urus pentadbiran negara dan janji pilihan raya yang tidak ditepati.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis politik bersetuju rakyat Malaysia mempunyai hak menyuarakan bantahan berhubung kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi. Mereka menambah, tindakan media milik Umno Utusan Malaysia yang  menggambarkannya sebagai sebuah revolusi akan menyemai kebencian dalam negara.
"Sebelum pilihan raya umum, kerajaan berjanji harga barang tidak akan naik akan tetapi selepas pilihan raya pada Mei, mereka kelihatan mahu mengubah janji mereka," kata Dr Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sabah kepada The Malaysian Insider.
"Jadi apabila rakyat bawahan berkumpulan untuk menyuarakan bantahan mereka, ia tidak seharusnya dilihat sebagai percubaan untuk menggulingkan kerajaan," tambahnya.
Menurut Arnold, Putrajaya perlu mendengar kegelisahan rakyat dengan mengadakan dialog untuk menjelaskan mengapa subsidi perlu dipotong dan harga barang dinaikkan.
Bermula September, subsidi minyak dan gula dipotong, dan berkuatkuasa bulan depan, tarif elektrik dinaikkan manakala kadar harga tol dicadang dinaikkan pada 2014.
Read More / Baca Lagi >>

PRK ADUN RUNGKUP DAN MANONG BAKAL GULINGKAN KERAJAAN BN PERAK

Posted: 26 Dec 2013 08:27 AM PST

Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

"Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan," kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Tak Tahan: Bung Moktar akan tutup akaun Twitter?

Posted: 26 Dec 2013 08:04 AM PST

Bung Mokhtar akan tutup akaun Twitter?
SHAH ALAM - Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.

Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.

Himpunan 31 Disember: Pemimpin PR bebas sertai

Posted: 26 Dec 2013 07:02 AM PST

Rafizi Ramli 
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat bebas meneyrtai mana-mana himpunan selagi selari dengan perjuangan PR, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Mengulas lanjut soal himpunan membantah kenaikan harga barang pada 31 Disember ini, beliau akui tidak keberatan untuk turut serta.

"Itu bergantung pada setiap rakyat Malaysia. Seperti dulu juga, kalau ada himpunan Bersih dan himpunan lain, mana-mana pemimpin PR bebas untuk turut serta selagi ia selari dengan perjuangan PR.

"Untuk kali ini, jika himpunan ataupun kehadiran itu adalah untuk membantah kenaikan harga barang, ia selari dengan tuntutan serta pandangan PR. Saya sendiri insya-ALLAH kalau ada kelapangan saya tak keberatan untuk turun," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau turut menegaskan PR tiada kena mengena dengan himpunan mengguling kerajaan yang diuar-uarkan pada tarikh sama.

"Saya tak tahu pun sebenarnya siapa penganjur... yang diuar-uarkan... kononnya nak guling kerajaan dan sebagainya, PR tak ada kena mengena.

"Jadi, PR tidak boleh campur tangan kerana itu hak mana-mana pertubuhan ataupun rakyat untuk mengadakan himpunan aman," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Brunei 50% Turun Kadar Jenayah.. Malaysia Serba Tak boleh?

Posted: 26 Dec 2013 05:56 AM PST

KL: Kadar jenayah dapat diturunkan sebanyak 50% sebelum perlaksanaannya lagi. Demikian dimaklumkan oleh Mufti Brenei kepada Tuan Guru Di Harun Din selepas kerajaan Brunei mengumumkan perlaksanaan hukum hudud seperti yang diperintahkan Allah SWT kepada manusia.

Berita ini sedang tersebar di facabook sekarang.

Menurut berita itu lagi, bukan itu sahaja, bahkan kerajaan Brunei telah bertambah rezekinya, bila 6 telaga minyak lagi telah dijumpai, dan dikatakan boleh bertahan 600 tahun lagi. Al-hamdulillah.

Beri dana kepada Perkasa, Kerajaan 47% BN perlu mohon maaf

Posted: 26 Dec 2013 05:53 AM PST

Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memohon maaf kerana menggunakan wang rakyat untuk membiayai kumpulan yang menentang penyatuan kaum dan keharmonian agama, termasuk Perkasa.
Setiausaha Publisiti DAP, Teresa Kok Suh Sim berkata, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak seharusnya membantu kumpulan pendesak Melayu yang melawan konsep 1Malaysia yang sering dilaungkan.
"Maka kebenaran (akhirnya) keluar, UMNO dan kerajaan selama ini melindungi dan memberi banyak dana kepada Perkasa.
"Bagaimana kerajaan yang sering cakap mengenai 1Malaysia boleh melindungi dan beri bantuan kepada organisasi yang melawan konsep itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ahli Parlimen DAP Seputeh itu turut mendesak Najib mendedahkan maklumat bantuan yang diberikan, serta menyatakan sama ada beliau komited dengan konsep 1Malaysia.
Beliau merujuk laporan kenyataan anggota Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa banyak mendapat bantuan daripada UMNO.
"Dia pun nasib dia, kita yang bela dan mereka banyak terima nikmat daripada kita. Macam mana mereka nak ganti dia?" kata Isa seperti dipetik.
Read More / Baca Lagi >>

Kempen bantah KDN dapat sambutan tokoh luar negara

Posted: 26 Dec 2013 05:46 AM PST

heatjpgSHAH ALAM 26 DIS: Kempen membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menggantung takhbar mingguan The Heat turut mendapat perhatian kumpulan penulis dan aktivis media negara seberang.
Dipetik daripada Malaysia Kini, tokoh budayawan Indonesia Goenawan Mohamad, penggerak awal Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI) Andreas Harsono dan novelis terkenal Ayu Utami turut mengambil bahagian bagi menyatakan sokongan terhadap rakan media di negara ini, pada hari ketiga kempen tweet harian.
"Media bisa salah, tapi membungkam (mencengkam) media lebih besar kerugian dari manfaatnya. Paling rugi adalah warga Malaysia," tulis Andreas di akaunnya @andreasharsono malam tadi.
Andreas yang juga pemenang anugerah 'Pendukung Hak Asasi Manusia John Rumbiak' lantaran usahanya di Papua Barat, antara paling aktif mengajak rakan seangkatan Indonesia menyokong kempen Gerakan Media Marah (GERAMM).
Sementara itu, Goenawan turut mengajak rakan di Indonesia mengikuti bantahan penggantungan The Heat di laman Twitter.
"Ada pembrangusan pers (penggantungan akhbar) di Malaysia: ikuti TL (kemaskini tweet) @andreasharsono," tweet beliau.
Read More / Baca Lagi >>