Khamis, 19 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI : Skandal Adi Putra : Amiruddin Ceraikan Isteri Talak Satu

Posted: 19 Dec 2013 09:24 PM PST

Amiruddin bersama isterinya, Noraida pada sidang media mereka 13 Disember lalu.
PUTRAJAYA: Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.
Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.
"Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.
"Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama," katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Adi Putra (dua dari kanan) bersama isterinya Aida atau Zuhaidah Yusof dan peguam mereka melakukan sidang media pada 12 Disember lalu.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.
Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.
"Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan u tu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.
"Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.
"Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami," ujarnya.
Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.
Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun. - mStar

Pengurus Liverpool kutuk Vincent Tan jahil urus bola sepak

Posted: 19 Dec 2013 08:37 PM PST

Pengurus Liverpool, Brendan Rogers melancarkan serangan mulut semalam kepada pemegang saham terbesar Cardiff City, ahli perniagaan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan (gambar) dan menuduh Tan tidak tahu apa-apa dalam menguruskan pasukan bola sepak.
Susulan khabar angin pemecatan pengurus Cardiff City, Malky Mackay, Rogers mempertahankan rakan setugasnya dan berkata, beliau tidak faham mengapa ia sering diperkatakan.
"Apa yang dapat saya katakan dari luar pasukan itu, ialah mereka diuruskan oleh seorang ahli perniagaan yang tidak tahu apa-apa tentang bola sepak. Dia memanglah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan kehidupan dan tahniah diucapkan, tetapi perniagaan bola sepak bukan seperti perniagaan yang lain.
"Mackay menyertai sebuah pasukan dengan 10 pemain baru dan beliau harus melatih pasukan yang baru. Tetapi beliau tetap mengambil cabaran itu dan mengubah mentaliti serta budaya di Cardiff City, lantas membawa mereka ke pusingan akhir Carling Cup dan mendapat tempat di musim playoff.
"Musim yang seterusnya, dia berjaya menjadikan Cardiff City sebagai pasukan kedua di Wales untuk bermain di pusingan tertinggi. Saya amat terkejut akan adanya khabar angin tentang pemecatan beliau," katanya kepada Guardian.
Rogers turut mempertahankan ketua bahagian sumber manusia Cardiff City, Iain Moody, yang dipecat dan berkata, beliau pernah bekerja dengannya di Watford.
Katanya, Moody adalah antara individy yang ikhlas pernah ditemuinya.
Sementara itu, Daily Mail melaporkan Mackay berada di ambang pemecatan selepas Tan menghantar emel agresif, memerintahkan beliau untuk berhenti atau beliau akan diberhentikan. Tan enggan untuk melepaskan Mackay disebabkan wang pampasan yang harus dibayarnya sebanyak £3 juta (RM16 juta).
Dalam emel beliau yang panjang itu, jutawan Malaysia itu mengkritik cara Mackay menguruskan pasukan itu termasuk cara mengendalikan bajet dan berbelanja secara berlebihan sehingga mencecah £15 juta (RM79 juta) pada musim lalu.
The Daily Mail juga melaporkan bahawa prospek Mackay meninggalkan pasukan itu sangat rendah, dengan lebihan provokasi yang beliau hadapi. Namun, The Daily Mail melaporkan sumber yang dekat dengan Mackay berkata, episod buruk ini bakal berakhir minggu depan.
Bekas penyerang pasukan bola sepak Manchester United dan pengurus Molde, Ole Gunnar Solskjaer adalah antara nama yang muncul sebagai kemungkinan pengganti Mackay.
Pasukan Solskjaer dari Norway turut mendedahkan bahawa beliau didekati sebuah pasukan dari Britain namun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut.
Selain pengambilan pengurus baru, jika Mackay dipaksa meninggalkan pasukan itu, Cardiff City juga sedang mencari pangarah bola sepak.
Pasukan itu mengaku bahawa mereka memerlukan seorang profesional dalam industri bola sepak untuk berunding tentang isu pengurusan dan isu umum.
Huru-hara di Cardiff City yang dimulakan dengan pemecatan Moody berakhir kebelakangan ini, tetapi pasukan itu kembali bermasalah apabila Mackay menyarankan pengambilan tiga pemain baru untuk Januari depan.
Tan mengkritik Mackay secara agresif pada Isnin lalu dan berkata tiada sesen pun akan diberikan. – 20 Disember, 2013. - TMI

FB gambar gadis ghairah

Posted: 19 Dec 2013 06:10 PM PST

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.


"Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut. Sinar Harian

Touch n" Go digodam

Posted: 19 Dec 2013 12:09 PM PST

Rakaman skrin yang diambil daripada video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon pintarnya untuk menggodam pengimbas Touch n' Go.
PETALING JAYA: Rakaman video yang memaparkan aksi seorang individu menggunakan telefon bimbitnya untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di sini, tersebar meluas di laman sosial Facebook, sejak awal minggu ini.
Pada Isnin, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan aksi yang berlaku dalam sebuah kereta di lebuh raya yang tidak diketahui.
Posting berkenaan menerangkan bagaimana tindakan seorang penggodam menggunakan telefon pintarnya untuk melangkaui sistem debit sekaligus menyebabkan palang pagar di plaza tol terus terbuka.
Klip video berkenaan memaparkan aksi pemandu kereta itu menggunakan telefon pintarnya sebagai aplikasi di kaunter Touch n' Go sebaik sahaja dia tiba di plaza tol.
Individu berkenaan dilihat menggunakan telefon pintarnya sebagai alat untuk menggodam mesin pengimbas Touch n' Go di plaza tol tersebut.
Sebaik sahaja keretanya menghampiri, plaza tol, pemandu berkenaan melekapkan telefonnya di kaunter pengimbas Touch n' Go.
Pegimbas berkenaan kemudiannya mengeluarkan bunyi bip, dan pemandu berkenaan kemudiannya berlalu pergi sebaik sahaja palang tol berkenaan dinaikkan.
Dalam respon segera, wakil Touch n' Go berkata syarikatnya telah menyedari kewujudan video berkenaan sejak 18 Disember lalu.
"Buat masa ini, Touch n' Go sedang menjalankan siasatan menyeluruh dalam isu berkenaan," kata wakil tersebut. - mStar

Review Filem : 47 Ronin Sarat Dengan Emosi

Posted: 19 Dec 2013 05:36 AM PST


Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Setelah lama menantikan kemunculan filem epik yang diinspirasikan dari hikayat sebenar ini, akhirnya 47 Ronin bakal muncul di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 19 Disember 2013.
Bagi yang pernah melihat trailer 47 Ronin sebelum ini, pasti hati kecil anda terdorong untuk mengetahui kisah sebenar yang menjadi punca samurai-samurai Jepun menyimpan dendam kesumat selama bertahun lamanya.
Untuk pengetahuan anda, 47 Ronin merupakan sebuah kisah lagenda terkenal Jepun mengenai pengorbanan dan kesetiaan samurai kepada ketua mereka.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Menerusi filem arahan Carl Rinsch terbitan United International Pictures ini, peminat genre aksi pastinya mengagumi ketangkasan Keanu Reeves berlawan menggunakan pedang samurai menerusi watak Kai.
Kisah penuh emosi ini bermula apabila seorang pemerintah dari kerajaan lain dikenali sebagai Lord Kira telah menggunakan ilmu sihir untuk menjatuhkan ketua 47 Ronin.
Sejak daripada itu, kerajaan Ako telah kehilangan pemerintah sekaligus menyebabkan kesemua samurainya dibuang daerah.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Lebih menyedihkan, Kai telah dijual sebagai hamba dan ketua samurai iaitu Oishi telah dikurung di dalam lubang bawah tanah. Manakala puteri Ako, Mika pula telah dilarikan oleh Lord Kira untuk dikahwini selepas tamat tempoh perkabungan.
Setelah setahun menderita, Oishi akhirnya kembali ke kampung halaman dan mengumpulkan semula samurai yang lain bagi membalas dendam ke atas kematian ketua mereka.
Kai yang selama ini tidak diterima oleh samurai-samurai kerana berdarah kacukan telah dipanggil untuk membantu mereka menewaskan Lord Kira dan menyelamatkan Mika.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Persoalannya kini, mengapa kami katakan 47 Ronin sebuah filem yang penuh emosi? Walaupun ianya adalah filem aksi, namun terdapat beberapa adegan menyayat hati yang diselitkan.
Sebagai contoh, penonton ditayangkan dengan babak pemerintah Ako yang juga ketua 47 Ronin menamatkan riwayatnya sendiri sambil disaksikan oleh anaknya dan seluruh rakyat jelata akibat muslihat Lord Kira.
Tidak hanya disulami dengan elemen kasih sayang antara Kai dan Mika, 47 Ronin turut menerapkan keutuhan semangat juang samurai-samurai bagi mengembalikan maruah mereka walaupun mengetahui maut menanti mereka di kemudian hari.
Review Filem: 47 Ronin Sarat Dengan Emosi
Selain itu, penonton juga didedahkan dengan budaya masyarakat dahulukala di Jepun yang mengamalkan hukuman bunuh sekiranya melanggar arahan ketua pemerintah dan undang-undang kerajaan.
Bagi yang sudah lama tidak menonton filem-filem berkualiti, jangan lupa saksikan 47 Ronin merungkai sejarah lama bermula esok di pawagam berdekatan dalam versi 3D.
Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer filem ini di bawah supaya dapat memberi sedikit gambaran mengenai jalan ceritanya. Semoga terhibur!

Pasangan baru kahwin pun tidak mungkir janji secepat Ini! –

Posted: 19 Dec 2013 03:56 AM PST

DECEMBER 19, 2013
Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam menaikkan harga barang dan perkhidmatan selepas pilihan raya ini memperlihatkan wajah sebenar kerajaan yang sedang memerintah negara ini. Ia juga memperlihatkan gambaran sebenar wajah Perdana Menteri, Najib Razak dan hati perutnya dalam memimpin negara ini. Kini tidak terselindungkan lagi hakikat wujudnya perbezaan bagaikan langit dengan bumi dalam diri dan perasaannya antara sebelum dengan selepas pilihan raya.
Jika sebelum pilihan raya 5 Mei lalu dan dalam manifesto pilihan raya atau rayuannya meminta sokongan, begitu banyak janji-janji indah yang dihamburkan, kini semuanya bagai tinggal kata-kata saja. Hanya setelah enam bulan memperolehi kuasa yang membolehkannya terus kekal di puncak kuasa dan mendiami lagi Seri Perdana, bukan saja pembaziran dan kemewahan terus diamalkan tetapi juga menunjukkan sudah begitu banyak janjinya sendiri mulai dimungkiri.
Terlalu banyak janji yang dibuatnya barang kali menyebabkan beliau lupa apa yang pernah diucapkannya. Lantaran itu, tanpa rasa berdosa, selepas mengumumkan kenaikan harga minyak sebaik saja pilihan raya umum lalu berakhir, satu demi satu kenaikan terus berlaku. Harga gula, tarif elektrik, cukai pintu, pengenalan cukai GST, kenaikan kadar tol adalah antara kenaikan yang mula meresahkan kehidupan rakyat sekarang ini.
Tidak cukup dengan itu, isterinya Rosmah Mansor juga terus bergentayangan terbang ke serata dunia dengan jet eksekutif kerajaan serta berbelanja mewah menggunakan wang pembayar cukai tanpa rasa bersalah atau ada sedikit pun perasaan belas kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang kian terhimpit kehidupannya.
Walaupun Ahmad Maslan berhujah bahawa kenaikan elektrik tidak membebankan kehidupan rakyat bawahan berikutan mereka yang mempunyai bil RM70 ke bawah didakwanya tidak mengalami sebarang perubahan, sebaliknya lebih memberi kesan kepada kelompok industri tetapi sedarkah beliau bahawa sekiranya kos industri meningkat, ia juga akan menyebabkan harga barangan meningkat.
Apabila harga barangan meningkat, siapakah yang menerima kesannya?
Tindakan Najib dan kerajaan begitu cepat mengumumkan pelbagai kenaikan sekarang ini telah mengundang kegelisahan yang tiada taranya kepada rakyat. Di mana-mana juga suara resah dan bimbang itu boleh didengari. Tidak saja golongan kritikal dan mereka yang memang dikenali sebagai penyokong pembangkang yang bersuara, bahkan sekarang ini suara yang dulunya menyokong juga sudah berubah nadanya.
Bagi mereka yang dulunya menyokong segala usaha Umno dan kerajaan, pelbagai kenaikan ini menyebabkan mereka tidak berupaya lagi mencari kata-kata untuk mempertahankan janji-janji yang pernah dibuat dulu. Janji yang dilakukan kerajaan nampaknya bukan lagi untuk ditepati, tetapi lebih untuk dimungkiri dengan pelbagai hujah yang direka-reka.
Kajian Merdeka Center mengenai prestasi Najib jelas menunjukkan hakikat ini. Menurunnya kedudukan beliau daripada 62% kepada 52% setelah pelbagai kenaikan sejak kebelakangan ini, adalah gambaran sebenar suara keluh-kesah rakyat terhadap Najib dan kerajaan sekarang ini.
Ia juga adalah bukti penolakan terhadap janji-janji yang dimungkiri sendiri oleh Najib. Dalam tempoh hanya enam bulan setelah memperolehi kuasa, sudah begitu banyak janji yang dimungkiri, menunjukkan bahawa Najib memang tidak mahu berpegang kepada kata-katanya sendiri.
Janji-janjinya kelihatan lebih teruk daripada janji seorang lelaki ketika memikat seorang wanita yang ingin dikahwininya. Tetapi setelah berkahwin, kebanyakan janji itu tetap cuba dipenuhi dengan sedaya-upaya dan kalau ada pun yang hendak dimungkiri, ia mungkin hanya telah memperolehi dua atau tiga orang anak. Selebihnya mungkin janji itu hanya lewat untuk ditunaikan saja.
Namun Najib nampaknya telah memungkiri janjinya lebih pantas daripada itu. Hanya setelah enam bulan dan mungkin ketika seorang isteri sedang mengandung anak sulung, beliau sudah pun memungkiri banyak janjinya.
Kalau dalam kehidupan berumahtangga, lelaki seumpama itu boleh dianggap lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sesetengah orang mungkin memanggilnya "lelaki haprak" atau "kasanova cinta" tetapi oleh kerana janji-janji Najib dilontarkan kepada rakyat yang berjuta-juta jumlahnya, label dan kategori beliau mungkin lebih buruk daripada itu.
Apa saja boleh gelaran boleh dilemparkan kepada Najib dah kerajaan yang sedang dipimpinnya.
Tetapi apa pun label, kategori atau gelaran yang mahu mahu tujukan kepadanya, rakyat kini dapat melihat dan merasai sendiri bagaimana Najib memungkiri janji-janjinya. Rakyat tidak seharusnya lagi berfikir lebih daripada sekali untuk menolak pemimpin seperti ini. – shahbudindotcom.blogspot.com, 19 Disember, 2013.-TMI

Adi Putra Dipantau Polis

Posted: 19 Dec 2013 02:27 AM PST

Pelakon Adi Putra memberitahu dia dipantau oleh beberapa anggota polis sepanjang menjalani penggambaran filem Balistik yang dijalankan sekitar Julai tahun lalu.
Namun pemantauan tersebut dibuat bukan kerana Adi Putra melakukan apa-apa kesalahan berat tetapi ia untuk memastikan pelakon itu menjiwai watak seorang inspektor polis dengan cara dan yang betul dan perwatakan sebagai seorang pegawai polis.
"Sepanjang di set saya dipantau oleh beberapa anggota polis Bukit Aman supaya watak polis yang saya bawakan tidak menimbulkan sebarang isu dan menyentuh sensitiviti. Sebab ini melibatkan nama baik anggota PDRM", katanya ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Balistik, di e@Curve, malam tadi.
Dalam filem arahan Silver Chung itu Adi memegang watak sebagai Inspektor Nizam yang ditugaskan menangkap pembunuh upahan paing dikehendaki pihak polis.
Selain Adi, dua lagi tonggak utama filem yang menelan kos RM2.5 juta ialah Datuk Rosyam Nor yang memengang watak Saga, seorang pembunuh upahan dan Rita Rudaini sebagai Salina.
Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.Barisan pelakon 'Balistik' bersama pengarah, Silver Chung (tiga dari kanan, berdiri). Kredit foto Faisol Mustafa.
Balistik (Kelajuan Peluru) terbitan RK Screen Sdn Bhd dengan usaha sama Asia Tropical Film Sdn Bhd ini bakal ditayangkan pada 9 Januari depan.
- mD

Surat Terbuka Kepada Najib Razak - Kemana duit kami pergi?

Posted: 19 Dec 2013 12:45 AM PST

YAB Datuk Seri,
Tidak dapat dinafikan, Malaysia yang dipimpin YAB kini berhadapan masalah ekonomi.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur malar, defisit kian melebar, hutang makin mengakar, inflasi terus menjalar dan tabungan semakin sukar.
Walaupun transformasi dijana dan janji dijaja, barah rasuah dan disiplin integriti masih kekal di tahap lama.
Kerajaan YAB dilihat mengambil formula mudah untuk mengatasi masalah ini – cukai dinaikkan, subsidi dikurangkan, integriti dipersoalkan.
YAB pasti mengerti, pelbagai perbelanjaan, subsidi dan bantuan yang diberi kerajaan, semuanya dipungut daripada rakyat.
Pendapatan rakyat dicukai, keuntungan rakyat dicukai, perbelanjaan rakyat dicukai, manakala simpanan rakyat dipinjam untuk membiayai hutang kerajaan.
Jika demokrasi adalah pemerintahan "dari rakyat, untuk rakyat, oleh rakyat", ekonomi yang sihat juga begitulah sifatnya.
Untuk pengetahuan YAB, kami anak muda juga cakna memikirkan hal ekonomi negara. Saban hari kami hadapi – harga makan minum mahal, harga rumah mahal, sewa rumah mahal, harga kereta mahal, tambang bas dan teksi mahal.
Hendak belajar perlu berhutang, hendak berniaga tiada modal, hendak bekerja peluang terhad, hatta hendak berkahwin terpaksa meminjam.
Tidak cukup dengan itu, YAB mengumumkan kenaikan 20 sen harga petrol selepas empat bulan pilihanraya, harga gula diumum naik 34 sen selepas lima bulan pilihanraya, tarif elektrik diumum naik 15% selepas enam bulan pilihanraya dan terkini tol lebuhraya pula mahu dinaikkan, yang semuanya tidak pernah dijanjikan.
Semua ini adalah senarai rasionalisasi (baca: pengurangan) subsidi yang telah diumumkan, belum dikira dengan yang bakal diumumkan, ditambah pula dengan peniaga yang menaikkan harga barangan.
YAB pasti tahu, harga barangan menjadi mahal (baca: inflasi) disebabkan dua faktor, tolakan-kos dan tarikan-permintaan.
Dengan kenaikan kos bahan ini, sifir mudahnya, harga akhir yang perlu dibayar pengguna akan turut meningkat.
Natijah kenaikan harga barangan ini, kos sara hidup kian menghimpit, kuasa beli makin menyusut, dan hutang isi rumah dijangka terus meningkat.
Siapa akan pulihkan ekonomi Malaysia? Rakyat tiada akses pada perjanjian pembelian tenaga (PPA) oleh Tenaga Nasional Berhad terhadap penjanakuasa bebas (IPP) yang mengaut untung besar, yang kami kira wajar dikaji-semula.
Rakyat tiada akses pada keuntungan dan royalti minyak dan gas Petronas, yang kami hitung, wajar diagih rata.
Rakyat tiada akses pada perjanjian konsesi tol yang telah mendapat pulangan atas pelaburan (ROI), yang kami darab, wajar dirunding-semula.
Rakyat tiada akses pada tender dan kontrak kerajaan, yang kami bahagi, wajar diberi secara telus dan terbuka.
Rakyat tiada akses pada subsidi untuk monopoli beras dan gula, yang kami anggar, wajar diagih saksama.
Rakyat tiada akses pada aliran perbelanjaan menteri, yang kami perincikan, wajar dijimat dalam berbelanja.
Benar, rakyat tiada akses, tetapi rakyat punyai azam dan cita untuk berubah demi hidup sejahtera.
Akhir dari saya, ingatlah, ketika YAB (dan isteri) berfikir ke mana mahu pergi, kami anak muda berfikir ke mana duit kami pergi. Teringat saya akan konsep wasatiyyah yang sering dizikirkan. Jika ikhlas diamalkan, pasti masalah mampu diselesaikan. – oleh  Syahir Sulaiman 19 Disember, 2013. - TMI

HIBURAN TEMPATAN - Saleem [Iklim] masih berbisa

Posted: 18 Dec 2013 11:13 PM PST

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Foto
Kelunakan vokal tersendiri dan memukau ternyata membezakan Saleem dengan penyanyi lain. Tidak dinafikan dia mempunyai kelompok peminat yang setia menyokong perjuangan seninya.
Justeru, tidak hairanlah penyanyi yang mencipta fenomena menerusi lagu Suci Dalam Debu ketika bersama Iklim dulu ini tidak tenggelam dengan saingan penyanyi generasi muda.
Buktinya Saleem yang kini sudah berusia 52 tahun mampu menghasil–kan album setiap tahun. Terbaru dia hadir menerusi album Cinta Kita Berbeza terbitan Music Valley sekali gus membuktikan dia masih ada nilai dalam industri muzik tanah air.

"Syukur saya masih diberi peluang menghasilkan album dan sering tampil dengan karya terbaru. Peminat saya tak suka saya nyanyikan lagu-lagu lama dan lebih suka saya tampil dengan album baru.
SALEEM masih mampu bersaing dengan penyanyi generasi baru.

"Bagi memastikan mereka puas hati, saya pilih bekerjasama dengan barisan komposer dan penulis lirik hebat yang sudah serasi dengan saya antara–nya Bong, Azam Dungun dan Edrie Hashim," katanya.

Sebagai strategi, Saleem memilih lagu Bila Orang Dah Benci sebagai single pertama dan disusuli lagu Cinta Kita Berbeza yang kini semakin menjadi siulan peminat.

"Konsep lagu yang dipilih sememangnya memenuhi cita rasa peminat dan bukannya syok sendiri. Saya juga nyanyikan lagu Berakhir Cinta Kita yang disambung daripada lagu Trilogik Cinta.

"Boleh dikatakan album ini sebuah 'killer' album kerana semua lagu di dalamnya disukai ramai. Alhamdulillah setiap tahun saya akan ada album kerana memenuhi permintaan peminat," katanya yang setia ditemani isteri merangkap pengurusnya, Juriah Bachok atau Julia.

Saleem berkata, resipi yang digunakan sangat mudah iaitu jaga disiplin serta komitmen.

"Boleh dikatakan saya tak duduk diam kerana sering menjayakan persembahan pentas di seluruh negara untuk apa saja majlis. Inilah rezeki saya," katanya.


Nafi dikongkong isteri

Biarpun masih aktif menyanyi, publisiti mengenai Saleem seakan berkurangan di media massa.

Saleem yang mengakui perkara ini berkata, dia sememangnya memilih mendiamkan diri dan hanya tampil apabila ada cerita terbaru.

"Kalau setakat cerita murahan tak payahlah. Lainlah kalau ada cerita yang bagus. Saya malas nak tampil dengan cerita yang remeh-temeh dan lebih suka publisiti berkenaan karier," katanya.

Dia juga menafikan sikap isterinya yang tidak mesra media dan garang membuatkan dirinya kurang mendapat publisiti.

"Julia tak garang seperti yang dijangka ramai. Sebagai pengurus, sudah tentulah dia kena tegas dalam urusan membabitkan karier saya. Ini perlu agar saya tak nampak murahan dalam industri.

"Bagaimanapun ini tak bermakna dia tak boleh dibawa berunding. Memang sudah kelaziman dia akan serius waktu bekerja tapi selepas selesai dia akan mesra seperti mana orang lain," katanya mempertahankan isteri tercinta.

Perjuangan Saleem dalam dunia seni tidak akan terhenti kerana dia sentiasa mencari idea baru untuk mengembangkan kariernya.

Antara yang dirancang ialah mengembangkan pengaruh ke Indonesia kerana namanya bersama Iklim pernah menjadi sebutan peminat di sana suatu ketika dulu.

"Saya merancang nak berduet dengan Firman dan mendapat tahu peminat di sana sememangnya menunggu gandingan ini.

"Saya nak cuba pecah–kan benteng di sana yang selama ini dikatakan kebal dan sukar ditembusi artis kita.

"Firman sendiri meluah–kan perasaan kagumnya kepada saya dan sangat gembira untuk buat projek ini. Jika tiada aral ia akan jadi kenyataan dalam tempoh masa yang terdekat.

"Selain itu saya juga bercadang nak hasilkan lagu dengan kolaborasi bersama penyanyi rap sebagaimana trend sekarang. Saya sedang mencari dan berfikir untuk cari artis yang sesuai untuk projek ini," katanya.- myMetro

dollah yankee

dollah yankee


Ini barulah OMG!!!

Posted: 19 Dec 2013 06:35 AM PST

GAMBAR INI DISELUDUP KELUAR
ini lah gambar kilang Lynas yang tenggelam dalam banjir yang telah diseludup keluar. Keadaan tenggelam ini cuba disorok kan dari pengetahuan umum, tetapi atas usaha Ronald Reagan, internet tidak akan berbohong. Yang berbohong ialah mereka ...

Rare-earth plant in Kuantan not flooded, Lynas says -
UALA LUMPUR, Dec 6 — Amid concern that the Lynas rare-earth plant in Kuantan could be threatened by the massive floods sweeping across Pahang, the company today said the site has escaped the deluge and was operating as usual.
In response to The Malay Mail Online's query, Lynas Malaysia Sdn Bhd also said its refinery was built according to national and international regulations.
"The Lynas Plant located in Gebeng Industrial Estate is not affected by the massive floods in Kuantan and the Plant is operating as usual," it wrote in a brief four-paragraph statement.
dollah yankee -
gurkah-gurkah politik di'port' nak tanya Nan Yaakob "ada bocor kah?!".

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Perbezaan - Maulana & Habib - Dato Dr MAZA

Posted: 19 Dec 2013 08:49 PM PST

Sunnah Yang Sentiasa diLakukan Nabi? - Dato Dr MAZA

Posted: 19 Dec 2013 08:49 PM PST

Pakar-pakar ekonomi, tolong jangan jadi ‘Pak Karut’ kerajaan 47% BN

Posted: 19 Dec 2013 07:41 PM PST


Dr Dzulkefly Ahmad

Telah diramalkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menggunakan 'professionals' untuk mengesah dan menyokong tindakan 'menggila' mereka menaikkan apa juga yang boleh dinaikkan. Golongan ini adalah ahli-ahli ekonomi.
Najib guna pendekatan 'conditioning' minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.
Ketua Ekonomis CIMB serta Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan adalah antara yang terawal membuat percubaan. Ramai lagi yang boleh dibariskan dan bakal bersuara.
Kedua-dua mengingatkan pengguna-rakyat bahawa inflasi akan melonjakkan ke paras Indeks Harga Pengguna (CPI) 3% tahun depan berbanding kenaikan ke 2% dalam Oktober setelah penarikan subsidi akibat kenaikan petrol dan diesel dikenakan pada bulan September lalu.
Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu pakar untuk buat. Ia pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos  pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014. Ini selepas subsidi gula tamat baru-baru ini.
Pakar ekonomi ini juga menjangkakan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar  iaitu petrol dan diesel.
Sebaliknya rakyat makin mula gerun memikirkan dan tidak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar ini.
Memang rakyat selalu terasa lebih perit dan sakit lagi, kerana CPI tidak mencerminkan kedudukan sebenar inflasi sesuatu barangan atau perkhidmatan (pengangkutan). Perkiraan CPI adalah mengikut satu 'formula wajaran- weightage' dalam satu bakul barangan dan perkhidmatan (12 kategori berjumlah 512 semuanya) keperluan isi rumah dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan.
Dalam pada itu, kedua-dua ahli ekonomi juga mengiktiraf bahawa golongan berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3,000 menjadi paling terbeban dengan kenaikan kos harga barang atau inflasi ini. Apatah lagi yang hanya mendapat RM1, 500 sebulan.
Golongan ini  juga akan mula mencari kerja luar untuk menambahkan pendapatan sekali gus membawa pelbagai risiko sosial.
Read More / Baca Lagi >>

Najib silap langkah, gagal selesai tiga isu penting

Posted: 19 Dec 2013 07:35 PM PST

SHAH ALAM 20 DIS: Isu ekonomi, keselamatan dan pendidikan adalah tiga faktor penting yang gagal diselesaikan kerajaan sehingga kini dilihat menjadi punca kemerosotan populariti, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Hal itu termasuk faktor keluarga terutama membabitkan pembabitan isteri beliau, Datik Seri Rosmah Mansur dalam beberapa perkara berkenaan kerajaan menambahkan lagi tekanan kepada keadaan terbabit.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kelemahan yang gagal diperbetulkan seperti dilaporkan dalam laporan Ketua Audit Negara sehingga mengakibatkan ketirisan wang rakyat mengundang keraguan ditambah dengan tindakan tidak popular menaikkan harga barang secara berturut-turut.
"Saya fikir ini bukan tindakan yang bijak kerana beliau mempunyai peluang yang jelas memperkasakan Suruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), selain memberikan kuasa secukupnya kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk mengambil tindakan.
"Namun, ia sudah terlewat. Akhirnya kerajaan mengeluarkan polisi tidak popular seperti menaikkan harga barangan seperti tarif elektrik, tol, penarikan subsidi gula dan minyak," katanya kepada Selangor Kini, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Negara UMNO: Pelajar UiTM disaman kerana pelekat kereta Nik Aziz

Posted: 19 Dec 2013 07:30 PM PST


Gambar kereta yang disaman di UiTM kerana mempunyai pelekat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebar di laman sosial. - Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Gambar kereta yang disaman di UiTM kerana mempunyai pelekat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tersebar di laman sosial. - Gambar daripada Facebook Nik Aziz.Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaman kerana mempunyai pelekat kereta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain kerana meletakkan kenderaan secara tidak sah.
Insiden ini dipercayai berlaku kepada pelajar UiTM kampus Sri Iskandar, Perak.
Gambar kereta yang dikunci dan surat saman tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu dan mengundang 23,196 tanda suka kepada posting tersebut.
Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.
"Kat mane ye saya boleh beli sticker gambo Tok Guru yg kaler hijau putih tu? Nak beli dua tampal depan belakang.
"This is my car, I can do watever the heck dat i wanna do! (Ini kereta saya, saya boleh buat apa saya suka)," tulis Haanasz Fais di ruangan komen di akaun Facebook Nik Abdul Aziz.
"Ini menunjukkan betapa gentarnya musuh-musuh di luar sana, baru pelekat belum semuka lagi. Mau terkencing tu," tulis seorang lagi yang bernama Nuri Gold.
Ketika The Malaysian Insider menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampuk induk di Shah Alam untuk mendapatkan pengesahan mengenai isu ini, pegawai yang menjawab panggilan enggan memberikan sebarang komen.

Bolasepak: Malaysia tutup kalendar 2013 dengan ranking 154 dunia

Posted: 19 Dec 2013 07:27 PM PST


Skuad bola sepak negara menutup kalendar 2013 dengan peningkatan dalam kedudukan ranking bola sepak dunia selepas apabila menghuni tangga ke-154.
Ranking terbaru Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) semalam menunjukkan skuad negara naik empat anak tangga berbanding kedudukan ke-158 bulan lalu.
Pada Januari, skuad Harimau Malaya menduduki tangga ke-158 disusuli 159 pada Februari, 164 (Mac), 163 (April), 161 (Mei) selain kekal pada kedudukan ke-159 dunia pada Jun dan Julai, Ogos (162), September (161) dan Oktober (160).
Kedudukan terbaru itu menyaksikan Malaysia berkongsi tempat bersama tiga negara lain iaitu Liechtenstein, Puerto Rico dan India.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia bagaimanapun turun dua anak tangga ke kedudukan ketujuh di belakang Filipina (127), Myanmar (130), Vietnam (144), Thailand (146), Singapura (150) dan Laos (152).
Di peringkat Asia, Malaysia naik satu anak tangga ke kedudukan ke-30 daripada 46 negara.
Sementara itu, naib juara Piala Konfederasi 2013, Sepanyol terus mengekalkan status selaku pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,507 mata manakala Jerman dan Argentina masing-masing mengekalkan kedudukan kedua dan ketiga terbaik dunia.
Jerman dan Agentina masing-masing mengumpul 1,318 mata dan 1,251 mata. Kedudukan ranking Fifa itu melibatkan 209 negara. - Bernama

UMNO@BN DENGAN BOHONG BERPISAH TIADA ... UMPAMA KENTUT DGN TAIK!!

Posted: 19 Dec 2013 06:22 PM PST


EDISI KANTOI MENIPU OLEH KERAJAAN UMNO/BN ISU TOL NAIK TAHUN HADAPAN ... BULAN FEBRUARI 2013 KATA KERAJAAN UNTUNG BERPULUH2 JUTA TAK PERLU NAIKKAN TOL .. BULAN DISEMBER CAKAP JIKA TIDAK DINAIKKAN TOL KERAJAAN KENA BAYAR PAMPASAN RM400 JUTA!!!!

21 Feb 2013 - Bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata "Penstrukturan semula tol lebuh raya menguntungkan pengguna dan kerajaan, selain tol tidak dinaikkan, kerajaan juga tidak perlu lagi membayar pampasan kepada syarikat pengendali lebuh raya...

Ulang sekali lagi TOL TIDAK DINAIKKAN DAN KERAJAAN TIDAK PERLU BAYAR PAMPASAN... TETAPI

14 Dis 2013 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula berkata Kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.

Dalam tempoh tidak sampai setahun atau paling tepatnya 10 bulan boleh flip flop dan berbelit lidah nak menipu rakyat.

Biawak pun tidak bercabang belit macam lidah para pemimpin UMNO.

Lidah biawak sudah kira tidak sesuai dan obselete kini untuk diguna pakai bagi mengambarkan seorang yang suka cakap berbelit-belit menipu .. Ayat yang sesuai kini dan selamanya ialah ' LIDAH UMNO.

UMNO DENGAN BOHONG BERPISAH TIADA ... UMPAMA KENTUT DGN TAIK!



Gantung akhbar The Heat tidak tutup keborosan PM dan isteri

Posted: 19 Dec 2013 06:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengantung akhbar mingguan The Heat membuktikan sikap kuku besi Kerajaan BN yang antikebebasan media, tegas kumpulan NGO, Jingga 13 Malaysia.
Koordinator Panatia Tugas-Tugas Khasnya, Nikson Abdillah berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media di negara ini.
Akhbar The Heat dalam laporan bertajuk "All Eyes On Spending PM Najib" November lalu mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri dan isteri beliau.
Ekoran daripada itu, akhbar tersebut menerima surat tunjuk sebab daripada KDN seterusnya digantung permit penerbitan.

Menurut Nikson, KDN sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri,isteri Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tetapi bersikap profesional memandangkan laporan The Heat itu tidak dilihat sebagai menggugat keselamatan negara.
"Jingga 13 mendesak agar Kementerian Dalam Negeri menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat. Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai antidemokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media," ujarnya.

Ujar Nikson, imej boros  dan mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak boleh ditutup oleh tindakan terhadap akhbar The Heat.
"Di saat rakyat bergelut dengan pelbagai kenaikan , Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara," kesal beliau.

Tiada beza Ahli Sunnah, ASWJ - Dr Maza

Posted: 19 Dec 2013 06:14 PM PST

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin  
SHAH ALAM - Tiada perbezaan pengertian antara Ahli Sunnah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ia hanya ringkasan penggunaan istilah oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, pihak yang mengatakan pengertian itu tiada persamaan sebenarnya tidak mengetahui hal sebenarnya.

"Maknanya sama sahaja. Ahli Sunnah itu hanya ringkasan penggunaan. Siapa sebut ada beza dia tak reti. Selalunya sebut Ahli Sunnah untuk pendekkan ayat namun, maksud sebenar masih merujuk kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Memetik fatwa Majls Fatwa Kebangsaan, pengertian sunnah ialah sunnah Rasulullah SAW, pengertian jemaah ialah kumpulan sahabat dan tabien yang bersepakat di atas kebenaran daripada Kitab ALLAH dan sunnah Nabi.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-sunnah dan pendapat sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah SAW.

Mas kahwin tak pernah naik sejak zaman Jepun?

Posted: 19 Dec 2013 06:04 PM PST

TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

 "Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

"Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

"Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

KDN bentang undang-undang perangi hina Islam dan institusi diraja

Posted: 19 Dec 2013 05:56 PM PST


Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentangkan rang undang-undang baharu dalam usaha memerangi penyebaran fitnah dan penghinaan ke atas agama Islam serta institusi diraja, khasnya daripada media alternatif.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini susulan peningkatan kes seumpama itu sejak kebelakangan ini selain pendirian kerajaan untuk tidak mengharamkan mana-mana media alternatif secara melulu.
"Perkara ini sering berlaku dan perlu ditangani segera. Jadi bila dibentangkan di Dewan nanti, harap ia disokong," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) (Pindaan) 2013 di Dewan Negara, di Kuala Lumpur, semalam.
Rang Undang-Undang Sosma dibentangkan bagi meminda dua seksyen dalam akta tersebut iaitu Seksyen 6 dan Seksyen 30 yang bertujuan memperkukuh tindakan yang boleh diambil terhadap penjenayah.
Pindaan ke atas Seksyen 6 bertujuan mengehadkan kebenaran untuk membuat pintasan komunikasi hanya ke atas maklumat berkaitan jenayah dan keselamatan dan bukan untuk tujuan politik.
Dr Wan Junaidi berkata, sebarang pintasan komunikasi daripada pemberi perkhidmatan hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dan bukannya mana-mana pegawai polis termasuk Ketua Polis Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Rosmah Mansor (RM) Paling Berkuasa di Malaysia?

Posted: 19 Dec 2013 05:54 PM PST

Surat Rosmah Mansor
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.
Pembaca yang amat dikasihi; Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.
Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif. Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.
Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.
Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu Pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.
Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua: Cincin Berlian Berharga RM24 Juta

Cincin Rosmah Mansor
(KLIK SINI) Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.
Read More / Baca Lagi >>

Nilai mata wang jatuh akibat kelemahan kerajaan 47% BN

Posted: 19 Dec 2013 05:52 PM PST

SHAH ALAM – Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara berterusan tanpa kawalan, akan memberi kesan kepada nilai mata wang negara.

Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, nilai RM1 pembelian barang ketika ini dijangka turun kepada 80 atau 90 sen pada tahun hadapan dan 2015, berikutan kenaikan harga secara bertindan.

Beliau berkata, kejatuhan nilai wang itu juga akan menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan.

"Jika dilihat kenaikan tarif elektrik dan tol serta pengurangan subsidi gula, ia memberi kesan kepada pengguna dengan kenaikan harga barang dan inflasi juga dijangka meningkat dan ini memerlukan pemantauan berkala daripada pihak kerajaan.

"Jadi tidak ramai pengguna akan membeli (barang dan perkhidmatan) mungkin sebab mahal," katanya ketika ditanya berhubung kuasa beli pengguna dalam tempoh dua tahun akan datang.

Mohamad Fazli berkata, kesan kenaikan harga sesetengah barang dan perkhidmatan bermula bulan hadapan, secara tidak langsung akan menyebabkan berlaku fenomena gelembung hartanah, iaitu situasi di mana masyarakat tidak berkemampuan membeli hartanah kerana bebanan hutang isi rumah tinggi.

Read More / Baca Lagi >>

Orang politik boleh, 'The Heat' dilarang?

Posted: 19 Dec 2013 05:47 PM PST



 
Dari dulu-dulu lagi, saya memang tidak pernah faham perkara ini: Kenapa kita benarkan parti pembangkang bergerak tetapi tutup media kritis?

Orang politik dibenarkan tubuh cawangan parti sampai ke ceruk-ceruk pedalaman, dibiarkan memaki kerajaan sepuas-puas hati dan diraikan di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri.

Kenapa wartawan tidak diberikan layanan seumpama itu? Kenapa mereka tidak boleh menubuhkan syarikat media dan mengedarkan akhbar mereka di merata-rata tempat?

Apa istimewanya ahli politik pembangkang berbanding wartawan kritis sehingga satu duduk di kelas atas, sementara satu lagi harus terjerembab jadi warga kelas bawah?

Apakah kerana orang politik kerjanya hanya bercakap, sementara wartawan sepanjang masa hanya menulis, maka harus didiskriminasikan?

Apakah kerana ahli politik asyik berdiri di pentas ceramah, manakala wartawan sepanjang waktu di meja tulis, maka kami harus dianaktirikan?

Penggantungan The Heat, yang baru setahun jagung, menjadi contoh paling klasik.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Manifesto BN terbukti cakap kosong

Posted: 19 Dec 2013 05:40 PM PST

SHAH ALAM – Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata tindakan BN ini harus menjadi pengajaran  supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan "gula-gula" menjelang pilihan raya.

"Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

"Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka." katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Warga KL masih marah penilaian hartanah tinggi, walaupun cukai taksiran rendah

Posted: 19 Dec 2013 05:37 PM PST



Warga kota yang tidak berpuas hati dengan cukai taksiran menghantar surat bantahan kepada DBKL, awal minggu ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Disember, 2013.Warga kota yang tidak berpuas hati dengan cukai taksiran menghantar surat bantahan kepada DBKL, awal minggu ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Disember, 2013.Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mungkin sudah memotong cukai taksiran antara 1 hingga 4% tetapi persatuan penduduk dan penggubal undang-undang berkata, isu penilaian hartanah masih belum diselesaikan lagi.
Pemilik hartanah di kota berkata, di sebalik sedikit pengurangan itu, mereka masih perlu membayar lebih dalam kadar cukai taksiran kerana ada nilai hartanah naik sehingga 300% selepas penilaian dibuat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata jumlah yang perlu dibayar masih lagi 'mengarut'.
"Kita tidak bantah kadar itu tetapi penilaian hartanah yang tiba-tiba meningkat sehingga 300%. Rakyat masih perlu bayar lebih," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mahfuz: Janji gula beri garam

Posted: 19 Dec 2013 05:34 PM PST

SHAH ALAM - Manifesto BN dalam PRU13 lalu terbukti hanya sekadar cakap kosong apabila bertindak membebankan rakyat dengan pelbagai kenaikan dan terbaharu isu kenaikan harga tol.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan BN ini harus menjadi pengajaran  supaya rakyat tidak akan terpedaya lagi dengan 'gula-gula' menjelang pilihan raya.

"Sekarang apa yang kita dapat lihat, kerajaan hanya melaungkan slogan kosong janji ditepati tanpa merealisasikan apa yang dijanjikan kepada masyarakat.

"Apabila sudah berlaku perkara sebegini, apa yang rakyat boleh lakukan hanya menjerit minta mereka (kerajaan) turunkan harga. Tetapi jeritan rakyat ini sudah tentu tidak memberikan kesan kepada mereka," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Kagumi pemimpin, tak semestinya Syiah

Posted: 19 Dec 2013 05:33 PM PST


 Dr Zaharuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Tidak timbul isu besar pada istilah Ahli Sunnah kerana sesiapa yang mengaku dirinya Ahli Sunnah,  ini bermaksud dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, ini kerana Ahli Sunnah mahupun Ahli Sunnah Wal Jamaah bukan tergolong dalam fahaman Syiah.

"Secara jelas, Syiah bukan Ahli Sunnah mahupun Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Jika seseorang telah mengaku dirinya adalah Ahli Sunnah, maka dia adalah tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Zaharuddin berkata, untuk menggolongkan seseorang itu sebagai Syiah, mereka perlu melihat ciri pemesongan Syiah yang paling nyata iaitu mengakui dan mengkafirkan sahabat Nabi SAW dan tidak mengikut Sunnah Nabi.

Rosmah Boros: Tidak tahan ‘panas’, Putrajaya gantung The Heat

Posted: 19 Dec 2013 04:54 PM PST


Penerbitan akhbar The Heat digantung kemungkinan besar disebabkan artikel muka hadapannya yang menyentuh perbelanjaan boros perdana menteri dan isteri. - Gambar The Malaysian Insider, 20 Disember, 2013.Penerbitan akhbar The Heat digantung kemungkinan besar disebabkan artikel muka hadapannya yang menyentuh perbelanjaan boros perdana menteri dan isteri. - Gambar The Malaysian Insider, 20 Disember, 2013.Program transformasi Putrajaya melangkah setapak lagi ke belakang selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung akhbar mingguan The Heat semalam, kemungkinan besar kerana artikel muka hadapannya mengenai cara perbelanjaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Walaupun laporan sedemikian merupakan perkara biasa di portal berita atas talian, artikel The Heat dianggap "keras" kerana ia merupakan bahan bercetak dan disiarkan pada ketika Putrajaya memotong subsidi minyak dan gula, sementara harga tol, tarif elektrik dan harga pengangkutan awam akan meningkat tahun hadapan.
Sumber dalaman Putrajaya memberitahu, KDN mengambil tindakan itu kerana laporan tersebut membuat perdana menteri nampak buruk dan ini bukan satu kebiasaan bagi media arus perdana tempatan.
Read More / Baca Lagi >>

Wahabi Dan Syiah: Ustaz KDN ajak Shahidan berdebat, siapa kalah lepaskan jawatan

Posted: 19 Dec 2013 04:53 PM PST

Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr Zamihan Mat Zain Al Ghar mencabar Datuk Seri Shahidan Kassim untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
"Saya sedia berdebat dengan Shahidan dan beliau boleh menetapkan tempat serta tarikhnya tetapi siapa yang tewas perlu melepaskan jawatan masing-masing.
"Saya tidak pernah sesekali mengelirukan umat Islam tentang Wahabi sebaliknya hanya menyeru supaya berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Shafie dan memberi iltizam akhlak Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini dalam wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider, Shahidan menyelar Zamihan kerana melibatkan Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap Syiah.
Katanya, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahabi dan ramai ahli Umno marah dengan kenyataan tersebut.
"Pegawai di KDN hendak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh diterima," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor mampu halang kenaikan tol

Posted: 19 Dec 2013 06:40 AM PST

Amir Hussin Baharudin 
SHAH ALAM – Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol.

Pakar Ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin berkata, pegangan 30 peratus saham PKNS dalam syarikat konsesi memanglah dilihat hanya mampu bersuara dan tidak akan memuktamadkan keputusan menghalang kenaikan kadar tol tahun depan.

"Bagaimanapun, jika kena dengan percaturan politik perniagaan, hasrat kerajaan Selangor untuk tidak menaikkan kadar tol boleh terlaksana.

"Walaupun hanya memegang 30 peratus saham, ia tidak mustahil," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga ada kuasa menentukan kadar tol jika percaturan itu berjaya dilaksanakan.

Amir  berkata, kerajaan Pusat tidak perlu menunggu kerajaan negeri seperti kerajaan Selangor untuk menghalang kenaikan tol kerana kebanyakan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini adalah anak syarikat kerajaan (GLC) Persekutuan.

Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Tiada kenaikan kadar tol di LSA tahun depan

Posted: 19 Dec 2013 05:53 AM PST

LSA
KUALA LUMPUR - Kesas Sdn Bhd hari ini mengumumkan kadar tol tidak akan dinaikkan bagi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) tahun depan.
  
KESAS dalam satu kenyataan berkata LSA tidak disenaraikan sebagai satu daripada lebuh raya di mana caj tol akan dinaikkan.
  
"Sebagai pemegang konsesi LSA, kami menolak sebarang kenyataan serta laporan yang disiarkan atau dihebahkan berhubung isu ini," kata syarikat itu.
  
Ura-ura mengenai kemungkinan kenaikan kadar tol timbul selepas Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata ia akan disemak semula tahun depan bagi mematuhi perjanjian antara kerajaan dan pemegang konsesi.
  
Satu laporan akhbar baru-baru ini melaporkan bahawa tol dijangka meningkat antara 30 sen dan RM1 bagi 13 lebuh raya. - Bernama

Banjir: Surat terbuka Yb Fuziah Salleh kepada MKN

Posted: 19 Dec 2013 05:50 AM PST

Kenyataan Media MKN bertarikh 18 Disember 2013 bertajuk "Perkembangan Terkini Status Bencana Banjir Seluruh Negara dan Persiapan Kerajaan Dalam Menghadapi Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013/2014" adalah dirujuk.

Di sini saya ingin mengalu-alukan pemakluman berkenaan kemungkinan berlakunya Gelombang Kedua Bencana Banjir 2013 beserta dengan langkah-langkah menghadapi situasi ini yg telah digariskan oleh Setiausaha MKN Datuk Mohammad Thajudeen Bin Abdul Wahab.

Saya juga mengalu-alukan langkah mengatur gerak aset pengurusan banjir di negeri-negeri yang tidak terjejas banjir ke negeri Trengganu, Pahang dan Johor. Alangkah baiknya sekiranya MKN telah berbuat demikian sewaktu Gelombang Pertama dahulu.

Oleh kerana banjir Gelombang Pertama merupakan sesuatu yang luar biasa, juga tanpa amaran menyeluruh yang dikeluarkan oleh MKN, didapati keadaan amat gawat pada awal pagi 4 Disember apabila didapati ribuan mangsa telah berpindah ke pusat-pusat pemindahan banjir di Kuantan. Di dalam keadaan yang sungguh gawat ketika itu, saya berasa amat kesal kerana MKN lambat bertindak dan lambat pula mengambil langkah-langkah korektif daripada pengurusan banjir secara biasa kepada pengurusan banjir secara luar biasa.

Saya juga berharap semoga MKN telah belajar melalui kesilapan mereka di dalam menghadapi Gelombang Pertama Banjir 2013 dan telah juga mengambil langkah penambahbaikkan di dalam Prosedur Pengurusan di pusat-pusat pemindahan banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Akibat tekanan DBKL potong cukai pintu antara 2 hingga 3%

Posted: 19 Dec 2013 05:49 AM PST

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memotong kadar cukai taksiran untuk pemilik harta tanah di ibu negara antara dua hingga tiga peratus bermula 2014.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Dengan kadar baru itu, premis komersial akan dikenakan kadar 10 peratus sementara kediaman akan dikenakan sebanyak empat peratus.

Tindakan itu dipercayai diambil ekoran bantahan meluas pelbagai pihak, termasuk pembangkang dan masyarakat awam.

TOL : Ayoyo Samy

Posted: 19 Dec 2013 05:19 AM PST