Jumaat, 13 Disember 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


First Malaysian Playboy bunny - Model Felixia Yeap dari Ipoh kini BERHIJAB ...

Posted: 13 Dec 2013 08:29 PM PST


First Malaysian Playboy bunny and model Felixia Yeap's decision to don the hijab (Muslim headgear) despite being a non-Muslim has shocked many, with some fans berating her and labelling it as a "publicity stunt".
The 27-year-old Ipoh beauty, who has been modelling since she was 19, however, remained unperturbed by all the scepticism and criticism that she had been receiving since she started donning the hijab a few months ago.
"They say I did this to find a rich Malay Datuk to marry. If I wanted to find a rich man, I would have done it a long time ago when I was still actively modelling in sexy poses. Their criticisms defy logic. All I wanted to do was to cover up more and do more decent modelling," she told The Malaysian Insider.
Love for the costume, not the 'rich Datuk'
Explaining her action further, Yeap said while it had come as a surprise to her fans, her love for Muslim attire had started a long time ago when she was still in school.
Yeap's action had been criticised by Muslims as well as non-Muslims who said she was being "disrespectful" towards Islam for wearing a hijab.
They said before donning the hijab, she should have removed the pictures of her in a Playboy bunny outfit and also others which showed her in sexy poses and revealing attire.
Some of her over 148,000 fans on Facebook and her blog had criticised her action as a publicity stunt to gain more popularity and fame. Some even left her social media site after that.
Yeap, who is still receiving invitations to appear at Playboy events and functions all over the world despite ending her career as a bunny in 2010, defended her action.
"I had always wanted to wear the hijab but I only got the chance to try it this year when I went for a casting call in a Celcom television commercial for the Hari Raya celebration.
"It was a blue hijab and I fell in love with it. Then, I had another chance to wear the hijab again when I was hired as a model for a Muslim boutique in a fashion show during the Hari Raya season," she said.
During her interview with The Malaysian Insider, Yeap, who is not married, looked composed and pretty in a pink hijab.
She said although some Muslims had criticised her, most of the negative comments had come from non-Muslims.
She said she had always loved baju kurung and Malay-Muslim traditions.
Ex-kindie teacher
Yeap, a former kindergarten teacher, started her career in modelling in 2005 when she entered the Dewi Remaja contest organised by a magazine and became one of its finalists.
She then joined many beauty pageants and at the peak of her career, she was invited to be a Playboy bunny and worked at its club in Macau.
But her career at the club only lasted a month as Yeap decided to return home to pursue her modelling career.
"There was no intention of working there for a long time. Yes, it was fun and I learnt many things but modelling is where my heart is, not working at the club," said Yeap.
On the negative perception towards her for donning the hijab, Yeap said she did not blame the fans for being "confused" with her action.
"I won't blame them. People who don't know me, do not read what I write, will get confused.
"My past photoshoots and modelling gigs which I have on my Facebook and blog, those are my achievements.
"I want people to know, if I can stop being sexy, cover myself up, be a better person, a respected woman, why can't they understand the story and moral behind it? Let it be a story to inspire people," said Yeap.
Good intentions
She said she feels better when she covers herself up.
"People are not looking at you because of the size of your breasts or your body shape, instead, people look at you because of your intelligence and your character.
"I don't deny that I had cried after several modelling jobs recently. I love to cover myself up, so when I have to give in to the demands of my work which required me to be sexy, I felt exploited," she said.
Yeap stressed that she only had good intentions in donning the hijab and being in a multiracial country, she is aware of the religious sensitivity surrounding the issue.
"I am not doing this to be disrespectful. I am doing this with a lot of sincerity and good intentions.
"I admit that I am a free-thinker. What I have to say is, if someone is trying to learn something and you keep pushing them away, they are going to run away. They will ask why are they being forced away from something that they are trying to learn," said Yeap.
She also said that if a religion could show her the beauty of life and living, people should try to understand her action.
"People are attracted to beautiful things. So do I. And if a religion could show me the beauty of life, why should I resist just because a few confused racists and extremists try to twist things around?
"Are they righteous enough, or consider themselves greater, to judge another human being? Well... unless they are God. But based on how they curse, insult and behave... I don't think so," she said, adding that she felt sorry for these people.
She said despite all the criticisms, she is happy to be able to inspire people and remind them of their religions.
She also accepts the views of those who think she is weird for wearing a hijab.
"If people think I am weird to be a non-Muslim model covering myself up, so be it," said Yeap.
On her family's acceptance, Yeap said her mother was very supportive. "She even say I looked good with the hijab."
On her sexy modelling gigs, Yeap said she is completing her remaining commitments which she had agreed to before she decided to wear the hijab.
"This month would be my last assignments. I have to make several appearances for Playboy Bunny International. Many failed to understand that this is a work commitment and I am a professional model. I have to complete the job by hook or by crook. Even if I want to leave something I want to leave it with pride."
Better person
What would be her New Year resolution? Yeap said she is going to be selective in her modelling gigs.
Asked if she would be wearing the hijab permanently, Yeap said she is slowly learning to be a better person.
"I want to be a better person, a better woman. The year 2014 will be the beginning of something beautiful," said  Yeap.
Yeap had been featured in the local and foreign FHM magazines before she was hired as a Playboy bunny.
Before that, she had participated in a television reality show called "I Wanna Be a Model" and was among the finalists in season three of the show.
She was also the first runner-up for Miss Chinese World Malaysia 2006 and the finalist for Dewi Remaja Malaysia. - TMI
lagi gambar2 di http://felixiayeap.blogspot.com/

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=200582:malaysias-first-playboy-bunny-models-the-hijab-will-she-be-nabbed-for-sedition?&Itemid=2#ixzz2nQ2uCKmW
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Syiah : Ketua Syiah Malaysia, Ketua Syiah Kedah .... kenapa tak diambil tindakan? Kenapa Mat Sabu saja?

Posted: 13 Dec 2013 07:31 PM PST

ALOR SETAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibidas kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengikut fahaman Syiah yang secara terang-terangan mengakui menganuti fahaman itu, sebaliknya hanya bertumpu pemimpin nombor dua Pas, walaupun tuduhan samar.

Veteran Pas yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, setakat ini, biarpun Ketua Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz dan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan mengakui diri mereka Syiah namun tindakan tidak diambil.

"Sehingga kini belum ada pendakwaan dibuat terhadap pengikut fahaman Syiah. Kenapa tak ambil tindakan jika sudah ada bukti dan mereka mengaku secara terang-terangan. Tuduhan terhadap pemimpin (nombor dua) pula belum sah, tetapi diperbesarkan seolah-olah ada agenda lain bersifat politik," katanya.


Menurut Adun Pengkalan Kundor itu, mereka yang terbukti menganuti fahaman itu boleh diambil tindakan bawah perundangan sedia ada, sama ada perlembagaan mahupun enakmen negeri.

"Perundangan ada, jika ada bukti kukuh, tindakan boleh diambil," katanya.

Phahrolrazi berkata, 10 alasan yang dikemukakan KDN bersifat dakwaan kerana tidak disertakan bukti kukuh.

"Saya andaikan alasan terbabit remeh. Dibuat rumusan daripada maklumat yang diperoleh daripada beberapa individu. Maklumat itu tidak boleh menjurus kepada tindakan perundangan," katanya.

Menurutnya, adalah tidak masuk akal sekiranya seseorang individu itu dikaitkan berfahaman kiri sekiranya sekadar mengagumi pemimpin bukan Islam seperti Khomeini.

"Saya sarankan ambil tindakan perundangan terhadap mereka yang dakwa beliau Syiah. Jika benar itu tuduhan liar, beliau berhak berbuat demikian untuk bersihkan nama yang tercalar," katanya.

Phahrolrazi turut mempertikai sumber KDN yang memetik kenyataan CN Afghani, berhubung dakwaan bekas Yang Dipertua Pas kawasan Pendang, Abd Rahim dari Sungai Jagung, Pendang, yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa pemimpin nombor dua itu penganut Syiah, kerana pernah melihat beliau menunaikan solat menggunakan batu kecil leper di tempat sujud, yang sinonim dengan amalan Syiah.

"Sumber berkenaan yang sebut nama Tuan Guru Abd Rahim, bukan dari mulut beliau sendiri," katanya.

Difahamkan, CN Afghani atau Zainol Ismail adalah bekas ahli Pas yang dipecat parti ketika menganggotai Pemuda Pas, sekitar era 80-an.

Beliau juga dikenali sebagai Cikgu Non pernah bersahabat baik dengan pemimpin nombor dua itu hampir 20 tahun, namun selepas peristiwa Memali 1985, hubungan antara mereka tegang.

Sementara itu, Abd Rahim yang namanya disebut pernah melihat pemimpin nombor dua itu menunaikan solat menggunakan batu kecil leper di tempat sujud, ketika dihubungi semalam berkata, hanya akan mengulas kenyataan itu selepas berbincang dengan peguamnya.

BUKTI TIDAK CUKUP

KOTA BHARU - Bukti yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai Syiah kelmarin masih belum cukup untuk mengaitkan pemimpin nombor dua Pas dengan fahaman itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, 10 perkara yang didedahkan menerusi media itu adalah sebutan sahaja kerana selagi tidak disebut di mahkamah, ia bukanlah bukti.

"Setakat ini orang tidak akan percaya. Itu orang panggil sebutan bukti sahaja, bukan bukti," katanya kepada media semalam.

Beliau mengulas mengenai pendedahan 10 bukti oleh KDN, lanjutan kenyataan Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 9 Disember lalu yang mengaitkan pemimpin nombor dua Pas itu dengan Syiah.

Nik Muhamad Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, jika tuduhan itu benar, pihak berkenaan perlu tunjuk bukti dan jangan mempolitikkan isu berkenaan.

Beliau ditemui selepas merasmikan Jualan Amal RM2 Tabung Banjir Kelantan, anjuran NGO di Medan Ilmu, di sini, yang turut dihadiri Presidennya, Nazeri Deraman.

Nik Abduh turut menyokong kesungguhan kerajaan untuk membasmi fahaman Syiah di negara ini, tetapi beliau berharap tindakan itu diambil dengan cara yang baik. - Sinar Harian

Skandal Adi Putra : Suami Noraida tidak mahu mengalah. Mahu Adi mohon maaf ...

Posted: 13 Dec 2013 07:30 AM PST


Amiruddin (kanan) dan isterinya Noraida serta peguam mereka Muhammad Hasif dalam satu sidang emdia di Hotel Concorde pada Jumaat.
KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra bertegas tidak akan mengalah dalam kes tersebut sebaliknya mahu pelakon itu mengakui kesilapannya.
Amiruddin, 56, berkata, walaupun kes tersebut, diklasifikasikan sebagai no further action'(NFA dia tidak berdiam diri dan akan memastikan kes tersebut akan dibuka semula untuk mendapat keadilan.
"Sebelum ini saya memberi Adi tempoh masa untuk meminta maaf, tetapi dia tidak berbuat demikian.
"Begitu juga dengan kes ini, dia berasa selamat kerana kes ditutup tetapi bagi saya anggap ia masih belum tamat. Sekurang-kurangnya dia perlu mengaku dengan kesalahan dia dan selebihnya biarlah hak pendakwaan yang menentukan," katanya.
Amirruddin ditemui selepas sidang media kes itu di Hotel Concorde di sini, petang Jumaat.
Noraida
Adi Putra dalam sidang medianya pada malam Khamis lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media Jumaat meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor iaitu Inspektor Fergie Anak Dim berat sebelah.
Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Jumaat selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.
Kes berkenaan berkemungkinan akan ditukar kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami.
Sementara itu menurut Muhammad Hasif, pihaknya mempunyai asas kukuh untuk meragui perjalanan kes tersebut berdasarkan cara siasatan pegawai penyiasat itu yang tidak adil.
"Dipercayai, wujudnya unsur berat sebelah, tidak telus dan profesional sepanjang penyiasatan berlangsung," ujarnya.
Adi Putra bersama isterinya, Aida atau Zuhaidah Yusof.
Dalam pada itu, Noraida berkata, dia telah menerima pelbagai respons berunsur negatif sejak kes tersebut menjadi kontroversi dan menyifatkan ia sebagai satu pengajaran besar buatnya.
"Ada yang menyokong, ada juga yang mencerca saya. Tetapi saya terima dengan hati terbuka dan kesal dengan apa yang telah berlaku," ujarnya.
Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin. - mStar

Skandal Adi Putra : Suami Noraida buat laporan polis dakwa polis berat sebelah

Posted: 13 Dec 2013 03:04 AM PST

Amiruddin Othman (kanan) bersama Noraida Abd. Mutalib.
KUALA LUMPUR: Amiruddin Othman iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib – wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.
Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.
"Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik," katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.
Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau 'no further action (NFA)'.
Sehubungan itu Adi mmendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.
Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.
Berita penuh akan dilaporkan kemudian. - mStar

'Ayahanda' dicekup bersama dadah

Posted: 13 Dec 2013 02:12 AM PST

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
GOMBAK: Kegiatan seorang ahli kumpulan kongsi gelap berpangkat ayahanda yang menjalankan kegiatan mengedar dadah di sekitar Kampung Wira Damai dekat sini, tumpas selepas polis menyerbu kediamannya, petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 petang itu, sepasukan polis dari Balai Polis Selayang bersama pasukan Ops Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu kediaman lelaki terbabit yang terletak di atas bukit di Kampung Wira Damai dan merampas ketulan mampat dipercayai ganja seberat 1.3 kilogram (kg).
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika serbuan itu suspek berusia 68 tahun mengaku pemilik kediaman itu.


Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam rumah itu polis menemui dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 1.3 kg.
Foto

"Dadah disyaki jenis ganja itu disembunyikan di celah anak tangga di bahagian dapur rumah itu.

"Kita menahan suspek selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai peningkatan kegiatan dadah di kawasan ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Selayang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - myMetro

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


MASUK PKR KERANA KECEWA

Posted: 13 Dec 2013 03:25 PM PST



Teguran Suci Seorang Pemuda kepada Sultan Johor

Posted: 13 Dec 2013 03:08 PM PST

Teguran Suci Seorang Pemuda kepada Sultan Johor

Kami baru sahaja mendapat kiriman dari rakan kami bernama Syafik Yahya, di dalam surat tersebut beliau telah meluahkan rasa hatinya terhadap pemerintahan Sultan Johor, anak muda ini meluahkan pendapatnya dan diharap semoga luahan dan pendapat ini dapat menjadi panduan dan perkongsian untuk kita bersama..

Teguran Suci Rakyat Marhaen kepada Sultan Johor

Bismillahirrahmannirrahim,

Adapun patik rakyat biasa, tiada harta berjuta ria, cukup dengan sekadar yang ada. Tidak selayaknya menasihati tuanku yang disanjung merata-rata.
Tiadalah berita yang mendukacitakan selain membaca keratan akhbar tentang enam 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor (tuanku) telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.
Urusniaga tersebut menyaksikan transaksi rekod jualan lebih sekali ganda daripada urusniaga jualan tanah di Danga Bay juga kepada pelabur asing pada Disember tahun lepas iaitu pada RM 860 kaki persegi.
Penarikan pelaburan asing dari China itu bagi membangunkan segmen pasaran hartanah disamping segmen pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hal ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk maju seperti Singapura, begitu menurut laporan akhbar.
Bentuk pelaburan asing secara langsung begini memang mendatangkan pembangunan infrastruktur yang pantas dan rancak. Namun, sejauh manakah rakyat seperti kami mendapat limpahan daripada projek-projek pembangunan ini? Ini antara perkara yang perlu diperhalusi.

1
Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Pertama , melihatkan kepada harga tanah sekaki persegi RM860 itu, sudah pastinya unjuran harga premis-premis bangunan akan melonjak kepada sekurang-kurangnya RM1400-1500 kaki persegi.
Andai sebuah kediaman berkeluasan 22″ x 70″ iaitu anggaran biasa kediaman rumah teres setingkat seluas 1540 kaki didarab dengan harga premis RM1400 kaki persegi (sekurang-kurangnya) menjadikan nilai hartanah tersebut sekitar RM2.15 juta.
Bagaimana pula dengan kediaman semi D, banglo, pusat komersial serta premis perniagaan lain yang sudah tentunya jauh lebih mahal. Sudah pastinya harga-harga tersebut jauh dari kemampuan rata-rata rakyat biasa seperti kami.
Akhirnya, akibat ketidakmampuan pemilikan hartanah tersebut pastinya ekuiti tersebut akan jatuh ke tangan pelabur asing akibat didorong oleh kuasa beli yang tinggi, faktor permintaan yang baik serta lokasi yang strategik.
Jika perkara sebegini berterusan, maka tidak hairanlah jika lambat laun generasi warisan kita hanya akan mampu menyanyikan lagu "anak kecil main api" yang antara liriknya .."nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda" sebagai salah satu subjek kurikulum menaikkan semangat survival di sekolah pada masa akan datang. Pada ketika itu, segalanya sudah terlambat.
Kedua 2, kepesatan pembangunan mestilah sejajar dengan purata pendapatan rakyat dan pembangunan modal insan. Andai ia tidak sejajar, dibimbangi rakyat marhaen akan ibarat merempat di bumi sendiri. Tinggal di sekitar bangunan pencakar langit dan premis-premis mewah. Namun hakikatnya seperti di drama-drama melayu yang sembang projek berjuta, anak orang kaya tapi hakikatnya tidaklah seperti yang disangka.
Pembangunan modal insan meliputi aspek pendidikan yang baik, ilmu kemahiran termasuklah pengetahuan asas perniagaan dan perdagangan haruslah dibangunkan seiring dengan pembangunan infra. Patik percaya di bawah pentadbiran ke bawah Duli Tuanku, Johor akan membangun sebagai sebuah kerajaan yang maju malah setanding dengan Singapura satu hari nanti insyaa Allah.
Ketiga 3, patik sebagai rakyat lebih gembira Khazanah Nasional mahupun Johor Corp sebagai peneraju dalam kesemua pelaburan hartanah di Iskandar Malaysia. Itu lebih mengembirakan berbanding melihat pelabur asing menguasai dan mendominasi Iskandar Malaysia satu persatu. Biarlah pembangunan itu sedikit perlahan berbekalkan modal sedia ada juga suntikan dana dari kerajaan negeri dan pusat tapi bukan dengan menjual bidang-bidang tanah secara langsung kepada pelabur asing.
Sebagai rakyat yang menjunjung kasih tuanku, patik gembira andai Johor boleh kembali gah sebagai tempat perdagangan maju dan masyhur seperti yang diceritakan dalam buku sejarah di sekolah suatu ketika dahulu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan kepada tuanku untuk terus mentadbir Johor dengan adil, saksama dan penuh hikmah untuk manfaat sekian rakyat jelata. Maafkan patik andai ada kata-kata yang 'beraja di mata, bersultan di hati' yang mungkin mengguris.
Patik mungkin tidak dapat menyampaikan surat dari hati ini kepada tuanku tapi sekadar mampu berkongsi di ruangan maya agar ada insan-insan yang boleh panjangkan kepada tuanku. Patik yang menjunjung kasih.

1
Keratan akhbar: 6 bidang tanah seluas 46.94 hektar pegangan bebas oleh vendor Sultan Johor telah dijual kepada pelabur asing pada harga RM 4.5 billion.

Rakyat Marhaen,

Syafik Yahya

p/s: Tahniah kami ucapkan, kerana kelantangan anda untuk bersuara walaupun hanya di alam maya, tetapi pada hemat kami ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya orang Johor merasai perkara yang sama, cuma takut untuk meluahkan pendapat, diharap dengan perkongsian anda ini, dapat membuka mata pihak-pihak tertentu untuk mengambil berat tentang hal ini, biarlah kita berjuang pada hari ini agar generasi akan datang tidak menyalahkan kita, tidak menuding jari atas kesilapan yang telah kita lakukan hari ini.. Pamerkan hak kita sebagai rakyat untuk bersuara.

SIDANG MEDIA KETUA SETIAUSAHA KDN MENYEBUT NAMA MAT SABU

Posted: 13 Dec 2013 02:49 PM PST

Aku tak tau la ada bukti hanya kerana bercakap,mengagumi,cenderung,mencontohi kepimpinan melalui teladan baik,mengulas,melawat,kelas pengajian,bersahabat,guna batu,cerita orang.....wah mudah benar....


 Adakah kerana mengaku sebagai balik kampung boleh dituduh sebagai bukan warganegara atau tidak setia kepada negara ini?


 





INGATAN 1998

Posted: 13 Dec 2013 05:54 AM PST


UCAPAN CHIN PENG

Posted: 13 Dec 2013 01:17 AM PST








VIDEO: HAK DINAFIKAN

Posted: 13 Dec 2013 01:07 AM PST











KOMAS FREEDEOM FILM FEST

Posted: 13 Dec 2013 01:05 AM PST







RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Syiah: Strategi alihkan isu kenaikan harga oleh UMNO@BN

Posted: 13 Dec 2013 08:43 PM PST


Tindakan Umno dan Barisan Nasional memainkan isu Syiah kebelakangan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu kenaikan harga kebelakangan ini, kata Dyana Sofya Mohd Daud (gambar), Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang.
Dyana tersebut berkata serangan ke atas penganut Syiah bertujuan menutup keadaan sebenar rakyat yang tersepit.
"Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi.
"Contohnya pengurangan subsidi minyak, penghapusan subsisdi gula, kenaikan tarif elektrik, pengenalan cukai GST, kenaikan cukai pintu serta kenaikan tambang LRT dan monorel," kata Dyana hari ini.
Dyana juga mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah apabila menekan rakyat Malaysia berfahaman Syiah walhal ramai penuntut asing pengajian tinggi yang melanjutkan pelajaran di Malaysia menganuti ajaran tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Mat Sabu saman Zahid Hamidi...!!

Posted: 13 Dec 2013 07:56 PM PST

Dr Zulqarnain Lukman

Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri dilaporkan telah menyebut bahawa 'orang nombor 2' dalam PAS adalah orang Syiah. Beliau juga menyatakan keanehannya bila mana para perwakilan PAS telah memilih 'orang nombor 2' itu untuk berada di dalam kepimpinan parti Islam.
Umum mengetahui bahawa PAS baru sahaja menyelesaikan proses pemilihan kepimpinan parti pada bulan November lepas. Oleh itu, jelas 'orang nombor 2' tersebut adalah merujuk kepada Mat Sabu. Ini kerana orang nombor 2 lain iaitu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din tidak dipilih di dalam muktamar tetapi dilantik.
Perlantikan Datuk Dr Haron Din tidak dibuat di dalam muktamar lepas.
Kemudiannya, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Razi telah membuat kenyataan media mengenai bukti Mat Sabu adalah penganut ajaran Syiah. Ini menjelaskan lagi maksud 'orang nombor 2' yang dirujuk oleh Zahid Hamidi tersebut.
Rentetan itu, beberapa orang samada dari dalam parti atau di luar parti telah menggesa Mat Sabu untuk menyaman Zahid Hamidi atau Abdul Rahim atas alasan ia serangan fitnah berbentuk peribadi kepada Mat Sabu.
Tindakan undang-undang ke atas Zahid Hamidi atau Abdul Rahim dipercayai dapat mematikan serangan fitnah ke atas Mat Sabu. Mat Sabu pula dilaporkan telah menghubungi peguamnya bagi membincangkan perkara ini.
Sebelum saya mengemukakan pandangan undang-undang berkaitan serangan fitnah ini, sewajarnya saya nyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi mahupun pengetahuan langsung daripada Zahid atau Mat Sabu berkaitan isu ini.
Meskipun saya adalah peguam dan mengenali Mat Sabu, namun saya tidak pernah mewakili Mat Sabu dalam mana-mana tindakan ke atasnya. Mat Sabu juga tidak menghubungi saya untuk berbincang mengenai isu serangan Syiah ini.
Oleh itu, ulasan saya adalah berdasarkan fakta yang diperolehi daripada sumber awam dan undang-undang yang saya pelajari.
Sesuatu penyataan itu dianggap sebagai fitnah jika perkataan itu, 'mempunyai kecenderungan untuk merendah-rendahkan seseorang pada kaca mata orang awam secara umum atau ingin mendedahkannya kepada kebencian orang ramai, atau menghinanya atau memperkecilkannya atau menyebabkan orang ramai menjauhinya atau melarikan diri daripadanya' [lihat - Halsbury Laws of Malaysia, Vol. 2, [2004] Reissue m/s 400].
Read More / Baca Lagi >>

TERPEGUN..!!! Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!

Posted: 13 Dec 2013 07:53 PM PST

Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.
"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.
Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan.
Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.
Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah.
Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian?
Jadi apa tunggu lagi?
Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu.
Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno@BN

Posted: 13 Dec 2013 07:47 PM PST

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini.

"Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan," ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat.

Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru.

"Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN," ujarnya.

Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.

Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh.

"Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya," katanya.

Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu.

"Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?" tanya beliau lagi.
Read More / Baca Lagi >>

TERKAGUM: Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah, kata Ibrahim Ali

Posted: 13 Dec 2013 07:39 PM PST

Gambar yang menjadi kontroversi.Datuk Ibrahim Ali berkata bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mencukupi bagi membuktikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah kerana beliau sendiri pernah bertemu dengan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, dakwaan pihak tertentu beliau menganut Syiah adalah satu jenaka besar kerana pertemuan sahaja tidak boleh dijadikan seseorang cenderung mengikuti fahaman tertentu.
"Menyanjung tinggi Revolusi Islam Iran tiada kena mengena dengan kefahaman Syiah. Itu adalah perjuangan politik rakyat Iran menentang bekas pemerintah zalim ketika itu, Mohammad Shah Reza Pahlavi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider
"Jika isu bertemu dengan Khomeini, saya dikatakan Syiah, ini satu jenaka paling besar kerana pertemuan kita dengan sesiapa tidak harus menjadikan kita setuju atau mengikut fahaman mereka. Isu Mat Sabu dikaitkan dengan Syiah, saya tak tahu. Itu beliau kena jawab dan tiada kena mengena pertemuan saya bersama Khomeini."
KDN pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu atau juga dikenali sebagai Mat Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Imam Khomeini.
Sejurus selepas pendedahan KDN, gambar Ibrahim bersama Khomeini tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter.
Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008.
Ibrahim berkata KDN hanya boleh membuat dakwaan ke atas Mohamad sekiranya mempunyai bukti yang lebih kukuh berbanding pendedahan yang dilakukan kementerian itu sebelum ini.
"Jika bertemu Khomeini seperti saya sekali pun, saya tidak akan mendakwa Mat Sabu pengikut Syiah tetapi jika KDN ada lebih banyak bukti, itu saya tak campur. KDN bukan sahaja perlu menunjukkan bukti tetapi adakah pemimpin itu pernah menyertai latihan atau pengkaderan anjuran kumpulan Syiah.
Read More / Baca Lagi >>

DIKAGUMI: Saya tidak nampak Mat Sabu seorang Syiah, kata Ketua Syiah Kedah

Posted: 13 Dec 2013 07:37 PM PST

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.
"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak.
"Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.
Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.
Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.
"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.
Read More / Baca Lagi >>

KEKAGUMAN: Saya tidak gentar disaman Mat Sabu, kata Zahid Hamidi kepada Utusan

Posted: 13 Dec 2013 05:49 PM PST


Keratan akhbar Utusan Malaysia berkenaan kenyataan Zahid Hamidi. Keratan akhbar Utusan Malaysia berkenaan kenyataan Zahid Hamidi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad Sabu ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah.
Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di mahkamah.
Ini kerana, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan pemimpin nombor dua PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia, lapor Utusan Malaysia.
Mat Sabu semalam berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk menyaman Zahid ekoran dakwaan beliau Syiah.
Zahid ketika membuat penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa orang nombor dua PAS terlibat dengan Syiah.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, dalam sidang medianya memberikan 10 bukti Mat Sabu adalah Syiah.
Antaranya mengkagumi pemimpin Iran Ayatullah Khomeine yang menyebabkan pelbagai pihak mempertikaikan bukti ini termasuk bekas timbalan menteri, Datuk Saifudin Abdullah.
"Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah.
"Sebab itu saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertaqiyyah meskipun memang itu sikap penganut Syiah. Islam hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kalau ada sesiapa di luar sana yang tersasar kembalilah ke landasan betul," katanya sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

"Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir?

Posted: 13 Dec 2013 05:38 PM PST

Media massa Malaysia sudah dikenali seantero dunia sebagai industri maklumat yang tidak bebas. Media massa Malaysia terikat dengan berbagai akta yang dilaksanakan atas alasan untuk keselamatan negara konon. Walhal segala akta yang mengikat kebebasan media massa Malaysia untuk mempertahankan kedudukan individu berkuasa dan hegemoni parti memerintah, UBN.


Disebabkan laporan ini akhabr ini dikena surat tunjuk sebab.
Ada beberapa akta sebelum ini, selain akta Penerbitan dan Mesen Cetak yang membelenggu media massa Malaysia yang menjadikan tangan dan kaki wartawan terdedah kepada jerat tindakan.

Antaranya akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (SA), Akta Darurat 1948 dan lain-lain. Bagaimana pun secara amat perlahan, selepas menghadapi serangan awam bertahun-tahun, barulah beberapa peraturan di bawah akta berkenaan dilucutkan. Tetapi akta tunggak masih tetak ada, misalnya Akta Darurat 1948.

Pemansuhan beberapa peraturan tidak membawa apa-apa erti langsung. Misalnya mengenai permohonan untuk mendapatkan permit penerbitan, sampai hari ini peraturan dan syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 masih kekal. Tidak lama sebelum ini portal Malaysiakini memohon untuk mendapat permit penerbitan tetapi tidak dibenarkan, bahkan permohonan portal berita itu pun dihalang.

Abdullah Ahmad Badawi
Melucukan kasus permohonan itu menyebabkan kerajaan Malaysia diheret ke mahkamah oleh Malaysiakini untuk mengetahui status dan kedudukan mengikut perlembagaan. Akhirnya mahkamah memutuskan portal berita itu berhak untuk memohon permit.

Harapan rakyat untuk mendapat ruang media massa yang bebas masih belum tercapai dan terawan-awanan dalam mimpi siang. Hanya di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, media massa negara ini diberi sedikit ruang kebebasan. Abdullah bolehlah dianggap sebagai bapak pembebasan di negara ini atau tepatnya sebagai penebuk lubang menggamit sinar.

 Di zaman Abdullah tidak ada akhbar yang digantung permit atau wartawan ditahan kerana menulis sesuatu dianggap bersalah dengan undang-undang negara atau yang mengkritik hebat kepimpinan beliau.

Ia amat kontras dizaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, (1982 -2004). Ada akhbar yang baru keluaran pertama diterbitkan sudah diharamkan kerana ia menyentuh batang tubuh Mahathir Mohamad. Saya sendiri ada pengalaman berhadapan dengan birokrasi kebebasan akhbar ini. Pantang menulis mengkritik pemimpin, dasar kerajaan dan Umno saya akan dipanggil dan diberi kaunseling berupa arahan, ugutan untuk menggantungkan permit.

Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Zahid Hamidi disabotaj?

Posted: 13 Dec 2013 05:37 PM PST

Oleh DR RIDUAN MOHD NOR
Saya meneliti pendedahan Kementerian Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

Sejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman KDN dengan penuh debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal mematikan karier politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta memerangkap PAS seluruhnya atau sebaliknya. 

Terfikir juga apakah pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS menjadi sasaran pula selepas ini.

Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh. Mereka memiliki rangkaian komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar negara.

Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS. Maklumat apakah yang dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Mat Sabu lawan Mat Syabu

Posted: 13 Dec 2013 05:36 PM PST

Belek-belek berita semalam, terbeliak dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan bukti yang pemimpin nombor dua PAS, Mat Sabu itu Syiah.
Fuh, suspen! Walaupun tidak faham kenapa tiba-tiba KDN menyibuk dalam urusan anutan, agama orang lain. Tapi layan sajalah. Bukan pertama kali kita nampak KDN ini dipergunakan ahli politik pemerintah untuk henyak musuh politiknya.

Tunggu punya tunggu petang semalam dapatlah belek laporan sidang media mendedahkan bukti Mat Sabu itu Syiah. Tak pastilah nak gelak atau nak menangis. Kita taklah mengharapkan pendedahan penyiasatan itu secanggih CSI atau Sherlock Holmes, tapi apabila dengar bukti yang digunakan, rasa nak pitam.
Antara bukti yang digunakan ialah kekaguman Mat Sabu terhadap Ayatollah Khomeini. Aduh ini menyebabkan selepas ini ramai lebih berhati-hati untuk kagum kepada apa-apa. Takut kekaguman pada Gandhi bukti sudah Hindu, kekaguman pada Martin Luther King Jr bukti sudah Kristian. Dengan tahap 'intelek' KDN itu, tidak mustahil kekaguman pada binaan Piramid boleh jadi bukti pengkagum itu Firaun.
Kalau itu cukup lucu, lihat pula rujukan lain yang digunakan. Selain cerita orang, sumber blogspot pun boleh jadi bahan bukti. Senggama apakah ini? Kalau nak ikut sumber blogspot dan spekulasi, rasanya lebih kuat bukti menunjukkan pembunuh Altantuya itu adalah…sendiri fahamlah ya.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Adakah Ahmad Shabery Cheek juga Syiah?

Posted: 13 Dec 2013 05:33 PM PST

Oleh Haris Zuan
Di negara ini kita dihadapkan dengan banyak istilah yang muncul tiba-tiba tanpa ada usaha untuk membantu khalayak awam memahami akan ertinya terlebih dahulu, misalnya sedikit masa dahulu negara ini heboh dengan perkataan Wahabi, maka ramailah yang dituduh Wahabi, namun apabila ditanya apakah dia Wahabi hanya dua perkataan sahaja yang mampu dilontarkan; Perlis dan Dr MAZA.


Kemudian masyarakat disensasikan pula dengan istilah Islam Liberal. Kononnya Islam Liberal ini merupakan kesesatan yang nyata. Namun apabila ditanyakan apakah perbezaan fundemental Islam Liberal ini daripada segi persoalan iman dan epistemologinya, semua ikut diam. Hanya tahu Islam Liberal ini adalah orang yang bercakap tentang agama tetapi tidak berjubah dan kadang-kala pakai kot dan tali leher. Kita juga dibebankan dengan istilah sekularism yang entah apa ertinya namun sangat cocok jika disebut bersama liberalism. Ya, liberalism dan sekularism. Ketidakmampuan masyarakat umum untuk menghuraikan istilah ini bukanlah terjadi tanpa sebab dan bukan juga kerana istilah ini muncul tiba-tiba sehingga tiada kesempatan untuk mengkajinya. Buktinya ambil sahaja istilah Komunisme yang sejak dahulu dijadikan momokan untuk sesiapa sahaja yang kedengaran radikal atas sebab apa pun. Ya, radikal satu lagi istilah yang tidak kita mengertikan. Bagi kebanyakkan kita komunisme ertinya Chin Peng dan hal-hal yang bersangkutan dengan Chin Peng. Itu sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Syiah dan manipulasi politik

Posted: 13 Dec 2013 05:31 PM PST

Oleh HARIS ZALKAPLI
Isu Syiah dan hal-hal berkaitan dengannya kini menjadi satu isu besar dalam politik negara, dan muncul sebagai satu isu yang menarik respons kuat daripada pihak-pihak berkepentingan.

Isu Syiah ini muncul bukan secara terpisah daripada isu-isu global dan politik tempatan, dan bukan semata-mata menjadi topik debat berhubung pentadbiran agama Islam di negara ini.

Kali ini, isu Syiah tidak boleh dilihat secara terasing daripada perkembangan politik di peringkat global yang rancak melibatkan persaingan kuasa-kuasa utama dunia Islam.

Pada masa sama, sikap dan pendekatan, dan pembingkaian isu Syiah oleh pemerintah di negara ini juga wajar disorot dengan lebih kritikal.

Hal berkaitan "kebangkitan Syiah" mula diperkatakan di rantau Asia Barat pada 2004, sejurus selepas kejatuhan pemerintahan Baath di Iraq, yang disusuli oleh politik yang lebih terbuka, sekaligus membuka ruang kepada penglibatan majoriti Syiah negara itu.

Wacana yang panjang dan mendalam berhubung kebangkitan Syiah di dunia Arab dan dunia Islam bermula pada masa itu.

Kemudian, ekoran perang antara militia Hizbullah, proksi Iran di Lubnan dengan tentera Israel pada musim panas 2006, populariti kumpulan Islam Syiah itu meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan populariti dan pengaruh Syiah dan Iran.

Keresahan pemerintah-pemerintah Arab Sunni, terutama monarki Arab di Teluk Parsi terhadap kebangkitan Iran dan Syiah terus meningkat, dengan persaingan utama melibatkan Arab Saudi dengan Iran.Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: Jadikan Syiah isu, cara UMNO perbodohkan minda Melayu

Posted: 13 Dec 2013 05:30 PM PST

Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu dengan sengaja memperbesarkan isu Syiah sebagai satu ancaman.

Beliau berkata, ancaman sebenar Melayu adalah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri iaitu UMNO/BN.

"Sejak kecil, saya tidak pernah mendengar orang tua kita menyebut mengenai Syiah atau Sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan akidah. Setahu saya selagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia tetap Islam. Maka, amat menghairankan perkara ini dijadikan masalah besar.

"Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu Syiah semata-mata dia mengkagumi pemerintahan Iran, Ayatullah Khomeini. Bodohlah kita bangsa Melayu kalau membenarkan pemikiran di 'Zulkifli Nordin-kan'.

"Adakah Zahid antek dan ejen Amerika serta kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar 'Ustaz' Zahid keluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, agama dan bangsa bukanlah satu ancaman tetapi ia sengaja terus dimainkan UMNO agar dapat mengekalkan kuasa.

"Yang jadi bahaya ialah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. UMNO yang menjahanamkan orang Melayu.

"Isu besar orang Melayu bukan agama atau bangsa lain tetapi kebodohan pemimpin Melayu kita (UMNO).

"Ancaman terbesar orang Melayu ialah penghambaan minda. Minda kita jadi begini disebabkan mewarisi beberapa tabiat perangai, kebiasaan lemah dan rendah yang jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala, beratus tahun lama diabdi dan diperah pemerintah daripada bangsa sendiri," ujarnya memetik kata-kata Pendita Zaaba pada 1927.

KAGUM: APA PENJELASAN DAN TINDAKAN PIHAK KDN DAN JAKIM MENGENAI RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR INI??

Posted: 13 Dec 2013 05:28 PM PST


Kalau dilihat akan kemesraan dan keakhraban yang terpancar dari gambar-gambar ini .. Jika di guna pakai hujah bukti KDN dalam menyabit seseorang itu penganut fahaman Syiah .. Adakah Ahmad Zahid Hamidi pengikut fahaman Syiah?????

Rakaman gambar kunjung hormat mesra Duta Iran ke Malaysia ke pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya baru-baru ini.

KAGUM: Kenyataan Ketua Syiah Kedah yang amat mengecewakan Umno

Posted: 13 Dec 2013 05:26 PM PST


Sebuah akhbar arus perdana telah jumpa dengan Ketua Syiah Kedah semata-mata nak mendapat pengesahan dan kepastian dari Ketua Syiah Kedah sama ada Timbalan Presiden PAS adalah menganut fahaman syiah sepertimana 10 "bukti kukuh padu" yang didedahkan oleh KDN.

KAGUM: Hancurkan Pakatan dengan serangan terhadap Mat Sabu

Posted: 13 Dec 2013 04:25 PM PST


Sebelum ini beliau dilabel sebagai simpatis kepada fahaman komunis, kini Mohamad Sabu (gambar) diserang dengan isu Syiah pula dipercayai sebahagian dari usaha Umno melemahkan Timbalan Presiden PAS itu dan memecahkan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Presiden PAS penggal kedua yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dilihat sebagai ancaman kepada Barisan Nasional (BN) kerana beliau bertanggungjawab dalam mengikat hubungan di antara parti Islam itu dengan DAP, sebuah parti sekular, akibat daripada hubungan rapat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Ketika ramai bimbang perbezaan ketara antara PAS sebuah parti Islam dan DAP yang kadang-kadang dianggap anti Islam bakal memecahkan PR, hubungan rapat kedua-duanya banyak membantu.
Mohamad mula rapat dengan Lim ketika kedua-duanya ditahan dalam sel yang sama di Pusat Tahanan Kemunting mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mohamad suka memasak manakala Lim pula suka membaca, menjadikan kedua-duanya kawan rapat sepanjang beberapa tahun mereka ditahan bersama.
Apabila Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad antara yang mendapat kepercayaan beliau untuk dilantik menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat air milik kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

KAGUM: KDN pulak minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan syiah..!! aik ada bukti Gred A pulak...???

Posted: 13 Dec 2013 04:24 PM PST

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari (gambar) berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah.
"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mat Sabu bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
"Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod.
"Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya.
Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN  Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B.
"KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Bekalan air terganggu seminggu, Selangor sedia bantuan

Posted: 13 Dec 2013 04:17 PM PST

elizabethwongKUALA LUMPUR 13 DIS: Kerajaan Selangor telah bersedia menghantar lori tangki ke kawasan terjejas di negeri itu berhubung gangguan air pada 17 hingga 22 Disember ini, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Elizabeth Wong.
"Kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah bersedia bersama lori tangki untuk menghantar ke kawasan terjejas.
"Berdasarkan pengalaman membantu rakyat setiap kali gangguan berlaku, biasanya kawasan paling kritikal ialah yang jauh dari kolam air dan tempat tinggi," kata Elizabeth kepada Keadilandaily.
Kawasan di Selangor yang terjejas melibatkan Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; dan USJ Subang.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyatakan kira-kira sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember depan dengan alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi syak gangguan bekalan air taktik UMNO@BN sabotaj Pakatan

Posted: 13 Dec 2013 04:17 PM PST

Rafizi1-179x300KUALA LUMPUR 14 DIS: Gangguan bekalan air pertengahan Disember ini disyaki taktik BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli.
"Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengah-lengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air.
"Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu," katanya kepada Keadilan Daily.
Pada PRU 13 lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.
Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan.
"Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas.
"Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka. Malah pentadbiran Najib tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, BN ketandusan modal menyerang Pakatan," kata Rafizi.

Ukraine holds crisis talks, protesters prepare for mass rally

Posted: 13 Dec 2013 04:08 PM PST

Reporter: Syria policy "in shambles"

Posted: 13 Dec 2013 04:07 PM PST

Bangladesh execution sparks violent protests

Posted: 13 Dec 2013 09:29 AM PST

Thailand's protest leader to meet military

Posted: 13 Dec 2013 09:28 AM PST

KDN perlu pastikan polis syariah bukan tujuan politik

Posted: 13 Dec 2013 09:26 AM PST

khalid samad white pc 02SHAH ALAM 13 DIS : Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperjelas dan membuktikan cadangan penubuhan 'polis syariah' seperti yang dicadangkan tidak mempunyai unsur politik.
Ahli Pimpinan PAS Pusat, Khalid Samad, berkata KDN sudah menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat jika penubuhan itu lebih bersifat politik.
Katanya, KDN juga perlu memperjelaskan tujuan sebenar penubuhan pasukan polis syariah, selain cara pasukan itu bertindak dalam menangani kes.
"Kalau mereka sedang memperincikan, wajar mereka jelaskan apakah tujuan sebenar dan bagaimana cara polis syariah akan bertindak.
"Tetapi jika sekadar mahu memenuhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN) sebab mahu tunjukkan perjuangan PAS sudah tidak releven, maka ia satu penyahgunaan kuasa dan duit rakyat," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamid, berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang

Posted: 13 Dec 2013 09:25 AM PST

GEORGE TOWN:  Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini sekali lagi menyaksikan pertikaman lidah antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid (gambar).
        
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
        
Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita.
        
"Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim.
        
Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

Read More / Baca Lagi >>