RAKYAT MARHAEN |
- Syiah: Strategi alihkan isu kenaikan harga oleh UMNO@BN
- Jika Mat Sabu saman Zahid Hamidi...!!
- TERPEGUN..!!! Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!
- Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno@BN
- TERKAGUM: Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah, kata Ibrahim Ali
- DIKAGUMI: Saya tidak nampak Mat Sabu seorang Syiah, kata Ketua Syiah Kedah
- KEKAGUMAN: Saya tidak gentar disaman Mat Sabu, kata Zahid Hamidi kepada Utusan
- "Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir?
- KAGUM: Zahid Hamidi disabotaj?
- KAGUM: Mat Sabu lawan Mat Syabu
- KAGUM: Adakah Ahmad Shabery Cheek juga Syiah?
- KAGUM: Syiah dan manipulasi politik
- KAGUM: Jadikan Syiah isu, cara UMNO perbodohkan minda Melayu
- KAGUM: APA PENJELASAN DAN TINDAKAN PIHAK KDN DAN JAKIM MENGENAI RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR INI??
- KAGUM: Kenyataan Ketua Syiah Kedah yang amat mengecewakan Umno
- KAGUM: Hancurkan Pakatan dengan serangan terhadap Mat Sabu
- KAGUM: KDN pulak minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan syiah..!! aik ada bukti Gred A pulak...???
- Bekalan air terganggu seminggu, Selangor sedia bantuan
- Rafizi syak gangguan bekalan air taktik UMNO@BN sabotaj Pakatan
- Ukraine holds crisis talks, protesters prepare for mass rally
- Reporter: Syria policy "in shambles"
- Bangladesh execution sparks violent protests
- Thailand's protest leader to meet military
- KDN perlu pastikan polis syariah bukan tujuan politik
- Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang
Syiah: Strategi alihkan isu kenaikan harga oleh UMNO@BN Posted: 13 Dec 2013 08:43 PM PST Tindakan Umno dan Barisan Nasional memainkan isu Syiah kebelakangan ini bertujuan untuk mengalihkan perhatian orang ramai terhadap isu kenaikan harga kebelakangan ini, kata Dyana Sofya Mohd Daud (gambar), Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang. Dyana tersebut berkata serangan ke atas penganut Syiah bertujuan menutup keadaan sebenar rakyat yang tersepit. "Negara kita sekali lagi dilalaikan dengan isu Syiah. Ia dibangkitkan semata-mata untuk menutup keadaan sebenar rakyat Malaysia yang tersepit dengan peningkatan kos sara hidup yang melonjak dengan tinggi. Dyana juga mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah apabila menekan rakyat Malaysia berfahaman Syiah walhal ramai penuntut asing pengajian tinggi yang melanjutkan pelajaran di Malaysia menganuti ajaran tersebut. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Jika Mat Sabu saman Zahid Hamidi...!! Posted: 13 Dec 2013 07:56 PM PST Dr Zulqarnain LukmanUmum mengetahui bahawa PAS baru sahaja menyelesaikan proses pemilihan kepimpinan parti pada bulan November lepas. Oleh itu, jelas 'orang nombor 2' tersebut adalah merujuk kepada Mat Sabu. Ini kerana orang nombor 2 lain iaitu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din tidak dipilih di dalam muktamar tetapi dilantik. Perlantikan Datuk Dr Haron Din tidak dibuat di dalam muktamar lepas. Rentetan itu, beberapa orang samada dari dalam parti atau di luar parti telah menggesa Mat Sabu untuk menyaman Zahid Hamidi atau Abdul Rahim atas alasan ia serangan fitnah berbentuk peribadi kepada Mat Sabu. Tindakan undang-undang ke atas Zahid Hamidi atau Abdul Rahim dipercayai dapat mematikan serangan fitnah ke atas Mat Sabu. Mat Sabu pula dilaporkan telah menghubungi peguamnya bagi membincangkan perkara ini. Sebelum saya mengemukakan pandangan undang-undang berkaitan serangan fitnah ini, sewajarnya saya nyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi mahupun pengetahuan langsung daripada Zahid atau Mat Sabu berkaitan isu ini. Meskipun saya adalah peguam dan mengenali Mat Sabu, namun saya tidak pernah mewakili Mat Sabu dalam mana-mana tindakan ke atasnya. Mat Sabu juga tidak menghubungi saya untuk berbincang mengenai isu serangan Syiah ini. Oleh itu, ulasan saya adalah berdasarkan fakta yang diperolehi daripada sumber awam dan undang-undang yang saya pelajari. Sesuatu penyataan itu dianggap sebagai fitnah jika perkataan itu, 'mempunyai kecenderungan untuk merendah-rendahkan seseorang pada kaca mata orang awam secara umum atau ingin mendedahkannya kepada kebencian orang ramai, atau menghinanya atau memperkecilkannya atau menyebabkan orang ramai menjauhinya atau melarikan diri daripadanya' [lihat - Halsbury Laws of Malaysia, Vol. 2, [2004] Reissue m/s 400]. Read More / Baca Lagi >> | ||||
TERPEGUN..!!! Dunia sudah terbalik, Mat Sabu pula diminta kemuka bukti! Posted: 13 Dec 2013 07:53 PM PST Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, pegawai agama KDN, Dr Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu. "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Dr Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu. Dalam masa yang sana, beliau juga mengakui 10 bukti (sebenarnya hanya maklumat) yang didedahkan oleh KDN mengenai Mat Sabu hanya boleh dikategorikan sebagai gred B tetapi dalam masa yang sama masih mempunyai bukti gred A yang disimpan dan hanya akan didedahkan jika keadaan memerlukan. Terlihat ada yang pelik dalam hal ini. Sepatutnya yang perlu mengemukakan bukti adalah pihak yang menuduh, bukannya pihak yang kena tuduh. Jika Zahid Hamidi dan KDN begitu yakin dengan bukti yang mereka ada, mereka seharusnya tidak perlu berlengah lagi untuk menyerahkan bukti yang ada kepada Jakim supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Hanya setelah Mat Sabu ditahan dan didakwa secara rasmi, barulah beliau boleh mengemukakan pembelaan secara rasmi untuk menafikan penglibatannya dalam menganut fahaman Syiah. Lagi pun, bukankah dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, yang digegak-gempitakan oleh Zahid Hamidi ialah untuk menahan Mat Sabu dengan memberi arahan kepada Jamil Khir supaya segera berbuat demikian? Jadi apa tunggu lagi? Kenapa pula sekarang, KDN melalui Dr Zamihan meminta Mat Sabu mengemukakan buktinya? Tanggungjawab mengemukakan bukti adalah pada KDN, bukannya pada Mat Sabu. Lebih pelik lagi ialah kenyataan Dr Zamihan bahawa Mat Sabu boleh mengemukakan bukti-bukti penafiannya itu sama ada melalui bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar. Setelah 10 maklumat yang didedahkan sebelum ini disifatkan longgar dan tidak kukuh, kenyataan Dr Zamihan ini seakan-akan mengesahkan bahawa KDN tidak berniat sama sekali untuk menahan Mat Sabu, sama ada dengan kerjasama Jakim atau sebaliknya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Syiah: Pemuda PAS pastikan tekanan kuat kepada Umno@BN Posted: 13 Dec 2013 07:47 PM PST KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan memastikan seluruh tenaga anak muda disatukan bagi memberikan tekanan yang kuat kepada Umno BN pusingan kali ini. "Saya ingin menyatakan keazaman Pemuda PAS Malaysia untuk menggembleng tenaga seluruh pemuda Pakatan Rakyat dan aktivis anak-anak muda dari pelbagai bangsa, jalur fikrah dan latar belakang untuk bersatu memberikan tekanan yang sama ke arah Umno BN yang telah menekan rakyat Malaysia dengan seribu satu bebanan," ujar ketuanya, Suhaizan Kaiat. Katanya, GST, pengurangan subsidi, kenaikan tarif elektrik, kos pengangkutan awam dan umumnya seluruh harga barang yang bakal menyaksikan peningkatan; merupakan 'hadiah' kerajaan Umno BN kepada rakyat menjelang tahun baru. "Pemuda PAS Malaysia bertekad mengenepikan segala perbezaan-perbezaan kecil dikalangan pelbagai lapisan aktivis anak muda dan memberikan fokus kepada persamaan bersifat sepunya iaitu amarah anak muda yang muak dan benci dengan tekanan kos sara hidup dikenakan pemerintah Umno BN," ujarnya. Menurutnya, Umno BN hakikatnya sedang berkerja keras untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar. Tambahnya, tuduhan Syiah dalam PAS cuba didendangkan tanpa pembuktian yang kukuh. "Lojikkah menteri kanan membuat tuduhan syiah terhadap Timbalan Presiden PAS sekadar berasaskan 'Abang Mat mengkagumi revolusi Iran dan Khomeini'? Ini gila namanya," katanya. Sedangkan, katanya satu dunia sudah tahu Perdana Menteri Najib Razak sendiri pernah bertemu Pope tidak lama dahulu. "Apakah menteri yang sama boleh mendakwa Najib sebagai Kristian? Apa maknanya semua ini?" tanya beliau lagi. Read More / Baca Lagi >> | ||||
TERKAGUM: Bukti KDN tak cukup tuduh Mat Sabu Syiah, kata Ibrahim Ali Posted: 13 Dec 2013 07:39 PM PST Datuk Ibrahim Ali berkata bukti yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mencukupi bagi membuktikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menganut fahaman Syiah kerana beliau sendiri pernah bertemu dengan pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata, dakwaan pihak tertentu beliau menganut Syiah adalah satu jenaka besar kerana pertemuan sahaja tidak boleh dijadikan seseorang cenderung mengikuti fahaman tertentu. "Menyanjung tinggi Revolusi Islam Iran tiada kena mengena dengan kefahaman Syiah. Itu adalah perjuangan politik rakyat Iran menentang bekas pemerintah zalim ketika itu, Mohammad Shah Reza Pahlavi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider KDN pada Khamis mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad Sabu atau juga dikenali sebagai Mat Sabu dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Imam Khomeini. Sejurus selepas pendedahan KDN, gambar Ibrahim bersama Khomeini tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter. Antara yang didedahkan KDN adalah Mohamad pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeini melalui tulisan di Harakah pada Julai 2008. Ibrahim berkata KDN hanya boleh membuat dakwaan ke atas Mohamad sekiranya mempunyai bukti yang lebih kukuh berbanding pendedahan yang dilakukan kementerian itu sebelum ini. "Jika bertemu Khomeini seperti saya sekali pun, saya tidak akan mendakwa Mat Sabu pengikut Syiah tetapi jika KDN ada lebih banyak bukti, itu saya tak campur. KDN bukan sahaja perlu menunjukkan bukti tetapi adakah pemimpin itu pernah menyertai latihan atau pengkaderan anjuran kumpulan Syiah. Read More / Baca Lagi >> | ||||
DIKAGUMI: Saya tidak nampak Mat Sabu seorang Syiah, kata Ketua Syiah Kedah Posted: 13 Dec 2013 07:37 PM PST Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah. "Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak. Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN. Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah. "Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza. Read More / Baca Lagi >> | ||||
KEKAGUMAN: Saya tidak gentar disaman Mat Sabu, kata Zahid Hamidi kepada Utusan Posted: 13 Dec 2013 05:49 PM PST Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak sedikit pun gentar dengan tindakan undang-undang yang mahu diambil oleh Mohamad Sabu ekoran dakwaannya sebagai berfahaman Syiah. Sebaliknya beliau cukup bersemangat untuk bersemuka dengan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu di mahkamah. Ini kerana, beliau yakin peluang tersebut dapat digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan lebih banyak bukti penglibatan pemimpin nombor dua PAS itu dengan gerakan Syiah di Malaysia, lapor Utusan Malaysia. Zahid ketika membuat penggulungan dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini mendakwa orang nombor dua PAS terlibat dengan Syiah. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, dalam sidang medianya memberikan 10 bukti Mat Sabu adalah Syiah. Antaranya mengkagumi pemimpin Iran Ayatullah Khomeine yang menyebabkan pelbagai pihak mempertikaikan bukti ini termasuk bekas timbalan menteri, Datuk Saifudin Abdullah. "Saya tahu kebenaran mengenai pendedahan ini (Syiah). Mat Sabu juga tahu kebenarannya dan begitu juga dengan pemimpin PAS yang lain. Kita ada bukti dan saya tidak sedikit pun gentar dengan ugutan Mat Sabu mahu menyaman saya serta Kementerian Dalam Negeri. Saya bersedia untuk jumpa Mat Sabu di mahkamah. "Sebab itu saya harap Mat Sabu tidak termasuk dalam golongan mereka yang bertaqiyyah meskipun memang itu sikap penganut Syiah. Islam hanya Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kalau ada sesiapa di luar sana yang tersasar kembalilah ke landasan betul," katanya sebagaimana yang dilaporkan Utusan Malaysia. Read More / Baca Lagi >> | ||||
"Kebebasan" media mahu kembali ke zaman Mahathir? Posted: 13 Dec 2013 05:38 PM PST Media massa Malaysia sudah dikenali seantero dunia sebagai industri maklumat yang tidak bebas. Media massa Malaysia terikat dengan berbagai akta yang dilaksanakan atas alasan untuk keselamatan negara konon. Walhal segala akta yang mengikat kebebasan media massa Malaysia untuk mempertahankan kedudukan individu berkuasa dan hegemoni parti memerintah, UBN.
Antaranya akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA), Akta Keselamatan Dalam Negeri (SA), Akta Darurat 1948 dan lain-lain. Bagaimana pun secara amat perlahan, selepas menghadapi serangan awam bertahun-tahun, barulah beberapa peraturan di bawah akta berkenaan dilucutkan. Tetapi akta tunggak masih tetak ada, misalnya Akta Darurat 1948. Pemansuhan beberapa peraturan tidak membawa apa-apa erti langsung. Misalnya mengenai permohonan untuk mendapatkan permit penerbitan, sampai hari ini peraturan dan syarat dibawah Akta Penerbitan dan Mesen Cetak 1984 masih kekal. Tidak lama sebelum ini portal Malaysiakini memohon untuk mendapat permit penerbitan tetapi tidak dibenarkan, bahkan permohonan portal berita itu pun dihalang.
Harapan rakyat untuk mendapat ruang media massa yang bebas masih belum tercapai dan terawan-awanan dalam mimpi siang. Hanya di era Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri, media massa negara ini diberi sedikit ruang kebebasan. Abdullah bolehlah dianggap sebagai bapak pembebasan di negara ini atau tepatnya sebagai penebuk lubang menggamit sinar. Di zaman Abdullah tidak ada akhbar yang digantung permit atau wartawan ditahan kerana menulis sesuatu dianggap bersalah dengan undang-undang negara atau yang mengkritik hebat kepimpinan beliau. Ia amat kontras dizaman Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, (1982 -2004). Ada akhbar yang baru keluaran pertama diterbitkan sudah diharamkan kerana ia menyentuh batang tubuh Mahathir Mohamad. Saya sendiri ada pengalaman berhadapan dengan birokrasi kebebasan akhbar ini. Pantang menulis mengkritik pemimpin, dasar kerajaan dan Umno saya akan dipanggil dan diberi kaunseling berupa arahan, ugutan untuk menggantungkan permit. Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: Zahid Hamidi disabotaj? Posted: 13 Dec 2013 05:37 PM PST Oleh DR RIDUAN MOHD NOR Saya meneliti pendedahan Kementerian Dalam Negeri melalui Ketua Setiausahanya Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mengenai isu Syiah yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Sejak dari tengahari semalam saya menanti pengumuman KDN dengan penuh debaran, dan memikirkan apakah pendedahan ini bakal mematikan karier politik Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS serta memerangkap PAS seluruhnya atau sebaliknya. Terfikir juga apakah pendedahan ini bakal mengubah landskap politik negara, dengan PAS menjadi sasaran pula selepas ini. Umum mengetahui Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah agensi kerajaan paling digeruni. Mereka memiliki segala maklumat yang mendalam, tepat dan menyeluruh. Mereka memiliki rangkaian komunikasi, pasukan perisikan, mesin propaganda, pemikir profesional dan lain-lain lagi yang mampu mengatur dan merencana sesuatu isu besar negara. Apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bersuara dan lantang menuduh Haji Mohamad Sabu, seakan ada kegusaran pada hati pada semua, terutama pemimpin PAS. Maklumat apakah yang dimiliki beliau sehingga boleh menuduh tanpa ragu dan tanpa bimbang jika Timbalan Presiden PAS pula yang akan menyaman balas balik beliau.Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: Mat Sabu lawan Mat Syabu Posted: 13 Dec 2013 05:36 PM PST Belek-belek berita semalam, terbeliak dengan kenyataan Zahid Hamidi yang mengatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan bukti yang pemimpin nombor dua PAS, Mat Sabu itu Syiah. Fuh, suspen! Walaupun tidak faham kenapa tiba-tiba KDN menyibuk dalam urusan anutan, agama orang lain. Tapi layan sajalah. Bukan pertama kali kita nampak KDN ini dipergunakan ahli politik pemerintah untuk henyak musuh politiknya. Tunggu punya tunggu petang semalam dapatlah belek laporan sidang media mendedahkan bukti Mat Sabu itu Syiah. Tak pastilah nak gelak atau nak menangis. Kita taklah mengharapkan pendedahan penyiasatan itu secanggih CSI atau Sherlock Holmes, tapi apabila dengar bukti yang digunakan, rasa nak pitam. Antara bukti yang digunakan ialah kekaguman Mat Sabu terhadap Ayatollah Khomeini. Aduh ini menyebabkan selepas ini ramai lebih berhati-hati untuk kagum kepada apa-apa. Takut kekaguman pada Gandhi bukti sudah Hindu, kekaguman pada Martin Luther King Jr bukti sudah Kristian. Dengan tahap 'intelek' KDN itu, tidak mustahil kekaguman pada binaan Piramid boleh jadi bukti pengkagum itu Firaun. Kalau itu cukup lucu, lihat pula rujukan lain yang digunakan. Selain cerita orang, sumber blogspot pun boleh jadi bahan bukti. Senggama apakah ini? Kalau nak ikut sumber blogspot dan spekulasi, rasanya lebih kuat bukti menunjukkan pembunuh Altantuya itu adalah…sendiri fahamlah ya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: Adakah Ahmad Shabery Cheek juga Syiah? Posted: 13 Dec 2013 05:33 PM PST Oleh Haris Zuan Di negara ini kita dihadapkan dengan banyak istilah yang muncul tiba-tiba tanpa ada usaha untuk membantu khalayak awam memahami akan ertinya terlebih dahulu, misalnya sedikit masa dahulu negara ini heboh dengan perkataan Wahabi, maka ramailah yang dituduh Wahabi, namun apabila ditanya apakah dia Wahabi hanya dua perkataan sahaja yang mampu dilontarkan; Perlis dan Dr MAZA. Kemudian masyarakat disensasikan pula dengan istilah Islam Liberal. Kononnya Islam Liberal ini merupakan kesesatan yang nyata. Namun apabila ditanyakan apakah perbezaan fundemental Islam Liberal ini daripada segi persoalan iman dan epistemologinya, semua ikut diam. Hanya tahu Islam Liberal ini adalah orang yang bercakap tentang agama tetapi tidak berjubah dan kadang-kala pakai kot dan tali leher. Kita juga dibebankan dengan istilah sekularism yang entah apa ertinya namun sangat cocok jika disebut bersama liberalism. Ya, liberalism dan sekularism. Ketidakmampuan masyarakat umum untuk menghuraikan istilah ini bukanlah terjadi tanpa sebab dan bukan juga kerana istilah ini muncul tiba-tiba sehingga tiada kesempatan untuk mengkajinya. Buktinya ambil sahaja istilah Komunisme yang sejak dahulu dijadikan momokan untuk sesiapa sahaja yang kedengaran radikal atas sebab apa pun. Ya, radikal satu lagi istilah yang tidak kita mengertikan. Bagi kebanyakkan kita komunisme ertinya Chin Peng dan hal-hal yang bersangkutan dengan Chin Peng. Itu sahaja. Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: Syiah dan manipulasi politik Posted: 13 Dec 2013 05:31 PM PST Oleh HARIS ZALKAPLI Isu Syiah dan hal-hal berkaitan dengannya kini menjadi satu isu besar dalam politik negara, dan muncul sebagai satu isu yang menarik respons kuat daripada pihak-pihak berkepentingan. Isu Syiah ini muncul bukan secara terpisah daripada isu-isu global dan politik tempatan, dan bukan semata-mata menjadi topik debat berhubung pentadbiran agama Islam di negara ini. Kali ini, isu Syiah tidak boleh dilihat secara terasing daripada perkembangan politik di peringkat global yang rancak melibatkan persaingan kuasa-kuasa utama dunia Islam. Pada masa sama, sikap dan pendekatan, dan pembingkaian isu Syiah oleh pemerintah di negara ini juga wajar disorot dengan lebih kritikal. Hal berkaitan "kebangkitan Syiah" mula diperkatakan di rantau Asia Barat pada 2004, sejurus selepas kejatuhan pemerintahan Baath di Iraq, yang disusuli oleh politik yang lebih terbuka, sekaligus membuka ruang kepada penglibatan majoriti Syiah negara itu. Wacana yang panjang dan mendalam berhubung kebangkitan Syiah di dunia Arab dan dunia Islam bermula pada masa itu. Kemudian, ekoran perang antara militia Hizbullah, proksi Iran di Lubnan dengan tentera Israel pada musim panas 2006, populariti kumpulan Islam Syiah itu meningkatkan kebimbangan terhadap peningkatan populariti dan pengaruh Syiah dan Iran. Keresahan pemerintah-pemerintah Arab Sunni, terutama monarki Arab di Teluk Parsi terhadap kebangkitan Iran dan Syiah terus meningkat, dengan persaingan utama melibatkan Arab Saudi dengan Iran.Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: Jadikan Syiah isu, cara UMNO perbodohkan minda Melayu Posted: 13 Dec 2013 05:30 PM PST Ahli Parlimen DAP Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba memperbodohkan rakyat terutama orang Melayu dengan sengaja memperbesarkan isu Syiah sebagai satu ancaman. Beliau berkata, ancaman sebenar Melayu adalah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri iaitu UMNO/BN. "Sejak kecil, saya tidak pernah mendengar orang tua kita menyebut mengenai Syiah atau Sunni. Kita hanya menumpu perhatian kepada membetul dan mengukuhkan akidah. Setahu saya selagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah, dia tetap Islam. Maka, amat menghairankan perkara ini dijadikan masalah besar. "Alangkah bodohnya bangsa Melayu jika menerima tuduhan bahawa Mat Sabu itu Syiah semata-mata dia mengkagumi pemerintahan Iran, Ayatullah Khomeini. Bodohlah kita bangsa Melayu kalau membenarkan pemikiran di 'Zulkifli Nordin-kan'. "Adakah Zahid antek dan ejen Amerika serta kuasa barat yang sentiasa mencari jalan memecahbelahkan orang Islam? Kita cabar 'Ustaz' Zahid keluarkan fatwa bahawa Mat Sabu itu kafir," katanya dalam kenyataan. Menurutnya, agama dan bangsa bukanlah satu ancaman tetapi ia sengaja terus dimainkan UMNO agar dapat mengekalkan kuasa. "Yang jadi bahaya ialah perhambaan minda daripada tangan pemerintah bangsa sendiri. UMNO yang menjahanamkan orang Melayu. "Isu besar orang Melayu bukan agama atau bangsa lain tetapi kebodohan pemimpin Melayu kita (UMNO). "Ancaman terbesar orang Melayu ialah penghambaan minda. Minda kita jadi begini disebabkan mewarisi beberapa tabiat perangai, kebiasaan lemah dan rendah yang jadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala, beratus tahun lama diabdi dan diperah pemerintah daripada bangsa sendiri," ujarnya memetik kata-kata Pendita Zaaba pada 1927. | ||||
KAGUM: APA PENJELASAN DAN TINDAKAN PIHAK KDN DAN JAKIM MENGENAI RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR INI?? Posted: 13 Dec 2013 05:28 PM PST Kalau dilihat akan kemesraan dan keakhraban yang terpancar dari gambar-gambar ini .. Jika di guna pakai hujah bukti KDN dalam menyabit seseorang itu penganut fahaman Syiah .. Adakah Ahmad Zahid Hamidi pengikut fahaman Syiah????? Rakaman gambar kunjung hormat mesra Duta Iran ke Malaysia ke pejabat Menteri Dalam Negeri di Putrajaya baru-baru ini. | ||||
KAGUM: Kenyataan Ketua Syiah Kedah yang amat mengecewakan Umno Posted: 13 Dec 2013 05:26 PM PST | ||||
KAGUM: Hancurkan Pakatan dengan serangan terhadap Mat Sabu Posted: 13 Dec 2013 04:25 PM PST Sebelum ini beliau dilabel sebagai simpatis kepada fahaman komunis, kini Mohamad Sabu (gambar) diserang dengan isu Syiah pula dipercayai sebahagian dari usaha Umno melemahkan Timbalan Presiden PAS itu dan memecahkan Pakatan Rakyat (PR). Timbalan Presiden PAS penggal kedua yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu dilihat sebagai ancaman kepada Barisan Nasional (BN) kerana beliau bertanggungjawab dalam mengikat hubungan di antara parti Islam itu dengan DAP, sebuah parti sekular, akibat daripada hubungan rapat dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Ketika ramai bimbang perbezaan ketara antara PAS sebuah parti Islam dan DAP yang kadang-kadang dianggap anti Islam bakal memecahkan PR, hubungan rapat kedua-duanya banyak membantu. Mohamad suka memasak manakala Lim pula suka membaca, menjadikan kedua-duanya kawan rapat sepanjang beberapa tahun mereka ditahan bersama. Apabila Lim menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad antara yang mendapat kepercayaan beliau untuk dilantik menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah dalam syarikat air milik kerajaan negeri. Read More / Baca Lagi >> | ||||
KAGUM: KDN pulak minta Mat Sabu tampil kemuka bukti bukan syiah..!! aik ada bukti Gred A pulak...??? Posted: 13 Dec 2013 04:24 PM PST Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta tampil mengemukakan bukti jika dirinya tidak terlibat dengan fahaman Syiah. Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ustaz Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari (gambar) berkata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu juga perlu berhujah secara ilmiah bagi menafikan 10 bukti yang dikeluarkan KDN semalam yang mengaitkannya dengan fahaman Syiah. "Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, (Mohamad) sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, jawab dalam YouTube atau dalam surat khabar," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama malam tadi. "Nak cari kebenaran mesti berdasarkan Sunnah Wal Jamaah, kalau Syiah tidak akan ada titik pertemuan. Untuk menganalisis bukti pun boleh kerana kami ada saksi dan rekod. "Pihak kami dengan jelas mempunyai bukti Mat Sabu hadir kelas Syiah, bersama ustaz Syiah, jumpa dengan tokoh Syiah, melawat negara Syiah, memuji tokoh Syiah dan negara Syiah," katanya. Selain itu, Zamihan berkata 10 bukti mengenai pembabitan Mat Sabu dengan Syiah yang dikemukakan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi semalam, dikategorikan sebagai Gred B. "KDN ada lagi bukti eksklusif Gred A yang akan dikeluarkan kepada umum sekiranya keadaan memerlukan," katanya. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Bekalan air terganggu seminggu, Selangor sedia bantuan Posted: 13 Dec 2013 04:17 PM PST KUALA LUMPUR 13 DIS: Kerajaan Selangor telah bersedia menghantar lori tangki ke kawasan terjejas di negeri itu berhubung gangguan air pada 17 hingga 22 Disember ini, kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Elizabeth Wong. "Kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sudah bersedia bersama lori tangki untuk menghantar ke kawasan terjejas. "Berdasarkan pengalaman membantu rakyat setiap kali gangguan berlaku, biasanya kawasan paling kritikal ialah yang jauh dari kolam air dan tempat tinggi," kata Elizabeth kepada Keadilandaily. Kawasan di Selangor yang terjejas melibatkan Seksyen 25 – Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 – Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; dan USJ Subang. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyatakan kira-kira sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember depan dengan alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Rafizi syak gangguan bekalan air taktik UMNO@BN sabotaj Pakatan Posted: 13 Dec 2013 04:17 PM PST KUALA LUMPUR 14 DIS: Gangguan bekalan air pertengahan Disember ini disyaki taktik BN mensabotaj pengundi bandar kerana menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. "Setiap kali rundingan pengambil alihan pengurusan air oleh kerajaan Selangor, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak melengah-lengahkannya termasuk mewujudkan ganguan air. "Ia seolah-olah sabotaj berterusan Najib terhadap pengundi bandar hanya kerana menyokong Pakatan pada PRU lalu," katanya kepada Keadilan Daily. Pada PRU 13 lalu, Pakatan kekal mendominasi Parlimen Kuala Lumpur serta mengekalkan Selangor dengan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini mengumumkan sejuta penduduk Selangor dan Kuala Lumpur berdepan gangguan bekalan air bermula 17 hingga 22 Disember atas alasan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Melainkan hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat kawasan lain, tiada lori tangki dibekalkan sepanjang tempoh gangguan. "Syabas dilindungi pentadbiran Najib yang berkuasa besar dalam pengambilalihan air. Sebab itu mereka tidak kisah jika tiada penghantaran lori tangki ke kawasan terjejas. "Syabas juga tahu perjanjian melindungi mereka. Malah pentadbiran Najib tahu jika mereka membenarkan Selangor mengambil alih pengurusan air, BN ketandusan modal menyerang Pakatan," kata Rafizi. | ||||
Ukraine holds crisis talks, protesters prepare for mass rally Posted: 13 Dec 2013 04:08 PM PST | ||||
Reporter: Syria policy "in shambles" Posted: 13 Dec 2013 04:07 PM PST | ||||
Bangladesh execution sparks violent protests Posted: 13 Dec 2013 09:29 AM PST | ||||
Thailand's protest leader to meet military Posted: 13 Dec 2013 09:28 AM PST | ||||
KDN perlu pastikan polis syariah bukan tujuan politik Posted: 13 Dec 2013 09:26 AM PST SHAH ALAM 13 DIS : Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memperjelas dan membuktikan cadangan penubuhan 'polis syariah' seperti yang dicadangkan tidak mempunyai unsur politik. Ahli Pimpinan PAS Pusat, Khalid Samad, berkata KDN sudah menyalahgunakan kuasa dan duit rakyat jika penubuhan itu lebih bersifat politik. Katanya, KDN juga perlu memperjelaskan tujuan sebenar penubuhan pasukan polis syariah, selain cara pasukan itu bertindak dalam menangani kes. "Kalau mereka sedang memperincikan, wajar mereka jelaskan apakah tujuan sebenar dan bagaimana cara polis syariah akan bertindak. "Tetapi jika sekadar mahu memenuhi kepentingan politik Barisan Nasional (BN) sebab mahu tunjukkan perjuangan PAS sudah tidak releven, maka ia satu penyahgunaan kuasa dan duit rakyat," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamid, berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini. Read More / Baca Lagi >> | ||||
Malaysia ‘jaguh rasuah’, wakil BN berang Posted: 13 Dec 2013 09:25 AM PST Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah". Lim yang menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, berkata berdasarkan GFI, Malaysia di tangga keempat dari segi pengaliran keluar wang haram dan paling tinggi di dunia dari segi per kapita. "Itulah sebab Wall Street Journal dan GFI menggelar Malaysia the most corrupted country (negara paling korup)... tahniah BN," kata Lim. Katanya berdasarkan GFI, sejumlah RM1.2 trilion wang haram keluar dari Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan