Ahad, 1 Disember 2013

bumiperak

bumiperak


Jawatankuasa PAS Pusat: 5 Negeri dapat Pesuruhjaya baru

Posted: 01 Dec 2013 05:18 PM PST

KLumpur 2 Dis: PAS mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SETIAUSAHA AGUNG manakala Datuk Mahfuz Omar dilantik sebagai KETUA PENERANGAN yang baharu dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti Islam itu, malam tadi. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai BENDAHARI manakala Dr Mohd Hatta Ramli dikekalkan sebagai KETUA PENGARAH PILIHANRAYA.
Selain itu, lima negeri mendapat pesuruhjaya baru iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Aminulhuda Hassan untuk JOHOR, Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (PERAK), Adun Sura, Satiful Bahri Mamat (TERENGGANU), Mohd Shukri Ramli (PERLIS)  dan Exco Selangor, Iskandar Samad (SELANGOR).

Semua dilantik dalam mesyuarat pertama selepas muktamar PAS ke-59 berakhir, baru-baru ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melantik Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tewas bagi merebut jawatan timbalan presiden sebagai AJK.
Turut dilantik sebagai AJK adalah Datuk Abu Bakar Chik yang tewas bagi jawatan naib presiden. Selain beliau Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohd Hussin, Asmuni Awi, Zulkeflee Mohd Omar dan Dr Muhaimin Sulam turut dilantik sebagai AJK.
Sementara itu, tiga penolong setiausaha agung dan pesuruhjaya PAS PULAU PINANG akan dilantik dalam mesyuarat 17 Disember nanti.
Sementara itu, Pemuda PAS terpaksa bermesyuarat sekali lagi 5 Disember ini selepas mesyuarat mereka pada 28 November gagal mencapai kata sepakat dalam pelantikan setiausaha.
Suhaizat Kaiat yang menang sebagai ketua dalam muktamar PAS baru-baru ini dikatakan gagal melantik calonnya untuk jawatan itu selepas cadangannya ditolak oleh exco. – M-Insider.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sasterawan Rogol Mahasiswa

Posted: 01 Dec 2013 04:57 PM PST

Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI).
Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan.

Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. "Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. "Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita.
"Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan," katanya.

Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan.

"Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental," katanya.
Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi

Al Fatihah - Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia

Posted: 01 Dec 2013 08:04 AM PST

  • Datuk Mohd Fauzi ShaariBekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Fauzi Shaari
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama

Bintang 'Fast And The Furious' [Paul Walker] Maut Dalam Nahas Jalan Raya

Posted: 30 Nov 2013 11:31 PM PST


Paul Walker
KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu.
Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.
Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup
Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide.
Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar.

Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS

Posted: 23 Nov 2013 09:47 AM PST




    Mat Sabu
    SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.
    Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.
    Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
    Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.
    Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu
    Mat Sabu bersalaman dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah selepas berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, Shah Alam, Sabtu. -foto AZHAR MAHFOF/The Star
    SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
    Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan.
    "Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan.
    "Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut.
    Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.
    Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi.
    Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga.

    RAKYAT MARHAEN

    RAKYAT MARHAEN


    Penggulungan Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Belia Dan Sukan

    Posted: 01 Dec 2013 09:22 PM PST

    Bangkok: Protesters and police play cat and mouse

    Posted: 01 Dec 2013 09:01 PM PST

    Renungan Isnin: MUSTAFA ALI akan jadi x-faktor PAS di tolak rakyat.....

    Posted: 01 Dec 2013 08:52 PM PST

    Oleh TS Buloh Betong

    TAHNIAH diatas saff kepimpinan JK PAS yang baru dilantik oleh perwakilan dan pimpinan PAS.
    So far semuanya dilihat sudah cantik dan bergaya untuk memacu PAS bersama PR menghadapi serangan BN.
    Namun kini selepas semalam dan Datuk Mustafa Ali diumum sebagai SU Pas maka lubang untuk terus PAS membuka peluang musuh mempermain dan mempengaruhi minda untuk sokongan kepada PAS & PR dengan isu 'spenda putih' beliau.
    Walaupun isu itu fitnah namun peluang musuh untuk memainkan lagu itu tetap mereka perdendangkan.
    Sudah habiskah barisan kepimpinan PAS dengan terus mengekalkan Mustafa Ali yang terpalit akan isu tersebut. Jika barisan AJK oklah lagi... tapi sebagai SU... yang merupakan antara terpenting dalam barisan kepimpinan.
    Jadi fikir-fikirkanlah akan serangan yg akan dihadapi oleh orang bawah dengan hal ini....

    MyDistress Tukar SaveMe999 (Aplikasi Telefon Pintar + Sistem Operasi) Menelan Kos Belanja Sekitar RM1 Bilion Patut Atau Tidak?

    Posted: 01 Dec 2013 08:44 PM PST

    Saveme 999
    Jikalau dahulu, aplikasi popular telefon pintar seperti Mydistress yang disasarkan pengguna di sekitar negeri Selangor bertujuan menghubungkan antar pengguna dan juga pihak polis dengan lebih mudah.
    Terkini, kerajaan bertindak melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Malaysian Emergency Response System (MERS 999) bagi memajukan satu aplikasi yang dinamakan SaveMe999 bagi menggantikan aplikasi MyDistress sekaligus dikatakan aplikasi SaveMe999 akan menjadi satu-satunya saluran kecemesan emergency kepada polis untuk rakyat Malaysia kelak. Berminat? Yang memeranjatkan kami pula…
    Yang memeranjatkan Berita Semasa pula, cara pelaksanaannya yang pada ketika ini hanya disasarkan kepada golongan kurang upaya apabila mula dilancarkan pada 9 September 2013 yang lalu yang mana belum lagi dilepaskan kepada umum.
    Berapa ramai OKU yang ada telefon pintar? Jikalau ada OKU yang bekerja, mampukah mereka daripada segi kewangan untuk memiliki telefon pintar?
    • Contohnya, OKU yang buta adakah akan memakai telefon pintar kecuali jika aterdapat SMART – BRAILE FON, yang boleh sentuh-sentuh itu.
    • Bagi Berita Semasa, dengan kso operasi sehingga RM1 bilion ini adalah lebih baik digunakan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan berbentuk fizikal di bandar-bandar untuk golongan OKU seperti laluan pejalan kaki yang lebih baik, laluan landai untuk OKU yang berkerusi roda. Realitinya apa yang berlaku sekarang ini?

    Beza MyDistress VS SaveMe999

    • Aplikasi MyDistress pernah menang anugerah Asia Pacific Information and Communication Technology Alliance (APICTA)
    • Aplikasi SaveMe999 perlu melalui saringan Telekom sebelum disambungkan kepada Polis, Bomba atau Hospital yang mana perlu memberi identifikasi sebanyak dua kali
    • Aplikasi MyDistress lebih mudah di mana boleh menghantar signal kecemasan terus kepada polis
    • Hotline Emergency MERS999 kini diselenggara oleh Telekom selepas Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati 32% daripada jumlah panggilan kecemasan kepada MERS999 tidak berjawab. Daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lalu, terdapat keseluruhan 23.6 juta panggilan kecemasan, membawa jumlah 7.6 juta panggilan kecemasan tidak berjawab!
    Read More / Baca Lagi >>

    Tol Naik 2014 di Malaysia : Pampasan RM400 Juta Tidak Mampu Dibayar Kerajaan Kepada Pemegang Konsesi Lebuhraya!

    Posted: 01 Dec 2013 08:42 PM PST

    Tol Naik 2014
    Kenaikan tol naik 2014 : Bersiap sedia rakyat Malaysia untuk menghadapi gelombang seterusnya kenaikan tol naik 2014 di Malaysia tidak lama sahaja lagi. Jika anda pernah mengikuti Berita Semasa daripada dahulu lagi, pasti anda masih ingat lagi berita mengenai laporan antara bisnes yang menguntungkan dan lumayan melibatkan taikun-taikun kaya di Malaysia, (SEPERTI DI SINI).
    Hampir pasti akan terus untung dan untung dan tanpa kerugian yang dijamin oleh kerajaan. Inilah antara bisnes modal untuk penyedia konsesi lebuhraya di Malaysia selama ini. Indah bukan bunyinya? Nah…
    Kenaikan Kadar Tol

    Nah….sekarang ini, akibat dek tidak tertahan dan "tidak mampu" untuk membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit bagi mengelakkan pemegang konsesi lebuhraya di Malaysia terus mengumumkan naik tol 2014 setiap 3 tahun sekali lebih-lebih lagi melihatkan kewangan negara yang agak tenat ketika ini, akhirnya kerajaan terpaksa "menghalalkan" perbuatan pemegang konsesi tol di Malaysia menaikkan kadar tol naik 2014 tidak lama sahaja lagi yang akhirnya bakal ditanggung oleh anda-anda di sini…

    Semak Senarai Kenaikan Tol Naik 2014 di Malaysia?

    Antara senarai tol yang terlibat dengan kenaikan kadar tol kali ini :
    Read More / Baca Lagi >>

    DAP mahu PR NS kenalpasti calon MB Melayu

    Posted: 01 Dec 2013 08:39 PM PST

    Saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu

    SEREMBAN:Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memulakan langkah awal dan mengenalpasti siapakah bakal Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
    Bercakap dalam Konvensyen DAP Negeri Sembilan penggal ke-16 di Seremban, lewat petang semalam, Loke berkata pada PRU-13, Pakatan
    Rakyat telah berjaya menyakinkan majoriti pengundi di kawasan bandar seperti yang ditunjukkan dalam keputusan yang kita perolehi.
    "Namun, kami menerima hakikat bahawa faktor ketakutan yang dibangkitkan oleh Umno terhadap masyarakat Melayu melalui isu
    perkauman yang dimainkan masih begitu berkesan di kawasan luar bandar sehingga PAS dan PKR sukar menembusi kerusi-kerusi yang ditandingi oleh Umno.
    "Umpamanya, ada di kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang termakan dengan propaganda Umno kononya orang Melayu akan kehilangan kuasa politik sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan dan pemimpin bukan Melayu DAP akan merampas kuasa Melayu termasuk saya akan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
    "Sebelum PRU-13 pun telah berkali-kali saya mengulangi pendirian DAP bahawa kita tidak menolak kuasa politik Melayu.
    "Yang DAP dan Pakatan Rakyat ingin tolak ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang rakus kuasa dan rasuah. DAP akan tetap mendokong peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan bahawa jawatan Menteri Besar akan disandang orang seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu yang beragama Islam. Pendirian DAP dalam hal ini tetap sama dan tidak berubah.
    Read More / Baca Lagi >>

    Melagukan angin perubahan dalam PAS

    Posted: 01 Dec 2013 08:36 PM PST

    Oleh Izmil Amri
    SAYA kurang minat kumpulan Scorpions. Kumpulan rock Jerman yang tua setahun daripada DAP ini bagi saya sama maqamnya dengan kumpulan rock kapak di Malaysia seperti Terra Rossa, Bumiputera Rockers dan barangkali Fabiens. Saya lebih minat Black Sabbath atau Led Zeppelin, mungkin kerana saya sedikit anglophile.

    Ada juzuk budayawan yang mahu melonggok Scorpions seiring band rock seperti Sweet Charity dan yang sewaktu dengannya. Tapi bagi saya itu hasil kekaburan mata mereka yang memandang Scorpions dengan kanta 'orang puteh'. Tapi tak apalah, bukan itu yang saya mahu bicarakan.
    Bait-bait lirik lagu kumpulan ini bertajuk 'Wind of Change' berkumandang di Muktamar PAS yang baru sahaja selesai. Dr Muhaimin Sulam barangkali peminat Scorpions. Maka digunakan lirik kumpulan rockers tua ini untuk mengukuhkan hujah ucapan penggulungannya.
    Dr Muhaimin, dengan imej rambut panjang mayang mengurai di samping wajahnya yang jernih berjanggut membacakan rangkap syair tulisan Klaus Meine ini dengan begitu bersahaja:
    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow share their dreams
    With you and me
    Take me to the magic of the moment
    On a glory night
    Where the children of tomorrow dream away
    In the wind of change
    "Bawalah daku ke saat penuh sakti kala malam gilang gemilang, Di tempat anak-anak hari esok berkongsi mimpi bersama kau dan aku; Di tempat anak-anak masa depan akan terus punya impian, dalam hembus bayu perubahan." Demikianlah lebih kurang terjemahnya.
    Lagu 'Wind of Change' ini ditulis dengan berlatarkan polisi glasnost yang diperkenalkan Mikhael Gorbachev kepada Kesatuan Soviet Rusia dalam pertengahan dekad 80an. Glasnost secara mudah faham membawa maksud ketelusan dan sentiasa digunakan Gorbachev dalam rangka usaha menstruktur semula Parti Komunis Rusia; atau juga disebut perestroika.
    Usaha mengislah Parti Komunis Rusia yang cuba dibawa Gorbachev inilah yang menjadi inspirasi penulisan 'angin perubahan' Scorpions lantaran ketika itu juga bermulanya kejatuhan kerajaan blok Timur selepas tamatnya Perang Dingin. 'Wind of Change' seakan menjadi lagu tema sejak runtuhnya Tembok Berlin dan popular bagai nak rak di Jerman dan negara Eropah pasca terlungkupnya Parti Komunis Soviet Rusia.
    Demikian peranan budayawan, penyair dan rockers yang sentiasa tidak jemu memberi muzik latar kepada sejarah di saat ia berkembang. Bukan setakat meraikan kehidupan dengan syair cinta mahupun lagu penuh kemarahan buat anak-anak muda yang menyampah duduk di rumah dengar bersama kawan ketika lepak di bawah jambatan sambil hangguk-hangguk.
    PAS tak cukup rock?
    Read More / Baca Lagi >>

    Belajar Mengurus Daripada P Ramlee

    Posted: 01 Dec 2013 08:35 PM PST

    Oleh A Kadir Jasin
    SEANDAINYA P Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai "management guru" Tanah Melayu.

    Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep "reward & punishment" (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.


    Dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok" (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan diberi bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum dikenakan potongan gaji. Setiap barang yang disamun disimpan di dalam gua dan dihitung.


    P Ramlee amalkan sistem "reward and punishment"

    Kalau ditakdirkan P Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam diberikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihan raya.

    Bertitik-tolak daripada logik P Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima "bonus" dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.

    Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.

    Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.
    Read More / Baca Lagi >>

    Selangor targets RM8b investments in 2014

    Posted: 01 Dec 2013 08:33 PM PST

    The state government is looking at more investments from the services sector, especially in the aerospace, chemical and education segment.

    by Prem Kumar Panjamorthy
    PETALING JAYA: The Selangor state government aims to attract RM8 billion worth of investments next year, deriving the most from the services sector — aerospace industry, chemical industry and education sector.
    The target is similar to the state's goal of RM8 billion this year. For the first eight months of this year, approved manufacturing investments into Selangor stood at RM3.5 billion, less than half of its full-year target.
    "The last four months will be the most active months for investments. Hopefully, we will be there," SSIC Bhd chief executive officer Hasan Azhari Idris told The Malaysian Reserve recently. SSIC is the state government's investment arm that deals with its investment related matters.
    Transport equipment, electrical and electronic products, and food manufacturing made the top three investment contributing sectors up to August 2013.
    Hasan said the state government now aims to attract more quality projects with high capital value and high multiplier effect.
    Read More / Baca Lagi >>

    Datuk Fauzi Shaari dalam kenangan - Al Fatihah

    Posted: 01 Dec 2013 08:29 PM PST


    Beliau bertanding di parlimen Larut pada 5 Mei lalu tetapi tewas kepada calon BN, Datuk Hamzah Zainuddin.

    PETALING JAYA: Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan hati.
    Allahyarham, 63, meninggal dunia di unit rawatan rapi Hospital Serdang pada kira-kira jam 8 malam tadi.
    Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Shah Alam di Seksyen 21 pada kira-kira jam 10 pagi ini.
    Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.
    Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu.
    Mohd Fauzi menyertai PAS pada 2012 dan bertanding di kerusi parlimen Larut dalam pilihan raya umum 5 Mei.
    Kerusi tersebut dimenangi calon BN Datuk Hamzah Zainuddin dalam pertandingan tiga penjuru itu.
    Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meninggal dunia, malam tadi.
    "Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh," ujarnya menerusi facebook, malam tadi.
    Bagi beliau, sesungguhnya jasa dan sumbangan Almarhum kepada PAS khususnya di dalam kempen PRU13 yang lepas sangat banyak dan hanya Allah SWT yang berhak membalas jasa-jasanya.
    "Saya menyifatkan kematian beliau sebagai satu kehilangan kepada PAS dan juga kehilangan satu lambang integriti yang begitu ulung dalam perkhidmatan polis di negara ini," ujar beliau.
    Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi facebook malam tadi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Fauzi.
    "Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada kita Gerakan Islam di Malaysia ini," ujarnya.
    Fauzi Shaari  adalah bekas anggota polis dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beliau pernah menjadi Ketua Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Selangor.
    Beliau dilahirkan di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau Perak pada 25 September 1950. Bapanya Shaari Musa dikatakan turut terlibat menubuhkan Persatuan Ulama Malaya pada 23 Ogos 1951 bersama Ustaz Ahmad Fuad Hassan.
    Fauzi Shaari menyertai PDRM pada April 1975 . Ketika itu , berlaku peristiwa mogok kemiskinan terutama di Baling Kedah.
    Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Diploma Sekolah Staf Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko ABRI) serta Diploma Sains Kepolisan.
    Tindakan beliau sebagai Ketua Polis Dang Wangi membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur mendapat bantahan kerana boleh menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketika itu banyak aktiviti maksiat di Sun Komplek, Wisma Bond dan beberapa tempat di daerah Dang Wangi. Ketua Polis KL ketika itu ialah Datuk Ku Chin Wah.
    Read More / Baca Lagi >>

    Laporan audit 3 dedah peningkatan kos RM12.6 juta bina kompleks IPKBN

    Posted: 01 Dec 2013 08:24 PM PST

    Pendedahan terbaru mengenai salah urus kerajaan, pada ketika Putrajaya meluaskan kutipan hasil dengan memperkenalkan sistem cukai baru, Ketua Audit Negara mendapati kelewatan pembinaan kompleks Institut Pengurusan Krisis dan Bencana Negara (IPKBN) sehingga menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM12.65 juta.
    Kos asal pembinaan kompleks IPKBN adalah RM77.59 juta.

    Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri 3 juga mendapati surau dan kelab rekreasi Kompleks Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) tidak digunakan dengan optimum dan tidak mempunyai bekalan elektrik.

    MP PKR Bayan Baru Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Belia Dan Sukan

    Posted: 01 Dec 2013 08:17 PM PST

    MP PAS Pokok Sena Bahas Peruntukan 2014 - Kem. Belia Dan Sukan

    Posted: 01 Dec 2013 08:17 PM PST

    Dewan Rakyat 2 Dis 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

    Posted: 01 Dec 2013 08:16 PM PST

    Selangor kekal prestasi cemerlang dalam kelembapan ekonomi global

    Posted: 01 Dec 2013 07:44 PM PST

    b-china conference marriot hotel 2PUTRAJAYA 2 DIS : Selangor berjaya mencatatkan prestasi ekonomi yang membanggakan walaupun negara Eropah dan Amerika Syarikat terus berdepam dengan kemelut kelembapan ekonomi global.
    Kejayaan itu didorong dengan kemampun negeri itu menyediakan iklim pelaburan yang sihat, sekali gus mampu menarik minat pelabur domestik dan luar negara untuk melabur.
    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. berkata Selangor masih kekal sebagai negeri yang memiliki jumlah projek pelaburan tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu.
    Abdul Khalid berkata, beliau berharap keadaan iklim ekonomi yang sihat itu mampu menarik minat pelabur dari China dan negara luar lain untuk melabur di negeri itu.
    "Pada tahun 2012 dan 2013 , kami mencatatkan prestasi yang lebih kukuh daripada segi pelaburan domestik dan semula. Walaupun saya memahami iklim ekonomi global yang sukar, saya sangat berharap untuk menarik lebih banyak pelaburan asing.
    "Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) juga menunjukkan Selangor berjaya menarik 97 projek pelaburan, tertinggi di Malaysia, sehingga Jun lalu," katanya pada majlis Makan Malam Gala Persidangan Usahawan Malaysia-China 2013 di Hotel Marriot, di sini, malam tadi.
    Read More / Baca Lagi >>

    IS A TRAP BEING SPRUNG & FOR WHOM? Ex-AG urges Mat Zain to lodge police report on Gani Patail

    Posted: 01 Dec 2013 07:43 PM PST

    IS A TRAP BEING SPRUNG & FOR WHOM? Ex-AG urges Mat Zain to lodge police report on Gani PatailA former police detective will not see any investigation into his allegations of wrongdoings by the Attorney General unless a police report is lodged, a former top government lawyer said when commenting on the explosive claims.
    Former AG Tan Sri Abu Talib Othman said that retired Kuala Lumpur CID director Datuk Mat Zain Ibrahim must lodge a police report if he has evidence of criminal wrongdoings by Tan Sri Abdul Gani Patail.
    "He was a senior police officer and must have evidence against Gani (the current AG) before making a report and stand by what he alleges.
    "I am saying this not in support of Gani but to protect the public office of the AG," he told The Malaysian Insider.
    He was responding to Mat Zain's insistence that police could investigate Gani based on the contents of his statutory declaration (SD) without lodging a police report.
    Mat Zain drew attention to Sections 107 and 107A of the Criminal Procedure Code related to information given to the police and their powers to investigate.
    He refused to comment further but said "more will be revealed in due time".
    Abu Talib, who was AG from 1980 to 1993, also questioned why Mat Zain was insisting that police investigate Gani (pic, right) based on the SD.
    "We do not know if he has an agenda. No point in him hiding behind the SD whose contents may be hearsay."
    Read More / Baca Lagi >>

    Tangisan Muslim Rohingya, Malaysia terus membisu

    Posted: 01 Dec 2013 07:15 PM PST



    Satu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah diadakan akhir tahun lepas bagi mencapai kata sepakat berhubung isu penghapusan etnik Muslim Rohingya di Myanmar. Hasil dari perhimpunan tersebut, satu resolusi telah berjaya dipersetujui dengan menggesa kerajaan Myanmar mengambil tindakan memperbaiki situasi dengan melindungi hak asasi manusia dan memberi hak kewarganegaraan masyarakat Islam.

    Namun, reaksi cukup negatif telah ditunjukkan oleh masyarakat Buddha Rakhine. Di saat Muslim Rohingya diperintah berkurung, mereka telah menyerang dengan ganas Pasaraya Utama Maungdaw di Arakan dengan membakar 7 kedai yang dimiliki oleh orang Islam dan membuat rompakan sebanyak 12 kedai. Mereka juga telah membakar sebuah masjid tertua di Arakan yang telah didirikan dari abad ke-19 yang dikenali sebagai 'Hakim Ali'.

    Pada bulan November 2013, satu delegasi OIC telah membuat lawatan ke Myanmar bagi meninjau nasibMuslim Rohingya yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam. Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OIC dan anggota delegasi yang lain telah menghabiskan masa selama 4 hari berhasrat untuk bertemu dengan presiden, menteri, kumpulan agama dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Tetapi,  Aung San Suu Kyi enggan menemui mereka.
    Read More / Baca Lagi >>

    Al Fatihah: Kematian Datuk Fauzi kehilangan besar kepada PAS

    Posted: 01 Dec 2013 07:14 PM PST

    KUALA LUMPUR: Musyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang meninggal dunia, malam tadi.

    "Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh," ujarnya menerusi facebook, malam tadi.

    Bagi beliau, sesungguhnya jasa dan sumbangan Almarhum kepada PAS khususnya di dalam kempen PRU13 yang lepas sangat banyak dan hanya Allah SWT yang berhak membalas jasa-jasanya.

    "Saya menyifatkan kematian beliau sebagai satu kehilangan kepada PAS dan juga kehilangan satu lambang integriti yang begitu ulung dalam perkhidmatan polis di negara ini," ujar beliau.


    Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerusi facebook malam tadi turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Datuk Fauzi.

    "Kematian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada kita Gerakan Islam di Malaysia ini," ujarnya.

    Menteri Pendidikan Baru Ke..??: Mahasiswa perlu perbaiki kemahiran bahasa Inggeris, kata Rosmah

    Posted: 01 Dec 2013 06:41 PM PST

    Mahasiswa disaran meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris yang merupakan antara elemen penting untuk merebut tempat dalam pasaran kerja, dan ia bahasa global yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
    Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar), berkata amat membimbangkan jika graduan walaupun berjaya memperoleh ijazah dengan keputusan yang sangat cemerlang tetapi gagal dalam persaingan pekerjaan kerana kurangnya kemahiran berbahasa Inggeris.
    "Graduan ini dianggap kurang bersesuaian untuk pasaran antarabangsa dan masalah ini begitu ketara di kalangan pelajar Melayu," katanya pada majlis makan malam bersama Mahasiswa Nasional dan perwakilan Kelab Umno Luar Negara di Kuala Lumpur, malam tadi.
    Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Pengerusi Biro Kelab Umno Luar Negara Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap , Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim.
    Rosmah berkata, mahasiswa juga perlu menimba sebanyak mungkin ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman di universiti supaya mempunyai kualiti diri yang cemerlang serta semangat daya saing yang tinggi untuk berjaya.
    Read More / Baca Lagi >>

    Sudah lah ‘Jib! You’re just another Pak Lah!⃰

    Posted: 01 Dec 2013 06:37 PM PST

    M. Bakri Musa

    Sudah lah 'Jib! (You are finished, Najib!), you are just another Pak Lah! Malaysia cannot afford two consecutive incompetent leaders as it enters the 21st century. The precious and critical first decade is already lost.
    Datuk Seri Najib Razak's latest "Pak Lah moment" came when his police chief, Tan Sri Khalid Abu Bakar, threatened to arrest Mariam Mokhtar for sedition over her article, "One ideology, two reactions", posted on Freemalaysiatoday.com on November 29.
    Mariam dared to highlight the highly favourable treatment extended to Siti Aishah Abdul Wahab, the woman allegedly held as a "slave" by Marxists in London, compared with the contempt the Najib administration heaped on Chin Peng, leader of the defunct Malayan Communist Party.
    Mariam suggested that the Najib administration's generous gesture to Siti Aishah was more on exploiting the favourable publicity surrounding that London slavery case.
    "She had better watch out," Khalid warned, "or we will go after her!" The "her" is, of course, Mariam.
    Jantan kampung betul! (a real village bull), as we say in the village when referring to such petty bullies. The inspector-general of police should display his manhood where it would really count, as with confronting Singaporeans spying on Malaysia, the intruders in Lahad Datu, or the alleged treachery over the loss of Pulau Batu Puteh.
    Those are the real and menacing threats to the nation's security and stability, not the eloquent writing of a young woman.
    Clearly, Najib and his officials are threatened by Mariam's ideas. Najib is stuck in a time warp of the old feudal ways, unable to grasp the new reality of a porous digital age. He and Khalid should be complimenting Mariam for her ability to write well and in English, as well as her courage to express her views.
    If Najib and Khalid have a better grasp of English, they would have discovered that Mariam's earlier essay in Malaysiakini.com, "Three slaves and the rakyat", on the same case had more punch.
    In that piece she noted that while the three London women were imprisoned for three decades, Malaysians have been "metaphorically imprisoned for the most part of 56 years", adding that the three women were shackled by "invisible handcuffs", just like Malaysians.
    "It is doubtful," Mariam continues, "if many Malaysians realised the similarities between themselves and those three women." Now that's powerful stuff, but Najib and Khalid missed Mariam's well-chosen metaphor and imagery.
    Read More / Baca Lagi >>

    SYED MOKHTAR & CO: PRODUK KELUARAN GARDENIA NAIK HARGA MULAI 3HB DISEMBER 2013!!

    Posted: 01 Dec 2013 06:32 PM PST



    Bersyukur dan berterima kasihlah kepada UMNO/BN ... kerana kemenangan yang diberikan kepada kamu oleh para ahli, penyokong dan pendokong UMNO pada PRU 13 lalu maka dibalas dengan mengizinkan Gardenia Bakeries Sdn Bhd syarikat pembuat roti kepunyaan Syed Mokhtar Al-Bukhary menaikkan beberapa produk keluarannya.

    Ini dinamakan.. yang kaya hanya beberapa kerat Melayu sedangkan majoritinya hidup dalam kesusahan.

    Apa-apa pun kita wajib bersyukur dan berterima kasih kepada UMNO/BN.

    Jika berdegil dan ingin menentang maka bersedia akan ditentang keras oleh para pejuang Ketuanan Melayu dari UMNO., Perkasa dan Jati yang amat terkenal dengan bengis dan garang itu.

    Bersyukur dan berterimakasih saja lah jika anda tidak mau di halau dan di hambat kjeluar negara suruh berpindah ke negara lain maupun di kerah duduk dalam hutan.

    Terima Kasih UMNO/BN .. Kerana Mu hari-hari kami dengar harga barang naik.

    Tribut buat Datuk Fauzi Shaari - Al Fatihah

    Posted: 01 Dec 2013 06:26 PM PST


    "Ustaz kenal tak siapa ni...inilah yang tangkap enta dulu masa demonstrasi. Tengok elok-elok" Bob Lokman bercanda dengan nada nada serius.

    Saya mengamati perlahan wajah bersih berkumis di hadapan saya dan ingatan saya terus mekar dengan watak penting di Bukit Aman.

    "Ohh...yang ini baik..kaki sembahyang ni..Datuk Fauzi orang kuat JSJ.." tukas saya gembira.

    Peristiwa ini berlaku beberapa tahun lepas di Surau At Taqwa Seksyen 7 Shah Alam.

    Perbualan kami semakin rancak, Datuk Fauzi Shaari sentiasa mengikuti kuliah-kuliah ilmu di sekitar Shah Alam selepas bersara daripada perkhidmatan polis yang disertai puluhan tahun sehingga menjawat jawatan orang nombor tiga paling penting dalam hirarki PDRM negara ini.

    Beliau seperti ribuan anggota keselamatan yang lain begitu akrab dengan majlis ilmu di zaman persaraan. Saya difahamkan semenjak dalam uniform beliau agak akrab dengan agamawan dan majlis ilmu.

    Beliau juga tidak kekok untuk menjadi imam dan juga bilal, ini adalah kerana pendidikan agama yang disemai oleh ibubapa beliau semenjak kecil.

    Datuk Fauzi senang meramahi para asatizah dan berkongsi pengalaman. Saya teringat salah satu forum saya dengan selebriti di sebuah dewan orang ramai di Shah Alam beberapa tahun yang lepas, beliau secara peribadi telah menghubungi pihak IPD Shah Alam supaya memberikan permit.
    Read More / Baca Lagi >>

    Isu Kazim: PAS atau Najib yang patut malu?

    Posted: 01 Dec 2013 06:24 PM PST

    Sama ada pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias menerima atau menolak tawaran menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno masih lagi menjadi tanda tanya. Ustaz Kazim sendiri belum memberi kata putus. Katanya, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan mengenainya.
    Menurutnya, beliau ingin mendapat jaminan daripada Perdana Menteri agar pelantikan itu tidak menghalang kerja dakwahnya. "Tunggulah saya sembahyang istikharah dulu," tambahnya lagi.
    Namun demikian, sementara pelantikan beliau ini terus menjadi pertikaian, Ustaz Kazim juga mengesahkan bahawa beliau masih merupakan ahli PAS kawasan Tambun, Perak. Meskipun dulu, katanya, ada ura-ura mahu memecatnya tetapi sehingga ini beliau tidak pernah menerima apa-apa surat surat pemecatan atau surat daripada jawatankuasa disiplin PAS.
    "Sepatutnya PAS merasa sedikit malu dengan Umno kerana mereka boleh menjemput orang yang di luar Umno untuk menduduki kerusi MT dan PAS tidak pernah menjemput saya, apatah lagi menjadi teman yang mesra", katanya dalam rakaman video sidang akhbarnya yang tersebar di laman sosial sekarang ini.
    Soalnya benarkah PAS yang patut malu atau Najib yang lebih patut malu?
    Read More / Baca Lagi >>

    Audit: Hasil kerajaan persekutuan meningkat kepada RM207.913 bilion pada 2012

    Posted: 01 Dec 2013 06:22 PM PST

    Kerajaan Persekutuan mengutip hasil berjumlah RM207.913 bilion pada 2012 iaitu peningkatan sebanyak RM22.494 bilion (12.1 peratus) berbanding RM185.419 bilion pada 2011.
    Hasil cukai, hasil bukan cukai dan terimaan bukan hasil menunjukkan peningkatan berbanding 2011, menurut kenyataan oleh Ketua Audit Negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2012 siri 3 yang akan dibentangkan di Parlimen, hari ini.
    Laporan tersebut ialah mengenai Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Tahun 2012 Serta Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri Siri 3.
    Mengikut laporan itu, peningkatan hasil sebahagian besarnya disumbangkan oleh cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan individu, faedah dan perolehan daripada pelaburan, lesen, bayaran pendaftaran dan permit, duti setem dan cukai perkhidmatan.
    Kenaikan harga petroleum mentah dunia, perkembangan ekonomi domestik yang kukuh, bayaran dividen lebih tinggi oleh Khazanah Nasional Berhad serta aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyumbang kepada peningkatan hasil.
    LHDNM berjaya mengutip hasil berjumlah RM124.892 bilion pada 2012 berbanding RM109.608 bilion pada 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM15.284 bilion (13.9 peratus).

    Manakala JKDM pula berjaya mengutip sejumlah RM32.319 bilion pada 2012 berbanding RM30.379 bilion pada 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM1.940 bilion (6.4 peratus). - Bernama

    Pakatan, pakar perangkap diri sendiri?

    Posted: 01 Dec 2013 06:21 PM PST

     Timmy Say

    Dua tahun lalu, cadangan Perdana Menteri mengesyorkan kenaikan elaun untuk ahli Parlimen mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat (PR).
    Tidak jelas apakah ketika itu PR membantah kenaikan gaji atau kerana masa kurang sesuai untuk kenaikan gaji atau kerana semata-mata BN yang mengumumkan kenaikan gaji atau kerana kerajaan tidak mampu atau kadar gaji dinaikkan atau sekadar untuk keuntungan politik kerana PRU13 bakal menjelang.
    Yang pasti, bantahan itu lebih berbentuk politik daripada persoalan yang sebenar iaitu – apakah perlu elaun itu dinaikkan? Apakah beban kewangan yang ditanggung ahli Parlimen sejajar dengan tugas yang dipikul mereka?
    Dua perkara pokok ini tidak dibincangkan.
    Perkara menaikkan elaun dipesongkan untuk mengambil keuntungan politik pada BN. Keborosan BN dibangkitkan. Maka akhirnya sama-sama merana kerana ahli parlimen PR juga tidak mendapat apa-apa walaupun ramai antara mereka yang merasakan gaji dan elaun yang diterima sebagai satu kezaliman kerana tidak setimpal dengan tugas dan bebanan kewangan yang terpaksa dipikul mereka.
    Ahli Parlimen yang mempunyai pekerjaan dan bisnes sendiri seperti peguam sebenarnya tidak berapa mengambil kisah gaji sebagai ahli Parlimen. Tapi ada ahli Parlimen yang betul-betul hanya berkhidmat sebagai ahli Parlimen sepenuh masa sangat memerlukan kewangan tambahan untuk menampung perbelanjaan mereka.
    Apabila kerajaan Sarawak menaikkan gaji ketua menteri, para menteri dan Adunnya, PR juga membuat bantahan dan mengambil keuntungan politik daripada episod tersebut.
    Betul, kenaikan gaji yang disyorkan Sarawak mungkin mengejutkan ditambah lagi dengan kontroversi kekayaan Taib Mahmud, tapi yang perlu dibahas ialah soalan pokok iaitu apakah gaji lama yang diterima ketua menteri, para exco dan Adunnya setimpal dengan tugas yang dipikul?
    Read More / Baca Lagi >>

    Tukar Tiub

    Tukar Tiub


    MENCARI AISHAH

    Posted: 01 Dec 2013 06:36 PM PST







    SATU JEMPUTAN - MENCARI AISHAH

    tukar tiub akan ditemu bual oleh radio bangsar utama
    malam ini jam 9:30 malam
    tukar tiub akan ditemu bual oleh para wartawan
    secara terbuka

    tukar tiub 
    pemecah berita sedunia
    siapa perempuan itu?

    bagaimana tukar tiub terlibat?

    semua soalan tentang aishah
    semua yang tak jelas siapa aishah
    semua boleh bertanya
    semua akan dijawab

    temu bual ini akan disiarkan secara langsung
    oleh radio bangsar utama

    sesiapa yang berminat untuk bertanya
    sesiapa yang berminat untuk mendengar
    sila datang malam ini
    ke universiti bangsar utama
    ALAMAT
    universiti bangsar utama
    52C jalan kemuja
    depan sekolah tamil
    sebelah pejabat  malaysia kini




    SATU LAGI HASIL MALAY STUDIES UM

    Posted: 01 Dec 2013 06:06 PM PST






    KOMENTAR TUKAR TIUB


    datuk seri are you from london?
    are you a londoners?

    the farmers are they from the shire county?
    are all the farmers from bera  educated in oxford?
    are their arses white?

    but i know your bontot is very gelap
    with lots of parut and panau
    you are only product of malay studies um
    why are you speaking london

    is this a cover up
    for your stupid schooling  
    becausae you not from eaton?

    NOTE
    and now you will be asking
    what is shire county
    and what is eaton
    please ask my uncle  lebai google
    kah kah kah

    AKIBAT DEDAK

    Satu kampung satu dusun

    BERA 30 Nov. - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperkenalkan program Touch Point bagi mewujudkan satu kampung satu dusun dengan menanam buah-buahan komersial untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.

    Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu akan bermula tahun depan dengan menyasarkan setiap rumah menanam sekurang-kurangnya tiga jenis pokok buah-buahan di halaman rumah mereka.

    Menurutnya, penduduk kampung terlibat akan diberi anak pokok yang berpotensi untuk dipasarkan dan secara tidak langsung mampu menjana pendapatan tambahan kepada mereka.

    "Kita akan memberikan anak pokok yang mempunyai permintaan pasaran seperti durian dan nangka madu.

    "Jika setiap rumah menanam dua atau tiga jenis pokok buah-buahan dan diikuti oleh rumah lain di dalam kampung tersebut, maka secara tidak langsung mewujudkan satu dusun di tempat mereka,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Road To Maha 2014 di Dataran Kerayong di sini hari ini.


    KAH KAH KAH

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH


    woit... SAEKOR LAGI CALON ANUGERAH MAT HASAN... kah kah kah

    --------

    GEROMBOLAN SESAT

    Posted: 01 Dec 2013 05:00 PM PST






    UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION SESAT?












    81 kumpulan ajaran sesat dikenal pasti di seluruh negara 7:24pm
    KUANTAN 1 Dis. - Sebanyak 81 kumpulan ajaran sesat dikenal pasti di seluruh negara termasuk lima daripadanya bergerak aktif dengan keahlian mencecah sehingga puluhan ribuan orang. Pengerusi Pertubuhan...

    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH
    KAH KAH KAH


    woit..HANYA 81  AJARAN SESAT... kah kah kah..

    kah kah kah... MUSTAHIL HANYA 81 SAHAJA... kah kah kah...

    kah kah kah... PUSING PUSING SHIAH....kah kah kah...

    kah kah kah..PUSING PUSING ARKAM. kah kah kah..

    woit... BAGAI MANA DENGAN  GEROMBOLAN?... kah kah kah..

    kah kah kah..BAGAIMANA DENGAN SUNNI WAL RASUAH... kah kah kah

    kah kah kah....UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION... kah kah kah

    woit.. JUMLAH SEMUA BUKAN 81... TAPI 82... kah kah kah



    SUNNI WAL RASUAH

    ---------

    AL- FATIHAH

    Posted: 01 Dec 2013 07:34 AM PST


    •  Fauzi Shaari kembali ke rahmatullah

      HARAKAHDAILY 01-12-2013
      Datuk Fauzi Shaari kembali ke rahmatullahSELAYANG: Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman,  Fauzi Shaari, 63, meninggal dunia jam 8.17 malam ini di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

    al-fatihah

    ------------

    TEMU BUAL - MENCARI AISHAH

    Posted: 30 Nov 2013 10:00 PM PST




    RADIO BANGSAR UTAMA



    esok malam isninjam 9:00 malam
    temu bual radio banghsar utama
    dengan tukar tiub

    ada cerita disebalik cerita
    ada kesah di belakang kesah
    hanya radio bangsar mendapat ekslusif

    sila layari radio bangsar utama
    stesen punk rock
    counter culture


    ------