MIMPI SENJA |
- Sasterawan Rogol Mahasiswa
- Al Fatihah - Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia
- Bintang 'Fast And The Furious' [Paul Walker] Maut Dalam Nahas Jalan Raya
- Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS
Posted: 01 Dec 2013 04:57 PM PST Jakarta: Sasterawan, penyair dan budayawan terkemuka Sitok Sunarto, 46, atau lebih dikenali dengan nama pena Sitok Srengenge semalam dituduh memperkosa seorang mahasiswa Fakulti Ilmu Budaya Universiti Indonesia (UI). Mangsa kini dilaporkan hamil tujuh bulan. Seorang pensyarah falsafah di UI, Sarasdewi, mendakwa dia sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Metro Jaya Jumaat lalu. Dia juga mengakui menyimpan mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikirimkan Sitok kepada mangsa. Sitok dikatakan ada memberitahunya yang dia merayu untuk berasmara dengan siswi terbabit, selain turut mengaku bersalah dalam SMS yang dikirimkan. "Saya akan menjadi saksi kerana mangsa datang mengadu dan menceritakan kepada saya mengenai apa yang berlaku. "Jadi, saya melaporkan perkara ini kepada polis dengan sokongan universiti dan pertubuhan perlindungan wanita. "Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan," katanya. Menurut Sarasdewi perbuatan Sitok itu menyebabkan siswi terbabit menghadapi kemurungan. "Disebabkan kejadian itu mangsa menghadapi tekanan mental," katanya. Sarasdewi berkata, dia juga menemani mangsa ketika membuat pemeriksaan di balai polis dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Buat masa ini mangsa turut menjalani sesi kaunseling khas untuk mangsa penganiayaan seksual. - Agensi |
Al Fatihah - Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia Posted: 01 Dec 2013 08:04 AM PST KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang di Hospital Selayang di sini, malam ini. Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal dunia pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkennaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya. Jenazah Mohd Fauzi akan dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan esok di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam. Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki. Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu. - Bernama |
Bintang 'Fast And The Furious' [Paul Walker] Maut Dalam Nahas Jalan Raya Posted: 30 Nov 2013 11:31 PM PST KHABAR duka daripada dunia perfileman Hollywood apabila bintang Fast And The Furious, Paul Walker disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Santa Clarica, California pada Sabtu. Menerusi akaun Twitter milik aktor berusia 40 tahun itu, Walker yang duduk dibahagian penumpang bersama rakannya yang memandu kereta Porshe Carrera GT gagal mengawal kenderaan tersebut sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup. Walker yang popular dengan watak Brian O'Connor dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina yang dianjurkan oleh organisasi milik Walker iaitu Reach Out Worldwide. Kematian aktor itu mengejutkan orang ramai lebih-lebih lagi pada Khamis lalu, sebuh trailer lakonannya dalam Fast And The Furious 7 memaparkan babak mendiang di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh dalam kereta yang terbakar. |
Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden PAS Posted: 23 Nov 2013 09:47 AM PST SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi. Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi. Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam. Undi Tipis Menang Juga - Mat Sabu SHAH ALAM: Tiada sambutan bagi meraikan kemenangan ini, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menyifatkan pertandingan itu sebagai pertandingan persahabatan. "Apabila diisytiharkan menang, tak ada apa-apa sambutan. Ia hanya pertandingan persahabatan. "Kita bukan macam parti lawan perlu habis wang juta-juta untuk menang. Kita pertandingan biasa, semua dalam satu parti," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus diumumkan memenangi jawatan tersebut. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengetepikan pencabarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi. Mat Sabu memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar dengan 490 undi. Ketika ditanya mengenai jumlah undi yang diperolehi, Mat Sabu berkata; satu undi pun tak apa, kira menang juga. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan