Khamis, 28 November 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Awie Maut Nahas Kemalangan

Posted: 28 Nov 2013 06:36 AM PST


Awie' Maut

Benarkah apa dah jadi dengan Awie ni. Kemalangan sehinggakan mengundang maut ke atas dirinya. Dalam kejadian, mangsa dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah dikepala.

Tapi Awie ni bukan Awie penyanyi tu lah,muka sahaja yang sama, dan digelar 'Awie' dikalangan rakan beliau.Apa-apa pun Inalillahi dan salam takziah kepada keluarga arwah.

Seorang lelaki yang diberi gelaran 'Awie Lahad Datu', maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 3.5 Jalan Lahad Datu-Tawau berhampiran Bandar Sri Perdana, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa Maslee Lumayan, 44, yang mempunyai raut wajah seakan-akan penyanyi Awie itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

 "Mangsa dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu laju dari arah Bandar Sri Perdana ketika melintas jalan raya," katanya.

Takziah buat keluarga Arwah

Perhambaan di London: Siti Aishah 'Pelajar Yang Sangat Comel' di Kolej

Posted: 28 Nov 2013 03:18 AM PST

Oleh RASHVINJEET S.BEDI
Pip Ahmad Ibrahim, 73, menunjukkan gambar bekas rakan sekolejnya, Siti Aishah Abdul Wahab di Kolej Teknikal Kuala Lumpur dalam salah sebuah majalah kolejnya. - Foto SAMUEL ONG/THE STAR.
KAJANG: Siti Aishah Abdul Wahab merupakan seorang pelajar yang 'sangat comel' dan menjadi perhatian pelajar lelaki di di Kolej Teknik Kuala Lumpur, kata bekas rakan sekolejnya.
Pip Ahmad Ibrahim, 73, berkata, Siti Aishah merupakan pelajar junior tiga tahun daripadanya dari tahun 1963-64, dan dia menuntut di jabatan ukur bahan.
"Dia seorang remaja yang sangat comel dan bijak dalam pelajaran. Semua orang mahu keluar dengan dia," kata Pip Ahmad, yang menuntut dalam jurusan seni bina.
Siti Aishah merupakan seorang daripada tiga wanita yang dijadikan hamba selama lebih daripada tiga dekad oleh pengikut kumpulan fahaman Maoist yang diketuai oleh seorang warga India, Aravindan Balakrishnan dan rakannya Chanda Pattni, warga Tanzania.
Bagaiamanapun, bagi semua pelajar lelaki, mereka sedar yang Siti Aishah hanya berminat dengan seorang pelajar lelaki bernama, Omar Munir.
Gambar Siti Aishah bersama rakan-rakan yang terdapat dalam majalah kolej mereka.
Mereka kemudiannya bertunang walaupun hubungan tersebut putus di tengah jalan selepas pasangan berkenaan tidak bersetuju dengan penglibatan Siti Aishah dalam kumpulan fahaman Maoist.
"Mereka sering dilihat bersama macam belangkas. Orang lain tidak dapat mendekati mereka," kata Pip Ahmad sambil ketawa.
Bercakap kepada The Star di kediamannya di Kajang, Pip Ahmad berkata, dia tidak terlalu rapat dengan Siti Aishah dan hanya bercakap dengannya dalam beberapa majlis sahaja.
Dia berkata, abang Siti Aishah, Datuk Abdullah Bakri Wahab secara kebetulan, merupakan majikannya, tempatnya bekerja selepas tamat pengajian.
Pip Ahmad turut menunjukkan beberapa keping gambar Siti Aishah yang terdapat dalam majalah kolej mereka.
Siti Aishah merupakan bekas ahli jawatankuasa kumpulan pelajar Islam di kolej dan juga ahli lembaga pengarang penerbitan majalah kolej mereka.
Bagaimanapun, Pip Ahmad berkata gambar Siti Aishah yang dipaparkan oleh akhbar The Telegraph di Britain tidak serupa dengan wajah wanita yang dikenalinya itu.
"Saya sangat ragu-ragu ketika melihat gambar berkenaan. Saya rasa ia tidak serupa dengannya, walaupun Siti Aishah mempunyai wajar bujur sirih yang hampir sama," katanya.
Seperti orang lain, Pip Ahmad sangat terkejut apabila mengetahui Siti Aishah akhirnya menjadi mangsa perhambaan.
Bagaimanapun, seorang lagi bekas teman sekolej Siti Aishah yang enggan dikenali berkata, dia tidak terkejut apabila mengetahui apa yang terjadi terhadap rakannya itu.
"Saya tidak terlalu mengenalinya, namun saya tahu dia terlibat dengan aktiviti bawah tanah di United Kingdom," kata bekas rakan sekolej Siti Aishah yang merupakan pelajar senior tiga tahun daripadanya.
Dia berkata, Siti Aishah seorang pelajar yang baik dan pandai bersosial.
"Tidak ramai pelajar perempuan ketika itu. Sebaliknya hampir 98% pelajar adalah lelaki. Jadi mana-mana pelajar perempuan yang masuk ke sekolah berkenaan sudah pasti mereka dilihat cantik di mata kami," katanya.
Siti Aishah Berehat Di Hospital Setelah Didakwa Mengalami Strok - Anak Saudara
Siti Zawiyah
JELEBU: Siti Aishah Abd Wahab, wanita Malaysia yang berusia 69 tahun yang didakwa dijadikan hamba selama 30 tahun oleh pengikut fahaman Maoist di London, beransur sembuh di hospital selepas dikatakan mengalami strok baru-baru ini.
Anak saudaranya Siti Zawiyah Othman, 55, berkata saudara mereka yang berada di London juga telah memaklumkan keluarga di sini bahawa Siti Aishah kini beransur sembuh di hospital.
"Kami juga telah diberitahu bahawa ibu saudara saya berada dalam keadaan stabil," katanya, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu tentang hospital di mana Siti Aishah dimasukkan.
Siti Zawiyah berkata keluarganya berharap pihak berkuasa British akan membenarkan kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum Abdul Wahab,73, melawat Siti Aishah.
Kamar Mahtum berlepas ke London pada malam Selasa selepas diberitahu bahawa wanita Malaysia yang ditemui tinggal dengan pasangan India itu berkemungkinan Siti Aishah.
Siti Zawiyah juga berharap pihak berkuasa Malaysia akan memberi tekanan kepada rakan-rakan British mereka bagi membolehkan Kamar Mahtum melawat Siti Aishah.
"Mak Cik Kamar Mahtum dijadualkan kembali ke Malaysia pada 4 Disember. Beliau memerlukan masa untuk bersama dengan Siti Aishah dan juga meyakinkannya untuk pulang ke rumah, " katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuala Klawang dekat sini.

UK sahkan Siti Aishah masih rakyat M'sia
 
Pihak berkuasa United Kingdom hari ini mengesahkan status wanita yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London adalah warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan bertarikh lahir 27 Mei 1944.

Menurut Kementerian Luar memandangkan kes itu masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 di bawah undang-undang tempatan United Kingdom.

Pihak berkuasa tempatan masih belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak-pihak terlibat dalam membantu urusan penyiasatan," kata Kementerian Luar dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Kementerian Luar melalui STM di London memantau rapi status wanita itu yang sebelum ini dijadikan hamba selama 30 tahun di Selatan London.

Kenyataan itu menyebut STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa tersebut dari segi undang-undang.

"Sekiranya beliau secara tidak disedari telah kehilangan kewarganegaraan Malaysia serta tidak mempunyai sebarang kerakyatan dalam tempoh 30 tahun yang lalu di bawah keadaan daif, STM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa lain bagi mengembalikan semula kerakyatan beliau.

"Bantuan konsular selanjutnya akan dihulurkan kepada mangsa dan ahli keluarga, sebagaimana sesuai dan perlu," kata Kementerian Luar.

Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Okt lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.

Aishah yang sebelum ini dikenali dengan nama Siti Aisyah, berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.

Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan identiti wanita itu sebagai Siti Aishah Abdul Wahab dan merupakan individu yang dikehendaki pada 1970-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri.

-Bernama

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Gaji Adun Selangor Naik: Apa Kata Ahli Parlimen

Posted: 28 Nov 2013 05:41 PM PST


Azmin nafi tuntut kenaikan gaji

Posted: 28 Nov 2013 05:39 PM PST

Azmin nafi tuntut kenaikan gaji


  •  Mohammed Azmin Ali Azmin (kanan) pada sidang media mengenai kenaikan gaji diumumkan Menteri Besar Selangor semalam.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pengerusi Kumpulan Penyokong Kelab Kerajaan (BBC) Selangor, Mohammed Azmin Ali menafikan pihaknya menuntut usul kenaikan gaji.

Beliau meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini.

"BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau yang kecewa tindakan kerajaan itu terkejut kerana pihaknya sama sekali tidak dijemput untuk membuat perbincangan berkenaan perkara tersebut.

"Mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu, dibentangkan kajian skim gaji, sudah siap dan terus dibentangkan semalam (kelmarin) tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan PR Selangor.

"Kita tidak menolak keperluan kenaikan gaji, tapi apa yang diputuskan kerajaan negeri terlalu tinggi dan menuntut penjelasan kerajaan negeri," katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa.

Katanya, perlu ada perbincangan antara Menteri Besar dan Adun bukan sahaja tentang isu gaji tapi kemudahan kepada Adun.

"Sebab itu kajian perlu  melibatkan Adun kita kerana mereka boleh beri pandangan mengenai kadar kerana bukan kita mahu bincangkan soal gaji pokok sahaja, tapi memberikan pandangan kemudahan-kemudahan boleh membantu BBC supaya lebih efisien dalam menjalankan tugas.

"Seperti kemudahan pejabat perlu dimasukkan dalam kenaikan gaji, dengan menyediakan pegawai penyelidik bagi setiap Adun, perpustakaan lengkap bagi buat kajian, ini akan beri kesan secara langsung dengan lebih baik," katanya.

Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

Posted: 28 Nov 2013 05:58 AM PST

Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

mso
Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.

Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan PAS dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.

Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang PAS ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah PAS dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.

Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli PAS dengan apa yang berlaku hari ini.

Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan daripada pelbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.

Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ia ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.


Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. – msomelayu.blogspot.com


RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Renungan Jumaat: Pesanan dan Kupasan Tok Guru Nik Abdul Aziz di Muktamar 59

Posted: 28 Nov 2013 07:34 PM PST

Kelantan: Tender terbuka bina lebuh raya rakyat

Posted: 28 Nov 2013 07:31 PM PST

Hanifa Ahmad 
KOTA BHARU - Kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat melibatkan laluan sejauh 30 kilometer, Machang-Kota Bharu dijangka bermula tahun depan dan dilaksanakan dalam bentuk tender terbuka.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, tender tersebut dijadualkan dibuka kepada syarikat yang berminat pada Januari tahun 2014.

Menurutnya, pembiayaan projek yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kos kira-kira RM550 juta itu akan dibayar kepada pihak terlibat secara tunai.

"Kita akan buka tender kepada syarikat yang berminat dan mempunyai kewangan serta teknikal yang kuat kerana kerajaan negeri menjangkakan bayaran tertangguh sehingga empat tahun.

"Tender ini akan dibayar dalam bentuk tunai, cuma bayaran tertangguh selepas setahun pembinaannya siap," katanya kepada media selepas mesyuarat mingguan exco, kelmarin.

Read More / Baca Lagi >>

Pas tidak berkembang dalam PR kata MACAI UMNO@BN

Posted: 28 Nov 2013 07:17 PM PST

SHAH ALAM – Keputusan PRU13 yang lalu membuktikan prestasi Pas tidak berkembang dalam gabungan PR, kata penganalisis politik.

Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi namun hanya mendapat 21 kerusi pada pilihan raya lalu.

Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan Pas lebih baik berjuang sendirian atau bersama Umno berbanding duduk dalam PR bersama DAP dan PKR.

Ia sekali gus menepis kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menyebut Pas tidak mampu berjuang sendirian di mana kenyataan itu disokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

"Pada mulanya mereka kena lihat Pas nampak berkembang daripada segi apa? Kalau daripada segi pengaruh politik, saya rasa mungkin pada PRU12 ya. Pas agak mendapat sambutan daripada orang Melayu.

"Tetapi pada PRU13, sokongan orang Melayu untuk Pas merosot peratus. Ia diakui sendiri Ketua Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Pas baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan pengurangan kerusi dan kehilangan dua negeri jajahan Pas, Kedah dan Perak.

"Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi tapi PRU13, hanya 21 kerusi. Itu tak berkembang. Sepatutnya kekal atau bertambah.

Read More / Baca Lagi >>

Perwakilan – Pemenang sebenar Muktamar PAS ke-59

Posted: 28 Nov 2013 07:12 PM PST


Muktamar PAS ke-59 baru sahaja melabuhkan tirainya. Segala teka-teki dan telahan daripada hal pemilihan sudah terjawab secara muktamad. Segala kegawatan dan hingar-bingar pemilihan wajar berakhir. Pemenang diumumkan serta yang tidak terpilih juga reda dengan keputusan.
Dalam tradisi parti Islam ini seingat penulis, tidak ada dakwa-dakwi selepas pemilihan. Apatah lagi untuk membatalkan keputusan pemilihan kerana ada perwakilan yang tidak layak atau cawangan-kawasan yang tidak sah.  Jauh lagilah untuk mendakwa atau membatalkan pemenang kerana menyogok perwakilan atau terpalit dalam 'politik wang' atau rasuah.
Ini antara keunikan dan sifat 'tamayyuz' Parti Islam Se-Malaysia, PAS . Bukan hendak 'masuk bakul angkat sendiri' tetapi sekadar menegaskan 'imperatif' atau kemestian yang sudah turun-temurun menjadi amalan budaya parti ini.
Yang menang sebak kerana mengalahkan 'lawan' yang diakui punya kelebihan daripada dirinya apatah lagi yang dikalahkan adalah  sifu politiknya dan abang  atau 'senior' dalam perjuangan. Yang kalah pula berjiwa besar untuk berdiri memberi hormat kepada yang menang bahkan meredakan suasana haru dan pilu yang mencengkam jiwa masing-masing.
Penulis sememangnya layak merakamkan jutaan tahniah kepada semua calon yang mengambil bahagian. Ya, mereka wajar dirakamkan tahniah kerana kesediaan untuk menggalas tanggungjawab. Itu sahaja cukup untuk mereka mendapat sekalung tahniah.
Yang sah menang lebih layak lagi diucapkan tahniah dan takziah kerana memang sah mereka akan dibebankan dengan tugasan berat kepimpinan. Dalam perspektif Islam, 'Kepimpinan bukan habuan tetapi beban'.  Memecah tradisi yang lazim, penulis tidak berasa terpanggil untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang.  Bukan untuk kali ini.
Lebih penting lagi di sebalik kehangatan berkempen menonjolkan calon masing-masing, persoalan yang berlegar dalam minda perwakilan berpusat di sekitar hal dan orientasi 'pendekatan serta strategi politik' pasca-Muktamar atau yang bakal diikuti parti Islam ini. Bukan 'peribadi atau individu'nya tetapi 'saf dan gerombolan'nya yang sebenarnya dinanti-nantikan oleh semua. Individu penting tetapi saf adalah lebih penting.
Betul. Calon yang menang inilah bakal menganggotai saf kepimpinan eksekutif bersama Presiden parti yang menang tanpa bertanding dan kini menanti 'hulubalangnya'. Saf inilah yang akan mewarnai, mengangkat dan menentukan persoalan besar strategi dan pendekatan parti Islam ini. Siapa yang memilih mereka? Perwakilan!
Dek kerana itulah penulis mahu mengajak seluruh anggota parti Islam ini memberikan satu 'tabik hormat', satu 'standing ovation'  buat  pemenang 'sebenar'  yang belum lagi diumumkan dalam pemilihan dalam Muktamar ke-59 ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahasiswa tak tahu malu hanya memalukan negara.....

Posted: 28 Nov 2013 07:10 PM PST

Rusni Tajari

"Skor banyak A. Masuk universiti. Kejar pointer tinggi-tinggi. Dapat kerja bagus. Gaji besar. Rumah besar. Hidup senang-lenang. Jadi hamba kapitalis.  Definisi belajar kita? Di mana sumbangan untuk pembinaan tamadun? Persoalan yang sering bermain di minda."
Forum Idelisme Gen-Y anjuran mahasiswa UIAM bersempena dengan Pesta Konvokesyen kali ke-29 pada 14 november lalu memperlihatkan kepada kita pentingnya perbincangan sebegini dan perlu lagi banyak untuk diketengahkan. Melihat kepada keperluan masa kini, Gen-Y ini merupakan anak muda yang begitu bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. Dibarisi oleh ahli panel yang tidak asing bagi mahasiswa kini iaitu Anas Alam Faizli, Teach for the Needs (TFTN), Ally Iskandar, personaliti TV3 dan Imam Muda Adan.
Jujur kata, melihat kepada ketiga-tiga barisan ahli panel ini, sudah pasti kita akan dapat sisi pandang yang jauh berbeza kerana mereka daripada latar belakang berbeza. Namun, itulah yang harus diraikan. Soal perbezaan yang ketara dalam memberikan pandangan juga sesuatu yang harus dicerna dan dinilai.
Mengapa Gen-Y?
Jika dikatakan Gen-Y, satu perkara yang bermain di minda ialah mereka golongan yang menjadi harapan kepada pembaharuan. Mungkin  mudah kita fahami bahawa Generasi Y ini sebenarnya golongan muda yang sering dikaitkan dengan idea baru, janggal, pelik malah ada kalanya radikal serta relevan untuk berdepan dengan realiti masa kini. Apa kelebihan yang ada pada Gen-Y ini? Mereka pemuda pemudi tin kosong yang hanya ribut menentang itu dan ini atas nama mahasiswa sahaja? Atau mereka memang tidak punya idealisme tersendiri dan hanya menjadi boneka parti politik sahaja?
Begitu banyak perkara yang merungsingkan dan menjadi kedukaan kepada kita bilamahasiswa ini seolah-olah tidak mampu keluar daripada kerangka yang lebih besar dan berfikir berpuluh tahun kehadapan. Ini bukan omong kosong mahupun lawak kampus. Lihat saja kepada program yang dianjurkan mahasiswa. Boleh dibilang dengan jari saja yang berani untuk membawa program berbentuk intelektual dan mencabar minda. Kalau ada pun hanya bersifat "one-off" dan berpenyakit "grand", "mega" dan sebagainya.
Program dibuat bermusim dan hanya menatijahkan "star point" ataupun untuk mengumpul markah tertentu yang menunjukkan penglibatan mereka.  Mereka turun ke jalanan atas dasar "Ini untuk assignment", "kena hantar laporan". Mahasiswa apa ini? Apakah mereka tidak tahu malu dengan masyarakat di luar sana yang dalam kebingugnan dan mendamba "sang pembebas" yang mampu menyelamatkan mereka daripada belengu politikus dan birokrat rakus yang sentiasa mencari ruang untuk memiliki seberapa banyak yang mereka mahu?
Kesalahan sistem atau kekontangan idealisme?
Read More / Baca Lagi >>

Wong Tack berkhemah di luar HQ Lynas di Sydney

Posted: 28 Nov 2013 07:01 PM PST



 
Penentang loji penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Pahang telah berkhemah selama empat hari di luar ibupejabat syarikat itu di Sydney dalam usaha untuk memberikan tekanan terhadap pemegang sahamnya.

NONESyarikat itu dijadual mengadakan mesyuarat agung tahunannya hari
ini dan pemegang sahamnya perlu melewati 16 penunjuk perasaan di luar tempat tersebut.

Dalam satu kenyataan akhbar semalam, pemimpin Himpunan Hijau, Wong Tack berkata kumpulannya mahu pemegang saham Lynas dan rakyat Australia mengetahui bahawa 1.2 juta orang telah menandatangani petisyen menentang loji penapisan nadir bumi itu.

"Kami berada di sini di Australia bersama suara lebih satu juta orang untuk memberitahu Lynas bahawa kami akan tutup loji toksiknya," katanya.

NONETambahnya, jika Lynas tidak menutupnya menjelang 29 Jun tahun depan, maka akan ada protes jalanan besar-besaran di Malaysia.

Wong berkata, jika Lynas tidak berbuat demikian, ia akan menjadi tarikh di mana jutaan rakyat Malaysia akan turun ke jalanan untuk menutup loji toksik itu.

"Inilah mesej yang kami berikan kepada Lynas dan pemegang sahamnya, " katanya.

Hamba Di London: Putus tunang, pilih haluan kiri....

Posted: 28 Nov 2013 06:55 PM PST

Isu hamba: Putus tunang, pilih haluan kiri 
JELEBU  – "Bila pertama kali berita wanita Malaysia menjadi hamba di London disiarkan, saya terdetik itu mungkin Aishah," kata Shamsuri , 60, adik kepada bekas tunang Siti Aishah Abdul Wahab, 69, yang hilang selepas melanjutkan pelajaran di United Kingdom (UK) pada 1968.

Siti Aishah sebelum melanjutkan pelajaran di UK pernah bertunang dengan seorang lelaki dari daerah ini dikenali sebagai Omar Munir, 70, namun tidak berpanjangan dipercayai disebabkan wanita terbabit memilih jalan untuk terus bersama kumpulan ideologi berhaluan kiri di sana.

Menurut Shamsuri, dia hanya mengenali  Aishah sebagai tunang abangnya dan kali terakhir berjumpa dengan wanita terbabit ketika mengikuti rombongan meminang ke rumah keluarganya di Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban.

"Ketika itu saya berumur 14 tahun dan saya mengenali Aishah sebagai seorang yang lemah lembut dan bersopan santun.

"Tapi selepas beberapa bulan bertunang, abang saya mendapat tajaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan pelajaran ke London dan dia pergi dahulu disusuli Siti Aishah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Belai Hulu, Jelebu di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

BAD POLICIES, RACISM:From Siti Aishah to Azahari, Chin Peng - what‘s wrong with M'sia

Posted: 28 Nov 2013 06:49 PM PST

The Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar said there was no need to arrest Siti Aishah Abdul Wahab if she returned to the country.
BAD POLICIES, RACISM:From Siti Aishah to Azahari, Chin Peng - what's wrong with M'siaAlthough Siti Aishah was on the 'wanted list' in Malaysia in the 70's for her involvement in 'extremist (I repeat, extremist) communist activities,' Malaysians who have read about her plight being a slave for 30 years in London, would agree with Khalid to welcome her return with an open heart.
TV3 would probably be flashing the human interest side of the story as part of its version of Jejak Kasih, and everyone would forget Siti Aishah's earlier years as a leftist.
She is after all a fellow Malaysian, who had her sets of beliefs. They do not call it 'puppy love' without a reason. Yes, it was a threat back then, when communism was very much alive. Today, a frail woman of 69, the only way Malaysians should respond is to allow her to be re-united with her family on humanitarian grounds.
Azahari and Noordin Top
Two Malaysians, Dr Azhari Husin and Noordin Mohammad Top were believed to be the masterminds behind several bombings in Indonesia -- the 2003 JW Marriott hotel bombing in Jakarta, the 2004 Australian embassy bombing in Jakarta, the 2005 Bali bombings and the 2009 JW Marriott - Ritz-Carlton bombings, and perhaps, even the 2002 Bali bombing.
If my memory does not fail me, when one of them was killed during a police raid on his hideout in Indonesia, the Malaysian government ordered for a special RMAF flight to collect his body for a proper Muslim funeral in Malaysia. This had initial shocked me, when the death of a "wanted" terrorist was given such a "heroic" treatment that some of our soldiers would dare even to dream of having.
"Gosh! What would our American friends think about Malaysia, a land of the terrorists?" I had asked myself, when I read it in the news. "And what becomes of a government that glorified the 'martyrdom' of its citizens out there operating as terrorists?"
But then again, when you think about it, what can a dead man do? Going by the thwarted logics of some, wouldn't the return of his dead body revive the spirit of terrorism in this nation? Common sense tells us that a dead man for whatever cause he believes in, is as good as gone.
At least, on humanitarian ground, the wishes of his family should be granted that the dead body be given a proper burial in his home ground amidst grieving relatives.
Chin Peng
What a big contrast the political scene was less than six months ago, when an ailing 88-year-old Ong Boon Hua, born and bred in Setiawan, Perak, was hoping to return to Malaysia, but was refused entry by the Malaysian government.
Read More / Baca Lagi >>

Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Posted: 28 Nov 2013 06:44 PM PST

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.
Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Read More / Baca Lagi >>

Duit Rakyat Untuk Macai: Kalahpun dibayar Gaji?.. Patutlah Macai BN berebut nak jadi Calon...

Posted: 28 Nov 2013 06:42 PM PST

Bagi aku yang menerima gaji untuk berkhidmat untuk rakyat itu bukanlah satu isu yang besar.. kerana yang sepatutnya kita persoalkan ialah kenapa yang tidak nampak apa sumbangannya kepada rakyat di bayar gaji oleh Kerajaan Barisan Nasional?



Gaji Ahli Parlimen ialah RM6508.59. Calon BN yang kalah dalam PRU dan dilantik sebagai Penyelaras Parlimen pula dibayar RM5680.. bezanya cuma RM828 saja..

Apa kerja depa buat?

Sindir: OKU gesa Ibrahim Ali tarik balik kenyataan

Posted: 28 Nov 2013 06:34 PM PST

KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan yang menyentuh orang kelainan upaya (OKU) sebagaimana disiarkan Malaysiakini.

"Selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan beliau yang menyentuh OKU sebagaimana disiarkan," ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam yang bertajuk "PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB".

"Kami amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa sebagaimana dilaporkan," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kenyataan sebagaimana dipetik di bawah memberi konotasi negatif kepada individu-individu OKU yang sememangnya mempunyai potensi dan keperluan tersendiri.

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Sebagaimana dilaporkan, katanya adalah dipercayai reaksi di atas dibuat berkaitan dengan Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013, negeri Selangor Darul Ihsan.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 30 tahun, akhirnya kakak bertemu Siti Aishah di London

Posted: 28 Nov 2013 06:31 PM PST


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom mengesahkan kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab (gambar) berjaya menemui adiknya, Siti Aishah.
Astro Awani melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu dengan Siti Aishah di sebuah lokasi rahsia.
"Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia," lapor stesen televisyen berkenaan.
Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin Rais.
Read More / Baca Lagi >>

KERAJAAN BARANG NAIK: TIMBALAN MENTERI KATA KERAJAAN UMNO/BN TIADA HASRAT NAIKKAN TARIF ELEKTRIK .. MENTERINYA KATA TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK TAHUN HADAPAN!!

Posted: 28 Nov 2013 06:12 PM PST


Pada 13hb September 2013 Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kementerian yang menjaga Tenaga Nasional (TNB) Dato' Seri Mahadzir Khalid memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa, walaupun harga minyak sudah naik namun kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak tidak sekumit pun menyimpan hasrat dan cita-cita serta niat nak menaikkan tarif elektrik.

Sudah pasti berita itu di sambut dengan penuh keseronokkan dan kegembiraan oleh rakyat.

Tapi semalam menterinya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pula berkata mulai tahun 2014 tarif elektrik akan di naikkan sebanyak 20 peratus.

Dalam tempoh 2 bulan sahaja kerajaan UMNO/BN 1M'sia pimpinan Najib Razak sudah bersimpul berbelit lidah buat flip flop menipu rakyat.

Kalau perkara sejelas ini pun menteri dan pemimpin UMNO/BN sanggup menipu rakyat .. bayangkan perkara yang samar-samar.

Ketekunan TS Khalid nampak dipandang dan terasa dipegang

Posted: 28 Nov 2013 06:11 PM PST

Kenaikan gaji ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor (EXCO) bersama YDP dan Timbalan YDP Dewan Undangan Negeri telah menjadi isu di kalangan pemimpin PKR, termasuk Anwar Ibrahim sendiri. Anwar berpendapat kenaikan itu perlu tetapi agak terlalu tinggi. Azmin Ali pula berkata pembayaran gaji baru itu perlu di tangguhkan dahulu. Sebenarnya isu ini ada baik dan tidaknya.
Baiknya kenaikan itu di harap akan menjadikan ADUN-ADUN yang di pilih rakyat serta Ahli Exco kerajaan bekerja lebih kuat dan jujur.  Bagi saya, Negeri Selangor telah menunjukkan prestasi kepimpinan kerajaan yang baik dan jika imbuhan yang agak besar terhadap mereka yang bekerja untuk rakyat itu dibuat, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif terhadap kerajaan yang memimpin Negeri itu.
Pembayaran gaji yang lebih tinggi itu di harapkan akan menambah semangat mereka untuk bekerja dengan lebih tinggi dan bersemangat lagi. Negeri Selangor telah membuktikan bahawa jika negeri di tadbir dengan baik dan jujur rakyat tidak akan berasa marah terhadap kenaikan gaji yang dianggap tinggi oleh setengah pihak dan individu dalam kerajaan Selangor itu sendiri.
Harus di ingat Negeri Selangor merupakan kerajaan yang termaju dan terkaya dalam negara ini dan itu pun sebabnya Khalid Ibrahim telah di perlakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan beliau dalam pilihanraya lalu oleh Barisan Nasional. PAS juga mendapat habuan dengan penambahan kerusi yang mendadak di Selangor kerana kebaikan yang nampak oleh rakyat Selangor dari keluhuran pentadbiran kerajaan Selangor itu.
Hanya satu yang perlu menjadi pertimbangan, jika ada lagi hasrat untuk menambah pendapatan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan Exco kerajaan mungkin ia tidak perlu di berikan kenaikan gaji dan elaun mereka. Mungkin Kerajaan Selangor memadai jika mereka hanya di berikan penambahan yang tidak tetap dan pemberian itu mengikut prestasi kerajaan setiap tahun sahaja.
Ia boleh dilakukan dengan pembayaran 'Ex-gratia', biar pun tinggi tetapi ia tidak membebankan kerajaan Negeri itu dengan pembayaran gaji yang terlalu tinggi. Jika kena pada tahun yang kerajaan Negeri berkurangan kemajuannya maka 'ex-gratia' itu tidak perlu di bayar. Dengan cara itu ia akan membuatkan semua penjawat awam negeri berlumba-lumba bekerja dengan tekun kerana kejayaan ketekunan kerja mereka akan membawa lebih pendapatan kepada mereka sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

The unsinkable Mat Sabu

Posted: 28 Nov 2013 05:51 PM PST

Badrul A Bakar

Sekali lagi media sosial telah membantu. Kali ini penulis dipertemukan dengan pos yang dikongsi oleh salah seorang teman Facebook (FB). Ia adalah pos oleh Dr. Kamarul Yusoff yang sangat teruja dengan sebuah kajian oleh Ikhwan Taib, pelajar sarjana di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.
Judul kajian beliau ialah "Perjuangan Mohamad Sabu Dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), 1978-2013".
Menurut Dr. Kamarul, tokoh-tokoh PAS yang sering menjadi pilihan untuk dikaji secara ilmiah adalah Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), Dato' Fadzil Mohd Noor, dan Haji Yusof Rawa. Oleh itu, kajian oleh Ikhwan Taib menempatkan Mohamad Sabu (Mat Sabu) di kalangan kelompok elit tersebut.
Penemuan maklumat di FB secara kebetulan itu telah memberikan rangsangan kepada penulis untuk muncul dengan esei tentang Mat Sabu. Tidak disangka ada juga yang berkongsi keterujaan tentang "the unsinkable Mat Sabu".
Tidak pernah berjumpa beliau secara empat mata. Hanya pernah melihat beliau dari jauh untuk beberapa kali dan pernah sekali sahaja mendengar ceramah beliau.
Nama Mat Sabu telah penulis dengari namanya sejak zaman kanak-kanak lagi iaitu di sekitar tahun 80-an. Nama beliau sudah popular tetapi PAS tidak popular pada ketika itu. Tidak pasti kenapa begitu. Yang pasti ketika itu, kalau Mat Sabu buat ceramah mesti ramai orang datang. Kata mereka seronok, boleh gelak-gelak. Agak pelik bagaimana ceramah yang isinya politik boleh jadik menghiburkan.
Di Melaka pada era itu PAS adalah parti yang sentiasa dijauhi dan sangat sukar meraih undi. Kalau bertanding dengan lambang bulan pasti hilang wang pertaruhan. Kasihan.
Terlalu banyak momokan tentang PAS. PAS ekstrim, ada golongan subversif dalam PAS. Ingat lagi dengan kes tembak-tembak di Memali, kafir mengkafir, dan juga masjid dua imam dan dua sesi.
Begitu juga dengan drama bersiri sebelum era drama swasta, iaitu di Saluran Satu RTM yang berjudul "Guru Yahya" yang memaparkan kisah kumpulan ajaran sesat. Malah penulis juga selalu takut dengan wanita berhijab gara-gara Hantu Kum Kum.
Ketika itu bertudung masih belum "trending". Kerana masih kanak-kanak, penulis selalu mengaitkan segala yang telah disebutkan itu dengan PAS.
Semuanya berlangsung di era mesin taip, komputer masih belum sampai di Malaysia. Ia adalah era remaja bergayut di pondok telefon, baca majalah Ujang dan Gila-Gila. Ia adalah sebelum era penswastaan.
Read More / Baca Lagi >>

MB: Gaji yang ditolak ADUN akan disalur kepada rakyat Selangor

Posted: 28 Nov 2013 05:48 PM PST

Mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang menolak kenaikan gaji dan elaun boleh menulis surat kepada Kerajaan Negeri bagi menyatakan hasrat mereka.
Sambil menegaskan tiada penangguhan pelaksanaannya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata peruntukan yang ditolak itu boleh dimanfaat untuk kebajikan rakyat Selangor.
"Keputusan sudah dibuat. Kalau ada ADUN yang tidak mahu terima, boleh kemuka surat dan kita akan gunakan untuk kebajikan rakyat.
"Kita bertanggungjawab penuh terhadap keputusan ini dan kini rakyat perlu semak sama ada wakil rakyat mereka menjalankan tugas atau tidak.
"Kenaikan berpadanan kerana tugas wakil rakyat berat dan mereka perlu bantu rakyat tidak kira masa. Kenaikan gaji telah dibentang dan semua ADUN bersetuju," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kakak berjaya temui Siti Aishah, kata suruhanjaya tinggi

Posted: 28 Nov 2013 05:46 PM PST


Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom mengesahkan kakak kepada mangsa "perhambaan psikologi" selama 30 tahun di London, Kamar Mahtum Abdul Wahab berjaya menemui adiknya, Siti Aishah.
Astro Awani melaporkan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London, Datuk Seri Zakaria Sulong, berkata Kamar Mahtum sudah bertemu dengan Siti Aishah di sebuah lokasi rahsia.
"Kamar Mahtum beri Aishah kain dan sejadah. Aishah diminta menulis surat kepada ahli keluarga di Malaysia," lapor stesen televisyen berkenaan.
Dalam usaha Kamar Mahtum, 73, menemui Siti Aishah, beliau mengirim surat melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia untuk diserahkan kepada polis Britain supaya pesanannya dapat disampaikan kepada adiknya.
Kamar Mahtum merupakan bekas guru sekolah terbang ke London pada Selasa dalam impiannya untuk bertemu adiknya yang sudah lama terpisah ditemani oleh bekas aktivis mahasiswa 1970-an, Hishamuddin Rais.
Read More / Baca Lagi >>

Khalid Ibrahim mungkin ada motif naik gaji Adun Selangor

Posted: 28 Nov 2013 05:44 PM PST


Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan pelbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.
Yang mengkritik Khalid bukan saja daripada pihak UBN tetapi PKR sendiri.
Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 timbalan speaker RM15,750; speaker RM22,500; exco RM20,250 dan MB RM29,250.
Kenaikan paling tinggi ialah untuk speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.
Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri daripada menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi. Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik serta memberi alasan munasabah.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau ada rizab Selangor RM2.7 bilion, apa salahnya naik gaji ...ia lebih baik dari "AMBIL" tanpa penyata...!!!

Posted: 28 Nov 2013 05:39 PM PST


Isu kenaikan gaji anggota pentadbiran kerajaan negeri Selangor kini hangat diperkatakan. Ramai yang menyifatkan kenaikan yang diusulkan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan diluluskan oleh DUN Selangor itu terlalu tinggi terutama bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker yang hanya bertugas mempengerusikan sidang Dewan Undangan Negeri beberapa kali saja dalam setahun.
Struktur gaji baru itu ialah Menteri Besar daripada RM14,175 kepada RM29,250, anggota Exco daripada RM6,109 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327 kepada RM15,750 dan Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250.
Selain Anwar Ibrahim selaku Penasihat kerajaan negeri Selangor yang menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi manakala Azmin Ali selaku Pengerusi PKR Selangor turut membantah dan meminta ia ditangguhkan, beberapa pihak lain turut membantah.
Presiden Perkasa, Ibrahim Ali menyindir bahawa kenaikan dengan mengatakan, gaji sebanyak itu, orang pekak, orang bisu dan golongan orang kelainan upaya (OKU) pun mampu menjadi wakil rakyat di negeri Selangor.
Beberapa pihak lain seperti pemimpin Umno, NGO pro Umno, Cuepacs dan lain-lain turut membantah kenaikan itu dan rata-rata menyatakan kerajaan negeri Selangor sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya diri sendiri.
Bekas MB Selangor, Abu Hassan Omar juga turut mengulas dengan menyatakan kenaikan itu tidak rasional dan tanpa memikirkan kepentingan rakyat. Bahkan, katanya, ketika beliau menjadi Menteri Besar, kenaikan gaji dan elaun anggota pentadbiran kerajaan Selangor dan Adun tidak pernah dibincangkan kerana kerajaan pimpinannya ketika itu sentiasa memikirkan kebajikan rakyat. Ewah, ewah...begitu menyentuh kalbu kenyataan bekas MB Selangor ini yang kariernya berakhir kerana dinasihatkan berundur berikutan terdedahnya suatu skandal berkaitan dirinya.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah rakyat Malaysia perlu hidup melarat demi melayan ego Dr Mahathir?

Posted: 28 Nov 2013 05:30 PM PST

Sering kali ramai yang bertanya, apakah negara ini diuruskan untuk kesejahteraan rakyatnya atau untuk melayan ego kepada seorang bekas perdana menteri yang tidak habis-habis mencampuri urusan negara walaupun sudah 10 tahun bersara?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) memberikan amaran kepada kerajaan, memansuhkan sistem Permit Import (AP) kereta akan menyebabkan riwayat dua kenderaan nasional Proton dan Perodua tamat.
Kenyataan beliau hadir selepas bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang berkhidmat dalam Kabinetnya menggesa kerajaan memansuhkan sistem AP agar rakyat Malaysia dapat membeli kereta dengan lebih murah.
"Memansuhkan AP bermakna harga kereta yang lebih murah untuk rakyat," kata Daim.
Menulis di blognya, Dr Mahathir berkata, tanpa sistem AP, kenderaan import akan membanjiri pasaran tempatan menyebabkan Proton dan Perodua gagal untuk bersaing.
"Orang Melayu dan Bumiputera lain tidak akan berjaya masuk ke dalam perniagaan automotif tanpa sistem AP kerana mereka tidak biasa dengan pasaran," kata Dr Mahathir.
Tidakkah Dr Mahathir berfikir bagaimana pula dengan ramai rakyat Malaysia disenaraihitamkan oleh institusi kewangan kerana tidak mampu untuk membayar hutang kenderaan yang mahal?
Baru-baru ini dalam satu Seminar Kebangsaan Maqasid Syariah 2013 anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Setiausaha Penasihat Syariah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd Nazri Chik, berkata sehingga Mac 2013, angka hutang isi rumah meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di rantau ini.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Yen Yen belanja RM2.71 juta melancong tatkala rakyat dipaksa berjimat

Posted: 28 Nov 2013 05:28 PM PST


Bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (gambar) membelanjakan RM2.71 juta untuk lawatan ke luar negara dari 2010 hingga Januari tahun ini ketika kerajaan menggesa rakyat berjimat-cermat dan mengubah cara hidup bagi berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Sektor pelancongan kini merupakan perolehan asing kedua terbesar Malaysia dan penyumbang ketujuh terbesar kepada sektor ekonomi negara dengan menyumbang RM47.2 Keluaran Negara Kasar (KNK) pada 2012.
Namun lawatan Dr Ng mencetus kemarahan rakyat dan pembangkang melihat jumlah itu sebagai perbelanjaan melampau.
Dalam jawapan bertulis kepada Lim Guan Eng (DAP - Bagan), Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pada 2010, Dr Ng bersama delegasi membelanjakan RM1.28 juta bagi lawatan pada Januari, April, Mei, Jun, Ogos, September dan Oktober pada tahun tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Tembelang kahwin muda pecah, bapa akui anak umur 13 tahun diperkosa

Posted: 28 Nov 2013 05:27 PM PST


Bapa kepada pasangan kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad, 13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad, 44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.
"Saya kahwinkan dia kerana diperkosa," katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star hari ini.
Berikutan rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan keluarga Mohd Fahmi dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya pada November 2012.
Pada bulan lalu, Nor Fazira memberitahu bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mentuanya dan memutuskan untuk meminta cerai.
Saad turut mengakui bahawa keluarga Mohd Fahmi tidak menyukai anaknya dari awal perkahwinan dan Nor Fazira selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mentuanya.
Akhbar itu melaporkan Mohd Fahmi menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira selepas mereka sah diijabkabulkan.
"Saya menceraikan Nor Fazira kerana bekas isteri saya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki lain dari Kuala Ketil.
"Nor Fazira juga biadab terhadap keluarga dan tidak pernah memasak serta selalu keluar rumah sekiranya tidak berpuas hati," katanya.
Mohd Fahmi menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan.
Katanya, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Air Selangor: 'Abdul Khalid jadi batu penghalang' kata Pengerusi KPPSMPN

Posted: 28 Nov 2013 05:22 PM PST

 'Abdul Khalid jadi batu penghalang'  
SHAH ALAM - Kumpulan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Puncak Niaga (KPPSMPN) menyelar kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menuduh Syabas 'berdosa' kepada rakyat Selangor berikutan kegagalan syarikat itu memastikan bekalan air terawat mencukupi.

Pengerusinya, Muhamad Imran Abdullah berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin bertaraf menteri besar.

Katanya, Abdul Khalid sebenarnya harus dipersalahkan berikutan tindakannya yang meletakkan pelbagai syarat menyebabkan banyak operasi Syabas terjejas.

"Projek-projek Syabas bagi pengurangan Non-Revenue Water (NRW) misalnya telah dihalang pelaksanaannya oleh beliau selain menidakkan hak rakyat dengan menghalang pelaksanaan pembinaan loji tambahan di Langat dua.

Read More / Baca Lagi >>

"Jika Adun Selangor tak suka kenaikan gaji jangan ambil atau dermakan sehaja"

Posted: 28 Nov 2013 05:20 PM PST


Kerajaan negeri Selangor hari ini menegaskan pendirian mereka untuk tidak menangguhkan kenaikan gaji yang dijadualkan bermula 1 Januari tahun depan kerana telah mendapat persetujuan 100% Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menegaskan, kedua-dua Adun daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mencapai kata sepakat berhubung kenaikan tersebut, dan Dewan telah bersetuju perkara itu akan dilaksanakan.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan," katanya kepada pemberita selepas sidang DUN di Shah Alam, hari ini.
Malah, Abdul Khalid menegaskan, sebelum perbahasan berkenaan perkara itu dilakukan, beliau telah memaklumkan kenaikan gaji itu hanya akan dilakukan dengan persetujuan Adun PR dan BN.
Adun Pelabuhan Klang itu bagaimanapun berkata, sekiranya ada mana-mana ahli Dewan yang tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut, boleh menyalurkan lebihan pendapatan mereka kepada saluran-saluran lain.
"Adun PR dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya.
Beliau turut berkata, sehingga hari ini, selain Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, tiada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut.
Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan adun negeri itu agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah terlalu tinggi.
Menurut Adun Bukit Antarabangsa itu, sepanjang tempoh cadangan pelaksanaan kenaikan gaji, Abdul Khalid tidak pernah berbincang dengan BBC.
"Kita tidak tahu bagaimana pelaksanaannya dan kerajaan negeri sudah umumkan semalam. Tidak ada perbincangan langsung yang dibuat bersama BBC," katanya yang juga merupakan ahli Parlimen Gombak dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kenaikan gaji wakil rakyat Selangor permulaan Pakatan menjadi BN?

Posted: 28 Nov 2013 05:17 PM PST


Apabila penggubal undang-undang membuat keputusan untuk memberikan ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan bayaran lebih tinggi, mesej apakah yang hendak disampaikan kepada pengundi, terutama selepas kerajaan negeri berjimat menggunakan wang sepanjang lima tahun lalu?
Negeri terkaya Malaysia, Selangor mempunyai banyak simpanan kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) begitu berhati-hati dalam menggunakan wang sejak mengambil alih kuasa pada Pilihan Raya Umum 2008. Cara beliau menguruskan ekonomi menyebabkan beliau berkuasa untuk penggal kedua dengan majoriti lebih besar.
Tetapi, tindakan Abdul Khalid menaikkan gaji dirinya, Exco, Speaker, Timbalan Speaker mengejutkan pengundi di Selangor dan partinya sendiri, PKR.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bermula tahun hadapan dengan Timbalan Speaker mendapat peratusan tertinggi iaitu 373.3%.
Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14175.15 kepadaRM29,250, exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250. Terdapat 44 Adun Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sementara Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 12 Adun.
Tindakan Abdul Khalid memberikan ganjaran kepada Adun bukan yang pertama dilakukan pada tahun ini. Sarawak membuat keputusan untuk menaikkan gaji Adun mereka sebanyak tiga kali ganda, menjadikan gaji Adun lebih tinggi daripada ahli Parlimen.
Di Singapura, beberapa tahun lalu Lee Kuan Yew membuat keputusan menaikkan gaji menteri sehingga berjuta dolar. Justifikasinya adalah gaji tinggi akan menarik bakat terbaik untuk menyertai politik dan mengekang rasuah.
Sedekad selepas itu, pemerintah PAP masih berlegar dalam isu gaji apabila anak kepada Lee, Lee Hsien Loong memotong gaji selepas pilihan raya lalu.
Read More / Baca Lagi >>