WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Gaji Adun Selangor Naik: Apa Kata Ahli Parlimen
- Azmin nafi tuntut kenaikan gaji
- Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya
Gaji Adun Selangor Naik: Apa Kata Ahli Parlimen Posted: 28 Nov 2013 05:41 PM PST |
Azmin nafi tuntut kenaikan gaji Posted: 28 Nov 2013 05:39 PM PST Azmin nafi tuntut kenaikan gaji
Beliau meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat penjelasan berhubung perkara itu supaya tidak timbul spekulasi. "Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula supaya kadar munasabah dan memberi penjelasan kepada rakyat mengenai keperluan ini. "BBC cadangkan dalam perbincangan imbuhan ini kita mesti fikir mengenai kemudahan lain yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, semalam. Beliau yang kecewa tindakan kerajaan itu terkejut kerana pihaknya sama sekali tidak dijemput untuk membuat perbincangan berkenaan perkara tersebut. "Mengejutkan kita dalam tempoh kurang seminggu, dibentangkan kajian skim gaji, sudah siap dan terus dibentangkan semalam (kelmarin) tanpa ada sebarang perbincangan dengan BBC dan PR Selangor. "Kita tidak menolak keperluan kenaikan gaji, tapi apa yang diputuskan kerajaan negeri terlalu tinggi dan menuntut penjelasan kerajaan negeri," katanya yang juga Adun Bukit Antarabangsa. Katanya, perlu ada perbincangan antara Menteri Besar dan Adun bukan sahaja tentang isu gaji tapi kemudahan kepada Adun. "Sebab itu kajian perlu melibatkan Adun kita kerana mereka boleh beri pandangan mengenai kadar kerana bukan kita mahu bincangkan soal gaji pokok sahaja, tapi memberikan pandangan kemudahan-kemudahan boleh membantu BBC supaya lebih efisien dalam menjalankan tugas. "Seperti kemudahan pejabat perlu dimasukkan dalam kenaikan gaji, dengan menyediakan pegawai penyelidik bagi setiap Adun, perpustakaan lengkap bagi buat kajian, ini akan beri kesan secara langsung dengan lebih baik," katanya. |
Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya Posted: 28 Nov 2013 05:58 AM PST Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajayamso Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib. Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai". Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan PAS dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu? Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu. Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan daripada Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G. Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang PAS ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah PAS dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu. Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli PAS dengan apa yang berlaku hari ini. Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan daripada pelbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan. Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ia ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau. Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. – msomelayu.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan