Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan dari tahun 2008 hingga tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah yang dibelanjakan itu bersamaan dengan 91.53 peratus.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan dirancang.

"Bagaimanapun, beberapa kekangan seperti isu berkaitan tanah, utiliti dan sebagainya menyebabkan ada beberapa jabatan tidak mencapai tahap 80 peratus di dalam belanja pembangunan.

"Antara jabatan yang tidak mencapai tahap dalam tempoh itu adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kehakiman dan Syariah dan Jabatan Kerja Raya," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Yaakob Sapari (Adun PKR - Kota Anggerik).