RAKYAT MARHAEN |
- Egyptian women jailed for years over protests
- MP DAP Seremban Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan
- MP PKR PJ Selatan Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan
- Dewan Rakyat 28 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan
- Dua trojan horse bertanggungjawap hancurkan PKR Sabah
- GMPP: Siapa yang raih lebih untung daripada PTPTN?
- Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” tidak pernah berbohong...!!!
- OKU buat aduan pada SPRM dakwaan 'salahguna dana zakat'
- Talam tuntut RM324 juta dari Yb Chua Tee Yong kerana dakwaan fitnah....
- MB Kelantan kunjung hormat PM Najib
- UMNO lah punca utama MUZAKARAH sering gagal dilaksanakan - Yb Dr Fadli
- Naik Gaji Adun: S'gor lebih minat pada kebajikan sendiri kata hisham....!!!
- Pulak Dah: Cukai pintu Kuala Lumpur tetap naik 1 Januari, kata Ku Nan...
- Jawapan untuk Noh Omar... "dah sampai masa utk umno & pas bersatu" - Yb Dr Fadzli
- Dr Syed Husin Ali kenal Siti Aishah, ragui dakwaan perhambaan
- Tahniah Buat Macai: Kerajaan UMNO@BN Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014.
- Tamatnya perjalanan seorang manusia dalam SPR......
- Yang Tak Mampu UMNO@BN Buat: Peruntukan PR Selangor masih berbaki
- Bukti idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno
- SD Mat Zain: Sengaja ditutup untuk melindungi AG?
- Muktamar PAS dan harga sepinggan nasi
- BERS✔H 2.0 Tuntut SPR Hentikan Segera Persempadanan Semula
- Orang Sabah dan Orang Sarawak
- TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK KERANA PENGGUNA BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ?
- Diambang Bankrap: Hutang negara sekarang hampir di paras siling
Egyptian women jailed for years over protests Posted: 27 Nov 2013 08:55 PM PST |
MP DAP Seremban Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan Posted: 27 Nov 2013 08:53 PM PST |
MP PKR PJ Selatan Bahas Peruntukan 2014 Kementerian Pelancongan Posted: 27 Nov 2013 08:52 PM PST |
Dewan Rakyat 28 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan Posted: 27 Nov 2013 08:51 PM PST |
Dua trojan horse bertanggungjawap hancurkan PKR Sabah Posted: 27 Nov 2013 08:49 PM PST Dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor KOTA KINABALU: Dua nama yang kerap disebut-sebut sebagai trojan horse Umno dalam PKR ialah timbalan ketua penerangan PKR dan anggota MPN, Musli Oli dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan. Sumber dalaman PKR memberitahu FMT, dua individu tersebut masih mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno. Musli dikatakan kerap berhubung dengan Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menyampaikan maklumat kepada Umno setiap kali menghadiri mesyuarat MPN yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said. Musli juga dikatakan mendapat dana khas daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dalam bentuk pemberian projek bernilai lebih 20 juta sebelum menyertai PKR.Dengan wang tersebut dia berjaya mempengaruhi Pengerusi PKR Sabah untuk melantiknya sebagai angota MPN Sabah. Namun yang ketara menonjol peranannya ialah Jelani Hamdan. Jelani berjaya meyakinkan Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai calun di DUN Matunggong walaupun PKR negeri pada awal-awal lagi menolak cadangan itu. |
GMPP: Siapa yang raih lebih untung daripada PTPTN? Posted: 27 Nov 2013 08:45 PM PST Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN Sebelum ini, Mary berkata golongan yang membayar untuk pendidikan akan lebih menghargainya daripada mereka yang menerima secara percuma. Sambil menegaskan pendidikan percuma adalah hak rakyat dan bukannya perniagaan, GMPP juga mempersoalkan golongan mana yang mendapat keuntungan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak muda atau pihak korporat. "Kenyataan beliau yang menyatakan pendidikan harus dibayar untuk dihargai oleh penuntut adalah satu fakta songsang kerana ia tidak menyatakan maksud yang sebenar. "Statistik menunjukkan lebih banyak wang PTPTN disalurkan kepada pihak swasta selepas tahun 2007. Contohnya, kolej-kolej yang menawarkan kursus kejururawatan menikmati keuntungan jutaan ringgit daripada wang PTPTN manakala ribuan graduan kejururawatan swasta tidak mendapat kerja kerana kelambakan dalam pasaran. Kini, lebih banyak kolej swasta diberi lesen untuk dibuka," menurut satu siaran media GMPP yang diedarkan semalam. |
Pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” tidak pernah berbohong...!!! Posted: 27 Nov 2013 08:43 PM PST Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kertas siasatan tidak dapat dibuka berhubung dakwaan yang dibuat oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana akuan bersumpahnya bukan laporan polis, sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya kepada umum. Ia hampir mengesahkan kebenaran dakwaan Naib Presiden PKR, N Surendran bahawa ia merupakan konspirasi untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pegawai kanan kerajaan itu sedangkan akuan bersumpah Mat Zain itu mempunyai merit untuk dilakukan siasatan. Kenyataan Zahid ini juga bertentangan sama sekali dengan kenyaaan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar sebelum ini yang menyatakan kes yang melibatkan Gani bukanlah bidang kuasa polis untuk menyiasatnya tetapi di bawah SPRM. Khalid tidak menyebut tentang perlunya laporan polis. Jika dulu siasatan tidak dilakukan kerana dikatakan bukan di bawah bidang kuasa polis tetapi kini dikatakan pula tiada laporan polis dan akuan bersumpah bukanlah laporan polis. Nampaknya macam pelbagai alasan dan helah sedang dicari untuk tidak menyiasat Gani Patail ini. Secara umumnya juga, isu yang dibangkitkan mengenai Gani adalah melibatkan kepentingan awam, selain pelbagai pihak juga sudah meminta agar polis menjalankan siasatan. Peguam terkenal, Karpal Singh juga berpandangan bahawa polis boleh menjakankan siasatan tanpa menunggu laporan polis kerana ia pernah belaku sebelum ini. Bahkan, menurut Karpal, polis juga boleh membuat laporan polis mengenainya. Namun, kiranya Zahid terlepas pandang dan mengatakan siasatan mengenai Gani tidak dapat dilakukan kerana Mat Zain tidak membuat laporan polis, sebaliknya hanya membuat akuan bersumpah, sebenarnya Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM sudah membuat beberapa laporan polis mengenai Gani. Apakah laporan polis SAMM itu tidak mencukupi dan memerlukan Mat Zain juga membuat laporan polis? Read More / Baca Lagi >> |
OKU buat aduan pada SPRM dakwaan 'salahguna dana zakat' Posted: 27 Nov 2013 08:38 PM PST Seorang lelaki kurang upaya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat di Johor. Azizan Jaafar berkata, beliau telah membuat laporan itu bulan lepas selepas beliau mendakwa mendapati nilai bantuan yang berupa barangan yang diterimanya jauh lebih rendah daripada yang dinyatakan dalam arahan penghantaran. Azizan, yang menjadi kurang upaya ekoran satu kemalangan, menganggarkan kos barangan tersebut ialah RM700 dan bukannya RM4,500 seperti yang dinyatakan. Berikutan itu, katanya, beliau enggan menandatangani arahan penghantaran tersebut. Menurutnya, barangan tersebut berupa enam cawan untuk bekam (satu kaedah penyembuhan tradisional) dan sebuah alat pemanas tuala. Menurut Azizan beliau tahu harga runcit pemanas tuala itu hanya RM480 manakala cawan tersebut yang pernah dibelinya sebelum ini, hanya berharga RM44 setiap satu. Oleh itu, harga bagi enam cawan tersebut adalah RM264, katanya ketika dihubungi. Semakan Malaysiakini di internet menunjukkan bahawa pemanas tuala itu selaku pensteril berharga anntara AS$90 (RM290.75) hingga AS$120 (RM387.68). Bagaimanapun, harga pensteril autoklaf industri (industrial autoclave steriliser) boleh mencecah ribuan ringgit. E-Stores menjual cawan bekam serendah RM20 untuk sekotak enam biji, bergantung kepada jenama. Read More / Baca Lagi >> |
Talam tuntut RM324 juta dari Yb Chua Tee Yong kerana dakwaan fitnah.... Posted: 27 Nov 2013 08:32 PM PST Syarikat pembangunan harta tanah Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Trinity Corp Bhd) memfailkan kenyataan tuntutan di Mahkamah Tinggi menuntut RM324 juta daripada ahli politik Datuk Chua Tee Yong, sebagai ganti rugi atas dakwaan memfitnah. Menurut doklumen mahkamah yang diperoleh KiniBiz, Tee Yong, anak kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan anggota Parlimen Labis, Johor, pada Julai 2012 mendakwa wujudnya skandal RM1 bilion melibatkan kerajaan Selangor dan Talam. Perincian tuduhan itu dilaporkan oleh pihak media. Talam dalam samannya mendakwa kenyataan Tee Yong kepada The Star pada Julai dan Oktober tahun lepas sebagai fitnah. |
MB Kelantan kunjung hormat PM Najib Posted: 27 Nov 2013 08:30 PM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob (gambar) di pejabatnya di Perdana Putra di Putrajaya. Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata, ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik. Beliau berkata, antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. "Contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu. Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri. Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lalu, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama |
UMNO lah punca utama MUZAKARAH sering gagal dilaksanakan - Yb Dr Fadli Posted: 27 Nov 2013 08:27 PM PST |
Naik Gaji Adun: S'gor lebih minat pada kebajikan sendiri kata hisham....!!! Posted: 27 Nov 2013 08:24 PM PST Peningkatan gaji untuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seeangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat hanya berminat menjaga kebajikan diri sendiri daripada rakyat, kata naib presiden Umno. Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun Pakatan mendakwa memperjuangkan pelbagai isu seperti kemiskinan bandan dan jurang pendapatan, tetapi peningkatan elaun bermula 1 Januari tahun depan menunjukkan sebaliknya. Katanya, langkah kerajaan Selangor itu bukan sahaja mengabaikan kesusahan rakyat, tetapi juga mengutamakan kedudukan sendiri. DUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus. Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak. Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat. |
Pulak Dah: Cukai pintu Kuala Lumpur tetap naik 1 Januari, kata Ku Nan... Posted: 27 Nov 2013 08:21 PM PST Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari membetulkan kenyataan timbalannya, Datuk J Loga Balan Mohan bahawa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari 2014. Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan warga kota. "Kita boleh tangguh. Tapi bila kadar itu naik, tetap dinaikkan. Apa yang kami tangguhkan adalah pelaksanaan kerana 17 Disember semua bantahan akan diperoleh dan DBKL akan mendengar bantahan itu sekurang-kurangnya tiga bulan. Read More / Baca Lagi >> |
Jawapan untuk Noh Omar... "dah sampai masa utk umno & pas bersatu" - Yb Dr Fadzli Posted: 27 Nov 2013 07:16 PM PST |
Dr Syed Husin Ali kenal Siti Aishah, ragui dakwaan perhambaan Posted: 27 Nov 2013 07:00 PM PST Senator PKR membayangkan keraguannya sama ada wanita warga Malaysia yang baru-baru ini diselamatkan oleh polis Britain di sebuah rumah di London benar-benar terbabit dalam perhambaan seperti yang didakwa atau sebenarnya tidak. Bercakap kepada media British Broadcasting Corporation, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali (gambar), berkata Siti Aishah Abdul Wahab adalah seorang daripada "dua atau tiga gadis Melayu" yang terbabit dengan Maoist pada tahun 1960-an dan dua daripada mereka sudah pulang ke Malaysia untuk bekerja. "Saya agak skeptikal mengenai perhambaan. Ahli politik veteran itu menggambarkan Siti Aishah, pada ketika itu berusia awal 20-an sebagai seorang yang cantik dan sangat pintar serta setia terhadap rakan dan kumpulannya. |
Tahniah Buat Macai: Kerajaan UMNO@BN Bercadang Mahu Naikkan Kadar Tol Bermula Januari 2014. Posted: 27 Nov 2013 06:57 PM PST |
Tamatnya perjalanan seorang manusia dalam SPR...... Posted: 27 Nov 2013 06:40 PM PST Sepanjang penglibatannya 16 tahun bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bukan asing apabila menjadi individu kedua dalam badan tersebut yang perlu berdepan dengan pergolakan politik negara semakin mencabar. Mengakui perjalanan karier sebagai orang penting perlu berdepan dengan cabaran sehebat jawatan itu, beliau semakin tabah dan melaluinya dengan meletakkan amanah dan tanggungjawab sebagai perkara paling utama. Hari ini, genap umurnya 66 tahun yang secara automatik akan melepaskan jawatan itu, beliau yang akan mula bersara tetap menaruh harapan yang tinggi terhadap badan tersebut bagi menerajui pilihan raya di masa-masa akan datang. Katanya, walaupun terpaksa berdepan pelbagai ragam dan karenah, namun demi menjalankan amanah negara, beliau yakin SPR dapat hadapinya. "Saya lama dalam SPR, saya secara tidak langsung, saya look forward persaraan ini kerana secara mental saya penat. Semangat kuat, mental sudah penat selama 16 tahun. Pengalaman saya dalam SPR memang banyak kerana saya masuk SPR 1998, waktu politik mula bergolak susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Politik sekarang sudah berubah, politik pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, wujudnya gerakan demonstrasi, jadi sejak 1998 politik di negara kita tidak menurun dan terus meningkat dan bertambah dalam erti kata lain bergolak, setiap kali kita hadapi pilihan raya, SPR hadapi cabaran yang bertambah-bertambah sehingga PRU 13 baru-baru ini," katanya ketika ditemubual Sinar Harian di Kompleks Media Karangkraf di sini, semalam. Pengalaman bermakna Read More / Baca Lagi >> |
Yang Tak Mampu UMNO@BN Buat: Peruntukan PR Selangor masih berbaki Posted: 27 Nov 2013 06:38 PM PST SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan RM3.2 bilion daripada RM3.5 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan dari tahun 2008 hingga tahun lalu. Read More / Baca Lagi >>Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jumlah yang dibelanjakan itu bersamaan dengan 91.53 peratus. Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah peruntukan tahunan bagi setiap jabatan untuk melaksanakan pelbagai projek dan program pembangunan dirancang. "Bagaimanapun, beberapa kekangan seperti isu berkaitan tanah, utiliti dan sebagainya menyebabkan ada beberapa jabatan tidak mencapai tahap 80 peratus di dalam belanja pembangunan. "Antara jabatan yang tidak mencapai tahap dalam tempoh itu adalah Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kehakiman dan Syariah dan Jabatan Kerja Raya," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Yaakob Sapari (Adun PKR - Kota Anggerik). |
Bukti idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno Posted: 27 Nov 2013 06:34 PM PST KUALA LUMPUR: Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan. "Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam," ujarnya dipetik blog Gendang Perang. Berikut petikan tulisan daripada blog berkenaan. Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula. Nilai keikhlasan mereka. Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan Inilah hujah bernas beliau, "Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu... "Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu. Read More / Baca Lagi >> |
SD Mat Zain: Sengaja ditutup untuk melindungi AG? Posted: 27 Nov 2013 05:34 PM PST Keengganan Putrajaya menjalankan siasatan berhubung tuduhan terhadap Peguam Negara oleh bekas polis kanan dilihat sebagai konspirasi untuk "menutup" kesalahan yang dilakukan pegawai kanan kerajaan, kata Pakatan Rakyat. Mereka berkata akuan bersumpah (SD) oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) membawa merit kepada siasatan tetapi sikap berdiam diri Putrajaya menunjukkan ada unsur untuk menutup perkara itu. Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran, mendakwa ini adalah senario biasa apabila membabitkan rasuah dan salah laku oleh mereka di dalam kerajaan. Surendran berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa polis tidak akan menyiasat tuduhan dalam SD Mat Zain berikutan tiada laporan polis dibuat. Mat Zain berkata, dua hari lalu, beliau menyerahkan salinan SD kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan Putrajaya, menuduh salah laku Gani berhubung kes pemilikan Pulau Batu Puteh. Menerusi SD setebal 31 halaman itu, Mat Zain mendakwa, jutaan ringgit bertukar tangan dan didepositkan ke dalam akaun bank di Hong Kong berhubung kes Pulau batu Puteh, di mana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berpihak kepada Singapura. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar PAS dan harga sepinggan nasi Posted: 27 Nov 2013 05:32 PM PST Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu. Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun. Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan -- sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum. Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti. Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini. (Keupayaan PAS menyerap impak negatif pertandingan jawatan tertinggi, khususnya posisi Timbalan Presiden, sejak 2003 sehingga 2013, boleh dibanggakan, tetapi ia tidak harus dipandang mudah kerana perselisihan dalaman sebuah parti berdasarkan ideologi, seperti PAS, jika tidak duruskan dengan baik, dikhuatiri membarah dengan cepat. Bermula dengan salah tanggapan, ia merebak menjadi keyakinan palsu yang disebarluaskan dalam program rasmi parti, yang kemudiannya menimbulkan salahfaham yang boleh membahagikan jamaah). Positifnya, ia mendorong amanah dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa terbatas, dengan pengurusan masa yang sistematik. Sekiranya saf kepimpinan perlu ditukar, disebabkan kegagalan atau kelemahan memikul tanggungjawab, maka ahli-ahli parti tidak perlu menunggu waktu lebih lama untuk melakukan pembetulan. Dari sisi lain, segala penegasan dalam ucapan dasar Presiden PAS, apatah lagi berkaitan "Sepuluh Arahan" khusus kepada dewan-dewan, lajnah, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan, juga ahli-ahli parti yang dipertanggungjawabkan sebagai Adun, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, anggota lembaga pengarah GLC, ketua kampung, perlu diperincikan untuk diterjemahkan secara praktik dalam waktu terdekat. Read More / Baca Lagi >> |
BERS✔H 2.0 Tuntut SPR Hentikan Segera Persempadanan Semula Posted: 27 Nov 2013 05:29 PM PST "Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung kini dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil. "Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini. "Walau demikian, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. Dalam satu kenyataannya hari ini, Bersih mengecam kenyataan umum yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkaitan keahliannya dalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Menurut laporan media, beliau telah mengakui bahawa sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan Setiausaha dan Pengerusi SPR, tiga persempadanan semula telah dijalankan untuk "mengekalkan kuasa Melayu." Beliau turut mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, "Kami lakukan secara sah dan teliti. Mereka yang kalah semasa pilihan raya umum lalu mendakwa kami melakukan kesalahan. Jika betul, mengapa Barisan Nasional tewas di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor?" |
Posted: 27 Nov 2013 05:17 PM PST Saya hairan mengapa timbalan menteri dalam negeri memberi amaran bahawa perbincangan mengenai 20 dan 18 perkara adalah treasonous. Orang yang bercakap mengenai penilaian semula mengenai butiran perjanjian Malaysia hanya mahukan semakan keatas butiran2 tersebut-Tidak ada sesiapa pun yang bercakap mengenai secession dari Malaysia. penilaian dan semakan ini perlu kerana butiran dalam perjanjian tersebut tidak terlaksana. Mustahil Wan Junaidi tidak boleh distinguish perkara ini. Jika tidak kerana kematian Tun Dr Ismail yang dijadualkan mengetuai jawatankuasa penilaian perlaksanaan perjanjian tersebut, mungkin banyak perkara sudah diselesaikan. Kita semua tahu Tun Dr Ismail adalah seorang yang berprinsip dan tidak akan berkompromi mengenai janji. Apatah lagi menggunakan butiran Sabah dan Sarawak sebagai bahan poilitik dan political bargaining chip. Jika bercakap hendak buat apa? Tangkap dibawah PCA? Jika demikian tangkap lah ahli parlimen yang bercakap mengenai hal demikian. YBM ahli parlimen Gua Musang memberi suatu syarahan mengenai ketidaklasanaan perkara 20 keatas Sabah dan 18 perkara untuk Sarawak. Bahkan Tengku Razaleigh memberitahu bahawa suatu jawatankuasa tertinggi yang diketuai oleh Tun Dr Ismail suatu masa sudah bersiap untuk menilai perlaksanaan 20 point dan 18 point. Apa Wan Junaidi hendak buat keatas Tengku Razaleigh? Timbalan Menteri ini telah menunjukkan bahawa dia seorang yang paling intolerant dalam parliament dan bersangkaan hanya pandangan nya sahaja yang betul. Sukalah saya nyatan kepada Wan Junaidi, lawyer macam dia, is a dime a dozen. Lawyer pun banyak gred2 nya. Sayang Tun Dr Ismail meninggal dunia sebelum sempat melihat perjanjian Malaysia dengan Sabah dan Sarawak diimplementasi sepenuhnya. Pemimpin2 semenanjung berikutnya, hanya berminat untuk mengekalkan Sabah dan Sarawak bawah kawalan mereka. Sarawak bernasib baik sebab tidak membenarkan UMNO masuk kesana. Di Parlimen saya suduk bersebelahan YB Dorrel Leiking. Dia seorang bumiputera Sabah yang sungguh passionate mengenai Sabah dan Malaysia. ketika ramai ahli PKR Sabah keluar untuk menyertai BN, saya yakin, Dorrel Leiking tidak akan berganjak. He is a leadership material dan saya tidak akan terkejut suatu hari nanti dia boleh jadi ketua menteri Sabah. Dorrel Leiking adalah Bumiputera bukan? Takkan UMNO mahu menentang seorang Bumiputera jadi KM Sabah? Read More / Baca Lagi >> |
TNB POTONG BEKALAN ELEKTRIK KERANA PENGGUNA BERHUTANG SEBANYAK 1 SEN ? Posted: 27 Nov 2013 05:11 PM PST Hanya berhutang sebanyak 1 sen ... TNB sanggup potong bekalan .. Miskin sangat kah TNB sekarang sampai pengguna berhutang sebanyak 1 sen pun di kejar sampai lubang cacing??? Tiap tahun bukan main lagi cerita untung ratusan juta ringgit .. pengguna tertunggak 1 sen pun beri notis nak potong bekalan. Langsung tiada sifat ehsan sedikit pun. Macai hutang berjuta dengan TNB tak pe..??? |
Diambang Bankrap: Hutang negara sekarang hampir di paras siling Posted: 27 Nov 2013 03:43 PM PST Jumlah itu menyumbang kepada 68.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sedangkan paras hutang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan (1959) iaitu 55 peratus. Jaminan kerajaan bermaksud hutang yang perlu dilangsaikan kerajaan sekiranya badan berkanun atau syarikat milik kerajaan gagal melunaskannya. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi sekarang hutang negara berada hanya kurang 1.4 peratus lagi daripada paras siling di bawah Akta Pinjaman Tempatan (1959). "Perlu diingatkan sekiranya angka hutang melebihi kadar 55 peratus berbanding KDNK, ia telah melebihi angka maksimum yang ditetapkan Akta Pinjaman Tempatan 1959. "Jika ia berlaku, negara sebenarnya sudah di ambang bankrap," katanya di sini. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan