Tak Nak Derma Ke Surau UMNO.."Tiada Masjid UMNO Atau PAS!" - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Nov 2013 08:18 PM PST |
Belanja RM270 juta sia-sia, keputusan bahasa Inggeris UPSR merosot Posted: 14 Nov 2013 07:55 PM PST Biarpun RM270 juta dibelanjakan oleh Kementerian Pendidikan bagi program mentor bahasa Inggeris, keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menunjukkan kemerosotan dalam subjek itu oleh murid sekolah bantuan kerajaan, kata Zairil Khir Johari (gambar). Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud mengumumkan prestasi keseluruhan calon UPSR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun. Bagaimanapun, katanya, semakan lanjut DAP menunjukkan terdapat penurunan yang ketara dalam keputusan kertas Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah kebangsaan. "Bilangan calon yang mendapat gred A untuk subjek Bahasa Inggeris menurun sebanyak 0.2 peratus, manakala jumlah mereka yang mendapat gred B dan C turun sebanyak 2.9 peratus. Read More / Baca Lagi >> |
Subsidi baja : Hak rakyat Kelantan terus dinafi oleh kerajaan UMNO@BN Posted: 14 Nov 2013 07:37 PM PST Ahli Parlimen PAS Kelantan, mendesak kementerian bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meneliti pemberian subsidi baja di negeri itu kerana ramai rakyatnya hak mereka atas perkara itu. Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, berkata hal itu selaras dengan peruntukan Seksyen 7 (C), Akta SPRM iaitu meneliti amalan, sistem dan tatacara badan awam untuk memudahkan penemuan. Katanya, disebabkan penafian subsidi itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan RM1.5 juta subsidi kepada rakyat Kelantan. "Saya percaya kerajaan sengaja buat tidak tahu berkenaan permainan politik terhadap skim bantuan subsidi baja padi ini. "Kelantan mengalami diskriminasi subsidi baja padi oleh Barisan Nasional (BN) tetapi menjelang Pilihan Raya Umum, calon BN akan memberi kupon baja dan berkempen supaya mengundi parti itu," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Hadir sama pada sidang media berkenaan adalah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazlan dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Baihaki Atiqullah. Read More / Baca Lagi >> |
Runtuh Kali Ke 4: DAP desak penjelasan atau menteri berdepan usul potong gaji Posted: 14 Nov 2013 07:35 PM PST Susulan insiden siling runtuh di Hospital Serdang semalam, DAP menggesa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tampil memberi penjelasan berhubung kejadian itu. Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, berkata kegagalan Dr Subramaniam memberi penjelasan yang kukuh mengenai insiden itu bakal menyaksikan pembentangan usul pemotongan gaji menteri itu di Parlimen. "Ia bukan pertama kali kejadian seumpama berlaku kerana kes semalam adalah kejadian keempat siling hospital berkenaan runtuh sejak ia beroperasi pada 2005," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ahli Parlimen Kulai itu berkata, Dr Subramaniam perlu memberi penjelasan yang munasabah dan tidak memberi jawapan 'kitar semula' seperti apa yang dilakukan oleh menteri terdahulu, Datuk Seri Liow Tiong Lai. "Insiden sama berlaku selepas enam minggu dan tiada penjelasan munasabah. Atau beliau sekadar mengambil gaji dan melaksanakan tanggungjawabnya secara sambil lewa. Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa merasuah di tempat lain.....di sini kan lebih selamat? Posted: 14 Nov 2013 07:34 PM PST Kejadian rasuah telah terbongkar dalam tentera laut Amerika Syarikat. Rasuah besar melibatkan sebuah syarikat yang berdaftar di Singapura, iaitu Glenn Defence Marine Asia (GDMA) yang dipunyai oleh seorang ahli perniagaan Malaysia, Leornard Francis. Rasuah yang terlibat dengan tentera laut AS ini melibatkan pengagihan wang tunai, pembiayaan perjalanan kelas pertama bagi beberapa orang pegawai tentera dan pegawai 'civilian' dengan penyediaan 'escort-escort' wanita jelita bagi perjalanan mereka. Navy AS telah membatalkan empat kontrak dengan GDMA dan syarikat itu tidak lagi dapat menyambung apa-apa kontrak dengan tentera laut AS itu. Yang menariknya rasuah sebegini mesti ada melibatkan rakyat Malaysia dan sebabnya mungkin kerana Malaysia terlalu berpengalaman melakukan rasuah melibatkan pembekalan alat tentera khususnya dalam pembekalan tentera laut. Banyak akhbar antarabangsa menyiarkan berita ini dengan meluas dan kesemuanya menganggap satu skandal yang sangat besar dalam sejarah tentera laut negara itu (AS). Tetapi bagi kita di Malaysia angka sebanyak RM640 juta itu terlalu kecil berbanding dengan kontrak pembekalan Scorpene yang melibatkan jumlah kontrak melebihi RM7.6 billion. Perasuah di negara ini hanya mentertawakan perasuah dalam kes GDMA ini kerana mereka terpaksa menanggung malu hanya kerana rasuah yang melibatkan kontrak RM640 juta sahaja. Perasuah di sini masih selamat walaupun kontrak yang asalnya hanya melibatkan RM3.4 billion telah naik menjadi sehingga RM7.6 billion, lebih dari dua kali ganda dari kontrak asalnya. Read More / Baca Lagi >> |
PAS tolak Shafee sebagai Peguam Negara Posted: 14 Nov 2013 07:33 PM PST Ia juga mahu Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum untuk menjawab dakwaan terhadap dirinya.
PETALING JAYA: PAS membantah dengan keras sebarang rancangan untuk menjadikan peguam terkemuka Datuk Shafee Abdullah sebagai Peguam Negara. Pada masa yang sama, ia turut mendesak agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail disiasat dan memberi penjelasan umum kepada rakyat berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa. Timbalan Pengerusi II Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan berkata usaha ini dibuat oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mengibaratkan Mahathir sebagai jarum yang menyucuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Gani dengan Shafee. "Hubungan dan kaitan rapat beliau dengan pemimpin-pemimpin UMNO menjadikan Shafee tidak sesuai untuk menjawat jawatan penting dan strategik seperti Peguam Negara," kata Ahmad. Kenyataan Ahmad timbul ekoran beberapa perkembangan mutakhir. Pada Nov 1, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyaman Gani, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan 10 orang lain atas alasan bahawa Gani telah menyalahgunakan kuasa dan mendakwa dirinya dengan niat jahat enam tahun lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Peguam Negara perlu bersihkan diri dari tuduhan Posted: 14 Nov 2013 06:26 PM PST KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail (gambar) harus tampil di hadapan umum bagi menjawab segala dakwaan salah laku membabitkan diri beliau dan tidak hanya mengadakan pertemuan tertutup dengan pegawai-pegawai kanannya bagi menjelaskan kontroversi yang timbul, kata Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, beliau dimaklumkan wujud pertemuan tertutup antara Abdul Ghani dengan pegawai-pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara pada minggu lepas. Pertemuan itu diadakan oleh Abdul Ghani bagi menjelaskan beberapa tuduhan salah laku membabitkan dirinya seperti insiden pemalsuan bukti kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemalsuan gambar di dalam perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih di ICJ dan juga kes pendakwaan ke atas Tun Dr Ling Liong Sik berkaitan skandal PKFZ. "PAS berpandangan penjelasan tertutup adalah tidak memadai. Gani harus berani untuk bertanggungjawab kepada umum dengan memberikan penjelasan kepada rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Negara Islam desak Malaysia lebih prihatin hak asasi manusia Posted: 14 Nov 2013 06:25 PM PST Andrew Khoo ketika berucap di majlis diskusi pasca UPR anjuran Proham di MBPJ. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Selain negara Barat, negara-negara Islam turut mendesak Malaysia untuk melindungi hak etnik dan agama minoriti serta mengambil lebih perhatian terhadap isu hak asasi manusia dan kebebasan bersuara serta berpersatuan, kata peguam. Ini membuktikan bahawa menandatangani perjanjian laporan hasil Semakan Berkala Sejagat (UPR) bukan sebahagian daripada agenda Barat yang kononnya cuba menggugat kedudukan Islam di negara ini seperti didakwa sesetengah badan bukan kerajaan (NGO) Islam. Ahli Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, Andrew Khoo, berkata kontroversi mengenai perjanjian itu tercetus akibat tindakan NGO tersebut dikatakan cuba memperbesarkan isu seperti LGBT atau hak kebebasan beragama sedangkan ia bukan agenda utama dalam perbincangan UPR. "Berdasarkan senarai negara yang menyertai persidangan berkenaan kebanyakannya ialah negara Islam seperti Mesir, Tunisia dan Algeria. Read More / Baca Lagi >> |
RM600 juta lesap, tentera laut AS tamatkan kontrak syarikat Malaysia Posted: 14 Nov 2013 06:24 PM PST Tentera laut Amerika Syarikat (AS) membatalkan kontrak bernilai USD200 juta (RM640 juta) terhadap firma pertahanan yang berpengkalan di Singapura berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan pegawai kanan pasukan itu. Pasukan tentera laut itu juga membatalkan pesanan baru dari Glenn Defense Marine Asia (GDMA) yang merupakan pusat jenayah seperti rasuah dan pelacuran, menurut sumber rasmi tentera berkenaan. "Semua empat kontrak dibatalkan," kata sumber kepada agensi berita AFP. AFP turut melaporkan, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu yang juga ahli perniagaan Malaysia, Leonard Francis dituduh bersubahat memberikan rasuah kepada pegawai tentera dengan memberikan pelacur dan ganjaran lain bagi mendapatkan kontrak lumayan membekalkan kapal AS dengan makanan, air dan bekalan lain dalam lawatan ke pelabuhan di Asia. "Kami membatalkan semua kontrak semasa, sub-kontrak, arahan tugas dan pesanan dengan GDMA. "Pembatalan ini bermakna kami tidak boleh mendapatkan kontrak baru atau menghantar pesanan kepada GDMA," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Bersihkan imej Ibrahim Libya dan bayar pampasan mangsa Memali Posted: 14 Nov 2013 06:17 PM PST Oleh Ahmad Lutfi Othman Berbanding akhbar-akhbar milik Umno dan komponen BN yang lain, The Star yang dikuasai sepenuhnya oleh MCA, tetap dilihat mempunyai keunikan tersendiri. Sebelum Operasi Lalang, hujung 1987, yang menyaksikan hampir 110 aktivis ditahan ISA tanpa bicara dan penggantungan permit penerbitan beberapa akhbar, termasuk The Star, Watan dan Sin Chew Jit Poh, akhbar ini boleh berbangga dengan kebebasan editorialnya. Kita masih dapat membaca pandangan kedua, yang tidak digemari elit pemerintah. Malah, tulisan penasihatnya, Tunku Abdul Rahman juga dilihat berani dan berterus terang. Malah, paparan muka depannya, dengan tajuk besar DETAINED, tentang tangkapan awal 27 Oktober 1987, mudah diingati dan dianggap "klasik". Sepanjang lebih 25 tahun kemudiannya, meskipun kualiti kandungannya terjejas, terutama apabila membabitkan oposisi, The Star masih memuatkan analisis dan sudut pandangan menarik. Sekurang-kurangnya masih boleh ditatap berbanding rencana dalam Utusan Malaysia ataupun Berita Harian! Dan saya secara peribadi meminati analisis wartawan kanannya, Joceline Tan, terutama ketika membuat sorotan terhadap situasi parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Nampak adil, tidak bias dan cuba mengangkat isu-isu yang cukup relevan dengan tema utama. Namun begitu, sikap akhbar ini terhadap Islam cukup menyedihkan. PAS sentiasa digambarkan sebagai parti Islam yang ekstrem dan mengancam kebebasan beragama rakyat bukan Islam. Kita tidak perlu menunggu lama untuk membaca laporan penuh syak wasangka dan "bermotif jahat" tentang apa-apa perkembangan berkaitan bukan Islam di Kelantan, misalnya mengenai peraturan kecil di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) Kota Bharu. Ketika PAS dianggap parti kecil dan tercorot dalam Pakatan, serta ditohmah menjadi kuda tunggangan DAP, The Star melihat daripada sudut berbeda. Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang cuba ditonjolkan sebagai bakal Perdana Menteri jika Pakatan menang dalam PRU13. Dalam sudut ini, ia berada dalam posisi bertentangan dengan Utusan Malaysia. Sokongan perwakilan PAS, dalam muktamar di Kota Bharu pada 2012, kepada Ustaz Hadi sebagai bakal PM dijadikan tajuk muka depan The Star. Tujuannya adalah untuk menakutkan masyarakat bukan Islam, dengan anggapan PAS akan menerajui kerajaan baru dan melakukan pembaharuan yang tidak disenangi non-Muslim. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar PAS ke-59, siapa yang patut dipilih? Posted: 14 Nov 2013 06:09 PM PST Oleh Dr Azman Ibrahim Lebih kurang 2 minggu dari sekarang, pada tarikh 22-24 November 2013 ini, Stadium Malawati Shah Alam akan menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara. Muktamar Tahunan PAS yang akan menjangkau kali ke-59 bakal berlangsung dengan agenda utama yang menjadi fokus hangat di pihak kawan atau lawan adalah pemilihan kepimpinan baru PAS Pusat bagi sesi 2013/2015, sama ada di peringkat Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat serta Jawatankuasa PAS Pusat. Persoalan yang akan terjawab di sana nanti adalah, bagaimana rupa bentuk saf baru yang akan menerajui sebuah Parti Islam paling berpengalaman dalam kancah dakwah, tarbiyah dan politik di peringkat dunia seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sebagai seorang ahli PAS, izinkan saya membuat beberapa analogi tentang bagaimana bentuk rupa kepimpinan yang menjadi hasrat saya: Yang pertama, saya ditarbiyah dan diasuh bahawa individu yang menyertai sesuatu parti, gerakan atau pertubuhan adalah kerana beberapa sebab antaranya, kerana ikut-ikutan, berhajatkan jawatan serta kedudukan, kerana nak marah kepada pihak yang satu lagi maka dia masuk gerakan ini, kerana harta atau kerana kefahaman yang mendalam tentang dasar dan prinsip perjuangan. Saya menyertai PAS kerana kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang dasar dan matlamat perjuangan gerakan Islam yang bernama PAS ini. Maka tentunya saya juga menginginkan ianya dipimpin oleh pemimpin yang bukan sekadar faham tetapi sanggup melakukan yang terbaik demi memperjuangkan apa yang kita yakini. Yang kedua, saya diajar dengan ungkapan bahawa seseorang pemimpin itu bukan sahaja perlu baik tetapi perlu juga kelihatan baik disebabkan kewujudannya di dalam saf kepimpinan adalah bagi membawa mesej kebaikan yang diperjuangkan parti. Apa yang dibawa dan watak yang diolah oleh seseorang pemimpin bakal mencerminkan apa yang dipimpinnya. Read More / Baca Lagi >> |
Dishonest politicians and gullible voters Posted: 14 Nov 2013 06:08 PM PST If I had once allowed religion and race to colour my judgment of others, today education and the lessons learned in life no longer allow me to cling to those prejudices.
I have great admiration for boxers such as Muhammad Ali or Mike Tyson but there must be other more civilised and less painful ways to earn a living. Some years ago while on a trip to Penang I met a civil servant who trains athletes, including boxers. I asked him what he looked for in someone who wanted to be a boxer. He said the person must have courage. "Everything else can be learnt but courage is innate to an individual. It is all in the mind," he added. We all have courage and I have tested mine a few times. I have the courage to marry my wife when I was 21 without permission from my parents nor any money to even buy a pair of trousers, what more a job. Then when I was working in Penang in the 1970's earning $600 a month, I had the courage to resign and start selling beef burgers at a stall in Padang Brown because that was what I wanted to do – work for myself. I relish the thought of starting from scratch in any situation and in any country. I have done this enough times to tell myself that at 66, there are no more challenges for me to overcome. But I do not have the courage to commit myself to a nine-to-five job. I do not have the courage to make friends. I prefer my own company because sooner or later any friend or acquaintance will either disappoint me or I disappoint them in one way or another. I do not have the courage to live a normal life as many others do. Read More / Baca Lagi >> |
Hudud: Kelantan perlu tetap masa Posted: 14 Nov 2013 06:07 PM PST KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan perlu menetapkan masa untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini selain memberi kefahaman kepada masyarakat secara menyeluruh. Bagi tujuan itu, pensyarah dan pendakwah, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, kerajaan Kelantan perlu menjadikan negara Brunei sebagai contoh dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan hudud. "Brunei menetapkan tarikh enam bulan lagi untuk menjalankan hukum hudud di negara itu dan Kelantan perlu berbuat demikian dengan menyatakan bilakah tarikh hudud akan dilaksanakan. "Kerajaan negeri juga dicadangkan menyatakan kepada masyarakat mengenai langkah ke arah pelaksanaan hudud dengan memberi kefahaman serta penjelasan kepada mereka di seluruh negeri ini," katanya, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Najib diberi tempoh tujuh bulan laksana tuntutan Cuepacs Posted: 14 Nov 2013 06:06 PM PST Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sidang akhbar di Wisma Cuepacs, hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 November, 2013.Kesatuan Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs ) hari ini memberi tempoh sehingga sebelum 30 Jun tahun depan kepada kerajaan untuk meluluskan peruntukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum mereka bertindak mengadakan satu kongres khas . Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, berkata menerusi Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Otober lalu, cadangan Cuepacs bagi penambahbaikan 168 skim SSM tidak diluluskan. "Daripada 279 penambahbaikan skim perkhidmatan yang kita cadangkan, kerajaan hanya meluluskan 81 sahaja. "Sebelum ini kita memberi masa sehingga November ini untuk melaksanakan tuntutan kami dan sekarang Cuepacs panjangkan tempoh itu dan berharap dalam masa tujug bulan ini, kerajaan dapat menyelesaikan apa yang kita minta, " katanya pada satu sidang media di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur, hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Persoalan Padiberas Nasional (Bernas) Posted: 14 Nov 2013 06:05 PM PST Amin Ahmad Dewan Rakyat kembali hangat. Antara isu yang dibincangkan ialah berkenaan Padiberas Nasional Bhd (Bernas). Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat menegaskan penyahsenaraian Bernas daripada papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) merupakan 'pengkhianatan' kepada janji yang dibuat kerajaan pada 1995 bagi memastikan kepentingan petani, pengedar beras dan pekerja padi Bumiputera dipelihara. Menurutnya, selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia pada masa itu, beliau sendiri mengumumkan 45% saham Bernas akan kekal dimiliki pelbagai organisasi mewakili petani, nelayan dan kakitangan Bernas sendiri. Kritikan beliau ditujukan kepada perkembangan terkini Bernas, apabila majoriti besar saham, lebih 80% dimiliki oleh sebuah syarikat milik tokoh usahawan Melayu, orang ketujuh terkaya di Malaysia menurut majalah Forbes. Oleh kerana pemilikan saham awam kurang daripada 25%, maka Bernas perlu dinyahsenaraikan daripada bursa saham. Berdasarkan fakta yang ada, Bernas dipertanggungjawabkan mengurus bekalan beras negara, berada di bursa saham sejak lewat 1997 dengan monopoli terhadap import yang dilanjutkan sehingga 2021. Bernas kini menjana keuntungan bersih pada kadar RM164 juta dengan hasil tahunan pada kadar RM3.6 juta setahun. Kapitalisme gadungan Ada beberapa isu yang perlu dibincangkan di sini. Pertama, kita perlu tahu bahawa sepanjang dekad 1990-an, banyak langkah penswastaan dibuat terhadap terhadap agensi yang sebelumnya diuruskan oleh kerajaan. Dalam semua agensi ini, kerajaan mempunyai jumlah saham tertentu, dinamakan saham khas atau saham emas (golden share). Ia bukanlah penswastaan penuh. Penswastaan jenis ini elok dinamakan sebagai kapitalisme gadungan. Ini boleh difahami, antaranya, sebagai langkah yang mempertimbangkan faktor keselamatan. Justeru, selepas 31% ekuiti Bernas dibeli oleh sebuah syarikat Hong Kong sebelum ini, meskipun patuh kepada Memorandum dan Tataurusan serta Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani kerajaan dan Bernas pada 1996, usaha mendapatkan kembali saham tersebut dibuat. Kedua, Dengan pemilikan saham khas kerajaan, ahli politik parti kerajaan diberi ruang yang besar, termasuk menjadi Pengerusi Bernas. Saya tidak pasti sama ada memang beliau ada membeli saham yang besar untuk berada di jawatan itu. Jika ya, bagaimanakah beliau mempunyai wang yang begitu banyak? Atau, apakah beliau ditawarkan untuk membuat pinjaman tertentu bagi tujuan itu? Apa yang pasti, beliau kini sangat kaya selepas menjual saham-sahamnya. Read More / Baca Lagi >> |
Muktamar 59: Ingat akhirat sewaktu kempen Posted: 14 Nov 2013 06:02 PM PST KUALA LUMPUR: Mutakhir ini terlalu banyak penulisan yang dihantar melalui medium baru sama ada whatsApp, facebook, twitter dan lain-lain yang melampaui batas susila dan akhlak berjemaah. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tulisan atau gambaran melampaui batas susila akhlak Islam tentu tidak layak mewakili jamaah Islam. "Saya berharap tulisan-tulisan sedemikian bukan dari kalangan ahli PAS, dan ia sekadar saraf musuh untuk memecahkan jamaah. "Kita wajib beringat bahawa kita bertanggungjawab nanti di hadapan Allah dengan apa yang kita tulis atau lakaran dalam apa jua bentuk. "Ingatlah, semua tulisan yang kita muatkan akan dibaca oleh pelbagai kategori manusia," ujarnya dalam satu kenyataan. Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli PAS agar menapis setiap berita dan karikatur sebelum dimuat naik atau sebarkan kepada orang lain. Read More / Baca Lagi >> |
Pemimpin Umno desak Nurul Izzah dikenakan tindakan, kerana dedah bukti 30 SB di London Posted: 14 Nov 2013 06:01 PM PST Tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) mendedahkan terdapat 30 anggota Unit Cawangan Khas (SB) yang diletakkan di London perlu dikenakan tindakan undang-undang bagi menjamin rahsia keselamatan negara terpelihara, kata seorang pemimpin Umno. Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mahu tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pemimpin politik yang sengaja membocorkan rahsia atau maklumat sulit strategi keselamatan demi menjaga kepentingan negara. "Pembangkang di negara ini sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih kuasa termasuk menjual maklumat atau membocorkan rahsia keselamatan negara kepada pihak berkepentingan. Read More / Baca Lagi >> |
Sunnah Menerangkan & Menjelaskan - Dato Dr MAZA Posted: 14 Nov 2013 05:53 PM PST |
Hukum Pakai Spek (Cermin Mata) Untuk 'Style' - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Nov 2013 05:51 PM PST |
Sedar Dari KOMA, Perlukah QADHA Solat/Puasa Sepanjang Koma Itu? - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Nov 2013 05:50 PM PST |
Khutbah Jumaat Jakim berunsur politik paksa Pak Samad solat di Masjid India Posted: 14 Nov 2013 03:59 PM PST Khutbah Jumaat dijadikan medan politik sempit, kata Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 November, 2013.Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan teks khutbah Jumaat yang berunsur politik tidak menyenangkan Datuk A Samad Said sehingga menyebabkan beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid India sejak dua minggu lalu. Sasterawan Negara itu yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, beliau selesa mendengar khutbah di Masjid India kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah tersebut yang dibacakan menggunakan bahasa Tamil. "Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah. "Perpindahan itu sengaja saya lakukan supaya saya tidak tahu isi kandungan khutbahnya. Senang hati saya. Khutbah sekarang dijadikan medan politik. "Dahulu saya bersolat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC yang menyeru supaya jangan berdemonstrasi tetapi selepas solat, jemaah berdemonstrasi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Boleh: 35 tahun guna kad pengenalan imbas Posted: 14 Nov 2013 03:57 PM PST Shah Alam: "Saya sudah menetap di negara ini sejak 35 tahun lalu dengan hanya menggunakan kad pengenalan rakan yang diimbas," kata seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Subramaniam, 59, yang ditahan dalam Op Kutip dijalankan Jabatan Imigresen Selangor di sekitar Klang dan Shah Alam, semalam. Lelaki warga emas terbabit ditahan ketika bertugas di sebuah kondominium di Taman Bayu Perdana, dekat Klang, mendakwa berasal dari Singapura dan berkahwin dengan warga tempatan hingga mendapat dua anak serta empat cucu di negara ini. "Saya baru bekerja di syarikat keselamatan berkenaan dan ketika memohon pekerjaan, mereka langsung tidak meminta sebarang dokumen pengenalan daripada saya. "Sepanjang berada di negara ini, saya hanya bersedia dengan kad pengenalan yang diimbas milik rakan kalau-kalau ada pemeriksaan pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Selangor di sini, semalam. SUBRAMANIAM ditahan kerana guna kad pengenalan imbas milik rakan (gambar kecil). Subramaniam turut mendakwa dia keluar dan masuk negara ini tanpa sebarang masalah sejak 1979 walaupun tiada dokumen perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam. Read More / Baca Lagi >> |
Kehebatan Peniaga Melayu: Sihir kedai pesaing Posted: 14 Nov 2013 03:50 PM PST Johor Bahru: Doa seorang peniaga agar Allah memberi petunjuk selepas mengesyaki ada pihak sabotaj perniagaannya termakbul apabila dia mencekup pesaingnya sedang mengenakan ilmu hitam di kedainya di pusat penjaja Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhampiran Pekan Rabu, di sini. Abd Rahman Yusuf, 39, yang menjual makanan pada sebelah malam berkata, kejadian berlaku jam 1.30 tengah hari Isnin lalu ketika dia bersama isteri, Sopiah Mat Hussain, 40, lalu di depan gerai mereka dengan kereta. "Ketika lalu di depan gerai kami, saya dan isteri terkejut apabila melihat seorang lelaki yang turut menjual makanan tidak jauh dari gerai kami memegang gayung berwarna biru dan menaburkan sesuatu di kawasan tapak gerai kami. "Selepas memberhentikan kereta, saya melihat dengan jelas jiran niaga kami itu menaburkan garam dan beras kunyit di sekitar kawasan gerai kami," katanya kepada Harian Metro, semalam. |
Malaysia Aman: Maut ditembak depan rumah Posted: 14 Nov 2013 03:43 PM PST BACHOK: Seorang peniaga pasar malam maut terkena tiga das tembakan dilepaskan seorang pembonceng motosikal di depan rumahnya di Pengkalan Petah, di sini, kira-kira 8.45 malam tadi. Dalam kejadian itu mangsa, Alias yusof, 58, menunggang motosikal keluar dari rumahnya bersama anak lelaki berusia enam tahun selepas pulang berniaga. Kira kira 30 meter menunggang motosikal, muncul motosikal ditunggang dua lelaki sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan dan satu tembakan terkena di kepala dan dua lagi perut kanan. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II ) Kota Bharu untuk bedah siasat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
Sultan Selangor titah hentikan serta merta penggunaan kalimah Allah dalam Bible, The Herald Posted: 14 Nov 2013 07:20 AM PST |