Isnin, 11 November 2013

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)

Blog Ahmad Tarmizi (بلوڬ احمد ترمذي)


Shahrizat buat 'U-Turn' tarik balik saman RM100j pada Rafizi dan Zuraida

Posted: 11 Nov 2013 07:30 AM PST


Datuk Seri Shahrizat Jalil menarik balik saman RM100 jutanya terhadap dua pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin. Langkah mengejutkan itu dibuat tanpa apa-apa syarat.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan saman itu ditarik balik selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di kamar.

Shahrizat tidak hadir. Rafizi dan Zuraida berada di mahkamah.

Di luar mahkamah, Rafizi bertegas langkah itu tidak akan menamatkan isu NFC, bahkan berazam untuk terus menyiasat perkara itu.

Katanya, keputusan Shahrizat hari ini membuktikan bahawa mereka mendedahkan perkara asas berhubung kepentingan awam.

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah berkata, mereka telah menetapkan perkara itu sejak pernyataan tuntutan oleh Shahrizat, dan tuntutan balas Rafizi dan Zuraida .

"Beliau berpendapat kenyataan itu dibuat untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya. Itulah sebabnya dia terpaksa memfailkan secepat mungkin.

"Sekarang bahawa pilihan raya itu sudah selesai, tidak ada gunanya untuk meneruskan perkara itu lagi. Saya rasa ia adalah lebih bijak untuk mereka untuk menarik balik kes-kes mereka tanpa sebarang kos, " kata Shafee. - http://www.malaysiakini.com/news

Get Paid To Read Emails. Free To Join Now! http://www.emailcashpro.com

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Posted: 11 Nov 2013 07:48 PM PST

Maria Chin Pengerusi baru Bersih 2.0

OLEH JENNIFER GOMEZ
November 12, 2013

Aktivis, Maria Chin Abdullah (gambar) dilantik sebagai Pengerusi baru Bersih 2.0, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghubung bulan ini.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang akan secara rasminya melepaskan jawatan pada 30 November adalah salah seorang yang mencalonkan Maria bagi jawatan pengerusi itu.

Jawatan Naib Pengerusi Bersih 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa dan Syed Ibrahim Syed Noh sementara perlawanan satu lawan satu turut berlaku bagi jawatan bendahari antara Masjaliza Hamzah dan Nahar Md Nor.
Pemilihan akan diadakan di Perpustakaan PJ pada 30 November dan kempen dijangka berlangsung hingga 29 November.

Lima ahli yang dipilih untuk memimpin badan itu di peringkat kebangsaan akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun.

Ahli Jawatankuasa Pemilih Bersih 2.0, Stanley Yong, berkata walaupun tiada pertandingan bagi jawatan pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa pemandu itu akan hanya dibuat pada 30 November.
Seramai enam ahli jawatankuasa akan dilantik kemudian bagi peringkat negeri, bagi menambah kepada pasukan lima ahli dalam peringkat kebangsaan.


Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini. – 12 November, 2013.


ADUN MENTAKAB MELAWAT KAWASAN

Posted: 10 Nov 2013 11:23 PM PST




Mentakab-YB Tengku Zulpuri melakukan lawatan bagi mengesan dan mengenalpasti kawasan yang mendatang masaalah kepada penduduk kawasan sekitar.

Beliau melihat kawasan yang memungkinkan menjadi kawasan pembiakan nyamuk dan juga punca banjir kilat agar ianya dapat di perbaiki demi kemudahan penduduk.

dollah yankee

dollah yankee


Tak paham aku .. apa punya turr !!!

Posted: 10 Nov 2013 10:53 PM PST

Bila terbaca kisah gadis sunti ini yang terpaksa ambil periksa SPM dalam penjara, gurkah-gurkah politik di'port' pun mula 'hangat hati'. Dan mula mempersoalkan sistem keadilan di Malaysia ini. Ada kah tindakan pihak yang berkuasa itu wajar atau senang cakap.. ada kah patut?

Dia bukan lah penjenayah besar yang merbahaya. Salah dia cuma mengacukan pisau terhadap abang dia sendiri yang cuba nak memukul dia bila mereka bergaduh adik beradik. Bila abang dia cuba nak pukul, apa yang patut dia buat? Nak biar sampai dia kena kerenyuk setengah mati baru dia nak lawan balik? Gurkah-gurkah ini berpendapat dia hanya cuba mahu mempertahankan diri dari di kerenyuk.

Akibat dari tindakan itu dia telah di reman pada 24hb oktober. Dan kita semua tahu bila seseorang itu di reman atas permintaan polis maka dia dengan serta merta dia dikategorikan sebagai penjenayah. Tak boleh keluar, tak boleh buat apa pun walaupun nak keluar untuk ambil peperiksaan SPM.

Apa kah dia akan menjadi ancaman kepada rakan-rakan sekolah jika dia dibenarkan keluar untuk ambil peperiksaan itu di sekolahnya? walaupun dia diiringi olih pegawai penjara atau pegawai polis?

Tak boleh kah pihak penjara,polis,kementerian pendidikan,pihak sekolah bekerjasama supaya gadis cantik ini dapat mengambil peperiksaan yang sangat penting itu dalam dewan peperiksaan di sekolah tempat dia belajar?

Pengarah Penjara pun ada cakap yang gadis cantik ini tak pernah ada masalah dan tidak pernah mendatangkan apa juga masalah semasa dia dalam reman. Jadi kenapa biar dia ambil periksa dalam penjara? Takut dia lari ka? Takut dia tikam cikgu besaq ka?

Yang menarik ialah bila gadis ini sedang kyusuk menjawab kertas periksa, penjara panggil pula reporter dan jurugambar untuk siarkan cerita ini dalam paper bagi seluruh negara tengok. Bila masuk internet, satu dunia tahu. Baik kah tindakan itu? Patut kah macam tu? Elok kah macam tu? 

Ini lah yang dikatakan 'mangkuk hayun'!

dollah yankee -
Bunuh orang, rogol orang pun boleh jamin keluar ...

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 12 Nov 2013: Sesi pertanyaan jawab lisan

Posted: 11 Nov 2013 08:10 PM PST

Isu Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman : MP PKR Padang Serai dihalau keluar dewan

Posted: 11 Nov 2013 08:09 PM PST

GLC diarah perbanyak iklan, Utusan menuju kehancuran

Posted: 11 Nov 2013 08:02 PM PST

Dr-Afif-BahardinGesaan beberapa pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri sendiri agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan iklan di dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedangkalan dan ketumpulan daya fikir pimpinan Umno bukan sahaja dalam urusan mentadbir negara bahkan strategi perniagaan.
Setiap syarikat mementingkan keuntungan. Bagi menjana untung, syarikat perlu mempromosikan produk mereka. Promosi haruslah strategik dan berkesan; menggunakan medium yang popular dan disenangi pengguna. Hakikat syarikat-syarikat (yang biasanya mempunyai pegawai eksekutif pemasaran) tidak menggunakan Utusan sebagai medium untuk meletakkan iklan mereka membuktikan bahawa akhbar itu tidak lagi diterima rakyat dan mempunyai nilai edaran rendah.
Ketidakpopularan Utusan adalah akibat sikap dan polisi mereka sendiri – secara konsisten melaporkan berita yang tidak benar, menyebar fitnah dan seringkali bertindak sebagai lidah rasmi Umno dan menjadi medium untuk menghentam dan mengecam mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah secara keterlaluan.
Read More / Baca Lagi >>

CGT langkah terbaik ganti GST, kurang beban golongan miskin

Posted: 11 Nov 2013 08:01 PM PST

azrul_bimbSHAH ALAM 12 NOV : Pelaksanaan cukai keuntungan modal (CGT) adalah langkah terbaik bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan, pada 1 April 2015.
Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata CGT yang dikenakan ke atas keuntungan jualan aset seperti jualan saham, bon, hartanah dan emas akan membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun.
Katanya, pendekatan itu akan dapat mengurangkan beban rakyat miskin daripada terus dihimpit dengan pelaksanaan GST yang disifatkan lebih memberi manfaat kepada golongan berada.
"Kalau boleh kita memang mahu CGT dilaksanakan, tetapi nampaknya tidak akan dilaksanakan. Permulaan CGT jika dilaksanakan lagi mudah kerana mengikut kiraan secara rawak dengan mengambil kira beberapa perkara dan kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 hingga 10 bilion," katanya kepada portal Selangor Kini, di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan boleh melaksanakan sumber lain seperti CGT sebelum GST dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Maria Chin Pengerusi baru Bersih 2.0

Posted: 11 Nov 2013 07:59 PM PST


Aktivis, Maria Chin Abdullah (gambar) dilantik sebagai Pengerusi baru Bersih 2.0, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, selepas hanya beliau seorang dicalonkan dalam pemilihan pertama badan itu yang akan diadakan pada penghujung bulan ini.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang akan secara rasminya melepaskan jawatan pada 30 November adalah salah seorang yang mencalonkan Maria bagi jawatan pengerusi itu.
Jawatan Naib Pengerusi Bersih 2.0 akan menyaksikan pertandingan antara Dr Ahmad Farouk Musa dan Syed Ibrahim Syed Noh sementara perlawanan satu lawan satu turut berlaku bagi jawatan bendahari antara Masjaliza Hamzah dan Nahar Md Nor.
Lima calon bersaing bagi dua kerusi ahli jawatankuasa iaitu K  Arumugam, Ng Chak Ngoon, Farhana Halim, Hishamuddin Rais dan New Sin Yew.
Pemilihan akan diadakan di Perpustakaan PJ pada 30 November dan kempen dijangka berlangsung hingga 29 November.
Lima ahli yang dipilih untuk memimpin badan itu di peringkat kebangsaan akan berkhidmat bagi tempoh dua tahun.
Ahli Jawatankuasa Pemilih Bersih 2.0, Stanley Yong, berkata walaupun tiada pertandingan bagi jawatan pengerusi, pengumuman rasmi mengenai jawatankuasa pemandu itu akan hanya dibuat pada 30 November.
Seramai enam ahli jawatankuasa akan dilantik kemudian bagi peringkat negeri, bagi menambah kepada pasukan lima ahli dalam peringkat kebangsaan.
Sebanyak 90 organisasi dalam Bersih 2.0 akan mempunyai satu undi dalam pemilihan pada 30 November ini.

Polis Dedahkan Wajah Suspect Kes Tembak Ketua Penguatkuasa JAIP

Posted: 11 Nov 2013 07:25 PM PST

Inilah wajah yang telah dikenalpasti sebagai suspect utama dalam kes tembak dan bunuh ketua penguatkuasa jabatan agama islam Pahang baru2 ini. PDRM mulai edarkan lakaran wajah suspect bagi tujuan siasatan.
Lihat gambar ;


Maklumat oleh PDRM ;

Diskripsi Suspek:

Susuk tubuh : Sasa
Warna kulit : Sawo matang
Warna rambut : Beruban
Bulu kening : Halus
Hidung : Sederhana
Bangsa : Melayu
Mulut : Nipis
Warna misai : Beruban
Umur : Lingkungan 55 tahun
Jantina : Lelaki
Ketinggian : 170


Dalam perkembangan yang sama PDRM melarang sebarang bentuk spekulasi mengenai kes tembak ini. Menurut polis, orang ramai dinasihatkan jangan mengaitkan apa2 isu samada syiah ke, tuhan harun ke kongsi gelap dan sebagainya sehingga polis keluarkan kenyataan rasmi. Polis juga mengatakan bahawa berkemungkinan besar motif kejadian berpunca dari dendam. 


So tak boleh nak cakap apa2 la sehingga polis muktamadkan hasil siasatan mereka. Kalau nak tahu juga, cakap2 orang yang depa [penjenayah] memakai jubah hitam ketika melakukan tembakan pun tak betul. Menurut polis, mereka datang berkopiah, berbaju putih dan berseluar hitam. Tak pakai jubah apa pun..

Projek SCORE mangsakan hak milik tanah pribumi Sarawak

Posted: 11 Nov 2013 07:18 PM PST


SARAWAK Corridor for Renewable Energy ataupun SCORE adalah program pembangunan 'centre-piece' kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan bakal menjadi pemangkin transformasi Sarawak menjadi sebuah negeri maju menjelang 2020.
Projek yang merangkumi 70,000 km persegi daripada wilayah tengah negeri ini dijangka menempatkan 1.6 juta pekerjaan di samping mengembangkan ekonomi Sarawak 5 kali ganda jauh lebih besar daripada sekarang. Satu wawasan yang amat 'ambitious' untuk sebuah negeri yang seringkali distigma sebagai 'negeri miskin'.

Komponen utama SCORE sebenarnya adalah potensi penjanaan tenaga hidroelektrik yang dianggarkan berjumlah 20,000 MW. Untuk tempoh 2008 sehingga 2020, sejumlah 12 empangan hidroelektrik di Murum, Baram, Linau, Lawas, Baleh, Belaga, Metjawah, Belepeh, Tutoh, Limbang, Batang Ai (tambahan) dan Ulu Air bakal dibina untuk keperluan SCORE, meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik di negeri ini daripada sekarang sekitar 1,315 MW kepada 7,249 MW.

Berdasarkan perangkaan 2008 - 2010, pertumbuhan keperluan tenaga elektrik di Sarawak adalah sekitar 13% setahun dan permintaan beban puncaknya buat masa kini, adalah sekitar 1,100 MW. Dengan adanya empangan Bakun (2,400 MW) dan Murum (944 MW), kapasiti penjanaan tenaga elektrik di Sarawak sebenarnya melebihi keperluan rakyat dan sektor komersial di negeri ini.

Read More / Baca Lagi >>

SB perlu bebas dari manipulasi politik

Posted: 11 Nov 2013 07:17 PM PST

Setelah berkali-kali kerajaan mengelak dari menjawab dan selepas saya membuat pendedahan dalam Parlimen minggu lepas, akhirnya Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar sendiri telah menjawab bahawa jumlah pegawai Cawangan Khas (SB) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah 10% daripada 115,000 anggota polis iaitu seramai 11,500 orang. (http://www.sinarharian.com.my/semasa/hanya-ada-10-peratus-sb-dalam-pdrm-1.218596).
Jumlah sebenar SB: siapa betul siapa salah, IGP atau laporan kewangan kerajaan?
polis Pertama sekali, jumlah tersebut adalah lebih ramai daripada yang dinyatakan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2014 di mana, di bawah aktiviti "Risikan keselamatan" di bawah PDRM, SB berjumlah 8,916 orang. Jadi, yang mana satu benar, 11,500 mengikut IGP atau 8,916 mengikut laporan kewangan kerajaan? Berapa ramai SB yang kita ada pada masa kini?
PDRM perlu menjawab kepada pembayar cukai bukan hanya parti politik
Keduanya, walaupun saya menyokong penuh perlaksanaan tugas PDRM dengan professional, namun saya tidak bersetuju dengan nada kenyataan IGP bahawa "biar kami yang tentukan" tentang hal ehwal dalam PDRM.
PDRM sebagai penjaga keselamatan rakyat perlu telus kepada rakyat, selaku pembayar cukai. Masalahnya kini, unit SB begitu dirahsiakan sehinggakan jumlah pegawai pun tidak diberikan kepada Parlimen.
Salahguna kuasa SB oleh kerajaan direkod oleh Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin
Kerahsiaan tentang SB telah menimbulkan kebimbangan bahawa jumlah dan sumber SB yang kian meningkat selepas PRU ke-12 pada 2008 disalahgunakan oleh kerajaan untuk menentang ahli politik dan unsur-unsur yang tidak sehaluan dengan mereka.
Malah, mengikut laporan Suruhanjaya Diraja Polis Tun Dzaiddin 2005, terdapat pelbagai aduan terhadap SB termasuk dakwaan penderaan dan layanan yang menghina oleh SB terhadap tahanan ISA dan juga manipulasi SB oleh parti pemerintah untuk kepentingan politik (Laporan Tun Dzaiddin seksyen 2.11.2, m/s 316 versi Bahasa Inggeris).
Read More / Baca Lagi >>

Waris mangsa geng minyak saman polis dan kerajaan

Posted: 11 Nov 2013 07:16 PM PST


Peguam Latheefa Koya (dua dari kiri) berbincang bersama ibu bapa mangsa sebelum memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 November, 2013.Peguam Latheefa Koya (dua dari kiri) berbincang bersama ibu bapa mangsa sebelum memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 12 November, 2013.Waris kepada tiga mangsa yang ditembak mati oleh polis kerana dipercayai anggota geng minyak memfailkan saman kepada polis dan kerajaan Malaysia hari ini bagi membersihkan nama mangsa.
Peguam  mangsa, Latheefa Koya, berkata polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai siasatan kes itu kecuali menuduh mangsa terlibat dengan jenayah.
"Esok genap ulang tahun ketiga mangsa ditembak mati oleh polis dan tuntutan saman hari ini ditujukan kepada kerajaan Malaysia, Ketua Polis Shah Alam dan beberapa anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Ejen CIA di pejabat Peguam Negara, Najib terus membisu

Posted: 11 Nov 2013 06:54 PM PST

Najib ganiKUALA LUMPUR 12 NOVEMBER: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menafikan pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa terdapat ejen CIA bekerja di pejabat Peguam Negara, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Najib perlu tampil menjelaskan dakwaan Mahathir ini adakah ia benar? Pendedahan itu sangat serius kerana melibatkan campur tangan asing dalam pejabat Peguam Negara dan bakal menjejaskan kedaulatan negara," katanya kepada Keadilan Daily.
Pada 6 November lalu, The Malaysia Insider melaporkan, Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Pendedahan Mahathir itu menunjukkan seolah-olah isu keselamatan, dasar dan pertahanan negara sangat mudah diceroboh pihak asing," soalnya yang turut mengaitkan pembabitan firma perunding Zionis, Apco Worldwide dalam pentadbiran Najib.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, Najib sepatutnya menjawab isu itu sebaik didedah pihak media.
"Tindakan membisu membuktikan dirinya seorang pemimpin lemah dan cuai dalam menjaga keselamatan negara. Pendedahan ini sangat serius kerana wujud pelbagai rahsia dan maklumat sulit negara di pejabat Peguam Negara," katanya.
Sehubungan itu beliau yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju mendesak siasatan segera dibuat terhadap Gani.

Muktamar 59: Pemilihan Pas tidak serupa Umno

Posted: 11 Nov 2013 06:51 PM PST

Prof Dr Azmi Hassan 
SHAH ALAM - Saingan penyandang dan calon jawatan Naib Presiden Pas tidak boleh disamakan dengan situasi yang berlaku dalam keputusan pemilihan Umno lalu yang mengekalkan semua penyandang.

Prof Dr Azmi Hassan berkata, ini kerana sokongan kumpulan dalam Umno tidak begitu ketara berbanding Pas di mana terdapat pertembungan antara pasukan ulama dan Erdogan.

Malah katanya, situasi ini bukan sahaja diterjemahkan dalam pertandingan naib presiden tetapi timbalan presiden.

"Di antara ketiga-tiga penyandang (Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar), saya pasti salah seorang akan dikorbankan bagi membawa kumpulan ulama diwakili (Ketua Penerangan Pas, Datuk) Tuan Ibrahim (Tuan Man).

"Tuan Ibrahim disokong kumpulan ulama secara tersusun, kalau dibandingkan dengan Datuk Mukhriz, yang bergantung kepada aura sahaja, tiada gerakan berkumpulan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Fokus Pas parti masa depan

Posted: 11 Nov 2013 06:49 PM PST

Salahuddin 
SHAH ALAM - Penyandang Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berjanji membawa Pas sebagai parti masa depan sekiranya berjaya mengekalkan jawatannya pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Menurutnya, fokus utama menjadikan Pas sebuah parti gagah di persada politik negara.

"Jika kekal jawatan sudah pasti fokus saya untuk menjadikan Pas sebagai parti alternatif dan pada masa sama mampu bersaing secara sihat bersama rakan-rakan parti dalam PR. Bagi saya, inilah masanya Pas dilihat sebagai sebuah parti masa depan di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, persaingan dalam merebut jawatan tersebut amat sengit tambahan pula ia melibatkan calon muka baru yang berpengalaman.

"Tambahan pula dengan kehadiran Datuk Abu Bakar Chik di mana kami pernah kerja bersama ketika beliau berkhidmat dalam Pemuda Pas sebelum ini," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Jangan cemari proses peralihan kepimpinan DPPM

Posted: 11 Nov 2013 06:26 PM PST


KUALA LUMPUR: "Sepanjang 28 tahun saya menyertai Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) tidak pernah saya saksikan cara kempen dan saraf keji sebegini dalam persaingan mengambil posisi sebagai Ketua DPPM yang baru," tulis Ketua DPPM, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Justeru, ujarnya jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga DPPM dengan saraf tahap 'macai' dan out of date begini sama ada saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati.

"Semua kategori saraf ini sudah out of date," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar bersainglah atas semangat fastabiqul khairat sementara perwakilan menilai berdasarkan performance yang baik serta komitmen yang tinggi dengan DPPM.

Tambah beliau, bukan nilai melalui pengaruh saraf 'tak matang', kebencian yang dicipta serta simpati yang diraih.

"Sebaliknya nilai melakui track record dan keluhuran budi serta akhlak Islamiyah yang selayaknya sebagai pejuang Islam," ujarnya.

Ujian penting kepada perwakilan Muktamar

Posted: 11 Nov 2013 06:25 PM PST


Perwakilan PAS yang berhak memilih pucuk pimpinan dalam Muktamar Tahunan PAS ke-59 mulai 22 November ini benar-benar diuji kematangan politik mereka daripada semua sudut dalam membuat pilihan.
Mereka yang berjumlah kira-kira 1,300 orang menjadi tumpuan semua pihak yang menghadiri Muktamar mahupun mereka yang di luar Muktamar. Mengikut perlembagaan PAS, perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan dalam Muktamar.
Mereka ini datang dari pelbagai pelusuk tanah air. Dari kawasan pedalaman hingga ke kawasan semi bandar dan bandar, dengan latar belakang pendidikan dan pendedahan yang berbeza. Ada yang mendapat pendidikan dari Timur Tengah, dari negara Barat, dari India dan Pakistan, Jepun, malah dari Afrika Selatan serta dari rantau sebelah sini dan juga daripada universiti dan kolej tempatan.
Mereka datang daripada pelbagai golongan - ulama, profesional, veteran, aktivis lama dan baru. Semuanya menjadi perwakilan dan mereka ini yang akan menentukan tokoh mana yang layak memimpin PAS pada masa depan. Oleh itu sukar ditentukan aliran pengundian.
Kecuali jawatan Presiden yang dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Abd Hadi Awang, semua jawatan pimpinan Pusat itu dipertandingkan dan ini menyerlahkan suburnya demokrasi di dalam PAS.
Dengan berpegang kepada etika Islam sekian lama, saya yakin, menjelang pemilihan ini tidak akan ada kempen yang melibatkan wang dan pelbagai imbuhan seperti yang berlaku pada parti lawan.
Sehubungan itu, menjelang pemilihan di Muktamar ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain. Beliau berkata, calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.
"Calon dan penyokong boleh berkempen secara sihat, tetapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri dan pada masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Di manakah bekas tahanan EO selepas bebas?

Posted: 11 Nov 2013 06:23 PM PST


Julai lalu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata sejumlah 2,473 tahanan Ordinan Darurat (EO) dibebaskan pada Julai 2012 setelah Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan pada 2011.
Apakah nasib 2, 473 bekas tahanan ini sekarang? Apakah mereka sudah balik ke pangkuan keluarga?
Apakah mereka sudah mendapat pekerjaan yang sederhana dan boleh menyara diri serta keluarga tatkala harga barangan semakin meningkat?
Apakah mereka masih dalam negara di bawah pengawasan polis atas setiap gerak-geri mereka? Ataupun mereka dibenarkan memiliki pasport untuk keluar negara?
Apakah mereka yang menganggur dibantu kerajaan untuk mendapatkan pekerjaan agar mereka tidak terjebak dengan geng-geng kumpulan kongsi gelap untuk mendapatkan sesuap nasi?
Pendek kata, di manakah mereka sekarang?
Tatkala kejadian jenayah berat semakin menjadi-jadi, kerajaan menyalahkan bekas tahanan EO yang kini bebas sebagai punca. Perkara itu dijadikan hujah untuk mengembalikan EO dan ISA, dan akhirnya usaha itu diterjemahkan pada pindaan yang dibuat pada Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) di mana tahanan tanpa bicara diperkenalkan semula.
Bersenjatakan statistik, pembangkang pula berkata kejadian jenayah berat sememangnya sedang meningkat, sebelum EO dan ISA dimansuhkan dan oleh itu mereka membantah keras pengenalan semula tahanan tanpa bicara yang melanggar hak asasi manusia.
Read More / Baca Lagi >>

Konspirasi jatuhkan Gani, tunggu pengesahan Mahathir

Posted: 11 Nov 2013 06:15 PM PST


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melibatkan diri dalam kontroversi berprofil tinggi kali ini dalam dakwaan wujudnya komplot menjatuhkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ketika ditanya mengenai akuan bersumpah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa bahawa ada satu mesyuarat diadakan di rumah beliau membincangkan kesalahan Gani, Mahathir tidak menafikannya, tetapi hanya sekadar menegaskan bahawa beliau akan hanya memberi ulasan selepas membaca akuan bersumpah itu.

Di dalam akaun bersumpahnya, Mat Zain mengakui turut menghadiri mesyuarat tersebut bersama Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di rumah Mahathir ketika Hari Raya Aidilfitri pada 10 Ogos lalu.

Shafee bagaimanapun dilaporkan berkata bahawa mesyuarat berkenaan tidak berbincang untuk menggulingkan Gani dan mendakwa Mahathir tidak mungkin terlibat dengan komplot ini.
Read More / Baca Lagi >>

Taik mesti di buang, untuk menjauhi ulat-ulat taik berkeliaran

Posted: 11 Nov 2013 06:14 PM PST

Isu yang di hadapi oleh Peguam Negara nampaknya bertambah serius apabila bekas Pegawai Tinggi Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim, akan menjadi akuan bersumpah nya menjadi dokumen awam. Ini adalah kerana Putrajaya (Najib) tidak mengambil sebarang tindakan di atas akaun bersumpah beliau terhadap Gani Patail. Putrajaya telah menerima akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim lebih dari sebulan yang lalu tetapi tidak akan nampak sebarang tindakan di ambil ke atas akuan bersumpah itu sampai ke hari ini.
Akuan bersumpah Datuk Mat Zain itu mengandungi semua salah laku Peguam Negara dan apa yang di bayangkan setakat ini hanyalah kandungan dalam 2 dari 31 mukasurat akuan bersumpah itu. Jika ini berlaku kita akan menghadapi satu lagi isu besar yang akan menjadi polimik di khalayak ramai dan ia di katakan hanya sebahagian kecil dari banyak lagi isu yang selama ini di lindungi oleh mereka yang mempunyai kuasa yang telah menyalahgunakan nya.
Mahu tidak mahu pembongkaran secara terbuka ini merupakan satu pengajaran kepada semua yang pesalah-laku seperti yang di tuduh itu tidak akan dapat di lindungi selama-lamanya. Salah laku kita akan terbongkar juga akhirnya kerana masakan 'bangkai gajah boleh di tutupi dengan nyiru' sahaja. Langkah yang terbaik bagi siapa yang telah melakukan jenayah melindungi jenayah itu ialah dengan bersara sahaja dan hentikan segala  salahlaku yang telah di lakukan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Agenda politik PAS, tahaluf siasi dan golongan Mat Sabu (Bahagian 2)

Posted: 11 Nov 2013 06:12 PM PST


Sebagai pemerhati luar tapi yang berkepentingan, saya sukar menerima pelawaan melihat pertandingan pimpinan PAS yang akan datang sebagai pertembungan puak pro Anwar dengan puak yang mencurigai Anwar.  Agenda PAS bukan ditentukan oleh Anwar Ibrahim.
Suka atau tidak suka Anwar Ibrahim adalah pilihan peribadi. Takkanlah perjuangan PAS sangat mudah ditentukan oleh orang lain?
Yang mencurigai Anwar berfikiran demikian kerana Anwar dikatakan ada kecenderungan Islam liberal. Atau semata-mata sangsi kepada Anwar atas apa-apa sebab pun. Kalau Anwar ada tendensi liberal (maksud istilah ini tidak menentu) dan ia bertentangan dengan Islam,  sudah tentu ia ditentang oleh semua dalam PAS, bukan suatu puak sahaja. There is no such thing golongan liberal dan tidak liberal dalam PAS. Yang saya tahu ada ialah golongan yang berkelulusan pengajian agama Islam dan yang bukan. Sudah tentulah keterampilan dan pendekatan mereka berbeza atas alasan perbezaaan latar belakang. Matlamatnya tetap sama iaitu agenda PAS.
Untuk mencapai agenda tersebut, langkah PAS mesti melakukan adaptasi strategik. Kecuali agenda PAS ialah memulaukan diri untuk perintah sebuah negeri sahaja. Kalau bukan, maka adaptasinya memerlukan elemen kepimpinan yang menenteram dan menyelesakan sama ada rakan parti mahupun rakyat terbanyak. Jika ada adopsi pendekatan sebegini, ia tidak bermakna PAS mengorbankan agenda besarnya iaitu menyerapkan politik Islam dalam negara ini.
Inilah timbulnya tahaluf siasi. PAS merasakan perlu berkerjasama dengan gerakan popular rakyat. Jika kerjasama untuk muslihat yang lebih besar bertentangan dengan syariat, maka ia patut dinilai semula. Tapi tentulah tidak munasabah tahaluf siasi dimusnahkan kerana ada golongan yang bekerjasama dengan Anwar  dan ada golongan yang curiga padanya. Kejayaan PAS mendapat hanya 20 kerusi Parlimen yang mengakibatkan PAS menjadi parti rakan yang terkecil dalam PR bukan alasan untuk menggegarkan permuafakatan PR. Sebelum bergabung dengan PR pun, PAS tidak tercapai 20 kerusi Parlimen pun.
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa negara perlu 30 polis cawangan khas di London, soal Nurul Izzah

Posted: 11 Nov 2013 06:10 PM PST


Apakah perlunya kerajaan Malaysia menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England?
Ini adalah persoalan yang diutarakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) ketika berucap di satu forum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata, ini kerana kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.
Read More / Baca Lagi >>

SD salah laku Gani didedah kerana kerajaan BN tidak bertindak, kata bekas polis

Posted: 11 Nov 2013 06:09 PM PST


Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan tuduhan salah laku Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) selepas kerajaan gagal untuk bertindak terhadap akuan bersumpah (SD) bekas polis kanan itu yang mengandungi sejumlah aduan terhadap Peguam Negara.
Pendedahan awal Mat Zain baru-baru ini mengenai perjumpaan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung salah laku Abul Gani hanya dua muka surat daripada 31 muka surat akuan bersumpahnya.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu berjanji akan melakukan lebih banyak pendedahan tidak lama lagi dan tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan SD di mahkamah.
"SD saya dibuat mengikut Akta Akuan Bersumpah 1960 dan ia boleh digunakan dalam mana-mana prosiding kehakiman, sama ada sivil atau jenayah. Dalam urusan itu, SD akan dikira sebagai dokumen awam.
"Kerajaan sudah menerima SD saya lebih sebulan lalu,tetapi mereka tidak bertindak terhadapnya. Mereka memilih untuk terus senyap," katanya kepada The Malaysian Insider.
Salinan SD yang difailkan pada 7 Oktober itu dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguamcara Negara, Datuk Idris Harun dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Dalam surat iringan, saya memberitahu mereka saya mempunyai hak untuk mengambil apa sahaja tindakan yang sesuai dengan undang-undang tanpa perlu memberitahu sesiapa.
"Saya juga memberitahu yang saya ada hak untuk mendedahkan SD kepada umum melalui mana-mana ahli Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Anggota polis dipenjara seumur hidup kerana menculik

Posted: 11 Nov 2013 07:46 AM PST

Tim. Menteri Luar Negeri Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 11 Nov 2013 07:02 AM PST

Tim. Menteri Pertahanan Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 11 Nov 2013 07:01 AM PST

Kem. Sumber Asli & Alam Sekitar Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 11 Nov 2013 07:00 AM PST

Menteri Pendidikan II Gulong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014

Posted: 11 Nov 2013 06:58 AM PST

GoMalaysian

GoMalaysian


PANAS!!! Video Al-Jazeera Siasat Pemimpin Palestin, Arafat Diracuni?

Posted: 10 Nov 2013 10:16 PM PST

PANAS! Sharizat Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi dan Zuraida

Posted: 10 Nov 2013 07:27 PM PST

PANAS! Sharizat Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi dan Zuraida

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MISTERI - SIAPA DIA PUTERA JIHAD?

Posted: 11 Nov 2013 06:30 PM PST



SIAPAKAH DIA PUTERA JIHAD INI?
siapa tahu
sila beri penccerahan


DARI FACE BOOK
5 hours ago via mobile 

Mohon pihak berkenaan menyiasat bagaimana Putera Jihad mampu memakai kereta mewah seperti ini....

Sedangkan gaji beliau hanyalah rm18340.00 sebulan....mampu memiliki 3 biji kenderaan mewah.
 


-----------



SB MALAYSIA CARI SIAPA BUNUH DIANA

Posted: 11 Nov 2013 05:29 PM PST





MEMBELAKANGI KAMERA
ialah sb malaysia
sedang menyiasat  bangkai kereta  yang di naiki
oleh lady diana dan dodi fayed

Mengapa negara perlu 30 polis cawangan khas di London, soal Nurul Izzah

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
Apakah perlunya kerajaan Malaysia menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England? Ini adalah... SELANJUTNYA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SB MALAYSIA TERBAIK DALAM DUNIA.... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH BAIK DARI  MOSSAD AJEN AMERIKA.... kah kah kah..

kah kah kah... ADA 30 ORANG DI LONDON... kah kah kah..

kah kah... 6 ORANG SEDANG SIASAT SIAPA BUNUH LADY DIANA.... kah kah..

kah kah kah.. 12 ORANG INTIP PELAJAR  YANG PERGI KE SOHO... kah kah kah..

kah kah kah... 2 ORANG JAGA MAKAM KARL MARX... kah kah kah..

kah kah kah..INTIP WARGA MALAYSIA YANG ZIARAH MAKAM MARX... kah kah

kah kah kah..  2 ORANG JAGA KEDAI BUKU DI CHARING CROSS ROAD... kah kah kah...

kah kah kah...LAGI 3 ORANG MENYAMAR SEBAGAI PELACUR DI SOHO...kah kah kah..

kah kah kah... 5 ORANG LAGI KERJA DI PIZZA HUT... CARI MODAL... kah kah kah..

kah kah kah.... ADA LAGI 5 ORANG TAK DALAM SENARAI... kah kah kah..

kah kah kah...YANG 5 INI TERJEMAHKAN AKHBAR THE SUN.. kah kah kah

kah kah kah...THE SUN INI PENTING UNTUK RUJUKAN POLITIK... kah kah kah


PELIK BIN HAIRAN
kenapa sb malaysia
tak siasat 
siapa upah sirul dan azilah
bunuh altantuya


-----------

CAKAP BERBELIT BELIT

Posted: 11 Nov 2013 04:53 PM PST




KOMENTAR TUKAR TIUB
cakap berbelit belit
orang melayu buat perempumaan
macam auta keling

inilah buktinya

panggil keling marah
tapi inilah contohnya
auta keling

UNTUK KETAWA PAGI INI 



DBKL Tidak Roboh Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman - Palanivel
KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel berkata tindakan perobohan yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman tidak boleh dianggap sebagai merobohkan kuil itu.
Ini kerana katanya kerja-kerja meroboh hanya membabitkan gerai dan bahagian sisi kuil.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI INDIA KETUANAN MELAYU... kah kah kah..

kah kah kah...MACAM MANA MEROBOHKAN JADI TIDAK MEROBOHKAN... kah kah kah..

kah kah kah..KELMARIN TENGKU FRAUD PUN KELENTONG... kah kah kah..

kah kah kah...ROBOHKAN BERHALA BUKAN ROBOH KAN KUIL... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA SUDAH MABOOK TODI KE?... kah kah kah..

woit... DEII ANEE DEPAVALI DAH LAMA OVER.... kah kah kah

NOTA
apa jadi dengan idian hindraf
senyap je
cakap hebat sangat 
nak lawan ketuanan melayu
apa sudah jadi?
satu lagi auta keling
kah kah kah



---------

SATU LAGI JENIS KETUANAN MELAYU

Posted: 11 Nov 2013 06:03 AM PST





INI BUKAN ISMA
ini lebai kacang

Marina mahu Isma tarik balik kenyataan
SHAH ALAM - Marina Mahathir menuntut Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan pemegang jawatan tertinggi pertubuhan itu menarik balik tuduhan ke atasnya yang mengatakan beliau adalah 'dalang' di sebalik tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Menurut Marina, selain menarik balik kenyataan itu, beliau turut menuntut Isma menarik balik tuduhan sama dari semua media massa dan media online mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dengan serta-merta.

"Walaupun saya adalah Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (Sis) yang juga di antara 54 NGO dalam Comango namun, saya langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan tersebut.

"Saya menganggap kata-kata palsu dalam risalah Isma ini memberi gambaran yang amat buruk mengenai diri saya dan mencemarkan nama baik saya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 8 November, Isma dilaporkan telah mengedarkan 70,000 risalah di masjid-masjid di seluruh negara yang mendakwa Marina sebagai salah seorang 'dalang' di belakang gabungan NGO yang dikenali sebagai Comango.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....  INI HIGH NOON.... kah kah kah...

kah kah kah...MARI KITA LIHAT APA AKAN JADI... kah kah kah..

jeng jeng jeng... ISMA INI PERKASA BERBAJU HIJAU... kah kah kah..

kah kah kah... BERSERBAN DAN BERJUBAH... kah kah kah..

kah kah kah... ISMA IALAH IBRAHIM ALI LEPAS NAIK HAJI... kah kah kah


KENAPA ISAMA TAK TANYA
siapa upah sirul dan azilah
bunuh altantuya

------------

NAJIB TIDAK GENTAR

Posted: 11 Nov 2013 02:49 AM PST




BUNTANG 
MATA MAT MONGOL

Saya hanya dengar ada agen Amerika di Pejabat Peguam Negara, kata Mahathir
 Mahathir Mohamad hari ini mengatakan beliau "hanya mendengar" terdapat dua agen perisikan Amerika Syarikat di Pejabat Peguam Negara namun tidak memiliki bukti berhubung perkara itu. "Saya dengar. Saya tiada bukti, dua agen CIA ada pejabat di Pejabat AG. Mungkin ada mungkin tidak. Saya tak tahu. AG... SELANJUTNYA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI BETUL SUWEY LASI.... kah kah kah..

kah kah kah...MULA2 PTMBUNUH DARI  PULAU SUWEY LASI... kah kah kah..

kah kah kah..INI AJEN CIA DALAM OPIS  GENG SUWEY LASI... kah kah kah..

kah kah kah...APA MAKNA NYA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...TANDA TANDA SUWEY AKAN DATANG LAGI... kah kah kah..
\
kah kah kah...BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG.... kah kah kah..

kah kah kah..SALAH AYAH  ENTOT SAMBIL BERDIRI.... kah kah kah


-----

TER FRAUD YANG TERBAIK

Posted: 10 Nov 2013 09:59 PM PST



"Saya hanya roboh tempat berhala, bukan kuil," kata Ku Nan


Menteri Wilayah Persekutuan,  Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan hanya merobohkan rumah...
Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata kerajaan hanya merobohkan rumah berhala, bukan kuil seperti dakwaan parti pembangkang.
Beliau berkata, berhubung kes merobohkan kuil Sri Muneswarar Kaliyaman, ia sepatutnya tidak dijadikan isu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai perintah mahkamah untuk berbuat demikian dan ia tidak menyalahi undang-undang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TERBAIK... TER HEBAT... TER FRAUD... kah kah kah..

kah kah kah...SAYA HANYA MAKAN NASI... TAK MAKAN BERAS... kah kah kah..

kah kah kah... SAYA HANYA MAKAN SATA... TAK MAKAN IKAN... kah kah kah..

kah kah kah... SAYA HANYA MAKAN BACON.... TAK MAKAN BABI... kah kah kah

kah kah kah... SAYA HANYA JOLOK... TAPI TAK PANCUT.... kah kah kah..

kah kah kah... SAYA HANYA ORANG BIASA... TAPI NAK JADI RAJA... kah kah kah

-----------

NAJIB LORD OR THE SUWEYLASI

Posted: 10 Nov 2013 08:40 PM PST




Suspek bunuh pegawai AmBank adalah warga Indonesia - Sulawesi

Suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan pegawai AmBank dalam satu rompakan lebih dua minggu lalu dikenal pasti sebagai warga Indonesia dari Sulawesi


KAH KAH KAH 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH


woit... NAJIB INI BETUL SUWEY... kah kah kah..

kah kah kah.... I REST MY CASE MAY LORD... kah kah kah

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

woit...BAGITU BANYAK PULAU DI INDON.... kah kah kah..

kah kah kah... DARI SULAWESI JUGA  PEMBUNUH DATANG.. kah kah kah

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

Suspect in Ambank murder identified as Indonesian from Sulawesi
The suspect who was nabbed for the murder of an Ambank officer in a robbery two weeks ago has been identified as an Indonesian from Sulawesi.
Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar today named the suspect as Laode Ardina Laode Rasila, 35, from Desa Latugoh, Kacamatan Lawa in Sulawesi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

kah kah kah...AGAIN I REST MY CASE MY LORD... kah kah kah..

kah kah kah...LORD OF THE SUWEYLASI... kah kah kah
---------

DAPUR JALAN PETANG KELMARIN

Posted: 10 Nov 2013 08:20 PM PST







 DAPUR JALAN
PETANG AHAD  KELMARIN
DI JALAN PANGGONG

TERIMA KASEH
kepada tim anak mahasiswa
dari upm dan uia

kepada tim syed shahir
yang datang dengan pengat pisang roti dan air botol

kepada  puan cy - kill the bill
datang denga kueh pau

ada satu keluarga datang dari pajam negeri sembilan
datang untuk membantu

juga poji 
dari planet bundle
yang datang memberi pakaian percuma



----------

SATU CABARAN UNTUK ANAK MUDA

Posted: 10 Nov 2013 08:06 PM PST





KOMENTAR TUKAR TIUB
tidak lama lagi kita akan baca
dalam akhbar milik gerombolan
tentang sex
tentang dadah
tentang maksiat
tentang keganasan
tentang lawan raja
tentang lawan agama
tentang lawan ulamak
tentang segala macam kejahatan
yang muncul dalam internet

semua ini dilakukan untuk mengolah persetujuan
untuk menapis internet

tak percaya?
tunggu dan lihat




 Mahathir syor tapis kandungan internet

Bangi:  Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya mengambil langkah drastik ke arah penapisan kandungan dan penggunaan internet di negara ini. »

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG

JENG JENG JENG

kah kah kah... KAH KAH KAH.... kah kah kah..

woit... NAK TAPIS... kah kah kah..

kah kah kah...NAK TAPIS MACAM MANA?... kah kah kah..

kah kah kah..MACAM TAPIS SANTAN ATAU TAPIS KOPI?... kah kah kah..

kah kah... MUSTAHIL ADA TEKNOLOJI DAPAT TUTUP ORANG BERCAKAP... kah kah ..

kah kah kah.. .ANAK MUDA YANG BIJAK IT...BERSEDIA... kah kah kah..

kah kah kah..INI SATU CABARAN... kah kah kah

----------

NASIONALISMA DAYAK TERUS MEMBARA

Posted: 10 Nov 2013 07:47 PM PST




 NASIONALISMA 
DAYAK MEMBARA


SAMM Gerak ke Pendalaman Baram Dalam Satu Misi Peninjauan dan Bantuan Asas


Berikutan isu pengusiran orang asal yang menetap di Baram semakin menjadi-jadi, satu misi peninjauan akan dilaksanakan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama SAMM Miri dan sekutu tempatan. 

Isu pengusiran penduduk Baram sangat serius sehingga dikatakan wujud kematian. Namun isu ini disenyapkan media demi melindungi kepentingan pemodal dan pihak berkepentingan dalam pembinaan Empangan Baram. 

Penduduk asal dizalimi apabila diarah berpindah ke kawasan yang tidak sebati dengan kehidupan kaum pribumi Sarawak. Kejadian di Baram menyaksikan Orang Ulu dipindahkan ke kawasan ladang kelapa sawit yang terletak jauh dari kawasan perhutanan. Paksaan seperti ini merupakan satu kekejaman buat rakyat. 

SAMM berpendapat, pembinaan empangan pada masa kini tidak memberikan pulangan yang efisyen khususnya dari sudut pengeluaran tenaga berbanding kos pembinaannya. Pembinaan logi janakuasa elektrik adalah alternatif terbaik dengan kos jauh lebih rendah dan tidak melibatkan penghapusan hutan mahupun etnik. 

Justeru itu, che'GuBard sendiri akan mengetuai satu misi peninjauan bersama pasukan SAMM dan sekutu masuk ke kawasan penempatan penduduk terlibat yang terletak jauh di pendalaman Baram pada 11 November hingga 13 November. Misi tersebut turut merangkumi penghantaran bantuan makanan dan peralatan asas serta membuat liputan khas.

Satu taklimat khas mengenai isu ini akan dibuat di Kuala Lumpur untuk membongkar kezaliman yang berlaku di pendalaman Baram sekembalinya SAMM dari Misi Baram. Kepada pihak yang ingin menyumbang dalam Misi Baram, sila maklum melalui email samm4anakmuda@gmail.com .

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

---------