dollah yankee |
Tak paham aku .. apa punya turr !!! Posted: 10 Nov 2013 10:53 PM PST Bila terbaca kisah gadis sunti ini yang terpaksa ambil periksa SPM dalam penjara, gurkah-gurkah politik di'port' pun mula 'hangat hati'. Dan mula mempersoalkan sistem keadilan di Malaysia ini. Ada kah tindakan pihak yang berkuasa itu wajar atau senang cakap.. ada kah patut? Dia bukan lah penjenayah besar yang merbahaya. Salah dia cuma mengacukan pisau terhadap abang dia sendiri yang cuba nak memukul dia bila mereka bergaduh adik beradik. Bila abang dia cuba nak pukul, apa yang patut dia buat? Nak biar sampai dia kena kerenyuk setengah mati baru dia nak lawan balik? Gurkah-gurkah ini berpendapat dia hanya cuba mahu mempertahankan diri dari di kerenyuk. Akibat dari tindakan itu dia telah di reman pada 24hb oktober. Dan kita semua tahu bila seseorang itu di reman atas permintaan polis maka dia dengan serta merta dia dikategorikan sebagai penjenayah. Tak boleh keluar, tak boleh buat apa pun walaupun nak keluar untuk ambil peperiksaan SPM. Apa kah dia akan menjadi ancaman kepada rakan-rakan sekolah jika dia dibenarkan keluar untuk ambil peperiksaan itu di sekolahnya? walaupun dia diiringi olih pegawai penjara atau pegawai polis? Tak boleh kah pihak penjara,polis,kementerian pendidikan,pihak sekolah bekerjasama supaya gadis cantik ini dapat mengambil peperiksaan yang sangat penting itu dalam dewan peperiksaan di sekolah tempat dia belajar? Pengarah Penjara pun ada cakap yang gadis cantik ini tak pernah ada masalah dan tidak pernah mendatangkan apa juga masalah semasa dia dalam reman. Jadi kenapa biar dia ambil periksa dalam penjara? Takut dia lari ka? Takut dia tikam cikgu besaq ka? Yang menarik ialah bila gadis ini sedang kyusuk menjawab kertas periksa, penjara panggil pula reporter dan jurugambar untuk siarkan cerita ini dalam paper bagi seluruh negara tengok. Bila masuk internet, satu dunia tahu. Baik kah tindakan itu? Patut kah macam tu? Elok kah macam tu? Ini lah yang dikatakan 'mangkuk hayun'! dollah yankee - Bunuh orang, rogol orang pun boleh jamin keluar ... |
You are subscribed to email updates from dollah yankee To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan