Rabu, 6 November 2013

bumiperak

bumiperak


PRK Sg Limau: Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta

Posted: 06 Nov 2013 02:25 AM PST

Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


7 tahun pemuas nafsu abang ipar

Posted: 06 Nov 2013 09:34 PM PST

SEKADAR Gambar HiasanSEKADAR Gambar HiasanSUNGAI BULOH: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.

Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.

Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan," katanya.

Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.

"Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.

"Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul," katanya.

Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.

"Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.- Harian Metro

APABILA ZINA LEBIH MUDAH DARIPADA KAHWIN

Posted: 06 Nov 2013 08:09 PM PST


Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal. Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegah yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.
Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga 'ketidak fahaman' tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat 'nikmat seks' secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.
MANGSA NAFSU SOMBONG
Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf 'jenama keluarga'. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat 'nafsu seks' hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya 'ditumbangkan' seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:
"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; 'kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?". Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.
Sepatutnya si bapa bertanya: "kau dah ada pasangan ke?". Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang 'berjenama' dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi s.a.w. bersabda:
"Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin.." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.
KERENAH KURSUS KAHWIN
Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga jenerasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, ada kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakutkan dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.
TOK KADI TAK FAHAM HUKUM
Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut 'saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah", lalu bakal suami menjawab: "saya terima, atau saya bersetuju" atau mungkin ditambah "saya terima nikahnya" atau "saya bersetuju bernikah dengannya" seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi'i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.
Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
"Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: "Nikahkan saya dengan anak perempuan awak", lalu si bapa itu menjawab: "Aku nikahkan engkau". Atau si bapa berkata kepada bakal suami: "bernikahlah dengan anak perempuanku". Lalu bakal suami menjawab: "aku nikahinya". Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:"Nikahilah dia denganku". Jawab Nabi s.a.w.: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu". (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:
(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: "Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan", lalu dia menjawab: "Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima").
Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:
(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: "apa yang awak ada (mahar)?", atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: "aku nikahkan engkau dengannya", maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.
KHURAFAT AKAD SATU NAFAS
Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: "Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan". (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).
Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: "aku terima nikahnya". Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai 'sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.
KERENAH 'MAHKAMAH'
Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah:
(maksudnya) "Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya" (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi sesetengah mahkamah atas nama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.
Kata Dr Karim 'Abd al-Karim Zaidan menyebut:
"Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi'in" (al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
"Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat".
Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
"Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja". (ibid 8/439).
Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahgiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: "kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir" sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri
Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.

Pak Guard Azman [bergaduh dengan isteri pemain bolasepak] jadi pelakon

Posted: 06 Nov 2013 04:51 PM PST



Pak Guard Azman jadi pelakon...

PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.

Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.

Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.

Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.

"Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.

"Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.

"Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari," katanya pada Zass.

Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.

"Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.

"Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak," katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.

Drama adaptasi novel Karangkraf

Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.

"Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.

Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.

Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 7 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 06 Nov 2013 09:17 PM PST

Karpal desak polis mula siasatan terhadap Peguam Negara

Posted: 06 Nov 2013 09:06 PM PST


Polis harus segera menyiasat dakwaan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) tanpa menunggu laporan polis dibuat, kata peguam veteran, Karpal Singh.
Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.
"Portal berita dan blog bercerita mengenai Abdul Gani. Polis boleh membuat aduan dan memulakan siasatan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, berikutan daripada pendedahan itu, beberapa individu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ogos bagi membincangkan isu tersebut.
Malaysiakini melaporkan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan Dr Mahathir.
Hadir sama adalah bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang isu tersebut.
Perbincangan juga berkisar salah laku yang dilakukan Abdul Gani termasuk pemalsuan bukti yang membabitkan kes Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ia bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee yang mahu berjumpa dengannya di kediaman merangkap pejabat di Bukit Tunku pada 10 Ogos.
Pada hari berasingan, Dr Mahathir turut memberi tekanan kepada Abdul Gani dengan memanggil Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.
Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir mendakwa pejabat Peguam Negara melantik dua agen CIA.
Ahmad Zahid bersetuju untuk menjalankan siasatan. Cubaan ini dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan Abdul Gani sekarang yang menjawat jawatan itu sejak 2002.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Kasih BN: Harga ikan, udang naik bebankan pengguna

Posted: 06 Nov 2013 08:55 PM PST

KUALA KANGSAR - Kebanyakan penduduk yang ditemui di sini, mengakui harga ikan dan udang yang dijual di pasar dan kedai runcit naik.

Dengan kenaikan bahan mentah tersebut akan membebankan pengguna, memandangkan harga beberapa barang keperluan lain juga naik sebelum ini.

Penduduk Abdul Momin Khushairy, 39, berkata, harga udang naik sehingga RM6 sekilogram, manakala harga ikan pula RM3 ke RM4 untuk satu kilogram.

"Pagi kelmarin saya ke pasar minggu di Karai kerana harga di sana lebih murah berbanding tempat lain, namun saya terkejut kerana harga ikan dan udang mahal berbanding hari kebiasaan," katanya

Dalam masa sama, Arbaayah Shariff, 61, turut terbeban dengan kenaikan harga tersebut dan menyifatkan kenaikan kali ini tinggi.

"Kalau dulu saya beli ikan RM5  ikan di pasar dapat banyak kali ini  RM5, tak sampai satu kilogram dan hanya dapat tujuh ekor ikan sahaja.

"Kalau berterusan macam ini, kami terpaksa cari sumber makanan lain," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali Hert, 36, berkata, harga ikan dan udang mahal  mungkin disebabkan nelayan tidak turun ke laut dan bekalan kurang.

"Kami sebagai peniaga tiada jalan lain dan terpaksa naikkan harga," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan perjuangan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Nov 2013 07:46 PM PST

Amin Ahmad

November memulakan tirainya dengan penuh peristiwa. Umat Islam menyambut Tahun Baru sempena 1 Muharam, mengikut kalendar Hijrah. Penganut agama Hindu pula menyambut Deepavali. Umumnya, hijrah bermaksud perubahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Pesta Cahaya pula meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman.
Dalam tradisi besar dunia, kita sentiasa dapat membaca mesej penting tentang keperluan hijrah, bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa, bukan sebaliknya. Lebih baik di sini bukan sahaja dalam ukuran kekayaan wang, tetapi lebih penting lagi ialah nilai murni seperti keadilan, persaudaraan dan keamanan.
Inilah yang mesti sentiasa diingatkan, agar penglibatan pimpinan dan ahli dalam parti sentiasa cuba bergerak dengan idea dan nilai pendorong yang benar, di samping meramaikan lagi kelompok di luar parti agar dapat bersama menghayatinya.  Tanpanya, Keadilan secara khususnya, tidak akan berbeza dengan parti lain.
Politik
Meskipun jumlah majoriti yang diperolehi lebih kecil, kita bersyukur kerana (YB) Mohd Azam Abd Samat, calon PAS, berjaya mempertahan kerusi yang dipertandingkan semula berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah. Ia petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat masih sangat diperlukan untuk membawa perubahan dalam negara.
Sepanjang perjuangan, kita mendengar ramai yang datang dan pergi, atas pelbagai sebab. Terlepas apa pun sebabnya, kita berdoa agar diri kita dan mereka akan setia kepada idea dan nilai pendorong yang benar dan pengorbanan yang sedikit atau banyak itu akan dihitung sebagai amal baik kehidupan di dunia.
Perjuangan Keadilan, bersama PAS dan DAP diteruskan dalam mesyuarat ketiga penggal pertama Dewan Rakyat yang bermula pada 21 Oktober 2013 dan dijangka selesai pada 5 Disember 2013. Ramai mendengar pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Apa yang pernah diingatkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jelas berlaku.
Ekonomi
Read More / Baca Lagi >>

Apa pun muslihat Mahathir, Gani perlu disiasat

Posted: 06 Nov 2013 07:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Walau apa pun muslihat politik Tun Mahathir, PAS berpandangan kerajaan perlu membuka suatu fail siasatan secara menyeluruh terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan mengkaji kembali kesemua laporan polis dan SPRM dan termasuk juga kesemua dakwaan-dakwaan lain yang pernah dibuat ke atasnya.

"Negara ini tidak mampu untuk memiliki seorang penasihat undang-undang utama (top legal advisor) yang integritinya dipersoalkan," ujar Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya siasatan yang dijalankan nanti mendapati tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Gani adalah berasas dan melayakkannya untuk disingkirkan dari jawatannya, maka suatu Tribunal perlu dibentuk berdasarkan peruntukan Perkara 145 (6) dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Beberapa portal berita online semalam (6 November) melaporkan berkenaan pertemuan beberapa individu ternama tiga bulan lepas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khusus bagi membincangkan kes-kes salahlaku yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Lumpur: Penduduk Lembah Bertam bercadang saman TNB

Posted: 06 Nov 2013 07:22 PM PST






Kumpulan penduduk Kampung Lembah Bertam yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur susulan pelepasan air dari alur limpah empangan hidroelektrik di Ringlet akhir bulan lalu bercadang untuk mengemukakan saman ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peguam M Manogaran berkata, penduduk terbabit bercadang berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM200,000 yang diperuntukkan TNB kepada seluruh keluarga yang terjejas.

Manogaran dalam satu laporan akhbar theSun berkata, sekurang-kurangnya 100 laporan polis dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kumpulan penduduk terbabit untuk mengkaji kemungkinan untuk mengemukakan saman terbabit.

"TNB tidak serius dalam hal ini kerana ia hanya memperuntukkan RM200,000 sebagai gantirugi untuk dikongsi oleh kesemua mangsa.

"Mereka sepatutnya menjalankan siasatan untuk mengenalpasti apa yang silap," kata bekas MP Teluk Intan, yang turut bertanding untuk merebut kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu turut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa hak asasi Badan Peguam Andrew Khoo yang berpendapat bahawa penduduk kampung mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman berkenaan.

PAS cadang subsidi bersasar, bukan tersasar

Posted: 06 Nov 2013 06:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberikan subsidi bahan api dan makanan secara bersasar jika benar-benar ingin melakukan penjimatan wang negara.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, subsidi bahan api dan makanan seharusnya hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah manakala golongan berpendapatan tinggi membayar dengan harga asal.

Beliau berkata, subsidi yang diberikan sekarang dilihat tersasar daripada matlamat sebenar iaitu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Subsidi petrol dan makanan contohnya, orang miskin dapat orang kaya pun dapat.

"Saya cadang bagi keberkesanan bajet kali ini apa salahnya kerajaan memikirkan subsidi yang lebih bersasar kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah supaya mereka menikmati subsidi bahan api dan makanan dan yang bergaji lebih yang tidak memerlukan subsidi mereka harus bayar harga pasaran.

"Tapi subsidi sekarang yang kaya gaji puluh ribu pun dapat dan yang banyak guna subsidi petrol ialah orang yang ada kemudahan," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Penyandang tak terkesan berdepan calon baru

Posted: 06 Nov 2013 06:37 PM PST

  •  
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

"Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

"Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kes tembakan : Masih amankah Malaysia?

Posted: 06 Nov 2013 06:26 PM PST

SHAH ALAM 3 NOV : Bagaikan situasi di negara asing yang sering ditonton melalui siaran televisyen, masyarakat tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kejadian demi kejadian tembakan maut, sejak April lalu.
Terbaru, pegawai bank, Norazita Abu Talib ditembak mati seorang pengawal keselamatan warga Indonesia ketika sedang membuka bilik kebal di dalam bank Ambank USJ2, pada 23 Oktober lalu.
Insiden berkenaan termasuk antara beberapa kes lain yang dilaporkan media massa membuatkan orang ramai mula resah dan tidak senang duduk dengan tahap keselamatan di Malaysia.
Lebih membimbangkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Selangor mencatat indeks jenayah tembakan tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 15 kes, sepanjang Januari hingga Ogos lalu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengakui faktor geografi di sempadan seperti Malaysia dan Thailand adalah punca yang menggalakkan aktiviti penyeludupan senjata api seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes jenayah.
Pensyarah, Ahmad Isa, 55, berkata kes tembakan yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihkan, apatah lagi apabila Malaysia bakal melangkah ke tahap negara maju.
Katanya, masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan dan berwaspada kerana khuatir mereka bakal menjadi sasaran seterusnya oleh penjenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Sebenar Kematian Presiden Palestin, Yasser Arafat Akhirnya Terbongkar

Posted: 06 Nov 2013 06:22 PM PST


Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland.
Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat.
Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia.
"Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya.
Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat.
Read More / Baca Lagi >>

Kudeta Mesir: Perang besar umat Islam - ketakutan Zionis Al-Sisi memuncak

Posted: 06 Nov 2013 06:19 PM PST

Seorang pemerhati politik, Salim Azuz, menulis dalam akaun facebooknya hari ini, Rabu 6/11/2013 bahwa As-Sisi ketika ini sedang melakukan rundingan dengan Presiden Mursi, agar Presiden Mursi kembali menempati jabatannya.

Salim mengatakan, dulu Presiden Mursi pernah menawari As-Sisi menjadi perdana menteri, tapi dia menolak. Banyak orang menilainya sebagai orang yang zuhud, tidak mahu jabatan yang tinggi...Namun waktu membuktikan bahwa saat itu As-Sisi ternyata menginginkan jabatan yang lebih tinggi daripada perdana menteri. Setelah merasa gagal mendapatkannya, As-Sisi meminta kepada Presiden Mursi untuk mempertahankan jabatannya sebagai menteri pertahanan. Dia meyakini ada dukungan dan jaminan dari Eropa. Namun demikian Presiden Mursi menolak, tidak bersetuju....

Oleh karena itu, Salim Azuz mempunyai keyakinan, tidak ada lagi jalan bagi As-Sisi selain meninggalkan Mesir, dan pergi ke Dubai bergabung dengan Ahmad Syafiq, Calon Presiden yang dikalahkan Presiden Mursi.....

Beberapa sumber lain menyatakan, menyebutkan adanya usaha beberapa elit militer mendatangi Presiden Mursi, dan mengajukan inisiatif penyelesaian yang mengharuskan militer mengajukan permintaan maaf atas semua yang terjadi, lalu semua kondisi kembali normal seperti sebelum 3 Julai....

Jika benar apa yang dicatatkan oleh pemerhati Politik ini, bermakna Presiden Morsi akan kembali sebagai Presiden Mesir yang sah,..Allahuakbar, semoga benar-benar berlaku.

Beltagi optimis akan binasanya pengkudeta Mesir....
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Raja Iskandar sahkan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS

Posted: 06 Nov 2013 06:18 PM PST

Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.
Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.
"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.
Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS

Posted: 06 Nov 2013 06:14 PM PST


 
Selepas dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.

pas muktamar 130610 idris ahmadKebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.

Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.

Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).

Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuNasrudin bagaimanapun mengumumkan tidak akan berentap sebaliknya hanya mahu mencuba nasib sebagai ahli jawatankuasa pusat sahaja. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga tidak berminat turun pangkat dan rela berjuang bermati-matian di gelanggang sedia ada.

Perkembangan semasa menunjukkan Tuan Ibrahim paling berpeluang kembali ke jawatan yang pernah disandangnya empat tahun lalu.

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.

Berdasarkan popularitinya, tidak mustahil pencalonan itu diterjemah kepada sokongan padu jika bekas penceramah popular Forum Perdana Ehwal Islam itu bertanding jawatan naib presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Forum pra Muktamar PAS temukan pihak bertelagah

Posted: 06 Nov 2013 05:56 PM PST


Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Selepas saling serang menyerang melalui laman sosial dan melalui majlis berasingan, dua kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS diletakkan di atas satu pentas malam tadi.
Pihak yang selalu menyerang sesetengah pemimpin dalam PAS, ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin Mohamad dan pihak yang selalu diserang iaitu AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkongsi pentas.
Turut serta ialah Dr Azhar Yaakob, seorang tokoh ulama PAS dari Kuala Lumpur.
Hanipa nampaknya mengambil penuh peluang itu untuk menyelar beberapa perkara yang dibuat oleh Zaharudin.
Beliau menyelar hasil kajian Hudud dijalankan oleh Zaharuddin akan mengundang kekeliruan di antara undang-undang Syariah dan konvensional.
Hanipa berkata, kajian yang dijalankan Zaharuddin boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap  hukum Hudud kerana akan ada pihak yang melihat peraturan Syariah lebih buruk daripada undang-undang yang diamalkan di negara Barat.
"Dalam Islam, istilah tidak penting tetapi falsafah yang dititikberatkan.
"Inilah masalahnya apabila Islam ingin ditampilkan dalam bentuk undang-undang. Saya merasakan jangan kita terperangkap menerangkan Islam merujuk kepada perundangan.
"Lebih baik dibincangkan isu yang mudah difahami. Islam lebih sesuai ditonjolkan sebagai agama belas kasihan. Asas undang-undang Islam adalah belas kasihan," kata peguam PAS itu dalam forum Pra Muktamar PAS yang diadakan di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Minyak 3 September 2013 US$108.50 (Jual di Malaysia RM2.10). Terkini, Harga Minyak Turun US$94.80. Rakyat Dapat Apa?

Posted: 06 Nov 2013 05:54 PM PST

Harga Minyak turun
Harga minyak Turun (KLIK SINI) : Minyak mentah apabila proses (disulingkan) akan menghasilkan beberapa jenis minyak seperti gas, petrol,miyak jet, diesil, kerosin dan bitumen.
Tetapi atas dasar Malaysia mahu berniaga di negara sendiri dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, Malaysia sanggup membeli minyak dari negara-negara padang pasir di Timur Tengah sana dengan harga murah untuk diproses dan dijual di Malaysia. Manakala….
Manakala hasil minyak Malaysia yang mempunyai gred yang tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang. Ibarat seperti……
  1. Kita jual air bukit bersih kepada Singapore dengan harga mahal. Tetapi kita proses air loji dan jual kepada anda, anda di sini sebagai rakyat Malaysia dengan harga mahal seperti mana harga air bukit
  2. Beza RON 98,97 & 95 adalah terletak di tahap penyulingan minyak mentah, yang mana nisbah pembakaran minyak RON 95 adalah lebih rendah pada skala penyulingan.
  3. Jadi untung atau tidak cara kerajaan Malaysia berniaga minyak kepada rakyat seperti ini?
harga minyak Malaysia turun
Dan…..kerajaan Malaysia bertambah untung lagi apabila pada ketika naik harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak dunia meningkat. Malangnya apabila harga pasaran dunia turun dunia dan kembali stabil, macam tiada apa-apa yang berlaku pula.

Trend Harga Minyak Dunia Murah Ketika Ini. Sila Semak!!

Read More / Baca Lagi >>

What’s happening to BN-Hindraf MOU?

Posted: 06 Nov 2013 05:48 PM PST

Has P Waythamoorthy lost the battle and willingly drowned himself in a worthless MOU?

During field games we have the water boy to run errands for coaches and team managers; and definitely the players themselves.
Looking at our Prime Minister's Office (PMO), the PM has found a highly qualified water boy to paint the presence of another Indian being part of his team. He is none other than P Waythamoorthy, the chairman of the Hindraf movement.
Appointed as deputy minister in the PMO, he is supposedly assigned to look into the welfare of the Indian community in Malaysia, especially the displaced poor within the community. What that amounts to in spirit and essence to the letter is still cloudy despite him being in the PM's team post the GE13 in May.
Waythamoorthy is seen not only as a toothless cat but also unable in achieving all that he has laid before the PM prior to the 13th general election. Terms of reference in the so called penned memorandum of understanding (MOU) remain in theory and have just wasted precious paper and ink.
The testimony of the MOU failure was truthfully revealed by Hindraf in their 100 day performance report which was made public.
They actually had the audacity to claim that basically nothing has moved even an inch since Waythamoorthy took office except for the appointment. What a shame indeed in the eye of all the Indians in Malaysia.
First and foremost, as a person with legal training, Waythamoorthy should be well versed with contract laws. Now it is common knowledge that an MOU is not and will never be a contract or agreement between two parties even if it was signatured with golden ink and banded with silver ribbons.
It is what it's called, an "understanding" and nothing more than that. It is neither binding nor obligatory to all parties descending to its contents. Legally speaking it is not even worth the toilet paper; what more the wordings.
Read More / Baca Lagi >>

Perak: Kampung bertukar jadi lombong

Posted: 06 Nov 2013 05:46 PM PST

PADANG SERAI – Kewujudan Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan dekat sini yang sarat dengan kesan peninggalan era penjajahan Syarikat Hindia Timur Inggeris mungkin tinggal kenangan berikutan kerakusan beberapa syarikat melombong pasir di kampung itu untuk dijual kepada pemaju perumahan.
Tinjauan wartawan Kosmo! di kawasan itu mendapati keluasan kampung tersebut yang menempatkan batu sempadan kerajaan British dan Siam pada tahun 1831 kini semakin mengecil ekoran kerja melombong pasir itu yang dijalankan secara berterusan sejak tiga tahun lalu.

Patung kaki: Keluarga Azizan tetap ambil tindakan

Posted: 06 Nov 2013 05:45 PM PST

patung 
ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan 'Kaki Azizan', ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.

Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi'iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.

"Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Ust Suhaimi: Menghayati Maal Hijrah

Posted: 06 Nov 2013 05:25 PM PST

FORUM PRA MUKTAMAR PAS KE 59

Posted: 06 Nov 2013 05:01 PM PST

Dr Khairuddin: GST bercanggah dengan ajaran Islam

Posted: 06 Nov 2013 04:59 PM PST


KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan pada tahun 2015 adalah bercanggah dengan ajaran Islam, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketika membahaskan Bajet 2014 semalam, beliau berkata pengambilan cukai oleh kerajaan perlu memenuhi tiga syarat sebagaimana yang disebut oleh tokoh ulama dunia Dr Yusuf Al Qardhawi.

Syarat tersebut katanya, cukai tidak boleh diambil daripada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaya dengan miskin.

Tetapi katanya, cukai GST melibatkan cukai yang diambil oleh semua orang kaya dan miskin.

"Cukai dalam Islam ialah perlu diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tambahnya, syarat pengambilan cukai mestilah tidak ada sebarang ketirisan dan penyelewengan dalam kewangan negara, tetapi di dalam negara ini ketirisan tetap berlaku sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: PAS menang tanda SPR adil?

Posted: 06 Nov 2013 04:54 PM PST

 (Gambar Penuh Persoalan Di Dewan SM Agama Yan)



Apabila PAS diumumkan berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau walaupun dengan penurunan majoriti dalam PRK Sungai Limau, 4 November 2013 lepas, maka bergemalah suara-suara yang menyatakan, "Bila PAS menang maknanya SPR Y!"

Saya kata, walaupun PAS menang, hakikatnya SPR tetap bukan referee yang adil! Kalau SPR adil, saya yakin keputusannya akan jauh berbeza. Sebab apa saya menyatakan begitu?

Adil apa, kalau PRK atau PRU dengan makna yang sebenarnya adalah PAS/PR lawan Kerajaan Malaysia bukannya lawan Umno/BN. Cuba BN lawan PAS dengan hanya berbekalkan kekuatan jentera parti sendiri supaya kita boleh berlawan di atas padang yang sama rata dengan SPR menjadi referee yang adil, polis dan majlis perbandaran serta agensi penguatkuasa yang lain bertindak sebagai penjaga garisan. Apa pun keputusan perlawanan, kita tak akan pertikaikan.

Kita ingin melihat dan merasai suasana PRK tanpa ada program agihan anak ayam tajaan Kementerian Pertanian, milo dan gula berharga RM1 tajaan KPDNKK, gimik pecah tanah untuk projek itu dan ini, van dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat ada merata-rata di segenap ceruk kampung, pemimpin-pemimpin BN ke sana ke mari dengan diiringi polis trafik, penggunaan premis milik rakyat seperti sekolah, masjid, balairaya dan dewan orang ramai untuk program kempen BN dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.

Apatah lagi dengan fenomena mi segera dimasak di sana-sini. Ratusan juta ringgit projek diluluskan walaupun akhirnya hanya tinggal habuk dan angin. Tak percaya? Pergilah ke Kuala Besut! Silakan anda semua melihat dan menikmati kehebatan pembangunan yang sedang rancak mencacak naik sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini!
Read More / Baca Lagi >>

Tan Sri Abu Talib: Siasat Gani bukan buruk-burukkannya......

Posted: 06 Nov 2013 04:50 PM PST


Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
"Kita bercakap tentang seorang yang memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan pegawai kerajaan yang sangat berkuasa.
"Dia adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan yang secara perlembagaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah dinasihatkan oleh perdana menteri," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan hanya boleh dibuat kalau ada laporan polis.
Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad memanggil beberapa pihak yang berpengaruhuntuk berbincang di rumahnya di Seri Kembangan Ogos lalu berhubung salah laku ketua peguam kerajaan itu.
Laman web Malaysiakini melaporkan bekas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu bekas perdana menteri itu.
Turut hadir dalam pertemuan dalam suasana hari raya itu adalah bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof yang melaporkan pertembungan mereka dengan Gani.
Perbincangan itu juga menyentuh dakwaan salah laku Gani termasuk pemalsuan bukti dalam kes Mata Lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semuanya bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee mengajak beliau bertemu di rumahnya pada 10 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

DOA MUKHRIZ, JAMIL KHIR & CALON BN DI SUNGAI LIMAU TELAH DIMAKBULKAN

Posted: 06 Nov 2013 07:29 AM PST

Ghani Patail, Najib bakal kepanasan tidak lama lagi?

Posted: 06 Nov 2013 07:20 AM PST

Shahbudin Husin

Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Ghani Patail tetapi kepada Najib Razak juga.
Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan turut berkaitan ialah kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau maklum dengan hal itu. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>