Rabu, 6 November 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Dewan Rakyat 7 Nov 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 06 Nov 2013 09:17 PM PST

Karpal desak polis mula siasatan terhadap Peguam Negara

Posted: 06 Nov 2013 09:06 PM PST


Polis harus segera menyiasat dakwaan ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) tanpa menunggu laporan polis dibuat, kata peguam veteran, Karpal Singh.
Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.
"Portal berita dan blog bercerita mengenai Abdul Gani. Polis boleh membuat aduan dan memulakan siasatan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, berikutan daripada pendedahan itu, beberapa individu berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ogos bagi membincangkan isu tersebut.
Malaysiakini melaporkan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu dengan Dr Mahathir.
Hadir sama adalah bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusoff yang memberi taklimat kepada Dr Mahathir tentang isu tersebut.
Perbincangan juga berkisar salah laku yang dilakukan Abdul Gani termasuk pemalsuan bukti yang membabitkan kes Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Ia bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee yang mahu berjumpa dengannya di kediaman merangkap pejabat di Bukit Tunku pada 10 Ogos.
Pada hari berasingan, Dr Mahathir turut memberi tekanan kepada Abdul Gani dengan memanggil Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berbincang.
Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir mendakwa pejabat Peguam Negara melantik dua agen CIA.
Ahmad Zahid bersetuju untuk menjalankan siasatan. Cubaan ini dilihat sebagai ancaman kepada kedudukan Abdul Gani sekarang yang menjawat jawatan itu sejak 2002.
Read More / Baca Lagi >>

Terima Kasih BN: Harga ikan, udang naik bebankan pengguna

Posted: 06 Nov 2013 08:55 PM PST

KUALA KANGSAR - Kebanyakan penduduk yang ditemui di sini, mengakui harga ikan dan udang yang dijual di pasar dan kedai runcit naik.

Dengan kenaikan bahan mentah tersebut akan membebankan pengguna, memandangkan harga beberapa barang keperluan lain juga naik sebelum ini.

Penduduk Abdul Momin Khushairy, 39, berkata, harga udang naik sehingga RM6 sekilogram, manakala harga ikan pula RM3 ke RM4 untuk satu kilogram.

"Pagi kelmarin saya ke pasar minggu di Karai kerana harga di sana lebih murah berbanding tempat lain, namun saya terkejut kerana harga ikan dan udang mahal berbanding hari kebiasaan," katanya

Dalam masa sama, Arbaayah Shariff, 61, turut terbeban dengan kenaikan harga tersebut dan menyifatkan kenaikan kali ini tinggi.

"Kalau dulu saya beli ikan RM5  ikan di pasar dapat banyak kali ini  RM5, tak sampai satu kilogram dan hanya dapat tujuh ekor ikan sahaja.

"Kalau berterusan macam ini, kami terpaksa cari sumber makanan lain," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang mahu dikenali Hert, 36, berkata, harga ikan dan udang mahal  mungkin disebabkan nelayan tidak turun ke laut dan bekalan kurang.

"Kami sebagai peniaga tiada jalan lain dan terpaksa naikkan harga," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan perjuangan Pakatan Rakyat

Posted: 06 Nov 2013 07:46 PM PST

Amin Ahmad

November memulakan tirainya dengan penuh peristiwa. Umat Islam menyambut Tahun Baru sempena 1 Muharam, mengikut kalendar Hijrah. Penganut agama Hindu pula menyambut Deepavali. Umumnya, hijrah bermaksud perubahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Pesta Cahaya pula meraikan kemenangan keadilan ke atas kezaliman.
Dalam tradisi besar dunia, kita sentiasa dapat membaca mesej penting tentang keperluan hijrah, bagaimana menjadikan kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa, bukan sebaliknya. Lebih baik di sini bukan sahaja dalam ukuran kekayaan wang, tetapi lebih penting lagi ialah nilai murni seperti keadilan, persaudaraan dan keamanan.
Inilah yang mesti sentiasa diingatkan, agar penglibatan pimpinan dan ahli dalam parti sentiasa cuba bergerak dengan idea dan nilai pendorong yang benar, di samping meramaikan lagi kelompok di luar parti agar dapat bersama menghayatinya.  Tanpanya, Keadilan secara khususnya, tidak akan berbeza dengan parti lain.
Politik
Meskipun jumlah majoriti yang diperolehi lebih kecil, kita bersyukur kerana (YB) Mohd Azam Abd Samat, calon PAS, berjaya mempertahan kerusi yang dipertandingkan semula berikutan kematian Tan Sri Azizan Razak, mantan Menteri Besar Kedah. Ia petunjuk penting bahawa Pakatan Rakyat masih sangat diperlukan untuk membawa perubahan dalam negara.
Sepanjang perjuangan, kita mendengar ramai yang datang dan pergi, atas pelbagai sebab. Terlepas apa pun sebabnya, kita berdoa agar diri kita dan mereka akan setia kepada idea dan nilai pendorong yang benar dan pengorbanan yang sedikit atau banyak itu akan dihitung sebagai amal baik kehidupan di dunia.
Perjuangan Keadilan, bersama PAS dan DAP diteruskan dalam mesyuarat ketiga penggal pertama Dewan Rakyat yang bermula pada 21 Oktober 2013 dan dijangka selesai pada 5 Disember 2013. Ramai mendengar pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Apa yang pernah diingatkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jelas berlaku.
Ekonomi
Read More / Baca Lagi >>

Apa pun muslihat Mahathir, Gani perlu disiasat

Posted: 06 Nov 2013 07:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Walau apa pun muslihat politik Tun Mahathir, PAS berpandangan kerajaan perlu membuka suatu fail siasatan secara menyeluruh terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan mengkaji kembali kesemua laporan polis dan SPRM dan termasuk juga kesemua dakwaan-dakwaan lain yang pernah dibuat ke atasnya.

"Negara ini tidak mampu untuk memiliki seorang penasihat undang-undang utama (top legal advisor) yang integritinya dipersoalkan," ujar Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya siasatan yang dijalankan nanti mendapati tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Gani adalah berasas dan melayakkannya untuk disingkirkan dari jawatannya, maka suatu Tribunal perlu dibentuk berdasarkan peruntukan Perkara 145 (6) dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.

Beberapa portal berita online semalam (6 November) melaporkan berkenaan pertemuan beberapa individu ternama tiga bulan lepas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khusus bagi membincangkan kes-kes salahlaku yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Read More / Baca Lagi >>

Banjir Lumpur: Penduduk Lembah Bertam bercadang saman TNB

Posted: 06 Nov 2013 07:22 PM PST






Kumpulan penduduk Kampung Lembah Bertam yang terjejas akibat kejadian banjir lumpur susulan pelepasan air dari alur limpah empangan hidroelektrik di Ringlet akhir bulan lalu bercadang untuk mengemukakan saman ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Peguam M Manogaran berkata, penduduk terbabit bercadang berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan sebanyak RM200,000 yang diperuntukkan TNB kepada seluruh keluarga yang terjejas.

Manogaran dalam satu laporan akhbar theSun berkata, sekurang-kurangnya 100 laporan polis dibuat oleh kumpulan penduduk terbabit.

Katanya, beliau akan bekerjasama dengan satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kumpulan penduduk terbabit untuk mengkaji kemungkinan untuk mengemukakan saman terbabit.

"TNB tidak serius dalam hal ini kerana ia hanya memperuntukkan RM200,000 sebagai gantirugi untuk dikongsi oleh kesemua mangsa.

"Mereka sepatutnya menjalankan siasatan untuk mengenalpasti apa yang silap," kata bekas MP Teluk Intan, yang turut bertanding untuk merebut kerusi parlimen Cameron Highlands dalam pilihan raya umum ke-13.

Laporan itu turut memetik kenyataan pengerusi jawatankuasa hak asasi Badan Peguam Andrew Khoo yang berpendapat bahawa penduduk kampung mempunyai locus standi untuk mengemukakan saman berkenaan.

PAS cadang subsidi bersasar, bukan tersasar

Posted: 06 Nov 2013 06:39 PM PST


KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran memberikan subsidi bahan api dan makanan secara bersasar jika benar-benar ingin melakukan penjimatan wang negara.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, subsidi bahan api dan makanan seharusnya hanya diberikan kepada golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah manakala golongan berpendapatan tinggi membayar dengan harga asal.

Beliau berkata, subsidi yang diberikan sekarang dilihat tersasar daripada matlamat sebenar iaitu meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Subsidi petrol dan makanan contohnya, orang miskin dapat orang kaya pun dapat.

"Saya cadang bagi keberkesanan bajet kali ini apa salahnya kerajaan memikirkan subsidi yang lebih bersasar kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah supaya mereka menikmati subsidi bahan api dan makanan dan yang bergaji lebih yang tidak memerlukan subsidi mereka harus bayar harga pasaran.

"Tapi subsidi sekarang yang kaya gaji puluh ribu pun dapat dan yang banyak guna subsidi petrol ialah orang yang ada kemudahan," katanya ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Penyandang tak terkesan berdepan calon baru

Posted: 06 Nov 2013 06:37 PM PST

  •  
KUALA LUMPUR - Tindakan perwakilan menghantar sehingga 12 nama calon untuk jawatan naib presiden seharusnya dilihat secara positif memandangkan ramai pihak yang diberi penghormatan untuk berkhidmat kepada parti.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan itu membuktikan Pas tidak ketandusan calon bagi menjawat jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

"Itu terpulang kepada perwakilan, tiada masalah kepada penyandang apa jua jawatan sekalipun untuk berdepan dengan orang lain yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

"Penting bagi saya, adalah untuk berkhidmat kepada parti dan bukannya mencari apa jua kedudukan dalam parti kerana ia bukan ada apa-apa yang boleh mengenyangkan dan memenuhkan poket," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kes tembakan : Masih amankah Malaysia?

Posted: 06 Nov 2013 06:26 PM PST

SHAH ALAM 3 NOV : Bagaikan situasi di negara asing yang sering ditonton melalui siaran televisyen, masyarakat tiba-tiba sahaja dikejutkan dengan kejadian demi kejadian tembakan maut, sejak April lalu.
Terbaru, pegawai bank, Norazita Abu Talib ditembak mati seorang pengawal keselamatan warga Indonesia ketika sedang membuka bilik kebal di dalam bank Ambank USJ2, pada 23 Oktober lalu.
Insiden berkenaan termasuk antara beberapa kes lain yang dilaporkan media massa membuatkan orang ramai mula resah dan tidak senang duduk dengan tahap keselamatan di Malaysia.
Lebih membimbangkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan Selangor mencatat indeks jenayah tembakan tertinggi berbanding negeri lain dengan jumlah 15 kes, sepanjang Januari hingga Ogos lalu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengakui faktor geografi di sempadan seperti Malaysia dan Thailand adalah punca yang menggalakkan aktiviti penyeludupan senjata api seterusnya menyumbang kepada peningkatan kes jenayah.
Pensyarah, Ahmad Isa, 55, berkata kes tembakan yang berlaku adalah sesuatu yang menyedihkan, apatah lagi apabila Malaysia bakal melangkah ke tahap negara maju.
Katanya, masyarakat terpaksa hidup dalam ketakutan dan berwaspada kerana khuatir mereka bakal menjadi sasaran seterusnya oleh penjenayah.
Read More / Baca Lagi >>

Punca Sebenar Kematian Presiden Palestin, Yasser Arafat Akhirnya Terbongkar

Posted: 06 Nov 2013 06:22 PM PST


Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland.
Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat.
Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia.
"Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya.
Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat.
Read More / Baca Lagi >>

Kudeta Mesir: Perang besar umat Islam - ketakutan Zionis Al-Sisi memuncak

Posted: 06 Nov 2013 06:19 PM PST

Seorang pemerhati politik, Salim Azuz, menulis dalam akaun facebooknya hari ini, Rabu 6/11/2013 bahwa As-Sisi ketika ini sedang melakukan rundingan dengan Presiden Mursi, agar Presiden Mursi kembali menempati jabatannya.

Salim mengatakan, dulu Presiden Mursi pernah menawari As-Sisi menjadi perdana menteri, tapi dia menolak. Banyak orang menilainya sebagai orang yang zuhud, tidak mahu jabatan yang tinggi...Namun waktu membuktikan bahwa saat itu As-Sisi ternyata menginginkan jabatan yang lebih tinggi daripada perdana menteri. Setelah merasa gagal mendapatkannya, As-Sisi meminta kepada Presiden Mursi untuk mempertahankan jabatannya sebagai menteri pertahanan. Dia meyakini ada dukungan dan jaminan dari Eropa. Namun demikian Presiden Mursi menolak, tidak bersetuju....

Oleh karena itu, Salim Azuz mempunyai keyakinan, tidak ada lagi jalan bagi As-Sisi selain meninggalkan Mesir, dan pergi ke Dubai bergabung dengan Ahmad Syafiq, Calon Presiden yang dikalahkan Presiden Mursi.....

Beberapa sumber lain menyatakan, menyebutkan adanya usaha beberapa elit militer mendatangi Presiden Mursi, dan mengajukan inisiatif penyelesaian yang mengharuskan militer mengajukan permintaan maaf atas semua yang terjadi, lalu semua kondisi kembali normal seperti sebelum 3 Julai....

Jika benar apa yang dicatatkan oleh pemerhati Politik ini, bermakna Presiden Morsi akan kembali sebagai Presiden Mesir yang sah,..Allahuakbar, semoga benar-benar berlaku.

Beltagi optimis akan binasanya pengkudeta Mesir....
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Raja Iskandar sahkan bertanding Timbalan Ketua Pemuda PAS

Posted: 06 Nov 2013 06:18 PM PST

Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss mengesahkan beliau akan bertanding jawatan timbalan ketua pemuda dalam pemilihannya 21 November nanti.
Beliau yang menang dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda PAS Perak baru-baru ini mengesahkan perkara ini dalam satu kenyataan medianya.
"Saya serah jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan menolak pencalonan bagi jawatan ketua dan naib ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain.
"Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan timbalan ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak," katanya.
Sebelum ini, ketua Pemuda, Nasrudin Hassan mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan akan bertanding AJK PAS Pusat.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar 59: Ulama mampu rebut semula naib presiden PAS

Posted: 06 Nov 2013 06:14 PM PST


 
Selepas dua tahun, kumpulan pro-ulama dilihat mampu merebut semula sekurang-kurangnya satu daripada tiga kerusi naib presiden PAS yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh golongan profesional.

pas muktamar 130610 idris ahmadKebangkitan mereka kali ini antaranya didorong oleh kegagalan mendapat tempat dalam pemilihan 2011 apabila dua 'heavyweight' agamawan PAS - Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Idris Ahmad (kiri) - kecundang kepada penyandang sedia ada.

Kecuali pemilihan lalu, dalam tempoh sepuluh tahun terakhir, ulama sentiasa menjadi pilihan perwakilan sebagai salah seorang naib presiden bagi bergandingan dengan calon-calon profesional PAS.

Tokoh-tokoh pilihan naib presiden sebelum ini, Tan Sri Azizan Razak (2003), Datuk Dr Hasan Ali (2005), Ahmad Awang (2007) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (2009).

Dalam pemilihan kali ini, lima daripada 10 pemimpin yang dicalonkan PAS kawasan terdiri daripada golongan ulama, iaitu Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Idris, Datuk Abu Bakar Chik dan Nasrudin Hassan.

pas youth protest against egypt coup mohamad mat sabuNasrudin bagaimanapun mengumumkan tidak akan berentap sebaliknya hanya mahu mencuba nasib sebagai ahli jawatankuasa pusat sahaja. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga tidak berminat turun pangkat dan rela berjuang bermati-matian di gelanggang sedia ada.

Perkembangan semasa menunjukkan Tuan Ibrahim paling berpeluang kembali ke jawatan yang pernah disandangnya empat tahun lalu.

Jumlah pencalonan naib presiden masih belum diketahui. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang bocor kepada media, beliau mendapat pencalonan terbanyak sebagai timbalan presiden – jawatan yang berisiko untuk direbutinya berbanding naib presiden.

Berdasarkan popularitinya, tidak mustahil pencalonan itu diterjemah kepada sokongan padu jika bekas penceramah popular Forum Perdana Ehwal Islam itu bertanding jawatan naib presiden.
Read More / Baca Lagi >>

Forum pra Muktamar PAS temukan pihak bertelagah

Posted: 06 Nov 2013 05:56 PM PST


Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Ahli Parlimen Serdang, Mohamed Hanipa Maidin menyelar kajian Hudud Zaharuddin Muhammad yang beliau anggap mengelirukan. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 November, 2013.Selepas saling serang menyerang melalui laman sosial dan melalui majlis berasingan, dua kumpulan yang berbeza pandangan dalam PAS diletakkan di atas satu pentas malam tadi.
Pihak yang selalu menyerang sesetengah pemimpin dalam PAS, ahli Majlis Syura Ulama, Zaharudin Mohamad dan pihak yang selalu diserang iaitu AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkongsi pentas.
Turut serta ialah Dr Azhar Yaakob, seorang tokoh ulama PAS dari Kuala Lumpur.
Hanipa nampaknya mengambil penuh peluang itu untuk menyelar beberapa perkara yang dibuat oleh Zaharudin.
Beliau menyelar hasil kajian Hudud dijalankan oleh Zaharuddin akan mengundang kekeliruan di antara undang-undang Syariah dan konvensional.
Hanipa berkata, kajian yang dijalankan Zaharuddin boleh mendatangkan tanggapan negatif terhadap  hukum Hudud kerana akan ada pihak yang melihat peraturan Syariah lebih buruk daripada undang-undang yang diamalkan di negara Barat.
"Dalam Islam, istilah tidak penting tetapi falsafah yang dititikberatkan.
"Inilah masalahnya apabila Islam ingin ditampilkan dalam bentuk undang-undang. Saya merasakan jangan kita terperangkap menerangkan Islam merujuk kepada perundangan.
"Lebih baik dibincangkan isu yang mudah difahami. Islam lebih sesuai ditonjolkan sebagai agama belas kasihan. Asas undang-undang Islam adalah belas kasihan," kata peguam PAS itu dalam forum Pra Muktamar PAS yang diadakan di Kuala Lumpur.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Minyak 3 September 2013 US$108.50 (Jual di Malaysia RM2.10). Terkini, Harga Minyak Turun US$94.80. Rakyat Dapat Apa?

Posted: 06 Nov 2013 05:54 PM PST

Harga Minyak turun
Harga minyak Turun (KLIK SINI) : Minyak mentah apabila proses (disulingkan) akan menghasilkan beberapa jenis minyak seperti gas, petrol,miyak jet, diesil, kerosin dan bitumen.
Tetapi atas dasar Malaysia mahu berniaga di negara sendiri dengan rakyat Malaysia bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda, Malaysia sanggup membeli minyak dari negara-negara padang pasir di Timur Tengah sana dengan harga murah untuk diproses dan dijual di Malaysia. Manakala….
Manakala hasil minyak Malaysia yang mempunyai gred yang tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang. Ibarat seperti……
  1. Kita jual air bukit bersih kepada Singapore dengan harga mahal. Tetapi kita proses air loji dan jual kepada anda, anda di sini sebagai rakyat Malaysia dengan harga mahal seperti mana harga air bukit
  2. Beza RON 98,97 & 95 adalah terletak di tahap penyulingan minyak mentah, yang mana nisbah pembakaran minyak RON 95 adalah lebih rendah pada skala penyulingan.
  3. Jadi untung atau tidak cara kerajaan Malaysia berniaga minyak kepada rakyat seperti ini?
harga minyak Malaysia turun
Dan…..kerajaan Malaysia bertambah untung lagi apabila pada ketika naik harga minyak dinaikkan atas alasan harga minyak dunia meningkat. Malangnya apabila harga pasaran dunia turun dunia dan kembali stabil, macam tiada apa-apa yang berlaku pula.

Trend Harga Minyak Dunia Murah Ketika Ini. Sila Semak!!

Read More / Baca Lagi >>

What’s happening to BN-Hindraf MOU?

Posted: 06 Nov 2013 05:48 PM PST

Has P Waythamoorthy lost the battle and willingly drowned himself in a worthless MOU?

During field games we have the water boy to run errands for coaches and team managers; and definitely the players themselves.
Looking at our Prime Minister's Office (PMO), the PM has found a highly qualified water boy to paint the presence of another Indian being part of his team. He is none other than P Waythamoorthy, the chairman of the Hindraf movement.
Appointed as deputy minister in the PMO, he is supposedly assigned to look into the welfare of the Indian community in Malaysia, especially the displaced poor within the community. What that amounts to in spirit and essence to the letter is still cloudy despite him being in the PM's team post the GE13 in May.
Waythamoorthy is seen not only as a toothless cat but also unable in achieving all that he has laid before the PM prior to the 13th general election. Terms of reference in the so called penned memorandum of understanding (MOU) remain in theory and have just wasted precious paper and ink.
The testimony of the MOU failure was truthfully revealed by Hindraf in their 100 day performance report which was made public.
They actually had the audacity to claim that basically nothing has moved even an inch since Waythamoorthy took office except for the appointment. What a shame indeed in the eye of all the Indians in Malaysia.
First and foremost, as a person with legal training, Waythamoorthy should be well versed with contract laws. Now it is common knowledge that an MOU is not and will never be a contract or agreement between two parties even if it was signatured with golden ink and banded with silver ribbons.
It is what it's called, an "understanding" and nothing more than that. It is neither binding nor obligatory to all parties descending to its contents. Legally speaking it is not even worth the toilet paper; what more the wordings.
Read More / Baca Lagi >>

Perak: Kampung bertukar jadi lombong

Posted: 06 Nov 2013 05:46 PM PST

PADANG SERAI – Kewujudan Kampung Terat Batu, Mukim Sidam Kanan dekat sini yang sarat dengan kesan peninggalan era penjajahan Syarikat Hindia Timur Inggeris mungkin tinggal kenangan berikutan kerakusan beberapa syarikat melombong pasir di kampung itu untuk dijual kepada pemaju perumahan.
Tinjauan wartawan Kosmo! di kawasan itu mendapati keluasan kampung tersebut yang menempatkan batu sempadan kerajaan British dan Siam pada tahun 1831 kini semakin mengecil ekoran kerja melombong pasir itu yang dijalankan secara berterusan sejak tiga tahun lalu.

Patung kaki: Keluarga Azizan tetap ambil tindakan

Posted: 06 Nov 2013 05:45 PM PST

patung 
ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab menggantungkan patung kaki kudung tertera perkataan 'Kaki Azizan', ketika kempen PRK Dun Sungai Limau.

Anak kelima Allahyarham, Muhammad Rafi'iy Azizan berkata, biar pun Pas mengekalkan kemenangan di Dun Sungai Limau, pihaknya tidak berhasrat membatalkan tindakan perundangan itu supaya menjadi pengajaran pada masa depan.

"Provokasi itu tindakan melampau dan keterlaluan, disebabkan itu kita tetap teruskan tindakan mengikut prosedur perundangan. Laporan polis juga sudah dibuat dan buat masa ini, kita sedang menunggu hasil siasatan sebelum ambil tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Ust Suhaimi: Menghayati Maal Hijrah

Posted: 06 Nov 2013 05:25 PM PST

FORUM PRA MUKTAMAR PAS KE 59

Posted: 06 Nov 2013 05:01 PM PST

Dr Khairuddin: GST bercanggah dengan ajaran Islam

Posted: 06 Nov 2013 04:59 PM PST


KUALA LUMPUR: Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal diperkenalkan kerajaan pada tahun 2015 adalah bercanggah dengan ajaran Islam, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairuddin Aman Razali.

Ketika membahaskan Bajet 2014 semalam, beliau berkata pengambilan cukai oleh kerajaan perlu memenuhi tiga syarat sebagaimana yang disebut oleh tokoh ulama dunia Dr Yusuf Al Qardhawi.

Syarat tersebut katanya, cukai tidak boleh diambil daripada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaya dengan miskin.

Tetapi katanya, cukai GST melibatkan cukai yang diambil oleh semua orang kaya dan miskin.

"Cukai dalam Islam ialah perlu diambil dari orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Tambahnya, syarat pengambilan cukai mestilah tidak ada sebarang ketirisan dan penyelewengan dalam kewangan negara, tetapi di dalam negara ini ketirisan tetap berlaku sepertimana yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: PAS menang tanda SPR adil?

Posted: 06 Nov 2013 04:54 PM PST

 (Gambar Penuh Persoalan Di Dewan SM Agama Yan)



Apabila PAS diumumkan berjaya mengekalkan kerusi Dun Sungai Limau walaupun dengan penurunan majoriti dalam PRK Sungai Limau, 4 November 2013 lepas, maka bergemalah suara-suara yang menyatakan, "Bila PAS menang maknanya SPR Y!"

Saya kata, walaupun PAS menang, hakikatnya SPR tetap bukan referee yang adil! Kalau SPR adil, saya yakin keputusannya akan jauh berbeza. Sebab apa saya menyatakan begitu?

Adil apa, kalau PRK atau PRU dengan makna yang sebenarnya adalah PAS/PR lawan Kerajaan Malaysia bukannya lawan Umno/BN. Cuba BN lawan PAS dengan hanya berbekalkan kekuatan jentera parti sendiri supaya kita boleh berlawan di atas padang yang sama rata dengan SPR menjadi referee yang adil, polis dan majlis perbandaran serta agensi penguatkuasa yang lain bertindak sebagai penjaga garisan. Apa pun keputusan perlawanan, kita tak akan pertikaikan.

Kita ingin melihat dan merasai suasana PRK tanpa ada program agihan anak ayam tajaan Kementerian Pertanian, milo dan gula berharga RM1 tajaan KPDNKK, gimik pecah tanah untuk projek itu dan ini, van dan bas Jabatan Kebajikan Masyarakat ada merata-rata di segenap ceruk kampung, pemimpin-pemimpin BN ke sana ke mari dengan diiringi polis trafik, penggunaan premis milik rakyat seperti sekolah, masjid, balairaya dan dewan orang ramai untuk program kempen BN dan banyak lagi kalau nak disenaraikan.

Apatah lagi dengan fenomena mi segera dimasak di sana-sini. Ratusan juta ringgit projek diluluskan walaupun akhirnya hanya tinggal habuk dan angin. Tak percaya? Pergilah ke Kuala Besut! Silakan anda semua melihat dan menikmati kehebatan pembangunan yang sedang rancak mencacak naik sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen PRK Kuala Besut baru-baru ini!
Read More / Baca Lagi >>

Tan Sri Abu Talib: Siasat Gani bukan buruk-burukkannya......

Posted: 06 Nov 2013 04:50 PM PST


Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.
"Kita bercakap tentang seorang yang memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan pegawai kerajaan yang sangat berkuasa.
"Dia adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan yang secara perlembagaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah dinasihatkan oleh perdana menteri," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.
Katanya, siasatan hanya boleh dibuat kalau ada laporan polis.
Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad memanggil beberapa pihak yang berpengaruhuntuk berbincang di rumahnya di Seri Kembangan Ogos lalu berhubung salah laku ketua peguam kerajaan itu.
Laman web Malaysiakini melaporkan bekas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu bekas perdana menteri itu.
Turut hadir dalam pertemuan dalam suasana hari raya itu adalah bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof yang melaporkan pertembungan mereka dengan Gani.
Perbincangan itu juga menyentuh dakwaan salah laku Gani termasuk pemalsuan bukti dalam kes Mata Lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semuanya bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee mengajak beliau bertemu di rumahnya pada 10 Ogos lalu.
Read More / Baca Lagi >>

DOA MUKHRIZ, JAMIL KHIR & CALON BN DI SUNGAI LIMAU TELAH DIMAKBULKAN

Posted: 06 Nov 2013 07:29 AM PST

Ghani Patail, Najib bakal kepanasan tidak lama lagi?

Posted: 06 Nov 2013 07:20 AM PST

Shahbudin Husin

Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara Ghani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.
Selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Ghani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.
Tambahan pula isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat (AS) telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia. Secara langsung ia bukan sahaja memberi tekanan kepada Ghani Patail tetapi kepada Najib Razak juga.
Sebagaimana yang dilaporkan, dalam pertemuan Mahathir itu, selain isu salah laku Ghani yang bermula dengan kes mata lebam melibatkan Anwar Ibrahim yang turut menjadi perbincangan turut berkaitan ialah kelemahan hujah pihak Peguam Negara sehingga menyebabkan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.
Dalam hal yang berkaitan pengintip di pejabat Peguam Negara pula, dilaporkan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi turut dipanggil oleh Mahathir dan ditanya sama ada beliau maklum dengan hal itu. Dalam hal ini, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasat mengenainya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: